You are on page 1of 7

SASTERA EPIK

Definisi Sastera
Epik
Sastera epik dikenali juga sebagai sastera
pahlawan. Karya-karya sastera epik mengisahkan
seorang tokoh wira yang menjadi kebanggaan
sesuatu bangsa.
Tokoh wira tersebut diceritakan penuh
keistimewaan dan luar biasa. Tokoh wira
merupakan tokoh pahlawan yang istimewa dan
menjadi kebanggaan bagi bangsa itu.
Keistimewaan tokoh dari segi kepahlawanan
dicampuraduk dengan unsur-unsur mitos,
lagenda,cerita rakyat dan sejarah.
Tokoh pahlawan bersifat superhuman.Beliau juga
mempunyai sifay keberanian, kesetiaan,kesaktian
dan sebagainya.
Ciri-ciri Sastera Epik

Dari segi bentuk ia merupakan puisi naratif yang


panjang.Walaupun begitu karya epik Melayu (Epik
Kebangsaan) ditulis dalam prosa naratif yang
panjang
Latar Tempat – Latar tempat sastera epik meliputi
ruang yang amat luas,latar dewa kayangan, bawah
laut dan latarmasa amat panjang meliputi beberapa
generasi.
Gambaran bersifat objektif – sastera epik bersifat
objektif di mana ceritanya tidak menyebelahi mana-
mana pihak sewaktu menceritakan sesuatu
peristiwa atau watak.
Penceritaan mengenai tokoh wira – Tokoh wira
diberi kedudukan tinggi dalam sejarah bangsa.
Watak tokoh wira epik mempunyai sifat
kepahlawanan yang tinggi seperti gagah, berani,
setia dan bersemangat tinggi. Tokoh wira juga
memiliki sifat superhuman
Peranan watak wira dalam cerita melibatkan –
Peranan wira semasa kecil, unsur-unsur
kepahlawanan yang dimilki oleh wira, sifat
negarawan wira.diplomatik dan mistik.
Jenis dan
Penggolongan
Sastera Epik

Epik kebangsaan Epik bersumber


Islam
– Hikayat Hang
Tuah – Hikayat Hang
Tuah
Hikayat Amir Hikayat
Hamzah Muhammad
Hanafiah
Sifat kepahlawanan pada Wira Epik

Mistik-ilmu agama- Semangat


bantab-bantuan pahlawan Keberanian,
jibrail/Nabi berani gagah – sejak
kecil
menentang
musuh-musuh
Sabar,pemurah, Pintar
jahat
adil. Mempunyai Wira Epik akal/muslih
nilai-nilai moral at. Strategi
positif peperangan
Kesetiaan
tidak Ilmu kesaktian –
berbelah Bijaksana/pintar senjata
bagi dalam berbagai ajaib/sakti
ilmu perang dan
ilmu dunia
Fungsi Karya Sastera
Epik
1. Mengagungkan
seseorang tokoh
Karya sastera epik kebangsaan bertujuan
mengagungkan pahlawan Melayu. Karya epik
berunsur Islampula bertujuan mengagungkan
pahlawan Islam yang terbilang
2. Sebagai lambang keagungan sesuatu
bangsa dan negara
Tokoh epik merupakan lambang kebanggaan dan
keagungan sesuatu bangsa. Tuah adalah lambang
kebanggaan dan keagungan Kesultanan melayu
Melaka. Manakala tokoh epik Amir Hamzah
lambang keagungan kerajaan pemerintahan Islam
ketika mencapai kemuncak kecemerlangan.
3. Menanamkan semangat cintakan bangsa,
negara dan agama
Keperibadian yang dimiliki oleh tokoh-tokoh epik
dapat membangkitkan semangat juang yang tinggi
bagi mempertahankan maruah bangsa dan agama.
Contohnya sifat yang dimiliki oleh Hang Tuah dapat
menanam semangat kepada generasi kini tehadap
bangsa, tanah air dan agama.
4. Sebagai alat pengekalan dan pemantapan nilai-
nilai dan norma masyarakat

Sifat-sifat kepahlawanan tokoh-tokoh epik dapat


memantapkan lagi nilai-nilai dan norama kehidupan
masyarakat tersebut. Contohnya sifat
kepahlawanan dan negarawan yang ada pada Hang
Tuah boleh dijadikan contoh atau model kepada
masyarakat melayu
5.Memperkenalkan identiti bangsa dan negara
kepada generasi akan datang.

Sifat-sifat yang ada pada tokoh epik ini dapat


memberi gambaran kepada generasi akan datang
tentang bangsa itu sendiri.

You might also like