You are on page 1of 22

MOHD KAMIRUL B. MAD DAUD FARITA NADZIRAH BTE.

MOHAMED ARIFIN AZIZUL HAKIM BIN MUDA

Diftong berasal daripada perkataan Inggeris

yang menyatakan bahawa dua vokal hadir di dalam konteks sama, yang pertama mengikuti yang kedua.
Menurut Arbak Othman (1983), diftong adalah

rentetan dua vokal yang mengandungi satu puncak kelantangan, yang tatkala menghasilkan tidak ada hentian sebentar atau hiatus yang memisahkan kedua-dua vokal binaannya itu.

Raminah Hj. Sabran (1985) menyatakan diftong adalah

gabungan dua bunyi vokal yang disebut secara berterusan (dalam satu hembusan) dan di dalam penghasilannya terdapat ciri geluncuran.
Ertinya, lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan

sebagaimana membunyikan sesuatu vokal kemudian digeluncurkan ke arah membunyikan vokal yang lain.
Diftong berbeza dengan vokal rangkap. Vokal

rangkap merupakan urutan dua vokal penuh yang mempunyai dua puncak kelantangan dan dua suku kata.

Terdapat tiga diftong di dalam bahasa Melayu, iaitu

[ai], [au] dan [oi].

Artikulasi diftong [ai]


1. 2.

Vokal depan luas digeluncurkan ke arah vokal depan sempit. Keadaan bibir daripada keadaan biasa kepada keadaan hampar.

Artikulasi diftong [au]


1. 2.

Vokal depan luas digeluncurkan ke arah vokal belakang sempit. Keadaan bibir daripada keadaan biasa kepada keadaan bundar.

Artikulasi diftong [oi]


1. 2.

Vokal belakang separuh sempit digeluncurkan ke arah vokal depan sempit. Keadaan bibir daripada keadaan bundar kepada keadaan hampar.

Disediakan oleh: Mohd Kamirul bin Mad Daud Azizul Hakim bin Muda Farita Nadzirah bt Mohamed Ariffin

Vokal merupakan bunyi bersuara.

Dihasilkan apabila udara dari paru-paru keluar

berterusan dari rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan.
Dibahagikan kepada: Vokal hadapan : a/E/e/i Vokal tengah : a

Vokal belakang : u/o/c/D

Dalam penghasilah huruf vokal, lidah merupakan alat

artikulasi yang berfungsi dalam penghasilan bunyi vokal. kedudukan tinggi dan rendah lidah akan menghasilkan bunyi vokal yang berbeza.
Keadaan bibir juga penting dalam penghasilan bunyi

vokal. Bibir boleh berbentuk hampar, separuh hampar, bundar dan separuh bundar.

VOKAL HADAPAN SEMPIT [i]


1) 2) 3)

4)
5) 6)

Hadapan lidah dinaikkan ke gusi. Bibir dalam keadaan hampar. Lelangit lembut dan anak tekak menutup rongga hidung. Pita suara digetarkan. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sebarang sekatan. Cth: Ikan, Mariam, Beli

VOKAL HADAPAN SEPARUH SEMPIT [e]


1) 2) 3)

4)
5) 6)

Hadapan lidah dinaikkan separuh ke gusi. Bibir dalam keadaan separuh hampar. Lelangit lembut dan anak tekak menutup rongga hidung. Pita suara digetarkan. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sebarang sekatan. Cth: Elok, Leka, Sate

VOKAL HADAPAN LUAS [a]


1) 2) 3)

4)
5) 6)

Hadapan lidah diturunkan serendah mungkin. Bibir dalam keadaan hampar. Lelangit lembut dan anak tekak menutup rongga hidung. Pita suara digetarkan. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sebarang sekatan. Cth: Arang, Bahu, Kuda

VOKAL TENGAH [a] 1) 2) 3)

4)
5)

Tengah lidah dinaikkan ke lelangit keras. Bibir dalam keadaan hampar. Lelangit lembut dan anak tekak menutup rongga hidung. Pita suara digetarkan. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sebarang sekatan.

6) Cth: amak, Panat

VOKAL BELAKANG SEMPIT [u] 1) 2) 3) 4) 5) 6)

Belakang lidah dinaikkan tinggi ke lelangit lembut. Bibir dalam keadaan bundar. Lelangit lembut dan anak tekak menutup rongga hidung. Pita suara digetarkan. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sebarang sekatan. Cth: Usop, Buka, Baju

VOKAL BELAKANG SEPARUH SEMPIT [o] 1) 2) 3) 4) 5) 6)

Belakang lidah dinaikkan separuh ke lelangit lembut. Bibir dalam keadaan bundar. Lelangit lembut dan anak tekak menutup rongga hidung. Pita suara digetarkan. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sebarang sekatan. Cth: Otak, Sotong, Solo

VOKAL HADAPAN SEPARUH LUAS [E]


1) 2) 3) 4) 5) 6)

Hadapan lidah dinaikkan separuh rendah ke gusi. Bibir dalam keadaan separuh hampar. Lelangit lembut dan anak tekak menutup rongga hidung. Pita suara digetarkan. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sebarang sekatan. Cth: Esok, GElEk, UdE

VOKAL BELAKANG SEPARUH LUAS [C]


1) 2) 3)

4)
5) 6)

Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. Bibir dalam keadaan bundar. Lelangit lembut dan anak tekak menutup rongga hidung. Pita suara digetarkan. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sebarang sekatan. Cth: Ctak, Pckck, Guanc

Seterusnya

You might also like