You are on page 1of 13

PENGENALAN 1. Kedudukan Madinah adalah di utara Makkah. 2. Madinah merupakan kota penting bagi pedagang Arab kemunculan Islam.

3. Pedagang-pedagang luar mengunjunginya kerana kedudukannya yang strategik di tengah-tengah .perjalanan antara Syam dan Makkah. 4. Penduduk Madinah terdiri daripada orang Yahudi & Arab Orang Yahudi Golongan Arab Bani Quraizah Bani Qunaiqa Bani Nadhir Suku Aus Suku Khazraj

5. Pergeseran yang berlaku antara suku-suku Arab dan penguasaan oleh orang Yahudi menyebabkan suasana kehidupan di Madinah kurang aman. 6. Terbuka lembaran baru dalam sejarah Madinah apabila orang Aus dan Khazraj telah bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.w. di Aqabah pada tahun 621 M. PERJANJIAN AQABAH PERTAMA DAN KEDUA 1. Peristiwa hijrah berkait rapat dengan Perjanjian Aqabah I (620 M.) dan Perjanjian Aqabah II (621 M.). 2. Perjanjian ini termeterai antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan penduduk Madinah yang terdiri daripada kaum Aus dan Khazraj. 3. Perjanjian ini berlaku dalam dua peringkat, iaitu Perjanjian Aqabah Pertama dan Kedua. Perkara Tempat Kandungan Perjanjian Aqabah I Aqabah I. Penduduk Yathrib berjanji tidak akan menyekutukan Allah s.w.t., mereka hendaklah beriman kepada Allah dan Rasul. II. Berjanji akan melakukan segala kebaikan yang disuruh oleh Islam dan tidak akan melakukan amalan jahiliah seperti mencuri, meminum arak, dan mem-bunuh bayi perempuan. III. Mereka akan membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w Kesan 1. Nabi Muhammad s.a.w. dan umat Islam Makkah berhijrah ke Madinah. 2. Islam tersebar ke Madinah. 3. Madinah menjadi tapak penyebaran agama Islam yang baru. IV. III. II. Perjanjian Aqabah II Aqabah I. Kaum Aus dan Khazraj memeluk Islam dan mengukuhkan taat setia mereka kepada Nabi Muhammad s.a.w. Mereka menjemput Nabi Muhammad s.a.w. dan umat Islam di Makkah berhijrah ke Madinah. Mereka akan menyediakan tempat tinggal dan menjamin keselamatan Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Islam Makkah. Mereka akan mempertahankan Islam

HIJRAH Maksud Hijrah 1. Dalam bahasa Arab, hijrah bermakna berpindah, iaitu perpindahan yang berlaku dari satu tempat ke satu tempat yang lain. 2. Dalam konteks tamadun Islam, hijrah bermaksud: a. Perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke Madinah untuk memperkukuh agama Islam. b. Satu strategi baru untuk menyebarkan Islam. c. Perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan keburukan, atau kejahatan. d. Semangat ingin berubah, iaitu perubahan dari segi sikap, berfikir, dan tingkah laku Pandangan Orientalis Barat 1. Orientalis Barat mentafsirkan hijrah sebagai suatu pelarian. 2. Pandangan orientalis Barat ini disangkal oleh umat Islam kerana : a. Penghijrahan umat Islam dari kota Makkah ke Madinah adalah jemputan orang Madinah sendiri seperti yang terkandung dalam Perjanjian Kedua. b. Orang Madinah menyambut ketibaan orang Islam Makkah dengan rela dan meriah setibanya mereka di Madinah. c. Orang Islam Makkah disediakan tempat tinggal yang sewajarnya dan mereka dijamin oleh penduduk Madinah. Madinah, termasuk golongan bukan Islam. Penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w 1. Nabi Muhammad s.a.w. berjaya melepaskan diri daripada kepungan pemuda Quraisy terhadap rumah baginda. 2. Ali bin Abu Talib menawarkan diri untuk tidur di tempat tidur Nabi Muhammad s.a.w. agar baginda dapat melepaskan diri 3. Baginda bertemu dengan Abu Bakar al-Siddiq setelah keluar dari rumah. 4. Mereka bersembunyi di Gua Thur sebelum meneruskan perjalanan ke Madinah. 5. Semasa bersembunyi di Gua Thur, beberapa orang telah membantu baginda, iaitu : a) Abdullah bin Abu Bakar - mengintip kegiatan orang Quraisy yang sedang kehilangan baginda. b) Asma' binti Abu Bakar - menghantar makanan kepada Nabi Muhammad c) Amir bin Fuhairah seorang penggembala kambing yang membekalkan susu kepada Nabi Muhammad s.a.w.. 6. Selepas bersembunyi di Gua Thur, Nabi Muhammad s.a.w. dan Abu Bakar meneruskan perjalanan ke Madinah dipandu oleh Abdullah bin Arqat SEBAB HIJRAH 1. Perintah Allah menerusi Wahyu d. Nabi Muhammad s.a.w. dilantik sebagai pemimpin Madinah dan baginda diterima oleh semua penduduk

a. Menerusi wahyu ini, Allah telah memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w. supaya dengan segera kerana niat dan pakatan orang Quraisy untuk membunuh baginda b. Perintah ini berasaskan ayat al-Quran, iaitu Surah al-Anfal. c. Perintah ini mencepatkan penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah

2. Penentangan orang Quraisy a. Orang Quraisy menentang Islam secara berterusan. b. Umat Islam Makkah dihina dan diseksa oleh mereka. c. Mereka berpakat untuk membunuh Nabi Muhammad s.a.w.. terhadap mereka. 3. Jemputan masyarakat Arab Madinah a. Jemputan itu dibuat berasaskan Perjanjian Aqabah Kedua. b. Suku Aus dan Khazraj sering bertelingkah sesama sendiri. c. Ekonomi suku Aus dan Khazraj dikuasai oleh orang Yahudi. d. Mereka memerlukan Nabi Muhammad s.a.w. menjadi pemimpin dan mendamaikan mereka TUJUAN HIJRAH 1. Hijrah dilakukan untuk meneruskan penyebaran agama Islam. 2. Hijrah merupakan strategi yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w untuk mengembangkan agama Islam. 3. Tempat yang baru dan suasana yang aman dapat memudahkan kegiatan dakwah islamiah 4. Hijrah membolehkan wujudnya sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna KEPENTINGAN HIJRAH 1. Peristiwa hijrah membawa kesan yang amat penting kepada peningkatan tamadun masyarakat Arab dan tamadun Islam 2. Kepentingan hijrah dapat dilihat dalam beberapa aspek berikut: Perkara Dakwah Damai Persaudaraan Keterangan Kegiatan dakwah Islamiah dapat dijalankan secara aman tanpa gangguan. Suku Aus dan Khazraj yang sering bersengketa dapat berdamai melalui semangat persaudaraan sesama Islam. Hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan orang Islam Madinah terjalin. Mereka yang sebelumnya mempunyai perbezaan dari segi kedudukan ekonomi dan sosial telah dapat disatukan. Orang Islam Madinah (orang Ansar) membantu orang Islam Makkah (Muhajirin) sehinggakan mereka yang berhijrah itu tidak berasa terasing, atau rendah diri berada dalam masyarakat baru di Madinah. Bersatu padu Penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku, agama, dan budaya dapat d. Nabi Muhammad s.a.w. mengarahkan umat Islam berhijrah untuk mengelakkan kekejaman orang Quraisy

Pengorbanan Toleransi Madinah Takwim Masjid

bersatu padu. Perpaduan ini dapat melahirkan kehidupan yang harmoni. Masyarakat Madinah dapat menjalankan kegiatan ekonomi, agama dan sebagainya untuk menikmati kemakmuran dan kesejahteraan hidup. Masjid al-Nabawi telah dibina di Madinah dan berfungsi sebagai: Tempat untuk beribadat. Tempat belajar. Tempat untuk bertemu dan membincangkan masalah yang dihadapi oleh orang Islam. Aktiviti harian seperti berjual beli dijalankan oleh orang Islam di kawasan persekitaran masjid. Wujudnya kiraan tahun hijrah dalam takwim Islam. Takwim Islam yang berasaskan tahun Hijrah mula digunakan oleh Khalifah Umar alKhattab. Sambutan 'maal hijrah' diadakan di negara kita pada setiap tahun untuk memperingati perjuangan umat Islam. Nama Yathrib ditukar kepada Madinah al-Munawwarah atau kota bercahaya. Nabi Muhammad s.a.w. menukarkan nama tersebut sebagai satu usaha baginda untuk menjadikan Madinah sebagai pusat tamadun Islam. Wanita Hijrah memperlihatkan sikap toleransi kaum dan tolong-menolong yang boleh melahirkan masyarakat cemerlang. Bantuan dalam pelbagai aspek diberikan oleh orang Islam Madinah kepada orang Islam Makkah. Hijrah memperlihatkan sokongan dan pengorbanan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Abu Dakar al-Siddiq sanggup bergadai nyawa dan harta untuk melindung Nabi Muhammad s.a.w. semasa hijrah. Ali bin Abu Talib sanggup tidur di tempat tidur baginda apabila rumah baginda dikepung oleh orang Quraisy untuk mengelirukan mereka. Abdul Rahman bin Auf sanggup menyumbangkan hartanya untuk membantu masyarakat Islam yang kurang berupaya. Wanita juga memainkan peranan penting untuk menggerakkan kemajuan negara. Asma' binti Abu Bakar telah berjaya membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.. Dengan berani beliau telah menghantar makanan dan menyampaikan berita tentang gerakan orang Quraisy kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang berlindung di Gua Thur. Hijrah dapat mencerminkan sifat-sifat Nabi Muhammad s.a.w Sifat-sifat Nabi Kebesaran jiwa dan ketabahan hati baginda sanggup meninggalkan

kemewahan hidup untuk memperjuangkan Islam Tidak mudah putus asa apabila menempuh kegagalan. Bijaksana mengatur strategi perjuangan. Baginda bersembunyi di Gua Thur sebelum meneruskan perjalanan ke Madinah. Baginda memilih jalan ke selatan menuju ke Tihamah berhampiran Laut Merah untuk ke Madinah kerana jalan menerusi utara Makkah kurang selamat.

PIAGAM MADINAH 1. Kerajaan Islam di Madinah yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. adalah berdasarkan hukum Islam dari segi politik, sosial, dan ekonomi. 2. Piagam Madinah telah dibentuk oleh Rasulullah s.a.w. dengan panduan wahyu Allah Piagam Madinah

Tujuan Untuk melahirkan sebuah pemerintahan dan masyarakat Islam yang stabil, adil, dan maju

Perjanjian Piagam Madinah merujuk kepada kanun, piagam, atau perjanjian bertulis

Disebut Disebut jugaShahifah Madinah

Perkara Berhubung peraturan dan tanggungjawab pemerintah dan orang yang diperintah.

Perlembagaan Merupakan perlembagaan yang pertama digubal di dunia. Menjadi asas dan panduan pemerintahan kerajaan Islam di Madinah

Persetujuan Piagam ini dirangka berasaskan persetujuan: Orang Islam, iaitu Muhajirin dan Ansar. Orang bukan Islam, iaitu orang Yahudi dan sekutu mereka yang tinggal di Madinah

Kandungan Piagam Madinah Mempunyai 47 fasal dan terbahagi kepada dua : Bahagian 1 Mempunyai 23 fasal Menyentuh tentang hubungan dan tanggungjawab di kalangan umat Islam Bahagian 2 Mempunyai 24 fasal Menyentuh tentang kaum Yahudi dan tanggungjawab mereka terhadap kerajaan Islam Madinah

Kandungannya merangkumi aspek sosial, politik, agama, ekonomi dan ketenteraan. Juga menggariskan beberapa prinsip umum tentang masyarakat atau ummah dan negara islam yang berbilang kaum dan agama. Piagam ini lengkap, menyeluruh dan mengambil kira kepentingan semua pihak.

Aspek Dalam Piagam Madinah PERKARA Politik KETERANGAN Pemimpin Madinah ialah Nabi Muhammad s.a.w. Agama Ekonomi Sosial Baginda berperanan sebagai hakim yang Menyelesaikan masalah yang timbul antara orang Islam dengan bukan Islam. Kebebasan diberi kepada masyarakat Madinah untuk mengamalkan agama masing-masing. Kebebasan juga diberi kepada penduduk Madinah untuk mengamalkan adat istiadat mereka selagi tidak bertentangan dengan Islam. Demi untuk memajukan ekonomi negara, kerjasama masyarakat Madinah diperlukan. Menghapuskan unsur riba dan penipuan dalam perniagaan. Seluruh penduduk Madinah dianggap sebagai satu ummah dan mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap negara. Masyarakat Madinah mestilah hidup dengan aman damai dan Perundangan Kedudukan Yahudi Pertahanan harmoni Menggunakan undang-undang Islam secara menyeluruh. Peraturan kekeluargaan di dalam sesuatu kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam Selagi orang-orang Yahudi mematuhi Perlembagaan Madinah, keselamatan mereka terjamin Semua anggota masyarakat dikehendaki mempertahankan Madinat daripada ancaman luar.

Isi Piagam Madinah adalah berdasarkan wahyu dan menjadi dasar undang-undang negara Islam Madinah Masyarakat Madinah yang berbilang kaum dan agama di Madinah dianggap sebagai satu ummah di mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap negara, Pemimpin ummah bagi negara Madinah ialah Nabi Muhammad s.a.w.. Semua anggota Piagam Madinah mempunyai hak dan kebebasan beragama. Wujud hubungan yang erat antara kaum yang berlainan agama. Orang mukmin yang terdiri daripada orang Muhajirin dan Ansar dianggap bersaudara: a) Mereka mesti ada sifat tolong-menolong. .

b) Tidak boleh berbunuhan sesama mukrnin. c) Sama-sama memikul tanggungjawab untuk memperkukuh ekonomi negara d) Membanteras kezaliman e) Mesti menegakkan keadilan sosial. Piagam ini juga memberi jaminan keselamatan terhadap orang bukan Islam yang menganggotain]! dan mematuhi peraturan piagam.

Kepentingan Piagam Madinah Aspek Model Diterima Keterangan Piagam Madinah menjadi model dan panduan bagi kerajaan yang menjalankan pemerintahan Lengkap Ekonomi Ummah Taraf Hak Undang-undang Sistematik berasaskan Islam Piagam ini dapat diterima pakai oleh semua lapisan masyarakat. Dapat membuktikan bahawa unsur-unsur Islam dapat diamalkan dalam sesebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama Penggubalan piagam ini membuktikan kejayaan Nabi Muhammad s.a.w. mengatur sebuah pemerintahan yang lengkap dengan peraturan dunia dan akhirat Amalan riba dilarang, penipuan, rasuah, dan penindasan tidak dibenarkan. Keadilan dan ketelusan diutamakan dalam perniagaan. Amalan sedekah dan sifat bertimbang rasa digalakkan. Ekonomi kerajaan Islam Madinah meningkat. Orang Ansar membantu orang Muhajirin secara ikhlas dan sukarela Masyarakat baru yang berasaskan ummah dapat dibentuk. Masyarakat dapat hidup bersatu padu dan aman. Semangat ummah Islamiah iaitu semangat persaudaraan sesama Islam dipupuk di kalangan Islam. Semua rakyat mempunyai kedudukan dan taraf yang sama. Kesetiaan sosial dipraktikkan Persamaan hak dan persaudaraan Islam diutamakan Undang-undang yang lengkap dan sempurna dibentuk. Syariah Islam yang diperkenalkan adalah adil dan sesuai untuk diikuti oleh semua masyarakat dalam sesebuah negara. Piagam ini berjaya menyusun kehidupan masyarakat yang teratur dan sistematik. Setiap bangsa terikat kepada undang-undang yang digariskan.

Tanggungjawab Cara

Semua bangsa ada hak dalam negara Madinah. Mereka mematuhi peraturan dan cara hidup yang menjadi panduan masyarakat. Semua rakyat bertanggungjawab untuk mempertahankan keselamatan negara Madinah daripada serangan musuh dari luar Cara Nabi Muhammad s.a.w. membentuk kerajaan berbeza daripada yang lain, iaitu: a) Baginda menyusun perlembagaan negara terlebih dahulu sebelum mengasaskan kerajaan, b) Masyarakat Madinah diikat dahulu dengan perjanjian yang lengkap sebelum bernaung di bawah sebuah pemerintahan. Meletakkan Allah s.w.t. sebagai kuasa tertinggi

Tinggi

PENYEBARAN ISLAM 1. Orang Arab Quraisy berasa iri hati dengan pembentukan kerajaan Islam di Madinah pada tahun 622M. 2. Mereka berusaha mendapatkan sokongan daripada orang Yahudi dan penduduk Arab yang tinggal di sekitar Tanah Arab untuk menumpaskan kerajaan Islam Madinah. Strategi Penyebaran Islam Menghantar perutusan ke Rom, Rom Timur, Parsi, Mesir, Habsyah, dan wilayah di sekitar Tanah Arab. Tidak menggunakan paksaan. Menggunakan cara diplomasi dan menunjukkan nilai-nilai yang baik. Menyeru pemerintah-pemerintah di wilayah-wilayah tersebut memeluk Islam menerusi warkah yang dihantar kepada mereka. Mewujudkan rasa persefahaman dengan wilayah-wilayah tersebut

Reaksi terhadap Warkah Nabi Muhammad s.a.w Warkah yang dihantar kepada Raja Qibti Mesir, al-Muqauqis disarnbut baik. Walau bagaimanapun al-Muqauqis tidak menerima dakwah Islamiah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Setelah menerima warkah Nabi Muhammad s.a.w., Maharaja Rom Timur iaitu Hercules telah membincangkan isi kandungan warkah itu dengan pembesarpembesarnya. Raja Parsi pula tidak dapat menerima warkah Nabi Muhammad s.a.w.. Warkah tersebut telah dikoyak olehnya.

3. Nabi Muhammad s.a.w. yang menyedari tindak tanduk orang Arab Quraisy telah menghadapi ancaman mereka dengan berhati-hati. 4. Nabi Muhammad s.a.w. telah mengatur strategi untuk menyebarkan agama Islam. 5. Orang Arab Quraisy sering melakukan keganasan dengan menyerang kafilah perdagangan Islam. Ini menyebabkan Nabi Muhammad s.a.w. berusaha untuk membetulkan keadaan tersebut. 6. Mengikut ajaran Islam, peperangan hanya dilakukan dengan keizinan Allah iaitu setelah wahyu diturunkan oleh Allah.

Prinsip-prinsip yang Mesti Dipatuhi oleh Umat Islam dalam Peperangan Peperangan hanya boleh dilakukan dengan keizinan Allah. Allah membenarkan orang Islam berperang apabila mereka diserang musuh. Orang Islam dibenarkan berperang demi menjaga keamanan agar tempat ibadat mereka terjaga. Peperangan adalah untuk menentang kezaliman dan mempertahankan diri. Peperangan hanya boleh dilakukan untuk mempertahankan maruah agama, bangsa, dan negara Sekiranya musuh Islam ingin berdamai, maka orang Islam harus memilih perdamaian. Orang yang lemah seperti orang sakit, orang wanita, kanak-kanak, dan orang yang menyerah diri tidak boleh dibunuh. Binatang ternakan tidak boleh dibunuh dantani tidak boleh dimusnahkan. Tempat ibadat tidak boleh dirobohkan.

7. Antara tahun 622M. sehingga pembukaan semula kota Makkah pada 630M./8H beberapa siri peperangan antara orang Islam Madinah dengan orang Quraisy Makkah telah berlaku: Antara peperangan tersebut ialah

Bil. Perang 1 2 3 4 Perang Badar Perang Uhud Perang Khandak Perang Tabuk

Tahun 624M./2H. 625M./3H. 627M./5H. 630M./8H.

PERJANJIAN HUDAIBIYAH 1. Orang Islam telah mencapai kejayaan cemerlang apabila termeterainya Perjanjian Hudaibiyah
PERJANJIAN HUDAIBIYAH KETERANGAN 628M./6 Hijrah Hudaibiyah Orang Islam Madinah. Kaum musyrikin Quraisy Makkah Pada tahun 628M., orang Islam mengambil keputusan untuk menziarahi Makkah. Kota Makkah amat penting kepada orang Islam Madinah kerana: a) Merupakan tempat letaknya Kaabah yang menjadi pusat ibadat bagi orang Islam b) Merupakan tempat asal orang Muhajirin. c) Merupakan tempat turunnya wahyu pertama. d) Nabi Muhammad s.a.w. ingin mengerjakan umrah di sana Rombongan seramai 1400 orang yang diketuai oleh Nabi Muhammad s.a.w. telah bertolak menuju ke Makkah pada tahun 6H./628M. untuk menunaikan umrah

PERKARA Tahun Tempat Pihak Terlibat Peristiwa

Pemergian mereka tanpa membawa sebarang senjata kecuali pedang untuk mempertahankan diri jika diserang. Mereka semua berpakaian ihram. Apabila tiba di Hudaibiyah, mereka telah disekat oleh orang Arab Quraisy Makkah Orang Arab Quraisy Makkah bertindak sedemikian kerana: a) Mereka berasa tercabar dengan kedatangan orang Islam Madinah. b) Mereka bimbang dengan kekuatan orang Islam Madinah. Di Hudaibiyah, orang Islam menghantar Uthman bin Affan untuk menerangkan tujuan sebenar kedatangan mereka kepada orang Arab Quraisy Makkah. Akan tetapi, orang Arab Quraisy Makkah tidak menghiraukan hasrat orang Islam itu. Uthman bin Affan telah ditangkap dan tersebar berita bahawa Uthman Bin Affan telah dibunuh. Orang Islam telah bersiap sedia menghadapi orang musyrikin Makkah. Apabila orang Quraisy mendapat tahu bahawa angkatan Islam bersumpah setia (Baiah al-Ridwan) untuk membela kematian Uthman bin Affan, mereka menghantar Suhail bin Amru untuk berunding. Setelah berunding, Nabi Muhammad s.a.w. bersedia mengadakan perjanjian dengan orang Quraisy Makkah. Dengan itu, termeterailah Perjanjian Hudaibiyah antara Nabi Muhammad s.a.w (mewakili pihak Islam) dengan Suhail bin Amru (mewakili pihak Quraisy)

Syarat-syarat Perjanjian Hudaibiyah

Kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun. Kabilah Arab yang lain bebas memilih sama ada hendak memihak kepada orang Islam Madinah, atau orang Quraisy Makkah. Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan semula. Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan. Umat Islam dibenarkan mengerjakan umrah pada tahun berikutnya, iaitu pada tahun 7 Hijrah.

Kepentingan perjanjian Hudaibiyah


1. Orang Islam berpeluang menunaikan haji pada tahun berikutnya, iaitu 629M.. 2. Orang Islam berjaya memasuki Makkah dan dapat beribadat di Kaabah pada bila-bila masa.

10

3. Nabi Muhammad s.a.w. berupaya merangka program dakwah Islam ke seluruh Semenanjung Tanah Arab secara aman dalam tempoh perdamaian perjanjian ini. 4. Walaupun isi perjanjian kelihatan menguntungkan orang Quraisy tetapi Nabi Muhammad s.a.w. yakin pihak orang Islam memperoleh keuntungan dalam jangka masa panjang. Ini terbukti dengan pemelukan Islam oleh tokoh panglima Arab Quraisy, iaitu Khalid al-Walid, Amru bin al-As, dan Uthman bin Talib 5. Islam dapat berkembang dengan pesat. Sesetengah sejarawan mengatakan bahawa selepas dua tahun perjanjian ini ditandatangani, orang yang memeluk Islam berlipat ganda bilangannya. 6. Perjanjian ini membuktikan ketabahan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin unggul dan dihargainya 7. Sebarang keputusan yang akan diambil dilihat secara menyeluruh, terperinci, dan berwawasan. 8. Pengiktirafan terhadap kerajaan Islam di Madinah. 9. Perjanjian ini hanya bertahan dua tahun sahaja antara pihak Islam dan Quraisy Makkah. 10. Orang Arab Quraisy sengaja melanggar syarat pertama perjanjian tersebut. Mereka memberi sokongan kepada Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuza'ah. 11. Nabi Muhammad s.a.w. bertindak tegas dengan menghantar pasukan tentera ke Makkah. 12. Kesimpulannya, Perjanjian Hudaibiyah merupakan perintis ke arah pembukaan semula kota Makkah

Pembukaan Kota Makkah 1. Kota Makkah merupakan tempat Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan dan tempat lahirnya agama Islam.

2. Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Islam telah berhijrah ke Madinah pada tahun 622M. setelah mendapat penentangan daripada orang Arab Quraisy Makkah. 3. Pada tahun 630M. /8H., Nabi Muhammad s.a.w. telah berjaya menguasai semula kota Makkah. Sebab-sebab Nabi Muhammad s.a.w. Membuka Semula Kota Makkah 1. Orang Quraisy melanggar Perjanjian Hudaibiyah, Mereka memberi sokongan kepada Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuza'ah. Mengikut syarat Perjanjian Hudaibiyah, mereka harus mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun. 2. Tindakan ini merupakan satu strategi jangka masa panjang untuk meneruskan penyebaran Islam. 3. Orang Quraisy tidak menghormati hak kebebasan yang dipersetujui bersama dalam Perjanjian Hudaibiyah

11

4. Beberapa orang Bani Khuza'ah yang berpihak kepada Islam telah dibunuh. 5. Nabi Muhammad s.a.w. berpendapat bahawa sekiranya Makkah dapat dikuasai, kerajaan Islam Madinah akan bertambah mantap 4. Kedatangan tentera Islam ke kota Makkah amat membimbangkan orang Arab Quraisy. 5. Pada masa itu, beberapa orang tokoh penting seperti bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w., iaitu al-Abbas dan ketua Arab Quraisy, Abu Sufian telah memeluk Islam sebelum tentera Islam menguasai Makkah. 6. Mereka memeluk Islam setelah menyedari kepalsuan perjuangan mereka selama ini dan bukan disebabkan takut dengan kekuatan tentera Islam. 7. Nabi Muhammad s.a.w. merancang secara bijak untuk memasuki kota Makkah. 8. Baginda berpegang kepada prinsip aman tanpa kekerasan untuk menguasai kota Makkah. 9. Nabi Muhammad s.a.w. berjaya menguasai kota Makkah dengan mudah kerana: a) Tentera Islam yang ramai, iaitu kira-kira 10 000 orang. b) Strategi peperangan yang berkesan. Tentera Islam dibahagi kepada empat pasukan di bawah pimpinan empat orang panglima, iaitu Khalid bin al-Walid, Abu Ubaidah al-Jarrah, Saad bin Ubadah, dan Zubair bin al-Awwam. Keempat-empat pasukan tentera bergerak serentak untuk masuk ke kota Makkah melalui empat penjuru, iaitu dari arah utara, selatan, barat, dan barat daya Makkah. Strategi ini membawa kejayaan kerana orang Quraisy dapat dikepung dengan rapi. c) Tentera Islam berjuang dengan penuh keyakinan dan semangat ketakwaan. d) Kemaraan tentera Islam ke kota Makkah tidak menghadapi halangan yang besar, kecuali penentangan segelintir orang Quraisy terhadap pasukan Khalid bin al-Walid. e) Pengislaman Abu Suffian dan Abbas mendorong ramai orang Quraisy yang lain turut memeluk Islam. Keadaan ini memudahkan tentera Islam menguasai Makkah. f) 10. Setelah Nabi Muhammad s.a.w. memberi jaminan keselamatan kepada mereka yang terkepung semasa pembukaan kota Makkah. menguasai kota Makkah, Nabi Muhammad s.a.w. telah bertawaf sebanyak tujuh kali mengelilingi Kaabah. Baginda telah berpidato kepada umat Islam dengan membaca ayat al-Quran yang menegaskan kepentingan perpaduan dalam masyarakat pelbagai bangsa dan agama. 11. Sebelum Nabi Muhammad s.a.w. wafat, dalam khutbah haji terakhir baginda, baginda telah meninggalkan pesanan penting kepada umat Islam, iaitu baginda meninggalkan satu pusaka kepada umat Islam yang tidak akan menjadikan mereka sesat selama-lamanya. 12. Nabi Muhammad s.a.w. wafat pada tahun 632M./ 10H. 13. Pusaka yang dimaksudkan ialah: a) Kitab Allah, atau al-Quran. b) Sunnah Rasulullah 14. Selepas kewafatan baginda, tugas penyebaran Islam dilakukan oleh sahabat-sahabat baginda yang terpilih. 15. Pemerintahan kerajaan Islam diketuai oleh Khulafa al-Rasyidin.

12

Kepentingan Pembukaan Semula Kota Makkah


1. Penganut agama Islam di kota Makkah semakin bertambah kerana Nabi Muhammad s.a.w. telah memaafkan penduduk Makkah yang memusuhi Islam selama ini. Sifat pemaaf Nabi Muhammad s.a.w. telah menjadi kunci kejayaan penyebaran Islam seterusnya. 2. Kota Makkah berperanan sebagai kota suci umat Islam dan menjadi tumpuan umat Islam dari seluruh dunia untuk melakukan ibadat. 3. Masyarakat Islam mulai mendalami ilmu pengetahuan Islam 4. Kaabah terpelihara daripada unsur-unsur jahiliah 5. Penyembahan patung berhala yang diamalkan sejak turun-temurun telah dihapuskan dan diganti dengan amalan Islam 6. Kerajaan Islam Madinah bertambah bawah pimpinan Nabi Muhammad s.a.w. 7. Agama Islam tersebar ke seluruh Semenanjung Tanah Arab secara bebas, tanpa paksaan daripada mana-mana pihak

Rumusan
1. Pembentukan kerajaan Islam Madinah melambangkan Islam dapat diamalkan dalam kehidupan harian secara menyeluruh. Tamadun Islam yang dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah menjadi titik tolak kepada kejayaan pemerintahan Islam seterusnya. 2. Perpaduan dan keharmonian hidup pebagail bangsa di Madinah perlu kita contohi. Nilai-nilai murni Nabi Muhammad s.a.w menjadi pedoman kepada pemimpin negara| generasi muda, iaitu: a) Berwawasan; b) Berjiwa besar; c) Pemaaf; d) Tidak pernah menyerah kalah

13

You might also like