You are on page 1of 2

Pendekatan yang diperkenalkan untuk integrasi TMK dalam P&P merupakan satu pendekatan untuk memudahkan guru-guru mengaplikasikan

satu proses P&P yang melibatkan teknologi dengan lebih terancang. Konsep penggunaan TMK dalam P&P boleh dikategorikan sebagai: ~ Tutorial ~ Aplikasi ~ Penerokaan ~ Komunikasi Menurut Mohamed Rashid dan Mohd. Nasir (2003) dalam Kajian Terhadap Pelaksanaan Sistem Pengajaran Dan Pembelajaran menyatakan bahawa pada abad ke-21 negara menghadapi cabaran dalam dan luaran akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi, dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Pembaharuan pendidikan dari segi pengajaran dan pembelajaran, sistem pengurusan pembelajaran dan peranan guru sudah tentu akan memberikan cabaran baharu kepada sistem pendidikan. Perubahan kaedah pengajaran dengan TMK ini bersesuaian dengan cadangan pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia iaitu guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran yang boleh menarik minat pelajar menggunakan bahan-bahan yang sesuai dari internet untuk tujuan pengayaan, mempelbagaikan teknik penyampaian dalam bilik darjah untuk membolehkan pelajar memahami konsep serta menguasai kemahiran asas dengan lebih berkesan. Namun begitu terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh para guru dan pelajar dalam penggunaan TMK sewaktu menjalankan P&P antaranya ialah: a) Kekangan dalam menghabiskan sukatan. Guru kurang menggunakan komputer dalam P&P kerana guru terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Penggunaan internet memerlukan masa yang lama untuk dilayari dan diakses walaupun dari segi sikap mereka bersedia menggunakan komputer dalam pengajaran.Selain itu, penyediaan alatan seperti LCD untuk berfungsi dengan

sempurna mengambil masa lama, terutama bagi sekolah yang tidak ada perkhidmatan juruteknik komputer.

You might also like