You are on page 1of 4

KEJOHANAN BOLA SEPAK

TERBUKA 9 SEBELAH
ANJURAN : GABUNGAN PEMUDA PAS CAWANGAN SETIA JAYA & SEBAYA BUKIT KAPAR
DENGAN KERJASAMA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KAPAR KLANG SELANGOR
TARIKH : 28 JUN 2009
HARI : AHAD
MASA : 9.00 PAGI - 6.30 PETANG
TEMPAT : PADANG AWAM SERAI WANGI,
JALAN KOPI, BUKIT KAPAR
HADIAH LUMAYAN MENANTI PEMENANG:- KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI:-
JOHAN : RM 2,000 + iringan SUBAHI (UCOP) : 019-3788846
N. JOHAN : RM 1,000 + iringan MAHANI (MAT) : 013-6695457
KETIGA : RM 500 + iringan CIK LI : 010-2311415
KEEMPAT : RM 300 + iringan EPI : 012-2445350

YURAN PENYERTAAN : RM 200/PASUKAN TARIKH TUTUP PENDAFTARAN : 26 JUN 09

PENAUNG KEJOHANAN : YB DR HJ ABD RANI BIN HJ OSMAN

BORANG PENYERTAAN

NAMA
PASUKAN

NAMA PENGURUS : _______________________________________

ALAMAT PASUKAN : _______________________________________

NO TEL : _______________________________________

BIL NAMA PEMAIN NO KAD PENGENALAN


1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
Dengan ini kami mengaku segala butiran di atas adalah benar. Kami berjanji akan mematuhi segala syarat
dan peraturan yang ditetapkan oleh penganjur. Bersama ini disertakan juga yuran pendaftaran. RM200/

_________________________
Tandatangan Pengurus Pasukan

Borang lengkap boleh dihantar ke e-mail bolasepak9sebelah@yahoo.com

Pembayaran boleh dibuat secara tunai pagi hari kejohanan atau melalui kiriman wang Pos atau Draf
Bank ditulis atas nama SUBAHI BIN SAYUTI berserta nama pasukan dan nombor telefon dibahagian
belakang (019-3788846)

Iklan khidmat sosial oleh bloggers cenangau.blogspot.com & politikbanjar.blogspot.com


PERATURAN-PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BOLA
SEPAK (M) TERBUKA 9 SEBELAH 2009

1. Nama Pertandingan

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bola Sepak Terbuka 9 Sebelah.


Bermain secara “karnival”.

2. Undang-undang Permainan

Peraturan-peraturan dan undang-undang Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)


hendaklah diikuti kecuali dinyatakan dalam peraturan ini.

3. Syarat-Syarat Kelayakan Pemain

3.1 Pemain yang didaftarkan hendaklah daripada kalangan warganegara


Malaysia atau bukan warganegara Malaysia yang tinggal di Malaysia.
3.2 Tiada had umur yang ditetapkan.
3.3 Tiada halangan bagi mendaftar pemain yang pernah mewakili atau sedang
mewakili pasukan kebangsaan, negeri atau mana-mana kelab.

4. Pendaftaran Pemain

4.1 Tiap-tiap pasukan hendaklah mendaftar nama senarai pemain tidak


melebihi 11 orang.
4.2 Hanya pemain yang didaftarkan sahaja dibenarkan bermain. Seorang
pemain hanya dibenarkan didaftarkan dalam satu pasukan sahaja.
4.3 Satu senarai nama pemain yang lengkap hendaklah diserahkan kepada
pihak penganjur selewatnya-lewatnya 26 Jun 2009. Sebarang perubahan
senarai nama dibenarkan sebelum perlawanan pertama bagi setiap
pasukan.
4.4 Bayaran penyertaan bagi setiap pasukan ialah RM200 (RINGGIT
MALAYSIA DUA RATUS SAHAJA).
4.5 Segala kecederaan pemain dibawah tanggungjawab pemain sendiri.

5. Format Pertandingan

Pertandingan ini akan dijalankan secara liga satu pusingan dalam setiap
kumpulan masing-masing.
Semua pasukan akan diundi dalam kumpulan yang ditetapkan. Pasukan yang
menjadi JOHAN dalam setiap kumpulan layak ke pusingan Kalah mati (pusingan
2).
Tiap-tiap pasukan yang menang pada liga, mendapat 3 mata, 1 mata untuk
seri dan 0 mata untuk kalah.
Setelah selesai perlawanan liga bagi setiap Pusingan Pertama dan
Pusingan Kedua jika terdapat dua pusakan atau lebih memperolehi mata yang
sama maka :

Iklan khidmat sosial oleh bloggers cenangau.blogspot.com & politikbanjar.blogspot.com


Jumlah perbezaan gol akan menjadi penentuan iaitu pasukan yang
memperolehi perbezaan yang terbesar antara jaringan gol ‘masuk’ dengan
jaringan gol ‘kena’ hendaklah memduduki tempat yang lebih tinggi.
Jika perbezaan golnya sama, pasukan yang telah menjaringkan gol yang
paling banyak hendaklah menduduki tempat yang lebih tinggi.
Jika masih seri juga, pasukan yang pernah menewaskan lawannya adalah
menduduki tempat yang lebih tinggi.
Jika masih juga seri, kedudukan ini hendaklah diselesaikan menurut cara yang
diputusakan oleh Jawatankuasa Pertandingan.

6. Masa Perlawanan

6.1 Kedua-dua Pusingan


6.1.1 Pusingan Pertama 7 ½ / 1 / 7 ½
6.1.2 Pusingan Kalah Mati 7 ½ / 1 / 7 ½
6.1.3 Perlawanan Akhir 10 ½ / 1 / 10 ½
6.2 Tiada masa tambahan diberi sekiranya keputusan berkesudahan seri dalam
pusingan awal
6.3 Pada peringkat kalah mati, sekiranya keputusan berkesudahan dengan seri,
tendangan penaliti akan dijalankan. Jikalau masih juga seri , tendangan
penaliti secara ‘Sudden Death’ akan dijalankan.

7. Kelewatan/ Kekurangan Pemain

7.1 Tiap-tiap pasukan mestilah berada di padang permainan 5 minit sebelum


masa yang ditetapkan bagi perlawanan.
7.2 Masa selama tidak lebih daripada 5 minit adalah diberikan kepada pasukan
yang lewat. Selepas masa 5 minit, pasukan yang lewat itu dikira ‘walk
over’ dan keputusan perlawanan yang melibatkan pasukan tersebut
dikekalkan keseluruhannya.
7.3 Sekurang-kurangnya 7 orang pemain mestilah berada di padang sebelum
perlawanan dimulakan. Sekiranya kurang dari jumlah tersebut, pasukan itu
dikira menerima kekalahan.
7.4 Pasukan yang mendapat kemenangan melalui ‘ walk over’ mendapat tiga
(3) mata dan 3 jaringan gol berbalas kosong (0)

8. Pakaian Pemain

8.1 Semua pemain diwajibkan memakai kasut bola (boots) dan stoking tinggi
serta ‘ Shin Guard’.
8.2 Tiap-tiap pemain hendaklah memakai jersi yang bernombor mengikut
nombor yang didaftarkan dalam borang pendaftaran.
8.3 Jika terdapat kedua-dua pasukan memakai jersi yang sama warna,
pasukan yang disebut dahulu hendaklah menukar jersi.
8.4 Pemain yang beragama Islam digalakkan memakaian pakaian yang
menutup aurat

9. Pertukaran Pemain

9.1 Setiap pasukan dibenarkan membuat 2 pertukaran dalam satu perlawanan.


Iklan khidmat sosial oleh bloggers cenangau.blogspot.com & politikbanjar.blogspot.com
9.2 Mana-mana pemain yang telah digantikan tidak dibenarkan bermain
semula dalam perlawanan tersebut termasuk mengambil tendangan
penalti.

10. Rayuan dan Bantahan

10.1 Setiap rayuan hendaklah dikemukakan secara bertulis dalam tempoh 10


minit selepas perlawanan dilangsungkan.
10.2 Setiap bantahan yang ingin dibuat akan dikenakan bayaran sebanyak RM
300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja)
10.3 Bayaran wang bantahan hendaklah disertakan bersama-sama dengan
bantahan yang dibuat.
10.4 Sekiranya bantahan diterima, bayaran wang bantahan berjumlah RM
300.00 akan dikembalikan semula.
10.5 Panel juri rayuan terdiri daripada 3 orang pegawai teknikal kejohanan dan
dua orang pengurus pasukan. Segala keputusan Juri Rayuan adalah
muktamad.

11. Tindakan Tatatertib

11.1 Seseorang pemain yang telah mendapat 2 kad kuning dalam perlawanan
yang berasingan akan digantung 1 perlawanan berikutnya.
11.2 Seseorang pemain yang diperintahkan keluar padang selepas menerima
dua kali amaran bertulis di dalam perlawanan yang sama akan digantung 1
perlawanan berikutnya.
11.3 Seseorang pemain yang diperintahkan keluar padang kerana mendapat
kad merah akan digantung 1 perlawanan berikutnya.

12. Tafsiran Undang-undang/ Peraturan

13.1 Segala peraturan yang termaktub di sini adalah muktamad.


13.2 Sekiranya terdapat sebarang perkara yang tidak disebut di dalam peraturan
di atas, maka ia adalah tertakluk di bawah budibicara pihak penganjur.
Segala keputusan pihak penganjur adalah muktamad

Iklan khidmat sosial oleh bloggers cenangau.blogspot.com & politikbanjar.blogspot.com

You might also like