You are on page 1of 10

Nama dan Alamat Sekolah

Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 1,


Damansara Damai,
47830 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Nama Pengkaji

1. Mohd Faizal bin Mahmod


2. Norhidayu binti Mohd Naim
3. Noor Azima binti Zohari
4. Noor Mazira binti Ab Malek
5. Noorul Huda binti Saiepuddin

Tajuk Kajian

KAJIAN MENGENAI CARA SEBUTAN DALAM PERTUTURAN PELAJAR TAHUN 2


GEMILANG DALAM MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS

1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Sewaktu sesi pembelajaran Bahasa Inggeris, didapati bahawa pelajar lemah untuk bertutur dalam
Bahasa Inggeris. Apabila mereka diminta bertutur, mereka berasa amat takut dan tidak yakin
dengan apa yang mereka tuturkan. Berdasarkan keputusan Ujian lisan Bahasa Inggeris yang telah
dilakukan, kami dapati hanya 10% daripada jumlah pelajar kelas ini berjaya memperolehigred
yang memuaskan manakala 90% adalah sebaliknya. Apabila kami bertanya kepada para pelajar
tentang keadaan ini, jawapan yang diberikan oleh mereka mudah sahaja iaitu “teacher doesn’t
teach us how to pronounce those word correctly”. Selain itu, gaya pertuturan guru yang tidak

1
betul juga didapati mempengaruhi pertuturan para pelajar. Para pelajar cenderung untuk melihat
pergerakan mulut guru menuturkan bait-bait perkataan.

Kami telah berusaha mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran namun masih
ramai pelajar yang mempunyai kebolehan bertutur yang amat lemah. Kami berpendapat
lemahnya kebolehan bertutur di kalangan mereka ialah disebabkan kurangnya penjelasan serta
tumpuan terhadap pentingnya aspek pertuturan yang ditekankan sama ada semasa proses P&P
atau aktiviti sampingan di luar bilik darjah. Kelemahan ini juga merupakan rentetan daripada
pengabaian guru terhadap kepentingan penguasaan pertuturan Bahasa Inggeris. Sekiranya kami
tidak membetulkan keadaan ini, sudah tentu pelajar kelas ini tidak dapat bertutur dengan baik
dan mendapat gred pencapaian Ujian Lisan yang tidak membanggakan yang akhirnya akan
menyebabkan kemerosotan nilai Gred Pencapaian sekolah kami.

2. Fokus Kajian

Walaupun kami mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar kami, kami hanya akan
fokuskan kajian ini kepada masalah penguasaan sebutan perkataan Bahasa Inggeris. Pelajar kami
mempunyai kemahiran bertutur yang amat lemah. Mereka hanya mampu menuturkan perkataan
yang biasa mereka dengar dan gunakan semasa di sekolah rendah. Mereka melakukan banyak
kesilapan dari segi sebutan bait-bait perkataan yang dituturkan.

Tujuan kajian ialah bagi menjadikan sebutan yang betul dalam pertuturan menarik
perhatian murid untuk dipelajari, menguasai sebutan dalam pertuturan dengan baik,
memperkembangkan minat murid untuk mendengar, serta memahami dan menyebut perkataan
dengan betul semasa menjalankan aktiviti di dalam kelas.

Dengan membantu pelajar menguasai kemahiran bertutur, kami yakin pelajar boleh
bertutur secara tepat dan jelas. Hal ini seterusnya diharapkan akan dapat membantu mereka
mendapat keputusan yang cemerlang dalam Ujian Lisan Bahasa Inggeris. Keadaan ini juga pasti
akan meningkatkan nilai Gred Pencapaian sekolah kami.

3. Objektif Kajian

2
Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar diharap akan mencapai
objektif berikut:

i. Objektif Umum

Memantapkan tahap sebutan perkataan dalam mata pelajaran


Bahasa Inggeris di kalangan pelajar tahun 2 bagi meningkatkan
Gred Pencapaian sekolah.

ii. Objektif Khusus

– Meningkatkan keupayaan menyebut perkataan baru.


– Menjadikan pelajar lebih yakin untuk bertutur dalam Bahasa
Inggeris.
– Meningkatkan bilangan kosa kata baru yang diketahui dan difahami
oleh para pelajar.
– Memberi kesedaran kepada pelajar kepentingan Bahasa Inggeris
sebagai bahasa kedua.
– Membantu pelajar mengusai sebutan perkataan dalam Bahasa
Inggeris dengan betul dengan aktiviti yang dijalankan.

4. Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan 30 orang pelajar Tahun 2 Gemilang yang terdiri


daripada 20 orang pelajar Melayu, 2 orang pelajar India dan 8 orang pelajar
Cina.

3
5. Tindakan yang dicadangkan

5.1 Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, tinjauan terhadap


masalah yang telah dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk
memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan
dilakukan dengan mengutip data seperti yang berikut:
• Ujian Pra bagi mengesan murid yang tidak tahu menyebut
perkataan yang diberikan.
• Temu bual di kalangan murid yang tidak menyiapkan kerja
sekolah kerana tidak tahu atau tidak berminat langsung atau
tidak memahami apa yang diajar oleh guru.
• Pemerhatian yang dilakukan oleh guru terhadap murid-murid
yang tidak dapat menyebut perkataan yang diberi kerana terlalu
asing bagi mereka. Contohnya, ‘cucumber’, ‘cabbage’,
‘groundnuts’ dan ‘vegetables’.

5.2 Latih tubi menggunakan kaedah ‘Smart Reader’

Cara Pelaksanaan:
i. Guru membekalkan buku Smart Reader kepada murid-murid.
ii. Guru menyebut perkataan mengikut vokal yang betul dan murid-
murid mengulang semula sebanyak 3 kali di samping
mengetahui maknanya.

5.3 Kaedah nyanyian


4
i. Guru menyediakan lirik lagu dan mengajar cara sebutan setiap
perkataan dengan betul.
ii. Guru memainkan video lagu ‘Baa Baa Black Sheep’ dan ‘Old Mc
Donald had a farm’.
iii. Murid-murid diminta menyanyi bersama-sama mengikut lirik
lagu.

5.4 Program ‘Peer-teaching’

Cara Pelaksanaan:
i. Murid yang cerdas akan dijadikan pengganti guru. Mereka yang
mahir dalam sebutan dilantik menjadi ketua. Mereka akan
membantu rakan-rakan mereka dengan menunjukkan gambar
serta menyebut perkataan dan rakan-rakan yang lain
mengulangi beberapa kali.
ii. Murid-murid akan dibahagikan kepada 6 kumpulan kecil yang
terdiri daripada 5 orang satu kumpulan.

Gambarajah 1: Model aktiviti ‘Peer-Teaching’

5.5 Permainan ‘Chain Drills’

5
Cara Pelaksanaan:
i. Ketua kumpulan menyebut satu perkataan dan murid yang
berikutnya akan menyebut perkataan itu sebanyak 3 kali,
menepuk tangan 3 kali dan kembali menyebut perkataan
sebanyak 2 kali lagi.
ii. Contoh: ‘Blackboard’

blackbord blackbord blackbord


clap clap clap
blackbord blackbord
LAMPIRAN
Lirik lagu untuk Kaedah Smart Reader
1. Baa Baa Black Sheep
Baa, baa, black sheep,
Have you any wool?
Yes sir, yes sir,
Three bags full.

One for my master,


One for my dame,
And one for the little boy
Who lives down the lane.

Baa, baa, black sheep,


Have you any wool?
Yes sir, yes sir,
Three bags full.

One for my master,


One for my dame,

6
And one for the little boy
Who lives down the lane.

2. Old MacDonald had a Farm

Old MacDonald had a farm,


Ee i ee i oh!
And on that farm he had some chickens,
Ee i ee i oh!
With a cluck-cluck here,
And a cluck-cluck there

Here a cluck, there a cluck,


Everywhere a cluck-cluck
Old MacDonald had a farm
Ee i ee i oh!

Old MacDonald had a farm,


Ee i ee i oh!
And on that farm he had some dogs,
Ee i ee i oh!
With a woof-woof here,

And a woof-woof-woof there


Here a woof, there a woof,
Everywhere a woof-woof
7
Old MacDonald had a farm
Ee i ee i oh!

Old MacDonald had a farm,


Ee i ee i oh!
And on that farm he had some turkeys,
Ee i ee i oh!

With a gobble-gobble gobble-gobble here,


And a gobble-gobble gobble-gobble there
Here a gobble-gobble, there a gobble-gobble,
Everywhere a gobble-gobble-gobble
Old MacDonald had a farm
Ee i ee i oh!

Old MacDonald had a farm,


Ee i ee i oh!
And on that farm he had some cows,
Ee i ee i oh!
With a moo-moo here,
And a moo-moo there
Here a moo, there a moo,
Everywhere a moo-ooo
Old MacDonald had a farm,
Ee i ee i oh!

8
6. Jadual Pelaksanaan Kajian
Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan
1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan 25 Mei 2009
data awal
2 Menulis proposal Kajian 27 Mei 2009
3 Merancang Tindakan - (individu / panitia) 1 Jun 2009
4 Melaksanakan tindakan - aktiviti 1 8 – 26 Jun 2009

(Kaedah Smart Reader)


5 Ujian untuk mengesan pencapaian pelajar – 29 Jun 2009
aktiviti 1
6 Membincangkan masalah yang timbul dalam 2 Julai 2009
tindakan 1 (Panitia)
7 Melaksanakan tindakan - aktiviti 2 6 – 24 Julai 2009

(Kaedah Nyanyian)
8 Ujian untuk mengesan pencapaian pelajar – 27 Julai 2009
aktiviti 2
9 Membincangkan masalah yang timbul dalam 30 Julai 2009
tindakan 2 (Panitia)
10 Melaksanakan tindakan - aktiviti 3 3 – 21 Ogos 2009

(Kaedah Peer-Teaching)
11 Ujian untuk mengesan pencapaian pelajar – 24 Ogos 2009
aktiviti 3
12 Membincangkan masalah yang timbul dalam 27 Ogos 2009
tindakan 3 (Panitia)
13 Melaksanakan tindakan - aktiviti 4 31 – 18 September

(Kaedah Chain-Drills) 2009

9
14 Ujian untuk mengesan pencapaian pelajar – 21 September 2009
aktiviti 4
15 Membincangkan masalah yang timbul dalam 24 September 2009
tindakan 4 (Panitia)
16 Ujian lisan (Aktiviti 1-4) untuk mengesan 1 Oktober 2009
pencapaian murid secara menyeluruh
17 Refleksi kajian 12 Oktober 2009
18 Menulis laporan Kajian 14 Oktober 2009
19 Pembentangan dapatan kajian 19 Oktober 2009

7. Kos Kajian

Bil Jenis Bahan Kuantiti x Harga Jumlah Kos


Seunit
1 Kertas A4 5 x RM 8.00 RM 40.00
2 Printer Cartridges 1 x RM 120.00 RM 120.00
3 Buku Smart Reader 1 x RM 150.00 RM 150.00
4 Buku Ladybird 6 x RM 10.00 RM 60.00
5 Photostat Bahan & Laporan RM 50.00
kajian
6 Buku catatan guru 1 x RM 3.00 RM 3.00
TOTAL RM 450.00

10

You might also like