You are on page 1of 18

Pembahagian Harta Pusaka Kecil 1

PERMOHONAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA KECIL

PENGENALAN

Apabila simati meninggalkan harta alih dan harta tidak alih bernilai
RM600,000.00 ke bawah, warisnya boleh memohon pembahagian pusaka
mengikut Ordinan (Pembahagian) Harta Pusaka Kecil, 1955. Permohonan
hendaklah dikemukakan kepada Pentadbir Tanah di mana letaknya sebahagian
besar dari harta pusaka tersebut. Sekiranya simati hanya meninggalkan harta alih
seperti wang, barang emas, kenderaan atau pusaka bernilai lebih dari
RM600,000.00 permohonan pembahagian pusaka hendaklah dikemukakan di
Pejabat Pentadbir Pusaka, di Mahkamah Tinggi atau Pemegang Amanah Raya.

DOKUMEN SOKONGAN

1. Dua (2) salinan Surat Akuan Kematian/Permit Pengkebumian/Surat


Perakuan Sumpah/Perintah Anggapan Kematian yang telah disahkan oleh
Pihak Berkuasa Hospital/Balai Polis dan Nombor Kad Pengenalan simati.
2. Salinan asal Dokumen Hakmilik Tanah (Geran Tanah) atau Surat
Perjanjian Jual Beli mengikut mana yang berkenaan.
3. Salinan resit Cukai Tanah terkini.

4. Salinan resit Cukai Harta terkini.


5. Kad Pengenalan (asal dan salinannya), waris-waris atau Surat Beranak
asal bagi waris berumur kurang dari 12 tahun (jika ada).
6. Surat Pengesahan Bank/Institusi Kewangan/ Perbendaharaan
Negeri/Malaysia sekiranya Hakmilik dicagarkan kepada mana-mana
Institusi Kewangan. Sertakan Surat Perjanjian dengan Institusi Kewangan
yang berkenaan (jika ada).
7. Maklumat mengenai hutang piutang simati dengan pihak-pihak lain (jika
ada).

Pembahagian Harta Pusaka Kecil 2


BORANG

Borang A bagi permohonan baru. (Lampiran A)


Borang P bagi permohonan ulang bicara. (Lampiran B)

BAYARAN

a) Permohonan baru RM 10.00


b) Permohonan ulang bicara RM 10.00
c) Bayaran Perintah RM 10.00 setiap satu
d) Bayaran Pendaftaran atas
tiap-tiap satu Hakmilik RM 30.00
e) Salinan Perintah RM 2.00

PERBICARAAN

Seboleh-bolehnya semua waris hadir pada tarikh perbicaraan kecuali mereka yang tidak
menuntut haknya, yang telah menyerahkan bahagian kepada waris-waris lain dengan
menggunakan Surat Persetujuan (sila lihat Lampiran C).
Sekiranya ada waris yang tidak dapat hadir, perbicaraan boleh dijalankan mengikut budi
bicara Pentadbir Pusaka Kecil. Harta Pusaka akan dibahagikan mengikut perkiraan faraid
bagi orang Islam atau mengikut pembahagian yang telah dipersetujui secara sepakat oleh
waris-waris.
Bagi orang bukan Islam, yang meninggal tanpa membuat wasiat pembahagian pusaka
ditetapkan di bawah Akta Pembahagian (Pindaan) 1997 - Akta A 1004 - Sila lihat
Lampiran ‘D’. Sekiranya simati ada membuat wasiat, pembahagian pusaka adalah
mengikut yang diwasiatkan.
Mereka yang menghadiri perbicaraan hendaklah kemukakan kad pengenalan sebelum
perbicaraan dimulakan supaya dapat dicatit nama pihak-pihak yang hadir.

Pembahagian Harta Pusaka Kecil 3


ULANG BICARA

Permohonan Ulang Bicara dengan menggunakan Borang P boleh dikemukakan apabila :-


a) Terdapat harta pusaka yang ditinggalkan dan tidak disenaraikan semasa
perbicaraan kali pertama (harta tertinggal).
b) Waris yang dilantik sebagai Pentadbir semasa perbicaraan kali pertama
telah dapat menyelesaikan salah satu dari perkara-perkara berikut :-

i) Telah menyelesaikan hutang piutang simati, atau


ii) Telah dapat menyelesaikan perbalahan di kalangan waris-
waris, atau
iii) Bagi tanah yang terletak dalam rancangan FELDA, atau
dalam Rancangan Penempatan Beramai-ramai (Tanah
GSA)telah dapat mencapai persetujuan bersama mengenai
nama seorang waris sahaja yang mewarisi tanah
berkenaan. (Perkara ini ditetapkan dalam Undang-Undang
Tanah Penempatan beramai-ramai).

c) Untuk melepaskan perlantikan seseorang sebagai Pemegang Amanah


kepada seorang waris yang dahulunya belum dewasa, supaya pusaka
berkenaan dapat diturun milik kepada waris yang kini telah cukup umur.

d) Terdapat waris yang tertinggal. Perbicaraan hanya boleh dilakukan


sekiranya kes belum selesai, di mana pembahagian belum diputuskan dan
belum diendoskan pada hakmilik tanah.

Pembahagian Harta Pusaka Kecil 4


PROSES PERMOHONAN

Waris mengemukakan permohonan menggunakan Borang A


1 berserta dokumen sokongan kepada Pejabat Tanah (Bahagian
Harta Pusaka Kecil) di daerah di mana letaknya tanah.

2 Permohonan disemak, dan didaftarkan.

Permohonan dihantar ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur


3 untuk pengesahan dan ke Pejabat Kadi untuk mendapatkan
Fatwa (jika simati orang Islam) mengenai pembahagian harta
pusaka simati.

4 Setelah mendapat pengesahan dari Mahkamah Tinggi bahawa


tidak ada permohonan lain dikemukakan bagi pembahagian
pusaka simati, di tempat lain, dan setelah diperolehi Fatwa
dari Pejabat Kadi, fail dihantar ke Pejabat Pusaka Kecil bagi
tindakan perbicaraan.

5 Ketua Penolong Pengarah Pusaka Kecil menetapkan tarikh


perbicaraan.

6 Perbicaraan dijalankan di tempat dan tarikh yang ditetapkan.

7 Sekiranya tidak ada perbalahan, Perintah mengenai


pembahagian pusaka dikeluarkan dan dihantar ke Pejabat
Tanah untuk diendos pada Hakmilik.

________________________________________________________
Catitan

Proses permohonan ini berasaskan maklumat yang diperolehi dari Pejabat Pusaka Kecil Muar.
Kemungkinan terdapat sedikit perbezaan di Daerah-Daerah lain, di mana pemohon Islam diarahkan supaya
mendapatkan sendiri fatwa pembahagian pusaka mengikut faraid dari Pejabat Kadi Daerah.

Pembahagian Harta Pusaka Kecil 5


Sekiranya timbul perbalahan, perbicaraan ditangguh atau
8 seorang Pentadbir dilantik dari kalangan waris untuk
menyelesaikannya.

9 Ulang bicara dijalankan setelah tercapai persetujuan


dikalangan waris-waris.

Bagi Kes yang tidak ada perbalahan, Penolong Pentadbir


10 Tanah Daerah (PPTD) menerima dan menyemak perintah dan
minta pemohon membuat pembayaran.

Pentadbir Tanah Daerah membuat endosmen mengikut


11 pembahagian yang ditetapkan dalam Perintah.

Dokumen Hakmilik dikembalikan kepada waris setelah


12 selesai pendaftaran.

Sekiranya terdapat harta bergerak seperti kenderaan, waris


mengemukakan Perintah kepada pihak yang berkuasa untuk
13 menukar nama pemilikan kepada waris yang ditetapkan
dalam Perintah.

Pembahagian Harta Pusaka Kecil 6


ALIRAN TINDAKAN

PEMOHON

PENTADBIR TANAH DAERAH 2


2

3 4 3 MAHKAMAH
PEJABAT KADI TINGGI
KUALA LUMPUR
PENTADBIR PUSAKA KECIL DI
PEJABAT PUSAKA KECIL

PERBICARAAN OLEH
PENTADBIR PUSAKA KECIL

PERINTAH DIKELUARKAN
OLEH PENTADBIR PUSAKA
KECIL

8 7

PEMOHON PENTADBIR TANAH ATAU PENDAFTAR HAKMILIK DI


KEMUKAKAN PEJABAT TANAH DAN GALIAN MEMBUAT
PERINTAHNYA ENDOSMEN PADA HAKMILIK SETELAH MENERIMA
KEPADA PIHAK BAYARAN DARI WARIS.
YANG
BERKENAAN 9
UNTUK
MEMINDAH
MILIK HARTA HAKMILIK DIKEMBALIKAN
BOLEH ALIH. KEPADA PEMOHON.

Pembahagian Harta Pusaka Kecil 7


CONTOH BORANG

Pembahagian Harta Pusaka Kecil 8


CONTOH LAMPIRAN ‘A’

BORANG A

[ ATURAN 3 (1) ]

MALAYSIA

NEGERI……………………

DAERAH …………………

ORDINANCE (PEMBAHAGIAN) HARTA PESAKA KECIL, 1955

GUAMAN PEMBAHAGIAN NO. ………. TAHUN ………..

DALAM HAL HARTA PESAKA ……………………….………………(No. K/P simati ) ………………..

DAN PERMINTAAN DARIPADA ……………….…………………………… YANG BERALAMAT DI

…………………………………………………………………………………………………………………

PERMINTAAN DIBAWAH SEKSYEN 8

SAYA, ……………………………………(pertalian dengan simati) ………………………………


dan No. Kad Pengenalan ……………………………………. pemohon yang tersebut nama di atas

menyatakan seperti berikut :

1. Nama yang tersebut di atas ………………………………………………………….… telah mati di

…………………………………………………………………………...….. pada atau lebih kurang

pada ………………….. haribulan ………………………………… ……………… .

2. Saya adalah seorang yang ada kepentingan dalam harta pesaka yang tersebut sebagai orang yang

berhak menerima pesaka sipiutang / Pembeli / Pentadbir Pesaka / Pegawai Petempatan / Penghulu

/ Penggawa bagi Mukim ……………………………………………………………………………..

[ Persaudaraan saya dengan simati iaitu ialah ………………………………………………………]

3. Sepanjang yang saya ketahui dan percaya simati ada meninggalkan ………………………………

orang balu / seorang balu lelaki yang bernama ……………………………………………………...

dan waris yang paling hampir sekali seperti berikut:

Pembahagian Harta Pusaka Kecil 9


- CONTOH -

Nama dan No.Kad Pengenalan Umur Alamat Persaudaraan


(Tahun) Dengan Simati

4. Simati pada tarikh kematiannya ada mempunyai harta yang berikut :

A - HARTA YANG TIDAK BOLEH DIALIH

No.Hakmilik No.Lot Daerah Mukim Nilai lebih kurang

Pembahagian Harta Pusaka Kecil 10


- CONTOH -

B - HARTA YANG BOLEH DIALIH

BUTIR-BUTIR YANG BOLEH DIALIH NILAI LEBIH KURANG

C - PIUTANG SIMATI

BUTIR-BUTIR JUMLAH NAMA DAN ALAMAT ORANG YANG


PIUTANG BERHUTANG

Pembahagian Harta Pusaka Kecil 11


- CONTOH -

5. Simati pada tarikh kematiannya ada berhutang seperti di bawah :

BUTIR-BUTIR JUMLAH NAMA DAN ALAMAT SIPIUTANG


HUTANG

6. Simati ada meninggalkan waris-waris pesaka yang berikut yang berhak mendapat
bahagian daripada harta pesakanya.

Nama/No. Kad Pengenalan Umur Alamat Persaudaraan


dengan Simati

Pembahagian Harta Pusaka Kecil 12


- CONTOH -

7. Saya memohon supaya harta pesaka simati itu dibahagi-bahagikan mengikut cara
yang diperuntukkan dalam Bahagian II Ordinan ( Pembahagian ) Harta Pesaka
Kecil, 1955.

8. Sepanjang yang saya ketahui tiada apa-apa permohonan telah dibuat oleh sesiapa
dahulu daripada ini dan saya membuat akuan ini dengan kepercayaan bahawa
apa-apa yang tersebut di dalamnya adalah benar, serta menurut Akta Akuan
Berkanun 1960.

Bertarikh di pada ……………….. haribulan ……………… …………

Diperbuat dengan sebenar-benarnya diakui }


}
Oleh yang tersebut namanya di atas }
}
iaitu …………………………………….. } ………………………………
} Tandatangan Pemohon /
Di ……………….. di Negeri ………….. } Orang Yang Menuntut
}
Pada …….. haribulan ……………. ……. }

Dihadapan saya,

………………………………………
Yang DiPertua Mahkamah Sesyen
Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah.

Pembahagian Harta Pusaka Kecil 13


- CONTOH -
LAMPIRAN ‘B’

BORANG P

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Negeri ………………………………

Daerah ………………………………

ORDINAN (PEMBAHAGIAN) HARTA PESAKA KECIL, 1955

GUAMAN PEMBAHAGIAN NO …………………. ………… TAHUN 20…….

Dalam hal Harta Pesaka ……………………………………………………………………………….. simati

Permintaan daripada ……………………………………………………………………...… yang beralamat

di ………………………………………………………………………………………………………………

PERMOHONAN YANG KEMUDIAN

(Seksyen 17)

BAHAWASANYA pada ………… haribulan …………………….., 20 ……… suatu perintah telah dibuat
dalam hal ini iaitu (1)

DAN BAHAWASANYA adalah mustahak di (2)

Saya,……………………………………………………………………………………………………………

yang beralamat di ……………………………………………………………………………………………...

memohon kepada Pemungut bagi Daerah …………………………………………………………………….


yang tersebut supaya (3)

Diperbuat pada ………………. Haribulan ……………………………………….., 20……..

………………………………………….
Pemohon
(1) Masukkan perintah yang dahulu yang berkenaan dengan permohonan ini.
(2) Masukkan apa yang dikehendaki, misalnya, dilantik pemegang amanah baharu, pentadbir baharu, ditarik balik caveat, dsb.
(3) Masukkan apa perintah yang dikehendaki

[Diterjemahkan oleh Peguam Negara, Malaysia, menurut Pemberitahu Undangan No. 12 tahun 1964 – A.G. 1162/1; P.T. tm.
195/47/Bab 2 (171).]

Pembahagian Harta Pusaka Kecil 14


- CONTOH -

LAMPIRAN ‘C’
SURAT PERSETUJUAN

Akta Pembahagian Harta Pusaka Kecil 1955

Negeri : …………………….. Daerah : …………….

Guaman Pembahagian No: ………….. Tahun………………

Harta Pusaka : ____________________________________________________________________ simati

Nama Pemohon : ________________________________________________________________________

Saya : __________________________________________________ No. K/P : ______________________

Yang beralamat di : ______________________________________________________________________

dengan sesungguhnya serta dengan hati suci mengaku bahawa simati yang tersebut namanya di atas
meninggalkan harta pusaka berikut :-

(A) No.Hakmilik No.Lot Mukim Daerah

(Jika tidak mencukupi sila gunakan lampiran lain perlu ditandatangan)

(B) Harta Alih

(Jika tidak mencukupi sila gunakan lampiran lain dan perlu ditandatangan)

2. Saya adalah waris simati yang berhak menuntut harta pesaka simati yang tersebut di atas dan saya
bersetuju harta pesaka simati dibahagikan seperti berikut :

*a) Mengikut hukum syarak (faraid)/ Akta Pembahagian 1/97 (bagi bukan Islam)

*b) Mengikut muafakat seperti jadual disebelah

*c) Menyerahkan hak saya kepada : ______________________________________

____________________________________ K/P : _______________________

3. Saya mengaku apa-apa keterangan persetujuan yang tersebut di atas semuanya benar dan di bawah
ini saya turunkan tandatangan saya.

Dihadapan saya,

………………………………………… ………………………………..
(Tandatangan Magistrate/Pentadbir Tanah (Tandatangan orang yang
atau Pesuruhjaya Sumpah) membuat persetujuan)

Tarikh : ………………………

Pembahagian Harta Pusaka Kecil 15


* Potong mana-mana yang tidak dikehendaki
- CONTOH -
LAMPIRAN ‘D’

PEMBAHAGIAN PUSAKA UNTUK WARIS BUKAN ISLAM

Bagi waris bukan Islam, pembahagian pusaka adalah mengikut Akta A1004 Akta Pembahagian
(Pindaan) 1997 yang menetapkan bahawa :-

(a) Jika seseorang si mati tak berwasiat mati dengan meninggalkan seorang
pasangan dan tidak meninggalkan zuriat dan ibu atau bapa atau ibu dan bapa,
pasangan yang menakat adalah berhak kepada kesemua harta pusaka itu;

(b) Jika seseorang simati tak berwasiat mati dengan tidak meninggalkan seorang
pasangan dan ibu atau bapa atau ibu dan bapa, pasangan yang menakat adalah
berhak kepada setengah daripada harta pusaka itu dan ibu atau bapa atau ibu dan
bapa yang menakat adalah berhak kepada kesemua harta pusaka itu;

(c) Jika seseorang si mati tak berwasiat mati dengan meninggalkan zuriat tetapi
tidak meninggalkan pasangan atau ibu atau bapa atau ibu dan bapa, zuriat yang
menakat adalah berhak kepada semua harta pusaka itu;

(d) Jika seseorang si mati tak berwasiat mati dengan tidak meninggalkan
pasangan dan zuriat tetapi meninggalkan ibu atau bapa atau ibu dan bapa, ibu
atau bapa atau ibu dan bapa yang menakat adalah berhak kepada kesemua harta
pusaka itu;

(e) Jika seseorang simati tak berwasiat mati dengan meninggalkan seorang
pasangan dan zuriat tetapi tidak meninggalkan ibu atau bapa atau ibu dan bapa,
pasangan yang menakat adalah berhak kepada satu per tiga daripada harta pusaka
itu dan zuriat itu berhak kepada baki yang dua per tiga lagi;

(f) Jika seseorang simati tak berwasiat mati dengan tidak meninggalkan pasangan
tetapi meninggalkan zuriat dan ibu atau bapa atau ibu dan bapa, zuriat yang
menakat adalah berhak kepada dua per tiga daripada harta pusaka itu dan ibu atau
bapa atau ibu dan bapa itu berhak kepada baki yang satu per tiga lagi;

(g) Jika seseorang simati tak berwasiat mati dengan meninggalkan seorang
pasangan, zuriat dan ibu atau bapa atau ibu dan bapa, pasangan yang menakat
adalah berhak kepada satu per empat daripada harta pusaka itu, zuriat adalah
berhak kepada setengah daripada harta pusaka itu dan ibu atau bapa atau ibu dan
bapa itu berhka kepada baki yang satu per empat lagi;

(h) Tertakluk kepada hak-hak seseorang pasangan atau seseorang ibu atau bapa
atau ibu dan bapa yang menakat, mengikut mana-mana yang berkenaan, harta
pusaka seseorang si mati tak berwasiat yang meninggalkan zuriat hendaklah
dipegang atas amanah dengan pembahagian sama rata bagi zuriat itu;

(i) Jika seseorang simati tak berwasiat mati dengan tidak meninggalkan
pasangan, zuriat, ibu atau bapa atau ibu dan bapa, kesemua harta pusaka si mati
tak berwasiat itu hendaklah dipegang atas amanah bagi orang yang berikut yang
hidup pada masa kematian si mati tak berwasiat dan mengikut susunan dan cara
yang berikut, iaitu :
Pembahagian Harta Pusaka Kecil 16
Pertama, atas amanah yang dinyatakan dalam seksyen 7 bagi adik
beradik lelaki dan perempuan simati tak berwasiat dalam bahagian yang
sama banyak; tetapi jika tiada seorang pun mendapat kepentingan yang
terletak hak secara mutlak di bawah amanah sedemikian, maka

Kedua, bagi datuk nenek si mati tak berwasiat dalam bahagian


yang sama banyak secara mutlak; tetapi jika tiada datuk nenek yang
menakat, maka

Ketiga, atas amanah yang dinyatakan dalam seksyen 7 bagi bapa


saudara dan ibu saudara si mati tak berwasiat dalam bahagian yang sama
banyak; tetapi jika tiada seorang pun mendapat kepentingan yang terletak
hak secara mutlak di bawah amanah sedemikian, maka

Keempat, bagi moyang-moyang si mati tak berwasiat dan jika


lebih daripada seorang menakat si mati tak berwasiat dalam bahagian
yang sama banyak secara mutlak ; tetapi jika tiada moyang-moyang
sedemikian yang menakat, maka

Kelima, atas amanah yang dinyatakan dalam seksyen 7 bagi


moyang saudara si mati tak berwasiat dalam bahagian yang sama
banyak.

______________________________________________________________________________

Penerangan di atas memberi maklumat umum sebagai panduan mengenai pembahagian pusaka simati. Maklumat yang lebih tepat
dan jelas hendaklah diperolehi dari Pegawai Pentadbir Pusaka yang disenaraikan di bawah ini :-

Johor Bahru 07-2237737 - Tingkat 4, Blok A,


Wisma Persekutuan,
80000 Johor Bahru.

Muar 06-9521101 - Tingkat 2, Bangunan


Sumber Manusia,
Jalan Othman, Muar.

Batu Pahat 07-4314344 - Tingkat 4, Wisma Supreme,


36 Jalan Mengkudu, Batu Pahat

Segamat 07-9310403 - No, 29A Tingkat 1, Jalan Dahlia,


Bt 1, Jalan Buluh Kasap, Segamat.

Kluang 07-7724577 - Tingkat 8, Wisma Bunga,


Jalan Lambak, Kluang.

Pembahagian Harta Pusaka Kecil 17


Pembahagian Harta Pusaka Kecil 18

You might also like