You are on page 1of 27

LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERJA KURSUS GEOGRAFI (KKG)


PENILAIAN MENENGAH RENDAH
2009

GEOGRAFI 23 / 2

TAJUK : Petempatan dan perkembangan di Kawasan Jelapang, Ipoh,


Perak dan perbandingan dengan Negara Jepun (Fukuoka)

NAMA CALON LUQMAN FAHMI BIN AHMAD SAZILEE

NOMBOR 941024-14-5701
KAD PENGENALAN

ANGKA GILIRAN

NAMA SEKOLAH
SABK MAAHAD AL-IMAM
ASY-SYAFIEE
30020 IPOH PERAK

GURU PENILAI

TANDA TANGAN KOD

TARIKH
Kerja Kursus Geografi PMR 2009

BIL. PERKARA HALAMAN

1 Tajuk kajian

2 Senarai kandungan 1

3 Penghargaan 2

4 Pendahuluan 3

5 Objektif kajian 4

6 Kawasan kajian 5-8

7 Kaedah kajian 9

8 Dapatan kajian 10-20

9 Rumusan 21

10 Lampiran 22-30

11 Rujukan 31

2
Kerja Kursus Geografi PMR 2009

1.0 PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu

saya dalam pengumpulan maklumat sehingga terhasilnya laporan kajian ini. Ucapan terima

kasih ini ditujukan khususnya kepada ibu bapa saya iaitu Pn. Roziah Hani bt. Othman dan En.

Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi yang telah banyak memberi dorongan dan sokongan sepanjang

kajian ini dijalankan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Fatimah Asiah binti Kamarulzaman, guru

geografi sekolah ini yang telah memberikan panduan, nasihat serta bimbingan sepanjang masa

kajian ini telah dijalankan. Tidak lupa juga kepada Tuan Haji Ibrahim b. Mahmud A.M.P, P.M.P,

P.P.T. selaku pengetua sekolah saya yang telah memberi kebenaran untuk menjalankankan kajian

ini.

Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua

rakan-rakan sekelas saya yang telah memberi sokongan dan kerjasama yang sangat

membanggakan dalam menyiapkan laporan kajian ini. Semoga kajian ini dapat memberi

manfaat kepada semua.

3
Kerja Kursus Geografi PMR 2009

Terima kasih sekalung budi.

2.0 PENDAHULUAN

Nama saya Luqman Fahmi bin Ahmad Sazilee. Saya adalah pelajar tingkatan 3 Al

Mawardi di SABK Maahad Al Imam Asy-Syafiee, Ipoh. Saya menjalankan Kerja Kursus

Geografi bertajuk Petempatan dan perkembangan di Kawasan Jelapang, Ipoh,

Perak dan perbandingan dengan Negara Jepun (Fukuoka) untuk memenuhi keperluan

dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) bagi matapelajaran geografi.

Saya memilih kawasan Jelapang sebagai kawasan kajian saya adalah kerana saya sudah

biasa dengan kawasan ini dan hal ini dapat memudahkan saya untuk mendapatkan maklumat

berkaitan penduduk di sini. Keluarga saya telah tinggal di kawasan ini selama 6 tahun. Saya

memilih negara Jepun sebagai perbandingan pula kerana saya mempunyai banyak maklumat

tentang negara ini yang saya perolehi daripada pembacaan buku serta pencarian maklumat di

internet.

Saya telah mengambil masa selama 8 minggu untuk menyiapkan kajian ini. Menerusi

kajian ini, saya telah mendapat banyak maklumat yang berguna tentang kegiatan ekonomi yang

dijalankan di kawasan tempat tinggal saya serta di negara lain yang menjadi perbandingan. Hal

4
Kerja Kursus Geografi PMR 2009

ini merupakan suatu pengalaman yang menarik dan menyeronokkan terutama semasa

mengumpul dan mendapatkan data serta maklumat untuk kajian ini.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk:

3.1.1 mengenalpasti jenis dan pola petempatan di Kawasan Jelapang dan Kawasan di Negara

Jepun (Fukuoka).

3.1.2 mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan di Kawasan Jelapang dan di

negara Jepun.

3.1.3 mengenalpasti fungsi-fungsi petempatan yang terdapat di kawasan Jelapang dan di negara

Jepun.

3.1.4 mengenalpasti masalah-masalah petempatan yang terdapat di kawasan Jelapang

Jelapang dan petempatan yang terdapat di kawasan Negara Jepun.

3.1.5 menerapkan nilai-nilai murni dan unsur patriotisme terhadap negara.

5
Kerja Kursus Geografi PMR 2009

4 . 0 K AWA S A N K A J I A N

Kawasan kajian saya terletak di Negeri Perak Darul Ridzuan.Ibu negeri bagi Negeri

Perak adalah Ipoh. Ipoh ialah sebuah bandaraya yang terletak di Daerah Kinta yang merupakan

salah satu daripada 9 daerah yang terdapat di negeri Perak. Rajah 4.1 di bawah menunjukkan

lokasi Ipoh di dalam Daerah Kinta di dalam Peta Daerah-Daerah di Negeri Perak dan juga

kedudukannya di dalam Malaysia.

6
Kerja Kursus Geografi PMR 2009

Negara yang menjadi perbandingan dalam kajian ini adalah Jepun dan lebih

spesifik lagi adalah Daerah Fukuoka . Jepun merupakan sebuah negara maju yang terletak di

Asia. Jepun terdiri daripada empat buah pulau besar dan terdapat juga pulau-pulau yang kecil.

Bandar raya terbesar di Jepun ialah Tokyo.

7
Kerja Kursus Geografi PMR 2009

Rajah 4.2 : Peta Negara Jepun.


Sumber : http://www.wordtravels.com/Travelguide/Countries/Japan/Map

Rajah 4.3 di bawah menunjukkan peta lokasi kawasan kajian saya dalam Daerah Kinta. Kawasan

saya meliputi kawasan kawasan Jelapang yang terletak di bahagian barat dari bandaraya Ipoh,

iaitu di kawasan Perancangan Pusat bagi Negeri Perak Darul Ridzuan.

8
Kerja Kursus Geografi PMR 2009

Rajah 4.3 : Peta lokasi kawasan Jelapang

Rajah 4.4 di bawah menunjukkan peta lakaran lokasi kawasan kajian saya dalam Daerah Kinta.

Kawasan saya meliputi kawasan Jelapang yang terletak di bahagian barat dari bandaraya Ipoh,

iaitu di kawasan Perancangan Pusat bagi Negeri Perak Darul Ridzuan

9
Kerja Kursus Geografi PMR 2009

4.4 Peta lakaran lokasi kawasan Jelapang

5.0 KAEDAH KAJIAN

Sepanjang kajian ini dijalankan, saya telah menggunakan beberapa kaedah dalam mencari

dan mengumpul maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian. Antara kaedah kajian yang

saya telah gunakan adalah kaedah pemerhatian, kaedah rujukan ke erpustakaan serta kaedah

rujukan menggunakan internet.

10
Kerja Kursus Geografi PMR 2009

Kaedah pemerhatian yang saya gunakan adalah mengumpul maklumat tentang jenis-jenis

dan ciri-ciri bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan kajian saya. Saya telah memerhati

dengan teliti dan melukis peta lakaran sebelum saya melukisnya semula dengan betul di

dalam kajian ini.

Bagi mendapatkan maklumat tentang kawasan kajian, saya telah menggunakan kaedah

rujukan ke perpustakaan awam dan perpustakaan sekolah serta rujukan menggunakan

internet. Saya memperolehi maklumat yang dikehendaki seperti maklumat tentang kawasan

kajian serta perbandingannya dengan negara luar serta maklumat tambahan yang penting

menerusi kaedah ini.

Dengan adanya kemudahan pusat sumber yang lengkap, saya dapat mencari maklumat

yang diperlukan dengan cepat dan selesa. Penggunaan internet yang berkelajuan tinggi juga

membantu dalam pencarian maklumat yang lebih luas. Saya bersyukur kerana mendapat

segala kemudahan yang diperlukan untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan baik.

6 . 0 D A PATA N K A J I A N

6.1 PERBANDINGAN PETEMPATAN YANG TERDAPAT DI KAWASAN JELAPANG

DENGAN KAWASAN DI NEGARA JEPUN

6.1.1 Jenis dan Pola Petempatan di Kawasan Jelapang dan perbandingan dengan

kawasan di negara Jepun

11
Kerja Kursus Geografi PMR 2009

Petempatan di Negara Malaysia boleh dibahagikan kepada petempatan bandar dan luar

Bandar. Petempatan di kawasan Jelapang ialah petempatan yang mempunyai jumlah penduduk

yang melebihi 10,000 orang.

Petempatan ini adalah meliputi dalam perancangan bandar. Ia juga dikategorikan sebagai

kawasan pola petempatan terancang atau tepubina. Aktiviti ekonominya lebih mengutamakan

perindustrian, perniagaan, perdagangan dan perkhidmatan.

Pola petempatan bagi kawasan Jelapang ini adalah petempatan terancang atau tepubina

merujuk kepada susunan, bentuk dan susun atur rumah-rumah dan bangunan lain di sesuatu

petempatan. Susun atur rumah-rumah adalah padat dan terancang. Rumah-rumah bertumpu

kepada pusat tumpuan penduduk seperti masjid, sekolah, kilang-kilang dan sebagainya.

Petempatan terancang atau tepubina ini dapat dibandingkan dengan bandar Fukuoka,

Jepun. Persamaan yang ketara adalah dari segi petempatan dan di kelilingi oleh kawasan

perindustrian.

Saya amat bersyukur kerana mempunyai negara yang aman dan makmur untuk diduduki.

Sekaligus, para penduduk dapat menikmati segala kemajuan infrastruktur dan ekonomi yang ada

tanpa sebarang halangan.

PERATUS BILANGAN KAUM DI KAWASAN JELAPANG

KAUM PERATUS
Melayu 50%
Cina 25%
India 20%
Lain-lain 5%

12
Kerja Kursus Geografi PMR 2009

Rajah 6.1.1 : Peratus bilangan kaum di kawasan Jelapang

6.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PETEMPATAN DI KAWASAN

JELAPANG DAN DI AWASAN FUKUOKA, JEPUN

6.2.1 Perindustrian

Kawasan Kinta mempunyai beberapa bahagian , salah satunya ialah Jelapang . Jelapang pada

ketika dahulu adalah kawasan bijih timah . Jelapang kini menjadi sebuah kawasan perindustrian

yang terbesar terutamanya di Negeri Perak .pembangunanya semakin pesat akibat daripada

petempatan yang terancang seiring dengan ekonominya yang semakin menigkat .

6.2.2 Ciri-ciri tersendiri

Petempatan terancang mempunyai ciri fizikal yang istimewa. Jelapang misalnya,

kawasan yang beralun dan berpasir yang menjadi tumpuan petempatan penduduk. Penduduknya

bukan sahaja terdiri daripada penduduk yang bermastautin tetapi juga sementara. Hal ini

menjadi penyebab kepada bertambahnya pembangunan perumahan yang semakin meningkat.

Kawasan tanah beralun di sini sesuai dijadikan kawasan petempatan.Terdapat banyak kawasan

perumahan seperti Taman Jati, Taman Meru, Puncak Jelapang dan sebagainya. Petempatan ini

dibina secara terancang di sekitar tanah pamah di kawasan Jelapang. Kawasan ini menjadi

tumpuan penduduk kerana tempat ini berhampiran dengan kawasan Bandaraya Ipoh. Kawasan

petempatan ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam seperti sekolah, pusat

pentadbiran, perindustrian, perniagaan, pengangkutan, dan perhubungan.

6.2.3 Ekonomi

Kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan Jelapang adalah perniagaan runcit seperti

di Pasar Jelapang, Pasar Tani dan lain-lain. Selain itu, sektor perkilangan juga banyak terdapat di

sini yang banyak memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, contohnya Carsem

13
Kerja Kursus Geografi PMR 2009

(M) Sd. Bhd, CST Auto Sdn Bhd dan lain-lain. Terdapat juga penduduk yang berkhidmat dengan

sektor kerajaan sebagai polis, posmen, doktor, juru rawat, guru, kerani dan sebagainya. Mereka

berkhidmat dengan pejabat-pejabat kerajaan yang ada di sekitar kawasan Jelapang seperti di

klinik kesihatan, balai polis, pejabat pos, sekolah dan sebagainya.

6.3 Fungsi Petempatan

Fungsi petempatan bandar adalah seperti berikut :

Perkhidmatan Perdagangan Perindustrian

Fungsi Petempatan Bandar Pengangkutan/


perhubungan

Perniagaan Pendidikan Pusat Pentadbiran

Rajah 6.3 : Fungsi-fungsi petempatan bandar

Petempatan bandar di Negara Malaysia teruatama di kawasan Jelapang mempunyai

fungsi-fungsi tertentu. Kebanyakan petempatan bandar terletak di kawasan perindustrian dan

pentadbiran. Dengan itu, petempatan ini berfungsi sebagai perniagaan, perdagangan,

perindustrian, pendidikan, pengangkutan dan perhubungan. Contohnya, kawasan Jelapang, Ipoh

berfungsi sebagai kawasan perindustrian terbesar di dalam arena perdagangan.

6.3.1 Perniagaan

Fungsi perniagaan dalam petempatan dijalankan secara kecil-kecilan dan besar-besaran.

Perniagaan yang kecil contohnya kedai runcit yang menjual barang keperluan. Pasar bahan

14
Kerja Kursus Geografi PMR 2009

mentah dan kering juga terdapat di kawasan tersebut. Pasar Jelapang menjadi tumpuan

penduduk untuk membeli barang keperluan harian. Selain itu, penduduk setempat juga boleh

membeli barang-barang keperluan di pasar malam dan juga pasar tani.

6.3.2 Perkhidmatan

Kawasan bandar Jelapang juga terdapat pusat perkhidmatan. Terdapat sekolah, klinik

kesihatan, balai polis, perhentian bas, dewan orang ramai dan pejabat pos yang disediakan untuk

kemudahan penduduk setempat.

6.3.3 Pendidikan

Fungsi seterusnya ialah pendidikan. Pendidikan adalah sangat penting kerana dapat

meningkatkan ilmu pengetahuan. Contoh institusi pendidikan yang terdapat di kawasan Jelapang

ialah SK Jelapang, SK Jati, SK Silibin, SABK Maahad Imam AsSyafiee, SMK Jati dan SMK

Jelapang Jaya.Selain itu, terdapat juga beberapa pusat tuisyen swasta di sekitar Taman Jati dan

Taman Meru dan Puncak Jelapang.

6.3.4 Perindustrian

Selain daripada itu, Jelapang juga berfungsi sebagai salah sebuah pusat perindustrian

yang terbesar dalam daerah Kinta selain daripada Pusat Perindustrian Silibin. Selain daripada

jalan pengangkutan yang baik, kawasan perindustrian di sini mempunyai pasaran yang baik

kerana kawasan tumpuan penduduk. Kawasan ini juga mempunyai penduduk yang ramai

menyebabkan bekalan buruh dari penduduk sekitar mudah diperolehi. Selain itu, kawasan ini

juga berhampiran dengan Bandaraya Ipoh yang mempunyai kemudahan infrastruktur yang baik

seperti berdekatan dengan stesen keretapi dan juga lapangan terbang di bandaraya Ipoh.

Terdapat banyak jenis kilang yang beroperasi di kawasan ini. Jadual 6.3.4 (i) berikut

memaparkan tentang jenis-jenis kilang yang beroperasi di sekitar kawasan perindustrian Pekan

Jelapang melalui kaedah pemerhatian yang telah saya jalankan.

15
Kerja Kursus Geografi PMR 2009

Jenis kilang Jenis produk Bilangan


Elektronik Mikrocip,litar computer,kamera,jam 4

Besi dan Keluli Besi tempa,dawai,cerucuk 4


Tekstil Baju,seluar,kain,langsir,cadar 3
Pembuatan makanan Roti,aiskrim,makanan ringan 6
Pembuatan plastik Barangan plastik untuk kegunaan rumah 8

Memproses Kayu Perabot,papan lapis,papan cabinet,alat tulis 4

Rajah 6.3.4 (i): Jadual bilangan kilang yang beroperasi di kawasan Jelapang.

Jepun pula merupakan sebuah negara perindustrian yang paling maju di dunia. Sektor

perindustrian di Jepun menghasilkan pelbagai barangan dan produk antaranya barangan

kejuruteraan permotoran dan jentera, mesin berteknologi tinggi, kapal-kapal penumpang, bahan

kimia dan sebagainya. Menerusi kaedah rujukan di internet, saya rumuskan kawasan

perindustrian di Jepun dapat dilihat dalam jadual di bawah:

Kawasan Perindustrian Jenis Industri


Kawasan Perindustrian Keihin Besi dan keluli, membina dan membaiki
kapal, bahan kimia, tekstil, makanan dan
kejuruteraan elektrik
Kawasan Perindustrian Hanshin Tekstil, kejuruteraan, besi dan keluli,
petrokimia, sutera dan kain
Kawasan Perindustrian Kitakyushu Kapal,besi dan keluli,kejuruteraan
elektrik,bahan kimia dan makanan
Kawasan Perindustrian Chukyo Kain,kapas dan sutera,bahan kimia,kereta
dan makanan/minuman

Jadual 6.3.4 (ii) :Kawasan-kawasan dan jenis perindustrian utama Jepun.


sumber:http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=PMR&s=GEO&b=NOTA

6.3.5 Perdagangan

Jelapang berfungsi juga sebagai pusat perdagangan yang menyumbangkan kepada ekonomi.

Contoh perdagangan yang terdapat di sini adalah secara borong, runcit, restoran, import dan

eksport. Terdapat juga beberapa buah bank seperti Maybank, CIMB Bank dan Bank Rakyat.

6.3.6 Pengangkutan dan perhubungan

16
Kerja Kursus Geografi PMR 2009

Jelapang mempunyai sistem pengangkutan dan perhubungan yang lengkap. Jalanraya

yang terdapat di sini menghubungkan kawasan Jelapang dengan kawasan sekitarnya termasuk

Bandaraya Ipoh, Pekan Silibin dan Lebuhraya Utara-Selatan. Jaringan pengangkutan juga dibina

bagi menghubungkan kawasan Jelapang ke Lebuhraya Ipoh-Lumut bagi memudahkan para

pelancong untuk ke Pulau Pangkor.

6.3.7 Pentadbiran

Seterusnya, terdapat beberapa jabatan kerajaan yang terletak di Meru, Jelapang seperti

Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Negara. Sekaligus, hal ini

menunjukkan Jelapang juga memainkan peranan sebagai salah sebuah pusat pentadbiran di

Kawasan Kinta.

6.4 MASALAH PETEMPATAN DI KAWASAN JELAPANG DAN DI KAWASAN

FUKUOKA, JEPUN

6.4.1 Masalah-masalah petempatan di Kawasan Jelapang

Di kawasan Jelapang, terdapat banyak berlaku pencemaran. Melalui pemerhatian saya telah

mendapati bahawa kegiatan ekonomi seperti aktiviti perdagangan di Jelapang telah menyebabkan

longgokan-longgokan sampah sarap. Hal ini menimbulkan masalah yang agak serius dan memberi kesan

yang buruk kepada penduduk setempat. Aktiviti perkilangan juga didapati menimbunkan bahan-bahan

buangan kilang mereka di sekitar kawasan tersebut.Pencemaran udara di kawasan Jelapang banyak

berpunca daripada asap kenderaan bermotor, asap dari kilang, bahan kimia dan butiran halus seperti debu

yang dilepaskan ke udara.Pencemaran air pula berlaku di sungai terutama yang berlaku di sungai sekitar

kawasan Jelapang. Sungai-sungai di kawasan ini didapati agak keruh dan terdapat kilang-kilang di

sepanjang sugai itu yang membuang sisa kilang mereka ke dalam sungai.

Seterusnya, kesesakan lalu lintas berlaku akibat jalan raya yang sempit juga merupakan

masalah di kawasan Jelapang.. Kesesakan juga berlaku apabila terdapat permukaan jalan raya

yang tidak rata. Banjir juga merupakan satu masalah yang serius berlaku di kawasan Jelapang.

Terdapat banyak tempat yang berlakunya banjir kilat akibat daripada bentuk muka buminya.

17
Kerja Kursus Geografi PMR 2009

Akhir sekali, perubahan padang darat juga telah berlaku di Kawasan Jelapang apabila kawasan

hutan telah ditebang bagi membentuk kawasan perbandaran yang baru. Hal ini berkaitan dengan

aktiviti penebangan hutan yang mengakibatkan berlakunya tanah runtuh dan banjir kilat.

6.4.2 Masalah-masala petempatan di Negara Jepun

Negara Jepun juga telah mengalami beberapa masalah petempatan. Seperti yang kita sedia

maklum, Jepun merupakan sebuah negara perindustrian yang paling maju. Oleh yang demikian, masalah

petempatan yang berkaitan dengan alam sekitar pasti berlaku.. Antaran masalah yang dihadapi oleh

Negara Jepun termasuk masalah pencemaran , kesan rumah hijau, penipisan ozon,hujan asid dan masalah

kepupusan sumber.

Menurut satu laporan di dalam sebuah laman web, ada dinyatakan suatu kesan yang dahsyat telah

menimpa penduduk Jepun pada tahun 1962 apabila sebuah kilang kimia di Teluk Minamata di Jepun

telah membuang sisa toksik ke dalam laut dan telah mencemarkan ikan di laut tersebut yang menjadi

sumber protein. Akhirnya penduduk sekitar kawasan tersebut telah meminta kesan seperti kecacatan

dalam kelahiran serta keguguran bayi.

Masalah penipisan lapisan ozon akibat peggunaan penyaman udara , penyembur aerosol, peti sejuk

dan sebagainya juga telah berlaku. Hal ini akan menyebabkan pelbagai penyakit dan mengancam

tanaman. Penggunaan bahan moden yang berlebihan menyebabkan penipisan lapisan ozon.Selain itu,

penduduk Jepun juga mengalami masalah pulau haba. Pulau haba wujud kesan daripada kekurangan

tumbuh-tumbuhan yang berperanan menyerap karbon dioksida. Hal ini menghalang pergerakan udara

dan menyebabkan suhu meningkat. Di Fukuoka, Jepun pula, pembinaan bangunan berkonkrit dan

bangunan pencakar langit telah menyebabkan berlakunya pulau haba di bandar. Masalah yang terakhir

adalah hakisan tanah. Penebangan hutan dan pokok menyebabkan air hujan jatuh ke bumi dengan laju

dan peningkatan kadar hakisan tanah. Saya berasa bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku dan

semua pihak harus mengambil tindakan. Kita haruslah menyayangi alam sekitar dan negara kita serta

tidak memusnahkannya.

6.5 LANGKAH-LANGKAH MENGURANGAN MASALAH PETEMPATAN

18
Kerja Kursus Geografi PMR 2009

6.5.1 Kitar Semula

Kitar semula merupakan aktiviti menggunakan atau memproses semula bahan-bahan yang

telah digunakan. Terdapat banyak jenis bahan buangan daripada aktiviti ekonomi di sekitar

kawasan Jelapang ini boleh dikitar semula mahupun diproses dan dijadikan barangan baru.

Antara barang yang boleh dikitar semula ialah kertas, botol kaca, plastik serta barangan

aluminium yang dibuang daripada kilang-kilang mahupun kedai-kedai yang beroperasi di sekitar

kawasan ini. Barangan seperti kertas,kaca, dan barangan aluminium boleh juga diproses menjadi

barangan baru dan ini dapat memaksimumkan penggunaan barangan tersebut serta dapat

menjimatkan sumber.

6.5.2 Penguatkuasaan Undang-undang

Penguatkuasaan ini dapat mengurangkan kesan negatif kepada petempatan di kawasan

Jelapang. Penguatkuasaan denda perlu dikenakan kepada pihak yang membuang sampah di

merata-rata tempat, kilang-kilang dan kenderaan yang mengeluarkan asap yang berlebihan dan

sebagainya. Adalah diharapkan melalui penguatkuasaan undang-undang ini, para pengusaha

kilang, usahawan, peniaga serta orang ramai lebih prihatin dan berwaspada tentang kesan

pencemaran alam sekitar terhadap petempatan .

6.5.3 Melebarkan jalan raya

Jalan raya yang kecil akan dilebarkan supaya tidak terjadi kesesakan jalan raya.

Pihak Majlis Bandaraya Ipoh perlu melebarkan jalan raya supaya kesesakan lalu lintas dan kadar

kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Kawasan jalanraya di Jelapang agak sempit dengan

hanya dua lorong. Hal ini menyebabkan timbulnya masalan kesesakan jalan raya terutama pada

waktu awal pagi tambahan pula jalan tersebut merupakan jalan keluar masuk lori-lori kontena

dari kawasan perindustrian yang berdekatan. Keadaan ini menyebabkan jalan raya tersebut

bukan sahaja sesak tetapi juga sering mengalami kerosakan seperti berlubang dan tidak rata. Hal

ini menimbulkan masalah kepada pengguna jalan raya di sekitar kawasan tersebut.

6.5.4 Mempercepatkan Projek Peningkatan Taraf

19
Kerja Kursus Geografi PMR 2009

Pihak MAJLIS BANDARAYA IPOH (MBI) digesa supaya mempercepatkan projek

peningkatan taraf kawasan Pekan Silibin untuk mengurangkan bilangan kenderaan berat seperti

lori dan trak. Selai itu, MBI juga perlu melarang kenderaan berat memasuki kawasan Pekan

Silibin pada hari cuti am dan menyediakan kawasan tempat letak kereta khas dipinggir kawasan

Pekan Silibin.

6.5.5 Kempen Menjaga Alam Sekitar

Kempen tentang kesedaran perlu menjaga kebersihan dan keindahan kawasan Jelapang

harus dijalankan. Ini patut disertai dengan penguatkuasaan undang-undang seperti mengenakan

denda terhadap mereka yang membuang sampah di merata-rata tempat.

Antara aktiviti lain yang boleh dijalankan untuk mengurangkan masalah petempatan

adalah dengan mengadakan kempen. Para pengusaha kilang, usahawan, peniaga, serta orang

ramai mesti digalakkan supaya berwaspada tentang kesan-kesan amalan mereka terhadap alam

sekitar. Kempen kesedaran alam sekitar ini boleh dijalankan melalui aktiviti ceramah, pameran,

kem kesedaran, bengkel alam sekitar serta melalui media cetak atau media eletronik. Dengan

adanya kempen-kempen kesedaran sumpama ini, diharapkan dapat membuka mata masyarakat

teentang kesan kepentingan menjaga alam sekitar kepada petempatan kawasan Jelapang.

6.5.6 Penyelenggaraan Sistem Saliran dan Perparitan

Penyelenggaraan sistem saliran (parit dan longkang) tidak terancang menyebabkan

berlakunya banjir kilat. Kawasan berhampiran Jalan Jelapang sering berlaku banjir kilat pada

waktu hujan lebat menyebabkan perhubungan sering terganggu dan air tidak mengalir dengan

baik. Keadaan ini juga menimbulkan masalah bukan sahaja kepada pengguna jalanraya tetapi

juga menjejaskan rumah-rumah yang terdapat disekitar kawasan tersebut.Oleh itu, pihak

MAJLIS BANDARAYA IPOH perlu mengatasi masalah banjir kilat dengan menambahkan

saluran air dan melebarkan saluran yang lama dikawasan tersebut.

6.5.7 Rawatan Air Di Jepun

20
Kerja Kursus Geografi PMR 2009

Dengan teknologi yang canggih sebanyak 53 juta metrik sisa padu air boleh dirawat sehari

di Jepun. Air yang dirawat digunakan semula sbagai air siraman, membasuh tandas dan industri.

Jepun juga mengamalkan rawatan air secara biologi dan ozonisasi untuk mengeluarkan bau dan

rasa yang tidak diingini daripada air yang terpakai.

6.5.8 Pembersihan Tasik Di Jepun

Langkah-langkah pembersihan tasik dilaksanakan menerusi Pengurusan Lembangan

Saliran. Kerja-kerja ini termasuklah membersihkan air tasik dan meneutralkan keasidannya,

mengawal pembiakan rumpai air dalam tasik, mengorek dasar tasik bagi mengurangkan

pemendapan seperti di tasik Kasumigaura dan Tasik Kamayam

Roziah Hani binti Othman,


18, Laluan Taman Meru 27,
Taman Meru 2 B (Meru Hills),
30020 Ipoh,
Perak.

____________________________________________________________________________

Pengetua,
SABK Maahad Al Imam Asy-Syafiee,
Jelapang,
30020 Ipoh,
Perak. 5 MAC 2009

Tuan,

Menjalankan Kajian Geografi Tempatan (KGT)

21
Kerja Kursus Geografi PMR 2009

Merujuk perkara di atas, saya Roziah Hani Binti Othman membenarkan anak saya, Luqman
Fahmi bin Ahmad Sazilee, pelajar tingkatan 3 Al Mawardi untuk menjalankan Kajian Geografi
Tempatan bagi memenuhi sukatan Pelajaran Geografi Tingkatan Tiga.

2. Saya faham bahawa semasa menjalankan kajian ini,jika sesuatu yang tidak diingini
berlaku kepada anak saya, saya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pihak
sekolah.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………………………….
(ROZIAH HANI BINTI OTHMAN)

9.0 RUJUKAN

9.1 Atlas

Goh Cheng Cheong, 2001. Atlas Eksplorasi Geografi, Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn.

Bhd.

9.2 Buku teks

Khaw Ah Seng, Habibah Hj. Lateh dan Tan Koh Lin, 2004. Buku Teks Geografi Tingkatan

3, Ipoh : Penerbit PTS Publication Sdn. Bhd.

9.3 Buku Rujukan

22
Kerja Kursus Geografi PMR 2009

Shaharudin Ahmad dan Noraziah Ali, 1993. Kamus Istilah Geografi KBSM, Kuala Lumpur:

Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd.

9.4 Laman web :

9.4.1 http://www.worldmapfinder.com

9.4.2 http://www.ipoh-online.com.my/general/shopping/index.htm

9.4.3 http://www.worldstravels.com/travelguide/countries/Japan/map

8.0 LAMPIRAN

MASALAH-MASALAH YANG TERDAPAT DI KAWASAN JELAPANG.

Satu masalah yang terdapat pada longkang menyebabkan air longkang tidak dapat
mengalir dengan lancar.

23
Kerja Kursus Geografi PMR 2009

Masalah bangunan yang terbiar tanpa ada pembaikan.

Masalah jalan raya yang rosak dan ditakungi air

24
Kerja Kursus Geografi PMR 2009

Masalah sistem perparitan yang kotor

Sebuah telefon awam yang menjadi mangsa vendalisme

Masalah sampah yang tidak di pungut.

25
Kerja Kursus Geografi PMR 2009

Masalah tanah runtuh yang disebabkan pembinaan.

Masalah kawasan yang idak dibersihkan.

26
Kerja Kursus Geografi PMR 2009

27

You might also like