You are on page 1of 5

3.

5 Kelemahan Peguasaan Kemahiran 3M

Cabaran kelima yang dihadapi oleh Pendidikan Negara dan Pendidikan Islam dalam
pembangunan Modal Insan adalah disebabkan kelemahan pengusaan kemahiran 3M
dikalangan pelajar terutamanya menulis dan membaca tulisan jawi bagi subjek
Pendidikan Islam dan penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi
metapelajaran lain. Secara tidak langsung, perkembangan jasmani, emosi, rohani dan
intelek secara seimbang dan menyeluruh tidak dapat dijana kerana nilai-nilai
pembelajaran yang diterapkan tidak mampu diserap dan dibentuk dalam diri pelajar.

Kemahiran penguasaan 3M dikalangan pelajar merupakan satu aspek penting


dalam meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan dikalangan pelajar
dengan pelaksanaan KBSR dan KBSM di sekolah-sekolah selaras dengan pembangunan
modal insan yang diharapkan oleh Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010)
dalam Rancangan Malaysia ke-9. Ia merupakan satu fokus dan strategi yang dilakukan
bagi membangunkan modal insan terhadap pengusaan 3M ini bagi memastikan pelajar
mempunyai minda kelas pertama.

Selain itu juga ia merupakan satu langkah ke arah memperkasakan sekolah


kebangsaan ke arah meningkatkan kecemerlangan terhadap pemantapan kurikulum
dengan memastikan semua murid Tahap 1 mengusai 3M. Perkara ini juga termasuk
dalam fokus Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010) dalam Rancangan
Malaysia ke-9. Oleh itu, jika permasalahan kegagalan pelajar mengusai 3M ini masih
berlarutan, maka cabaran Malaysia dalam membangunkan Modal Insan memalui sistem
Pendidikan Islam dan Pendidikan negara pasti tidak tercapai dan menemui kegagalan.

Akhbar Berita Harian bertarikh 25 Mei 2006 melaporkan Kementerian Pelajaran


mengesan seramai 120 000 murid sekolah rendah dan 42 000 pelajar sekolah menengah
seluruh negara yang belum mengusai kemahiran 2M iaitu menulis dan mebaca pada
tahun 2005. Keadaan ini membimbangkan pada tahun tersebut dan masalah ini berlarutan
sehingga kini dan inilah cabaran yang perlu dihadapi dalam pembangunan modal insan
terutamanya. Keadaan ini menunjukkan ia adalah 2.2 peratus daripada 3.1 juta pelajar
adalah dari sekolah rendah dan 0.8 peratus daripada 2.2 juta pelajar sekolah menengah
juga tidak tahu membaca dan menulis kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh
Omar.

Disini jelas, jika keadaan ini sudah begitu ketara berlaku pada tahun 2005 dengan
statistiknya dikeluarkan pada tahun 2006, apatah lagi pada tahun 2009. oleh yang
demikian, adalah satu tugasan dan cabaran yang begitu kuat terpaksa dilakukan oleh
guru-guru dalam menanganinya. Jika kelemahan penguasaan 2M ini adalah tertumpu
kepada tulisan rumi, apatah lagi tulisan jawi. Jika tulisan rumi tidak dikuasai, tulisan jawi
pasti jauh sama sekali. Jika dilihat, buku teks Pendidikan Islam adalah keseluruhanyya
adalah dalam jawi, mana mungkin untuk para pelajar yang belum mengusai 2M ini untuk
mengusainya apatah lagi untuk membacanya. Oleh yang demikian, usaha kerajaan dalam
pembangunan modal insan yang ingin melihat pelajar mengusai kemahiran 3M mahupun
2M pasti tidak akan tercapai.

3.6 Stigma Negatif Terhadap Matapelajaran Pendidikan Islam

Penyebab terakhir yang menjadi cabaran pihak kerajaan dari segi Pendidikan
Negara mahupun Pendidikan Islam adalah terdapatnya pelbagai stigma negatif diberikan
oleh sesetengah pihak terhadap matapelajaran Pendidikan Islam itu sendiri. Dalam
penulisan ini, penulis membahgikan kepada 4 individu yang beranggapan sedemikian
termasuklah pelajar, ibu bapa, guru-guru dan pandangan masyarakat itu sendiri.
Pandangan serta tanggapan negatif inilah kadang-kadang menjadi gunting dalam lipatan
mahupun musuh dalam selimut terhadap penyebab kepada kegagalan dan menjadi satu
cabaran kepada pihak kerajaan dalam merealisasikan pembangunan modal insan.

Dari perspektif diri pelajar itu sendiri, mereka beranggapan matapelajaran


Pendidikan Islam itu adalah tidak penting dan tidak boleh di bawa ke mana-mana bagi
pelajar-pelajar yang tidak sedar akan kepentingan matapelajaran ini dari perspektif
sebagai seorang Muslim. Subjek ini diambil hanyalah melengkapi kuota yang ditetapkan
oleh pihak sekolah dan tidak hairanlah jika ada pelajar yang tidak mengambil berat dan
memandanya satu subkjek yang mudah. Kepentingannya tidak dititikberatkan iaitu tidak
menjadi subjek teras atau syarat bagi kelayakan menyambung pelajaran ke peringkat
yang lebih tinggi dalam bidang-bidang tertentu selain dalam bidang Pengajian Islam. Jika
dilihat dalam sayarat kemasukan ke universiti melalui borang UPU, tidak ada satu syarat
yang meletakkan subjek Pendidikan Islam sebagai syarat utama mahupun lulus untuk
melanjutkan pelajaran ke bidang yang di pohon oleh pelajar. Disini jelas membuktikan
bahawa, stigma negatif pelajar terhadap dengan menyatakan satu matapelajaran yang
tidak penting adalah begitu kuat sekali. Pelajar ini juga kekurangan motivasi untuk
menguasi subjek ini dengan beranggapan pada masa kini penggunaan bahasa Inggeris
adalah lebih penting jika dibandingkan dengan tulisan jawi. Mereka hanya mementingkan
keduniaan semata-mata tanpa meikirkan hal akhirat. Tanpa penguasaan tulisan jawi dan
bacaan jawi mustahil bagi mereka untuk membaca dan menguasai bahasa al-Quran itu
sendiri.

Seterusnya stigma negatif dripada pihak ibu bapa itu sendiri dengan menyerahkan
seratus peratus pendidikan berbentuk agama kepada ustaz dan ustazah mahupun guru-
guru yang mengajar di sekolah. Sikap lepas tangan dan hanya menuding jaring kepada
pihak tertentu apabila timbulnya masalah adalah kesan daripada pandangan ini. Bagi
sesetengah ibu bapa, sekolah sepatutnya mendidik anak-anak mereka ke jalan yang benar.
Mereka hanya memberikan wang pakaian dan kemudahan yang lain sahaja dan bagi
mereka tugas mendidik hanya terletak di bahu guru yang mengajar disekolah. Mereka
tidak ada kesedaran bahawa pendidikan awal adalah bermula di rumah dan pelajar
banyak menghabiskan masa adalah di rumah. Jika di lihat kepada hadis Rasulullah, yang
membawa pengertian menuntut ilmu itu adalah dari buaian sehinggalah ke liang lahad.
Bagi sesetengah ibu bapa pula menganggap subjek Pendidikan Islam tidak penting dan
hanya memandang subjek sains, matematik dan bahasa Inggeris. Sanggup berhabisan
ratusan ringgit untuk menghantar anak ke Pusat Tuition, sedangkan buku rujukan
mahupun latihan berbentuk Pendidikan Islam langsung tidak dititikberatkan. Lebih
menyedihkan, sukar mendapati dan mendapatkan pusat tuition yang menawarkan subjek
Pendidikan Islam sebagai subjek untuk dijadikan satu matapelajaran tuition di mana-
mana tempat seklipun. Bagi mereka, matapelajaran Pendidikan Islam subjek yang mudah,
belajar di sekolah pun sudah mamadai dan cukup sekadar mendapat gred B, kerana bukan
menjadi syarat kelayakan untuk masuk ke mana-mana universiti tempatan seperti subjek
lain. Inilah tanggapan yang perlu dikikis dan dibentuk supaya menjadi satu stigma yang
positif terhadap matapelajaran Pendidikan Islam.

Guru-guru di sekolah pula menganggap matapelajaran Pendidikan Islam berada


pada kelas yang terendah di sekolah-sekolah. Ada sesetengah guru diberikan waktu yang
terakhir bagi mengajar subjek Pendidikan Islam di sekolah. Secara tidak langsung,
penumpuan pelajar terhadap subjek tersebut tidak akan berlaku. Subjek-subjek lain
diberikan penekanan dengan diajar pada awal waktu sesi persekolahan untuk menarik
perhatian para pelajar seperti sains, matematik dan sebagainya. Matapelajaran Pendidikan
Islam seolah-olah seperti dianak tirikan oleh pihak sekolah. bagi sekolah menengah,
subjek Agama Islam langsung tidak dimasukkan ke dalam sistem peperiksaan Ujian
Penilaian Sekolah Rendah iaitu UPSR. Ini membuktikan, subjek Pendidikan Islam bagi
sekolah menengah dan Agama Islam bagi sekolah menengah tidak di ambil berat dan
dipandang remeh oleh sesetengah pihak. Guru pula beranggpan, Pendidikan Islam bukan
matapelajaran yang penting, cukuplah sekadar mengajar, lulus atau tidak terletak kepada
pelajar. Apa yang penting dan perlu dititkberatkan oleh seseorang guru adalah penerapan
nilai-nilai murni dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) yang seimbang dan
harmonis bagi menyempurnakan pembangunan modal insan yang berkualiti selaras
dengan penekanan yang diberikan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan umumnya dan
Falsafah Pendidikan Islam khususnya. Keadah pengajaran dan pembelajaran yang
disampaikan bagaikan sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Apa yang sepatutnya
diterapkan tidak dilaksanakan. Sedangkan penerapan nilai-nilai dan unsur JERI inilah
penting dalam pembangunan modal insan selaras dengan Falsafah Pendidikan Islam dan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Stigma negatif yang terakhir pada pandangan penulis adalah datangnya daripada
pihak masyarakat iaitu individu sekeliling yang terlibat. Masyarakat langsung tidak
memberikan apa-apa reaksi mahupun kerjasama terhadap fenomena yang berlaku dengan
beranggapan ini bukan tugas dan tanggungjawab mereka, bahkan merasakan mereka
tiada hak untuk bersuara dan menyatakan sesuatu perkara. Sikap tidak ambil peduli dan
hanya ikut apa sahaja yang diperkatakan adalah satu masalah yang besar biarpun nampak
kecil pada pandangan mereka. Ia merangkumi pandangan sepertimana ibu bapa yang
menyatakan sekolah sahaja yang terlibat dengan pendidikan, di rumah hanya menjaga
kebajikan seperti memberi pakaian, wang dan sebagainya. Anak-anak tidak tahu menulis
atau membaca langsung tidak diambil kisah bahkan tidak bertanyakan langsung. Inilah
salah satu faktor yang menjadi penghalang kepada pembangunan modal inisan apabila
hanya satu pihak sahaja diberikan tugasan dan tidak pula memahami tugasan yang
terletak dibahu mereka.

You might also like