You are on page 1of 13

Proses Berfikir: Peta Pemikiran: Bentuk:

Mendefinisikan Mengikut Konteks Peta Bulatan

Langkah Membina Peta Bulatan 1. Lukiskan sebuah bulatan kecil di bahagian tengah. 2. Lukiskan sebuah bulatan yang lebih besar mengelilingi bulatan kecil tersebut. 3. Soalan utama: Apakah topik utama yang hendak diperihalkan/dibincangkan? Bagaimana anda mendefinisi sesuatu perkara atau idea? (i) (ii) Tuliskan topik utama yang ingin diperkenalkan dalam bulatan kecil tersebut. Isikan bahagian dalam bulatan besar dengan segala maklumat berkaitan dengan topik tersebut untuk menjana idea (proses sumbangsaran).

4. Kata kunci: Senaraikan, Definisikan, Beritahu apa yang anda tahu tentang..., Sumbangsaran, Kenal pasti, Kaitkan dengan pengetahuan sedia ada anda, Perihalkan, Teroka maksud ... 5. Lukis bingkai di bahagian luar bulatan besar untuk menyatakan sumber rujukan atau sudut pandangan daripada pelbagai pihak.

6. Segi empat yang merangkumi keseluruhan peta adalah Bingkai rujukan yang diguna untuk menjawab bagaimana saya tahu tentang perkara ini? 7. Penggunaan: Sumbangsaran untuk peringkat permulaan penulisan, mendefinisikan perkataan, mengenal pasti pendapat penulis dan pembaca

Proses Berfikir:

Memerihalkan Kualiti Penerangan Menggunakan Kata/ Frasa Adjektif Peta Buih

Peta Pemikiran: Bentuk:

Langkah Membina Peta Buih 1. Lukiskan sebuah bulatan di bahagian tengah. 2. Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya. 3. Soalan utama: Apakah topik utama yang hendak diperihalkan/dibincangkan? Bagaimana anda memerihalkan perkara ini? Apakah adjektif / kata sifat untuk memerihalkan perkara tersebut? (i) (ii) Isikan atau labelkan topik utama di dalam bulatan di bahagian tengah tersebut. Isikan bulatan dengan adjektif / kata sifat bagi topik tersebut. Sambungkan semua bulatan tersebut dengan topik utama menggunakan garis lurus.

4. Kata kunci: Perihalkan perasaan, membuat pemerhatian menggunakan deria. Contoh: Kata Adjektif cantik, baik hati, periang, pandai, pendiam, cemburu, malas
3

Frasa Adjektif- bertelinga besar, berion positif, bersisik tebal. 5. Penggunaan: Memerihalkan sesuatu, mengenal pasti kualiti/ciri sesuatu. Peta buih meningkatkan keupayaan untuk mengenal pasti kualiti dan perkataan untuk memerihalkan. Esei deskriptif/pemerihalan.

Proses Berfikir: Peta Pemikiran: Bentuk:

Membanding Beza Peta Buih Berganda

Langkah Membina Peta Buih Berganda 1. Lukiskan 2 bulatan (berwarna biru dan merah). 2. Soalan utama: Apakah 2 topik utama yang hendak diperihalkan/dibincangkan? Apakah sama dan apakah yang berbeza antara dua perkara yang dikenal pasti? (i) (ii) (iii) (iv) Di dua bulatan tulis 2 topik (objek / idea) yang ingin dibandingkan. Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya termasuklah antara 2 bulatan utama. Sambungkan semua bulatan dengan 2 topik utama menggunakan garis lurus. Bagi bulatan yang berada di antara 2 topik, isikan dengan perkataan yang mewakili persamaan.
5

(v) (vi)

Isikan semua perbezaan di dalam bulatan di luar (yang hanya bersambung dengan 1 topik sahaja). Peta ini juga boleh digunakan untuk menujukkan persamaan sahaja atau perbezaan sahaja.

3. Kata kunci: bandingkan/bezakan, bincangkan kesamaan dan perbezaan, bezakan antara. 4. Penggunaan: Alat untuk membanding dan membezakan dua perkara. Esei untuk membandingkan.

Proses Berfikir: Peta Pemikiran:

Membuat Pengkelasan Peta Pokok

Bentuk:

Langkah Membina Peta Pokok 1. Soalan utama: Apakah topik utama yang hendak diperihalkan/dibincangkan? Apakah idea utama, idea yang menyokong, maklumat yang terperinci? (i) (ii) (iii) (iv) (v) Tuliskan tajuk/topik utama di bahagian atas dan gariskannya. Lukiskan garisan untuk mengasingkan topik utama kepada beberapa kumpulan/kategori. Tuliskan setiap kategori pada setiap cabang pengelasan. Senaraikan contoh/penjelasan bagi setiap kategori. Gariskan setiap contoh yang ditulis

2. Kata kunci: Kelaskan, letakkan dalam kumpulan (group), kategorikan, berikan perincian yang berkaitan dan mencukupi.
7

3. Penggunaan: Esei yang meyakinkan (persuasive esei)

Proses Berfikir: Peta Pemikiran: Bentuk:

Hubungan Seluruh-Bahagian Peta Dakap

Langkah Membina Peta Dakap 1. Soalan utama: Apakah bahagian dan bahagian/komponen yang lebih kecil (subbahagian) sesuatu perkara/objek? (i) (ii) (iii) (iv) Tuliskan nama objek (seluruhnya) di garis sebelah kiri. Tuliskan bahagian/komponen utama dalam ruang dakap pertama Tuliskan bahagian/komponen yang lebih kecil dalam ruang dakap kedua. Lukiskan ( { ) untuk menggabungkan / menyatukan objek dan komponennya.

2. Kata kunci: Sebahagian daripada, leraikan/pecahkan, tunjukkan struktur/ bahagian/komponen yang lebih kecil 3. Penggunaan: mengkaji / menganalisis objek fizikal/maujud, anatomi, geografi. Penulisan teknikal.

Proses Berfikir: Peta Pemikiran: Bentuk:

Urutan Peta Alir

Langkah Membina Peta Alir 1. Soalan utama: Apa yang berlaku? Apakah urutan peristiwa/proses? Apakah substages? 2. Tuliskan setiap peristiwa/langkah utama dalam kotak yang besar, bermula dengan kotak di sebelah kiri. Lukiskan kotak yang kedua dan isikan dengan langkah seterusnya. Lukiskan anak panah mengarah ke sebelah kanan. 3. Sekiranya terdapat penerangan lanjut, lukis kotak kecil di bawah langkah utama berkenaan dan tuliskan penerangan berkaitan. Teruskan sehingga tamat peristiwa/proses yang ingin diterangkan. 4. Kata kunci: Tentukan urutan, susun, letakkan dalam susunan, ceritakan semula, apa berlaku seterusnya, kitaran, pola, terangkan proses, perihalkan perubahan, selesaikan masalah multi-step.

1 0

5. Penggunaan: Merangka sebuah cerita, menunjukkan urutan peristiwa bersejarah, menyusun perenggan suatu penulisan, langkah menyelesaikan masalah matematik. Penulisan naratif.

1 1

Proses Berfikir: Peta Pemikiran: Bentuk:

Sebab dan Akibat, Masalah dan Penyelesaian Peta Pelbagai Alir

Langkah Membina Peta Pelbagai Alir 1. Digunakan untuk menerangkan analisis sebab dan akibat/kesan. 2. Soalan utama: Apakah penyebab dan akibat/kesan sesuatu peristiwa? Apa mungkin berlaku seterusnya?

3. Lukiskan kotak di bahagian tengah dan tuliskan peristiwa yang dikaji. 4. Di sebelah kiri rajah, tuliskan sebab-sebab berlakunya peristiwa tersebut dalam kotak berasingan. 5. Sambungkan setiap sebab dengan anak panah mengarah kepada peristiwa. 6. Tuliskan beberapa kesan daripada peristiwa tersebut dalam kotak di sebelah kanan. 7. Lukis anak panah mengarah ke kotak sebelah kanan. 8. Peta ini juga boleh digunakan untuk menerangkan sebab atau kesan sahaja. 9. Kata kunci: Sebab dan akibat/kesan, Bincangkan kesan, Apa mungkin berlaku sekiranya, ramalkan, terangkan perubahan, kenal pasti motif, bincangkan strategi
1 2

10. Penggunaan: menunjukkan dan menganalisis perkaitan/hubungan sebab dan akibat. Penggunaan sebahagian dari peta membolehkan ramalan/jangkaan dibuat. Proses Berfikir: Penghubung) Peta Pemikiran: Bentuk: Melihat Analogi (Hubungan yang Sama, Mencari Faktor Peta Titi

Langkah Membina Peta Titi 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Soalan utama: Apakah analogi yang sedang digunakan? Lukiskan sebuah garisan di bahagian kiri dan tulis di atas garis tersebut faktor penghubung (relating factor, RF). Lukis dua garis yang disambungkan oleh titi ( ).

Di sebelah kiri titi (bahagian atas dan bawah garis), tuliskan pasangan perkataan pertama yang mempunyai hubungan/perkaitan yang dikenal pasti. Di sebelah kanan titi (bahagian atas dan bawah garis), tuliskan pasangan perkataan kedua yang mempunyai hubungan/perkaitan yang sama. Sambungkan pasangan seterusnya sehingga tamat. Sentiasa meletakkan as yang bererti sama seperti pada peta titi. Kata kunci: Kenal pasti perkaitan/hubungan, takrifkan simbol Penggunaan: mengenal pasti kesamaan antara hubungan/perkaitan. RF adalah frasa setara yang menunjukkan bagaimana perkataan-perkataan berkait (analogi). Peta titi seharusnya boleh dibaca sebagai satu ayat yang lengkap. Menaakul dengan membuat analogi.
1 3

You might also like