You are on page 1of 10

PENGISIAN AKTIVITI TEMA KELUARGA KURIKULUM

CATATAN

Langkah 1 (10 minit) TAJUK Keluarga Huda 1. Guru mempamerkan gambar ibu dan ayah kepada murid-murid sambil bersoal jawab. MASA 60 Minit 2. Murid mendengar guru menyanyi lagu Saya

Ilmu : Muzik Nilai : kasih sayang

Kad gambar Lagu Saya

Sayang Keluarga. Gabung jalin Sayang FOKUS Standard 2.1guru.Asas membaca dengan yang 3. Murid menyanyi bersama-sama kemahiran : sebutan Keluarga UTAMA Kandungan 4. Guru meminta murid menyebut namabetul. ibu Mendengar dan dan ayah (secara rawak). Standard Pembelajara n Langkah 2 (20 minit) 1. Guru meminta murid melekatkan kad suku Nilai : Lampiran 2 FOKUS Standard 4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam SAMPINGAN kata di papan hitam. kerjasama Kad suku kata Kandungan lagu melalui nyanyian secara didik hibur. 2. Murid membaca suku kata secara kelas 4.1.1 Menyebut seni kata lagu melalui nyanyian 3. Guru meminta murid membaca suku kata Pembelajara secara didik hibur. secara individu n (secara rawak). Pada akhir pelajaran murid dapat : Langkah 3 (10 minit) a. Membaca pelbagai perkataan secara mekanis dengan 1. Guru menyebut perkataan yang Nilai : yakin diri Lampiran 3 sebutan danberkaitan intonasi yang betul. dengan tajuk, murid diminta mengambil kad Kadnyanyian b. Menyebut dan memahami seni kata lagu melalui suku kata dan membentuk perkataan dengan gerak laku secara didik hibur. tersebut. perkataan Carta seni OBJEKTIF dengan bimbingan guru. Standard 2.1.3 Bertutur Mengeja dan membatang suku kata tertutup dengan betul.

2. Murid menampal perkataan tersebut di kata lagu Ibu PENGISIAN a. Ilmu : Sivik, Pendidikan Seni Visual dan Muzik papan hitam. Bapa Saya KURIKULUM b. KBT : Kecerdasan Pelbagai 3. Murid membaca perkataan secara kelas. c. EMK : Malaysia Negaraku : 6.0 (6.4) 4. Guru meminta murid membaca perkataan SISTEM secara individu (secara rawak). BAHASA Tatabahasa : kata nama am MEDIA Kad suku kata, kad perkataan, kad gambar dan lembaran kerja

5. Guru membimbing murid membaca seni kata lagu Ibu Bapa Saya yang dipamerkan.

Langkah 4 (20 minit) 1. Guru mengedarkan lembaran kerja dan meminta murid menggariskan suku kata yang betul. 2. Murid diminta menyatakan perasaan mereka terhadap ibu dan ayah mereka. Pengayaan : Murid melukis dan mewarna gambar ibu dan ayah mereka. Pemulihan : Guru membimbing murid menyiapkan lembaran kerja. KBT : Kecerdasan Pelbagai Kinestetik Ilmu : Pendidikan Seni dan Muzik Malaysia Negaraku Nilai : tekun dan Lampiran 4 berhati-hati Lembaran kerja

Cadangan-cadangan Untuk Penambahbaikan Terhadap Rancangan Pengajaran Harian dan Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Apa yang dipelajari oleh murid-murid, bukan bergantung kepada apa yang diajar tetapi bagaimana mereka diajar. Oleh itu, perhatian yang rapi hendaklah diberi kepada teori, pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang dipilih untuk menyampaikan bahan pengajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran adalah satu proses yang kompleks. Amat penting bagi seseorang guru mengambil kira beberapa perkara termasuk matlamat pendidikan, kurikulum mata pelajaran yang diajar, dan persekitaran pembelajaran. Terlebih dahulu, kita hendaklah mengenal pasti isi pelajaran yang hendak disampaikan berdasarkan kurikulum dan sukatan pelajaran mata pelajaran berkenaan. Kemudian, memikirkan pendekatan, strategi, kaedah, dan teknik yang sesuain dan selaras dengan keperluan, minat dan kebolehan murid-murid kelas tersebut. Strategi pengajaran menentukan pendekatan yang kita gunakan untuk mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Sehubungan itu, dalam setiap model pengajaran terkandung strategi-strategi yang boleh digunakan. Antaranya termasuk strategi langsung, tidak langsung, interaktif, eksperiential dan berdikari. Manakala secara am, kaedah pengajaran digunakan oleh guru-guru bertujuan untuk mereka membentuk persekitaran pembelajaran serta menyatakan secara khusus jenis aktiviti yang akan dilibatkan oleh guru dan murid. Berdasarkan pemerhatian yang saya lakukan terhadap pengajaran dan Rancangan Pengajaran Harian guru mata pelajaran Bahasa Melayu kelas 1 Elit di sekolah saya, terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki untuk membantu beliau mencapai objektif pengajaran dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik. Proses pengajaran dan pembelajaran dengan pengunaan strategi

pemusatan guru banyak digunakan oleh guru tersebut.Sepatutnya guru lebih fokus kepada penglibatan murid. Contohnya dalam langkah 1, guru telah memainkan peranan utama dengan melaksanakan segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid hanya bertindak sebagai orang yang mengikut arahan semata-mata. Murid tiada pergerakan secara fizikal. Pada pendapat saya, sepatutnya guru meminta murid mengambil gambar dan menunjukkan kepada kelas. Kemudian murid tersebut menampal gambar berkenaan di papan kapur, Sebelum gambar setiap ahli keluarga

ditunjukkan, adalah lebih menarik jika sekiranya guru menunjukkan beberapa keping gambar tunggal Keluarga Bahagia. Berdasarkan daripada gambar tersebut, guru boleh bersoal jawab dengan murid tentang watak-watak yang terdapat dalam gambar iaitu ayah, emak, datuk, nenek, abang, kakak, dan adik. Kemudian guru bolehlah mengaitkan gambar tersebut dengan ahli-ahli keluarga murid sendiri. Mengikut Teori Konstruktvisme iaitu satu teori yang berpusatkan pelajar, pelajar perlu bergerak secara aktif untuk memastikan mereka dapat memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru. Teori ini mengetengahkan pendapat bahawa pelajar mempelajari sesuatu itu berdasarkan pengalaman sedia ada mereka. Oleh yang demikian, guru perlu menyediakan aktiviti yang sesuai dengan pengalaman sedia ada pelajar serta dapat mengaitkan pengalaman itu dengan pembelajaran yang bakal diajar. Peranan guru dalam kelas hanyalah sebagai pemudah cara, pemantau, dan penggubal disiplin. Pendekatan ini biasanya akan membuahkan hasil yang baik kerana pelajar akan lebih memahami sesuatu perkara itu sekiranya mereka terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam proses pengajaran terutama untuk murid-murid Tahun 1, teknik latih tubi adalah satu cara yang paling berkesan untuk memantapkan daya ingatan pelajar. Mengikut Teori Mekanis/Behavioris yang dipelopori oleh Skinner, bahasa ialah satu proses prilaku dan mementingkan satu rangkaian turutan antara sebab dan kesan. Ia menganggap bahasa sebagai hasil gabungan rangsangan dan gerak balas yang bergantung kepada naluri manusia. Faktor persekitaran dianggap sebagai rangsangan dan tindak balas terhadap rangsangan itu dianggap sebagai pembelajaran. Teori ini menolak pendapat yang menghubungkan proses penghasilan bahasa dengan operasi mental. Teori ini juga memberi penekanan kepada bentuk-bentuk linguistik. Untuk memperolehi kemahiran bahasa, latihan dan latih-tubi perlu dijalankan secara kerap kerana kemahiran bahasa dilihat sebagai satu kebiasaan. Ini bermakna bahasa perlu dikuasai melalui proses pengulangan kerana teori ini beranggapan bahawa penguasaan bahasa ialah satu proses mekanis yang tidak melibatkan pemikiran atau daya mental. Oleh yang demikian, jika diteliti daripada Teori Mekanis ini, dapatlah disimpulkan bahawa teknik latih-tubi merupakan satu cara yang mudah dan berkesan untuk membolehkan murid-murid mengingati apa yang diajar.

Dalam langkah 2 Rancangan Pengajaran Harian ini, guru berkenaan tidak menekankan kepada teknik latih-tubi. Bagi memudahkan murid mengenal suku kata yang diajar,, guru seharusnya meminta murid menyebut suku kata tersebut berulang-ulang kali. Fokuskan kepada setiap murid di dalam kelas.. Minta murid menyebut secara individu dan menyoal murid secara rawak dengan meminta murid yang disebut namanya menyebut dan membunyikan suka kata pada kad suku kata. Beri peneguhan kepada murid-murid yang dapat membaca dengan betul. Semasa langkah 3, guru tidak memberi peluang kepada murid menjana idea. Guru hanya meminta murid mencantumkan kad suku kata untuk membentuk perkataan yang disebut oleh guru. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran penjanaan idea adalah penting untuk membentuk pemikiran yang kritis dan kreatif. Guru boleh memberi peluang kepada murid untuk membentuk seberapa banyak perkataan menggunakan kad-kad suku kata tersebut. Di samping dapat menambahkan perbendaharaan kata dalam kalangan murid, ia juga dapat membantu percambahan fikiran murid-murid. Tenik ini yang merupakan Teknik Sumbangsaran membolehkan Sumbangsaran (Branistorming) setiap ini murid juga merupakan satu sesi perbincangan dan idea. idea yang Teknik daripada menyumbangkan kepada pendapat

menekankan

pengeluaran

pembelajaran yang kreatif dan bukannya pembelajaran secara analitis dan pasif. Setelah mengenal pasti beberapa kelemahan yang terkandung dalam Rancangan Pengajaran Harian ini, maka di bawah ini saya telah sediakan satu Rancangan Pengajaran Harian yang telah dilakukan penambahbaikan dengan memasukkan pendekatan strategi, kaedah, dan teknik yang sesuai untuk membolehkkan objektif pengajaran dapat dicapai dan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara lebih efaktif. Sesungguhnya pemilihan pendekatan, strategi, kaedah, dan teknik yang sesuai dapat membantu guru melaksanakan pengajaran yang menarik dan tidak membosankan para pelajar. Bagi murid-murid, terutamanya murid-murid tahun satu, pengajaran yang hanya memerlukan mereka menggunakan satu atau dua pancaindera ( mata dan telinga ) membuatkan mereka mudah bosan dan hilang tumpuan. Sesuai dengan naluri kanak-kanak yang sukakan aktiviti yang memerlukan pergerakan anggota badan secara aktif, guru seharusnya menyediakan aktiviti yang

menarik dan banyak pergerakan fizikal. Jangan hanya biarlkan murid duduk di kerusi dan guru berdiri dan bercakap di hadapan kelas menggunakan teknik chalk and talk Justeru untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, kita perlulah mempelbagaikan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan objektif yang diharapkan dapat dicapai secara optimum. Guru harus faham bahawa setiap murid mempunyai tahap ingatan dan daya pemikiran serta latar belakang keluarga yang berbeza. Oleh sebab itu, pendekatan, strategi, kaedah, dan teknik yang digunakan ketika menancang Rancangan Pengajaran Harian harus mengambil kira perbezaan ini. Dengan tahap pengetahuan guru yang tinggi dalam elemen-elemen yang terkandung dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ini diharapkan matlamat dan objektif yang terkandung dalan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu dapat dicapai sepenuhnya, seterusnya merealisasikan apa yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Selepas Dilakukan Penambahbaikan

TEMA TAJUK MASA FOKUS UTAMA

KELUARGA Keluarga Huda 60 Minit

Standard Kandungan Standard Pembelajara n

2.1

Asas membaca dengan sebutan yang betul.

2.1.3

Mengeja dan membatang suku kata tertutup dengan betul.

FOKUS SAMPINGAN

Standard Kandungan Standard Pembelajara n

4.1

Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.

4.1.1

Menyebut seni kata lagu melalui nyanyian secara didik hibur.

OBJEKTIF

Pada akhir pelajaran murid dapat : c. Membaca pelbagai perkataan secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul. d. Menyebut dan memahami seni kata lagu melalui nyanyian dengan gerak laku secara didik hibur.

PENGISIAN KURIKULUM

d. Ilmu : Sivik, Pendidikan Seni Visual dan Muzik e. KBT : Kecerdasan Pelbagai f. EMK : Malaysia Negaraku : 6.0 (6.4)

SISTEM BAHASA MEDIA

Tatabahasa : kata nama am Kad suku kata, kad perkataan, kad gambar dan lembaran kerja

AKTIVITI

PENGISIAN KURIKULUM

CATATAN

Langkah 1 (15 minit) 1. Guru meletakkan kad gambar tunggal keluarga Bahagia di atas meja. 2. Guru meminta murid mengambil gambar tersebut dan melekatkannya di papan kapur. 3. Bersoal jawab berdasarkan gambar tunggal yang ditunjukkan. 4. Guru memberikan gambar ibu, ayah dan ahli keluarga lain kepada beberapa orang murid. 5. Murid berkenaan diminta melakonkan watak mengikut gambar yang diberi kepada mereka. 6. Guru melekatkan seni kata lagu Saya Sayang Keluarga di papan kapur. 7. Guru menyanyikan lagu tersebut. 8. Guru meminta murid menyanyi bersamasama. 9. Guru meminta murid menyebut nama ibu dan ayah. ( secara rawak ) Lagu Saya Sayang Keluarga (Lampiran 3) Ilmu : Muzik Nilai : kasih sayang Gabung jalin kemahiran : Mendengar dan Bertutur kad gambar ahli keluarga (Lampiran 2) Kad gambar tunggal (Lampiran 1)

Langkah 2 (15 minit) 1. Guru meminta seorang murid ke hadapan kelas dan menunjukkan kad suku kata kepada kelas. (bergilir-gilir) 2. Murid murid lain menyebut bunyi suku kata pada kad tersebut. 3. Guru meminta murid melekatkan kad suku yang telah dibaca di papan kapur. Nilai : kerjasama Kad suku kata (Lampiran 4)

4. Latih tubi membaca suku kata yang dilekatkan di papan kapur secara kelas dan kumpulan. 5. Guru meminta murid membaca suku kata secara individu (secara rawak).

Langkah 3 (10 minit) 1. Guru menyebut perkataan yang berkaitan dengan tajuk, murid diminta mengambil kad suku kata dan membentuk perkataan tersebut. 2. Murid menampal perkataan tersebut di papan hitam. 3. Guru meminta murid membentuk perkataan lain selain daripada perkataan yang disebut menggunakan kad suku kata dan melekatkannya di papan kapur. 4. Guru meminta murid membaca perkataan yang dilekatkan di papan kapur secara kelas dan individu (secara rawak). 5. Guru membimbing murid membaca seni kata lagu Ibu Bapa Saya yang dipamerkan. Nilai : yakin diri Lampiran 3 Kad perkataan Carta seni kata lagu Ibu Bapa Saya

Langkah 4 (20 minit) 3. Guru mengedarkan lembaran kerja dan meminta murid mewarna suku kata yang betul. 4. Murid diminta menyatakan perasaan mereka terhadap ibu dan ayah mereka. Ilmu : Pendidikan Seni dan Muzik Nilai : tekun dan Lampiran 4 berhati-hati Lembaran kerja

Pengayaan : Murid melukis dan mewarna gambar ibu dan ayah mereka. Pemulihan : Guru membimbing murid menyiapkan lembaran kerja.

Malaysia Negaraku KBT : Kecerdasan Pelbagai Kinestetik

You might also like