You are on page 1of 42

BULAN SABIT MERAH

MALAYSIA

LUKA DAN
1 PENDARAHAN
LUKA DAN PENDARAHAN
Disediakan Oleh:

Hasfarizal Bin Hasan


Herwand Bin Nahari
Maznah binti Mohamad
Mohammad Kamarul Imran Bin
Kamaruddin
Mohd Hafiz Bin Ab Roni
Mohd Suraimi Bin Mohd Nor
Norazliza Binti Yaakub

KPLI K1.6
LUKA

KECEDERAAN KEPADA TISU


DISEBABKAN OLEH
BENDA-BENDA TAJAM
ATAU TUMPUL
SENJATA TAJAM
BERSUKAN
JENIS-JENIS LUKA
1. Luka Tertutup
2. Luka Terbuka
JENIS LUKA
1. Luka Tertutup
Kecederaan kepada tisu di bawah kulit di
mana kesinambungan kulit tidak
terganggu dan luka tidak dapat dilihat dari
luar. Darah juga tidak keluar ke
permukaan kulit.
CONTOH LUKA TERTUTUP
a. Kontuse
Akibat daripada terkena pukulan kuat.
Pendarahan berlaku di bawah kulit.

e. Haematoma
Pendarahan yang menjadi beku dan
kelihatan biru kehitaman.
1. Luka Terbuka
Kecederaan kepada tisu kulit di mana
kesinambungan kulit terganggu. Luka
dapat dilihat dari luar dan terdapat
pendarahan yang keluar ke kulit.
CONTOH LUKA TERBUKA
a. Luka Terhiris
Disebabkan oleh alat tajam seperti pisau
atau kaca, luka senang ditautkan kembali
dan senang dirawat. Walau bagaimanapun
oleh sebab saluran darah di tepi luka telah
terpotong mungkin berlaku pendarahan
yang banyak.
a. Luka Tikaman
Luka tikaman mempunyai liang yang kecil
tetapi dalam, seperti terkena paku,
tercucuk jarum atau terkena tikaman.
Oleh kerana lukanya dalam, kekotoran,
kuman mudah meresap jauh ke dalam
tubuh dan risiko jangkitan adalah terlalu
tinggi.
a. Luka Terkoyak
Tisu yang koyak seperti terkena kawat atau
alat jentera yang mengakibatkan kerosakan
tisu yang teruk, walau bagaimanapun darah
yang keluar mungkin berkurangan daripada
luka terhiris.
a. Luka Tembakan
Luka akibat daripada terkena peluru
tembakan senjata adalah kecil di tempat
tembusan tetapi lukanya meluas di ruang
keluar. Peluru yang tidak keluar daripada
badan, mengakibatkan kecederaan dalam
yang teruk.
BANTUAN KECEMASAN
LUKA TERTUTUP
 Berikan tuaman sejuk untuk menghentikan
pendarahan yang berlaku di bawah kulit.
 Luka tertutup yang serius ialah yang
menyebabkan berlakunya pendarahan dalam
seperti di otak, paru-paru, perut dan lain-lain
lagi.
BANTUAN KECEMASAN

LUKA TERBUKA
Untuk luka yang tidak banyak pendarahan,
lakukan teknik 2C iaitu:-
CLEAN (BERSIHKAN)
Bersihkan luka dari sebarang kekotoran.
COVER (TUTUP)
Tutup luka dengan gauze atau kain yang
bersih.
LUKA YANG BANYAK
PENDARAHAN GUNA
KAEDAH -

D – Direct ( tekanan langsung )

I – Indirect ( Tekanan x Langsung


)

E – Elevate ( Tinggikan )
PENDARAHAN

TERKELUARNYA DARAH DARIPADA SISTEM


PEREDARANNYA ATAU TERCEDERANYA
SISTEM EDARAN.
PENDARAHAN BOLEH BERLAKU
MELALUI:

Pendarahan Arteri
Darah keluar berwarna merah cerah/
terang kerana mengandungi oksigen dan
keluar memancut mengikut denyutan
jantung.
Pendarahan Vena
Darahnya berwarna merah tua kerana
kurang mengandungi oksigen dan mengalir
keluar perlahan-lahan.

Pendarahan Kapilari
Darahnya keluar secara meleleh.
KLASIFIKASI PENDARAHAN:

Pendarahan Luaran (External)


Pendarahan yang boleh dilihat dengan
mudah dan berlaku pada/melalui lapisan kulit
Pendarahan Dalaman (Internal)
Pendarahan dalaman boleh dikenalpasti
melalui tanda-tanda atau keadaan berikut:-
c. Adanya tanda-tanda bengkak pada kulit.
d. Kulit pucat dan berpeluh sejuk/melekit.
e. Kebiruan (cynose) pada bibir dan kuku.
f. Denyutan nadi cepat tetapi lemah.
g. Darah mungkin keluar dari rongga yang
terbuka.
h. Muntah darah atau najis bercampur darah.
i. Ada tanda-tanda renjatan.
BANTUAN KECEMASAN

1. Bersihkan luka dari kotoran.


2. Tekan di tempat luka supaya darah tidak
mengalir keluar (tiada benda asing) – jika
ada – buat balutan cincin.
3. Tahan darah secara tidak langsung –
tempat tekan nadi.
4. Tinggikan anggota yang luka untuk
mengurangkan darah mengalir keluar.
1. Periksa nadi/pernafasan untuk menentukan
tanda-tanda renjatan.
2. Jika ada tanda-tanda renjatan, beri
bantuan kecemasan untuk renjatan.
3. Rehatkan mangsa dan hantar ke hospital
dengan kadar segera.

You might also like