You are on page 1of 31

SYAIR

DAN
GURINDAM
DISEDIAKAN OLEH:

SHAIFULLAH BIN HASAN BASRI


MOHD AIDIL BIN SAHIPALUDIN
MOHD ADIB BIN ZAINAL DIN
MUHAMMAD IZZUDIN BIN OTHMAN
ASAL USUL SYAIR
• Syair dikatakan diambil daripada
perkataan “shi’r’” yang bermaksud
puisi atau sajak dalam bahasa Arab
• Namun ianya bukanlah puisi dari Arab
atau Parsi
• Dalam konteks masyarakat
Melayu,syair bukanlah puisi atau sajak
kerana ianya mempunyai unsur yang
tersendiri
• Merupakan ciptaan asli masyarakat
Melayu
• Berkemungkinan berasal daripada
puisi Melayu- Indonesia yang asli

• Syair Melayu dicipta oleh Hamzah


Fansuri beracuankan puisi Arab-
Parsi - Syed Naquib al-Attas
APAKAH YANG DIKATAKAN
SEBAGAI SYAIR?
• merupakan sejenis puisi berlagu
• berasal dari Parsi dan telah dibawa
masuk ke Nusantara bersama-sama
dengan kedatangan Islam.
• diubahsuaikan mengikut kesesuaian
Bahasa Melayu Klasik
• A. Teeuw berpendapat bahawa syair
merupakan puisi Melayu lama yang telah
sedia wujud tetapi namanya telah
ditukar
• telah wujud sebelum kejatuhan
Kerajaan Melaka

• kata-kata yang tertulis pada sebuah


batu nisan tua yang telah di-jumpai di
Minye Tujuh, Acheh

• Za'aba pula mendakwa bahawa syair


berasal daripada perkataan "syir" yang
membawa maksud perasaan serta
pengenalan dengan pancaindera yang
selalunya membangkitkan pelbagai
perasaan dan pengalaman serta
mempunyai bahasa yang indah dan
• Syair disampaikan dalam bentuk
rangkap

• Syair tidak mempunyai pemilik atau


penulis yang khusus

• dianggap milik bersama oleh


masyarakat Melayu lama.

• Fungsi syair adalah untuk


menyampaikan cerita dan pengajaran
dan digunakan juga dalam kegiatan-
kegiatan yang berunsur keagamaan.
CIRI-CIRI SYAIR 
• terdiri daripada 4 baris serangkap
(tetapi sesetengah syair boleh juga
dihasilkan dalam 2 atau 3 rangkap).
• syair tidak mempunyai pembayang
maksud (berbeza dengan pantun).
• Tergolong dalam jenis puisi kata (word
verse)
• bilangan perkataan dalam setiap baris
adalah sama iaitu 4 perkataan dan 8-12
suku kata dalam satu baris.
• Memakai skema rima a-a-a-a, rima
akhir tidak rima dalaman
• Dalam suatu baris ,terdapat suatu
hentian (pause) kerana itu adanya
kolon sepertimana dalam sebaris
pantun
• setiap baris dalam syair mempunyai
makna yang berkaitan dengan baris-
baris terdahulu.
• Seluruh empat baris merupakan satu
kesatuan idea; ertinya tidak terbahagi
dua kepada sampiran dan mkasud
sepertimana seuntai pantun
• Suatu rangkap syair perlu diikuti oleh
rangkap- rangkap lain untuk
membina suatu idea yang lengkap,
sesuai dengan isi dan tujuannya.

• Syair perlu dilagukan untuk


membentuk nyanyian

• syair mengungkapkan pengajaran


dan pemberitaan

• maka lagu memberikan ciri, rasa,


dinamika, asal-usul, dan
kebersamaan
CONTOH- CONTOH
KARYA SYAIR
• Syair Bidasari
Sebuah syair romantis yang
mengisahkan tentang Bidasari yang
rupawan menjadi mangsa cemburu
Permaisuri Indrapura.

• Syair surat al-qiyamah


Disalin pada tahun 1306H. [1888M.]
Sebuah syair berbentuk keagamaan
yang menceritakan tentang keadaan
hari kiamat, nikmat di syurga dan
seksa di neraka.
• Syair Siti Zubaidah
Sebuah syair bercorak romantis yang
mengisahkan tentang kesetiaan,
ketabahan dan keberanian seorang
wanita bernama Siti Zubaidah yang
telah berusaha sedaya upaya untuk
menjejaki dan membebaskan suaminya
yang di dalam tawanan.

• Syair Sultan Abdul Muluk


Disalin oleh Morset Subinder Malun
Rabflis di Kampung Lebach (?), Kolombo,
[Sri Lanka]. Kitab asal ditulis oleh Raja
Ali Haji. Menceritakan bagaimana Sultan
Abdul Muluk yang ditawan oleh Sultan
Hindustan diselamatkan oleh isterinya,
• Syair Pertuanan Alif
Disalin oleh Muhammad Yusuf pada
hari Jumaat, bulan Rabiulakhir. Sebuah
syair berbentuk keagamaan yang
antara lainnya membicarakan
mengenai makrifat Islam

• Syair Burung Merpati


Sebuah syair yang menerangkan
mengenai ilmu tauhid, merangkumi
rukun iman dan amalan-amalan yang
perlu dilakukan. Penerangan dilakukan
melalui perbualan pelbagai jenis
burung.
CONTOH SYAIR
DEFINISI GURINDAM
• Puisi lama yang terdiri daripada dua
baris ayat atau kalimat.

• Dalam baris pertama tersimpul fikiran


yang berupa soalan.

• Dalam baris kedua pula termuat


jawapan atau ketegasan bagi baris
pertama tadi.

• Tiap-tiap baris terpancar suatu fikiran


yang lengkap
DEFINISI ;
MENURUT ZA’BA 1962,ILMU MENGARANG MELAYU

Perkataan gurindam itu daripada


bahasa Sanskrit menerusi bahasa Tamil.
Ertinya biasa difahamkan
“rangkap yang telah menjadi bidalan” atau
sebutan biasa pada orang ramai, ataupun,
“sesuatu pepatah berangkap yang disebutkan
berpadanan dengan tempatnya.
KESIMPULAN DEFINISI
Gurindam terdiri daripada dua baris ayat
yang rima akhirnya sama. Dalam kedua-dua
baris ayat itu tersimpul satu fikiran lengkap
berupa nasihat.

• Istilah ‘gurindam’ sebagai istilah teknis :


 puisi dimulakan oleh Raja Ali Haji.
karyanya “Gurindam Dua Belas”,1846.
BEZA SYAIR & GURINDAM
MENURUT RAJA ALI HAJI :

Adalah beza antara gurindam dengan syair itu aku nyatakan


pula: bermula erti syair Melayu itu perkataan yang bersajak yang
serupa dua berpasang pada akhirnya dan tiada berkehendak
pada sempurna perkataan pada satu-satu pasangannya,
bersalahan dengan gurindam. Adapun erti gurindam itu perkataan
yang bersajak juga pada akhir pasangannya, tetapi sempurna
perkataannya dengan satu pasangan sahaja. Jadilah seperti
sajak yang pertama itu syarat dan sajak yang kedua itu jadi
seperti jawab.
Raja Ali Haji memberikan contoh syair dan gurindam :

Bermula inilah rupanya syair :


Dengarkan tuan suatu rencana
Mengarang di dalam gundah-gulana
Barangkali gurindam tiada kena
Tuan betulkan dengan sempurna

Inilah erti gurindam yang di bawah syair ini :


Persimpangan yang indah-indah
Iaitu ilmu yang memberi faedah

Aku hendak bertutur


Akan gurindam yang teratur
CIRI-CIRI GURINDAM
1. Ciri-ciri bentuk Gurindam
a. Merupakan puisi bebas atau tidak terikat
b. Rangkap :  Mempunyai 2 baris dalam serangkap atau
beberapa baris dalam serangkap.  Setiap baris dalam
rangkap merupakan isi atau maksud dan perlu
bersambung dengan baris-baris dalam rangkap
berikutnya untuk membawa makna yang lengkap.
Baris pertama dikenali sebagai “syarat” dan baris kedua
dikenali sebagai “jawab”. Baris pertama “syarat”
menyatakan sesuatu fikiran atau peristiwa dan baris
kedua pula menyatakan keterangan atau menjelaskan
apa yang telah dinyatakan oleh baris atau ayat pertama
tadi.
c. Perkataan :  jumlah perkataan sebaris juga tidak tetap.
d. Sukukata :  julah sukukata juga tidak tetap.
e. Rima : rima akhirnya juga tidak tetap
CIRI-CIRI GURINDAM
MENURUT ZA’BA (1962).
• Bahasanya seperti menyanyi atau sekurang-kurangny
membawa imbas-imbas nyanyi, serta menunjukkan
ada kesempatan boleh melengah-lengahkan masa
dan menyuka-nyukakn hati.

• Perkataan banyak menggambarkan keindahan alam


dan mengambil perbandingan daripada keindahan itu
seolah-olah untuk melukiskan isinya dengan warna
yang cantik.

• Perasaan di dalamnya kebanyakan perasaan suka


dan terkadang perasaan bermain-main dan jenaka.
• Isinya dan maksudnya terus-menerus sahaja seperti
syair, tidak ada apa-apa yang boleh dikatakan
pembayang maksud.

• Gurindam tua-tua yang telah tetap tersusun


semenjak beberapa lama telah jadi seolah-olah
bidalan iaitu diketahui dan lancar di mulut
orang ramai.
JENIS GURINDAM
• Gurindam mengandungi dua baris
ayat atau lebih bagi serangkap.
• Isinya mengandungi kias, ibarat,
pengajaran dan nasihat.
• Gurindam dibahagikan kepada tiga
jenis:
i. Gurindam serangkap dua baris
ii. Gurindam serangkap empat baris
iii. Gurindam bebas
i. Gurindam serangkap dua
baris
• Berbentuk asli
• Baris pertama menjadi buah fikiran
kepada buah fikiran seterusnya
dalam baris kedua.
• Nasihat yang baik dan indah
terbentuk daripada irama akhir
sama.
• Contoh gurindam serangkap dua
baris:

Apabila banyak berkata-kata,


Di situlah jalan masuk dusta.

Apabila mendengar akan khabar,


Menerimanya itu hendaklah sabar.
ii. Gurindam serangkap
empat baris
• Empat baris kalimat atau ayat
• Bilangan perkataan tiap-tiap baris
tidak tetap.
• Rima akhir seperti puisi pantun abab
• Isinya tentang nasihat
• Contoh gurindam serangkap empat baris:

Tiada siapa yang besar,


Tiada siapa yang tinggi,
Tetap sama sedasar,
Tidaklah berbeza lagi.

Jangan takut dan gentar,


Mati hanya sekali,
Jangan bertukar berkisar,
Tetap di lapangan mengendali.
iii. Gurindam bebas
• Bilangan baris ayat pada rangkap
tidak terhad
• Persamaan rima akhir tidak
dipentingkan
• Isinya tetap mempunyai nasihat
• Contoh gurindam bebas:

Pangkalnya sama dipupuk,


Pucuknya sama digentis,
Buahnya sama ditarik,
Ke bukit sama didaki,
Ke lurah sama dituruni,
Ke laut sama direnangkan.
CONTOH GURINDAM

You might also like