You are on page 1of 7

ADAT PERKAHWINAN KAUM MELAYU BRUNEI .

Kaum Melayu yang terdapat di negeri Sarawak boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan iaitu: 1. Melayu Sarawak kebanyakkannya tinggal di daerah Kuching, Sibu, Bintulu, dan Miri, Sarawak 2. Melayu Melanau kebanyakkannya tinggal di daerah-daerah Matu, Mukah, Daro di Sibu, dan Bintulu, Sarawak. 3. Melayu Brunei di Limbang dan Lawas 4. Melayu Kedayan kebanyakkannya tinggal di daerah Lawas, Limbang dan sebahagian kecil di Miri Sarawak. MELAYU BRUNEI. Di kalangan ras ini mempunyai adat perkahwinan yang hamper sama , namun begitu kedapatan juga perbezaan dalam amalan adat bagi menunjukkan keistemewaan sesuatu kaum tersebut. Di kalangan masyarakat Melayu Brunei yang kebanyakkannya duduk di daerah Limbang dan Lawas di negeri Sarawak merupakan kumpulan masyarkat yang datangnya dari Negara Brunei Darussalam, apatah lagi kedua-dua daerah ini merupakan daerah yang terdekat dengan Negara Brunei Darussalam. Dari segi sejarahnya kedua-dua daerah ini merupakan sebahagian kecil dari tanah jajahan Kesultanan Melayu Brunei sebelum diserahkan kepada Raja Brooke pada awal tahun 1920an. Maka dari segi bahasa dan adat perkahwinan kaum ini mempunyai persamaan yang nyata dengan masyarakat Melayu di Negara Brunei Darussalam. Perkataan Brunei yang diletakkan dihujung perkataan Melayu adalah untuk menunjukkan bahawa masyarakat ini pada asalnya dari Negara Brunei. Masyarakat Brunei setentunya tahu dan mengenal adat adat yang terkenal dan masih wujud sehingga sekarang di Negara Brunei Darussalam. Adatnya begitu kreatif, cantik dan unik. Walaupun adakalanya majlis tersebut mengeluarkan belanja yang besar,namun ia juga memberi banyak kebaikan dari segi sosial. Perkara ini boleh mengeratkan silaturrahim antara saudara yang berkunjung, saling bantu-membantu, mewujudkan sifat sabar , memperlihatkan keunikan yang terdapat dalam suatu adat tersebut dan sebagainya. Adat Perkahwinan

Perkahwinan sememangnya lumrah pada setiap manusia sejak zaman dahulu lagi di serata dunia. Namun yang membezakannya adalah cara perlaksanaan atau konsep sesuatu adat tersebut.Tidakketinggalan juga Negara kita mempunyai keunikan tersendiri dalam sesebuah majlis. Di antara majlis dalam adat perkahwinan Melayu Brunei yang sering dilangsungkan adalah majlis merisik, majlis akad nikah, malam berjaga-jaga, majlis berbedak,majlis berpacar, majlis bersanding dan majlis berambil-ambilan. Majlis Merisik

Sebelum berlakunya majlis perkahwinan, terdapat satu adat berjarum-jarum yang dinamakan adat Merisikyang biasa dilakukan oleh masyarakat Melayu Brunei. Selalunya mengikut adat ini, wakil keluarga lelaki yang biasanya terdiri dari dua orang lelaki atau perempuan yang sudah berumur pergi merisik ke rumah keluarga peermpuan yang bakal dipinang .Sehubungan itu, bagi masyarakat Melayu Brunei wakil yang datang membawa sebentuk cincin sebagai tanda pembuka mulutsebagai tanda pinangan dari wakil pihak lelaki untuk menandakan bahawa pihak perempuan itu sudah berpunya.

Setelah itu mereka akan menetapkan hari perkahwinan dan majlis-majlis seterusnya untuk memudahkan segala urusan. Akad Nikah

Akad nikah merupakan perkara yang paling penting dalam setiap perkahwinan. Tanpa berakad nikah, tentunya pasangan lelaki dan perempuan yang ingin berkahwin akan gagal bergelar suami dan isteri. Rukun nikah yang menjadikan perkahwinan menjadi kenyataan ialah pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, dua orang saksi, ijab dan Kabul. Majlis akad nikah biasanya diadakan di rumah pengantin lelaki. Tetapi ada juga yang menyelanggarakan di rumah perempuan, tertakluk pada persepakatan dan persetujuan kedua-dua belah pihak. Pengantin lelaki yang melafazkan 'kabul' iaitu jawapan daripada ijab jurunikah mestilah jelas kedengaran. Jikalau kurang jelas, terpaksalah diulang semula ijab dan kabul. Apabila keduadua saksi berpuas hati dan mengesahkan kabul pengantin lelaki tadi,barulah proses berakad nikah itu sempurna. Majlis akad nikah ini bukan sahaja diadakan oleh puak jati Melayu Brunei, malah ia dilakukan oleh Puak jati Tutong, Belait, Kedayan, Dusun ,Murut dan Bisaya yang beragama Islam akan berkembangnya dakwah islam di serata negeri. Selesai majlis akad nikah, barulah majlis-majlis yang lain dilaksanakan. Pada zaman sekarang, terdapat sedikit perbezaan setelah melaksanakan akad nikah, pengantin terus melangsungkan persandingan bagi tujuan untuk memudahkan segala urusan, memendekkan jangka masa dan mengurangkan pembaziran dari belanjawan perkahwinan. Malam Berjaga-jaga

Dalam masyarakat Melayu Brunei majlis Malam berjaga-jaga adalah sebagai perlambangan hidup kekeluargaan yang intim dan amat rapat. Menerusi aktiviti malam berjaga-jaga ini, yang kebiasaannya diadakan seminggu sebelum menjelangnya Majlis bersanding atau selepas sempurnanya majlis akad nikah. Keluarga bakal pengantin akan mengadakan pelbagai kegiatan pada sebelah malam. Di antara tujuan untuk malam berjaga-jaga itu ialah untuk merapatkan hubungan keluarga dan memberi kesempatan kepada semua golongan bersuka ria, sesuai dengan majlis perkahwinan. Permainan yang sering diadakan ialah seperti permainan catur,dam, kapit dan pasang. Di samping itu ada juga acara penambangan syair dan berdiang dangan. Majlis Malam Berjaga jaga ini masih dipraktikkan hingga sekarang. Namun ada sedikit perubahan pada segi permain an yang diadakan. Sekarang majlis Malam Berjaga-jaga sering diadakan karaoke, tiket bertuah, lotto, sejuta makna, kuiz-kuiz dan sebagainya. Majlis Berbedak

Majlis berbedak dalam masyarakat Melayu Brunei juga dikenali sebagai Malam Masuk Berbedak. Majlis ini berbeza sedikit daripada majlis Berbedak Mandi, kerana jemputan yang diundang lebih ramai daripada majlis berbedak mandi hanya dihadiri oleh keluarga terdekat. Majlis ini agak meriah dan diadakan di kedua-dua rumah bakal pengantin. Mula-mula diadakan di rumah bakal pengantin perempuan, selepas itu baharulah diadakan di rumah bakal pengantin lelaki.

Pada kebiasaannya keperluan untuk majlis ini bagi bakal pengantin perempuan ialah bedak lulut, bedak malam, segangsa , bunga-bungaan, langsir, dian empat pucuk, dian kecil dua kotak, dan pakaian persalinan seperti kain putih, tuala dan kain baju yang disediakan oleh keluarga bakal pengantin perempuan. Bapa bakal pengantin merupakan orang yang mula-mula sekali membedaki bakal pengantin dan selepas itu diikuti oleh bakal bapa mentua. Apabila kaum lelaki membedaki, baharulah giliran perempuan memulakannya dengan didahului oleh ibu bakal pengantin dan ibu mentua bakal pengantin. Namun majlis ini sudah tidak berapa lagi diadakan pada malam hari pada zaman sekarang. Perubahan Ini ialah untuk memudahkan kaum kerabat yang tinggal jauh menghadirkan diri ke rumah pengantin. Apa yang penting, Majlis Berbedak ini ialah untuk memberi seri wajah kepada bakal pengantin sewaktu melaksanakan majlis persandingan.

Majlis Berpacar

Majlis berpacar merupakan acara yang tidak kurang pentingnya di dalam masyarakat Melayu tradisional di negara Brunei. Di Semenanjong Malaysia, majlis ini dipanggil sebagai majlis berinai. Di negara kita majlis ini dilakukan sekali saja, iaitu pada sebelah malam sehari sebelum menjelangnya Hari Persandingan. Majlis ini dilakukan secara berasingan di rumah pengantin lelaki dan pengantin perempuan.

Di dalam majlis tersebut, upacaranya hanya dihadiri oelh sebilangan kecil orang-orang tua dan ahli keluarga yang terdekat. Di dalam upacara itu, pengantin akan duduk di sisi katil bilik dengan kedua-dua belah kaki dihanjurkan ke hadapan. Orang yang akan memulakan upacara itu adalah kedua ibu bapa bakal pengantin dan diikuti oleh para jemputan. Setelah selesai memacari pengantin, pacar-pacar yang diletakkan itu akan ditambah dengan pacar-pacar yang baru agar lebih tersusun. Perkara ini dilakukan oleh pengangun dengan dibantu oleh beberapa perempuan yang lanjut usia. Pacar-pacar yang dilekatkan pada bahagian tangan dan kaki itu boleh dibuka dalam masa 2 atau 3 jam. Akhir sekali, pacar merupakan sebuah lambang bagi dua pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumahtangga.

Majlis Bersanding

Di dalam adat perkahwinan puak Melayu Brunei , satu upacar yang mesti dilaksanakan sehingga ke hari ini dikenali sebagai Majlis bersanding. Adat tersebut diadakan bagi memperlihatkan pasangan yang sudah berkahwin dan untuk memeriahkan lagi suasana perkahwinan dengan pakaian yang cantik, berwarna-warni dan sebagainya. Majlis bersanding juga sentiasa diiringi hadrah dan lagu-lagu yang berirama perkahwinan bagi mengambil rasa kemeriahan majlis tersebut. Pada masa dahulu, majlis persandingan ini sering diadakan dengan gotong-royong saudara mara , jiran-jiran dan sahabat handai. Namun, sekarang sudah berbeza, zaman semakin berkembang, urusan permakanan kebanyakan dilakukan dengan mengupah catering untuk mengendalikan permakanan. Di dalam pihak pengantin lelaki, pengatin lelaki akan ikut berziarah bersama bapa pengantin. Berbeza dengan pengantin perempuan yang hanya di bilik menunggu kedatangan pengantin lelaki. Apabila pihak pengantin lelaki sampai, acara persandingan dimulakan dengan tiga kali pusingan, selawat dan doa dan diteruskan dengan persandingan. Majlis Berambil-ambilan

Adat 'berambil-ambilan' diamalkan oleh puak Melayu Brunei dan dilakukan pada malam selepas persandingan yang dilangsungkan pada siang harinya di rumah pengantin perempuan. Adat ini dilakukan dengan pihak pengantin lelaki menghantar beberapa talam yang berisi makanan seperti nasi, lauk-pauk, dagig dan sayur-sayuran ke rumah pengantin perempuan. Hantaran tersebut menjadi hindgan makan malam kedua-dua pengantin. Dalam majlis ini, pengantin lelaki akan mengambil isterinya dan terus membawa ke pelaminan untuk upacara bersanding. Tujuannya adalah untuk memberi peluang pada pihak pengantin lelaki menyaksikan persandingan tersebut. Adat ini juga boleh mewujudkan gurau senda serta usik mengusik kerana kedua pengantin akan diusik oleh sanak saudara mereka atau jemputan yang hadir dan menyebabkan suasana menjadi riuh-rendah dengan kata-kata yang melucukan. Selepas majlis bersuap-suapan, kedua pengantin akan menziarahi kedua ibu bapa mereka dan semua sanak saudara yang hadir dalam upacara itu. Adat ini bukan sahaja dipraktikkan oleh puak jati Melayu Brunei, malah Puak Jati Brunei yang lainnya seperti puak Kedayan, puak Dusun, puak Murut, puak Bisaya yang beragama Islam.

You might also like