You are on page 1of 11

SISTEM PEMBIAKAN MANUSIA

Organ Pembiakan Lelaki :

Struktur dan Fungsi

Banding Beza - Sperma dan ovum Persamaan Sperma 1. Merupakan sel pembiakan 2. Dihasilkan dalam badan manusia 3. Mempuyai nukleus Ovum 1. Merupakan sel pembiakan 2. Dihasilkan dalam badan manusia 3. Mempunyai nukleus

Perbezaan Sperma 1. Sel pembiakan lelaki 2. Sel terkecil dalam badan manusia 3. Mempunyai bahagian ekor untuk bergerak 4. Dihasilkan oleh individi lelaki 5. Boleh hidup selama 72 jam dalam badan wanita 6. Berbentuk seperti berudu Ovum 1. Sel pembiakan wanita 2. Sel terbesar dalam badan manusia 3. Tidak mempunyai ekor 4. Dihasilkan oleh invidiu wanita 5. Boleh hidup selama 24 jam dalam badan wanita 6. Berbentuk bulat

Organ Pembiakan Wanita :

Struktur Dan Fungsi

Pembiakan seks ialah sejenis pembiakan yang menyebabkan kepelbagaian genetik keturunan yang semakin bertambah. Ia dicirikan oleh dua proses: Meiosis yang menyebabkan bilangan kromosom dikurangkan menjadi setengah; Persenyawaan yang menyebabkan pertaupan dua gamet dan pemulihan kromosom kepada bilangannya yang asal. Sewaktu meiosis, kromosom setiap pasangan biasanya berpindah silang untuk mencapai gabungan semula genetik. Evolusi seks masih merupakan teka-teki yang utama dalam biologi evolusi moden. Bukti fosil pertama untuk organisma yang membiak secara seks ialah daripada eukariot di Zaman Stenia, iaitu antara satu hingga 1.2 bilion tahun dahulu. Pembiakan seks ialah kaedah pembiakan yang utama untuk kebanyakan organisma yang dapat dilihat, termasuknya hampir kesemua haiwan dan

tumbuhan. Pengkonjugatan bakteria, iaitu pemindahan DNA antara dua bakteria, sering salah dianggapi sebagai pembiakan seks kerana selok-beloknya adalah serupa.

Dalam peringkat pertama, iaitu 'meiosis', bilangan kromosom dikurang daripada nombor diploid (2n) ke nombor haploid (n). Sewaktu 'persenyawaan', gamet haploid bergabung untuk membentuk zigot diploid, dan bilangan kromosom yang asal (2n) dipulihkan.

Sistem pembiakan perempuan


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Untuk sistem pembiakan perempuan untuk organisma yang lain, sila lihat: Pembiakan seks'.

Sistem pembiakan perempuan.

Sistem pembiakan perempuan mengandungi dua bahagian utama: faraj dan uterus, yang bertindak sebagai bekas untuk sperma lelaki; dan ovari yang menghasilkan ovum; secara amnya, kesemua ovum dicipta sewaktu dilahir. Sistem pembiakan perempuan selalu merupakan bahagian dalaman. Faraj membuka ke luar di vulva yang juga merangkumi labium, kelentit dan uretra. Ia bersambung dengan uterus melalui serviks, sedangkan uterus bersambung dengan ovari melalui salur falopia. Pada lebih kurang setiap bulan, sebiji ovum akan menjadi matang melalui proses oogenesis dan dihantarkan ke uterus melalui salur falopia. Jika dalam perjalanan ini, ovum bertemu dengan sperma, sperma akan menembus dan bergabung dengannya. Proses ini yang digelarkan persenyawaan biasanya terjadi di dalam salur falopia, tetapi juga boleh terjadi di dalam uterus. Zigot yang dihasilkan akan melekat pada dinding uterus, di mana ia memulakan proses embriogenesis dan morfogenesis. Sewaktu perkembangannya mencapai tahap untuk berhidup di luar rahim, serviks akan mengembang

dan pengecutan uterus akan menolakkan fetus ke luar melalui salur lahir, iaitu faraj. Jika tidak disenyawakan, ovum itu akan dikeluarkan daripada sistem perempuan melalui haid.

Faraj
Faraj merupakan saluran berbentuk tiub dari uterus ke luar badan. Is merupakan tempat di mana air mani lelaki dibubuh dalam tubuh perempuan sewaktu persanggamaan.

Serviks
Serviks merupakan bahagian bawah uterus yang sempit di mana ia bersambung dengan hujung faraj yang atas. Ia berbentuk silinder ataupun kon dan terjulur melintasi bahagian anterior atasan bagi dinding faraj. Lebih kurang setengah daripada panjangnya dapat dilihat, sedangkan yang bakinya tersembunyi di atas faraj.

Uterus

Uterus atau rahim ialah organ pembiakan perempuan yang utama. Satu hujungnya membuka kepada faraj melalui serviks, sedangkan hujung yang lain bersambung di kedua-dua belah uterus kepada salur-salur falopia. Sebahagian besar uterus terdiri daripada otot yang dikenali sebagai miometrium. Fungsi utamanya ialah untuk menerima ovum tersenyawa yang akan melekat pada endometrium untuk mendapat makanannya daripada

salur darah yang berkembang semata-semata untuk tujuan ini. Ovum tersenyawa akan berkembang daripada peringkat embrio menjadi fetus dan kemudian dilahirkan sebagai bayi.

Salur falopia
Salur falopia ataupun oviduktus merupakan dua tiub halus yang menghubungkan ovari dengan uterus. Sewaktu ovum menjadi matang, folikel serta dinding ovari akan pecah dan membenarkan ovum melepaskan diri untuk kemasukan ke dalam salur falopia. Di sini, ia akan tiba di uterus melalui bantuan silia yang terletak di lapisan dalaman tiub yang menolakkannya. Perjalanan ini boleh mengambil masa berjam-jam ataupun berhari-hari. Jika ovum disenyawakan semasa di salur falopia, ia akan melekat pada endometrium sewaktu bertiba di uterus. Perlakuan ini menandakan permulaan kehamilan.

Ovari
Ovari ialah organ perempuan yang menghasilkan ovum atau telur. Proses untuk melepaskan ovum ke dalam salur falopia digelarkan pengovulan. Pengovulan terjadi secara berkala dan memberi kesan yang langsung kepada jangka kitaran haid. Selepas pengovulan, ovum akan bergerak ke uterus melalui salur falopia. Kehamilan akan terjadi jika ia disenyawakan oleh sperma dalam perjalanan itu ke uterus.

Sistem pembiakan lelaki


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Untuk sistem pembiakan jantan untuk organisma yang lain, sila lihat 'Pembiakan seks.

Sistem pembiakan lelaki.

Sistem pembiakan lelaki merupakan satu siri organ yang terletak di luar tubuh berhampiran dengan kawasan pelvis lelaki. Peranan lelaki dalam pembiakan ialah pemancutan sperma ke dalam faraj perempuan. Sperma itu mensenyawakan telur dalam tubuh perempuan, dan telur yang tersenyawa akan mengembang menjadi fetus, dan kemudian dilahirkan sebagai bayi.

Testis
Setiap lelaki mempunyai dua biji testikel yang terletak di dalam pundi yang digelarkan "skrotum". Skrotum pula terletaknya di luar rongga abdomen lelaki kerana suhu badan dalam tubuh adalah terlalu tinggi untuk menghasilkan sperma yang berdaya hidup. Di atas organ ini ialah epididimis yang merupakan tempat simpanan untuk sperma yang dihasilkan.

Sewaktu fetus, testis memulakan perkembangannya di dalam rongga abdomen tetapi akan menurun ke dalam pundi skrotum semasa dua bulan terakhirnya sebelum dilahir.

Zakar
Zakar mempunyai rakis yang panjang serta hujung yang lebih besar. Hujung ini digelarkan glans penis. Zakar ialah organ persetubuhan lelaki. Sewaktu syahwat lelaki dibangkitkan, zakarnya akan menjadi tegang dan tersedia untuk persetubuhan. Ketegangan ini terjadi kerana sinus darah di dalam tisu erektil zakar diisikan dengan darah. Arteri-arteri zakar akan mengembang, sedangkan vena akan memampat, supaya darah dapat mengalir ke dalam tisu erektil di bawah tekanan.

Sperma & air mani


Sperma yang matang mempunyai tiga bahagian: kepala, bahagian tengah dan ekor. Ekor sperma terdiri daripada mikrotubul yang membentukkan silium dan flagelum, sedangkan bahagian tengah mengandungi mitokondria yang menghasilkan tenaga. Kepalanya mengandungi 23 kromosom di dalam nukleus. Hujung nukleus itu diliputi dengan penutup yang dipanggil akrosom dan mengandungi enzim yang diperlukan untuk memecahkan telur bagi persenyawaan. Seorang lelaki yang normal biasanya menghasilkan beberapa ratus juta sperma setiap hari. Sperma dihasilkan secara berterusan sepanjang hayat pembiakan lelaki, walaupun penghasilannya menyusut dengan umur. Sewaktu pemancutan, sperma meninggalkan zakar melalui bendalir yang digelar "air mani". Bendalir ini dihasilkan oleh tiga jenis kelenjar:

vesikel semen; kelenjar prostat; dan kelenjar Cowper.

Setiap komponen air mani mempunyai fungsi yang tertentu. Sperma lebih berdaya hidup dalam larutan yang beralkali. Oleh sebab itu, air mani

mempunyai pH yang cenderung sedikit beralkali. Air mani juga bertindak sebagai sumber tenaga untuk sperma dan mengandungi kimia-kimia yang menyebabkan uterus mengecut.

Pemancutan
Sewaktu perangsangan seks semakin teguh, sperma akan masuk ke dalam uretra. Air mani, iaitu sperma dalam bendalir, berada di dalam uretra, pengecutan otot yang ritmik akan menyebabkannya dipancut dari zakar. Sewaktu pemancutan, pundi kencing akan ditutup supaya tiada kencing akan memasuki uretra. Pengecutan yang memancutkan air mani merupakan sebahagain orgasma lelaki. Terdapatnya lebih daripada 400 juta sperma di dalam 3.5 mililiter air mani yang dikeluarkan sewaktu pemancutan. Bagaimanapun, persenyawaan masih boleh terjadi jika bilangan sperma adalah lebih rendah. Selepas pemancutan dan/atau kehilang kebangkitan nafsu berahi, zakar akan kembali ke keadaan lembik yang normal, dan lelaki itu lazim mengalami satu tempoh masa yang digelarkan "tempoh refraktori" yang mana perangsangan tidak akan menyebabkan ketegangan zakar.
Keseimbangan Apabila sperm dan ovom bertemu, hanya sperm yang seimbang pemikiran, cinta dan nafsunya akan resonan dengan ovom. Resonan ini akan mengalirkan vibration yang dapat memberi isyarat agar ovom membuka pintu membaran selnya supaya dapat ditembusi oleh kepala sperm yang membawa kromosom untuk disenyawakan. Seperti rajah di bawah, teori yang menyatakan sperm pertama sampai dahulu akan tersenyawa dahulu adalah fakta yang salah. Keseimbangan Apabila sperm dan ovom bertemu, hanya sperm yang seimbang pemikiran, cinta dan nafsunya akan resonan dengan ovom. Resonan ini akan mengalirkan vibration yang dapat memberi isyarat agar ovom membuka pintu membaran selnya supaya dapat ditembusi oleh kepala sperm yang membawa kromosom untuk disenyawakan. Seperti rajah di bawah, teori yang menyatakan sperm pertama sampai dahulu akan tersenyawa dahulu adalah fakta yang salah.

Sebenarnya ovom hanya akan membuka membran plasma (dinding ovam) kepada sperm yang sama dengan vibrationnya.

Intracytoplasmic Sperm Injection (ICSI)

Walaupun kaedah ini menunjukkan kejayaan yang tinggi, namun ia berjaya kerana wujud "paksaan" dan ketidakredhaan.

Apabila persenyawaan berlaku iaitu dimulai dengan pembukaan membran plasma (dinding ovam), satu gelombang pada frekuensi 380 nanometer iaitu menyamai dengan gelombang bahagian thalamus dan warna pink akan terpancar untuk membuka membran plasma yang akan membenarkan sperm menembusinya.

Tetapi dengan kaedah "Intracytoplasmic Sperm Injection (ICSI)" atau persenyawaan paksaan, pancaran pink tidak berlaku. Akibatanya ialah bayi kemungkinan lemah bahagian Thalamus NW3 yang menjaga kasih sayang. Kekuatan Thalamus pada bayi dalam kandungan penting sebagai pencetus isyarat penghubung antara bayi dan ibu serta bapa melalui medium getaran kasih sayang. Kemungkinan kasih sayang antara ibu dan bapa terhadap anak melalui rasa kecintaan tidak sekuat berbanding dengan anak yang terbentuk melalui kaedah semula jadi (yang mendapat pancaran pink semula jadi). Bayi yang akan lahir yang berada dalam keadaan lemah Thalamusnya kemungkinan akan menunjukkan tanda-tanda seperti ADHD, kurang penghayatan, tidak menghargai orang lain, mensensasikan cerita ketika berbicara, tidak menghormati hak orang lain dan pada peringkat yang lebih teruk ialah mudah.

You might also like