You are on page 1of 15

1

INPUT
i. Konsep dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK);

ii. Faktor-faktor pembentukan FPK;

iii. Elemen-elemen dalam FPK;

iv. Peranan sekolah dalam merealisasikan FPK;

v. Implikasi FPK terhadap sistem pendidikan negara; dan

vi. Rumusan/cadangan.
2

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”.

1.0 PENGENALAN

Idea penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dicetuskan pada


tahun 1979 setelah penerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji
Pelaksanaan Dasar Kebangsaan. FPK yang dahulunya dikenali sebagai
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal sembilan tahun kemudiannya
dicermin berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan berlandaskan ketiga-tiga
ideologi negara, iaitu; Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru (Rancangan Malaysia
Ketiga pada 1976-1980) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1999).
Penggubalan FPK oleh pakar-pakar pendidikan digubal secara teliti dan
mengambil berat tentang keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara.

FPK digambarkan sebagai medium penghasilan produk (anak-anak


murid) yang menepati citarasa masyarakat dan hasrat negara seperti berikut :
3

2.0 KONSEP DAN MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


(FPK)

2.1 Konsep Falsafah Pendididkan Kebangsaan (FPK)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan berasal daripada tiga leksikon asas, iaitu


falsafah, pendidikan dan kebangsaan. Leksikal “falsafah” berasal daripada dua
perkataan Yunani, iaitu; philos dan Sophia. Philos bermakna mencintai manakala
Sophia diertikan sebagai kebijaksanaan. Definisi falsafah dilihat daripada tiga
penjuru, iaitu; etimologi (bahasa), terminologi (istilah) dan praktikal. Para ahli
falsafah mendefinisikan falsafah sebagai satu landasan yang sempurna bagi
cetusan dan penjanaan deretan idea baharu dalam variasi bidang dan disiplin ke
arah perkembangan manusia.

E.D Miller dalam bukunya Questions That Matter (1984) mengujarkan


falasafah sebagai usaha berfikir secara rasional dan kritis terhadap variasi item.
Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya falsafah Pendidikan (1984 )
meletakkan falsafah sebagai pertimbangan asas dan andaian berkenaan
pertimbangan terhadap perkara yang penting. Kesimpulannya, falsafah dapat
diertikan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas
yang dihasilkan menerusi kajian secara saintifik, sistematik, dan diterima umum.

Asal usul leksikal “pendidikan” adalah daripada morfem bebas Latin,


educare yang bermaksud “memelihara atau mengasuh”. Definisi pemajmukan
leksikal “Falsafah Pendidikan” diertikan oleh Yusuf al-Qardawi (1980) sebagai
“Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati, dan rohani,
jasmani, akhlak, dan tingkah laku. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia
hidup dalam masyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatan,
kemanisan dan kepahitan”. Jelaslah bahawa falsafah pendidikan bertindak
sebagai medium pembentukan insan yang mulia memandangkan falsafah
melibatkan dua cakuman utama, iaitu teologi dan sains (Russel, 1946).
4

“Kebangsaan” secara generalnya diertikan sebagai sesuatu yang


universal, dan ditimbalbalikkan dengan negara secara keseluruhannya. Falsafah
Pendidikan Kebangsaan merujuk keempat-empat cabang falsafah, yakni
metafizik/ontologi (teori kejadian), aksiologi (teori nilai), epistomologi (teori ilmu)
dan logik.

Kajian definisi dan kelompok rujukan cabang berkenaan menghasilkan


Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi rujukan para guru dalam
merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada negara
Malaysia yang rancak membangun. Falsafah ini turut memberi pedoman dan
inspirasi kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam atau di luar
institusi pendidikan.

2.2 Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

FPK menggariskan kesemua leksikon, pemikiran dan prinsip berkaitan bidang


pendidikan di Malaysia. Panduan peraturan ini menggabungkan matlamat,
dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan
yang tekal (tidak bersifat nisbi atau berubah-ubah), jelas dan logik. Misalnya,
“...ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi...”. Gabungan kesemua item tersebut berkemampuan menghasilkan
masyarakat yang dihasratkan oleh negara Malaysia.

Kedua, FPK menjelaskan norma-norma kedinamikan pendidikan terkini


secara rasional serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1982). Misalnya, barisan sintaksis
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah...”. Perkataan
“berterusan” menunjukkan bahawa sistem pendidikan tidak terhenti sebegitu
sahaja, malahan berlangsung secara tekal dan dapat membuktikan kedinamikan
5

pendidikan berdasarkan keperluan individu, masyarakat dan negara dari semasa


ke semasa.

Ketiga, FPK menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada
semua rancangan dalam bidang pendidikan. Misalnya, “...bertujuan melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, ...”. Barisan morfem bebas inilah yang bertindak sebagai penentuan
kurikulum, ko-kurikulum dan citra guru yang diharap-harapkan. Variasi usaha
pendidikan yang sedia ada, direformasi secara mudah dan dilaksanakan ke arah
mencapai Matlamat Pendidikan Negara dengan merujuk FPK tersebut.

Keempat, FPK bertindak sebagai medium perealisasian misi Kementerian


Pelajaran Malaysia (KPM); iaitu membangunkan sistem pendidikan yang
berkualiti dan bertaraf dunia dan memenuhi aspirasi negara kita. FPK menjadi
rujukan para guru, para penggubal kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah,
lanjutan penghasilan falsafah baharu umpamanya Falsafah Pendidikan Guru
(FPG) yang menghasratkan ciri-ciri guru yang dihasratkan dan sebagainya.
6

3.0 FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN


KEBANGSAAN (FPK)

3.1 Pengenalan

Pembentukan FPK merujuk variasi faktor yang perlu dipertimbang


memandangkan Malaysia merupakan salah sebuah negara yang majmuk
bangsanya. Satu keselarasan entiti perlu dirancang secara teliti oleh pakar-pakar
pendidikan agar tidak muncul perbalahan dan kekangan yang muncul di
kemudian hari.

3.2 Faktor-faktor penyumbang kepada pembentukan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan (FPK)

Faktor pembentukan FPK terdiri daripada enam faktor; iaitu agama, sosial,
politik, ekonomi, individu dan sejagat. Terminologi syumul berkenaan keenam-
enam faktor tersebut dipaparkan jalinannya seperti berikut;

3.2.1 Faktor agama

Pertama ialah faktor agama yang dianuti oleh para manusia di Malaysia.
Agama Islam diklasifikasi sebagai agama rasmi di negara ini. Deretan
kepercayaan lain dianuti secara bebas berdasarkan akta dan undang-undang
negara. Agama Islam menjadi rujukan kepada pertimbangan asas dalam FPK.
Unsur agama tersebut dapat dihayati di dalam pernyataan “...mewujudkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan...”.

3.2.2 Faktor sosial

Kedua ialah faktor sosial yang meliputi hierarki dan struktur masyarakat
setempat serta kebudayaannya. Keharmonian masyarakat sekeliling bergantung
7

kepada variasi amalan mahmudah (mulia) umpamanya toleransi, bekerjasama,


hormat menghormati dan sebagainya demi penghasilan keadaaan sosial yang
stabil. Tujuan ini jelas terpancar di dalam pernyataan falsafah berkenaan, iaitu
“...memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara”.

3.2.3 Faktor politik

Ketiga, ialah faktor politik yang menentukan ideologi negara lantas


mempengaruhi dasar pendidikan. Matlamat pencapaian perpaduan kaum
menjadi asas pembentukan FPK yang berlandaskan Rukun Negara, Dasar
Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

3.2.4 Faktor ekonomi

Keempat, ialah faktor ekonomi yang mempengaruhi pembangunan dan


kemajuan negara. Rakyat Malaysia terlatih dalam variasi kemahiran yang dapat
membantu negara memperkembang ekonomi menerusi peningkatan daya
pengeluarannya. Maka, sekolah teknik dan vokasional turut diwujudkan demi
penghasilan masyarakat yang beridentiti tinggi seiring pembangunan negara.
Kenyataan ini dijelaskan secara luaran tetapi mendukung hasrat yang tinggi, iaitu
“...memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara”.

3.2.5 Faktor individu

Kelima, ialah faktor individu yang dikaitkan dengan keperluan-keperluan


individual seperti keselamatan, perkembangan potensi dan penyempurnaan
kendiri. Potensi individu diperkembang menerusi pendidikan yang meliputi
aspek-aspek J-E-R-I (jasmani, emosi, rohani dan intelek). Pernyataan ini jelas
terpampang di dalam ayat pertama FPK
8

3.2.6 Faktor sejagat

Keenam, ialah faktor sejagat yang menitik berat pandangan dan visi
sedunia, perkembangan pendidikan antarabangsa dan keupayaan warganegara
memberi sumbangan ke arah yang dapat membawa persefahaman
antarabangsa. Pengenalan idea-idea pendidikan tika seminar pendidikan
antarabangsa turut mempengaruhi falsafah pendidikan di negara ini. Misalnya,
program pendemokrasian pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan
pendidikan seumur hidup dirancangkan oleh UNESCO yang dirancang pada
tahun 1980 telah dimanifestasikan dalam pernyataan FPK sebagai “Pendidikan
di Malaysia adalah satu usaha berterusan...”

Keenam-enam faktor pembentukan FPK ini menjadi disiplin ke arah


pembentukan peraturan yang menjadi prinsip yang seharusnya diamalkan para
pendidik dan sebagainya.
9

4.0 ELEMEN-ELEMEN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


(FPK)

4.1 Pengenalan

Barisan elemen dalam FPK merujuk ketiga-tiga ideologi negara, iaitu Rukun
Negara, DEB dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1999) dan keempat-empat
cabang falsafah pendidikan, iaitu; metafizik, aksiologi, epistomologi dan logik.
FPK mendukung 17 elemen yang diklasifikan sebagai satu aspek yang
dipandang serius.

4.2 Elemen-elemen FPK dan cabang rujukan falsafah

Berikut merupakan elemen-elemen dalam FPK dan rujukan dalam cabang


falsafah :

Jadual 1 : Jaduan elemen FPK dan rujukan cabang falsafah

Bil. Cabang Elemen-elemen Implikasi


Falsafah
1 epistomologi pendidikan suatu usaha a. Pendidikan adalah suatu
berterusan proses pemerolehan dan
pemindahan ilmu, kemahiran
dan nilai murni;
b. Proses pendidikan yang
berterusan bagi membantu
individu menyesuaikan diri
dengan pelbagai perubahan.
2 metafizik perkembangan potensi a. Setiap individu telah diberkati
individu Tuhan dengan bakat, potensi
dan kebolehan yang mungkin
terpendam dan perlu dicungkil;
b. Pendidikan seharusnya
memberi peluang individu
untuk berkembang bakat,
potensi dan kebolehan mereka
menerusi interaksi sosial
dengan orang lain dan
pragmatik.
3 metafizik perkembangan individu a. Bakat, potensi dan kebolehan
10

secara menyeluruh dan tidak boleh dikembangkan


bersepadu secara berasingan; sebaliknya
dihubungkait atau diselaraskan
bagi mengelakkan
pertentangan antara satu sama
lain;
b. Perkembangan dan
peningkatan seelok-eloknya
merangkumi empat aspek; iaitu
J-E-R-I.
4 epistomologi insan yang seimbang dan a. Keimbangan antara keempat-
harmonis empat aspek di atas akan
menghasilkan individu yang
mampu hidup secara harmonis
dengan diri dan orang lain;
b. Individu sedemikian memiliki
ketahanan untuk menghadapi
segala cabaran hidup serta
sanggup berhadapan dengan
apa jua masalah yang timbul.
5 metafizik unsur intelek a. Berkemahiran untuk berfikir
secara kreatif dan senantiasa
berusaha memperoleh dan
mengembang ilmu yang betul,
b. Sangup untuk berkongsi ilmu
dengan orang lain dan
persekitaran
(menyebarluaskan ilmu).
6 epistomologi unsur rohani a. Menyedari dan percaya kepada
Tuhan dan sentiasa bersyukur;
b. Berakhlak mulia dan berpegang
kepada nilai-nilai murni.
7 aksiologi unsur emosi a. Mempunyai emosi yang matang
dan stabil;
b. Mempunyai sifat kekitaan dan
perpaduan.
8 logik unsur jasmani a. Menyedari tentang kepentingan
kesihatan fizikal;
b. Mengembangkan bakat dan
kemahiran teknikal, manipulatif
dan sosial.
9 aksiologi kepercayaan dan kepatuhan a. Menyedari bahawa hukum dan
kepada Tuhan fenomena alam merupakan
peraturan yang ditetapkan oleh
Tuhan;
b. Menyedari dan insaf bahawa
individu bertanggungjawab
sepenuhnya ke atas segala
perbuatan dan tindakannya;
c. Mengamalkan segala ajaran
11

agama yang dianuti.


10 epistomologi rakyat Malaysia yang berilmu a. Cintai ilmu pengetahuan;
pengetahuan b. Berusaha memupuk budaya
ilmu dan budaya membaca;
c. Mempunyai fikiran yang luas
dan terbuka.
11 logik rakyat Malaysia yang a. Mempunyai kecekapan dan
berketerampilan kompetensi diri;
b. Berpandangan jauh dan
berinisiatif;
c. Memupuk pembawaan diri yang
baik.
12 aksiologi rakyat Malaysia yang a. Mempunyai perwatakan diri
berakhlak mulia yang baik;
b. Berpegang kepada nilai-nilai
murni dan moral sebagai prinsip
hidup.
13 logik rakyat Malaysia yang a. Boleh dipercayai;
bertanggungjawab b. Menjalankan tugas dengan
amanah, bersih dan cekap;
c. Berusaha untuk meningkatkan
diri, keluarga, masyarakat,
agama, bangsa dan negara.
14 aksiologi rakyat Malaysia yang a. Berfikiran waras dan berjiwa
berkeupayaan mencapai tenang;
kesejahteraan diri b. Mempunyai daya ketahanan
yang kuat untuk menghadapi
cabaran hidup.
15 logik rakyat Malaysia yang dapat a. Berusaha memupuk perpaduan
memberi sumbangan rakyat bermediumkan sifat
terhadap keharmonian dan toleransi, bertimbang rasa,
kemakmuran masyarakat dan kekitaan, hormat-menghormati
negara dan sebagainya;
b. Mempertahankan maruah diri,
profesion agama, bangsa dan
negara.
16 logik berkeupayaan mencapai a. Berdaya tahan fizikal dan
kesejahteraan diri mental yang mantap;
b. Berkebolehan mengharungi liku-
liku hidup yang kian mencabar
dari masa ke semasa.
17 logik sumbangan terhadap a. Bersemangat patriotik;
keharmonian dan b. Menjadikan Rukun Negara
kemakmuran keluarga, sebagai amalan hidup.
masyarakat dan negara
12

Deduktifnya, sistem pembelajaran dan pendidikan di Malaysia adalah


berpandukan keempat-empat cabang falsafah memandangkan kesemua aspek
yang dipandang serius sewajarnya diberi penekanan.

5.0 PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASISKAN FALSAFAH


PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Pelaksanaan FPK dipaparkan secara jelas menerusi paparan tanggungjawab


para pentadbir sekolah, para guru, penyediaan aktiviti kurikulum dan kokurikulum
di medium yang dinamakan ”sekolah”. Sekolah bertindak sebagai sarana
penghasilan produk (anak murid) seperti yang dihasratkan oleh variasi pihak
memandangkan mereka merupakan pemandu generasi pada masa yang bakal
tiba suatu hari nanti.

Pendidikan yang dihasilkan adalah menyeluruh dan bersepadu demi


peangplikasian ilmu yang diterima di sekolah ke dalam rutin seharian dapat
dipraktik para murid. Tambahan lagi, pendidikan ditafsirkan di dalam FPK
sebagai suatu sistem yang berterusan demi perkembangan potensi para murid
yang harmoni daripada variasi aspek tetapi masih berpandukan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan seperti yang tercatit jelas di dalam Rukun Negara.

Pendidikan sebegini (berdasarkan FPK) demi melahirkan sekelompok


masyarakat yang disemai nilai-nilai murni dan sivik yang mahmudah dan
senantiasa berusaha ke arah penyempurnaan diri seperti yang dirukuni fitrah
semulajadi insan. Rentetan kronologi ini bermotif pemberian sumbangan
terhadap kemakmuran variasi pihak.

Penilaian pengamalan falsafah ini diperspektif menerusi variasi penjuru;


yakni peranan pihak pengurusan dan organisasi, pengurusan prasarana –
kemudahan yang disediakan di sekolah dan amalan keceriaan, pelaksanaan
aktivti kurikulum dan kokurikulum serta lampiran program dan aktiviti yang
disediakan di setiap sarana FPK.
13

Penilaian sebegini mengimpak pelbagai kajian dilakukan di sekolah kajian


demi menilai peranan sekolah berkenaan merealisasikan hasrat yang
terkandung di dalam FPK menerusi beberapa pendekatan kajian. Umumnya,
kajian yang terlibat adalah berasaskan temu bual sama ada berstruktur atau
sebaliknya, pemerhatian menerusi senarai semak, dan borang soal selidik yang
diedarkan kepada sampel guru secara rawak. Analisis para respondan dibuat
menerusi kaedah statisitik deskriptif dengan total pendapatan frekuensi dan
peratusan.

6.0 IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) TERHADAP


SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

6.1 Pengenalan

FPK merupakan dokumentasi rasmi yang mencerminkan sistem pendidikan


negara Malaysia. Para guru perlulah berpegang kepada FPK tika menjalaskan
tanggungjawab profesional mereka agar matlamat pendidikan negara menjadi
suatu kenyataan. Ini memerulan penghayatan, pemahaman dan keprihatinan
para pendidik demi merealisasikan tujuan dan cita yang tersisip dalam
kandungannya.

FPK menyumbang implikasi terhadap sistem pendidikan negara ini;


umpamanya kurikulum, pendidik dan institusi pendidikan yang merujuk
perhubungan di antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam (ilmu
sains) dan manusia dengan Tuhan (ilmu teologi). Falsafah ini menjadi tunjang
kepada sistem pendidikan negara di Malaysia. Maka, semua perancangan dan
aktiviti pendidikan memancarkan pancaran nilai dan barisan prinsip yang
terkandung dalam FPK.
14

Pertama, FPK menyumbang implikasi terhadap kurikulum sekolah selaras


dengan cita dan tujuan FPN. Implikasi ini meliputi perubahan silibus berorientasi
program bersepadu, perubahan input pelajaran yang mengutamakan
penyerapan nilai murni, perubahan program pendidikan berorientasi pelahiran
yang seimbang dan harmonis, reformasi pendidikan berorientasi pendidikan
umum dan perubahan silibus yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam
bidang vokasional dan teknologi.

Kedua, FPK menekankan perubahan sikap pendidik dan profesional


ketika menjalankan tugas sejajar tujuan dan dasar FPK. Item ini melibatkan
perubahan sikap peribadi pendidik dengan pandangan dan visi yang positif serta
perubahan profesional menerusi pengubahan strategi dan teknik Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P) yang diterima audiens (para pelajar).

Ketiga, FPK menyumbang implikasi kepada institusi pendidikan.


Perubahan struktur dan organisasi sekolah ke arah pewujudan situasi yang
sesuai. Kenyataan ini meliputi perubahan infrastruktur supaya para pelajar
berpeluang mengembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu,
perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif demi pemupukan nilai-nilai
murni dalam jiwa pelajar dan perubahan iklim sekolah yang kondusif demi
pelahiran pelajar yang cintakan ilmu lantas membentuk budaya membaca dalam
kalangan mereka.

Jelaslah terbukti bahawa FPK menggariskan norma-norma yang


seharusnya diamalkan demi pelaksanaan sistem pendidikan yang cemerlang,
gemilang dan terbilang. Falsafah ini penting dalam penghasilan individu yang
dihasratkan negara Malaysia. Namun, sejauh manakah pelasanaan FPK
diaplikasi terhadap pembangunan dan perjalanan sesebuah sekolah?
15

7.0 RUMUSAN

Kolektifnya, pelaksanaan dan hasrat yang dilampirkan oleh pihak Kementerian


Pelajaran Malaysia (KPM) menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
adalah bermediumkan sekolah. Maka, perealisasian hasrat sedemikian perlu
ditekan dan diketengahkan ke dalam seantro aktiviti yang
dipertanggungjawabkan ke sekolah tersebut.

FPK merupakan dokumen rasmi dan menjadi rujukan variasi pihak


khususnya sekelompok insan yang terlibat dalam bidang pendidikan.
Pelaksanaan FPK di sekolah kajian adalah di tahap optimum dan boleh
diperbaiki dari semasa ke semasa.

You might also like