You are on page 1of 2

Fungsi petempatan

Terdapat banyak fungsi petempatan yang dibuat terhadap pembangunan kawasan

bandar Bercham serta penduduk di bandar Bercham.Antara salah satu fungsi petempatan

yang terdapat di kawasan Bercham adalah sistem pendidikan.Banyak sekolah di Bercham

telah dinaiktaraf pendidikannya.

Contohnya ialah pembukaan sekolah baru di kawasan Bercham seperti Sek. Ren.

Perpaduan Jaya,Bercham yang akan dibuka pada tahun 2010.Sekolah tersebut

mempunyai banyak kemudahan yang lengkap dan kawasannya yang lebih luas

berbanding sekolah lain yang ada di Bercham.Secara tidak langsung terdapat juga

peningkatan taraf hidup yang berlaku di sini.Ini termasuklah taraf kesihatan dan

pendidikan penduduk di Bercham yang semakin baik dan selesa.Kemudahan infrastruktur

yang lengkap untuk kemudahan dan keselesaan penduduk seperti bekalan elektrik,jalan

bertar dan juga sekolah yang dinyatakan di atas.

Manakala di bandar Tokyo di negara Jepun pula,fungsi petempatannya ialah

sebagai sebuah kawasan perdagangan yang luas dan bersistematik.Perkembangan

ekonomi yang pesat menyebabkan banyak jalan raya baru di bina untuk menampung

sekitar ratusan ribu lainnya berulang-alik setiap hari dari daerah sekitarnya untuk bekerja

dan berurusan di Tokyo. Tokyo adalah pusat politik, ekonomi, budaya dan akademik di

Jepun serta tempat tinggal raja Jepun dan kerusi pemerintahan negara, dan sekaligus

merupakan pusat perniagaan dan ekonomi utama untuk seluruh Asia Timur..

Kita mestilah mempunyai sikap cinta akan negara dan tempat tinggal kita.Ini

kerana kita bertuah dapat tinggal di sebuah negara yang aman dan makmur.Kita juga
seharusnya berusaha mengekalkan keamanan tempat tinggal kita dan negara yang tercinta

dan kita juga perlulah menjaga segala kemudahan yang telah disediakan.

You might also like