You are on page 1of 16

PROFESION PERGURUAN DAN CABARAN-CABARAN

1. Konsep kerjaya profesional

Jacques (2003), sesuatu kerjaya dikatakan bertaraf


profesional jika penjawatnya mempunyai autonomi profesional;
bertanggung jawab; berorganisasi; adil; berpendidikan;
berkemahiran; berperaturan diri; bebas; terbuka; nutral;
akauntabel dan terpelajar.

Lieberman pula, sesuatu profesion bertaraf profesional


ialah, memberi perkhidmatan penting dan mempunyai
matlamat yang jelas; menggunakan keupayaan serta kebolehan
intelek semasa menjalankan tugas-tugas profesionalnya;
mendapat latihan yang khusus dalam bidang kemahiran ikhtisas
dalam tempoh masa tertentu; mementingkan mutu serta
dedikasi yang tinggi dengan tidak mementingkan keuntungan
wang atau saraan semata-mata; pakar dalam bidang masing-
masing serta mempunyai kuasa autonomi dalam tugas dan
tanggung jawabnya; mempunyai organisasi yang berkuasa
menentukan kriteria untuk kemasukan dan mengawal mutu
perkhidmatan ahli-ahlinya; dan mempunyai etika perkhidmatan
yang perlu dipatuhi oleh setiap ahli dalam profesion itu (Amir
Hassan Dawi, 2002 dan Sufean Husin, 1996).

Menurut Kizlik (2000), sesuatu kerjaya yang bertaraf


profesional perlu boleh memberi perkhidmatan kepada
masyarakat; boleh membuat keputusan ke atas pelanggan;
mempunyai bidang pengkhususan yang tertentu; mempunyai
ketinggian pengetahuan; kemahiran dan tingkahlaku yang tidak
dipunyai oleh non-profesional; mempunyai organisasi
14

profesionalnya sendiri; mempunyai standard kriteria untuk


dipenuhi oleh ahli baru; mempunyai program bagi penyediaan
ahli baru; dipercayai dengan yakin oleh pihak awam; dan
mempunyai autoriti dalam amalannya.

Musgrave (1972), pula menganggap bahawa sesuatu


kerjaya adalah bertaraf profesional jika pengamal kerjaya
tersebut menggunakan ilmunya hanya untuk faedah pelanggan.

Flexner (1915), kerjaya profesional adalah dirujuk kepada


enam ciri. Pertama adalah berkait dengan penglibatan operasi
intelektual di dalam tugasnya. Kedua adalah berkait dengan
keilmuan yang dipunyai dan dipraktikkan. Ketiga adalah
kejelasan matlamat yang praktikal. Keempat merujuk kepada
kemahiran yang berasas kepada ilmu. Kelima adalah
berorientasikan kepada keperluan masyarakat. Keenam ialah
tidak untuk kepentingan diri sendiri dengan mengenepikan
kepentingan sosial.

2. Profesionalisme

Socket dalam Hawke & Hawke (2002), profesionalisme


adalah amalan berkualiti dan pekerjaan yang berstatus dalam
masyarakat. Lebih-lebih lagi dalam arus pembangunan masa
kini yang mendesak kepada peningkatan kualiti dalam semua
bidang perkhidmatan sosial (Wan Mohd. Zahid, 1993).

Hammond, Wise & Klein (1999), profesion yang memberi


khidmat kepada orang awam perlu kepada kawalan kualiti. Ini
kerana orang awam yang mendapat perkhidmatan jarang
mengetahui perkara-perkara yang menjadi amalan dalam sesuatu
15

profesion tersebut. Perkhidmatan yang tidak sesuai yang


diberikan akan membawa akibat buruk kepada pelanggan.

3. Mekanisme Pengekalan Kualiti Profesionalisme

Antara yang biasa digunakan ialah sistem akreditasi,


perlesenan dan pensijilan lanjutan (Hammond, Wise & Klein,
1999). Contohnya Di Amerika Syarikat, National Board of
Medical Examiners Examination adalah peperiksaan bagi
bidang perubatan manakala Architecture Registration Exam
ialah bagi bidang seni bina untuk jaminan kualiti profesion
masing-masing.

Mempunyai badan profesionalnya masing-masing, badan


ini biasanya telah menetapkan standard kompetensinya sendiri
bagi menjaga standard profesion mereka selaras dengan tahap
profesionalismenya (Amir Hassan Dawi, 2002; Kizlik, 2000;
Sufean Hussin; 1996).

4. Perguruan sebagai kerjaya bertaraf profesional

Perguruan adalah kerjaya yang bertaraf profesional


(Jacques, 2003; Sachs, 2003; Menteri Pendidikan, 2000;
BPPPDP, 1996; Ibrahim Bajunid, 2000; Kamarudin Kachar,
2000; Amir Hassan Dawi, 2002; Elliot, 2002; Abdul Rahman
dan Zakaria, 2001; Squires, 1999; Hammond, Wise & Klein
1999; Soetjipto & Raflis Kosasi, 1999; Wan Mohd Zahid, 1997;
Sufean Hussin, 1996; Ornstein & Levine 1984).
16

5. Hujah bahawa guru adalah profesional

Kementerian Pendidikan Malaysia melihat profesion


perguruan sebagai ‘berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah’
dengan profesion yang lain kerana khidmat golongan pendidik
adalah melewati ruang tempat, masa dan ketika (Menteri
Pendidikan, 2000).

Sufean Hussin (1996) berpendapat, terdapat banyak


kriteria yang menunjukkan bahawa perguruan adalah bertaraf
profesional dan kesemua kriteria tersebut adalah selaras dengan
apa yang digariskan oleh Lieberman.

Guru-guru terlatih dalam tempoh latihan yang mencukupi,


mampu menjalankan tanggung jawabnya sebagai pendidik
profesional yang cekap; dengan menggunakan sumber-sumber
yang ada sebaik mungkin (Kamarudin Kachar, 2000; Sufean
Hussin, 1996).

Latihan perguruan adalah setara dan bermutu sebagai yang


ditentukan oleh badan penilai yang mempunyai autoriti serta
mempunyai pengalaman dalam profesion perguruan. Sebagai
contoh Di England dan Wales, Teacher Training Agency (TTA)
adalah badan yang bertanggung jawab menjaga ketinggian
martabat profesion perguruan (Elliot, 2002).

Perkhidmatan perguruan adalah diasaskan oleh satu kod


etika yang menggariskan tatasusila dan tingkah laku guru dalam
perkhidmatan yang bermatlamatkan aspirasi dan kehendak
negara. Di Malaysia perkara ini dinyatakan dengan jelas dalam
Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang dijadikan asas kepada
17

penetapan Kriteria Guru Yang Unggul (Malaysia Ministry of


Education, 1982).

Falsafah Pendidikan Guru adalah untuk melahirkan


guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif
dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara
serta menjunjung warisan kebudayaan negara,
menjamin perkembangan individu dan memelihara
suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik,
progresif dan berdisiplin.

(Malaysia Ministry of Education, 1982)

THE IDEAL MALAYSIAN TEACHER

Taking into consideration our social and cultural milieu in which


national unity and social cohesiveness is of prime importance, we believe
that the ideal Malaysian teacher is one who

 is noble in character
 has deep moral and religious conviction
 is human, yet progressive and scientific in outlook
 upholds the aspirations of the nation
 cherishes the national cultural heritage
 has a positive attitude towards learning, the school and
 society; and, being endowed with these attributes
THE IDEAL MALAYSIAN TEACHER
 promotes the all-round development of the child
is loyalinto
 Taking to his profession; our
consideration andsocial and cultural milieu in which
 ensures
national unity andthesocial
preservation of a is
cohesiveness united, democtaric
of prime and we
importance, progressive
believe
and diciplined society.
that the ideal Malaysian teacher is one who

 is noble in character
 has deep moral and religious conviction
 is human, yet progressive and scientific in outlook
 upholds the aspirations of the nation
 cherishes the national cultural heritage
 has a positive attitude towards learning, the school and
 society; and, being endowed with these attributes
 promotes the all-round development of the child
 is loyal to his profession; and
 ensures the preservation of a united, democtaric and progressive
and diciplined society.
18

Mempunyai badan persatuan yang mengawal tindak-


tanduk ahli-ahli. Kesatuan Guru-guru Melayu Bersatu
(KGGMB) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
(KPPK) adalah antara badan yang terlibat dalam hal yang
berkaitan di negara ini. Terdapat empat puluh lapan buah
persatuan guru di negara ini yang boleh disertai oleh guru-guru
(Menteri Pendidikan , 2000). Selain daripada itu Suruhanjaya
Perkhidmatan Perguruan (SPP) adalah suruhanjaya bebas yang
bertindak sebagai badan mengawal kemasukan dalam profesion
perguruan.

5. Ciri-ciri Perguruan Sebagai Kerjaya Profesional

Terdapat empat ciri umum sehingga perguruan dianggap


sebagai kerjaya profesional iaitu pengetahuan guru tentang
perguruan yang melebihi pengetahuan orang kebiasaan yang
bukan guru; profesion yang mempunyai piawaian kemasukan
tertentu atau perlesenan; autonomi dalam membuat keputusan;
dan martabat atau status ekonomi yang kukuh (Ornstein, 1995;
Ornstein & Levine,1984). Ciri-ciri tersebut adalah kesemuanya
dipunyai oleh guru.

Robert & Joanne (2001), yang menjadikan guru sebagai


profesion ialah “the range of demands placed on educators, the
numbers of people involved in the enterprise, and the public’s
common knowledge of life in classroom combine to make
teaching what might be called people profession”
19

6 Perkembangan kriteria profesional keguruan

Beberapa dekad yang lalu, profesion perguruan di negara


ini adalah profesion yang disanjung dan dipandang tinggi dalam
masyarakat (Ibrahim Bajunid, 2000; Hasnah & Shamsudin,
2000; Abd. Rahim Abd. Rashid, 2000; Robiah Sidin, 1998;
Sufean Hussin, 1996). Ibu bapa menghantar anak-anak mereka
untuk dididik oleh guru dengan penuh harapan dan keyakinan
yang tinggi dengan kata-kata antara lain seperti berikut.

‘Please educate my child and make him/her a


person. Treat my child like your own. Do what
you will with my child, punish when necessary in
any way that does not involve blinding the child
or breaking his bones’

(Ibrahim Bajunid, 2000)

Guru adalah dianggap sebagai gedung ilmu yang serba


mengetahui dengan keupayaan tersendiri serta kualiti peribadi
yang diterima oleh masyarakat. Di dalam bilik darjah, peranan
guru adalah seperti ‘sage on stage’ (Ibrahim Bajunid, 2000).
Pengikhtirafan tentang kriteria guru adalah bersifat tempatan
oleh masyarakat setempat. Maksudnya tiadalah tersurat dengan
rasmi akan kriteria bagi seseorang guru di peringkat
kebangsaan.

Semenjak tahun 1980, hala tuju profesion perguruan


adalah berasaskan syor dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet
Mengkaji Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dikeluarkan pada
tahun 1979 (Ratnavadivel, 2000).
20

Mulai 1982 pula, kriteria guru di negara ini adalah dengan


rasminya ditetap berasaskan Falsafah Pendidikan Guru (FPG).
Di peringkat pra perkhidmatan lagi, bakal-bakal guru dididik ke
arah menepati hasrat FPG (Malaysia Ministry of Education,
1982).
Falsafah Pendidikan Guru adalah untuk melahirkan
guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif
dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara
serta menjunjung warisan kebudayaan negara,
menjamin perkembangan individu dan memelihara
suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik,
progresif dan berdisiplin.

(Malaysia Ministry of Education, 1982)

Othman Lebar (2002), profesion perguruan sedang


bergerak kearah pragmatisme dan konstruktivisme. Oleh yang
demikian kriteria tradisional guru iaitu ‘sage on stage’ jelas
sudah tidak sesuai lagi, sebaliknya guru adalah ‘the guide by
the side’ (Othman Lebar, 2002; Ibrahim Bajunid, 2000). Atau
kriteria tradisional ‘teacher as a rational autonomous agent’
yang ala Platonik diganti dengan kriteria baru yang lebih
memberi penekanan kepada ‘standards driven professional
development’ (Elliot, 2002).

Bagi tujuan ini banyak saranan telah diajukan oleh para


sarjana. Umpamanya, semasa dalam perkhidmatan, seseorang
guru akan melalui proses on the job training (Eraut, 1994).
21

Konsep ini adalah selaras dengan konsep pendidikan sepanjang


hayat.

Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan


United Kingdom, soal profesionalisme guru dalam profesion
perguruan adalah sangat dititikberatkan. Di Minnesota, Amerika
Syarikat, sebuah badan profesional bagi profesion perguruan
iaitu Minnesota Board of Teacher (MBOT) adalah bertanggung
jawab memastikan pengeluaran lesen guru. Di Scotland, United
Kingdom pula, Quality Assurance Agency for Higher Education
(QAAHE) ialah sebuah badan professional yang bertanggung
jawab sama seperti MBOT.

7. Cabaran guru sekolah dalam abad ke-21


Guru-guru khasnya dan profesion perguruan amnya,
adalah tidak terkecuali daripada terlibat dengan keadaan
perubahan akibat daripada internationalisme dan globalisasi
(Ibrahim Abu Shah, 2002; Rohaty Majzub, 2000; Wan Liz
Ozman, 2000; Kim, 1995). Ini memandangkan guru adalah
agen perubahan.

Cabaran dalam bilik darjah

Menurut Wan Mohd. Zahid (1993), pada abad ke-21, para


pelajar perlu dikembangkan potensinya yang ada di hemisfera
otak kanan dan di hemisfera otak kirinya secara seimbang.

Dari sudut proses pengajaran dan pembelajaran pula, dalam


abad ke-21 para pelajar akan mendapat pelbagai kemudahan,
22

termasuk kemudahan ICT sebagai yang dirancang untuk


membantu mereka dalam proses pembelajaran bestari.

Dalam proses penilaian pelajar pula, penilaian kemajuan


berasaskan sekolah (PKBS); penilaian hasil pembelajaran
(learning outcomes); pelaksanaan penanda aras (bench
marking); dan ujian atau peperiksaan secara talian terus (on-
line) akan menjadi perkara biasa untuk dilaksanakan dalam
abad ke-21. Menurut Wise (1999) ‘Increasingly, technology is
poised to revolutionize teaching, learning and assessment’.

Cabaran di sekolah

Persidangan Pendidikan ke-5 dalam tahun 1997 merumuskan


bahawa cabaran besar dalam abad ke-21 selain daripada ledakan
ilmu yang berbentuk global ialah masalah sosial yang perlu
ditangani dan di atasi ke arah membentuk masyarakat madani
(Mohamad, 1998). Perdana Menteri Malaysia menegaskan
bahawa kepentingan sistem pendidikan menyediakan ‘generasi
kedua’ atau ‘generasi wawasan’ memerlukan piawaian baru
termasuk mengurangkan masalah gejala sosial pelajar seperti
ponteng sekolah dan lepak serta salah laku yang lain (Wan
Mohd. Zahid, 1997).

Walau bagaimanapun permasalahan ini masih terus


meningkat kerana kadar pertambahan bilangan pelajar yang
terus meningkat. Untuk tempoh dari tahun 1990 hingga 2000,
didapati tingkatan 1 mengalami pertambahan 34.0%, tingkatan
2 mengalami pertambahan 47.5%, tingkatan 3 mengalami
pertambahan 44.2%, tingkatan 4 mengalami pertambahan 90.1%
dan tingkatan 5 mengalami pertambahan 96.0% (Kementerian
23

Pendidikan Malaysia, 2001). Berdasarkan analisis ini,


pertambahan bilangan pelajar akan terus meningkat pada kadar
8.9% sehingga tahun 2010. Ini menjadi cabaran kepada sekolah
dan guru-guru, kerana masalah kemudahan prasarana adalah
tidak mencukupi.

Sehingga tahun 2000, terdapat 40,021 bilik darjah bagi


sekolah menengah yang menampung 57, 581 kelas, yang
bermakna setiap bilik darjah adalah untuk 1.4 buah kelas
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Dengan kata lain
masih wujud ‘kelas terapung’. Ini jelas tidak mencukupi dan
boleh mendatangkan masalah lain seperti masalah displin,
masalah sosial dan lain-lain selain daripada masalah
pembelajaran.

Jumlah pelajar yang terlibat dengan kes disiplin semakin


hari semakin meningkat (Shahril @ Charil & Habib, 1999).
Pada tahun 1993 sebanyak 36.7% daripada keseluruhan pelajar
dikenakan tindakan amaran; 15.66% diberi nasihat; 16.8%
dirotan sekali; 8.18% dirotan dua kali; 2.27% dirotan tiga kali;
0.90% dirotan lebih tiga kali; gantung sekolah 2.90%; buang
sekolah 0.51% (Wan Mohd. Zahid, 1997). Mungkin dari segi
angka peratus adalah kecil tetapi dari segi bilangan pelajar yang
terlibat keseluruhannya adalah pada angka yang besar.
Kaeadaan ini adalah sangat mencabar dan membimbangkan.

Selain daripada itu kemudahan-kemudahan yang masih


belum lengkap sepenuhnya. Sebagai contoh, daripada 1645
buah sekolah menengah yang ada pada tahun 2000, hanya 1340
sekolah yang ada makmal komputer; hanya 1406 sekolah yang
ada bilik ekonomi rumah tangga; hanya 1452 sekolah yang ada
bilik kaunseling; hanya 1463 sekolah yang ada pusat sumber
24

dan hanya 1258 sekolah yang ada dewan perhimpunan


(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Statistik ini
menunjukkan perlunya kreativiti dan ketrampilan guru di dalam
menyerap segala kekurangan sebagai tersebut.

Menurut Reighlath dalam Ornstein & Hunkins (1993),


pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah di zaman kepesatan
teknologi banyak mengalami perubahan selaras dengan yang
terkini. Ini memberi cabaran kepada guru di dalam mengikuti
perkembangan terkini. Guru-guru perlu mahir dengan sistem
teknologi yang ada (Shahril @ Charil & Habib, 1999).

Cabaran dalam sistem pendidikan

Misi Kementerian Pendidikan Malaysia ialah membangunkan


sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia bagi
memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan
memenuhi aspirasi negara Malaysia.

Kurikulum terus mengalami perkembangan dari semasa ke


semasa. Perubahan-perubahan yang seperti ini tentunya
mengubah harapan dan keperluan semua pihak ke atas
kecekapan dan keterampilan guru-guru agar impian sebagai
yang diwawarkan menjadi kenyataan. Contoh pengenalan mata
pelajaran vokasional (MPV).

Cabaran dalam masyarakat

Profesion perguruan adalah berkait dengan kemasyarakatan.


Semakin masyarakat dan negara bertambah maju dan bersifat
25

global semakin banyak cabaran-cabaran yang dihadapi oleh


guru; semakin meningkat taraf hidup dan status sosio ekonomi
rakyat, semakin besar gelombang cabaran di hadapan guru-guru
(Ramlan, 2002).

Guru adalah agen perubahan yang membawa kemajuan kepada


masyarakat (Wan Liz Ozman, 2000; Atan Long, 1980).

Menurut Boyer (1994), dalam abad ke-21, cabaran dalam


bidang pendidikan adalah tidak terhad kepada penemuan-
penemuan baru sahaja. Namun ia termasuk juga penyesuaian
penemuan-penemuan tersebut kepada perspektif yang lebih luas
dan seterusnya dapat dimanfaatkan oleh masyarakat. Oleh yang
demikian, kaum guru perlulah mempunyai kesediaan menerima
sebarang penemuan baru seterusnya berkemampuan untuk
mengaplikasikan penemuan baru tersebut di dalam profesion
bagi kepentingan masyarakat.

Kepada masyarakat, guru adalah sumber maklumat dan


pengetahuan, kemahiran dan keterampilan; sumber kebudayaan
dan ilmu; sumber pemupukan kepercayaan dan sistem nilai;
penyedia tenaga manusia untuk alam pekerjaan; dan penjagaan
belia, remaja dan kanak (Wan Liz Ozman, 2000; Kementerian
Pendidikan, 1996; Sufean Hussin, 1996; Wan Mohd Zahid,
1994).

Cabaran berasaskan Wawasan 2020

Tuntutan Wawasan 2020. Wawasan 2020 yang diperkenalkan


oleh Perdana Menteri Malaysia adalah dinyatakan seperti
berikut :
26

‘Menjelang tahun 2020, Malaysia boleh menjadi


sebuah negara yang bersatu padu, dengan
masyarakat Malaysia mempunyai rasa keyakinan
diri, ditunjangi oleh nilai-nilai moral dan etika yang
utuh, menikmati kehidupan dalam sebuah
masyarakat yang demokratis, liberal lagi bertolak
ansur, berbudi, adil dan saksama ekonominya,
progresif dan makmur dan sepenuhnya menguasai
ekonomi yang mampu bersaing, dinamis, tangkas
serta mempunyai daya ketahanan.’

(Mahathir Mohamad, (1991), Malaysia


Melangkah Ke Hadapan)

Guru ialah orang yang kerjayanya mempunyai implikasi


yang jauh ke hadapan, tanggung jawabnya adalah bersifat
futuristik di mana gurulah yang mendidik generasi yang akan
hidup di masa hadapan. Oleh yang demikian guru perlu sentiasa
peka dan sensitif akan tuntutan wawasan negara yang
disuarakan bagi mengatur program-program perkembangan
negara ini menjelang abad ke-21 ((Pengarah Pendidikan, 2000;
Ibrahim Mamat, 2001; Wan Liz Ozman, 2000; Robiah Sidin,
1998; Sufean Hussin, 1996; Wan Mohd Zahid, 1993).

Cabaran-cabaran yang terkandung dalam wawasan negara


adalah meliputi proses pembangunan kognitif, afektif dan
psikomotor serta penerapan nilai dan asas moral bagi
membentuk sikap kanak-kanak atau pelajar. Generasi baru yang
dihasilkan melalui proses ini perlu dapat memanifestasikan
inovasi, daya cipta atau daya reka yang tinggi di samping
27

perkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat. Guru


adalah sebagai orang yang bertanggung jawab secara terus
kepada proses bagi mendapatkan hasil akhir ini baik pada
dimensi instrinsik mahupun dimensi instrumental. Justeru itu
guru perlu berketerampilan, inovatif, kreatif, reflektif, futristik,
analitik di samping berpegang kepada nilai-nilai murni.

Cabaran globalisasi

Naisbitt (1982) pula menegaskan dalam abad ke-21,


salah satu aliran mega di peringkat global ialah kepakaran
pendidikan secara global (global educational experties) selain
daripada hubungan dalam bentuk rangkaian (networking). Bagi
Rohaty Majzub (2000), ini dianggap sebagai sifat antara bangsa
(international character) yang perlu ada pada guru kerana ini
adalah avenue baru yang perlu diteroka dan diperkembangkan.
Kesemuanya ini juga menjadi cabaran kepada guru.

Pelaksanaan pengajaran dalam bahasa Inggeris adalah


selari dengan arus globalisasi. Guru-guru perlu menyahut
cabaran ini kerana generasi yang hidup pada abad ke-21 ini
perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi hingga ke peringkat
antarabangsa. Selain daripada itu kebanyakan sumber maklumat
adalah berasaskan kepada bahasa antarabangsa iaitu bahasa
Inggeris.
28

Wan Liz Ozman, (2000); Hasan Langgulung, (1997); dan


Ghazali Basri, (1984) melihat guru adalah sebagai penyampai
ilmu (mua’lim), pendidik (murabbi), pembentuk adab
(mu’addib), pembentuk ciri kepimpinan (mursyid) dan pemberi
kemahiran (mudarris). Oleh yang demikian kriteria guru adalah
dilihat dari segi pengetahuannya, kemahirannnya serta nilai dan
keperibadiannya.

You might also like