You are on page 1of 3

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO PENDIDIKAN ISLAM

Untuk pengajaran mikro kali ini, saya telah memilik subjek Pendidikan Islam Tahun 3 di bawah topik Pakaian Pilihankudan menjalankan langkah pengajaran tiga selama 10 minit. Kemahiran membaca menjadi pilihan saya untuk menjalankan sesi pengajaran mikro dan kumpulan sasaran hanyalah seramai enam orang pelajar. Standard pembelajaran yang perlu dicapai adalah, murid dapat menyatakan tiga akibat tidak mengamalkan adab berpakaian. Oleh kerana saya diamanahkan untuk menjalankan sesi pengajaran mikro untuk murid tahun tiga, langkah tiga yang akan saya jalankan merupakan fasa penambahbaikan dan penilaian di bawah format KSSR. Di bawah adalah kekuatan, kelemahan dan langkah mengatasi dilakukan oleh saya dalam pengajaran ini.

Antara kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam ketika saya menjalankan tugasan pengajaran mikro ialah ketegasan dan kelantangan suara. Suara yang lantang akan memudahkan murid mendengar dan mengikut arahan seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan guru dalam menyampaikan sesuatu. Hal ini akan memberi kesan yang positif terhadap tumpuan dan fokus murid. Murid akan lebih tertumpu dan memberikan sepenuh perhatian kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. Ketegasan dalam menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan murid lebih hormat kepada guru dan memudahkan guru untuk menyampaikan isi pelajaran serta akan melancarkan lagi sesi pengajaran dan pembelajaran.

Oleh kerana kemahiran membaca menjadi pilihan saya untuk menjalankan pengajaran mikro kali ini, saya telah menggunakan antonasi yang berbeza dalam pembacaan bagi menarik perhatian murid. Walaupun penggunaan antonasi yang berbeza nampak seperti tidak memberikan impak yang besar dalam melancarkan sesi pengajaran mikro tetapi secara tidak langsung penggunaan antonasi ini telah berjaya menarik minat murid untuk mengikut bacaan yang saya lakukan. Murid kelihatan seronok dan berasa gembira

untuk mengulangi bacaan apabila setiap kali disuruh. Ini telah memudahkan urusan saya untuk mencapai standard pembelajaran yang ditetapkan.

Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran. Arahan yang diberi menunjukkan kemahuan guru untuk mencapai sesuatu standard yang telah ditetapkan. Kejelasan penyampaian memainkan peranan dalam kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan yang diberi jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Arahan yang perlu saya berikan hanyalah meminta murid untuk membaca mengikut bacaan yang saya lakukan dan juga meminta mereka mengulangnya untuk beberapa kali. Tindakan susulan oleh murid yang tepat dan mengikut arahan yang diberikan menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.

Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan pengajaran mikro ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas.

Kelemahan dan kekurangan seterusnya ialah masalah dalam pemantauan kelas. Guru didapati hanya berada di hadapan kelas sahaja tanpa memantau aktiviti murid di setiap penjuru kelas. Guru seharusnya berjalan dan memantau setiap aktiviti murid. Melalui cara itu, guru dapat mengawal keadaan dan suasana kelas dengan lebih baik. Selain itu juga, guru dapat membantu murid dengan lebih dekat dan cuba untuk mendengar dan menyelesaikan maasalah yang dihadapi murid.

Selain itu, penggunaan bahan bantu belajar yang kurang berkesan gagal menarik perhatian murid. Bahan bantu belajar yang digunakan agak terlalu ringkas dan tidak memiliki kebolehan untuk membantu murid memahami isi pelajaran. Perkara ini amatlah tidak sewajarnya saya lakukan dan saya amat menyedarinya.

Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambah baikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan pengajaran mikro, penambah baikan yang perlu dilakukan ialah ketepatan penggunaan masa menyampaikan pelajaran serta pemantauan murid di dalam kelas. Guru perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam rancangan pengajaran harian atau RPH. Ketetapan masa perlu diikut bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini juga akan memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari permulaan sesi pengajaran hingga tamat.

Guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika pengajaran pembelajaran berjalan. Kaedah ini sangat membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid, atau membantu ketidak fahaman murid terhadap pelajaran secara seta merta. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ia menunjukkan interaksi dan komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid.

You might also like