You are on page 1of 3

PENGURUSAN PERSONEL PERKHIDMATAN AWAM

PERATURAN PENGAMBILAN DAN PERLANTIKAN


* Jawatan untuk warganegara sahaja
* Pengambilan bukan warganegara dengan syarat-syarat berikut;
a) Tiada calon warganegara yang layak
b) Dengan kebenaran khas kerajaan secara kontrak atau sementara dalam tempoh
masa yang terhad
* Pengambilan boleh dipertimbangkan daripada;
a) Permohonan dari bekas pegawai yang berhenti dengan kebenaran khas Suruhanjaya
b) Bekas pegawai yang ditamatkan jawatan kerana tidak lulus peperiksaan atau sebab
dasar mengurangkan kakitangan dalam masa dahulu
c) Pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan yang lain
d) Syarat umur ditentukan mengikut kalendar Gregory
e) Semua jawatan kosong dalam Kumpulan Pengurus dan Ikhtisas, Kumpulan Kerja dan
Separa Ikhtisas, serta Kumpulan Perkeranian dan Teknik dikehendaki diiklankan oleh
Suruhanjaya sekurang-kurangnya dalam sebuah surat khabar
f) Jawatan yang hendak diisi oleh pegawai yang sedang berkhidmat, iklan boleh
diedarkan secara Surat Pekeliling kepada jabatan-jabatan yang berkenaan
g) Jawatan dalam Kumpulan Rendah dan Buruh Kasar, Iklan boleh dipamerkan di
papan kenyataan jabatan disamping salinannya dikirim kepada Pejabat Pekerjaan yang
berdekatan, Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pertahanan
h) Pegawai yang boleh disahkan dalam jawatan asalnya tetapi gagal mendapat
pengesahan dalam jawatan baru, boleh dipertimbangkan menerimanya balik jawatan
asalnya dengan syarat tertentu
i) Pegawai kontrak yang ingin sambung kontraknya boleh dipertimbangkan jika
perkhidmatan nya masih diperlukan
j) Pegawai boleh ditukarkan mengikut syarat-syarat pertukaran
k) Pegawai dipinjam harus mengikut syarat khas
PROSES URUSAN PENGAMBILAN DAN PERLANTIKAN
- Ketua Jabatan kemukakan jumlah kekosongan jawatan kepada Suruhanjaya
- Setelah lulus, Ketua Jabatan sediakan iklan untuk disiarkan dalam Surat
Khabar/Pekeliling
- Pengurusan pilih calon yang layak melalui ujian bertulis / temuduga
- Suruhanjaya sampaikan tawaran jawatan kepada calon yang berjaya bersama Skim
Perkhidmatan dan syarat-syarat yang berkenaan
- Ketua Jabatan hantar surat Penerima Jawatan berserta dengan Sijil Akuan Doktor
dan Surat Sumpah Calon serta tarikh pegawai itu melaporkan diri untuk bertugas
TEMPOH PERCUBAAN DAN PENGESAHAN DALAM JAWATAN
* Seseorang pegawai yang dilantik dalam perkhidmatan biasanya dikenakan tempoh
percubaan dan hanya boleh disahkan dalam jawatannya selepas tempoh percubaan
* Tempoh percubaan boleh dilanjutkan atas pertimbangan Suruhanjaya Perlanjutan
Tempoh Percubaan
* Pengesahan jawatan adalah dilakukan mengikut suatu sistem tertentu
PROSES PENGURUSAN PERJAWATAN DAN PENGESAHAN JAWATAN GURU DALAM
SEKOLAH
1. Urusan pengagihkan lulusan Diploma Pendidikan dari Maktab Perguruan / Universiti
ke sekolah
2. Lulusan Diploma Pendidikan ditempatkan di sekolah sebagai guru sandaran melalui
Jabatan Pelajaran Negeri / Pejabat Pelajaran Daerah
3. Guru sandaran dipanggil menghadiri temuduga selepas mengikut prosedur
permohonan jawatan yang diiklankan
4. Jika berjaya, guru sandaran dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
(siswazah / Lepasan Diploma) dalam percubaan
5. Guru menghadiri kursus induksi dengan sokongan Pengetua / Guru Besar
6. Surat dan dokumen-dokumen dihantar ke Kementerian Pelajaran melalui Jabatan
Pelajaran Negeri untuk permohonan pengesahan jawatan
7. Surat perlantikan dan pengesahan diuruskan dan dihantar kepada guru dari
Kementerian Pelajaran dengan persetujuan pihak JPA melalui Jabatan Pelajaran
Negeri
PENAMATAN KERJA
* Pegawai perkhidmatan boleh ditamatkan kerja dengan sebab-sebab berikut;
a) Memberi kenyataan kesihatan dan sumpah palsu
b) Gagal disahkan dalam jawatan selepas tempoh percubaan
c) Melanggar syarat-syarat perkhidmatan
* Notis menamatkan kerja satu bulan diberi kepada pegawai sementara / bukan
berpencen jika berkhidmat kurang 1 tahun dan 3 bulan jika berkhidmat lebih daripada
1 tahun
* Kerajaan boleh menamatkan perkhidmatan pegawai tersebut dengan serta merta
tanpa diberi sebab dengan membayar sebulan gaji kepadanya
* Pegawai yang telah disahkan dalam jawatan dan ingin meletakkan jawatan
hendaklah memberi notis berhenti kerja sebulan terlebih dahulu atau membayar
sebulan gaji pengganti notis
* Notis berhenti kerja bagi pegawai kontrak hendaklah mengikutm syarat-syarat dalam
kontrak
* Pegawai yang ada ikatan dengan kerajaan dikehendaki menyelesaikan segala urusan
ikatannya sebelum notis berhenti kerja diluluskan
PERSARAAN
* Berikut menyatakan umur-umur bersara pilihan dan wajib bagi pegawai kerajaan;
Lelaki - 40 tahun (bersara pilihan) - 58 tahun (bersara wajib)
Perempuan - 40 tahun (bersara pilihan) - 58 tahun (bersara wajib)
* seseorang pegawai perempuan yang berkahwin dan telah disahkan dalam jawatan
boleh disarankan bersara bila-bila masa jika didapati mengganggu kecekapannya
dalam tugas yang dijalankan
PERATURAN URUSAN PERSARAAN WAJIB / PILIHAN
* Permohonan harus dibuat dalam masa 12 bulan lebih awal
* Permohonan guru hendaklah dapat borang permohonan daripada JPN
* Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dengan sokongan Ketua Jabatan
* Salinan-salinan dokumen yang hendak disertakan ialah surat beranak bagi anak-anak
di bawah umur 21 tahun, gambar pasport pegawai, sijil nikah, sijil KWSP, cukai
pendapatan, KP pesara isteri / suami, pinjaman perumahan / kenderaan dan nombor
akaun bank

You might also like