You are on page 1of 10

PROGRAM JALINAN ILMU SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG JAWA

PENDAHULUAN Program Jalinan Ilmu ini dirangka untuk memberikan pendedahan kepada murid berkeperluan khas untuk mengikuti pendidikan inklusif secara lebih meluas di sekolah. Murid bekeperluan khas akan mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran seiring dengan murid lain yang belajar di kelas aliran perdana untuk membentuk satu hubungan atau jalinan ilmu. Pengalaman yang diperolehi dapat dikongsikan bersama secara berkesan dalam membina keyakinan dan kekuatan diri murid berkeperluan. Menyedari masalah untuk mengajar murid berkeperluan khas memerlukan satu kemahiran tertentu, Empat orang guru akan menjadi pelopor untuk mendalami ilmu mengajar murid khas ini dan kemudiannya akan ditugaskan untuk melatih guru yang lain disekolah untuk memastikan program ini dapat berjalan lancar sepanjang tahun. PENGENALAN Perkataan Inklusif berasal daripada perkataan bahasa inggeris inclusive yang bermaksud merangkumi. Menurut Naim, 1997 dalam buku Psikologi Pendidikan maksud inklusif secara umumnya adalah mengintegrasikan murid-murid berkeperluan khas dalam pelajaran ditempatkan kedalam kelas biasa ataupun kelas aliran perdana. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 1986 memperkenalkan Falsafah Pendidikan Negara Khas iaitu pendidikan khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan mampu menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (Sabilah,2006). Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil satu langkah positif iaitu menyediakan satu program bagi membantu murid-murid berkeperluan khas. Pendidikan inklusif yang diperkenalkan sekarang adalah pendidikan inklusif separuh masa yang mana murid hanya mengikuti pembelajaran biasa bagi beberapa matapelajaran sahaja. Bagi matapelajaran Bahasa melayu dan matematik murid ini akan mengikuti kelas pemulihan. RASIONAL

Pendekatan pendidikan inklusif yang dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh Malaysia adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan murid selain memenuhi permintaan ibu bapa yang merasakan kekurangan anak mereka. Dalam Akta Pendidikan 1996, konsep ketidakupayaan adalah merangkumi murid yang mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran dan masalah pembelajaran (bahagian H, Seksyen 41). Secara umumnya setiap murid berhak mendapatkan hak yang sama rata termasuklah keperluan untuk mendapatkan pendidikan yang sama mengikut keupayaann sendiri. Mengasingkan kanak-kanak berkeperluan khas ke dalam kelas berasingan merupakan satu tindakan diskriminasi kerana, semua kanak-kanak mempunyai hak untuk belajar dan bergaul di persekitaran yang sama dengan rakan sebaya yang lain. Oleh itu, keperluan pendidikan inklusif dilaksanakan dengan kaedah yang sesuai dalam setiap kategori perlu dipertingkatkan untuk kemajuan golongan murid berkeperluan khas bukan sahaja dalam aspek pendidikan malahan segala aspek berkaitan dengan kehidupan.

MATLAMAT Matlamat program ini adalah untuk memberikan kualiti pendidikan yang sama rata kepada golongan kurang berkeupayaan dan seterusnya membantu mereka untuk menyesuaikan dalam membina keyakinan dan kemajuan diri. Guru yang ditugaskan untuk mengajar murid berkeperluan khas di dalam kelas aliran perdana akan dilatih oleh tenaga pakar dan dikehendaki melakukan In-house training apabila pulang ke sekolah dan menjalankan program Jalinan Ilmu kelak. OBJEKTIF PROGRAM Meningkatkan tahap keyakinan diri murid dan sahsiah melalui pengurusan diri yang efektif supaya tidak terlalu bergantung dengan masyarakat sekeliling. Membina satu kumpulan yang terlatih untuk membantu murid berkeperluan khas dari segi akademik, perlakuan, emosi dan peribadi. Melatih murid mengetahui dan menguasai teknik-teknik mudah dalam menguasai matapelajaran mengikut tahap keupayaannya. Mewujudkan serta memupuk budaya saling membantu, hormat dan kasih mesra antara rakan dan masyarakat sekolah.

KANDUNGAN PROGRAM Ceramah 1: Pengenalan pendidikan inklusif. Ceramah 2: Kemahiran pemudahcaraan dan teknik mengajar pendidikan khas Pengurusan dalam kelas pendidikan khas Latihan Dalam Kumpulan pembelajaran interaktif

SASARAN Empat orang guru berpengalaman yang telah mengajar melebihi 10 tahun :

1. Pn Norehan Binti Hassan 2. Pn Noorliza Bt Osman 3. En Azuan bin Othman 4. En Razali bin Mean Lapan orang murid berkeperluan khas : 1. Mohd Amin bin Ahmad 2. Mohd Izanie bin Zabuddin 3. Khairul Fitri bin Zaman 4. Nur Nadia bt Rahman 5. Roslina binti Rosli 6. Logaruben a/l Partiban 7. Eshwary a/p Maniam 8. Kok Chong Meng Tahun 2M Tahun 2M Tahun 2M Tahun 2N Tahun 2N Tahun 2N Tahun 2N Tahun 2N Masalah pembelajaran Masalah pembelajaran Masalah pembelajaran Masalah pembelajaran Masalah pembelajaran Masalah pembelajaran Masalah pembelajaran Masalah pembelajaran

ANJURAN BERSAMA Pejabat Pelajaran Daerah Klang, Ahli Jawatankuasa Unit Kurikulum Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa, Unit bimbingan dan Kaunseling serta Persatuan Ibu bapa dan Guru. ANALISA KEKUATAN DAN KELEMAHAN. Kekuatan - Sokongan daripada Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Klang. - Sumbangan dana daripada pihak PIBG sekolah. - Sekolah baru yang mempunyai kelengkapan peralatan yang masih baru dan berfungsi seperti, komputer, LCD, projektor dan bilik akses. - Golongan guru yang kebanyakan sudah mengajar melebihi 5 tahun. - Hubungan baik di antara guru dengan ibu bapa. Kelemahan - Kemahiran dalam pendidikan khas terhad. - Bebanan tugasan lain seperti sistem data, pengurusan kelas, sistem fail evidens dan tugasan sekolah. CADANGAN PELAKSANAAN 1. Latihan dan ceramah Tarikh : 30 Mac hingga 1 Jun 2013

Hari Masa Tempat

: Jumaat hingga Ahad : 8:00 pagi (Sabtu) hingga 12:00 tengahari : Kem Bina At-Taqwa, Batu 35 Jalan Dengkil Kampung Boundry, Bukit Canggang, 42700 Banting, Selangor.

2. Latihan dalam perkhidmatan dari peserta program untuk semua guru Tarikh Hari Masa Tempat : 6 April 2013 (sepanjang tahun) : Setiap hari persekolahan kecuali hari jumaat mulai bulan April 2013 : 1.30 petang hingga 2.30 petang : Bilik Mesyuarat Utama, SK Kampung Jawa.

Tujuan untuk menyampaikan dan berkongsi ilmu sepanjang Program Jalinan Ilmu dijalankan untuk mendapatkan maklum balas dalam memurnikan kelancaran program.

3. Program Jalinan Ilmu. Sepanjang tahun. Murid berkeperluan khas akan ditempatkan bersama dengan murid aliran perdana di kelas 2 J. Murid akan diberikan latihan pengukuhan, pengayaan dan pemulihan mengikut keupayaan mereka bersesuai dengan Dasar pelajaran KSSR. Guru yang telah menjalani latihan akan menjadi tenaga pengajar utama sebelum melatih guru lain. Buku rekod khas perkembangan murid disediakan untuk mendapatkan respon segera semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku untuk memastikan tindakan dapat diambil serta-merta. Guru-guru yang mengajar dikelas 2J hendaklah menyediakan 2 rancangan pengajaran iaitu satu rancangan pengajaran kelas dan satu rancangan pengajaran individu untuk murid berkeperluan khas di dalam kelas aliran perdana.

JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM JALINAN ILMU PENDIDIKAN INKLUSIF UNTUK MURID BERKEPERLUAN KHAS TAHUN 2013 SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG JAWA AHLI JAWATANKUASA INDUK

Penaung Penasihat Penasihat II

: Pn Hjh Kamariah Bt Salim Pegawai Pelajaran Daerah Klang : En Badrul Hisham Bin Mokhtar Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Klang (Sektor Kemanusiaan) : Tn Hj Azhar bin Mohd Kassim Penolong PPD Bahagian Akademik Sekolah Rendah AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat Pengerusi

: Tn Hj Azhar bin Mohd Kassim Penolong PPD Bahagian Akademik Sekolah Rendah : Tn Hj Nor Azmi bin Ibrahim Guru Besar, SK Kampung Jawa : Tn. Hj. Abdul Aziz Bin Hj.Saidin YDP PIBG, SK Kampung Jawa

Pengerusi II

Penyelaras Program : En Saipul Azhar bin Ramli SK Kampung Jawa Setiausaha Bendahari : Pn. Wan Noor Azah Bt Wan Ali SK Kampung Jawa : Cik Siti Norliza Bt Aziz SK Kampung Jawa

Jawatankuasa Pendaftaran & Pengangkutan En Abd Aziz bin Md Yasin Pn Nurul Akma bt Abidin Jawatankuasa Persiapan Tempat, Siaraya& Riadah,Team Building En Mohd Afif Bin Zainal En Mohd Faiz Bin M. Baharan En Mohd Nassir Bin Shamsudin SK Kampung Jawa SK Kampung Jawa SK Kampung Jawa

Jamuan, Makanan dan Minuman Cik Ayuni Bt Mat Saad Cik Ani Masturah Bt Zahri Majlis Perasmian Penutup/ Pengerusi Majlis En Mohd Adab Bin Said Penceramah SK Kampung Jawa SK Kampung Jawa SK Kampung Jawa

En Mohd Adnan bin Shukor Pn Nur Baiti bt Jonet Penilaian, Sijil dan Cenderamata Pn Wan Noor Azah Bt Wan Ali Pn Farhanah Bt Muhmad Jemputan, Buku Program dan Dokumentasi Cik Norliza Bt Aziz Fasilitator Pn Norehan Bt Hassan En Norhayat Bin Sadri En Mohd Afif Bin Zainal En Mohd Nassir Bin Shamsudin ANGGARAN PERBELANJAAN 1. Makan Minum Peserta / AJK 2. Pengangkutan 3. Jamuan Perasmian 4. Cenderamata (Peserta) 5. Sijil, Buku Program & Borang Penilaian

SK Bukit Ceraka SK Bukit Kapar

SK Kampung Jawa SK Kampung Jawa

SK Kampung Jawa

SK Kampung Jawa SK Kampung Jawa SK Kampung Jawa SK Kampung Jawa

25 orang X RM 8 x 10 sesi 1 buah X RM 200 x 10 sesi 10 orang X RM 10 12 orang X RM 50

RM 2000.00 RM 2000.00 RM 1000.00 RM RM RM 600.00 200.00 300.00

6. Fail, Kertas A4, Alat tulis & Bahan-bahan Modul 7. Cenderahati Penceramah rm200 x 2 orang x 10 sesi

RM 4000.00

JUMLAH RM10,100.00 SUMBER PENDAPATAN Sumbangan PIBG Sumbangan PPD Klang Sumbangan NGO Duit SUWA + Kaunseling Disediakan oleh, (EN SAIPUL AZHAR B RAMLI) Penyelaras, Program Jalinan Ilmu Disahkan oleh, .. (TN HJ NOR AZMI B IBRAHIM) GURU BESAR SK KAMPUNG JAWA Rm 8,500.00 Rm 500.00 Rm 1000.00 Rm 100.00 Disemak oleh, . (PN.HJH. ROSNI BT RAHMAN) PK Kurikulum, SK KAMPUNG JAWA

Fasilitator 1) Pn Manisah Bt Mokhtar SK Bukit Naga

JADUAL PROGRAM TARIKH : 8:00 pagi 30.04.2013 / 06.04.2013 / 13.04.2013 / 20.04.2013 / 27.04.2013 : Ceramah 1 : Pendidikan Inklusif Oleh : En Mohd Adnan bin Shukor Guru Cemerlang : Ceramah 2 : Kaedah dan Teknik pengajaran pendidikan Khas Oleh : Pn Nurbaiti bt Jonet Jurulatih Utama Negeri : Kudapan : Pengurusan kelas dan bimbingan profesional : Bengkel (pembelajaran dan pengajaran interakif)

9:00 pagi

10.00 pagi 10:30 pagi 11:15 pagi

12:30 tengahari

: Bersurai

JADUAL PROGRAM TARIKH : 8:00 pagi 04.05.2013 / 11.05.2013 / 18.05.2013 / 25.05.2013 / 01.06.2013 : Ceramah 1 : Keperluan Pendidikan Inklusif Oleh : En Mohd Adnan bin Shukor Guru Cemerlang : Ceramah 2 : Masalah dan cabaran dalam pendidikan khas Oleh : Pn Nurbaiti bt Jonet Jurulatih Utama Negeri : Kudapan : Pendekatan psikologi dan pemudahcaraan : Aktiviti membina item dan bahan bantu mengajar : Bersurai

9:00 pagi

10.00 pagi 10:30 pagi 11:15 pagi 12:30 tengahari

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025


ASPIRASI TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN DAN MURID DI MALAYSIA Bagi memenuhi keperluan semua rakyat Malaysia dan menyediakan negara untuk bersaing di peringkat antarabangsa adalah penting untuk negara melakarkan wawasan kejayaan sistem pendidikan yang ingin dibangunkan, khusus berdasarkan konteks Malaysia. Kumpulan murid terbaik yang bagaimanakah ingin dihasilkan untuk berdepan dengan cabaran ekonomi abad ke-21? Jenis pendidikan yang bagaimanakah perlu disediakan

untuk mereka hadapi dunia globalisasi yang pantas berubah? Kedua-dua aspirasi ini merangkumi dua aspek: pertama, sistem pendidikan secara keseluruhan, dan kedua, murid secara individu. Visi dan aspirasi ini akan menjadi landasan transformasi sistem pendidikan Malaysia. Aspirasi sistem Pelan pembangunan pendidikan ini berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan teras pendidikan bagi menentukan kejayaaan sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan (Ekshibit 7). Keberhasilan yang ditetapkan ini adalah selari dengan aspirasi yang disuarakan oleh peserta

Dialog Nasional Pendidikan Kebangsaan. Sistem pendidikan berprestasi tinggi juga menetapkan teras yang sama yang perlu dicapai. Tindakan bagi merealisasikan lima teras berkenaan adalah penting, dan tidak ada inisiatif dalam teras berkenaan yang boleh dilaksanakan secara berasingan, malah perlu disepadukan dan digerakkan secara bersama. Akses: Setiap kanak-kanak di Malaysia berhak mendapat

mengira kedudukan geografi, jantina atau latar belakang sosioekonomi. Kementerian berhasrat untuk merapatkan lagi jurang pencapaian antara murid bandar dan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara jantina sehingga 50% menjelang tahun 2020. Perpaduan: Murid yang berumur antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan lebih satu perempat daripada masa mereka di sekolah. Oleh itu, sekolah berperanan untuk mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan murid. Melalui interaksi bersama murid lain dari pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik, dan belajar untuk memahami, menerima serta menghayati perbezaan, suatu perkongsian pengalaman dan aspirasi dapat dibentuk. Kementerian berhasrat untuk menjanakan suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia. Kecekapan: Sistem pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan yang tinggi, namun peningkatan keberhasilan murid masih tidak setanding dengan sumber yang telah disalurkan ke dalam sistem. Walaupun Kerajaan akan terus mengekalkan tahap pelaburan masa kini, Kementerian berhasrat untuk memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa.

kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. Kementerian perlu memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah atas (Tingkatan 5) menjelang tahun 2020.
Kualiti: Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapatkan pendidikan cemerlang berdasarkan keunikan sistem pendidikan di Malaysia dan setanding dengan sistem pendidikan antarabangsa. Sistem pendidikan di Malaysia menetapkan aspirasi untuk meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun yang akan datang (TIMSS dan PISA menguji Bacaan, Matematik dan Sains sahaja). Pentaksiran tambahan yang menangani dimensi kualiti lain yang relevan dengan konteks Malaysia boleh dimasukkan apabila dimensi itu diterima di peringkat antarabangsa. Ekuiti: Sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan berkualiti kepada setiap kanak-kanak tanpa

NAMA

: SAIPUL AZHAR BIN RAMLI

NO MATRIKS : 820920065151001 KURSUS : EPIC (PENDIDIKAN INKLUSIF)

You might also like