You are on page 1of 8

PENGURUSAN KURIKULUM PANITIA PPDBS

PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN KURIKULUM

• Pembangunan kurikulum merupakan proses berterusan yang merangkumi


pengurusan, pembangunan dan penyampaian.
• Pembangunan kurikulum melibatkan penyertaan daripada semua pihak iaitu pengetua/
guru besar, pakar kurikulum, guru, staf sokongan , murid, ibu bapa dan komuniti.
• Pengurusan kurikulum mestilah berlandaskan objektif yang ingin dicapai untuk
menghasilkan keputusan dalam pengajaran dan pembelajaran.
• Kurikulum hendaklah dicapai, diurus, mesra pelanggan, terkini dan mampu
menggambarkan amalan terbaik dalam bidang tersebut.
• Pemantauan dan penilaian kurikulum perlu dilakukan dengan kerap dalam semua
peringkat sama ada peringkat daerah, sekolah, bilik darjah atau terhadap murid.

PENGETUA / GURU BESAR

Bidang Tugas

• Pengetua / Guru Besar adalah bertanggungjawab dalam Pengurusan dan pentadbiran


Sekolah. Pengetua / Guru Besar harus memberi keutamaan kepada penyeliaan yang
bercorak akademik kerana kejayaan sistem pendidikan adalah terletak pada pendidikan
yang disampaikan kepada murid-murid. Sekolah mestilah menjadikan PENDIDIKAN
BERMUTU sebagai matlamat pentadbirannya.
• Keberkesanan pentadbiran sekolah bergantung kepada kerjasama semua pihak
peringkat, dengan demikian Pengetua / Guru Besar seharusnya mengadakan
pembahagian tugas dan kuasa kepada semua pegawai di sekolahnya supaya kerja
dapat dijalankan secara berpasukan (Team Work).
• Pengetua / Guru Besar sebagai ‘Professional Leader’ kepada pertumbuhan
profesionalisma di alam perguruan. Perkhidmatan sokongan seperti Unit Perkhidmatan
(pejabat sekolah) dan yang lainnya adalah berfungsi sebagai pembantu kepada
perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang lebih sempurna di bilik darjah.
• Semua guru dan kakitangan di bawah kepimpinan Pengetua / Guru Besar hendaklah
dilibatkan dan merasa terlibat serta bersama-sama merasa bertanggungjawab dalam
semua aktiviti sekolah seperti :

1. Pentadbiran Am

i.Perkhidmatan dan perjawatan guru dan bukan guru.


ii.Urusan Kewangan dan Akaun sekolah
iii.Kemasukan dan pertukaran guru.
iv. Disiplin guru dan bukan guru.
v. Perkembangan dan penyenggaraan kemudahan fizikal sekolah.
vi. Disiplin murid.
vii. Pelaksanaan dan semua arahan dari Kementerian Pelajaran, Jabatan
Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
viii. PIBG, Lembaga Pengelola dan Pengurus Sekolah dan Ahli Pengawal
Kewangan.
ix. Kebajikan guru dan kakitangan bukan guru di sekolah.
x. Hubungan Luar.

1
PENGURUSAN KURIKULUM PANITIA PPDBS

2. Pengurusan Kurikulum

i. Perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah,


bidang pekerjaan, mata pelajaran dan kelas.
ii. Pengelolaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah,
bidang pelajaran dan mata pelajaran.
iii. Penyeliaan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
iv. Pengawalan segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
v. Penyelarasan aktiviti pengajaran.
vi. Perancangan, pengelolaan, penyeliaan, penyelarasan dan pengawalan
aktiviti yang berkaitan dengan ujian dan peperiksaan di peringkat
sekolah.

vii. Perancangan, pengelolaan, penyeliaan, penyelarasan dan pengawalan


semua aktiviti persatuan/kelab yang berkait dengan mata pelajaran di
sekolah.

3. Kokurikulum

i. Perancangan, semua aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah, bahagian


pertubuhan dan kelab.
ii. Pengelolaan semua aktiviti kokurikulum di semua peringkat di sekolah.
iii. Penyeliaan dan pengawalan semua aktiviti di semua peringkat di sekolah.
iv. Penyelarasan aktiviti kokurikulum di sekolah.
v. Pengurusan semua aktiviti kokurikulum murid yang tidak berkait dengan
mata pelajaran di sekolah.
vi. Pendaftaran persatuan dan kelab.

PENOLONG KANAN

Bidang Tugas

1. Menjalankan tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua.


2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
3. Bertangungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan
masyarakat dan keselamatan.
4. Membantu pengetua dalam pentadbiran sekolah yang mempunyai sesi petang.
5. Membantu Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran.
6. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

Senarai Tugas

1. Kurikulum

o Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, penggal dan lain-lain.


o Memastikan perjalanan panitia pelajaran

2
PENGURUSAN KURIKULUM PANITIA PPDBS

o Membantu penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal


dan bengkel.
o Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber
pendidikan.
o Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru-guru pelatih,
guru yang baru mengajar dan guru sandaran tidak terlatih dalam menjalankan
tugas harian mereka.
o Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta
mencadangkan tindakan susulan.
o Membantu merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan penilaian
dan peperiksaan serta mencadangkan tindakan susulan.
o Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan
pemulihan.
o Menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, PPD,
JPN dan KPM.
o Membantu di dalam pemilihan buku teks, bahan Pusat Sumber dan buku
bacaan.
o Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu ganti.

2. Pengurusan

o Membantu menentukan beban tugas guru dan staf sokongan sekolah.


o Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru
dan staf sokongan.
o Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data / maklumat.
o Membantu merancang takwim sekolah.
o Membantu menyelia kerja-kerja guru dan staf sokongan.
o Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah.
o Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk urusan audit tahunan.
o Menyelaras semua kutipan yuran.
o Menjadi Ahli Lembanga Tatatertib Sekolah.
o Menjadi penandatangan kedua-dua cek sekolah.
o Menjaga dan menyemak stok / inventori peralatan sekolah.

3. Pembangunan Diri Pelajar

o Membantu merancang dan menyelia program budaya sekolah , keceriaan /


keindahan dan kebersihan sekolah.
o Merancang langkah-langkah keselamatan mencegah kebakaran.
o Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pelajar.

4. Pembangunan Organisasi

o Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa / masyarakat.
o Mengadakan kursus / latihan untuk personel.

5. Pembangunan Kendiri

o Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.

3
PENGURUSAN KURIKULUM PANITIA PPDBS

o Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.


o Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah ( R & D ).
o Menghasilkan artikel-artikel bidang ikhtisas dan pengurusan.
o Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang
memerlukannya.
o Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion
keguruan.

GURU KANAN MATA PELAJARAN

Bidang Tugas

1. Bertanggungjawab dalam hal Kurikulum dan Pentadbiran yang berkaitan dengan


bidangnya.
2. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam perancangan dan pengurusan kokurikulum
yang berkaitan dengan bidangnya.
3. Membantu Pengetua menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
yang berkaitan dengan bidangnya.
4. Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah
pelajar.
5. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan pendidikan
yang berkaitan dengan bidangnya.
6. Membantu Pengetua menyelaras dalam hal-hal yang berkaitan dengan bidangnya,
dengan pihak luar seperti pemeriksaan sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, latihan
mengajar bagi guru-guru pelatih/maktab/universiti dan seumpamanya.
7. Mengajar sekurang-kurangnya 18 waktu seminggu.

Senarai Tugas

1. Kurikulum

o Memimpin guru menentukan dan merancang Rancangan Pelajaran


Tahunan/Penggal/Mingguan dan lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya.
o Mempengerusikan mesyuarat atau memimpin panitia mata pelajaran di bawah
kawalannya.
o Menjalankan penyeliaan ke atas aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
o Membimbing guru terlatih, guru yang baru dan guru sandaran dalam
menjalankan tugas-tugas mereka.
o Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggara dengan
berkesan.
o Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya serta
mengambil tindakan sewajarnya.
o Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti-aktiviti bimbingan, pemulihan dan
pengkayaan.
o Membantu dalam perancangan program dan menyelaras kegiatan (kurikulum)
yang dijalankan oleh sekolah, JPN dan KPM.
o Membantu dalam pemilihan buku teks, bahan pusat sumber, alat pandang
dengar dan bahan-bahan pendidikan lain.

4
PENGURUSAN KURIKULUM PANITIA PPDBS

o Menganggotai jawatankuasa kurikulum sekolah dan jawatankuasa-jawatankuasa


lain yang diarahkan oleh Pengetua.
o Membantu menjalankan kursus, taklimat, penerangan dan perjumpaan di
sekolah dalam konteks perkembangan staf.
o Memperoleh dan menyebar maklumat terbaru mengenai pengkaedahan dan
pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada
guru.
o Menjalankan usaha untuk mempertingkatkan dan memperluaskan amalan-
amalan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu merentasi kurikulum.
o Mengenalpasti masalah kelemahan pelajar dan mencari langkah-langkah untuk
mengatasinya.

2. Kokurikulum

o Merancang, menyelaras dan melaksanakan segala kegiatan kokurikulum yang


bersifat akademik yang dapat membantu meningkatkan kecemerlangan
akademik pelajar.
o Merancang, mengawal dan menyelaras segala aktiviti persatuan di bawah
bidangnya.

3. Pengurusan

o Membantu menentukan serta mengagihkan tugas-tugas guru mata pelajaran di


bawah bidang dan kawalannya.
o Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru.
o Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data atau maklumat dan
segala jenis perangkaan yang berkaitan dengan bidangnya.
o Membantu merancang takwim sekolah.
o Menyelia kerja-kerja guru di bawah bidang kawalannya.
o Menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dan mengawal
perbelanjaan.
o Membantu menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan audit
tahunan.
o Menjaga dan menyemak stok dan inventori segala peralatan, barang atau bahan
yang berkaitan dengan bidangnya.
o Menentukan aspek-aspek penyampaian nilai-nilai murni dan amalan berlaku di
bilik darjah dan sekolah.
o Menentukan pelajar dilatih melaksanakan tugas-tugas pengurusan bilik darjah
dan menjaga keceriaannya.
o Menyelia kerja-kerja kursus pelajar mempertingkatkan pelajar dan program
Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) sebagaimana yang dirancang.

4. Tugas-tugas lain

o Berhubung dengan PKG, PPD dan PSPN tentang apa jua maklumat dan
bantuan yang boleh didapati untuk membantu sekolah dan guru.
o Berhubung dengan GKM sekolah lain yang berhampiran bagi tujuan berkongsi
maklumat dan sumber pendidikan bagi memantapkan keupayaan dan
pengetahuan.

5
PENGURUSAN KURIKULUM PANITIA PPDBS

o Melengkapkan bilik gerakan sekolah dengan data atau maklumat mengenai


semua mata pelajaran dan menggunakannya dengan berkesan dan berhasil.
o Membantu merancang dan menyelia program keceriaan dan kebersihan sekolah.
o Membantu Pengetua menyelia dalam hal-hal peperiksaan, kegiatan sukan,
penyediaan jadual waktu sekolah dan urusan Pusat Sumber.
o Melaksanakan segala arahan dan tugasan yang diberi oleh Pengetua dari
semasa ke semasa.

KETUA PANITIA MATA PELAJARAN

Bidang Tugas

1. Kurikulum
2. Pengurusan
3. Kokurikulum
4. Tugas-tugas lain

Senarai Tugas

1. Kurikulum

o Mendapatkan sukatan pelajaran terkini daripada PK / GKM


o Penyediaan Rancangan Pengajaran Tahunan secara terperinci.
o Penyediaan Rancangan Pengajaran Bersama.
o Merancang dan melaksana program peningkatan prestasi akademik seperti
perancangan strategik jangka panjang dan plan taktikal.
o Memilih kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran serta menilai
keberkesanannya.
o Menyelaras soalan ujian dan peperiksaan, menganalisa keputusan peperiksaan
dan menyusun strategi mengatasi kelemahan murid.
o Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ahli-ahli panitia mata pelajaran yang
berkaitan dengan proses P & P.
o Bersama-sama membantu melaksanakan kepelbagaian program pengayaan dan
pemulihan.
o Mengadakan mesyuarat panitia mata pelajaran serta mempengerusikannya.
(Minima ahli mesyuarat adalah 3 orang dan bagi panitia kecil, hendaklah
digabung).
o Menyediakan Jadual Waktu bagi penggunaan bilik-bilik khas dan merancang
peraturan bilik khas tersebut, keceriaannya serta kelengkapannya.
o Menyelaras soalan ujian dan peperiksaan (JSU / JSI), menganalisa keputusan
peperiksaan dan menyusun strategi mengatasi kelemahan murid / post-mortem
dan tindakan susulan peperiksaan.

2. Pengurusan

o Memilih dan mengadakan buku teks dan buku kerja (jika perlu) kepada pihak
j/kuasa kurikulum serta mengkaji buku teks yang sedang dipakai.
o Memilih dan mencadangkan buku bacaan tambahan untuk kegunaan panitia dan
PSS.

6
PENGURUSAN KURIKULUM PANITIA PPDBS

o Menyenarai buku-buku rujukan, ABM/BBM dan bahan yang sedia ada di sekolah.
o Menyedia dan memperolehi koleksi BBM dalam P & P melalui pembelian serta
meningkatkan koleksi BBM hasilan panitia.
o Membuat / menyedia anggaran perbelanjaan untuk mengendalikan mata
pelajaran berkenaan serta mengawal belanjawannya.
o Mengurus perolehan mengikut tatacara kewangan.
o Mengemaskini stok, mencatat peralatan yang perlu dibaik pulih serta
mengadakan perjumpaan panitia untuk kerja-kerja baik pulih.
o Membantu menyelia kerja-kerja kursus pelajar.
o Memastikan fail-fail panitia berada dalam keadaan kemaskini.

3. Kokurikulum

o Merancang aktiviti kokurikulum dan projek-projek persatuan berasas akademik


untuk sepanjang tahun.
o Membantu mengurus penyertaan pertandingan berkaitan panitia.
o Mengurus / merancang lawatan sambil belajar.
o Membantu persatuan dalam kepakaran ikhtisas.
o Bekerjasama dengan persatuan-persatuan lain di sekolah

4. Tugas-tugas Lain

o Menerusi panitia, bersama GKM mewujudkan kerjasama dengan PKG, PPD dan
PSPN dalam usaha mendapatkan bantuan yang diperlukan seperti koleksi BBM,
kursus dsbnya.
o Mewujudkan kerjasama dengan Ketua Panitia sekolah lain.
o Mengemaskinikan data dan maklumat bilik khas / bilik gerakan sekolah.
o Mendapat / menyediakan Senarai Semak Tahunan Ketua Panitia.
o Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan seperti membantu pencerapan
dan sebagainya.

Rujukan / Lampiran

1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 – Pengurusan Panitia Mata Pelajaran.


2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1987 – Penyeliaan P & P.
3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1999 – Penyediaan Rekod P & P

7
PENGURUSAN KURIKULUM PANITIA PPDBS

GURU MATA PELAJARAN

Senarai Tugas

1. Memiliki, memahami dan boleh mentaksirkan serta menghuraikan kandungan


sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan.
2. Memahami dan mematuhi Pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan
dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat
yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang
harus dicapai pada akhir setiap penggal bagi setiap tingkatan.
3. Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan
kepada Pengetua pada masa yang ditetapkan.
4. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan
lengkap untuk tempoh setahun dan melaksanakan pengajarannya mengikut
Rancangan Pelajaran yang disediakan.
5. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku
latihan pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin.
Menyerahkan/menunjukkan buku latihan murid kepada Pengetua / wakilnya
pada masa yang dikehendaki.
6. Menjalankan Ujian Bulanan dan penilaian kepada pelajar. Merekodkan soalan-
soalan dan keputusan ujian dalam BRM.
7. Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan / bimbingan.
8. Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan
melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.
9. Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang
dikeluarkan oleh KPM / JPN / PPD.
10. Memastikan keselamatan pelajar di makmal / bengkel / bilik khas serta
mengawasi penggunaan peralatan.
11. Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan sama
ada yang dikelolakan oleh KPM / JPN / PPD. Menyampaikan semula maklumat
kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama.
12. Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar
bagi mata pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam P & P.
13. Melaporkan kepada GKM tentang masalah P & P untuk tindakan selanjutnya.
14. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat (ABM/BBM) yang digunakan,
memastikan bahawa alat-alat bantuan tersebut digunakan secara meluas. Juga
bertanggungjawab dalam menambahkan alat bantuan mengajar bagi
memperkayakan PSS.
15. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang
diajar.
16. Membantu menguruskan Bank Soalan.

You might also like