You are on page 1of 52

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)

MOD KURSUS DALAM CUTI


IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

MODUL REKABENTUK DAN TEKNOLOGI RBT3108

PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Disember 2010

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kata-Alu-aluan Rektor Panduan Pelajar Pengenalan Agihan Tajuk (Interaksi dan Modul) Tajuk Pembelajaran Tajuk 1: Pengenalan Pentaksiran Dan Penilaian Sipnosis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk 1.1 Definisi dan konsep pentaksiran. 1.2 Definisi dan konsep penilaian 1.3 Hubungan antara pentaksiran dan penilaian 1.4 Prosedur penilaian Tajuk 2: Pengujian, Pengukuran Dan Penilaian Sipnosis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk 2.1 Definisi Pengujian, Pengukuran dan Penilaian 2.2 Penilaian dan proses pengajaran dan pembelajaran 2.2.1 Penilaian pencapaian 2.2.2 Penilaian pembelajaran 2.2.3 Perbandingan rujukan norma 2.2.4 Perbandingan rujukan kriteria 2.2.5 Penilaian terkawal 2.2.6 Penilaian tidak terkawal 2.3 Jenis-jenis penilaian 15 2.3.1 Penilaian formatif 2.3.2 Penilaian Sumatif 2.3.3 Penilaian Diagnostik 2.3.4 Ujian penempatan atau pra-kelayakan 2.3.5 Penilaian ujian piawai(scholastic aptitude) 2.4 Penilaian alternatif Tajuk 3: Pembentukan Dan Pelaksanaan Ujian Sipnosis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk 3.1 Kepentingan pentadbiran dan pelaksanaan ujian yang baik 3.2 Aspek-aspek penting pentadbiran dan pelaksanaan ujian 3.3 Pemeriksaan Ujian 3.3.1 Bentuk ujian diberi dan di mana jawapan itu dibuat 3.3.2 Tujuan ujian dijalankan 3.3.3 Kemampuan guru mengikut sesuatu prosedur serta kemudahan yang ada dan dapat digunakan 3.3.4 Emosi pemeriksa dan 3.3.5 Suasana tempat pemeriksaan Tajuk 4: Perancangan Pentaksiran Bagi Mata Pelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah 2

i i v vi viii ix

2 4 5 6

9 12

17

24

24 25 29

Sipnosis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk 4.1 Prosedur pembentukan ujian 4.1.1 Menentukan objektif ujian 4.1.2 Membentuk jadual penentuan (jadual spesifikasi ujian) 4.1.3 Menentukan bilangan item 4.1.4 Memilih reka bentuk item 4.1.5 Meninggikan mutu ujian 4.1.6 Mengulangkaji dan menyunting item 4.1.7 Menyediakan ujian untuk digunakan 4.1.8 Percubaan ujian 4.1.9 Menjalankan ujian 4.2 Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian 4.2.1 Mengkaji Sukatan Pelajaran 4.2.2 Menganalisis Objektif Pelajaran

32

33

42

4.3 Konstruk dalam JSU 44 4.3.1 Konstruk pengetahuan 4.3.2 Konstruk kemahiran 4.3.3 Konstruk nilai 4.4 Aras Kesukaran Soalan Bibliografi Panel Penulis Modul Ikon Modul

48 49 51 52

Maklumat Agihan Topik-topik Dalam Kursus Proforma Yang Dimodulkan Dan Yang Memerlukan Interaksi Bersemuka Kod & Nama Kursus: RBT 3108 Pentaksiran Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah rendah

AGIHAN TAJUK

Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15 / 30 jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul. (Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma )
Interaksi Bersemuka (jam) Modul (jam) Jum. Jam

Bil. 1

Tajuk/Topik Pengenalan pentaksiran dan penilaian Konsep pentaksiran dan penilaian Prosedur penilaian

Pengujian, pengukuran dan penilaian Definisi pengujian, pengukuran dan penilaian Penilaian dan proses pengajaranpembelajaran - Penilaian pencapaian - Penilaian pembelajaran - Perbandingan rujukan norma - Perbandingan rujukan kriteria - Penilaian terkawal - Penilaian tidak terkawal Jenis-jenis penilaian - Penilaian formatif - Penilaian sumatif - Penilaian diagnostik - Ujian penempatan atau prakelayakan

Bil. 3

Tajuk/Topik Kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran Matlamat pendidikan, hasil pembelajaran dan pentaksiran Kesahan pentaksiran - Kesahan muka - Kesahan kandungan - Kesahan ramalan - Kesahan serentak - Kesahan gagasan Kebolehpercayaan - Uji dan uji semula - Ujian setara - Ujian belahan dua - Kaedah Kuder Richardson - Alfa Cronbach - Antara pemeriksa dan antara pemerhati (inter-rater) - Faktor mempengaruhi kebolehpercayaan

Interaksi Bersemuka (jam)

Modul (jam)

Jum. Jam

Kaedah menilai dan mentaksir pengetahuan dan kemahiran bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah Penilaian secara ujian bertulis - Ujian objektif dan ujian subjektif - Tujuan ujian - Langkah-langkah dan peraturan Penilaian melalui pemerhatian Kepentingan penilaian melalui pemerhatian Jenis-jenis alat pemerhatian - Rekod anekdot (peristiwa) - Senarai semak - Skala kadar - Carta penyertaan

Peraturan pemarkahan berasaskan rubrik - Definisi - Tujuan - Ciri-ciri rubrik - Jenis-jenis rubrik - Penilaian konsep berasaskan rubrik

Bil. -

Tajuk/Topik Penilaian proses berasaskan rubrik Penilaian produk berasaskan rubrik Kebaikan penilaian berasaskan rubrik

Interaksi Bersemuka (jam)

Modul (jam)

Jum. Jam

Pembentukan dan pelaksanaan ujian Pentadbiran dan pemeriksaan ujian 0 1 1

Perancangan pentaksiran bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah Prosedur - Menentukan objektif ujian - Membentuk Jadual Spesifikasi Ujian - Menentukan bilangan item - Memilih reka bentuk item - Meninggikan mutu ujian - Mengulang kaji dan menyunting item - Menyediakan ujian untuk digunakan - Percubaan ujian - Menjalankan ujian Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian Konstruk dalam JSU - Konstruk pengetahuan - Konstruk kemahiran - Konstruk nilai Aras kesukaran soalan

Pembinaan item ujian Item objektif Item esei Item struktur 3 0 3

Analisis item ujian Aras kesukaran item Aras diskriminasi item Langkah penganalisisan item Kriteria untuk item yang sesuai Pemilihan item mengikut aras kesukaran Pemilihan item mengikut indeks diskriminasi Prosedur analisis bagi item esei 6 3 0 3

Bil. 9

Tajuk/Topik Statistik asas dalam pentaksiran dan penilaian Statistik asas - Taburan markah, data kelompok, gambaran grafik, lengkung, taburan normal, pangkatan, ukuran kecenderungan memusat, julat, kuartil, sisihan piawai, varians, skor Z dan skor T. Pemarkahan dan pemeringkatan - skor kuantitatif - skor kualitatif

Interaksi Bersemuka (jam)

Modul (jam)

Jum. Jam

10

Pentafsiran markah dan laporan pentaksiran Kegunaan min, median dan mod Tafsiran taburan Tafsiran sisihan piawai Gred norma Persentil Skor Z Skor T Pemarkahan Fungsi sistem gred Jenis markah dan laporan Pemberian gred abjad Laporan Jumlah 30 15 45 9 0 9

Jumlah Keseluruhan

45

IKON
Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

PENGENALAN

Kursus RBT3108 Pentaksiran Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah melibatkan teori dalam pengajaran dan pembelajaran. (Sila rujuk - Agihan Tajuk). Modul ini mengandungi tiga tajuk iaitu Tajuk 1 Pengenalan pentaksiran dan penilaian (Topik 1 dalam proforma), Tajuk 2 Pengujian, pengukuran dan penilaian (Topik 2 dalam proforma), Tajuk 3 Pembentukan dan pelaksanaan ujian (Topik 5 dalam proforma) dan Tajuk 4 Perancangan pentaksiran bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah (Topik 6 dalam proforma).

Modul ini juga disertakan aktiviti dan latihan untuk pengukuhan pembelajaran. Terdapat beberapa aktiviti dan latihan yang disediakan bagi setiap tajuk. Aktiviti dan latihan tersebut termasuk perkaitan pentadbiran dan

pemeriksaan ujian dengan kesahan dan kebolehpercayaan, tindakan guru dalam mengendalikan ujian bermutu, anda lakukan untuk membantu,

peranan guru dalam mem siapsiagakan murid untuk menghadapi ujian bertulis dan perbincangan kepentingan dan peranan skema pemarkahan dan prosedur pemarkahan.

Setiap tajuk disertakan latihan minda berbentuk analisis dalam setiap topik yang dipelajari. Sebagai memantapkan lagi kefahaman setiap tajuk dalam kursus ini, pelajar dinasihatkan membuat banyak rujukan dan pembacaan. Pelajar juga digalakkan menghubungi pensyarah untuk mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan dengan topik-topik yang dipelajari.

TAJUK 1

PENGENALAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

Sinopsis Merupakan pengenalan kepada pentaksiran dan penilaian yang meliputi definisi, konsep dan hubungkait kedua-dua aspek ini serta penjelasan berkenaan prosedur penilaian.

Hasil Pembelajaran:

1. Menjelaskan maksud pentaksiran dan penilaian. 2. Membezakan konsep pentaksiran dan penilaian. 3. Menghubungkaitkan penilaian dan pentaksiran. 4. Mengenalpasti prosedur penilaian.

Kerangka Konsep Tajuk 1

Definisi pentaksiran dan penilaian

Konsep pentaksiran dan penilaian Pengenalan Pentaksiran dan Penilaian

Hubungan pentaksiran dengan penilaian

Prosedur penilaian

1.1

Definisi dan konsep pentaksiran. Adakah penilaian dan pentaksiran merujuk kepada perkara yang sama? Cuba anda dapatkan jawapan daripada mana-mana bahan bacaan untuk menjawab persoalan di atas.

10

Ramai dalam kalangan kita menganggap penilaian dan pentaksiran merupakan dua istilah yang boleh saling ditukarganti. pentaksiran dan penilaian berikut. Mari kita teliti dan hayati beberapa maksud

Banks (2005) mendefinisikan pentaksiran sebagai;

.the total sets of information gathered about students in the classroom. (Banks, 2005)

McMillan (2004) di dalam bukunya yang bertajuk Classroom Assessment pula mendefinisikan pentaksiran bilik darjah seperti berikut ;

Classroom assessments can be defined as the collection, evaluation and use of information to help teachers make better decisions. (James H. McMillan, 2004)

Kita dapati, definisi yang diberikan oleh Banks memperlihatkan penilaian wujud dalam pentaksiran. Penilaian melibatkan pertimbangan nilai (McMillan, 2004). Ini bermakna ada aktiviti menghurai, menganalisa, menterjemah dan menafsir.

Pentaksiran bilik darjah dari kacamata Mohamad Sahari Nordin (2002) merangkumkan kedua-dua definisi Banks dan McMillan;

proses mengumpulkan dan menafsir maklumat tentang pelajar untuk membuat keputusan-keputusan yang dapat meningkatkan pembelajaran dan pengajaran. (Mohamad Sahari Nordin, 2004)

11

Definisi oleh Mohamad Sahari Nordin menulis dengan nyata perkataan menafsir.

Kesimpulannya kita boleh katakan penaksiran merupakan satu episod dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti mengumpul, merekod,

menghurai, menganalisis, menterjemah dan menafsir maklumat bertujuan membantu pihak-pihak berkepentingan membuat keputusan pembelajaran dan pengajaran yang berkesan.

Untuk melaksanakan penaksiran, seorang guru itu perlu faham elemen-elemen penting yang terkandung dalam penaksiran.

Tujuan umum penaksiran di bilik darjah ialah untuk membantu meningkatkan mutu pembelajaran murid dan pengajaran guru. Bagi mengetahui mutu P & P yang sedang diamalkan, satu aktiviti yang dapat memberikan satu petunjuk pencapaian mestilah dilaksanakan. Salah satu aktiviti yang mampu memberikan petunjuk pencapaian ialah pengukuran kerana ia memberikan nilai kuantitatif yang boleh kita lihat. Aktiviti

pengukuran ini perlu diikuti oleh aktiviti penilaian kerana ia memberikan pertimbangan nilai atas apa yang diukur. Melalui maklumat-maklumat ini, baharulah tindakan yang membantu memperkukuhkan proses pembelajaran dan pengajaran dapat dilaksanakan secara berterusan. Jika diteliti, seiring dengan matlamat penaksiran, penaksiran ini perlu dilakukan dalam setiap langkah pengajaran, iaitu sebelum, semasa dan di akhir pengajaran.

Bagi menterjemahkan tujuan pentaksiran secara konkrit dalam amalan bilik darjah, kita harus sedar proses pentaksiran perlu dirancang, dilaksana dan dinilai dengan teliti. Justeru, proses penaksiran hanya dapat menghasilkan maklumat-maklumat yang berguna dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran sekiranya aktivitiaktiviti pengukuran dan penilaian dilakukan secara tepat dan sistematik.

12

1.2

Definisi dan konsep penilaian

Penilaian pula menurut Banks;

are the specific process of describing and making judgments about assessments. (Banks Stephen R., 2005)

Mokhtar Ismail (1995), menterjemah maksud penilaian dari kacamata Gronlund (1981) sebagai;

satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran telah dicapai oleh para pelajar.

McMillan(2004), pula menyatakan penilaian melibatkan;

an interpretation of what has been gathered through measurement, in which value judgments are made about performance.

Gay (1985), berpendapat bahawa penilaian adalah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai.

Secara kesimpulannya, penilaian merupakan satu proses yang sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dapat dicapai oleh murid. Ia juga merupakan proses menentukan perubahan tingkah laku seseorang individu dan membuat pertimbangan nilai.

13

1.3

Hubungan antara pentaksiran dan penilaian

Dari kupasan beberapa definisi pentaksiran dan definisi penilaian, kita boleh rumuskan bahawa untuk melaksanakan pentaksiran, kita memerlukan aktiviti yang dapat membantu kita mengkategorikan perubahan tingkah laku yang kita harapkan itulah dia penilaian.

Perkaitan antara penilaian dan pentaksiran boleh dilihat melalui petikan gambarajah yang dibina oleh Banks (2005).

Pentaksiran

Penilaian

Penaksiran tidak formal

Rajah 1.1: Perkaitan Pentaksiran dengan penilaian Jelas, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses P & P yang merangkumi aktiviti penilaian.

Sebelum kita membuat pentaksiran, kita perlu membuat penilaian. Mengapa terjadi demikian?

14

1.4

Prosedur penilaian

Prosedur penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran, penganalisisan dan penyimpulan . prosedur penilaian ini boleh dilaksanakan dalam lima peringkat yang dihuraikan secara ringkas seperti rajah 1.2 di bawah

Peringkat Persediaan ujian

Peringkat Pentadbiran ujian

Peringkat Pemeriksaan dan Pengukuran

Peringkat Analisis ukuran

Peringkat Interpretasi dan tindakan susulan

Rajah 1.2: Prosedur penilaian

Berdasarkan keterangan di atas, pengujian dan pengukuran merupakan aktiviti-aktiviti utama dalam aktiviti penilaian.

Dengan bantuan gambarajah, jelaskan perkaitan antara penilaian, pengukuran dan pengujian.

15

TAJUK 2

PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

Sinopsis Menjelaskan maksud pengujian, pengukuran dan penilaian yang meliputi penilaian dan proses pengajaran dan pembelajaran, jenis-jenis penilaian dan penilaian alternatif. Pihak ibu bapa, murid guru dan pentadbir sekolah memerlukan maklum balas untuk mengenal pasti penyampaian pengajaran dan pembelajaran mencapai objektif sukatan pelajaran. Pada masa yang sama tindakan boleh diambil untuk meningkatkan

keberkesanan penyamapaian pengajaran dan pembelajaran pada masa yang akan datang.

Hasil Pembelajaran: 1. 2. 3. 4. Menerangkan maksud terminologi pengujian, pengukuran dan penilaian; Menjelaskan penilaian dan proses pengajaran dan pembelajaran; Membanding dan membezakan pelbagai jenis penilaian; Mengenal pasti penilaian alternatif bagi mentaksir pengetahuan dan kemahiran bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah.

Kerangka Konsep Tajuk 2

Definisi Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

Penilaian dan proses pengajaran dan pembelajaran

Jenis penilaian Penilaian alternatif Sebelum anda meneruskan bacaan unit ini, cuba anda dapatkan jawapan daripada mana-mana bahan bacaan untuk menjawab beberapa soalan berikut : i. ii. iii. Apakah yang dimaksudkan dengan penilaian ? Apakah yang anda ketahui tentang jenis-jenis penilaian ? Nyatakan bentuk-bentuk sistem penilaian yang anda tahu. 16

2.1

Definisi Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

Dapatkah anda jelaskan maksud pengujian, pengukuran dan penilaian? Mari kita teliti maksud terminologi di bawah.

Pengujian bermaksud; pengetahuan satu kaedah, tugas, atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh pemerhatian yang sistematik tentang sifat atau trait seseorang berhubung dengan aspek pendidikan dan psikologi. (Mokhtar Ismail, 1995)

Bentuk ujian boleh dibuat secara bertulis atau pemerhatian yang memerlukan pemerhati membuat pemeringatan atau catatan rekod. Contohnya ujian memandu kereta.

satu prosedur sistematik untuk memerhati tingkah laku seseorang dan memperihalkannya dengan bantuan sekala bernombor atau satu sistem berkategori (Cronbach, 1970)

Contoh skala bernombor ialah angka 120 untuk ujian darjah kecedasan (IQ Test) dan 82/100 untuk ujian pencapaian bagi mata pelajaran Matematik. Sistem berkategori digunakan bagi ujian personaliti yang bersifat ekstrovert atau introvert dan ujian penglihatan rabun jauh, rabun dekat dan rabun warna.

Raminah Haji Sabran (1991) memetik penjelasan istilah ujian dari Milagros (1981) seperti berikut: Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. 1981) 17 (Milagros,

Jawapan murid yang dihasilkan kemudian diberikan markah(skor) bagi melihat prestasi murid yang diuji. Bagi seseorang guru pengujian menjelaskan sejauhmana penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran atau nilai murni yang dikehendaki oleh sukatan pelajaran.

Pengukuran bermaksud; suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerik atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan instrumen. (Aziz Ahmad dan Mohd Isha Awang, 2008)

Sesuatu Indeks berbentuk angka digunakan untuk menggambarkan tahap atau status prestasi murid. Contohnya Ali mendapat markah 70 peratus dalam ujian Bahasa

Malaysia. Kita tidak menyatakan prestasi Ali sama ada baik atau sebaliknya.

Bagi Mokhtar (1995), pengukuran ......adalah langkah untuk menentukan tahap sejauh mana seorang memiliki sifat tertentu.

Selain daripada mengukur prestasi murid melalui ujian, cara lain untuk mendapat maklumat berbentuk kuantitatif adalah seperti pencerapan atau pemerhatian atau skala pemeringkatan boleh menjadi cara untuk mengukur prestasi murid, contohnya kemahiran melukis. Penilaian ialah . Proses menentukan mutu, kualiti, harga, atau nilai sesuatu benda. (Mokhtar, 1995)

Bagi seseorang guru, penilaian berlaku apabila guru menggunakan keputusan ujian bersama-sama dengan maklumat lain bagi menilai prestasi muridnya.

18

Penilaian adalah satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran telah dicapai oleh para murid. (Mokhtarl, 1995)

Dalam hal ini, penilaian terdapat dua aspek yang penting iaitu: penilaian ialah proses sistematik di mana terdapat peraturan yang perlu dipatuhi serta terdapat objektif pengajaran telah dikenal pasti terlebih dahulu. Bagi Popham (1975) penilaian

pendidikan mencakupi aspek-aspek seperti hasil pengajaran, program pengajaran dan matlamat ke arah usaha pengajaran itu tertentukan.

Selain itu, penilaian juga boleh dibuat dengan menggunakan maklumat atau data kuantitatif atau data kualitatif atau kedua-dua sekali. Bolehkah anda fikirkan contohnya bagi penilaian ini?

Sebagai kesimpulan, pengujian, pengukuran dan penilaian merupakan proses yang penting dalam mengesan pencapaian hasil pengajaran dan pembelajaran. Maka,

kemahiran menghasilkan instrumen pengujian, pengukuran dan penilaian yang baik memainkan peranan yang penting bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Bacaan lanjutan mengenai tajuk ini boleh didapati melalui layaran laman web seperti berikut: http://www.gao.gov/special.pubs/pe1014.pdf

2.2 Penilaian dan proses pengajaran dan pembelajaran

2.2.1 Penilaian pencapaian Penilaian pencapaian ialah satu daripada aktiviti guru yang dilakukan pada setiap bulan, setiap penggal dan setiap tahun dalam bentuk ujian atau peperiksaan sebagai satu sumber maklum balas pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran dan prestasi pencapaian murid.

19

2.2.2 Penilaian pembelajaran Satu penilaian dijalankan sepanjang masa pengajaran dan

pembelajaran dilakukan.

Penilaian pembelajaran membolehkan guru mendapatkan pengetahuan tentang pencapaian murid dalam perkara yang telah diajar untuk setiap hari atau sepajang hari agar dapat mengambil tindakan untuk mengatasi kelemahan murid. Penilaian ini

merangkumi aktiviti mendapat maklumat melalui soalan murid dan membuat perbandingan daripada kerja atau latihan murid semasa pembelajaran dan pengajaran itu berlaku.

Tiga perkara perlu dipatuhi semasa penilaian pembelajaran dilakukan. Pertama kerja murid perlu diperiksa sama ada betul atau salah sahaja. Murid perlu diberi balik

kerjanya dengan pengetahuan kemahiran atau ilmu pengetahuan telah dikuasai dan belum dikuasai. Akhirnya guru perlu menjalankan kerja-kerja pemulihan sebaik sahaja kerja murid dikembalikan.

2.2.3 Perbandingan rujukan norma Membuat perbandingan di antara murid yang dikumpulkan mengikut ciriciri yang sama seperti umur atau peringkat perkembangan yang sama.

Ini bermakna sekiranya terdapat murid yang tidak dapat melakukan tingkah laku seperti murid majoriti maka dia dilabelkan lemah atau di bawah pencapaian norma. Contohnya sebilangan besar murid yang berumur 6 tahun telah boleh membaca semua 26 abjad. Tetapi sebaliknya terdapat seseorang murid yang sama umurnya gagal membaca semua abjad ini, maka dia dianggap ada di bawah peringkat yang biasa.

Popham (1981) menjelaskan............. Ujian rujukan norma digunakan bagi menentukan status seseorang murid berpandukan prestasi murid yang lain dalam sesuatu ujian berkenaan.

20

Ujian rujukan norma memberi penekanan kepada siapa yang lebih baik tetapi tidak memberi satu gambaran yang terperinci seperti kemahiran seseorang murid. Kerja

menghasilkan soalan ujian hendaklah diberi perhatian agar dapat menunjukkan perbezaan di antara murid-murid. Kesukaran soalan boleh dibahagikan kepada 25% yang sukar dan 25% yang senang di mana 50% soalan yang sederhana sukar. Dengan ini sekiranya seorang murid menjawab 50 soalan dengan betul daripada 60 soalan dalam sesuatu ujian dan skor mentah murid ini ialah 50. Merujuk kepada satu jadual norma, kedudukan murid ini dalam pangkat peratusan telah dibandingkan dengan satu kumpulan murid lain sebagai norma. Hasil rujukan ini memberikan bacaan pangkat peratusan ke -83 dari jadual norma, maka prestasi murid tersebut dikatakan berprestasi melebihi atau menyamai 82 peratus daripada murid lain dalam kumpulan norma. 2.2.4 Perbandingan rujukan kriteria Satu ujian yang sengaja dibina bagi memperoleh pengukuran yang boleh diinterpretasi secara terus dalam bentuk prestasi standard berspesifikasi. (Glaser dan Nitko, 1971)

Dalam hal ini, domain tingkah laku dinyatakan dahulu di mana tugas-tugas yang sepatutnya ditunjukkan oleh individu. Dengan ini, seseorang murid dapat mengetahui kelemahan dan kelebihan mereka dalam sesuatu kemahiran atau pengetahuan. Kriteria yang telah ditetapkan menjadi panduan untuk meningkatkan diri. Renung sejenak ! Boleh anda memberi 6 perbezaan di antara ujian rujukan norma rujukan Kriteria? dan ujian

2.2.5 Penilaian terkawal

21

Penilaian terkawal merujuk kepada murid-murid diberi masa yang sama panjang, menjawab dalam masa yang sama, menggunakan kertas soalan dan bentuk soalan yang sama, menjawab dalam bentuk dan pada kertas yang serupa dan diawasi sepanjang masa oleh pengawas. Penilaian ini sesuai untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran.

2.2.6 Penilaian tidak terkawal

Penilaian tidak terkawal berlaku semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta berlaku dalam keadaan sebenarnya dan semasa perlakuan itu berlaku. Perkara seperti sikap, nilai dan aktiviti-aktiviti seni yang kreatif tidak dapat dinilai dengan berkesan secara terkawal. Maka guru perlu bersifat bersedia dan sensitif kepada keadaan yang boleh menjadi sumber penilaian tidak terkawal.

2.3 Jenis-jenis penilaian 2.3.1 Penilaian formatif a. Penaksiran yang sistematik yang dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran secara tidak formal. b. Menggunakan kaedah pemerhatian, lisan, latihan dan lain-lain untuk mengesan pencapaian murid c. Menilai tahap penguasaan ilmu pengetahuan murid. 2.3.1.1 Fungsi penilaian formatif Fungsi penilaian formatif kepada guru ialah untuk memastikan guru mendapat maklum balas dengan kadar segera dan murid memahami tentang pengajaran yang sedang berlaku. Keadaan ini membantu guru memperbaiki atau meneruskan pengajaran.

2.3.2 Penilaian Sumatif a. Mengukur pencapaian objektif keseluruhan tajuk / bidang yang diajar dalam jangkawaktu tertentu. b. Guru menentukan sejauhmana hasil pelajaran dicapai. c. Membanding pencapaian antara murid. 22

d. Berbentuk formal seperti ujian pensil dan kertas, kemahiran amali, projek. e. Markah dan gred direkodkan.

2.3.2.1 Fungsi Penilaian Sumatif Fungsi Penilaian Sumatif ialah menentukan pencapaian di penghujung sesuatu program pengajaran atau unit pengajaran bagi memastikan keadaan pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku. Dalam penilaian sumatif, maklumat yang didapati mempunyai skop yang lebih luas dari aspek cakupan kandungan atau kemahiran yang ditaksir.

2.3.3 Penilaian Diagnostik Penilaian diagnostik adalah berkenaan kesukaran pembelajaran yang wujudkan secara berulang yang tidak dapat diperbaiki melalui penilaian formatif. Matlamatnya dan adalah untuk menentukan perancangan punca untuk masalah tindakan

pembelajaran pemulihannya.

menyediakan

2.3.4 Ujian penempatan atau pra-kelayakan Bagi menempatkan murid pada peringkat pelajaran yang sesuai dijalankan sebelum bermulanya sesuatu pelajaran 4 jenis penempatan Murid dimasukkan ke sekolah yang berlainan seperti sekolah vokasional atau sekolah biasa Murid dimasukkan ke aliran sains atau sastera Murid dimasukkan di dalam darjah yang berlainan mengikut kemampuan murid Murid yang berlainan kemampuan dikumpulkan dalam satu bilik darjah dan guru terpaksa menggunakan pelbagai strategi pengajaran apabila mengendalikan darjahnya Tujuan penempatan : tindakan susulan dapat dibuat agar murid diberi aktiviti pembelajaran yang sesuai Jenis ujian penempatan : ujian pencapaian atau ujian sumatif 23

2.3.5 Penilaian ujian piawai (scholastic aptitude) Ujian yang diselaraskan secara sama dari peringkat merancang ,

mengubal dan mentadbir ujian serta menyemak jawapan, menilai ukuran yang diperoleh dan melaporkannya oleh satu organisasi tertentu Direkabentuk untuk meramal penguasaan murid dalam aktiviti tertentu pada masa hadapan Mengukur kebolehan belajar terhadap pengetahuan atau kemahiran yang telah dipelajari Menyediakan maklumat yang berguna seperti menentukan kesediaan belajar, pengajaran khas (individualizing instruction), membentuk

kumpulan dalam bilik darjah, mengenal pasti murid yang lemah, mengenal pasti masalah pembelajaran, dan membantu murid dalam perancangan pelajaran dan vokasional. Contoh : ujian bakat, ujian kecerdasan

2.4 Penilaian alternatif Penilaian bersifat tidak formal tetapi mengikut keperluan sukatan pelajaran dan objektif pembelajaran sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. 2.4.1 Penilaian portfolio a. Merupakan pengumpulan hasil kerja murid yang menunjukkan perkembangan pembelajaran dan kerja terbaik murid b. penilaian prestasi pembelajaran murid c. Berasaskan kerja secara persendirian seperti sampel penulisan, lukisan/catan,laporan penyelidikan, projek termasuk keputusan penilaian dengan rumusan dan catatan daripada penilaian, senarai semak, skor ujian dan laporan konferens. d. Kandungan portfolio - kemajuan pembelajaran sepanjang masa - kerja yang terbaik daripada murid - perbandingan hasil kerja dari masa semasa - pembangunan kemahiran penilaian kendiri - pembangunan pembelajaran reflektif - tahap penguasaan murid dan tempo kerja murid - bukti pembelajaran yang jelas bagi semua pihak - tahap kolaborasi di antara guru dan murid 24

e. Panduan memilih dan menilai isi kandungan/bahan portfolio - bahan dimasukkan dalam portfolio selari dengan kehendak hasil pembelajaran - mengandungi kepelbagaian bukti kerja murid - bahan yang terpilih berdasarkan kriteria penilaian - murid diberi peluang memilih bahan yang dimasukkan dalam portfolio - bahan yang dipilih menunjukkan perkembangan proses pembelajaran dari awal hingga akhir - penilaian bahan dalam portfolio adalah berdasarkan kriteria dan piawaian yang digubal untuk menilai prestasi kerja f. Langkah-langkah merancang dan melaksanakan penilaian portfolio i. Mengenal pasti tujuan/matlamat ii. Menentukan struktur fizikal portfolio iii. Mengenal pasti sumber isi kandungan iv. Menetapkan panduan untuk penilaian kendiri murid dan kriteria pemberian markah v. Menyemak semula dengan murid vi. Isi kandungan portfolio daripada guru atau murid vii. Penilaian kendiri isi kandungan portfolio viii.Guru menilai isi kandungan portfolio dan hasil penilaian kendiri murid ix. Pertemuan guru dan murid x. Portfolio dikembalikan kepada murid atau sekolah

2.4.2 Penilaian berasaskan ketrampilan Satu penilaian yang melihatkan proses melaksanakan sesuatu tugasan atau produk yang dihasilkan Melibatkan murid menunjukkan kecekapannya atau pengetahuannya dengan memberi jawapan yang tepat atau satu hasil produk yang baik Merupakan satu bentuk ujian yang memerlukan guru membuat pertimbangan tentang penataran murid terhadap pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri afektif mereka Kriteria penilaian ditetapkan bersama-sama dengan murid Feuer dan Fulton (1993) mencadangkan tujuh bentuk penilaian berkenaan: Esei Penulisan

25

Lisan Pameran Eksperimen Portfolio Soalan jawapan berstruktur Kaedah penilaian berasaskan Ketrampilan Menetapkan hasil ketrampilan Pilih tugasan-tugasan kajian yang sesuai Memilih fokus penilaian Memilih darjah realisme yang sesuai Memilih situasi prestasi Memilih metod pemerhatian, merekod dan menskor

2.4.3

Penilaian berasaskan projek Proses inkuiri lanjutan mengenai sesuatu isu, masalah, situasi berkaitan pelbagai aspek kehidupan seharian dalam tempoh masa tertentu Peringkat-peringkat pelaksanaan projek Sebelum Dapatkan panduan dari guru Kenalpasti masalah dan tajuk Tinjau projek lepas untuk rujukan Bentuk pasukan dan pembahagian tugas

Semasa Sumbangsaran idea dan bina kesepakatan ahli

kumpulan Kenal pasti skop dan urutan Sediakan jadual pelaksanaan projek Tentukan punca maklumat Jalankan proses inkuiri dan pengumpulan data Tambahbaikan berterusan dan penilaian berterusan Sediakan laporan projek Bentangkan dapatan/ hasil

Selepas Penilaian projek oleh guru dalam aspek berikut: o Perancangan o Pelaksanaan / proses 26

o Hasil kualiti mengikut piawaian yang ditetapkan Maklum balas daripada rakan o Kekauatan, kelemahan dan cadangan atasi Refleksi kendiri o Kekuatan, kelemahan o Kemahiran Rekod pemarkahan/skor dan analisis markah Hargai pencapaian dalam penyelesaian masalah

Pentaksiran seharusnya berlaku dalam tiga fasa. Sebelum projek dilaksanakan samada guru seharusnya seperti

mengenalpasti

secara

formal

prapentaksiran bertulis mahupun tidak formal berkenaan maklumat sedia ada murid mengenai topic projek. Bagi pembelajaran berasaskan projek, asas pengetahuan amat penting. Penilaian ke atas maklumat sedia ada murid

membantu guru dalam agihan murid dalam kumpulan. Semasa projek dilaksanakan pentaksiran menggunakan senarai semak dan skala kadar memberi maklumbalas bernilai kepada murid mengenai pembelajaran dan

progress projek mereka.

Rubric pemarkahan boleh

membantu murid-murid menilai progres perancangan projek sementara bagi guru pula menjadi rujukan ketika mengadakan sesi perbincangan mengenai tahap

pencapaian dan kemajuan. Selepas projek pentaksiran menggunakan rubrik dapat memberikan maklumat bernilai mengenai hasil projek dan dalam membuat pembentangan di hadapan rakan kelas. Rubruk yang sesuai juga dapat membantu memberikan maklumbalas tentang kekuatan dan kelemahan projek yang dibentang.

2.4.3.1 Penilaian kerja kursus berasaskan sekolah a. Penilaian dibina dan dikendalikan oleh pentadbiran sekolah. b. Merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. c. Merangkumi aspek-aspek lain yang tidak dapat dinilai secara 27

penilaian berpusat. Terdapat berbagai bentuk penilaian yang boleh anda jalankan di sekolah. Anda telah menjalankan satu projek Kemahiran Hidup Reka Cipta untuk pelajar Tingkatan 3. Bincangkan bagaimana anda menilai projek pelajar menggunakan kaedah Penilaian Kerja Kursus

Berasaskan Sekolah.

Maklumat lanjut, sila baca buku ini.. Ee Ah Meng .(2002). Psikologi pendidikan III. 3th, ed. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. . 2.4.3.2 Pentaksiran bagi kerja kursus berasaskan sekolah Kaedah menilai kerja kursus berasaskan sekolah Dilaksanakan berterusan dan menyeluruh Membuat perancangan Menentukan objektif penilaian Cara penilaian: sepanjang proses p&p, berperingkat, secara kumpulan atau secara individu Menghasilkan alat penilaian seperti soalan lisan, soalan bertulis, borang pemerhatian Pelaporan Memberi gambaran yang menyeluruh tentang profil murid dari segi kemahiran, pengetahuan, nilai dan sikap Membayangkan ciri-ciri perkembangan murid Menghuraikan tahap kemajuan murid Perkara yang perlu dilaporkan termasuklah: Perkembangan dan kemajuan murid dari semasa ke masa dalam bentuk gred, markah, pernyataan dan sebagainya Pernyataan tentang minat, sikap, bakat, kegiatan serta daya usaha murid Cadangan untuk mengembangkan potensi murid secara optimum Ulasan dan cadangan guru secara keseluruhan tentang murid

28

Aktiviti 1

Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas.

1. Definisi bagi elemen-elemen berikut: a. Pengujian b. Pengukuran c. Penilaian

2. Banding bezakan di antara penilaian formatif dan penilaian sumatif.

3. Bagaimanakah penilaian portfolio dan penilaian projek dapat dilaksanakan dalam penilaian kerja kursus Reka Bentuk teknologi?

TAJUK 3

PEMBENTUKAN DAN PELAKSANAAN UJIAN

Sinopsis Menjelaskan aspek-aspek penting yang terdapat dalam pentadbiran dan pelaksanaan ujian bagi menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.

Hasil Pembelajaran: 1. Mengenalpasti kepentingan pentadbiran dan pelaksanaan ujian yang baik. 2. Menjelaskan aspek-aspek pentadbiran yang mempengaruhi tahap kesahan dan kebolehpercayaan ujian.

Kerangka Konsep Tajuk 3 29

Pentadbiran dan pemeriksaan ujian

Kepentingan pentadbiran dan pelaksanaan ujian yang baik Aspek-aspek penting pentadbiran dan pelaksanaan ujian

Pemeriksaan ujian

3.1

Kepentingan pentadbiran dan pelaksanaan ujian yang baik

Apabila kita sebagai guru membuat soalan-soalan ujian, kita akan merujuk kepada sukatan dan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Mengapa kita berbuat demikian? Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menjamin kesahan ujian. Kita juga menjalankan

penganalisaan item yang kenali sebagai indeks diskriminasi dan indeks kesukaran itemitem soalan. Selain itu, kita juga mengambil langkah sesuai bagi memastikan soalansoalan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Kita akhirnya menyimpan kertas-

kertas ujian di dalam bilik kebal bagi menjamin keselamatan kertas ujian sementara menantikan hari peperiksaan tiba.

Adakah kita telah selesai mengambil langkah yang sempurna dalam memastikan ujian kita berkualiti tinggi? Dengan erti kata lain, adakah aspek kesahan dan kebolehpercayaan ujian sudah selesai dan tidak ada apa lagi tindakan yang perlu diambil perhatian?

Sebenarnya, dalam kita mentadbir ujian, ada aspek-aspek yang mempengaruhi tahap keesahan dan kebolehpercayaan ujian. Ini bermakna kita sebagai guru perlu

mengambil langkah berkesan bagi memastikan ujian yang kita tadbir terus menjamin keesahan dan kebolehpercayaan ujian.

Mengapa kita mengambil berat aspek kesahan dan kebolehpercayaan ujian?

3.2

Aspek-aspek penting pentadbiran dan pelaksanaan ujian

Antara aspek-aspek pentadbiran ujian yang perlu kita ambil perhatian ialah;

30

3.2.1 3.2.2 3.2.3 3.2.4 3.2.5

Pengendalian ujian Keresahan pelajar Peniruan dan penipuan Menyediakan pelajar Arahan dalam ujian

Apa perkaitan aspek-aspek pentadbiran ujian di atas dengan kesahan dan kebolehpercayaan ujian?

3.2.1

Pengendalian ujian

Ada banyak perkara yang diuji dan dinilai dalam sesebuah institusi pendidikan. Apa yang pasti, lain perkara yang diuji dan dinilai, lain pula prosedur yang perlu dipatuhi. Ada kalanya kita melaksanakan ujian terkawal menggunakan pensel dan kertas, ada waktunya pula kita membuat ujian terkawal tetapi berbentuk lisan. Ini bermakna pengendalian ujian jadi berbeza-beza. Apa yang penting, siapa pun penguji, tugas utama beliau ialah memahami jenis atau prosedur yang hendak dijalankan termasuk aspek peraturan, metod menjawab, tempoh masa dan juga suasana menjawab. Baharulah nanti pencapaian murid boleh diukur dengan lebih tepat.

Justeru, bagi menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian, setiap penguji mestilah mengambil inisiatif memahami penerangan dan panduan menjalankan ujian sebelum menjalankan ujian. Bukan itu sahaja,penguji dan pengawas ujian mestilah mematuhi langkah-langkah yang dinyatakan dalam penerangan semasa menjalankan sesi ujian.

Dalam suasana ujian formal, ujian merupakan satu ancaman kepada murid. Sebagai penguji dan pengawas ujian, kita tidak sepatutnya membuat suatu tindakan yang boleh meningkatkan rasa ancaman kepada calon. Mengapa?

Selain perkara di atas, guru perlu memastikan pelajar dalam keadaan selesa ketika menjawab ujian. Seorang guru sepatutnya mengambil langkah sesuai bagi memastikan semua calon berada dalam keadaan bebas dari sebarang

31

gangguan penumpuan. Antaranya, pencahayaan, silauan matahari, kejadiankejadian luar yang dapat mengganggu penumpuan dan sebagainya.

Di dalam ujian lisan, apakah antara tindakan guru yang menggambarkan beliau telah mengendalikan ujian tersebut dengan baik?

3.2.2

Keresahan pelajar

Sebagai guru, kita harus sedar perkaitan antara murid dan ujian. Perkaitan ini sebenarnya diperolehi dari pemerhatian dan pengalaman juga kajian. boleh menimbulkan kerisauan. Darjah kerisauan pula Ujian

mempengaruhi

pencapaian.

Sebagai guru, apa yang sepatutnya kita lakukan dalam aspek

keresahan pelajar ini? Ya, tepat sekali. Kita mesti urus keresahan pelajar ini dengan mentadbir ujian yang kita jalankan dengan baik. Keresahan tinggi akan menjadikan murid mengalami tekanan lalu tidak dapat berfikir secara rasional. Sebaliknya, tiada kerisauan langsung menyebabkan pelajar tidak memandang serius ujian yang dihadapi. Kedua-dua keadaan ini menyebabkan murid tidak akan mempamerkan keupayaan pembelajarannya yang sebenar dan ini mempengaruhi tingkat kebolehpercayaan ujian. Bila ini berlaku mana mungkin seorang guru itu mampu membuat penilaian dan pentaksiran yang tepat? Jadi, apa yang perlu dibuat oleh seorang guru dalam hal ini?

Dalam usaha meletakkan keresahan pelajar pada tahap positif, seorang guru mesti menyediakan pelajar. Apa yang anda faham tentang kenyataan ini?

Dapatkan maklumat seterusnya dalam buku Dr Abu Bakar Nordin, (1986). Asas Penilaian Pendidikan; 209-225.

3.2.3

Peniruan dan penipuan Apa

Mengapa meniru dan mengapa menipu dalam ujian dan peperiksaan?

kesannya kepada skor yang diperolehi oleh murid? Skor tidak menggambarkan pencapaian sebenar murid. dipersoalkan. Bermakna, kebolehpercayaan ujian boleh

Mana mungkin ujian yang tiada aspek kebolehpercayaan

menghasilkan penilaian serta pentaksiran yang membolehkan keputusan berkesan diambil. 32

Justeru, aspek peniruan dan penipuan mesti diurus dalam mentadbir ujian. Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah memberi kesedaran kepada murid bahawa meniru dan menipu adalah salah serta mengambil langkah sesuai menjauhkan murid dari keadaan yang membolehkan mereka meniru dan menipu. Kita juga mesti membuat keputusan tegas apabila keadaan ini benarbenar berlaku. Sekiranya guru berjaya menyedarkan murid tujuan sebenar ujian penipuan dan peniruan juga boleh dielakkan.

1.

Apakah antara langkah sesuai yang boleh diambil oleh guru dalam usaha mengelakkan murid dari meniru dan menipu?

2.

Pada pendapat anda, apakah kesan ke atas sikap murid sekiranya guru berjaya menyedarkan mereka bahawa tujuan ujian adalah untuk melihat sejauhmana tahap penguasaan mereka terhadap apa yang diuji?

3.2.4

Menyediakan murid

Berbalik kepada tujuan sebenar ujian, mengapa kita mesti merahsiakan rupa bentuk ujian daripada murid-murid kita? pengalaman yang mencemaskan. Tambahan pula, ujian merupakan

Sekiranya kita mengharapkan murid Sebaliknya,

mempamerkan potensi sebenar ia tidak sepatutnya dirahsiakan.

guru perlu mengambil tindakan menyediakan pelajar untuk menghadapi ujian yang telah dirancang.

Dalam kumpulan bincang perkara yang akan anda lakukan untuk membantu murid bersiapsiaga dalam satu ujian bertulis. 3.2.5 Arahan Dalam Ujian Sebagai guru, kita

Mana-mana kertas ujian pasti mengandungi arahan. sepatutnya arahan.

membimbing murid untuk sentiasa membaca dan memahami

Ada dalam kalangan murid tidak mendapat skor yang baik bukan

kerana tidak menguasai apa yang dipelajari, tetapi hanyalah kerana tidak meneliti dan tidak memahami arahan ujian. Apatah lagi bagi murid yang lemah, kita perlu mengawasi mereka supaya dapat memberi jawapan mengikut arahan.

Jadi, apa yang sepatutnya dilakukan oleh guru? Kita sewajarnya memastikan murid benar-benar faham bagaimana menjawab sesuatu ujian. Satu pendekatan 33

yang boleh kita lakukan ialah membuat simulasi atau percubaan untuk membiasakan pelajar membaca arahan, memahami arahan dan bertindakbalas seperti arahan. 3.3 Pemeriksaan Ujian

Pemeriksaan ujian merupakan perkara yang perlu diambil perhatian dan ditadbir dengan baik selepas ujian dilaksanakan.Tahap penguasaan murid boleh dibuktikan melalui skor atau markah yang diperolehi dalam sesuatu ujian. Skor yang tinggi menunjukkan murid menguasai sesuatu topik dengan baik. Tetapi, adakah semestinya demikian?

Skrip jawapan seorang murid mendapat dua skor markah yang jauh berbeza dari dua orang pemeriksa. Apa yang berlaku?

Skor yang tinggi bermakna

boleh juga disebabkan cara pemeriksaan ujian dijalankan. Ini ujian perlu ditadbir dengan baik bagi menjamin

pemeriksaan

kebolehpercayaan markah yang diperolehi murid. Dalam hal mentadbir pemeriksaan ujian, guru perlu mempertimbangkan aspek-aspek berikut;

3.3.1

bentuk ujian diberi dan di mana jawapan itu dibuat

3.3.2 tujuan ujian dijalankan 3.3.3 kemampuan guru mengikut sesuatu prosedur serta kemudahan yang 3.3.4 3.3.5 3.3.1 ada dan dapat digunakan

emosi pemeriksa dan suasana tempat pemeriksaan Bentuk ujian diberi dan di mana jawapan itu dibuat

Guru mempunyai berbagai pilihan bentuk ujian. Bagi ujian pencapaian bertulis misalnya, guru mempunyai pilihan untuk menyediakan item ujian bentuk objektif mahupun subjektif. Bagi ujian objektif pula guru sekali lagi mempunyai pilihan untuk mengarahkan murid menjawab dalam kertas OMR atau di atas kertas ujian itu sendiri. Apa pun tindakbalas yang kita harapkan daripada murid, guru

seharusnya sedar jawapan murid boleh ditanda oleh sesiapa sahaja dengan pemberian markah yang sama dan serupa. Bagaimana? 3.3.2 Tujuan ujian dijalankan Jadi, pemeriksaan ujian perlu

Ujian formatif memerlukan maklumat segera.

dibuat secepat yang mungkin. Mengapa? Jika kita lambat memeriksa jawapan 34

murid, kita akan lambat mendapat maklumbalas berkenaan tahap penguasaan murid. Mana mungkin kita dapat membuat tindakan penambahbaikan yang jika maklumbalas tahap pengetahuan murid diketahui tidak pada

berkesan

masa yang tepat?

Dalam keadaan masa yang begitu terhad, bagaimana guru boleh mengurus atau mentadbir pemeriksaan ke atas ujian formatif supaya keputusan prestasi murid dapat diketahui pada masa yang singkat? Bagaimana pula pentadbiran pemeriksaan bagi ujian pencapaian? 3.3.3 Kemampuan guru mengikut sesuatu prosedur serta kemudahan

yang ada dan dapat digunakan

Bagaimana anda mengaitkan isu ini dengan pentadbiran pemeriksaan ujian yang baik? 3.3.4 Emosi pemeriksa

Emosi guru sebagai pemeriksa ujian perlu dikendali dengan baik kerana ia boleh mengancam kebolehpercayaan ujian.

Fikir sejenak kesan emosi gembira dan marah guru kepada pemeriksaan kertas jawapan murid.

3.3.5

Suasana tempat pemeriksaan Suasana tempat pemeriksaan pula sebenarnya mempengaruhi emosi dan penumpuan guru ketika memeriksa jawapan murid.

Berikan dua contoh suasana tempat pemeriksaan yang menyebabkan penurunan kepada kebolehpercayaan ujian.

Tutorial

35

Markah calon bergantung rapat kepada prestasinya pada ketika menjawab sesuatu ujian. Selain itu markah calon juga bergantung rapat kepada cara-cara pemarkahan.

Bincang kepentingan dan peranan skema pemarkahan dan prosedur pemarkahan.

Tingkatkan maklumat anda, sila rujuk buku yang dikarang oleh Dr Abu Bakar Nordin, (1986). Asas Penilaian Pendidikan.

PERANCANGAN PENTAKSIRAN BAGI MATA PELAJARAN REKA TAJUK 4 BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

Sinopsis

Menjelaskan prosedur pembentukan ujian, pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian, konstruk dalam JSU dan aras kesukaran soalan. Hasil Pembelajaran: 1. 2. 3. 4. Menjelaskan prosedur pembentukan ujian Menjelaskan pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Menjelaskan konstruk dalam JSU Menjelaskan aras kesukaran soalan

Kerangka Konsep Tajuk 4 Prosedur pembentukan ujian

Pembinaan JSU PERANCANGAN PENTAKSIRAN BAGI MATA PELAJARAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

36

Konstruk dalam JSU

Aras kesukaran soalan

4.1

Prosedur pembentukan ujian Sebagai seorang guru yang berpengalaman

Ujian merupakan satu alat penilaian.

adakah anda bersetuju dengan kenyataan di bawah ini; Ujian senang dibentuk. Apa yang anda perlu lakukan adalah duduk menyendiri. Ambil masa seminggu sebelum ujian. Fikirkan item-item dan bentuk soalan atau rujuk sahaja koleksi item-item sebelum ini dan bentuklah ujian

Bagi anda yang tidak bersetuju dengan kenyataan di atas, tentunya anda mempertikaikan kebolehpercayaan dan kesahan ujian yang dibina secara demikian. Cuba jelaskan kepada rakan-rakan anda yang bersetuju dengan

kenyataan di atas mengenai hal ini.

Sebagai seorang guru dalam era hari ini, kita semakin sedar ujian yang dilaksanakan bukan semata-mata untuk menggred pelajar. Sebaliknya, ujian merupakan satu

instrumen yang membantu kita mengukur pencapaian murid yang kemudiannya membolehkan kita menilai dan mentaksir penguasaan murid. Tindakan selanjutnya ialah mengambil satu langkah sesuai yang boleh membantu murid meningkatkan potensi diri dan ini termasuklah memperbaiki strategi pengajaran kita sebagai guru. Ini bermakna apabila kita membentuk ujian, kita perlu mematuhi prosedur pembentukan ujian yang merangkumi pemeringkatan berikut;. 4.1.1 4.1.2 4.1.3 4.1.4 4.1.5 menentukan objektif ujian membentuk jadual penentuan (jadual spesifikasi ujian) menentukan bilangan item memilih reka bentuk item meninggikan mutu ujian 37

4.1.6 4.1.7 4.1.8 4.1.9

mengulangkaji dan menyunting item menyediakan ujian untuk digunakan percubaan ujian menjalankan ujian

4.1.1

Menentukan objektif ujian

Setiap mata pelajaran yang diajar mempunyai matlamat dan objektif. Matlamat menyatakan hasrat yang terdapat dalam kalangan pendidik dan masyarakat apabila sesuatu matapelajaran itu diperkenalkan. Matlamat merupakan satu perkara yang perlu dicapai dalam masa yang panjang.

Contoh matlamat:

Membolehkan murid memperolehi kemahiran praktis asas dan pengetahuan berasaskan teknologi keusahawanan, dan aspek pengurusan diri supaya mereka dapat

menjalankan

kerja-buat-sendiri

serta

cenderung

berusahaniaga dan mereka cipta.

Untuk mencapai matlamat perlu sediakan program dan aktiviti. Antara perkara yang terdapat dalam program ialah kenyataan tentang tujuan untuk jangkamasa pendek apabila sesuatu aktiviti itu dijalankan dan itulah yang dikatakan objektif. Objektif ada beberapa peringkat luas dan spesifik. Guru perlu sediakan

objektif yang spesifik supaya senang menjadi panduan pengajaran. Ia juga didapati senang bagi mendapatkan bukti-bukti untuk ukur pencapaian objektif yang besar.

Dalam pembentukan ujian, seperti juga dalam pengajaran menentukan objektif yang tepat dan dapat menolong amatlah penting. Objektif-objektif yang dipilih itu akan menentukan tindakan yang akan diambil apabila ujian hendak dibentuk. Di antara tindakan dan keputusan yang akan diambil itu termasuklah perkaraperkara seperti panjangnya ujian dan jenis-jenis perlakuan yang diuji. Semasa menentukan objektif-objektif guru-guru harus memikirkan tujuan ujian dijalankan.

Bagi ujian sumatif topik Kreativiti dan Reka Cipta, objektif berikut sudah memadai dapat melakar dengan menunjukkan perspektif. Cuba anda bentuk objektif-objektif ujian formatif bagi topik di atas.

38

Setiap ujian adalah unik dan spesifik. Ia seharusnya mengukur sesuatu perkara yang tertentu ke atas individu ataupun kumpulan. Bermakna objektif khusus mestilah dibentuk sebagai panduan bagi mendapatkan bukti-bukti untuk mengukur pencapaian objektif besar. Guru perlu beri perhatian terhadap perlakuan yang hendak diuji dan ciri-ciri kumpulan sasaran.

Kita mesti sedar, satu ujian yang baik dan telah dibuktikan mempunyai mutu yang tinggi tidak akan sesuai jika item-itemnya tidak mengukur ataupun menekankan perlakuan yang dikehendaki. Kesannya, mutu kesahan dan

kebolehpercayaan ujian terjejas. Maka, maklumat yang diperolehi tidak akan mencerminkan kebolehan, kemahiran dan kemajuan murid-murid yang diuji itu.

4.1.2

Membentuk Jadual Penentuan (Jadual Spesifikasi Ujian)

Setelah objektif besar dan objektif-objektif kecil ini ditentukan, sebaiknya semuanya dibentang dalam bentuk jadual yang mempunyai dua dimensi iaitu dimensi isi (kandungan) yang diletak secara menegak dan dimensi peringkat kemahiran yang diletak secara mendatar. Teliti Jadual Penentuan bagi menguji kemahiran mengira dalam jadual 4.1 berikut: Isi/Kemahiran Mengenal Memadan Mengolah

Angka 1-9 10-50 51-100 Campur 1-9 10-50 51-100 Tolak 1-9 10-50 51-100

X X X

X -

X X X

X -

X X X

X X X

X -

X X X

Jadual 4.1 : Contoh Jadual Spesifikasi Ujian bagi menguji kemahiran 39

Mengira di Tahun 1

Dimensi isi adalah dimensi yang sangat senang difahami kerana guru sentiasa mengutamakan tajuk-tajuk sesuatu perkara yang akan diajar apabila membuat rancangan pelajarannya.

Dimensi kemahiran pula ialah tentang perkara yang berkait dengan kebolehan berlainan yang dapat ditunjukkan oleh seseorang murid itu. Daripada segi

kognitif, terdapat perlakuan seperti menggunakan situasi yang berlainan, menganalisa, menilai dan membentuk satu hipotesis. Dalam contoh jadual di atas, terdapat tiga jenis kemahiran. Kemahiran ini ialah mengenal, memadan, mengolah. Daripada segi afektif pula mungkin terdapat beberapa peringkat

perlakuan seperti: sedar, menghayati, bertindakbalas.

Dalam mata pelajaran Kemahiran hidup tahun 4 guru memilih tajuk Barang Jualan. Untuk tajuk ini guru memilih beberapa tajuk kecil iaitu kumpulan sasaran, jenis barang yang sesuai dijual dan sumber bekalan. Guru perlu merangka objektif-objektif yang lebih spesifik yang membantu mencerminkan tahap penguasaan tingkahlaku yang perlu dikuasai bagi setiap subtopik yang didedahkan. kemahiran ini. Setelah semua tajuk dan kemahiran ini dikenalpasti dalam bentuk Sediakan JSU yang sesuai bagi

jadualpenentuan ujian, maka tugas selanjutnya ialah menentukan keutamaan tiap-tiap satu objektif. Keutamaan bagi sesuatu objektif dapat dipandukan daripada sukatan pelajaran dan disokong oleh beberapa orang guru lain yang pakar dalam mata pelajaran itu.

Jadual Spesifikasi Ujian boleh dibentuk bagi meliputi satu bidang yang luas seperti merangkumi rancangan pelajaran bagi satu tahun. Ia boleh juga meliputi satu bidang yang kecil samada untuk satu minggu, sebulan dan sebagainya.

4.1.3

Menentukan bilangan item

Jadual penentuan atau jadual spesifikasi meliputi semua perkara yang terangkum dalam proses pengajaran-pembelajaran. Ianya terlalu luas dan tidak mungkin semua perkara mampu diuji. Oleh itu, hanya sampel yang mewakili kepada keseluruhan perkara sahaja yang akan diuji. Bagaimana untuk memilih sampel sebagai wakil keseluruhan perkara dalam P & P? Tepat sekali, objektif 40

atau perkara yang diberi penekanan yang akan kita ambil sebagai sampel bahan ujian. Ia juga menjadi rujukan kepada bilangan item yang perlu diuji bagi satusatu perkara atau objektif.

Sebagai contoh, perkara yang terdapat di jadual 4.1 akan digunakan di sini. Katakan bagi perkara-perkara yang di ajar itu, wajaran keutamaan tajuk seperti yang berikut; angka asas 20%, mencampur 65% dan tolak 15%. Jika ditentukan ujian itu mengandungi 40 item, maka bilangan item untuk angka asas dan mencampur mungkin dirancang seperti berikut: Perkara Memadan 1 - 9 Mengenal 51 100 Campur 1 9 Campur 10 50 Campur 51 100 8 10 8 Bil.Item 3 5

Berapakah soalan yang sepatutnya diambil dari topik tolak untuk contoh di atas? 4.1.4 Memilih reka bentuk item

Terdapat banyak bentuk item yang dapat digunakan dalam ujian. Mana-mana bentuk boleh dipilih asalkan pemilihannya berasaskan pertimbangan yang baik.

Perkara-perkara berikut menjadi asas pertimbangan yang baik dalam memilih bentuk item: tujuan ujian itu diadakan; masa bagi menyediakan ujian, mentadbirkannya dan memeriksa jawapan-jawapan; umur pelajar; bilangan pelajar yang diuji; kemudahan panduan dan kemahiran menyediakan item.

Sediakan nota yang memperjelaskan perkara-perkara tersebut.

Di dalam kebanyakan ujian sekolah rendah, bentuk item yang digunakan selalunya seragam iaitu terdiri dari satu bentuk sahaja seperti aneka pilihan, padanan atau karangan. Walaubagaimanapun, ada kalanya ujian menggunakan item yang beragam seperti gabungan padanan, betul-salah dan aneka pilihan. Jika ujian menggunakan item bentuk beragam, sewajarnya penyedia ujian 41

mengelompokkan item-item yang serupa bentuknya. Arahan yang jelas bagi menunjukkan item-item yang berlainan ini pengelompokkan. . Dalam membentuk atau menyediakan item yang baik, seorang guru perlu menguasai beberapa aspek kebolehan tentang penulisan item, pengetahuan tentang perkara yang dijadikan bahan ujian disamping menuntut kesabaran yang tinggi. Dalam proses menyediakan item-item soalan, guru-guru seharusnya meletakkan dirinya dalam keadaan yang boleh menjawab beberapa isu berikut: Pemahaman murid pelbagai peringkat kebolehan terhadap item. Kemungkinan wujud petunjuk kepada jawapan dalam item itu sendiri atau di mana-mana dalam ujian itu. Kemungkinan wujud kekaburan di mana-mana. Kemungkinan item itu terlalu senang atau terlalu sukar. Perkaitan item itu dengan pengetahuan dan kemahiran yang penting. Kemungkinan item itu terlalu panjang atau terlalu pendek. Perkaitan item dengan objektif mata pelajaran. perlu ditulis di awal setiap

Dengan menyoal diri dan menjawab isu-isu di atas kita akan mencuba sedaya upaya membentuk ujian yang bermutu.

4.1.5

Meninggikan mutu ujian

Dalam aspek meninggikan mutu ujian, guru perlu mengambil inisiatif untuk memenuhi aspek-aspek berikut; Kesahan Hal ini bermaksud ujian itu hanya menguji perkara yang patut diuji sahaja.

Kebolehpercayaan Ini bermakna markat murid tekal sekiranya ujian diberikan kepada mereka pada satu masa yang lain.

Ketepatan Ini bermakna ujian tidak memberi peluang mana-mana pihak membuat interpretasi sendiri.

42

Peringkat kepayahan Ini merujuk kepada peringkat kepayahan item-item yang bersesuaian.

Pembezaan yang positif Item-item berupaya membezakan kumpulan murid berpengetahuan dan tidak berpengetahuan.

Sampel item yang mencukupi Ini bermaksud liputan item soalan mewakili perkara-perkara yang diajar.

Praktikal Bersesuaian dari aspek masa, kebolehan, kos dan kemudahan yang ada.

Sila rujuk buku Penaksiran dalam Pendidikan dan Sains Sosial tulisan Abu Bakar Nordin dan Bhasah Abu Bakar terbitan UPSI, 2008

4.1.6

Mengulangkaji dan menyunting item

Apabila item penghabisan siap dibina, mengapa ujian itu masih dikatakan belum sedia untuk diberikan kepada murid-murid?

Mutu ujian bergantung penuh kepada setiap item. Maka itu di sekolah kita ada panel yang akan menyemak item-item ujian dan panel biasanya dalam kalangan guru-guru yang mengajar mata pelajaran yang sama.

Bagaimana jika tiada guru yang sealiran kepakarannya? Apa yang boleh kita faham dengan istilah kritik diri sendiri?

Cadangkan langkah-langkah yang boleh dijadikan panduan dalam mengulangkaji dan menyunting item supaya ujian mengandungi itemitem yang bermutu.

43

4.1.7

Menyediakan ujian untuk digunakan

Pada tahap ini, item-item telah siap dibentuk dan telah selesai disunting. Ada tiga perkara lagi yang perlu dibuat dalam usaha meninggikan lagi mutu ujian. Perkara-perkara itu ialah: Menyusun item-item Menyediakan arahan kepada murid-murid Merancangkan markah

1. Cadangkan susunan item-item yang meningkatkan motivasi murid. 2. Apakah antara maklumat-maklumat penting yang sepatutnya terangkum dalam menyediakan arahan kepada murid? 3. Apakah aspek-aspek yang perlu diberi perhatian dalam merancang markah? 4.1.8 Percubaan atau Pra ujian

Ujian yang baik ialah ujian yang telah dicuba dahulu dalam kalangan murid yang serupa dengan yang akan mengambil ujian itu kelak. Daripada maklumat yang didapati, item-item dan ujian keseluruhannya akan dapat diperbaiki.

Mengapa langkah ini tidak dilaksanakan oleh kebanyakan guru? Apakah kebaikan yang diperolehi jika kita dapat menjalankan pra ujian dengan teratur dan melibatkan bilangan murid yang besar? 4.1.9 Menjalankan ujian Ujian yang bermutu kadangkala tidak berjaya mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Hal ini adalah disebabkan oleh keadaan ujian

dijalankan tidak sesuai.

Dalam kumpulan bincang aspek-aspek yang perlu diambil perhatian bagi menjamin keselesaan murid ketika mengambil

ujian supaya skor yang diperolehi dapat menggambarkan keupayaan sebenar calon. 4.2 Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian

44

Sebelum sesuatu ujian dapat dibina dengan sempurnanya, seorang guru perlu tahu tujuan diadakan ujian. Guru perlu melengkapkan diri dengan tiga kualiti untuk membina butiran ujian yang baik iaitu; Mempunyai pengetahuan yang secukupnya tentang isi pelajaran yang hendak diuji. Mempunyai kemahiran dalam teknik membina ujian. Berupaya menurunkan ideanya dengan tepat, kemas dan jelas dalam bentuk ayat.

Bagaimanapun dengan ketiga-tiga kualiti tersebut, guru digalakkan untuk menyediakan rangka tindak ujian atau JSU yang memperihalkan dua perkara; Isi yang sepatutnya dicakupi oleh ujian. Tingkah laku yang diharapkan daripada pelajar tentang isi berkenaan.

Dengan erti kata lain, JSU merupakan satu blue-print ujian yang perlu dibina dan ia hanya boleh dibina setelah pembina dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian yang hendak dibina.

Pembinaan JSU membantu pembina mendapatkan skor yang boleh dipercayai dan sah dari segi keputusan yang akan dibuat terhadap kandungan ujian berkenaan. Mengapa boleh terjadi demikian?

Layari http://www.sabah.edu.my/skpmtdon/notes/JSU.pdf http://www.uleth.ca/edu/runte/tests/specf/specf.html

Dalam pembinaan JSU langkah-langkah berikut hendaklah diikuti.

4.2.1

Mengkaji Sukatan Pelajaran

Sukatan pelajaran dikaji untuk memperolehi maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran dianalisis untuk

menentukan kepentingan tiap-tiap kandungannya. Antara spek yang dianalisis termasuklah: Skop dan kedalaman kajian pada sesuatu tajuk.

45

Pendekatan yang diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk. Kepentingan bandingan antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain. Kekompleksan sesuatu tajuk. Masa pengajaran yang diberi bagi sesuatu tajuk.

Guru haruslah memastikan ujian yang dibina benar-benar dapat mencerminkan kurikulum itu sendiri walaupun kandungan yang dipilih merupakan sebagai wakil kepada kandungan keseluruhan kurikulum.

4.2.2

Menganalisis Objektif Pelajaran

Disamping itu, objektif pendidikan dianalisis untuk menentukan jenis-jenis kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap kesukaran yang ia perlu diuji. Lazimnya aras kemahiran diasaskan pada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya.

Maklumat-maklumat yang tersebut di atas amat penting kepada penggubal soalan dan penggubal ujian kerana dengan ini sifat ujian, bilangan soalan bagi setiap ujian dan aras kemahiran dan kesukaran yang perlu diuji ditentukan. Berdasarkan penganalisisan inilah JSU dibina. JSU lazimnya mempunyai tiga paksi utama: dapat

1. Paksi kandungan a. Tajuk b. Subtajuk 2. Paksi kemahiran a. Aras kemahiran 3. Paksi wajaran a. Peratus pemberatan setiap tajuk b. Bilangan soalan

Pemberatan yang saksama antara kandungan dan kemahiran perlu diambil perhatian dan ianya mesti selaras dengan keperluan kurikulum.

46

Rujuk Bhasah Abu Bakar ; Asas pengukuran bilik darjah terbitan Quantum Books 2003.

4.3

Konstruk dalam JSU

Satu masa dahulu JSU hanya menyenaraikan tajuk-tajuk dalam kurikulum untuk dijadikan objektif. Perubahan-perubahan pada pelajar dari segi pengetahuan,

kemahiran dan sikap tidak dinyatakan. Justeru jika kita lihat rupabentuk JSU hari ini telah mengalami proses evolusi. Konstruk-konstruk dibina bagi membantu guru

mengukur dengan lebih jelas perubahan tingkahlaku yang dipamerkan murid-murid berbanding objektif-objektif yang ditetapkan.

Konstruk menjelaskan perkara yang ditaksir dan ia membantu menguji dengan lebih tepat penguasaan yang ditetapkan dalam satu-satu bidang atau mata pelajaran. merangkumi dimensi manusia yang berbentuk konkrit dan abstrak. Ia

Jika kita teliti, tujuan pembinaan konstruk ini adalah untuk memenuhi hasrat pendidikan. Ianya dibangunkan dan diperkembangkan melalui proses P & P dan dinyatakan secara eksplisit dalam dokumen P & P.

Justeru, tiga konstruk menjadi rujukan dalam JSU iaitu; 4.3.1 Konstruk pengetahuan Merangkumi teori, terminologi, fakta, kriteria, konsep, prinsip dan peraturan ( hukum).

Perkembangan

pemikiran

adalah

satu

daripada

objektif

dalam

pengajaran dan pembelajaran.

Pemeringkatan dalam perkembangan seseorang dapat menguasai

pemikiran berlaku di mana sebelum

peringkat tinggi, peringkat lebih rendah perlu dikuasai terlebih dahulu. Dalam usaha membantu mengembangkan pemikiran murid, guru perlu menyelesaikan masalah pemeringkatan ini dengan menjelaskan takrifantakrifan yang digunakan bagi setiap konsep yang digunakan.

4.3.2

Konstruk kemahiran

47

Meliputi aspek menghurai, mengorganisasi, menganalisis, menterjemah, merumus, membuat keputusan, menyenaraikan, menilai dan

mengaplikasi. Konstruk kemahiran memberi fokus kepada aktiviti hands on yang sama ada melibatkan psikomotor halus mahupun psikomotor kasar. Jika

diteliti sukatan mata pelajaran Kemahiran Hidup, ada topik-topik tertentu yang perlu memberikan tumpuan utama kepada konstruk ini berbanding topik-topik yang lain. Konstruk ini turut mempunyai hirarki tersendiri.

4.3.3

Konstruk nilai Merangkumi amalan nilai seperti bertanggungjawab, berkeyakinan,

menghargai, menyedari, berhati-hati dan lain-lain. Dalam melahirkan individu yang seimbang, konstruk ini perlu dianyam di dalam P & P. Bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup,konstruk ini amat releven untuk dinyatakan dengan jelas dalam JSU.

Perasaan, sikap dan nilai merupakan perkara yang dipelajari dan berkembang dari semasa ke semasa serentak dengan perkembangan insan itu sendiri dalam pelbagai perkara.Konstruk nilai juga ada susunan pemeringkatan mengikut peringkat penghayatan daripada yang paling rendah kepada peringkat yang paling tinggi.

Peringkat-peringkat dalam konstruk dibina mengikut pendapat yang dinyatakan dalam taksonomi yang digunapakai. Bagi mengetahui apakah peringkat-peringkatnya, guru perlu melihat sukatan pelajaran. dengan jelas dan terus terang. Seringkali peringkat-peringkat ini tidak dinyatakan Oleh itu guru terpaksa menganalisiskan objektif

menyeluruh bagi sukatan pelajaran itu. Dari sini, guru dapat menganggarkan apakah peringkat-peringkat pengetahuan, kemahiran dan nilai yang patut dialami oleh murid bagi mencapai objektif yang dinyatakan itu.

Taksonomi Bloom sering digunapakai di dalam pembinaan JSU. Benjamin Bloom dan rakan-rakan telah membahagikan objektif pengajaran berbentuk kognitif kepada enam kategori; 48

pengetahuan kefahaman penggunaan analisis penilaian sintesis

Pengetahuan

Aras pengetahuan menekankan proses mengingat. Aras ini mengkehendaki pelajar mengingat kembali atau mengenal fakta, istilah, strategi menyelesai masalah atau peraturan.

Kefahaman

Aras kefahaman memerlukan murid memahami tentang sesuatu perkara. Ianya menguji kebolehan murid untuk memahami apa yang telah dipelajari menyatakan alasannya sekali. Murid dikehendaki dan

meminda komunikasi atau

membuat rumusan atau menyatakan akibat daripada sesuatu maklumat.

Penggunaan

Aras ini bukan sahaja setakat boleh mengingati dan memahami apa yang telah dipelajari tetapi boleh juga menggunakan apa yang telah dipelajari itu kepada masalah atau situasi yang baru kepada murid. menggunakan pengetahuan dan kefahamannya. Keadaan ini menguji murid Murid menggunakan maklumat

daripada satu situasi dan digunakan kepada satu keadaan yang berbeza dari apa yang telah dipelajari.

Analisis pertalian antara idea, mencari

Aras ini memerlukan murid mengenalpasti

persamaan atau perbezaan yang wujud di antaranya. Aras ini menguji kebolehan mrid tentang bagaimana mereka dapat memrcahkan sesuatu perkara kepada bahagian-bahagiannya dan mengenalpasti tentang hubungkait antara bahagianbahagian berkenaan.

Sintesis

Aras ini mengumpul unsur-unsur dan bahagian-bahagian tertentu supaya ia dapat menunjukkan satu pola atau struktur yang jelas dan nyata. Ia memerlukan pelajar 49

mengumpulkan atau menyatukan maklumat, pengetahuan dan kebolehan daripada bahagian-bahagian yang telah dipelajari dalam sesuatu kursus untuk membentuk sesuatu yang baharu atau asli.

Penilaian

Aras ini memerlukan murid membentuk pertimbangan tentang nilai atau makna terhadap sesuatu kaedah, idea atau produk yang mempunyai tujuan yang tertentu. Aras ini memerlukan pelajar menyatakan asas kepada pertimbangannya.

Maklumat lanjut- rujuk Azizi Ahmad dan Mohd Isha Awang (2008); Pengukuran dan penilaian pendidikan.

4.4

Aras Kesukaran Soalan Aras

Aras kesukaran menunjukkan peratus murid-murid yang lulus bagi item-item. kesukaran ini ditunjukkan dengan indeks kesukaran.

0 menunjukkan yang item itu

terlalu sukar sehinggakan tidak seorang murid lulus di dalam item itu. Sementara 1.00 menunjukkan semua murid yang mengambil ujian itu lulus bagi item tersebut. Ini bermakna aras kesukaran boleh jatuh antara 0.00 1.00. bilangan besar item mestilah berada di paras kesukaran antara 0.40 hingga 0.60 ( Dr. Abu Bakar Nordin, 1986).

Apakah tujuan mentaksir aras kesukaran?

Tutorial Jelaskan bagaimana prosedur pembentukan ujian memberi sumbangan kepada kesahan dan kebolehpercayaan ujian.

50

BIBLIOGRAFI Abu bakar Nordin (1986). Asas penilaian pendidikan. Petaling Jaya: Longman. Abu Bakar Nordin & Bhasah Abu Bakar (2008). Sains Sosial. Tanjong Malim: UPSI Penaksiran dalam pendidikan dan

Azizi Ahmad (2007). Pengukuran dan penilaian dalam pendidikan. Edisi ke 2. Kuala Lumpur: Open University Malaysia. Aziz Ahmad dan Mohd. Isha Awang. (2008). Pengukuran dan Penilaian Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Banks, S.R. (2005). Classroom assessment: Issues and practices. Boston: Pearson Education, Inc. Bhasah Abu Bakar. (2003). Asas Pengukuran Bilik Darjah. Malaysia.: Quantum Books. Cronbach, L.J. (1970). Essential of psychological testing. New York: Harper and Row. Gay, L.R. (1985). Educational and evaluation and measurement. Competencies for analysis and application: 2nd ed. Charles E. Merril. Gronlund. N.E. (2006). Assessment of Student Achievement. 8th. ed. Boston: Pearson Prentice Hall . Linn, R.L. dan Miller, M.D. (2005). Measurement and Assessment in Teaching. 9th. ed. Ohio: Pearson Prentice Hall. McMillan, J.H. (2004). Classroom Assessment: Principles and practices for effective instruction. 3th. ed.Boston: Pearson Education, Inc. Mohamad Sahari Nordin (2002). Pengujian dan penaksiran di bilik darjah. Kuala Lumpur: UIAM Mokhtar Ismail. (1995) Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raminah Haji Sabran. (1991). Penilaian dan pengujian Bahasa Malaysia:

Penerapannya pada peringkat sekolah rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tan Hui Leng dan Ee Ah Meng. (1996). Penilaian Dalam Proses Pendidikan Asas Pendidikan 3. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

51

PANEL PENULIS MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN RENDAH)
NAMA TAY TECK PIN PENSYARAH tptay73@hotmail.com KELAYAKAN KELULUSAN MSc Alam Sekitaran Bac Pendidikan (Sains Pertanian) PENGALAMAN KERJA 1. Pensyarah, Jabatan Sains IPG Kampus Batu Lintang, Kuching. (6 bulan) 2. Pensyarah, Jabatan Sains Sosial, IPG Kampus Batu Lintang, Kuching. (4 tahun) 3. Ketua Unit KH, Jabatan Sains Sosial, IPG Kampus Batu Lintang, Kuching (2010sekarang)

ARFAH BINTI HAJI ABD KARIM PENSYARAH arfahkarim@yahoo.com

KELULUSAN Sarjana Pentadbiran Perniagaan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (dengan kepujian) Diploma Pengurusan Bank PENGALAMAN KERJA 1. Pensyarah, Jabatan Pengajian Perdagangan IPG Kampus Pendidikan Teknik. (2 tahun) 2. Ketua Unit Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan, Jabatan Reka Bentuk dan Teknologi IPG Kampus Pendidikan Teknik (2010-sekarang)

52

You might also like