You are on page 1of 18

SCE 3103 Meneroka Bahan

Bahan Semulajadi Sumber semulajadi merupakan punca terdapatnya bahan-bahan yang terjadi dengan sendirinya, bukan buatan manusia. Semua bahan di sekeliling kita boleh dikelaskan kepada dua kategori iaitu bahan bahan semula jadi dan bahan bahan buatan manusia. Bahan semulajadi adalah bahan bahan yang datangnya daripada tumbuhan, haiwan dan alam sekitar. Bahan yang dibuat oleh manusia tidak dipanggil sumber semulajadi. Ia dipanggil sumber buatan. Sumber-sumber semulajadi di Malaysia dapat dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu; Sumber Mineral Sumber Hutan Sumber Laut Sumber Mineral Sumber mineral adalah sumber yang terbentuk dari sebatian semulajadi yang dibentuk menerusi proses geologi. Terdapat banyak sumber mineral yang terdapat di Malaysia. Sumber mineral yang penting adalah seperti berikut; Petroleum Gas Asli Logam Bahan-bahan bukan organic Tanah

Petroleum Petroleum merupakan sumber minyak mentah yang terdapat di perut bumi. Petroleum terbentuk dari fosil-fosil hidupan bumi dan memakan masa berjuta tahun untuk membentuk. Petroleum digali di tengah laut dan juga digali di kawasan daratan di sesetengah tempat. Hasil tapisan petroleum ialah petrol, diesel, kerosin, tar dan lain-lain. Petroleum dan gas asli (metana, etana, propana dan butana) terbentuk daripada sisa haiwan dan tumbuhan yang telah mati dan termendak di dasar laut berjuta-juta tahun dahulu. Kesan haba dan suhu yang tinggi dengan begitu lama menukarkannya kepada campuran cecair dan bahan meruap (gas asli). Petroleum adalah campuran beberapa jenis sebatian. Tiap-tiap hidrokarbon dalam petroleum mempunyai takat didih yang berlainan. Oleh itu ia boleh diasingkan dengan cara penyulingan berperingkat.

SCE 3103 Meneroka Bahan

Hasil penyulingan berperingkat ditunjukkan dalam rajah di bawah ini.

Ciri-ciri pecahan petroleum; Takat didih semakin tinggi. Ketumpatan semakin tinggi. Apabila terbakar, semakin banyak jelaga kerana molekul setiap pecahan ini mengandungi semakin banyak karbon. Kelikatan pecahan semakin bertambah. Warna nyalaan api daripada biru kepada kuning.

Kegunaan pecahan petroleum: Gas petroleum Petrol Kerosin Diesel Pelincir Minyak bahan api Bitumen - memasak - kereta, motorsikal - kapal terbang - kenderaan berat (Lori, bas, jentolak) - minyak pelincir - kapal laut - jalan raya

Daripada petroleum terbentuk bahan hasil penyulingan petroleum seperti plastik (bakelit, perspek, polietilena, poliestirena), cat, bahan letupan, penggilap, detergen, baja, asid, pestisid dan dadah.

SCE 3103 Meneroka Bahan

Gas Asli Gas asli merupakan sumber penting yang terdapat di perut bumi. Cara melombong gas asli adalah sama dengan cara melombong petroleum. Gas asli digunakan untuk menjadi bahan bakar. Gas asli ialah gas yang terbentuk dalam lapisan magma di dalam bumi. Gas ini terperangkap di dalam lapisan-lapisan bumi, biasanya bersama-samapetroleum.Komposisinya juga hampir sama, sebatian hidrokarbon terutamamnya gas Metana. Gas Asli Cecair atau LNG sebahagian besarnya mengandungi metana dan lain- lain hidrokarbon seperti etana, propana dan butana. Apabila metana disejukkan ke paras suhu -161'C ia bertukar dari bentuk gas menjadi cecair .Melalui proses ini gas asli yang telah bertukar dalam bentuk cecair dikurangkan menjadi 1/600 dari jumlah isipadu gas asli di dalam bentuk gas. Oleh itu , ia boleh dibawa dengan tangki-tangki khas dengan jumlah yang banyak ke tempat-tempat yang memerlukannya.Apabila dicair dan disejukkan , gas asli cecair dapat disimpan pada kadar tekanan udara.Oleh itu , ia boleh dijadikan simpanan gas yang berguna dan boleh dikeluarkan apabila permintaaan barangan tersebut melebihi kadar biasa. Pengeluaran Gas asli terpaksa melalui berbagai proses sebelum gas asli cecair diperolehi.Gas daripadapelantar luar pantai akan disalurkan melaluipaip bawah lautkeStesen Pengambilan Gas di mana jumlah gas akan diukur. Lembapan dan lain-lain bahan yang tidak dingini yang berada didalam gas dikeluarkan. Dari sini gas tersebut disalurkan kepada Unit Pengasingan Gas Asid di mana karbon dioksida dan hidrogen sulfida dalam gas tersebut dikeluarkan untuk mengelakkan dari berlaku pembekuan dan tersumbat di dalam Unit Pencairan. Gas tersebut kemudian disalurkan ke Unit Pengeringan di mana wap dikeluarkan lagi.Selepas itu gas tersebut akan dihantar ke Unit Pemecahan di mana ia akan dipecahkan kepada berbagai komponen. Lain-lain komponen seperti etana dan propana dikeluarkan untuk dijadikan bahan penyejuk , sementara benzene paraffin dikeluarkan untuk mengelakkan pembekuan dan tersumbat semasa proses pencairan.Gas yang selebihnya dihantar ke Unit Pencairan di mana ia dicarikan dengan menyejukkan suhu keparas -161'C dengan menggunakan alat penyejuk. Kegunaan Kegunaan utama gas asli ialah : Penghasilan tenagaelektrikdi stesen janakuasa elektrik. Bahan bakar kenderaan (NGV) Gas memasak di dapur Alat pemanasan di rumah

SCE 3103 Meneroka Bahan

Penghasilan baja Industri petrokimia Gas asli cecair biasanya digunakan di bandar-bandar tetapi kini disebar luas ke kawasan pedalaman .Tong gas dan dapur gas diberi secara percuma di kebanyakan kawasan di Sabah semasa pilihan raya.Kebanyakan gas asli cecair yang dikeluarkan di dunia hari ini digunakan sebagai bahan api industri kerana ciri-cirinya yang bebas dari pencemaran dan nilai kalori yang tinggi. Dibandingkan dengan petroleum, gas asli tidak menghasilkan banyak pencemaran. Namun faktor utama ia tidak digunakan lebih meluas ialah kesukaran penghantaran dan penyimpanan. Ini adalah kerana gas asli amat mudah terbakar/meletup Bijih Timah Timah adalah logam yang berwarna putih perak, relatif lunak, tahan karat dan memiliki takat lebur yang rendah. Timah terdapat dalam 2 bentuk alotropi iaitu timah putih dan timah abu-abu.Bijih timah yang terpenting adalah kasiterit (SnO2). Timah adalah logam berwarna putih keperakan, dengan kekerasan yang rendah, berat jenis7,3 g/cm3, serta mempunyai sifat konduktivitas panas dan listrik yang tinggi. Dalam keadaan normal (13 1600C), logam ini bersifat mengkilap dan mudah dibentuk.Timah terbentuk sebagai endapan primer pada batuan granit dan pada daerah sentuhan batuan endapan metamorf yang biasanya berasosiasi dengan turmalin dan urat kuarsa timah,serta sebagai endapan sekunder, yang di dalamnya terdiri dari endapan alluvium, elluvial, dan koluvium. Bijih Timah dilombong di kawasan lombong bijih timah. tempat yang popular dengan bijih timah adalah Kinta dan Kuala Lumpur. malaysia memang terkenal dengan hasil bijih timah yang bermutu tinggi. Kaedah yang digunakan untuk melombong bijih timah adalah kapal korek dan mendulang. Bijih timah boleh digunakan untuk menyadur tin, membuat tin aluminium dan mematri alat-alat elektronik.

Kaedah melombong bijih timah, mendulang

Kaedah moden melombong bijih timah; kapal korek

SCE 3103 Meneroka Bahan

K egunaan timah : Dalam pemanfaatan bijih timah dewasa ini telah mengalami banyak peningkatan, terutama dalam memenuhi keperluan pasaran nasional maupun dunia.Timah digunakan antara lain sebagai berikut: Pelat timah Solder Logam Putih (babbit) Untuk membuat kaleng (tim plate) berbagai macam produk. Melapisi kaleng yang tebuat dari besi yang akan melindungi besi dari perkaratan. Membuat logam campur,misalnya perunggu (paduan timah, tembaga, seng) dan solder (paduan timah dan timbal) Menyadur tin makanan Membuat piuter Pateri Membuat gangsa Emas Emas adalah barangan bernilai yang tidak dapat dinafikan. Emas telah lama dianggap sebagai logam yang paling berharga, dan nilainya telah digunakan sebagai piawai untuk banyak matawang dalam sejarah. Emas telah digunakan sebagai simbol ketulenan, nilai tinggi,kedaulatan, dan lebih-lebih lagi peranan yang mengaitkan sifat-sifat tersebut. Namun, revolusi emas berubah mengikut keadaan semasa kerana kepakaran manusia sudah mula berkembang. Emas bukan lagi bertindak sebagai matawang sahaja, namun ianya sudah diubahsuai menjadi pelbagai barangan baik dibuat sebagai barangan hiasan untuk wanita, barangan mewah, barangan perabot, pinggan mangkuk dan pelbagai lagi. Revolusi ini dapat dilihat lantaran perkembangan ekonomi yang semakin baik menyebabkan masyarakat kini mampu untuk memiliki barangan yang berunsur emas ini. Namun dalam generasi kini lebih sinonim dengan pemakaian emas berupa barangan kemas dan matawang emas. Malaysia juga kaya dengan pengeluaran emas. Emas sangat beharga dan mahal harganya. Emas digali di kawasan daratan seperti di Kelantan dan Johor. Emas boleh dibuat barang kemas seperti cincin, rantai dan juga perhiasan-perhiasan lain. Emas ialah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai symbol Au (Laurum) dan nombor atom 79. Emas merupakan logam lembut, berkilat, berwarna kuning, tumpat, mudah ditempa, mulur, logam peralihan (trivalen dan univalen), dan stabil, iaitu tidak bertindak balas dengan kebanyakan bahan kimia. Walau bagaimanapun emas boleh diserang oleh klorin, fluorin dan

SCE 3103 Meneroka Bahan

akuaregia. Logam ini selalunya hadir dalam bentuk ketulan nugget di dalam batuan danlonggokan aluvium. Emas juga merupakan salah satu logam untuk pembuatan duit syiling. Sifat Emas Emas ialah unsur logam yang berwarna kuning berkilauan tetapi boleh juga berwarna seperti delima atau hitam apabila dibahagi dengan halus. Larukan koloid emas pula mempunyai warna berkeamatan tinggi yang biasanya berwarna ungu. Warna yang terdapat pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru diserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksi yang sama terhadap cahaya, tetapi dalam frekuensi yang lebih pendek,sehingga menyebabkan warna koloid perak menjadi kuning. Emas juga merupakan logam yang paling boleh tempa dan dimulurkan. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki. Emas biasanyadialoikan dengan logam yang lain untuk menjadikannya lebih keras.Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udaradan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba,kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duitsyiling dan barangan kemas. Emas tulen mengandungi antara 8% dan 10% perak, tetapi biasanya kandungan tersebut lebih tinggi. Aloi semula jadi dengan kandungan perak yang tinggi dipanggil elektrum. Apabila kuantiti perak bertambah, warnanya menjadi lebih putih dan ketumpatan tentunya berkurangan. Kegunaan Emas Walaupun emas adalah logam lengai, namun ia boleh menghasilkan pelbagaisebatian.Aurik klorida (AuCl3) dan asid kloraurik (HAuCl4) adalah sebatian emasyang paling umum. Badan manusia tidak dapat mennyerap sebatian emas yangkebiasaannya tidak begitu toksik. Namun dilaporkan lebih 50% pesakit artritis yangdirawat dengan drug yang mengandungi emas mengalami kerosakan hati dan ginjal. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya iadialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untukdipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle,Britisj Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22karat.

SCE 3103 Meneroka Bahan

Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian GoldMaple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas. Takat lebur bagi emas ialah 1337.33 K (1064.18 C, 1947.52 F) dan takat didihnya3129 K (2856 C, 5173 F) Isotop emas Au-198, (Separuh hayat: 2.7 hari) digunakan dalam rawatan barah danrawatan lain-lain penyakit. Emas koloid (nanopartikel emas) ialah larutan berwarna berkeamatan tinggi yangkini sedang dikaji di dalam makmal-makmal untuk kegunaan perubatan dan biologi(kaji hayat). Ia juga merupakan bentuk yang sering digunakan dalam pengecatanemas pada seramik sebelum seramik dibakar. Emas digunakan sebagai bahan penyalutan untuk membolehkan bahan biologidiperhatikan di bawah mikroskop elektron imbasan. Warna yang terdapat pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emasyang terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuningdipantulkan sementara warna biru diserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksiyang sama terhadap cahaya, tetapi dalam frekuensi yang lebih pendek, sehinggamenyebabkan warna koloid perak menjadi kuning. Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi olehudara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubaholeh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amatsesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas. Sumber Laut Malaysia terkenal dengan laut yang biru dan terkenal dengan hasil lautnya. Laut China Selatan seluas 531.1 km persegi memisahkan Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak, Selat Melaka memisahkan Semenanjung Malaysia dengan Pulau Sumatera, Indonesia dan Selat Teberau memisahkan Malaysia dengan Singapura. Sumber laut dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu; Makanan Pelancongan Kemudahan Harian Makanan Rakyat Malaysia telah dianugerahkan dengan dengan bermacam-macam sumber makanan laut. Sumber makanan ini telah menjadi punca rezeki untuk segelintir masyarakat Malaysia yang menjadi nelayan. Industri ini telah menjadi antara penyumbang ekonomi Malaysia, antaranya Malaysia

SCE 3103 Meneroka Bahan

mengeksport hasil laut ke Singapura.

Hasil tangkapan laut para nelayan

Antara produk hasil laut Pelancongan Perlancongan adalah antara penyumbang ekonomi utama Malaysia sekarang. Malaysia bertuah kerana memiliki antara pulau-pulau yang tercantik di dunia dan berjaya menarik ribuan pelancong asing dari luar dan dalam negeri. Antara pusat perlancongan yang terkenal di dunia iaitu Pulau Sipadan dan Pulau Redang.

Keindahan tempat pelancongan di Malaysia

SCE 3103 Meneroka Bahan

Aktiviti skuba diving yang menjadi tarikan pelancong Kemudahan Harian Seperti yang kita tahu, air merupakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seharian kita. Tanpa air banyak perkara yang tak dapat kita lakukan contohnya tidak dapat memasak, membasuh dan lain-lain. Sumber Hutan Hutan di Malaysia merupakan hutan jenis hutan hujan khatulistiwa (Tropika) dan dianggap yang tertua di dunia. Bumi Malaysia masih diliputi dengan sejumlah 61 % peratus Hutan Hujan Khatulistiwa. Malaysia mempunyai keluasan hutan kira-kira 77.4 % (20.36 Hektar) daripada jumlah kawasan keseluruhanya. Disamping kaya dengan Flora dan Faunaya, hutan di Malaysia menyediakan sumber- sumber yang lain.

Hutan Hujan Khatulistiwa Sumber-sumber tersebut adalah : Kayu kayan Kayu kayan merupakan salah satu sektor yang menyumbangan kepada ekonomi negara. Pasaran kayu-kayan mahu pun hasilnya seperti papan lapis , dan kayu bergergaji mendapat permintaan amat tinggi di pasaran dunia.

SCE 3103 Meneroka Bahan

Hasil Balak Perabut dan Kraftangan Banyak produk-produk perabut dan kraftangan yang dapat dihasilkan daripada hasil hutan di neegara kita. Ianya bukan sahaja cantik, malah berkualiti tinggi, kayu- kayu seperti jati, cengal , dan meranti merupakan kayu yang mempunyai pasaran yang tinggi. Sifat-sifat kayu ini yang keras dan tahan lama di samping mempunyai corak dan nilai seni yang tinggi mampu menghasilkan ciptaan yang menarik dan berkualiti tinggi Makanan Pada zaman dahulu, manusia mencari sumber makanan di merata-rata tempat.salah satu tempatnya adalah hutan. Hutan di Malaysia menyediakan pelbagai jenis makanan seperti buah-buahan, ulamulaman , haiwan-haiwan dan sebagainya.

Ulam-ulaman Rempah ratus Dahulu, Tanah Melayu dijajah oleh barat. Barat mengkehendaki Tanah Melayu kerana kawasan pelabuhan yang strategik. selain itu, barat amat tertarik dengan hasil buminya. Salah satu hasil bumi atau hutan yang amat berharga ialah rempah ratus. Rempah ratus amat berguna dalam menyedapkan rasa makanan, mamanaskan badan dan juga bau yang dapat menenangkan fikiran.

SCE 3103 Meneroka Bahan

Rempah ratus di Malaysia Getah Nama saintifik bagi getah ialah Hevea Brasiliensis. Ia merupakan sejenistanaman yang boleh hidup dikawasan 1000 km utara dengan 1000 km selatan khatulistiwa. Pokok getah memerlukan hujan sebanyak 180 sm - 250 sm setahun. Ia juga memerlukan suhu diantara 25 - 30 darjah Celcius .Ketinggian tanah dari paras muka laut yang boleh ditanam dengan getah ialah 500meter. Semakin tinggi getah ditanam semakin berkurangan perolehan hasil dan kecergasan pertumbuhannya. Keperluan tanah yang sesuai untuk tanam getah ialah jenis lom yang mempunyai saliran yang bebas, tidak masin, tidak masamatau sentiasa banjir.Pokok getah ialah jenis pokok saka dan ketinggiannya boleh mencapai 18 meter. Umur pokok getah yang ekonomik ialah diantara 20 hingga 30 tahun. Pokok getah menghasilkan lateks (getah asli) yang penting dalam industri tayar dan lain-lain industri berasaskan getah. Selain daripada itu, kayunya adalah terdiri daripada jenis separuh keras dan boleh dijadikan perabut. Pokok getah mampu mencapai ketinggian melebihi 18meter . Lateks putih atau kuning terhasil dalam salur lateks pada kulit pokok, terutamanya pada floem luar. Saluran ini berpilin naik pada batang pokok menurut pusingan ke kanan yang membentuk 30 darjah pada ufuk. Kegunaan Getah digunakan untuk membuat tayar kereta, tayar kapal terbang, hos pengalih haba, pegas,pengelap cermin kereta, sisip pengadang lumpur, alas lantai kereta dan alas bateri. Landasan keretapi menggunakan pelapik getah untuk mengurangkan gegaran dan geselan.Jambatan di kebanyakan lebuh raya menggunakan lapik getah untuk mengurangkan gegarandan perubahan suhu. Di pelabuhan, getah digunakan untuk pelapik dermaga agar dermaga tidak bergegar .Di Jepun yang selalu menghadapi masalah gempa bumi, getah diletakkan di bawah bangunan agar gegaran dapat dikurangkan dan tidak mudah runtuh. Lain-lain barangan ialah tilam, sarung tangan, hos, permaidani, tikar getah dan kasut. Jaket dan but keselamatan juga diperbuat daripada getah.Kini kayu getah amat menarik perhatian kerana berwarna putih cerah dan garisan halus yang timbul. Banyak perkakas di rumah dan perabot menggunakan kayu getah. Tidak kurang 50,000 jenis barangan dibuat daripada getah.

SCE 3103 Meneroka Bahan

Bahan Buatan
Bahan bahan buatan manusia atau dikenali sebagai bahan semula jadi yang telah diproses, adalah bahan bahan yang diperbuat oleh manusia. Sebahagian besarnya datang daripada petroleum. Petroleum ialah bahan semula jadi. Plastik, kain sintetik (seperti nilon, rayon, poliester, acrilik) dan kaca adalah bahan buatan manusia. Sifat-sifat bahan buatan adalah seperti berikut: Tahan Lasak Ringan Kukuh Reka bentuk untuk fleksibiliti Tidak mengurai dan didegradasikan dengan mudah Ia biasanya dibuat daripada beberapa bahan semula jadi Boleh diwujudkan oleh proses fizikal dan kimia Bahan Buatan Contoh Pewter / Cenderahati Besi keluli tahan karat getah stirena butadiena nilon botol yang di perbuat daripada kapur seramik Komposisi bahan semula jadi 97% timah dan 3% antimoni 74% besi, 18% kromium, 8% nickel stirena butadiena diamina, asid dikarboksilik pekat pasir(silikon dioksida) tanah liat (aluminium oksida, silikon dioksida, pasir, felspar) gas nitrogen dan hidrogen Sulfur, oksigen, air lemak haiwan dan minyak sayuran petroleum Ciri-ciri Tidak mengakis, berkilat, menarik Tidak karat, keras, kuat Boleh dibentuk di bawah haba dan tekanan yang kuat dan ringan Murah, kuat dan sangat tahan lasak Mudah dibuat acuan dan dibentuk, telus, takat lebur yang rendah penebat elektrik dan haba yang baik, lengai kepada bahan kimia, keras dan kukuh tetapi rapuh tanpa warna, pedas(pungent) sangat larut dalam air, tidak terbakar dalam udara asid pekat, tidak meruap, menghakis agen pembersihan dalam air lembut agen pembersihan dalam air lembut dan keras

Aloi

Plastik

Bahan komposit

Ammonia Bahan kimia perindustrian Asid Sulfurik Sabun Sabun dan detergen Detergen

Kegunaan bahan-bahan buatan dan sifat-sifatnya

SCE 3103 Meneroka Bahan

Aloi
Aloi Keluli berkarbon Komposisi 99% besi 1% karbon Keluli nirkarat 74% besi 18% kromium 8% nikel Loyang 70% kuprum 30% zink Gangsa 90% kuprum 10% timah Piuter 91% timah 7% antimoni 2% kuprum Duralumin 95% aluminium 4% kuprum 1% magnesium dan sedikit logam lain Ringan, keras, tidak mudah terhakis Membuat rangka kapal terbang, basikal lumba Dapat ditempa, mulur, berkilat selepas digosok Keras, tidak berkarat, berkilat Keras, tidak berkarat Membuat barang hiasan, loceng Mebuat pingat, syiling satu sen Membuat barangan hiasan dan cenderamata Sifat istimewa Murah, keras, bentuknya tidak mudah diubah Tahan karat, keras Penggunaan Membuat jambatan, pahat, gunting Membuat alat dapur, alat pembedahan

Bahan Komposit Pada umumnya bentuk dasar suatu bahan komposit adalah tunggal dimana merupakan susunan dari paling tidak terdapat dua unsur yang bekerja bersama untuk menghasilkan sifat-sifat bahan yang berbeda terhadap sifat-sifat unsur bahan penyusunnya. Dalam praktiknya komposit terdiridari suatu bahan utama (matrik - matrix) dan suatu jenis penguatan (reinforcement) yang ditambahkan untuk meningkatkan kekuatan dan kekakuan matrik. Penguatan ini biasanya dalam bentuk serat (fibre, fiber). Secara umum, sifat-sifat komposit ditentukan oleh: 1. Sifat-sifat serat

2. Sifat-sifat resin 3. Rasio serat terhadap resin dalam komposit (Fraksi Volume Serat Fibre Volume Fraction) 4. Geometri dan orientasi serat pada komposit Bahan komposit dibentuk pada saat yang sama ketika struktur tersebut dibuat. Hal ini bererti bahawa orang yang membuat struktur menciptakan sifat-sifat bahan komposit yang

SCE 3103 Meneroka Bahan

dihasilkan,dan juga proses manufaktur yang digunakan biadanya merupakan bagian yang kritikal yang berperanan menentukan kinerja struktur yang dihasilkan. Pembebanan Terdapat empat beban langsung utama dimana setiap bahan dalam suatu struktur harus menahannya: tarik, tekan, geser/lintang dan lentur Reaksi komposit terhadap beban tarik sangat tergantung pada sifat kekakuan dan kekuatan tarik dari serat penguat, dimana jauh lebih tinggi dibandingkan dengan resinnya.. Di sini sifat daya rekat dan kekakuan dari sistem resin adalah penting, sebagaimana resin menjaga serat sebagaikolom lurus dan menjaganya dari tekukan (buckling)Geser/LintangGambar dibawah ini memperlihatkan suatu komposit dikenakan beban geser. Beban ini mencuba untuk meluncurkan setiap lapisan seratnya. Dibawah beban geser resin memainkan peranan utama, memindahkan tegangan melintang komposit. Untuk membuat komposit tahan terhadap beban geser, unsur resin harus tidak hanya mempunyai sifat-sifat mekanis yang baik tetapi jugadaya rekat yang tinggi terhadap serat penguat. Lenturan Beban lentur sebetulnya merupakan kombinasi beban tarik, tekan dan geseran. Ketika beban sepertidiperlihatkan, bahagian atas terjadi tekan, bahagian bawah terjadi tarik dan bahagian tengah lapisan terjadi geseran. Bahan Sintetik Polimer ialah sejenis bahan yang mengandungi rantaian molekul panjang dan besar. Molekul-molekul ini juga disebut sebagai monomer. Sintetik pula bermaksud bahan yang dibuat (direka) oleh manusia dengan menggunakan sumber asli seperti petroleum. Polimer Sintetik [Synthetic Polymer] bermaksud polimer yang dibuat oleh manusia. Ia dibuat dengan menggunakan proses pempolimeran. Getah sintetik dan plastik merupakan 2 jenis polimer sintetik yang penting di negara kita. Getah sintetik Getah Sintetik[Synthetic Rubber] ialah getah yang hampir serupa dengan getah asli. Ia bukan berasal dari pokok getah. Bahan yang dibuat dari bahan petrokimia (bahan petroleuml) ini adalah lebih keras, lebih kenyal dan tahan terhadap haba dan kimia. Nampak gaya ianya lebih baik dari getah asli. Satu persaingan bagi industri getah kita. Walau bagaimanapun ianya sangat mahal dan hanya mempunyai kegunaan yang tersendiri [specific usage] seperti digunakan untuk membuat tayar dan hos.

SCE 3103 Meneroka Bahan

Perbezaan getah asli dan getah sintetik GETAH SINTETIK PERSAMAAN -Jenis polimer dan sebatian karbon GETAH SINTETIK Sintetik Tahan Baik Kuat Rendah Tinggi Boleh divulkan Plastik Istilah plastik merangkumi produk polimer sintetik atau semi-sintetik. Iaterbentuk daripada kondensasi organik atau penambahan polimer dan boleh juga terdiri daripada bahan lain untuk meningkatkan ketahanan atauekonomi. Ada beberapa polimer alami yang termasuk plastik. Plastik dapat dibentuk menjadi filem atau gentian sintetik. Nama ini berasal daripada faktabahawa banyak daripada mereka dapat dilentur, memiliki sifat keplastikan.Plastik direka dengan kepelbagaian yang sangat banyak dalam ciri-ciri yangdapat menahan panas, keras, kebergantungan dan lain-lain. Digabungkan dengan kemampuan adaptasinya, komposisi yang umum dan beratnya yang ringan memastikan plastik digunakan hampir di seluruh bidang industri.Plastik dapat juga menuju ke setiap barang yang memiliki ciri-ciri yangdeformasi atau gagal kerana ketegangan. Plastik dapat dikategorikan dengan banyak cara tapi paling umum dengan melihat tulang-belakang polimernya (vinilklorida}, polietilena, akrilik, silikon,uretana, dll.). Pengkelasan lainnya juga umum. Plastik adalah polimer; rantaipanjang atom mengikat satu sama lain. Rantaiini membentuk banyak unit molekul berulang, atau "monomer". Plastik yangumum terdiri dari polimer karbon saja atau dengan oksigen, nitrogen, klorin atau belerang di tulang belakang. (beberapa minat komersial juga berdasarsilikon). Tulang-belakang adalah bahagian daripada rantai di jalur utama yang menghubungkan unit monomer menjadi satu. Untuk mengetahui ciri-ciri plastik kumpulan molekul berlainan bergantung daripada tulang belakang(biasanya "digantung" sebagai baghaian dari monomer sebelum menyambungkan monomer bersama untuk membentuk rantai polimer).Penghasilan oleh kumpulan rantaian ini telah membuat plastik menjadi bahagian tak dapat dipisahkan dalam kehidupan abad ke-21 dengan memperbaiki ciri daripada polimer tersebut. PERBEZAAN Jenis polimer Suhu tinggi Ketelapan terhadap air dan gas Tindakan dgn alkali dan asid Kebolehan menyerap Tekanan, getaran dan bunyi Kesan haba dalaman Pemvulkanan GETAH ASLI Semulajadi Terurai menjadi cecair Kurang baik Lemah Tinggi Rendah Mudah divulkan GETAH ASLI

SCE 3103 Meneroka Bahan

Sifat plastik adalah sama dengan bahan plastik iaitu mudah dibentuk dan dilenturkan. Keluarga plastik juga merupakan bahan-bahan yang dibuat dari bahan petrokimia. Keluarga plastik terbahagi kepada 2 jenis. Termoplastik [Thermo Plastic] dan Plastik Termoset [Thermoset Plastic]. Jadual berikut memuatkan maklumat tentang kedua-dua jenis plastik ini. PLASTIK TERMOSET

JENIS PLASTIK

TERMOPLASTIK

Boleh diacu (dibentuk) berulang SIFAT kali melalui proses pemanasan dan penyejukan. Tidak tahan haba.

Boleh diacu hanya sekali sahaja. Tahan haba.

Bakelit untuk Politena untuk membuat beg plastik. CONTOH (KEGUNAAN) Polisterina untuk membuat bekas makanan sejuk (Ta Pau). Polivinil Klorida/PVC untuk membuat paip air. membuat soket elektrik. Melamina untuk membuat pinggan mangkuk. Gam Epoksi untuk membuat gam industri.

PERBANDINGAN ANTARA TERMOPLASTIK DAN PLASTIK TERMOSET

TERMOPLASTIK

PLASTIK TERMOSET
PERSAMAAN

Polimer sintetik dan penebat elektrik yg baik TERMOPLASTIK Lembut bila dipanaskan dan keras bila disejukkan Berulang kali Rantai polimer boleh menggelongsor dgn mudah Tiada PERBEZAAN Tindakan Haba Bilangan Diacukan Kebolehan Menggelongsor Rangkai silang PLASTIK TERMOSET Dilembutkan sekali sahaja bila dipanaskan Sekali sahaja Rangkai silang tidak boleh menggelongsor Terdapat diantara rantai polimer

SCE 3103 Meneroka Bahan

Politena, PVC, polistirena

Contoh

Bakelit,melamina, pelekat epoksi

PELBAGAI JENIS PLASTIK DAN KEGUNAANYA NAMA PLASTIK Polivinil klorida (PVC) Nilon Politena Polistirena Perspeks Polipropena Bakelit Melamina Pelekat epoksi KEGUNAANNYA Penebat elektrik, piring hitam,paip, botol Tekstil sintetik, tali, payung terjun Beg plastik, bekas makanan, baldi Bahan pembungkus, penebat haba Bumbung lutsinar, tingkap kapal terbang Botol plastik, permaidani Suis, palam,butang, komputer, telefon, peti televisyen Pinggan, mangkuk Pelekat, penebat elektrik

SCE 3103 Meneroka Bahan

RUJUKAN Anonymous. (2010, Ogos 3). Retrieved Ogos 4, 2011, from http://ms.wikipedia.org/wiki/Tembaga. Anonymous. (2011,Julai 12). Retrieved Ogos 2, 2011, fromhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tindak_balas_redoks.Glaunach. (2011). Compact Chemistry SPM. Selangor: Arah Pendidikan Sdn.Bhd.Utusan, P. (2005, Mei 11). Retrieved Ogos 1, 2011, fromhttp://202.190.126.85/tutor/arkib2002.asp?e=SPM&s=KIM&b=MAC&m=3&r=m&i=NOTA.Z, A. t. (2005, ogos 20). Retrieved Ogos 3, 2011, fromhttp://www.azom.com/article.aspx?ArticleID=2873. Phang Wien Ho et al. A Guide to the Botanic Gardens Jungle. Pusat SainsSingapura (1983).ISBN 9971-88-010-5. Teknologi Dan Penguruan Getah -RISDANov/2008

http://www.scribd.com/doc/51700738/aloi http://www.scribd.com/doc/61992095/PRAKTIKAL-2-ALOI http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahan_semula_jadi http://imzaroncikgusains.blogspot.com/2011/08/bahan-semulajadi-dan-bahan-buatan.html http://www.scribd.com/doc/61349478/Pokok-getah http://www.scribd.com/doc/53705987/Get-Ah http://www.scribd.com/doc/59744720/ciri-emas http://www.scribd.com/doc/45729226/Modul-Bahan-Buatan-Dalam-Industri

You might also like