You are on page 1of 32

PENDIDIKAN MATEMATIK

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

Kanak-kanak Yang Ingin Tahu Bangun Aiman. Kita akan balik kampung hari ni. Lusa dah raya, kata ibu Aiman. Aiman menyapu matanya lantas bertanya Pukul berapa sekarang, ibu ? 6.30 pagi., jawab ibunya. Kebiasaannya keluarga Aiman dan keluarga bapa saudaranya akan pulang bersama-sama . Semasa dalam kereta, Aiman memerhati papan-papan tanda sepanjang jalan.Apa maknanya itu, ayah ? Apa kegunaannya ? Apa maksud Alor Setar 123km ? Macamana kita tahu berapa kita perlu bayar tol ? Kenapa kereta perlu ada nombor?. Apabila mereka menghampiri kampung, Aiman bertanya lagi, Ayah, macamana pakcik sampai lebih awal daripada kita ?

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

Fikirkan:
1. Senaraikan sebutan dan simbol matematik yang digunakan dalam cerita tersebut. 2. Senaraikan simbol matematik yang ditemui oleh Aiman. 3. Ceritakan tindakan anda langkah demi langkah apabila anda membeli baju di pasar raya 4. Bagaimana anda membuat keputusan membeli baju?

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

MAKSUD DAN PENGERTIAN MATEMATIK


Ramai yang menganggap Matematik adalah suatu subjek yang dikaitkan dengan nombor dan pengiraan sahaja Matematik mengandungi makna yang lebih dalam dan memainkan peranan yang besar dalam kehidupan kita Sebagai guru Matematik, anda perlu menganggap dan menghargai Matematik sebagai subjek yang kaya dengan idea dan kreativiti

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK 4

Berikut adalah beberapa pengertian bagi Matematik : Matematik adalah pengkajian tentang corak/pola. Matematik adalah pengkajian tentang perhubungan / perkaitan. Matematik adalah suatu bahasa Matematik adalah suatu kajian seni

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

Matematik adalah berkaitan dengan aritmetik, algebra, trigonometri, kalkulus dan sebagainya. Matematik adalah satu cara berfikir. Matematik adalah alat / rekreasi dalam kehidupan harian.

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

Matematik adalah pengkajian tentang corak atau pola


Pola / Corak adalah suatu perkara yang berulang. Susunan dan bentuk nombor dapat dianalisis dan digabungkan dengan pelbagai cara mengikut pola. Apabila ahli matematik cuba mengkaji masalah dalam dunia ini dan memberi ramalan yang mungkin dapat diuji, dia akan melihat pola nombor yang menarik

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK 7

Contohnya: 1+3 = 4 atau 22 1+3+5 = 9 atau 32 Kajian adalah penting kerana ia membolehkan kita membuat generalisasi kiraan walau berapa panjang persamaan itu. Jadi dengan apa sahaja bilangan nombor, kita akan dapat membuktikan hubungan itu. Contoh lain: 1, 4, 9, 16, 25, Kajian pola juga terdapat dalam bidang Seni, Muzik, tekstil dan sebagainya

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

Matematik adalah pengkajian tentang perhubungan / perkaitan


Perhubungan adalah suatu yang ada kaitan disebabkan sesuatu perkara. Kedua-dua perkara ini penting untuk memberi kita keyakinan dalam menentukan / menjangkakan perkara seterusnya yang akan berlaku / muncul.

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

Contohnya: Perhatikan fungsi kuadratik berikut : Jika berapakah nilai f jika x = 2 ? Apakah hubungan antara x dan f ? Sesetengah perhubungan angkubahangkubah/anu boleh juga ditunjukkan dalam bentuk jadual atau graf. Cuba anda berikan dua contoh lain yang menunjukkan perhubungan antara angkubah-angkubah.

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

10

Matematik adalah suatu bahasa


Satu daripada keistimewaan-keistimewaan yang terdapat dalam Matematik ialah Matematik mempunyai bahasa atau simbol beserta operasinya sendiri. Bahasa Matematik yang dicipta oleh pakarpakar Matematik dari zaman ke zaman telah menjadi lambang dan hukum yang universal sehingga ke hari ini

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

11

Simbol dan ungkapan Matematik yang dicipta, memudahkan kefahaman dan proses pemikiran manusia, menjadikan operasi Matematik lebih ringkas, cepat dan tepat Di dalam bahasa Matematik, tatabahasa terdiri daripada hukum-hukum, teorem-teorem dan rumus-rumus Matematik yang menghubungkan simbol-simbolnya. Contoh : Luas sfera, L = 4 r2

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

12

Matematik adalah suatu kajian seni


Terdapat unsur-unsur Matematik dalam pelbagai bentuk seni Tajuk seperti Simetri, Susunan dan Kekerapan dikaji oleh ahli matematik dan juga ahli seni Idea, konsep dan media kreatif dalam bidang matematik ada perkaitan yang rapat dengan puisi dan kesusteraan.

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

13

Contoh unsur matematik dalam seni muzik: Muzik menggunakan angka untuk membezakan tinggi dan rendah nada suara. Do, re, mi dilambangkan dengan 1,2, 3 Contoh unsur matematik dalam seni bina: banyak bentuk yang terdapat disekeliling kita adalah berasaskan bentuk geometri.

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

14

Contoh unsur matematik dalam seni lukis: langkah permulaan bagi kerja gubahan dan reka bentuk lukisan memerlukan bentukbentuk geometri paling asas (segitiga dan segiempat) Contoh unsur matematik dalam seni budaya: Dalam permainan tradisional congkak, bilangan buah dalam setiap lubang mestilah sama dingan bilangan lubang selain gerak kerja kira mengira terlibat dalam permainan ini
MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK 15

Matematik adalah berkaitan dengan aritmetik, algebra, trigonometri dan sebagainya


Matematik merupakan suatu perkara yang berkaitan pengiraan. Aritmetik, algebra, trigonometri dsb merupakan cabang ilmu pengetahuan dalam bidang matematik yang berkaitan pengiraan. Ini menunjukkan terdapat pelbagai teknik atau kaedah dalam Matematik bagi mendapatkan penyelesaian kepada pelbagai masalah.

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK 16

Matematik adalah satu cara berfikir


Berfikir secara Matematik adalah satu cara berfikir yang menggunakan konsep, kemahiran dan kaedah Matematik dalam menyelesaikan masalah yang timbul. Terdapat ramai orang yang apabila menghadapi sesuatu masalah, akan berusaha untuk mendalami dan menganalisis keadaan atau punca masalah sebelum menggunakan kaedah-kaedah tertentu untuk menanganinya..

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK 17

Contoh berfikir secara matematik : menggunakan rajah atau jadual untuk mengumpul maklumat menggunakan analogi untuk mencari punca masalah Berfikir secara logik (penaakulan secara Induktif dan Penaakulan secara Deduktif).

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

18

Penaakulan secara Deduktif bermula dengan sesuatu perkara yang umum membawa kepada sesuatu keputusan yang lebih terperinci. Penaakulan secara Induktif sebaliknya bergerak daripada pemerhatian yang teliti kepada teori atau generalisasi.

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

19

Matematik adalah alat/rekreasi dalam kehidupan


asas matematik digunakan dalam kehidupan seharian meliputi aktiviti atau bidang pekerjaan seperti pertukaran wang, membaca carta, mengira diskaun, mengukur jarak, masa dan sebagainya. pengetahuan matematik juga diaplikasi untuk menyelesaikan masalah praktikal mahu pun masalah berbentuk abstrak.

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

20

PERANAN MATEMATIK
Kehidupan kita berkait rapat dengan matematik. Matematik memainkan peranan penting dalam menjamin kesejahteraan individu. Segala aktiviti yang kita lakukan seperti pergi bercuti, membeli makanan, merancang kerjakerja seharian dan sebagainya memerlukan kemahiran matematik asas.

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

21

Matematik melatih akal kita supaya berfikir secara rasional dan logik. Sebagai contoh, kita tidak akan berupaya menyelaras perbelanjaan atau kewangan kita secara sistematik tanpa pengetahuan matematik..

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

22

Matematik juga meningkatkan keupayaan dan tahap kebijaksanaan kita dalam menangani soalan berbentuk Penyelesaian Masalah. Sebagai contoh, seseorang yang telah diberi latihan yang mantap dalam matematik, mampu melaksanakan kerja-kerja yang kompleks dengan berkesan..

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

23

matematik juga memainkan peranan yang penting dalam perkembangan informasi dan teknologi komunikasi (ICT). Sebagai contoh, penciptaan sistem nombor binari menyumbang kepada prosedur pengiraan dalam komputer.

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

24

Kepentingan dan keperluan Matematik kepada individu


1. Matematik diperlukan dalam pelbagai bidang kerjaya Matematik memenuhi keperluan individu untuk menjadi perancang, pengurus dan pengguna yang mahir, cekap, rasional dan bertanggungjawab
MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK 25

Matematik merupakan bidang asas akademik yang dapat digunakan sebagai alat untuk pengkhususan dalam sesuatu bidang seperti pertanian, sains dan kejuruteraan Matematik telah menjadi kelayakan asas untuk permohonan masuk ke pelbagai bidang kerjaya seperti bidang vokasional dan perniagaan

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

26

2. Matematik diperlukan untuk memahami ideal negara dan peranan diri


Untuk

memahami dan menerima idea dan ideal demokratik, seseorang individu harus mempunyai pemikiran dan sikap politik yang terbuka serta kritis Rakyat yang bertanggungjawab harus bersifat objektif dan analitik terhadap fakta dan isu serta dapat menilai keputusan politik dan dasar kerajaan.
MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK 27

Pendekataan

ini banyak digunakan dalam matematik untuk menganalisis dan pemyelesaikan masalah
Individu harus berupaya mempertimbangkan ketepatan atau kesahan setiap perkara yang dibuat

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

28

Kepentingan dan keperluan Matematik kepada masyarakat


1. Memajukan ekonomi masyarakat Matematik diperlukan untuk pekerjaan dan kerjaya, sebagai alat penyelesaian kepada masalah kewangan, memudahkan kerja, menjimatkan masa dan tenaga

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

29

2. Memajukan pembangunan sosial masyarakat Matematik digunakan untuk perbezaan masa, jarak dan saiz Masa bukan sahaja dapat menentukan waktu dan ketika tetapi masa juga dapat menentukan usia (pendekatan yang digunakan oleh ahli falak, ahli kaji cuaca dan ahli sains) Matematik dapat memudahkan kerja pentadbiran. Dalam sesebuah masyarakat yang besar, kawasan akan dibahagikan kepada kelompok kecil untuk memudahkan kerja pentadbiran
MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK 30

Matematik dapat melancarkan aktiviti sosial (ukuran dan sukatan menjadi aktiviti sosial yang penting). Sebagai contoh, jika kita menghadapi masalah kesihatan, sukatan kepada ubat atau penawar haruslah diambil dengan tepat untuk mengelakkan kemalangan.

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

31

Kepentingan dan keperluan Matematik kepada negara


Melalui matematik, sesebuah negara dapat mengetahui kadar naik-turun ekonomi, pelaburan dan pertukaran wang asing serta imbangan perdagangan dalam sesebuah negara Matematik amat penting untuk mengetahui aktiviti jual beli dalam amalan perdagangan. Contohnya untuk mengetahui naik turun harga barang, kemahiran membaca jadual dan graf sangat diperlukan

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK 32

You might also like