You are on page 1of 14

AKHLAK DAN MORAL

1. AKHLAK

1.1 DEFINISI AKHLAK

Mengikut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka,


mentakrifkan akhlak sebagai budi pekerti, kelakuan, watak, pengetahuan
berkaitan kelakuan dan tingkah laku manusia dan sebagainya sama ada baik
atau jahat.
Manakala perkataan akhlak menurut Bahasa ialah: Perkataan akhlak
berasal daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu kata jama’ daripada perkataan (al-
khuluqu) bererti tabiat,kelakuan, perangai, tingkahlaku, matuah, adat kebiasaan,
malah ia juga bereti agama itu sendiri. . Perkataan (al-khulq) ini di dalam Al-
Quran hanya terdapat pada dua tempat sahaja, antaranya ialah:
Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang
amat mulia. (Al-Qalam:4).
Sementara perkataan (al-khalqu) bererti kejadian, ciptaan, dan juga
bermaksud kejadian yang indah dan baik. Apabila dirujuk kepada kejadian
manusia, ia bermaksud struktur tubuh yang badannya yang indah dan seimbang.
Jika dirujuk kepada kejadian alam semesta, ia juga membawa erti kejadian atau
ciptaan yang indah, tersusun rapi, menurut undang-undang yang tepat. Di dalam
Al-Quran terdapat 52 perkataan (Al-khalqu) yang merujuk kepada kejadian
manusia, alam sarwajagat dan lain-lain kejadian. Antara lain firman Allah
subhaanahu wa taaala:
Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya siang
dan malam, bahtera yang belayar di laut membawa yang berguna bagi manusia,
dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia
menghidupkan bumi sesudah matinya (kering), dan dia sebarkan di bumi itu
segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara
langit dan bumi, sungguh (terdapat) tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum

1
yang memikirkan.Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih
penggantian malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang beraqal.
(Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk atau dalam
keadaan baring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi
(lantas berkata): Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-
sia, Maha suci Engkau maka peliharalah kami daripada siksaan neraka. (Ali-
Imran:190).
Manakala pengertian akhlak dari segi istilah pula ialah sifat yang tertanam
di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan
mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan. Ibn Miskawaih, ahli falsafah
Islam yang terkenal mentakrifkan akhlak itu sebagaikeadaan jiwa yang
mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian.
Imam Ghazali RadiAllahuanhu mengatakan: akhlak ialah suatu keadaan
yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan
senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang
terkeluar itu baik dan terpuji menurut syarak dan akal, perbuatan itu dinamakan
akhlak yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia
dinamakan akhlak yang buruk.

1.2 PENGERTIAN AKHLAK MENURUT ISLAM


Islam mempunyai dua sumber iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang
menjadi pegangan dalam menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Kedua-
dua sumber itulah juga yang menjadi sumber akhlak Islamiyyah. Prinsip-prinsip
dan kaedah ilmu akhlak Islam semuanya didasarkan kepada wahyu yang bersifat
mutlak dan tepat neraca timbangannya.
Apabila melihat perbahasan bidang akhlak Islamiyyah sebagai satu ilmu
berdasarkan kepada dua sumber yang mutlak ini, dapatlah dirumuskan
definisinya seperti berikut:
Satu ilmu yang membahaskan tatanilai, hukum-hukum dan prinsip-prinsip
tertentu bagi mengenalpasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan

2
dan mengenalpasti sifat-sifat tercela untuk dijauhi dengan tujuan membersihkan
jiwa berasaskan wahyu Ilahi bagi mencapai keredhaan Allah (Ridwaanullah).
Manakala akhlak pula dapatlah kita rumuskan sebagai satu sifat atau
sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam
usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-
prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah.
Dengan kata lain, akhlak ialah suatu sistem yang menilai perbuatan zahir
dan batin manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam
interaksi hidup antara manusia dengan baik secara individu, kumpulan dan
masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan Allah, manusia
sesama manusia, manusia dengan haiwan, dengan malaikat, dengan jin dan
juga dengan alam sekitar.

1.3 SKOP DAN RUANG LINGKUP AKHLAK DALAM ISLAM

Dalam hidup ini ada dua nilai yang menentukan perbuatan manusia iaitu
nilai baik dan buruk (good and bad), betul dan salah (true and false). Penilaian ini
berlaku dalam semua lapangan kehidupan manusia. Apakah yang dimaksudkan
dengan baik dan buruk, betul dan salah, benar dan palsu itu? Apakah alat
pengukur yang menentukan sesuatu perbuatan itu baik atau buruk, betul atau
salah, benar atau palsu? Persoalan-persoalan inilah yang akan dijawab oleh ilmu
akhlak.
Matlamat hidup manusia berbeza antara individu dengan individu lain. Ada
yang menjadikan kebendaan, harta benda sebagai matlamat yang diburu dalam
kehidupan. Ada pula yang menjadikan kebesaran ataupun kekuasaan, ada yang
mencari nama dan kemasyhuran. Ada juga yang berusaha mencai ilmu
pengetahuan dan ada pula golongan yang memandang remeh terhadap
kehidupan tersebut, sebaliknya bersifat zuhud di dunia; memadai dengan
kehidupan yang sederhana. Mereka lebih menumpukan peningkatan rohaniyyah
dengan mementingkan persoalan hidup akhirat.

3
Perbezaan pandangan inilah yang meneyebabkan timbulnya beberapa
aliran di dalam memahami akhlak. Semua pandangan ini apabila diteliti dengan
saksama, tidak dapat dijadikan sebagai matlamat terakhir atau tertinggi yang
seharusnya dicapai oleh manusia. Oleh itu, tentulah di sebalik pandangan atau
perbezaan ituada satu matlamat hakiki yang wajib dituntut oleh manusia. Apabila
sesuatu perilaku atau perbuatan manusia itu selaras dengan neraca timbangan
tersebut, itulah yang dikatakan baik dan sebaliknya yang tidak selaras dengan
ukuran tersebut itulah yang dikatakan buruk atau jahat dan sebagainya.
Persoalan-persoalan inilah yang menjadi skop perbahasan ilmu akhlak,
iaitu ilmu yang menerangkan tentang baik dan buruk, dan juga menerangkan
sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh seseorang dalam perjalanan hidupnya
di dunia ini. Ilmu ini juga cuba menerangkan matlamat yang seharusnya dituju
oleh manusia dan juga menggariskan jalan-jalan yang seharusnya dilalui untuk
melaksanakan sesuatu dalam hidup ini.
Jelaslah bahawa fungsi akhlak ialah mengkaji dan meneliti aspek perilaku
dan perbuatan manusia. Ia menilai dari segi baik atau buruknya perbuatan itu,
apa yang patut dan apa yang tidak patut dilakukan oleh seseorang. Semua yang
berlaku pada manusia bersifat tidak iradi (bukan dengan ikhtiar) seperti
pernafasan, detik jantung dan sebagainya tidak termasuk dalam skop ilmu
akhlak. Jadi tidaklah boleh diberi nilai atau hukuman ke atas perkara ini sebagai
baik atau buruk.
Segala tindakan manusia yang dilakukan secara sedar dan dengan ikhtiar,
sama ada hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia, hubungan
dengan alam sekitar, hubungan dengan diri sendiri dan sebagainya, semuanya
mengandungi nilai akhlak. Segala tindakan manusia baik yang berupa peribadi
mahupun bersifat sosial, ekonomi, politik, kebudayaan dan sebagainya
mengandungi nilai akhlak yang diambil kira dan dipertanggungjawabkan kepada
kepada mereka yang terlibat di dalam dalamnya. Nilai akhlak yang buruk akan
diberikan balasan siksa.
Jadi bidang akhlak itu hanya meliputi perilaku perbuatan dan tindakan
manusia yang dilakukan dalam lingkungan dan suasana berikut:

4
A. Dilakukan dengan sedar dan niat.
B. Dilakukan denganikhtiar sendiri.
Melakukannya dengan sengaja, tidak dalam keadaan lupa atau
bersalah.

2. MORAL
Seterusnya saya akan menerangkan definisi moral.Moral ialah tingkah
laku yang telah ditentukan oleh etika. Tingkah laku yang telah ditentukan oleh
etika sama ada baik atau buruk dinamakan moral.Moral terbahagi kepada dua
iaitu: :
a. Baik; segala tingkah laku yang dikenal pasti oleh etika sebagai baik.
b. Buruk; tingkah laku yang dikenal pasti oleh etika sebagai buruk.
Kemoralan merupakan sesuatu yang berkait dengan peraturan-
peraturan masyarakat yang diwujudkan di luar kawalan individu (Dorothy
Emmet,1979) mengatakan bahawa manusia bergantung kepada tatasusila,
adat, kebiasaan masyarakat dan agama bagi membantu menilai tingkahlaku
seseorang Akhlak dalam Islam menjadi penghubung yang erat dengan
fenomena keimanan seseorang Islam.
Sebagaimana maksud hadis :
Rasulullah telah ditanya oleh seseorang: “Siapakah orang mukmin yang
paling afdhal mempunyai kelebihan imannya? Jawab baginda: Orang yang
paling baik akhlaknya”.

2.2 PERBEZAAN DI ANTARA AKHLAK DAN MORAL


Menurut istilah, moral berasal daripada bahasa latin iaitu moralis atau
mores iaitu jamak kepada perkataan mos yang bererti kebiasaan iaitu perbuatan,
budi pekerti dan perangai. Dictionary of Education menyatakan bahawa moral
ialah suatu istilah yang digunakan untuk menentukan batas-batas dari sifat,
perangai, kehendak, pendapat atau perbuatan secara layak dapat dikatakan
benar, salah, baik, atau buruk.

5
Manakala perkataan etika pula berasal daripada bahasa Yunani ethikos
daripada ethos yang juga membawa erti adapt kebiasaan, perangai dan
sebagainya. Kedua-dua istilah ini adalah bermaksud tatasusila, peraturan dan
norma-norma yang mengukur tentang baik buruknya, salah atau betulnya
sesuatu perbuatan manusia. Ia merupakan tindakan lahiriyyah manusia dalam
hubungan sesama manusia berdasarkan kepada pemikiran dan pandangan
sesuatu kumpulan, masyarakat, pada sesuatu kumpulan, masyarakat, pada
sesuatu masa dan tempat tertentu. Nilai-nilaian bersifat relative, subjektif dan
temporal. Oleh itu, ia mungkin berubah menurut sesuatu lingkungan pemikiran,
suasana dan tempat.
Secara harfiahnya, kedua-dua istilah tersebut dapatlah disamakan dengan
istilah akhlak daripada bahasa Arab yang membawa erti perangai, tingkah laku,
perilaku, tatasusila dan budi pekerti.
Islam sebagai agama yang syumul, komprehensif dan sempurna, menjadikan
akhlak sebagai satu cabang yang asasi dalam program hidup individu, malah ia
merupakan tuntutan wajib bagi setiap orang.
Ilmu akhlak berusaha membina dan memupuk rohaniah manusia,,
membina insaniyyah, membentuk tingkah laku dan mengarahkan individu ke
arah kebaikan dan ketinggian di samping mengingakan bahaya-bahaya
keburukan dan kejahatan supaya masing-masing berusaha menjauhkan diri
daripada terjebak dengan pengaruh-pengaruh sifat negatif.
Oleh kerana ilmu akhlak ini menyentuh tentang tingkah laku manusia,
tentang ketinggian budi dan rohaniah, ia juga dinamakan Ilmu Al-Suluk (Ilmu
Tingkah Laku),Ilmu Hikmah dan Ilmu Tahdhib Al-Akhlak (Ilmu Penceriaan
Akhlak). Jika dihubungkan ilmu ini dengan agama, tidak menjadi salah jika kita
menamakan ilmu ini sebagai Ilmu Aqliyy.
Untuk mencapai cita-cita pembinaan akhlak dan rohaniah manusia, Islam
telah menggariskan beberapa prinsip utama; antaranya lainnya ialah:

6
a) Beriman kepada Allah
b) Membenarkan risalah Muhammadiyyah dan mengamalkannya serta
menjadikannya uswah hasanah.
c) Membenarkan Al-Quran Al-Karim dan As-Sunnah beserta dengan
mengamalkan dan berakhlak dengan perintah dan arahan kedua-duanya.
d) Niat baik dan benar dalam melaksanakan tingkah laku yang baik
e) Sentiasa prihatin terhadap hukum halal haram
f) Berusaha mencari ilmu yang bermanfaat
g)Keadilan syarak
h) Beriman dengan kebangkitan dan hari akhirat

Demikianlah beberapa prinsip utama yang wajib dijadikan sebagai tempat


berpijak bagi seseorang Muslim dalam kehidupan ini. Prinsip-prinsip tersebut
jelas kepada kita merangkumi semua aspek rohaniyyah dan jasmaniyyah yang
bersifat mutlak dan tepat penilaiannya. Oleh itu, bagi mencapai akhlak yang
mulia dan diredhai oleh Allah seseorang itu wajib beramal dan berpegang
kepada prinsip-prinsip tersebut. Apa yang penting ialah seseorang itu ialah
sentiasa berhati-hati dalam menjalani hidup dengan mengarahkan pemikiran,
pandangan dan amlan ke arah yang positif sesuai denganprinsip-prinsip
tersebut. Serta sedaya upaya mungkin menghindarkan diri dari sifat-sifat dan
gejala negatif.
Sekarang dapat dilihat persamaan antara ilmu akhlak, moral dan etika,
iaitu menetukan hukum atau nilai perbuatan manusia dengan keputusan baik
atau buruk. Perbezaannya pula terletak pada ukuran masing-masing, di mana
ilmu akhlak dalam menilai perbuatan manusia menurut ukuran Al-Quran dan
As-Sunnah, etika dengan pertimbangan akal fikiran dan moral dengan adat
kebiasaan yang umum berlaku dalam masyarakat.
Dengan ahklak yang baik juga Umat Islam pada hari ini mungkin akan
menjadi contoh dan ikutan bagi penganut-penganut agama lain untuk mereka
mendekat kan diri dengan Islam dan inilah sebenarnya yang diajar oleh
Rasulullah kepada umatnya agar sentiasa menjaga kesyumulan Islam itu sendiri.

7
3. AKHLAK YANG AGUNG
Bagi seorang Muslim, akhlak yang terbaik ialah seperti yang terdapat
pada diri Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam keran sifat-sifat dan
perangai yang terdapat pada dirinya adalah sifat-sifat yang terpuji dan
merupakan uswah hasanah. Iaitu contoh tauladan terbaik bagi seluruh kaum
Muslimin. Allah subhaanahu wa taaala sendiri memuji akhlak Nabi Muhammad
sallallahu alaihi wasallam di dalam Al-Quran sebagaimana firmanNya:
Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berakhlak agung. (Al-
Qalam:4).
Dasar akhlak Islamiah yang terkandung didalam risalah yang dibawa oleh
Nabi Muhammad S.A.W. Risalah itu bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah
yang dimanifestasikan oleh perbuatan dan cara hidup Rasulullah sendiri.
Perilaku dan cara hidup Rasulullah ini menjadi ikutan dan tauladan untuk
kesempurnaan hidup manusia sama ada dari segi jasmani mahupun rohani.
Untuk mencapai tahap kesempurnaan peribadi yang mulia itu, Allah telah
membekalkan manusia dengan persediaan semulajadi iaitu dengan berbagai-
bagai naluri dan akal fikiran serta dihiasi pula dengan berbagai-bagai ilmu
pengetahuan yang boleh menjadi pedoman hidup demi kepentingan membina
tamadun di muka bumi ini.
Oleh kerana kelemahan akal dan keterbatasan menjangkau aspek alam,
baik alam realiti mahupun alam ghaib, Allah menurunkan wahyuNya sebagai
hidayah mutlak untuk digunakan oleh manusia dalam membina kehidupan dan
tamadun serasi dengan nilai-nilai akhlak yang mulia. Di sinilah letaknya peranan
risalah yang dibawa melalui Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bertujuan untuk
membentuk satu dasar akhlak yang mulia dan bersifat mutlak untuk keperluan
seluruh manusia.

8
4. KESYUMULAN AKHLAK ISLAM
Ciri khas akhlak Islam ialah kelengkapan dan luas bidangnya yang
meliputi semua aspek perbuatan manusia sama ada mengenai dirinya, orang
lain atau yang berkaitan dengan perseorangan atau kemasyarakatan dan
kenegaraan. Tidak ada suatu pun perbuatan manusia yang terkeluar dan tidak
diatur oleh peraturan akhlak Islam.
Kesyumulan akhlak Islam ialah ia tidak berpisah dengan semua bidang-
bidang kehidupan manusia. Ia menetapkan satu neraca terhadap seluruh tindak
tanduk manusia. Akhlak Islam tidak mengakui sebarang pemecahan di dalam
menetapkan penilaian ini.
Asas keimanan kepada Allah adalah sendi-sendi aqidah Islam, manakala
asa akhlak yang terbina di sekitar usaha dan amal untuk memenuhi segala
tuntutan yang terkandung dalam sendi-sendi tersebut. Jelas di sini bahawa
binaan akhlak yang mulia sebenarnya hanya dapat tegak di atas aqidah yang
sahih dan syumul. Sedangkan sesuatu perbuatan yang pada zahirnya dianggap
sebagai akhlak yang mulia tidak dapat teguh dan kekal sekiranya tidak
ditegakkan di atas asas aqidah.
Besarnya kedudukan akhlak Islam hinggakan hadis-hadis Rasulullah
S.A.W. merumuskan kedudukan akhklak sebagai:
Sesungguhnya aku dibangkitkan/diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang
mulia.
Wahai Rasulullah, apakah Deen itu? Baginda menjawab “ ahklak yang baik”.
Sesunnguhnya orang yang paling baik akhlaknya ialah orang yang paling baik
Deennya.

5. CIRI-CIRI AKHLAK ISLAMIAH


Antara cirri-ciri akhlak Islamiyyah ialah:
Bersifat mutlak dan menyeluruh: Akhlak Islamiyyah bersifat mutlak,
tidak boleh dipinda atau diubahsuai, dikenakan kepada seluruh individu
tanpa mengira keturunan, warna kulit, pangkat, tempat, dan masa.

9
Melengkapkan dan menyempurnakan tuntutan: Ditinjau dari sudut
kejadian manusia yang dibekalkan dengan pelbagai naluri, akhlak Islamiyyah
adalah merangkumi semuaaspek kemanusiaan rohaniyyah, jasmaniyyah
danaqliyyah, sesuai dengan semua tuntutan naluri dalam usaha mengawal
sifat-sifat yang tercela (sifat-sifat mazmumah) untuk kesempurnaan insan,
bukan untuk mengawal kebebasan peribadi seseorang.
Bersifat sederhana dan seimbang: tuntutan akhlak dalam Islam adalah
sederhana, tidak membebankan sehingga menjadi pasif dan tidak pula
membiarkan sehingga menimbulkan bahaya dan kerosakan.
Mencakupi suruhan dan larangan: Bagi kebaikan manusia,
perlaksanakan akhlak Islamiyyah meliputi suruhan dan larangan dengan
tidak boleh mengutamakan atau mengabaikan mana-mana aspek tersebut.
Bersih dalam perlaksanaan: Untuk mencapai kebaikan, akhlak
Islmaiyyah memerintah supaya cara dan metod perlaksanaan sesuatu
perbuatan dan tindakan itu hendaklah dengan cara yang baik dan saluran
yang benar yang telah ditetapkan oleh akhlak Islamiyyah. Ertinya untuk
mencapai suatu matlamat, cara perlaksanaannya mestilah bersih menurut
tata cara Islam. Islam tidak menerima falsafah: Matlamat tidak
menghalalkan cara.
Keseimbangan: Akhlak dalam Islam membawa kesinambungan bagi
tuntutan realiti hidup antara rohaniyyah dan jasmaniyyah serta aqliyyah, dan
antara kehidupan dunia dan akhirat sesuai dengan tabii manusia itu sendiri.

6. SIFAT MAHMUDAH

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

“Awasilah diri kamu daripada berburuk sangka kerana perbuatan itu adalah
satu pembohongan besar. Janganlah mencari berita buruk, berhasad
dengki, bermasam muka dan marah, sebaliknya jadikanlah diri kamu
semua bersaudara mara.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

10
Dalam hadis itu, Baginda mengingatkan umatnya agar sentiasa menjauhi
diri daripada terjerumus ke dalam perbuatan keji. Kesan perbuatan itu membawa
kepada berlakunya budaya penyebaran surat layang dan fitnah memfitnah dalam
masyarakat.

Perbuatan bersangka buruk terhadap orang lain timbul daripada perasaan


tidak puas hati dan dengki khianat. Ia melambangkan betapa rendahnya moral si
pelaku. Mereka sanggup menghancurkan maruah orang lain dengan menolak
segala pertimbangan dan rasional akal yang dianugerahkan Allah kerana diri
dikuasai nafsu marah dan dengki khianat berpanjangan.

Kalau pun sesuatu tuduhan itu ada kebenarannya, orang yang mengambil
kesempatan berbuat demikian perlu mengadakan bukti kukuh dan munasabah
bagi membuktikan kebenarannya. Ia bukan dengan mengada-adakan cerita yang
dibawa dari mulut ke mulut untuk dijadikan modal menyebarkan wasangka buruk
dan tuduhan palsu kepada seseorang.

Akibat daripada perbuatan itu, perasaan dendam akan terus


berpanjangan antara yang menuduh dan yang kena tuduh. Mereka ingin
membuktikan tuduhan yang dibuat adalah benar dan orang kena fitnah pula ingin
membuktikan dia tidak bersalah.

Dalam hal ini, kesabaran menjadi asas utama bagi mengelakkan hal yang
lebih besar melanda manusia. Bagi mengelakkan diri terbabit dengan sifat keji
itu, eloklah beramal dengan beberapa ciri sifat mahmudah seperti disarankan
Imam al-Ghazali iaitu:

*Al-qanaah (cukup dengan apa yang diberikan).


*Al-zuhd (tidak mementingkan duniawi).
*Kitmanus-sir (menyimpan rahsia).
*Al-hilm (lambat marah).
*As-syajaah (berani).
*Al-iffah (pemaaf).

11
Untuk mencapai tahap kesempurnaan peribadi yang mulia ini, Allah telah
membekalkan manusia dengan persediaan semulajadi iaitu dengan berbagai-
bagai naluri dan akal fikiran serta dihiasi pula dengan berbagai-bagai ilmu
pengetahuan yang boleh menjadi pedoman hidup demi kepentingan membina
tamadun di muka bumi ini. Oleh kerana kelemahan akal dan keterbatasan dalam
menjangkau aspek alam, baik alam realiti mahupun alam ghaib, Allah
menurunkan wahyuNya sebagai hidayah mutlak untuk digunakan oleh manusia
dalam membina kehidupan dan tamadun serasi dengan nilai-nilai akhlak yang
mulia. Di sinilah letaknya peranan risalah yang dibawa melalui Rasulullah
sallallahu alaihi wasallam bertujuan untuk membentuk satu dasar akhlak yang
mulia dan bersifat mutlak untuk keperluan seluruh manusia.
Sebagai mahkluk ciptaan Allah, dan beragama Islam, kita hendaklah
sentiasa mengamalkan segala sifat-sifat mahmudah dan sentiasa menjadikan
akhlak Rasulullah sebagai ikutan bagi kita mengaplikasikannya di dalam
kehidupan seharian.
Sebagai seorang guru pula, adalah menjadi amanah dan tanggungjawab
bagi kita untuk mengajar anak-anak didik kita tentang nilai dan akhlak yang baik
dan mulia bagi membentuk masyarakat madani selaras dengan konsep
‘Baldatun Tayyibatun Wa Rabbun Ghafur’.

12
13
14

You might also like