You are on page 1of 30

KERJA KHUSUS GEOGRAFI PMR

2009

PETEMPATAN DI KAWASAN TAMAN SRI


GOMBAK DAN PERBANDINGAN DENGAN
NEGERA JEPUN

Nama Murid : Muhammad Imran Hanafi bin Abdul


Aziz
No. Kad Pengenalan : 940111-14-5385
Tingkatan : 3 Amanah
Nama Guru : Puan Sapiah binti Baki

Tanda Tangan Penilai Tanda Tangan Calon

1
Senarai Kandungan

TAJUK MUKA
SURAT

Penghargaan 1

Pendahuluan 2

Objektif Kajian 3

Kawasan Kajian 4

Kaedah Kajian 10

Dapatan Kajian 12

Rumusan 24

Rujukan 26

Lampiran 26

2
Penghargaan
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan
penghargaan yang tinggi kepada guru Geografi saya
iaitu Puan Sapiah binti Baki kerana tunjuk ajar dan
bimbingannya. Tunjuk ajar beliau telah memberi
keyakinan kepada saya menyiapkan Kerja Khusus
Geografi PMR.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada


pengetua sekolah, iaitu Puan Rahimah binti Omar
yang telah memberikan kebenaran kepada kami untuk
menjalankan kajian ini selepas waktu sekolah.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih


kepada kedua-dua ibu bapa yang saya amat sayangi
kerana telah banyak memberi panduan, bahan rujukan
dan sokongan moral serta mendoakan kejayaan saya
untuk menjayakan Kerja Khusus Geografi.

Tidak lupa juga untuk mengucapkan terima kasih


kepada rakan seperjuangan saya di kelas 3 Amanah
iaitu Muhd Farhan, Mohd Fakrul Nizam , Firdaus, Muhd
Zulfadli dan Wan Aminur Rahman yang membantu
mendapatkan serta menyusun maklumat dan fakta
berkaitan dengan Kerja Khusus Geografi ini.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada 10


orang yang telah saya temu bual di kawasan kajian
kerana telah berkerjasama menjawab soalan-soalan
yang saya ajukan.

1
Pendahuluan
Saya pelajar Tingkatan Tiga Amanah telah
menjalankan tugas bagi menyiapkan Kerja Khusus
Geografi PMR tahun ini, iaitu 2009. Kerja khusus ini
dijalankan bertujuan untuk memenuhi keperluaan Kerja
Khusus Geografi Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009.

Kawasan persekitaran pelajar digunakan sebagai


asas pengajaran dan pembelajaran untuk memahami
beberapa aspek dan konsep yang telah dipelajari. Saya
dan ahli kumpulan saya iaitu Muhd Farhan, Mohd Fakrul
Nizam , Firdaus, Muhd Zulfadli dan Wan Aminur Rahman
telah diberi tajuk “Petempatan di kawasan Taman Sri
Gombak dan perbandingan dengan negara Jepun” untuk
Projek Kerja Khusus Geografi kami.

Taman Sri Gombak menjadi pilihan saya untuk dikaji


kerana kawasan ini mempunyai banyak kemudahan dan
juga berdekatan dengan tempat kediaman saya iaitu kira-
kira 2 km jauhnya. Saya memilih negara Jepun sebagai
negara yang dibandingkan dengan kawasan saya kerana
negara Jepun merupakan negara yang moden.

Masa yang diberikan untuk menyiapkan kajian ini


ialah 2 bulan iaitu daripada 6 April hingga 31 Mei. Melalui
kajian ini saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam
tentang jenis dan fungsi petempatan yang ada di kawasan
saya dan negara Jepun.

Oleh itu, saya berharap kajian ini dapat membantu


pelajar-pelajar lain yang ingin mempelajari tajuk ini.
Selepas mengumpulkan semua maklumat yang
diperlukan, saya menulis laporan yang lengkap tentang
kajian ini secara individu.

2
Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif


yang berikut:

a) Mengenal pasti jenis dan pola petempatan di


Taman Sri Gombak dan negara Jepun.
b) Mengkaji faktor yang mempengaruhi
petempatan di Taman Sri Gombak dan negara
Jepun.
c) Menyenaraikan fungsi petempatan di Taman Sri
Gombak dan negara Jepun.
d) Mengkaji masalah petempatan di Taman Sri
Gombak dan negara Jepun.
e) Menyatakan langkah-langkah bagi
mengurangkan masalah petempatan di Taman
Sri Gombak dan negara Jepun.
f) Kepentingan penerapan nilai patriotisma
terhadap Taman Sri Gombak dan negara Jepun.

3
Kawasan Kajian
Taman Sri Gombak

Taman Sri Gombak terletak di Mukim Batu iaitu di


Batu Caves. Kedudukan kawasan ini ialah ke arah barat
dari Pusat Bandar Kuala Lumpur dan jaraknya kira-kira 25
kilometer. Perjalanan dengan menaiki bas awam dari
Taman Sri Gombak ke pusat bandar mengambil masa kira-
kira 30 minit. Tambangnya pula ialah RM1.00 bagi pelajar
yang memakai pakaian sekolah, manakala dewasa
sebanyak RM2.00.

Keluasan Taman Sri Gombak ialah 264506.8km


persegi (Sumber: Pejabat Daerah Gombak). Kawasan ini di
bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang (MPS).
Kawasan ini juga terletak berhampiran dengan sempadan
negeri Selangor dengan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur.

Taman ini terletak di sepanjang Lebuhraya Lingkaran


Tengah II. Lebuhraya ini menjadi sempadan antara Taman
Samudera dengan Taman Sri Gombak yang terletak di
Daerah Gombak. Taman perumahan ini dihubungkan
dengan tempat-tempat lain seperti Taman Greenwood,
Taman Selayang, Pinggiran Batu Caves, dan Sunway Batu
Caves melalui jalan raya dan lebuh raya. Kawasan ini mula
dimajukan pada lewat akhir kurun ke-20.

Pada masa dahulu, jalan yang menghubungkan


kawasan ini dengan pusat Bandar Raya Kuala Lumpur
tidak begitu baik seperti yang terdapat pada hari ini.
Penduduk asal kawasan perumahan ini mengambil masa
35 minit untuk sampai ke pusat bandaraya Kuala Lumpur
dengan menaiki kereta. Perlebaran dan peningkatan taraf
jalan raya serta pembinaan lebuh raya telah
memendekkan masa perjalanan kepada 25 minit.

Melalui pemerhatian, saya mendapati permukaan


bumi kawasan ini hampir rata. Di bahagian belakang
kawasan perumahan ini terdapat beberapa bukit. Kawasan

4
ini mempunyai beberapa fungsi. Antaranya sebagai
tempat kediaman, ekonomi, dan sosial. Jenis kegiatan
ekonomi yang dijalankan di kawasan kajian saya ialah
perniagaan dan perkhidmatan.

Terdapat pelbagai jenis perniagaan yang dijalankan.


Contohnya perniagan makanan, barangan runcit, hiasan,
buku, alat sukan, membuat cermin mata, pendidikan, dan
komputer.

Negara Jepun

Jepun terdiri daripada gugusan pulau-pulau yang


terletak di persisiran Lautan Pasifik di timur benua Asia.
Pulau-pulau utama jepun, dari utara ke selatan, adalah
Hokkaido, Honshu (pulau paling utama), Shikoku, dan
kepulauan Ryukyu yang terletak 600 km selatan barat dari
Kyushu. Naha dan Okinawa merupakan salah satu
daripada pulau-pulau yang terkenal di kepulauan Ryukyu.
Di samping itu, (kepulauan archipelago) Jepun
mempunyai 3,000 pulau-pulau kecil.

73% daripada negara Jepun terdiri daripada gunung-


ganang yang merentasi setiap pulau-pulau utama.
Gunung yang paling tinggi adalah Gunung Fuji dengan
ketinggian 3,776 m. Disebabkan oleh peratusan tanah rata
yang rendah, kebanyakan lereng-lereng bukit dgunakan
sepenuhnya untuk perusahaan pertanian. Dan Bandar-
bandar utama dibangunkan di setiap tanah rata yang
terdapat di negara Jepun.

Jepun terletak di dalam zon gunung berapi iaitu di


atas Lilitan Gunung Berapi Pasifik (Pacific Ring of Fire). Ini
menyebabkan Jepun kerap mengalami gegaran bumi
berkekuatan rendah dan kadang-kala merasai letusan
gunung berapi. Gempa bumi yang membinasakan juga
dirasai beberapa kali dalam satu abad. Gempa bumi ini
sering menyebabkan terbentuknya tsunami. Gempa bumi
yang terbaru adalah Great Hanshin Earthquake yang
terjadi pada tahun 1995. Disebabkan oleh kedudukan

5
geografinya, terdapat banyak mata air panas di Jepun dan
kebanyakkannya dijadikan tempat peranginan.

Jepun merupakan kawasan beriklim sederhana


dengan empat musim yang jelas. Disebabkan oleh jarak
yang jauh dari utara Jepun ke selatan Jepun, iklimnya
berbeza dari kawasan ke kawasan di mana utara jepun
mengalami iklim yang sangat sejuk pada musim salji dan
selatan jepun mengalami iklim subtropika. Iklim Jepun juga
dipengaruhi oleh tiupan angin bermusim yang bertiup dari
benua Asia ke Lautan Pasifik pada musim salji dan sebalik
pada musim panas.

Akhir Jun dan awal Julai merupakan musim hujan bagi


Jepun kecuali di Hokkaido. Pada akhir musim panas dan
awal musim luruh taufan sering terbentuk. Taufan ini
terjadi akibat daripada tekanan tropika di garisan
khatulistiwa yang bergerak dari selatan barat ke timur laut
dan ia sering membawa hujan yang sangat lebat.

Jepun juga mempunyai sebuah Landasan Keretapi


Tobu Kyuryo yang menghampiri Banpaku Kinen Koen, ke
arah stesen Fujigaoka. Sistem yang digunakan ialah
Sistem Urban Maglev yang pertama di dunia
menggunakan kawalan automatik telah beroperasi di
Jepun pada Mac 2005. Keretapi yang menggunakan motor
linear bermagnet ini mempunyai halaju maksima 100km/j.
Laluan ini memberi kemudahan kepada penduduk
tempatan selain kawasan Ekspo 2005.

6
Peta Daerah: Daerah Gombak

7
Peta Kawasan Kajian: Taman Sri Gombak

8
Peta Negara Bandingan: Jepun

9
Kaedah Kajian

Berikut adalah kaedah yang kami gunakan:

a) Pemerhatian:

- Pemerhatian dibuat terhadap bentuk muka bumi


kawasan kajian, fungsi dan jenis petempatan,
kemudahan asas
serta jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan. Kami
mencatatkan semua yang di perhatikan.

b) Temu bual:

- Sesi temu bual dijalankan di hadapan rumah-rumah


di
sepanjang Jalan Sri Gombak 1/10. Kami menemu
bual
10 orang penghuni yang tinggal di lorong tersebut.

c) Rujukan Perpustakaan:

- Saya telah membuat rujukan mengenai kawasan


Taman Sri
Gombak dan negara bandingan iaitu Jepun dengan
menelaah
buku-buku, majalah, jurnal di Perpustakaan Negara
Malaysia.
Rujukan daripada buku teks Geografi Tingkatan 3
juga dibuat.

d) Melayari Internet:

- Dengan menggunakan teknologi yang sedia ada,


saya telah
melayari beberapa buah laman web untuk
mendapatkan peta
daerah Gombak dan peta negara Jepun serta
memperoleh
maklumat tambahan berkaitan dengan Jepun.

10
e) Soal Selidik:

- Sebelum memulakan temu bual, kami telah


menyediakan borang
soal selidik terlebih dahulu untuk diisi bagi
mengumpulkan
maklumat. Sila lihat contoh di Lampiran 1.

f) Perbincangan:

-Saya berbincang dengan guru penilai, guru-guru


sejarah yang lain
dan rakan sekelas agar dapat menyiapkan hasil
kerja kursus
dengan baik dan mantap.

11
Dapatan Kajian
Jenis Dan Pola Petempatan

Berdasarkan kaedah kajian yang telah dibuat oleh


saya dan rakan-rakan dengan melayari internet dan
rujukan perpustakaan, kami mendapati bahawa kawasan
Taman Sri Gombak dan negara Jepun terletak di kawasan
yang berdekatan dengan bandar. Ini adalah disebabkan
oleh dasar kerajaan yang telah dibuat bagi memajukan
kawasan Taman Sri Gombak dan perkara yang sama juga
terjadi di Jepun. Berdasarkan kajian melalui pemerhatian
pula, saya dapati kebanyakan rumah di kawasan Taman
Sri Gombak dibina dengan tersusun dan rapat antara satu
sama lain. Susun atur ini dikenali sebagai pola terancang.

Di kawasan bandar di negara Jepun pula, rumah-


rumah di sana juga dibina rapat-rapat tetapi tidak
tersusun serta terdapat banyak bangunan tinggi untuk
menampung penduduk. Ini kerana penduduk di Jepun
amat padat dan ramai serta terdapat banyak kegiatan
ekonomi yang dijalankan di sekitarnya. Susun atur di
kawasan ini pula dikenali sebagai pola berselerak.

Saya amat bersyukur dan selesa tinggal di kawasan


Taman Sri Gombak kerana kejadian yang berlaku di Jepun
tidak berlaku di kawasan Taman Sri Gombak. Semua ini
adalah berikutan negara kita yang mampu menampung
jumlah penduduknya yang sekata. Kerajaan selalu
memainkan peranan mereka untuk memajukan kawasan
ini.

12
Faktor Yang Mempengaruhi Jenis Petampatan Di
Kawasan Kajian

BENTUK MUKA BUMI

Mengikut kajian yang saya lakukan, saya mendapati


kawasan kajian saya, Taman Sri Gombak terletak di
kawasan tanah pamah iaitu keadaan bentuk muka
buminya yang hampir rata. Namun begitu, terdapat juga
sebahagian kawasan yang mempunyai bukit-bukit kecil.
Bukit-bukit ini telah mempengaruhi jenis petempatan di
kawasan kajian saya. Ini dapat dibuktikan dimana terdapat
banyak bangunan, kedai, pejabat, kawasan perumahan
dan kemudahan asas yang lain dibina bukan sahaja hanya
tertumpu di kawasan rata. Hal ini menjadikan kawasan ini
padat.

KEGIATAN EKONOMI

Petempatan di sini juga turut dipengaruhi oleh


kegiatan ekonomi. Kegiatan penduduk setempat yang
banyak bekerja dalam sektor perkhidmatan dan
perniagaan menyebabkan bilangan tenaga buruh
meningkat. Berikutan permintaan yang tinggi bangunan
dan kedai ditambah dan ini seterusnya mempengaruhi
petampatan.

KEPERLUAN PENDUDUK

Keperluan penduduk semakin bertambah setiap


tahun dan keadaan ini mempengaruhi petempatan di sini.
Oleh itu, suatu perumahan yang besar telah di wujudkan
mengikut keperluan penduduk dan didiami penduduk yang
berbilang bangsa. Ini memberi peluang kepada mereka
yang mempunyai anak yang ramai dan berkeluarga besar
untuk tinggal di Taman Sri Gombak. Pembinaan ini juga
memudahkan pekerjaan yang bekerja di kawasan ini untuk
berulang-alik ke tempat kerja.

13
Bandingannya Dengan Kawasan Di Negara Jepun

BENTUK MUKA BUMI

Kawasan di Jepun juga mempunyai keadaan bentuk


muka bumi yang rata. Banyak terdapat kawasan yang
terdiri daripada tanah pamah. Oleh sebab itu kawasan-
kawasan ini telah dibangunkan untuk dijadikan sebagai
kawasan yang terdapat banyak sektor-sektor
perindustrian.

KEGIATAN EKONOMI

Kegiatan ekonomi utama yang terdapat di Jepun ialah


pelabuhan dan perindustrian. Oleh kerana negara Jepun
mengalami masalah sumber yang terhad, kegiatan
industri dan kehidupan seharian bergantung dengan
mengimport bahan mentah dari negara luar dan
mengeksport bahan yang telah siap. Bahan mentah yang
telah diimport digunakan oleh sektor industri bagi
menghasilkan barangan siap.

KEPERLUAN PENDUDUK

Petempatan di Jepun turut dipengaruhi oleh


keperluan penduduk. Ini kerana penduduk di Jepun amat
padat dan ramai serta terdapat banyak kegiatan ekonomi
yang dijalankan. Keadaan ini menyebabkan rumah-rumah
di sana dibina rapat-rapat tetapi berbeza sedikit
berbanding Taman Sri Gombak kerana perumahannya
tidak tersusun serta terdapat banyak bangunan tinggi
untuk menampung penduduk.

Fungsi Petempatan

14
Terdapat banyak fungsi petempatan yang dibuat
terhadap pembangunan kawasan Taman Sri Gombak serta
penduduk di tamannya. Antara salah satu fungsi
petempatan yang terdapat di kawasan Taman Sri Gombak
adalah sistem pendidikan. Banyak sekolah di Taman Sri
Gombak telah dinaiktaraf pendidikannya.

Contohnya ialah pembukaan sekolah baru di kawasan


Taman Sri Gombak seperti Sek. Ren. Keb. Taman Sri Gombak
2. Sekolah tersebut mempunyai banyak kemudahan yang
lengkap dan kawasannya yang lebih luas berbanding
sekolah lain yang ada di Taman Sri Gombak.

Secara tidak langsung terdapat juga peningkatan taraf


hidup yang berlaku di sini. Ini termasuklah taraf kesihatan
dan pendidikan penduduk di Taman Sri Gombak yang
semakin baik dan selesa. Di Taman Sri Gombak juga
terdapat kemudahan infrastruktur yang lengkap untuk
keselesaan dan kemudahan penduduk seperti bekalan
elektrik, jalan bertar dan juga sekolah yang dinyatakan di
atas.

Petempatan di sini juga berfungsi sebagai tempat


kediaman kerana banyak rumah dibina rapat-rapat bagi
menampung bilangan penduduk. Selain itu, Taman Sri
Gombak berfungsi sebagai tempat perniagaan. Perniagaan
yang dijalankan di Taman Sri Gombak dapat di buktikan di
mana terdapat rumah-rumah kedai, bangunan, restoran dan
bank dibuka dan dibina di Taman Sri Gombak.

Manakala di negara Jepun pula, fungsi petempatannya


ialah sebagai sebuah kawasan perdagangan yang luas dan
bersistematik. Perkembangan ekonomi yang pesat
menyebabkan banyak jalan raya baru di bina untuk
memudahkan barang dagangan di bawa dari satu tempat ke
tempat yang lain. Bersesuaian dengan kegiatan yang
melibatkan pelabuhan naik mendadak, pembaharuan telah
dilakukan dengan membuka banyak pelabuhan-pelabuhan
yang baru yang lebih luas di Jepun.

Kita mestilah mempunyai sikap cinta akan negara dan


tempat tinggal kita. Ini kerana kita bertuah dapat tinggal di
sebuah negara yang aman dan makmur. Kita juga

15
seharusnya berusaha mengekalkan keamanan tempat
tinggal kita dan negara yang tercinta dan kita juga perlulah
menjaga segala kemudahan yang telah disediakan.

16
Masalah Petempatan

Berdasarkan kajian yang telah saya buat melalui


kaedah kajian soal selidik, beberapa masalah telah
dinyatakan oleh 10 responden, antaranya ialah kesesakan
lalu lintas dan juga pencemaran alam sekitar. Pencemaran
alam sekitar terjadi akibat sikap tidak bertanggungjawab
segelintir penduduk kawasan Taman Sri Gombak.

Selain itu, Taman Sri Gombak tidak terkecuali


daripada pencemaran ini kerana ia terletak berhampiran
dengan bandar yang semakin pesat membangun dengan
arus pemodenan yang terdiri daripada pelbagai
kemudahan. Pencemaran udara juga terjadi disebabkan
oleh pelepasan asap daripada kenderaan bermotor
khususnya daripada kenderaan berat yang mengandungi
plumbum dan karbon dioksida ke udara.

Pencemaran tanih pula berlaku disebabkan oleh


sampah-sarap yang dibuang di merata-rata tempat. Kesan
daripada pembuangan sampah yang tidak teratur
menyebabkan sampah mengeluarkan bau yang tidak
menyenangkan dan mencacatkan permandangan
sekeliling. Kejadian hujan asid juga berlaku di Taman Sri
Gombak berikutan pelepasan gas bercun daripada
kenderaan-kenderaan bermotor dan kilang-kilang.

Bandar di negara Jepun juga tidak lari dari


mengalami masalah seperti yang berlaku di Taman Sri
Gombak. Jepun juga mengalami masalah pencemaran
udara. Ini berikutan dengan pembangunan pusat-pusat
industri baru dan penggunaan kenderaan-kenderaan
bermotor yang melepaskan gas nitrogen dioksida dan
sulfur yang boleh menghasilkan hujan asid.

Oleh disebabkan petempatan yang padat di kawasan


kajian, pertambahan bilangan kenderaan juga turut
menyumbang kepada kesan negatif seperti kesesakan lalu
lintas. Kesesakan sering berlaku di Lebuhraya Lingkaran
Tengah II berhadapan Taman Sri Gombak terutamanya
ketika waktu puncak.

17
Ini disebabkan oleh kerana jalan tersebut menghala
ke Bandaraya Kuala Lumpur. Jalan tersebut juga
berdekatan dengan pusat membeli-belah Gaint dan laluan
utama menuju ke Taman Samudra dan Taman Selaseh.
Kemalangan jalan raya juga sering berlaku di Taman Sri
Gombak. Di lingkaran tengah banyak berlaku kemalangan
kerana jalan yang berbukit bukau menyebabkan
penglihatan yang kurang jelas.

Keadaan ini juga sama dengan fenomena yang


berlaku di Jepun kerana penduduknya amat padat. Bandar
di Jepun juga mengalami masalah kekurangan pelabuhan
berikutan barang dagangannya yang amat padat kerana
punca ekonomi utama di Jepun ialah daripada kegiatannya
pelabuhannya.

Kita seharusnya peka kepada masalah dan isu yang


dihadapi di persekitaran kita. Kita juga mestilah mematuhi
peraturan dan undang-undang yang ditetapkan dan tidak
melakukan sesuatu perkara yang menyalahi undang-
undang sewenang-wenangnya.

Bagi mengelakkan berlakunya keadaan-keadaan di


atas, sebagai penduduk Taman Sri Gombak, kita
hendaklah saling bantu-membantu dan bekerjasama
antara satu sama lain untuk menjaga alam sekitar kita
agar tidak tercemar dan sebagainya. Kita seharusnya
bersyukur dengan segala kemudahan yang disediakan
oleh pihak kerajaan dan berusaha untuk menjaga dan
mengekalkannya.

18
Langkah-langkah Untuk Mengurangkan Masalah
Petempatan.

Antara langkah-langkah yang diambil untuk


mengatasi masalah petempatan yang berlaku di Taman Sri
Gombak dan di negara Jepun ialah melebarkan jalan raya.
Untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas, kerajaan
daripada kedua-dua buah kawasan ini telah mengambil
inisiatif untuk melebarkan jalan raya. Contohnya, di Taman
Sri Gombak pelebaran jalan raya telah dilakukan di sekitar
kawasan Sunway Batu Caves untuk mengurangkan
kesesakan lalu lintas dan tahap ketersampaian bertambah
baik.

Selain itu, untuk mengurangkan kesesakan lalu


lintas, kerajaan juga telah meggalakkan pengeluaran
kenderaan awam seperti bas dan penggunaan kenderaan
berkuasa elektrik seperti LRT di taman ini sebagai satu
langkah pro-aktif. Penduduk juga memberi kerjasama
dengan menaiki kedua-dua jenis kenderaan tersebut untuk
mengatasi masalah ini.

Jenis pengangkutan yang sama juga dilaksanakan


oleh negara Jepun yang dikenali sebagai “MRT”.
Penggunaan kenderaan berkuasa elektrik seperti MRT
yang beroperasi di bawah tanah ini dapat mengurangkan
pencemaran udara dan pencemaran bunyi. Saya amat
bersyukur kerana langkah tersebut dapat mengurangkan
tahap pencemaran udara dunia.

Disamping itu, Kerajaan juga telah menjalankan


kempen penggunaan petrol tanpa plumbum untuk
mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan
asap kenderaan. Begitu juga di Jepun, kerajaan Jepun
telah lama menggalakan penggunaan petrol tanpa
plumbum untuk tujuan sama. Terdapat juga kenderaan
yang menggunakan catalytic converter untuk
mengelakkan pencemaran udara.

19
Langkah-langkah lain pula adalah dengan menanam
pokok-pokok agar dapat mengurangkan pencemaran
udara dan mengelakkan kejadian banjir berlaku. Dengan
menanam, pokok akan menyerap gas karbon dioksida
dalam proses fotosintesis dan akarnya boleh
menghasilkan cengkaman yang kuat pada tanah. Pokok-
pokok ini telah di tanam di sepanjang jalan raya oleh
kerajaan. Selain daripada mengurangkan pencemaran, ia
juga boleh mencantikkan kawasan. Undang-undang juga
telah dikuatkuasakan oleh kerajaan untuk mengatasi
masalah pembakaran terbuka.

Usaha yang sama juga dilakukan oleh kerajaan Jepun


yang menganjurkan program “Green Earth” iaitu setiap
rumah wajib memiliki sekurang-kurangnya sebuah pokok
di halaman rumah. Kita perlu rajin menanam sebanyak
pokok yang mungkin dan tidak menebangnya untuk
mengurangkan pencemaran udara. Saya amat berbangga
kerana kawasan kajian saya masih lagi mempunyai
kawasan hijau walaupun pembangunannya pesat.

Penyediaan tong sampah kitar semula juga telah


dipertingkatkan oleh Majlis Pembandaran. Pembukaan
tapak pelupusan sampah juga telah dibuat oleh kerajaan
untuk mengatasi masalah ini. Pembukaan pusat
pelabuhan baru di Jepun telah dilaksanakan oleh pihak
kerajaan negara Jepun untuk mengatasi masalah
kekurangan pelabuhan dan pertambahan barang
dagangan.

Iklan “Pandu Cermat Jiwa Selamat” turut dilakukan


kerajaan bertujuan menasihati pemandu supaya
memandu dengan lebih cermat untuk mengelakkan
kemalangan berlaku. Kita harus mematuhi peraturan dan
mengikut had laju yang di tetapkan. Kebanyakkan
kemalangan berlaku kerana kecuaian pemandu dan
membawa kenderaan melebihi had laju.

Saya amat bersyukur kerana pihak kerajaan Malaysia


telah berusaha mengambil langkah-langkah untuk
mengatasi masalah-masalah ini dari semasa ke semasa.

20
Namun begitu, para penduduk juga perlu bekerjasama
dengan kerajaan supaya program-program dan langkah
yang dilancarkan berhasil disamping saling bantu-
membantu serta melahirkan rasa bertanggungjawab
untuk menjaga kawasan masing-masing.

21
FUNGSI PETEMPATAN BILANGAN
Perumahan 1026
Sekolah 3
Kedai 192
Gerai 42
Pasar 3
JUMLAH 1266

Jadual 1: Fungsi Petempatan

Graf 1: Fungsi Petempatan

22
Carta Pai 1: Fungsi Petempatan

23
Rumusan
Kajian yang telah dijalankan di kawasan Taman Sri
Gombak ini telah memberi banyak pengalaman yang
sangat berguna kepada saya dan juga rakan-rakan. Kajian
ini membolehkan saya mengenalpasti pola petempatan
yang terdapat di kawasan kajian.

Selain itu, saya juga dapat mengetahui dengan lebih


jelas tentang faktor-faktor yang mempengaruhi
petempatan seperti bentuk muka bumi, kegiatan ekonomi
dan sebagainya. Berdasarkan kepada kajian yang
dijalankan, saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas
tentang fungsi petempatan di kawasan kajian yang telah
saya pilih dan juga negara bandingan iaitu Jepun seperti
meningkatkan tahap ketersampaian, memendekkan masa
perjalanan dan mobiliti penduduk.

Saya juga dapat mengenalpasti masalah-masalah


petempatan yang terdapat di kawasan kajian dan negara
bandingan iaitu Jepun serta langkah-langkah yang perlu
diambil untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut.
Saya juga mencadangkan agar pihak kerajaan terus
memantau dan mengenalpasti masalah-masalah yang
terdapat di kawasan kajian saya serta mencari jalan untuk
menyelesaikannya bagi memberi keselesaan kepada para
penduduk. Pada pendapat saya bukan sahaja pihak
kerajaan yang perlu melakukan perkara ini, malah para
penduduk juga perlu mengambil inisiatif untuk terus
menjaga kawasan persekitaran dengan baik.

Kita sepatutnya bersyukur kerana dikurniakan oleh


Allah negara yang aman dan merdeka dengan pelbagai
kemudahan yang disediakan termasuk jaringan sistem
yang baik. Akhir kata, marilah sama-sama kita sebagai
penduduk Taman Sri Gombak khasnya dan Malaysia
amnya supaya bekerjasama menjaga kemudahan dan
petempatan yang disediakan oleh pihak kerajaan sebaik
mungkin agar kita semua tidak menghadapi masalah-
masalah yang boleh menjejaskan taraf hidup kita akibat
perbuatan kita sendiri.

24
Rujukan
1. Buku Ilmiah
-Abd Rahim Md Nor, Geografi Tingkatan 3, Cerdik
Publication 2004, halaman
-Sabaruddin Abd. Rahman, Visi Baru Emas – Geografi
Tingkatan 1,2 dan 3, SNP Panpac 2006, halaman 487-
490

2. Laman Web
- http://www.scribd.com/doc/3491586/japan-pol961
- http://ms.wikipedia.org/wiki/Jepun

3. Orang Sumber
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

25
Tarikh Tugasan Nama Pelajar Catatan
Bertugas
6.4.09 Mecari maklumat Muhd Farhan Pergi ke
perpustakaan
negara dan
melayari
internet
11.4.09 Membuat Mohd Fakrul Nizam Bentuk muka
pemerhatian bumi Taman Sri
Gombak
hampir rata
18.4.09 Mencari peta Muhd Imran Hanafi Mendapatkan
peta daerah,
kawasan kajian
dan negara
bandingan
25.4.09 Menyoal selidik Wan Aminur Mengetahuikan
Rahman masalah
petempatan
dan langkah
mengatasinya
2.5.09 Menyusun Menyusun dan
maklumat Muhd Firdaus menaip
maklumat
menggunakan
komputer

26
Lampiran 1

27
Gambar

Foto 1: Zu
Seri Pengantin
merupakan
salah satu
kedai yang
terdapat di
Taman Sri
Gombak

28

You might also like