P. 1
55 Sistem Ejaan Jawi Yang Dikemaskini Oleh Dewan Bahasa;ll

55 Sistem Ejaan Jawi Yang Dikemaskini Oleh Dewan Bahasa;ll

|Views: 184|Likes:
Published by Cik Nurul Nadiah
hhhh
hhhh

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Cik Nurul Nadiah on Aug 11, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/02/2013

pdf

text

original

SISTEM EJAAN JAWI YANG DIKEMASKINI OLEH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA: SATU TINJAUAN Oleh Sabariah Binti

Haji Bahrun Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Kent, Tuaran, Sabah Emel: fatimahanim@yahoo.com

Abstrak Sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, majoriti penduduk terdiri daripada golongan buta huruf dan tidak mempunyai tulisan sendiri. Sejak penyebaran agama Islam, tulisan Arab diperkenalkan dan akhirnya telah diterima sebagai tulisan umat Islam. Bagi bangsa yang belum memiliki tulisan sendiri seperti bangsa Melayu, mereka telah mengambil seratus peratus tulisan Arab menjadi tulisan jawi. Bahkan tulisan ini juga adalah sebahagian daripada warisan kebudayaan Melayu Lama. Sebelum penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, tulisan jawi menjadi tulisan rasmi dan sehingga kini ia telah mengalami pelbagai peringkat proses perubahan. Terkini, tulisan jawi telah dikemaskini oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Kajian ini adalah berbentuk ujian bertulis bertujuan untuk menguji prestasi pelajar menulis jawi. Seramai 58 orang pelajar opsyen Pendidikan Islam IPG Kampus Kent telah terlibat dalam kajian ini. Data kuantitatif yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan SPSS. Selain membincangkan dapatan kajian, penulis turut menghalusi permasalahan mata pelajaran Jawi ejaan terkini seterusnya beberapa cadangan turut diketengahkan.

PENDAHULUAN

Perkembangan Penggunaan Tulisan Jawi Dalam Sistem Pendidikan Islam Tulisan jawi adalah antara tulisan yang terawal ditemui di Nusantara. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman kerajaan Islam Pasai sekitar kurun ke 13Masihi (Syed

1

penemuan batu nisan yang bertulis angka dalam bahasa Arab di Kedah pada 651 Masihi. Akibat daripada proses pengislaman ini. tulisan jawi telah menjadi tulisan orang Melayu sehingga sekarang.Muhammad Naquib al-Attas. termasuk Thailand Selatan dan Kampuchea. Penemuan Batu Bersurat di Terengganu yang bertarikh 1303 Masihi membuktikan tulisan jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan rumi yang hanya ditemui sekitar abad ke 19. Oleh disebabkan itu. Begitu juga. meskipun telah melalui pelbagai tahap perubahan sistem ejaan dan pasang surut penggunaannya dalam penulisan di alam Melayu amnya dan Malaysia khasnya. 1997). bahasa Melayu juga menjadi alat perantaraan penyampaian dan pengajaran Islam di seluruh Kepulauan Melayu. 1969). penggunaan dan adaptasi skrip Arab telah menjadi skrip jawi untuk mengeja Bahasa Melayu. dan wang dinar di Kelantan pada 1181 Masihi (Hasyim Musa. Di samping penggayaan istilah dengan kemasukan istilah Arab dan Parsi Islam. 2 . tetapi aspek-aspek budaya yang lain turut berubah. bukan sahaja agama dan kepercayaan masyarakat di Kepulauan Melayu berubah. Dengan kedatangan Islam. Syed Muhammad Naquib al-Attas berkata bahasa Melayu juga mengalami proses pengislaman.

Angkatan Sasterawan 50 telah mengesyorkan: Sudah sepatutnya tulisan Rumi di rasmikan bagi persuratan Melayu dengan tidak menghapuskan tulisan Jawi sehingga masa akan menentukannya. perjanjian-perjanjian antara raja Melayu dan pihak berkuasa Portugis. Belanda dan Inggeris. Hasilnya. Pada tahun 1954. Tulisan jawi berfungsi sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran. adat istiadat. tulisan jawilah yang banyak memainkan peranan utama sebagai alat tulisan Melayu-Islam yang pertama dalam masyarakat Melayu. sebuah jawatankuasa penyiasat tulisan Jawi-Rumi dalam Kongres Persuratan Melayu se-Malaya Kedua di Seremban.Pernyataan masalah Berdasarkan kepada beberapa fakta sejarah. Ia juga menjadi sebagai penghubung bagi kesatuan Islam di seluruh rantau Melayu. Hasil daripada penyiasatan itu maka disimpulkan dalam Memorondum Mengenai Tulisan Rumi untuk Bahasa Melayu 1954. Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 juga ditulis dalam tulisan Jawi. telah membandingkan sistem ejaan tulisan Jawi dan Rumi. Keadaan ini lahir dari sikap kita sendiri terhadap warisan bangsa. tulisan jawi telah memainkan peranan penting di rantau Kepulauan Melayu. Dalam proses penyebaran pendidikan agama Islam. 3 . sebelas kelebihan tulisan Rumi berbanding dengan 12 kelemahan tulisan Jawi. Perkembangan tulisan ini juga telah mengalami jatuh bangunnya sendiri.

Indonesia dan Brunei. 1988). Demikianlah senario terpinggirnya tulisan jawi yang telah digunakan sejak beratus-ratus tahun di Malaysia termasuk di sekolah-sekolah. bahkan turut dialami juga di kalangan masyarakat Melayu Islam di negara sekitar seperti Singapura. Banyak bahan penulisan telah disalurkan kepada masyarakat melalui penonjolan tulisan rumi. Bila diteliti sejarah dunia. Begitu juga Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menyatakan: Tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan rumi dengan syarat bahasa itu tidak melarang penggunaan tulisan melayu yang lebih dikenal dengan tulisan jawi bagi bahasa kebangsaan. 4 . Akhirnya. Rentetan itu berlaku kejatuhan kerajaan Turki dan seterusnya kejatuhan kerajaan Melayu dan berlakunya penjajahan Barat di Indonesia dan Tanah Melayu dan memberi kesan terhadap terpinggirnya penggunaan tulisan jawi sekitar tahun 40-an dan 50-an. tulisan rumi pula mengambil tempat terutama dalam persuratan Melayu (Shukri Zain. lanjutan daripada perang salib telah menyebabkan kejatuhan kerajaan-kerajaan Islam di Eropah. Pengabaian ini bukan sahaja berlaku di kalangan masyarakat Melayu Islam di Malaysia. kedudukan tulisan jawi kian tergugat. Semasa Tanah Melayu berada di dalam kuasa penjajah Barat.Seterusnya Penyata Razak tahun 1956 menyatakan: Kami telah menimbangkan dengan halus berkenaan perkara menggunakan tulisan rumi atau jawi dalam bahasa kebangsaan itu dan cadangan digunakan tulisan rumi dengan syarat diadakan pelajaran jawi bagi muridmurid Islam. tulisan jawi menjadi tulisan yang kurang popular kerana keistimewaan tulisan rumi yang amat berpengaruh dalam masyarakat. Pada tahun 1950an.

Meskipun tulisan Jawi masih kekal diajar kepada murid-murid dalam pelajaran Agama Islam. bangsa Melayu amat sinonim dengan Islam (Perlembagaan Persekutuan). di antara kepentingan dan kelebihan tulisan jawi kepada masyarakat ialah. Tulisan jawilah yang menjadi jambatan ilmu untuk memudahkan penyebaran agama Islam di kalangan masyarakat Melayu dahulu. kemerosotan prestasi murid-murid dalam membaca dan menulis Jawi semakin ketara. Dalam masa yang sama penggunaan tulisan Jawi sudah tidak memberangsangkan dan kurang ditekankan dalam masyarakat dan negara. Memudahkan pembelajaran al-Quran b. Mendekatkan kepada agama Islam 5 . Hal ini mungkin disebabkan tempoh masa pelajaran Jawi di sekolah yang agak terhad dan meluasnya penggunaan tulisan Rumi dalam pelbagai aktiviti dalam kalangan masyarakat. Di samping itu juga. penyelidik ingin memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu amnya bahawa tulisan jawi merupakan tulisan asal bagi bahasa dan bangsa Melayu sebelum ini. Kajian ini dilakukan bagi menyingkap kembali akan kepentingan tulisan jawi dalam masyarakat Melayu Islam. masyarakat patut didedahkan tentang keperluan mempelajari tulisan tersebut berasaskan kepentingan dan kelebihannya. c. a. Memudahkan penghayatan ilmu pengetahuan Islam. Menurut Faridah (1997). Bahkan sesetengah masyarakat menganggap bahawa mengenal tulisan jawi samalah juga mengenal tulisan al-Quran (Faridah mohamed. 1997). Dalam usaha meningkatkan kembali penggunaan tulisan jawi dalam kalangan masyarakat. terutamanya dari segi mengenal al-Quran dan Sunnah sekaligus agama Islam itu sendiri. Di Malaysia.

d. ejaan mengikut hukum. OBJEKTIF KAJIAN Secara khusus. OBEJEKTIF UMUM Secara umumnya. ejaan tradisi. Kaedah pelengkap ejaan juga 6 . kamus Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) Edisi Kedua (2008) telah diterbitkan dengan mengetengahkan lima kaedah utama ejaan jawi iaitu ejaan lazim. ejaan lampau hukum dan ejaan pinjaman serta serapan. Mengenal pasti permasalahan dalam penggunaan ejaan jawi terkini Tinjauan Literatur Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengemas kini tulisan jawi dari masa ke semasa demi untuk memartabatkan kembali tulisan ini. Terkini. Meninjau prestasi pelajar menulis jawi ejaan terkini 2. Mengenal pasti aspek-aspek kelemahan pelajar dalam ejaan terkini 3. kajian ini bertujuan meninjau prestasi pelajar dalam menulis sistem ejaan jawi terkini yang telah dikemaskini oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Beberapa buah kamus Jawi telah disusun dan dicetak iaitu pada tahun 2001 dan 2004. objektif kajian ini ialah untuk: 1. Memelihara keaslian perkataan Arab dalam bahasa Melayu.

membaca dan menulis perkataan mudah daripada suka kata tertutup adalah 57. 7 . Manakala kajian Sabariah (2011) mengetengahkan tentang perestasi menulis jawi 265 orang pelajar yang mengambil mata pelajaran jawi (dalam pelajaran Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam) di IPG Kampus Kent adalah sebanyak 57.26.2% memperoleh gred C dan D. Ini disokong oleh kajian Asmawati Suhid et al (2008) mendapati tahap penguasaan murid membaca dan menulis perkataan mudah daripada suku kata tertutup adalah 49.2%. kajian Abdul Halim Tamuri et al (2004) dalam kajiannya tentang keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar mendapati bahawa. penggunaan huruf hamzah dan ejaan imbuhan.9% dalan jawi. tahap penguasaan tulisan jawi murid adalah sederhana (67.8%). Misalnya. Begitu juga kajian Nik Hassan (2006) terhadap pelajar tingkatan empat di empat buah sekolah daerah Tuaran. Boleh dikatakan bahawa kebanyakan hasil dapatan kajian berkenaan menunjukkan bahawa penguasaan tulisan jawi dalam kalangan murid Islam masih berada pada tahap sederhana dan lemah. Justeru penyelidik menganggap prestasi dan tahap penguasaan pelajar dalam tulisan jawi masih perlu dikaji dan diberi perhatian. Sabah mendapati bahawa skor min pelajar adalah 2.diketengahkan dalam kamus ini seperti ejaan gelinciran. Kajian tentang prestasi tulisan jawi telah banyak dijalankan.

Thomas. sampel yang sesuai adalah 52 orang. Penulis akan membuat satu generalisasi berkaitan populasi ini. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan mengaplikasi kaedah statistikal bagi mendapatkan maklumat yang dikehendaki dengan menggunakan program Statistical Package For The Social Science (SPSS). Ia bertujuan untuk mendapatkan data kuantitatif tentang prestasi pelajar opsyen Pendidikan Islam Kampus Kent menulis jawi menurut sistem ejaan terkini. Kesahan instrumen kajian dilakukan dengan melantik sebuah panel terdiri daripada dua orang pakar daripada universiti tempatan untuk menilai dari segi format dan kejelasan maksud yang komprehensif tentang isi kandungan item yang dibentuk. Penyelidik menggunakan metod convinience sampling iaitu penyelidik memilih kumpulan pelajar Kampus Kent sebagai sampel kajian. dalam kajian ini penyelidik akan mengambil kesemua 58 orang menjadi sampel kajian. (1970) sekiranya jumlah populasi 60 orang. Oleh itu jumlah sampel penyelidik adalah menepati saranan tersebut.METODOLOGI Kajian ini menggunakan reka bentuk deskriptif iaitu secara ujian bertulis.” Namun. Menurut Krejcie et al. “sample is a number of elements from a larger population of elements. Sullivan (1992) menyatakan. J. 8 .

Prestasi mereka dapat dilihat dalam Jadual 1.7 3.9 65 – 69. 14 orang (24.2%).100 80 . Analisa dapatan turut mendapati 3 orang pelajar mendapat gred D (5.2 21. mereka telah diberi ujian bertulis untuk menguji tahap penguasaan mereka.2 19.4 0 5.DAPATAN KAJIAN Prestasi Pelajar Menulis Jawi Ejaan Terkini Bagi mengenal pasti prestasi pelajar menulis jawi.2%) sahaja mencapai gred A dalam ujian menulis jawi.2%) mendapat gred B dan 38 orang (66.0 5. 9 .0 17.9 20 – 29.9 75 – 79.9 50 – 54.2%) mendapat gred C.9 70 – 74. Sebanyak tiga orang (5. Jadual 1: Prestasi Pelajar Menulis Ejaan Jawi Terkini Julat Markah 90 .9 60 – 64.9 55 – 59.2 0 0 Dapatan menunjukkan bahawa secara keseluruhannya.9 30 – 39.0 28.9 0 – 19. prestasi murid tidak seimbang dalam setiap gred.9 40 – 49.9 N = 58 Gred A+ A AB+ B BC+ C CD+ D F f 0 1 2 0 3 11 16 10 12 3 0 0 % 0 1.89.

0 36. Dapatan menunjukkan bahawa secara keseluruhannya. Analisa dapatan juga mendapati kelemahan pelajar menulis dengan betul ejaan lampau hukum iaitu 19 orang (32. Jadual 2: Aspek-aspek kelemahan pelajar dalam ejaan terkini Kaedah Ejaan Lazim Ujian Menulis f Betul Salah N = 58 46 12 % 79. penyelidik menemui beberapa permasalahan dalam penggunaan ejaan jawi terkini yang telah dikemaskini oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.8 67.2 Kaedah Ejaan Pinjaman f 38 20 % 65.5 Analisa Jadual 2 menunjukkan sebanyak 46 orang (79.8%). Maklumat terperinci tentang hal ini ditunjukkan dalam Jadual 2.8%) menulis dengan betul kaedah ejaan tradisi dan 37 orang (64.0%) dapat menulis dengan betul kaedah ejaan mengikut hukum.1 f 37 21 % 64. Pertama.3%) menulis dengan betul kaedah ejaan lazim.5 34.Aspek-aspek Kelemahan Pelajar Dalam Ejaan Terkini Pelajar telah diberi ujian menulis jawi. 44 orang (75.2 Kaedah Ejaan Tradisi Kaedah Ejaan Ikut Hukum Kaedah Ejaan Lampau Hukum f 19 39 % 32.3 20. pelajar mencapai prestasi sederhana dan lemah dalam aspek kaedah ejaan jawi terkini. pendedahan sistem ejaan ini kurang diketahui 10 . meskipun Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengemaskini ejaan jawi dari semasa ke semasa selama belasan tahun.8 24. Permasalahan Dalam Penggunaan Ejaan Jawi Terkini Sepanjang kajian ini dijalankan.7 f 44 14 % 75.

Kedua. Keempat. PERBINCANGAN DAN CADANGAN Berdasarkan pembentangan dapatan kajian di atas. Sebahagian besar pelajar telah mendapat gred C. penggunaan tulisan jawi dalam kalangan masyarakat dan negara semakin hambar. Terkini. Prestasi ini 11 . Pihak Kementerian Pelajaran. sekolah-sekolah dan institut pengajian. Mereka lebih selesa menggunakan ejaan lama yang telah sebati sekian lama dalam penulisan. Malahan golongan guru agama sendiri merasa agak asing dengan sistem ejaan terbaru ini sehingga menimbulkan masalah dalam proses pengajaran mereka di sekolah. kurangnya kursus dan pendedahan sistem ejaan jawi baru dalam kalangan guru dan pelajar. terdapat kalangan guru dan pelajar mempertikaikan kaedah sistem ejaan baru kerana kesukaran penggunaannya. Dapatan ini selari dengan kajian Abdul Halim Tamuri et al. surat khabar. amat jarang kursus sebegini diadakan di jabatan-jabatan. (2004) dan Asmawati Suhid et al. Ketiga.oleh kebanyakan guru dan pelajar. Jabatan Pelajaran dan sebagainya hanya mengendalikan kursus ejaan jawi pada peringkat permulaan sekitar tahun 2005 dan 2006 sahaja. (2008) yang mendapati kemahiran murid menulis adalah pada tahap kurang memuaskan. secara umumnya boleh dikatakan bahawa prestasi pelajar menulis ejaan jawi terkini adalah berada pada tahap sederhana dan lemah. surat-menyurat. Jika adapun. kaedah ejaan lama yang digunakan. papan tanda dan sebagainya yang menggunakan tulisan jawi. Jarang kelihatan iklan-iklan.

agak membimbangkan walaupun pelajar-pelajar ini boleh dianggap mahir dalam menulis jawi kerana latar belakang pendidikan sekolah agama. Sebagai contoh terdapat perkataan hantar dan hentar. maka perlu diberi perhatian aspek-aspek tersebut. Pertama. dan golongan guru dan pelajar khususnya.8%) sahaja. Begitu juga kaedah ejaan serapan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris ada kalanya sukar dikuasai bagi sesetengah perkataan. semua guru Pendidikan Islam dan guru Bahasa Melayu perlu diberi pendedahan yang lebih kepada sistem ejaan yang terkini ini agar mereka boleh mengajar pelajar dengan betul dan yakin. perhatian yang serius perlu diberikan terhadap sistem kaedah ejaan yang agak menyukarkan untuk dikuasai. Berdasarkan perbincangan ini. Kelas. maka beberapa cadangan boleh diutarakan. ejaan jawi terkini yang telah dikemaskini oleh Dewan Bahasa dan Pustaka perlu didedahkan kepada masyarakat umumnya. Kaedah ini memerlukan seseorang menguasai perbendaharaan Bahasa Melayu dengan baik. 12 . Kedua. Ketiga. Dapatan ini selari dengan kajian Nik Hassan (2006) yang mendapati skor min pelajar adalah 2. kursus dan latihan perlu diperhebatkan ke semua peringkat di samping pemantauan dan penambahbaikan yang berterusan. Memandangkan tahap prestasi pelajar pada aspek-aspek kaedah ejaan tertentu adalah lemah.26 sahaja. Pelajar paling kurang kemahiran menulis dengan betul ejaan lampau hukum iaitu 19 orang (32. Peranan media massa perlu diperhebatkan dan peruntukan kewangan yang mencukupi hendaklah diberikan agar aktiviti-aktiviti memartabatkan tulisan jawi dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kajian ini mendapati kaedah lampau hukum agak mengelirukan.

nama bangunan. dan khususnya umat Islam masih belum dapat menguasai ejaan terkini ini dengan sebaik mungkin. minat dan motivasi terhadap tulisan ini akan dapat dipertahankan dan diperkasakan. Para pensyarah. guru dan pelajar perlu diberi pendedahan dan kursus-kursus yang berterusan agar hasrat memartabatkan sistem ejaan terkini dapat dicapai. Namun secara umumnya masyarakat Malaysia. Akhirnya. Penyelidik merasa bimbang sekiranya kurangnya penguasaan terhadap ejaan baru. yang mana roh dan syiar Islam jelas kelihatan dengan tersebarnya tulisan jawi. namun yang utama. Urusan surat menyurat rasmi sebaiknya menggunakan tulisan jawi meskipun tidak secara keseluruhan. tanda jalan. KESIMPULAN Sistem ejaan jawi yang dikemaskini oleh Dewan Bahasa dan Pustaka adalah bertujuan untuk memartabatkan kembali tulisan ini agar ianya lebih kemas dan sistematik. Penggunaan tulisan jawi terkini perlu disemarakkan lagi di samping usaha-usaha meningkatkan ilmu dan kemahiran masyarakat terhadap sistem ini. 13 . kedai dan sebagainya hendaklah menggunakan tulisan jawi. akan melunturkan minat masyarakat terhadap tulisan jawi. Tulisan jawi adalah warisan bangsa dan agama. penggunaan tulisan jawi perlu diperluaskan dalam masyarakat dan negara. lantik dan lentik dan lain-lain. papan kenyataan. Begitu juga beberapa ejaan perkataan pinjaman dan serapan sama ada bahasa Arab atau bahasa Inggeris masih sukar untuk dikuasai. Sekiranya masyarakat lebih terdedah dan dapat menguasai sistem ejaan jawi. Iklan-iklan.kampung dan kempung. papan tanda. Penggunaan tulisan jawi perlu mendapat sokongan dari semua pihak bagi memastikan ia benar-benar berjaya dan mencapai objektif yang diharapkan.

Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) Edisi Kedua. Model Kelas Pemulihan Jawi: Satu Penilaian Umum. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 14 .W. satu kajian lanjutan juga perlu dijalankan bagi mengenal pasti tahap prestasi dan masalah yang dihadapi oleh para pelajar dan guru terhadap sistem ejaan jawi yang dikemaskini. Nik Hassan Bin Seman (2006). Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial. (1970). Perkembangan Tulisan Jawi di Malaysia.Seterusnya. Indonesia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. R. Prosiding Konferensi Antarabangsa Islam Borneo. Faridah binti Mohamed (1997). Tesis Ijazah Sarjana Usuluddin. Shukri Zain (1988). Rusli bin Abdul Ghani et al (2008). (2004). Universiti Kebangsaan Malaysia dan JAPIM. & Morgan. D. Universiti Mulawarman. Hashim Musa (1997). Educational and Psychological Measurement. Fakulti Pendidikan. Laporan Penyelidikan. Epigrafi Melayu: Sejarah Sistem Tulisan Dalam Bahasa Melayu. Kertas Kerja Seminar JPPG. Asmawati Suhid dan Lukman Abdul Mutalib (2008). 30 (3).V. “Pengaruh Motivasi dan Gaya Pembelajaran Pelajar Terhadap Kemahiran Menulis Jawi” (Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Sabariah Binti Bahrun (2011). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kang Kyoung Seock (1990). Sumbangsih. Universiti Malaysia Sabah). Rujukan Abdul Halim Tamuri et al. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Krejcie. Perkembangan Tulisan Jawi Dalam Masyarakat Melayu. Universiti Malaya. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar. Determining sample size for research activities. Bahasa al-Quran dan Hubungannya dengan Tulisan Jawi: Suatu Kajian Terhadap Pelaksanaan Tulisan Jawi Di Sekolah-Sekolah Kota Baru Kelantan. Akademi Islam.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Thomas. New York: Macmillan Publishing Company. J. Sullivan (1992). 15 . Preliminary Statement on a General Theory of The Islamization of the Malay Archipelago.Syed Muhammad Naquib al-Attas (1969). Applied Sociology Research and Critical Thinking.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->