You are on page 1of 46

1.

PENDAHULUAN Allah telah menurunkan al-Quran sebagai panduan dan sumber rujukan kepada manusia untuk menjalani kehidupan di dunia. Selain daripada itu, hadis, ijma, dan qias menjadi sumber rujukan seterusnya. Begitu juga sekiranya jika kita membeli peti ais, mesin basuh, dan televisyen, disediakan kepada kita buku manual sebagai panduan dan sumber rujukan untuk menggunakan alat-alat tersebut.

Jadi, menjadi lumrah dan fitrah manusia memerlukan sumber dan panduan dalam setiap perkara yang hendak dilakukan. Justeru, daripada perspektif pendidikan sumber ini dipanggil sumber pengajaran dan pembelajaran yang mana sumber ini digunakan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Sumber pengajaran dan pembelajaran ini bukan semestinya perlu disediakan oleh guru, malah murid juga boleh menyediakannya seperti membawa akhbar ke kelas. Akhbar tersebut boleh digunakan oleh guru sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran.

Oleh itu, tugasan ini memerlukan saya menghuraikan sumber pengajaran dan pembelajaran, melaksanakan pengajaran mikro, serta mendokumentasikannya.

2. SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2.1. DEFINISI SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Menurut istilah bahasa Melayu sumber bermaksud asal, mula, dan punca 1 . Contohnya: Cukai eksport merupakan sumber kewangan negara yang penting. Manakala menurut istilah bahasa Inggeris yang merupakan bahasa kedua kebanyakkan rakyat Malaysia iaitu source yang bermaksud a person, book, or document that provides information2. Jika dilihat daripada perspektif pendidikan, sumber pengajaran dan pembelajaran (P&P) ialah sebarang penerbitan, gambar, carta, objek, alat, radas, perkakas, model atau kemudahan yang berperanan untuk memudahkan atau meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Ringkasnya sumber ialah bahan yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Antara contoh sumber pengajaran dan pembelajaran termasuklah buku teks, buku rujukan, buku latihan, lampiran nota, dan alat audio visual. Tujuan sumber pengajaran dan pembelajaran ini adalah membantu guru menyampaikan pelajaran supaya murid-murid dapat memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap, dan nilai yang ditetapkan mengikut objektif kurikulum.

2.2. JENIS DAN CIRI-CIRI SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2.2.1. Jenis Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Terdapat beberapa jenis sumber atau bahan bantu pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan untuk membantu guru dalam proses pengajaran. Antaran jenis-jenis sumber pengajaran dan pembelajaran adalah bahan bercetak, bahan teknologi maklumat dan bahan maujud. Semua jenis bahan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza tetapi bertujuan mencapai hasil yang sama iaitu untuk memastikan murid-murid memahami isiisi pelajaran serta mencapai objektif pembelajaran.

Melalui sumber-sumber yang sedia ada mahupun yang direka cipta mengikut kreativiti sendiri, guru perlu peka dalam memilih sumber P&P yang hendak digunakan
1 2

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. Hlm. 1541 Oxford Advanced Learnerners Dictionary International Students Edition. (2006). Oxford University Press: New York. Hlm. 1409

dalam proses pengajaran. Terdapat banyak sumber-sumber yang boleh digunakan oleh guru-guru untuk mengajar. Antara bahan-bahan yang boleh digunakan ialah buku teks, buku rujukan, buku latihan dan lampiran nota. Kebanyakan sumber ini biasanya digunakan oleh guru-guru di sekolah. Bagi memberi kelainan atau penambahan yang lebih menarik kepada proses P&P, guru boleh menggunakan alat audio visual contohnya LCD, peta, komputer, gambar rajah, dan televisyen. Menerusi penggunaan bahan-bahan ini, murid-murid akan lebih tertarik untuk melihat serta mendengar apa yang hendak disampaikan oleh guru dan secara tidak langsung murid dapat memberikan tumpuan dengan sepenuhnya kepada guru. Melalui cara ini juga, objektif yang hendak dicapai akan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan dan hasilnya akan lebih memuaskan serta memberi manfaat kepada kedua belah pihak iaitu murid-murid dan guru itu sendiri.

2.2.1.1. Bahan Bercetak Bahan bercetak boleh didefinisikan sebagai bahan yang mempunyai tulisan dan wujud secara fizikal. Bahan ini boleh disentuh dan boleh dibaca secara terus. Ciri penting pada bahan bercetak ialah bahan tersebut mestilah dihasilkan melalui cetakan dan bukan hasil daripada tulisan tangan mana-mana individu.

Bahan bercetak meliputi buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, surat khabar, kad, katalog, kamus, buku teks, dan sebagainya yang dihasilkan secara bercetak. Bahan bercetak seperti ini banyak disimpan di pusat sumber atau di perpustakaan ataupun di arkib. Semuanya dihasilkan oleh penulis-penulis atau pereka-pereka yang mahir dan terkenal dalam bidang masing-masing. Sumber pengajaran dan pembelajaran ini telah digunakan secara meluas oleh guru-guru di sekolah sejak beberapa lama kerana kelebihan yang terdapat pada bahan ini. Bahan ini murah dan senang didapati di mana-mana. Selain itu bahan bercetak adalah bahan yang kekal dan mudah dirujuk pada bila-bila masa. Kelebihannya yang

lain ialah mudah alih dan mudah diakses yang menyebabkannya menjadi sumber pengajaran dan pembelajaran yang terkenal dan selalu digunakan.

Namun begitu terdapat beberapa kelemahan yang ada pada bahan bercetak ini. Kebiasaaannya bahan bercetak selalu didapati dalam bentuk buku yang tebal contohnya buku teks. Jadi sukar untuk dibawa kerana berat selain tidak boleh disunting dan akan menjadi masalah apabila berlakunya peredaran zaman yang mana isi kandungan buku tersebut menjadi ketinggalan dan tidak terkini. Ini kerana buku-buku selalunya perlu disunting terlebih dahulu kemudian dicetak seterusnya diedar yang mana mengambil masa yang agak lama untuk mengikut peredaran zaman.

2.2.1.2. Bahan Teknologi Maklumat Bahan teknologi maklumat merupakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang semestinya mendapat perhatian daripada murid-murid. Teknologi Maklumat ataupun Information Technology (IT) adalah teknologi dunia yang terkini dan dapat memberi banyak manfaat jika digunakan secara betul. Penggunaan sumber ini perlulah dikendalikan oleh guru yang berkemahiran kerana pengguanaan IT secara terancang dan bersesuaian dapat meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P itu.

Bagi guru yang menggunakan sumber P&P ini, mereka boleh menggunakan portal pendidikan, internet, rangkaian LAN, dan multimedia. Komputer adalah alat atau bahan utama yang perlu digunakan oleh guru untuk menyampaikan isi pelajaran dalam proses P&P. Dewasa ini guru-guru sudah mempunyai kemudahan kerana terdapat perisian-perisian yang percuma disediakan oleh kerajaan yang mana isi perisian tersebut bertepatan dengan sukatan pelajaran yang sedia ada. Banyak kelebihan bahan ini jika digunakan secara betul. Oleh itu, guru perlu kerap memantau pergerakan murid-murid semasa proses P&P sedang berlangsung. Kelebihan bahan ini ialah murid-murid cepat mudah faham kerana mereka akan tertarik dengan grafik yang ada pada bahan ini dan secara tidak langsung telah menarik perhatian mereka. 4

Selain itu, murid-murid mudah untuk mengulangkaji pelajaran dan guru juga mudah untuk membuat suntingan sekiranya guru mendapati terdapat perubahan yang perlu dibuat. Sebaliknya yang menjadi masalah besar ketika menggunakan bahan ini adalah sekiranya bekalan elektirk terputus, maka secara keseluruhannya bahan ini tidak dapat berfungsi.

2.2.1.3. Bahan Maujud Sumber pengajaran dan pembelajaran bahan maujud adalah merupakan bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. Bahan maujud ini juga adalah nyata yang ada dalam lingkungan alam, baik digunakan dalam keadaan hidup ataupun yang sudah diawetkan. Contoh bahan maujud bukan sahaja tergolong dalam sumber P&P adalah kota atau bangunan yang kekal serta alam persekitaran. Manakala daripada segi sumber P&P pula bahan-bahan yang mungkin terlibat ialah alat komputer, OHP, alat tulis, dan perkakas sains.

Bahan maujud terbahagi pula kepada tiga jenis iaitu realia asli, realia awet, dan spesimen. Realia asli pula terbahagi kepada dua iaitu bahan yang hidup dan bahan bukan hidup. Bahan yang pertama ialah bahan hidup yang sebenar dalam dunia realiti dan masih hidup contohnya cacing tanah. Manakala bahan bukan hidup pula ialah seperti jentera ataupun bangunan. Realia awet pula mestilah berasal daripada benda hidup yang kemudiannya diawet dan disimpan di dalam bendalir kimia. Jenis bahan maujud yang ketiga ialah spesimen. Spesimen ialah sample atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidupan-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Kebiasaannya spesimen seperti ini boleh dilihat dalam bentuk bahan awetan. Contoh bahan hidup yang boleh dijadikan spesimen ialah daun-daun. Aplikasi penggunaan bahan maujud boleh menggunakan situasi, gambaran, atau kenyataan sebenar. Murid akan didedahkan dengan pengalaman sebenar yang mana turut melibatkan pengalaman sedia ada mereka 5

dan juga merangsang penggunaan deria penglihatan, pendengaran, rasa, sentuhan dan bauan murid-murid.

2.2.2.

Ciri-Ciri Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Ciri-ciri lain yang mempengaruhi mutu sesuatu bahan bantu mengajar ialah semestinya dapat memberi maklumat terkini. Ini amat penting kerana jika kita menggunakan bahan yang tidak memberi maklumat terkini dikhuatiri murid akan mudah keliru dengan fakta-fakta yang tidak tepat.

Selain itu, bahan tersebut seboleh-bolehnya tidak terlalu mahal berbanding dengan faedah yang dapat diberikan oleh bahan tersebut. Jika kos membeli alat tersebut agak mahal namun faedah yang boleh didpati daripadanya tidak seberapa maka bukanlah satu bahan bantu mengajar yang baik dan bermutu. Biarlah kosnya rendah namun faedah yang dapat disumbangkan adalah besar dan menepati pengajaran guru.

Terdapat banayak aspek yang dapat menilai kebaikan dan mutu sesuatu bahan bantu mengajar. Antaranya yang lain ialah bahan tersebut mudah diperolehi dan mudah digunakan iaitu guru dan murid mudah memahami dan dapat menggunakannya dengan seoptimum mungkin. Selain bahan tersebut juga mudah alih dan dapat disenggarakan. Ini bermaksud, bahan tersebut mudah digunakan dan disimpan semula dan jika berlaku kerosakan maka dapat dibaiki dengan mudah.

Aspek yang paling penting menentukan mutu dan kualiti sesuatu bahan bantu mengajar ialah apakah bahan tersebut dapat memberi pelbagai ransangan dan menggunakan pelbagai deria. Murid lebih memahami sesuatu pelajaran jika melibatkan kesemua deria mereka. Maka bahan bantu mengajar yang baik dan bermutu patut memberi ransangan yang dapat menarik minat murid untuk belajar selain melibatkan diri

mereka secara langsung ke dalam pelajaran dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang digunakan.

Apsek lain yang perlu diambill kira ialah apakah bahan bantu mengajar tersebut dapat digunakan berulang kali dan dapat digunakan didlam situasi yang berlainan. Ini merujuk kepada keupayaan dan ketahanan alat tersebut untuk digunakan berulang kali malah dapat dipergunakan pula di dalam situasi yang berlainan. Contohnya jika guru telah menyediakan bahan yang menunjukkan pelbagai tanda baca, maka bahan tersebut juga boleh digunakan untuk mengajar ayat seru, ayat tanya, dialog dan sebagainya.

2.3. PENGURUSAN SUMBER Sumber pengajaran dan pembelajaran terbahagi kepada dua kelas yang besar, iaitu bahan cetak dan bahan bukan cetak. Rajah dibawah menunjukkan pengelasan sumber pengajaran dan pembelajaran.

Rajah 1: Pengelasan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (Poh Swee Hiang, 1996) Berdasarkan Rajah 1, jadual dibawah pula menerangkan fungsi utama bahan-bahan tersebut. 7

SUMBER Poster dan Carta 1. 2. 3. 4. 5. Gambar Foto 1. 2. 3. 4. 5. Transparensi 1. 2. Radio dan Pita Audio 1. 2. 3. TV dan Pita Video 1. 2. 3. 4. Bahan Komputer 1. 2. 3. 4. 5. Bahan 3 Dimensi 1. 2. 3. 4. Bahan Permainan dan Simulasi 1. 2. 3. 4.

FUNGSI UTAMA Menyampaikan maklumat secara grafik. Merumuskan perhubungan antara fakta. Menunjukkan struktur dan organisasi. Membolehkan bacaan pada kadar kecepatan murid. Merupakan bahan pameran yang baik. Menggantikan bahan sebenar. Membawa situasi luar ke dalam bilik darjah. Membenarkan cetakan yang diperbesarkan. Meningkatkan motivasi dan minat. Merupakan bahan pameran yang baik. Menyampaikan fakta secara sistematik. Menyampaikan maklumat secara berperingkat. Menyediakan pengalaman pendengaran yang konkrit. Menerapkan sikap dan nilai. Membenarkan ulang dengar. Menunjukkan bahan visual yang bergerak. Menunjukkan bahan atau peristiwa dengan terperinci. Meningkatkan motivasi, minat, dan sikap positif. Membenarkan ulang tayang. Membenarkan pembelajaran individu. Menyediakan kegiatan pemulihan dan pengayaan. Membenarkan penyampaian aneka media. Merangsang pemikiran kritis dan kreatif. Memudahkan pembelajaran interaktif. Menunjukkan bahan sebenar atau perwakilannya. Membolehkan pengenalpastian struktur dan bahagian. Membenarkan pergerakan didemonstrasikan. Menghasilkan kesan kepaduan dan realisme. Merangsangkan pemikiran kritis dan kreatif. Meningkatkan motivasi, minat, dan sikap positif. Memupuk semangat persaingan dan kerjasama sosial. Mewujudkan situasi seakan-akan situasi sebenar,

Jadual 1

2.3.1. Prosedur Penghasilan Dan Penggunaan Bahan Teknologi Pendidikan yang Sesuai dan Tatacara Penyelenggaraannya dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam

Melihat daripada segi perspektif teknologi pendidikan, bahan yang diguna untuk menyampaikan pengajaran dan menjadi rangsangan pelajaran digolongkan sebagai media pendidikan.

2.3.1.1 Bahan Bercetak Bahan-bahan cetak merupakan media pendidikan yang paling mudah didapati dan disediakan. Penggunaan bahan cetak sebagai bahan pengajaran tidak terhad asalkan menepati objektif. Contoh bahan bercetak adalah seperti buku teks, buku kerja, buku fiksyen, buku rujukan, majalah, risalah, surat, berita, surat khabar dan nota-nota bercetak. Bahan bercetak seperti ini mengandungi maklumat dalam bentuk perkataan, lukisan atau gambar.

Pemilihan dan penghasilan bahan bercetak sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Islam perlu menitikberatkan aspek-aspek yang berikut: 1. Anggaran kos Bahan bercetak amat murah dan mudah untuk didapati. Pencetakan bahan yang banyak akan mengurangkan kos jika dibandingkan dengan bahan pandangdengar yang lain. Bahan-bahan bercetak, cetakan tempatan atau cetakan sendiri berharga murah dan boleh disediakan dengan cepat. 2. Kebolehgunaan Teknologi pendidikan ini memudahkan guru untuk mengajar murid melalui bahan bercetak yang maujud. Guru boleh menggunakan bahan bercetak sekerap mungkin sehingga murid benar-benar dapat mengingati fakta atau perkara yang ingin diperlajari. Murid-murid boleh menggunakannya mengikut kadar kecepatan mereka sendiri. Bahan-bahan tercetak boleh dibaca dengan cepat dan maklumat penting boleh dipelajari tanpa mengikut sesuatu masa pengajaran.

Bahan bercetak tidak mempunyai masalah dari segi penggunaannya kerana ia tidak memerlukan sumber tenaga elektrik seperti komputer.

Walaubagaimanapun, ia perlu digunakan di tempat yang terang atau mempunyai cahaya kerana jika tidak bahan yang dipaparkan tidak dapat dilihat 3. Mobiliti Bahan bercetak ini boleh digunakan di mana sahaja sama ada di dalam atau di luar kelas. Jika bahan tersebut ingin digunakan di kawasan yang luas seperti dewan, bahan tersebut hendaklah diperbanyakkan. Selain itu, murid-murid juga boleh menggunakan pada bila bila masa bahan bercetak tersebut walaupun tanpa guru.

4. Bahan mentah Hampir kesemua bahan bercetak menggunakan kertas sebagai bahan mentah. Penggunaan kertas sangat popular kerana ia mudah didapati selain kos mencetak yang rendah. 5. Saiz dan warna Jika gambar atau poster digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran, guru mestilah memastikan saiznya besar dan boleh dilihat oleh semua murid. Perkara ini penting dalam menyampaikan maklumat dan mengekalkan perhatian serta minat murid. Pemilihan warna juga perlu diberi perhatian oleh guru. Warna yang terlalu terang dan terlalu gelap akan menjejaskan fokus murid terhadap penyampaian guru. 6. Tatahias dan kemasan Sekiranya guru menggunakan lukisan sebagai bahan bantu mengajar, guru perlu memastikan lukisan tersebut mudah difahami oleh murid. Guru juga perlu mengelakkan penggunaan lukisan yang terlalu abstrak. Hal ini akan menyukarkan murid memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Jika guru mencetak bahan-bahan yang mengandungi tulisan tangan, pastikan tulisan tersebut kemas dan mampu dibaca oleh murid. Bahan bercetak yang terlalu 10

banyak gambar dan warna juga tidak digalakkan untuk diguna sebagai bahan bantu mengajar kerana boleh mengganggu tumpuan murid dalammencapai objektif pembelajaran yang sebenar 7. Simpanan dan penyelenggaraan Bahan bercetak ini perlu disimpan dengan kemas dan teliti kerana bahan ini mudah koyak atau rosak, seperti disimpan di dalam fail, folder, plastik menyimpan kertas dan sebagainya. Gambar-gambar seperti foto dan rajah boleh dimasukkan dalam teks untuk penerangan lebih lanjut mengenai konsep, hujahhujah dan juga untuk menambahkan minat murid. Bahan-bahan cetakan tambahan boleh dimuatkan di dalam buku teks atau buku latihan sebagai lampiran atau bahan tambahan. Penggunaan bahan dengan cermat serta disimpan di tempat yang selamat memudahkan pengesanan semula dan menjamin ketahanan bahan tersebut.

2.3.2. Prosedur Penghasilan dan Penggunaan Bahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang Sesuai dan Tatacara Penyelenggaraannya dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara terancang boleh mengukuhkan proses P&P di sekolah-sekolah serta memberi peluang kepada setiap murid untuk menguasai ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.

Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima. 11

Terdapat tiga asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat. Pertama teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Contoh,dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi,imej dan sebagai pengesan gerakkan. Kedua, adalah untuk

memanipulasikan maklumat dan proses semula imej. Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima. 2.3.2.1. Penghasilan Bahan Teknologi Maklumat: Persembahan Elektronik Multimedia Terdapat beberapa perisian yang boleh digunakan untuk menghasilkan Persembahan Elektronik Multimedia, sesuai digunakan dalam kelas. Antara perisian yang biasa digunakan ialah Microsoft Office Powerpoint.

Sebelum membina persembahan elektronik multimedia Powerpoint, guru perlu memastikan elemen grafik yang digunakan menepati keperluan murid-murid. Grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf,

angka,perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim (guru) kepada sasarannya (murid) dalam proses menyampaikan maklumat. Grafik penting untuk menyediakan bahan-bahan pandangan (visual).

Selain aspek grafik, reka letak visual juga mempengaruhi kualiti persembahan elektronik multimedia Powerpoint yang dihasilkan. Terdapat beberapa perkara yang perlu dikenalpasti oleh guru semasa menghasilkan sebuah persembahan elektronik multimedia Powerpoint iaitu: 1. Simplisiti Visual yang ditayangkan hendaklah dihadkan kepada satu idea. Idea yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan dan seterusnya akan mengalih tumpuan murid keluar daripada objektif pembelajaran. 2. Dominan 12

Dominan bererti pusat penumpuan atau minat. Di dalam slaid persembahan Powerpoint, guru perlu mewujudkan sesuatu yang boleh menarik minat murid-murid. Sebagai contoh, jika guru ingin mengajar tentang negeri Kedah, guru boleh mempersembahkan gambar sawah padi bagi menimbulkan inkuiri murid. Dengan yang demikian, murid dapat mengekalkan minat untuk mengikuti pembelajaran yang seterusnya 3. Pola Pola merupakan susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual. Susunan item perlulah mematuhi urutan yang rasional bagi memudahkan pemahaman murid. Sebagai contoh, guru menggunakan gambar anak panah bagi menunjukkan proses mengambil wudhuk. 4. Seimbang Guru perlu bijak untuk menggunakan ruang di dalam slaid persembahan. Keadaan kesamaan dari segi berat, tarikan dan tumpuan perhatian yang terdapat dalam suatu susunan slaid akan menjadikan persembahan lebih kemas dan teratur. 5. Warna Warna merupakan satu elemen reka letak visual yang penting. Pemilihan warna yang tepat membantu keberkesanan persembahan. Warna mempunyai beberapa fungsi iaitu pertama, warna membantu membuat penegasan dan mewujudkan tumpuan. Kedua, warna memudahkan sesuatu item dilihat. Ketiga, warna mewujudkan perasaan harmoni dan melahirkan kesan tertentu seperti panas, sejuk, bergetar, kesan psikologi dan sebagainya kepada muridmurid. 6. Huruf Pemilihan huruf juga penting dalam menghasilkan persembahan elektronik multimedia. Saiz dan jenis huruf mempengaruhi penerimaan murid-murid terhadapa apa yang disampaikan oleh guru. Guru perlu memilih jenis huruf yang senang dibaca. Penggunaan huruf besar hanya sesuai untuk tajuk yang pendek manakala untuk tajuk yang panjang, huruf bersaiz kecil digunakan 13

mengikut kesesuaian. Guru juga perlu memastikan bahawa jarak di antara dua perkataan ialah 1atau 1 lebar huruf. Biarkan ruang di antara huruf kelihatan sama walaupun jaraknya berbeza. Hurufan terang yang diletakkan di atas latar belakang gelap di dapati lebih jelas daripada sebaliknya. 7. Tatahias dan Kemasan Guru perlu memilih warna yang mempunyai kontras antara latar dengan imej atau teks. Selain itu, guru juga perlu memilih warna yang lembut dan selesa dipandang oleh penerima iaitu murid. Bagi memastikan slaid yang dihasilakn tersebut kemas dan teratur, gunakan empat warna sahaja dalam satu skrin/slaid. Tatahias warna juga dapat menjelaskan konsep atau menunjukkan penegasan. Contohnya slaid berlatarbelakangkan warna merah menunjukkan penegasan dan perhatian.

2.3.2.2.

Penyelenggaraan Multimedia.

Bahan

Teknologi

Maklumat:

Persembahan

Elektronik

Setiap bahan bantu mengajar perlu diselenggara dengan baik termasuklah persembahan elektronik multimedia. Persembahan yang telah siap dihasilkan perlu disimpan dalam beberapa bentuk iaitu dalam bentuk dokumentasi (hard copy) dan dalam bentuk perisian (soft copy).

Persembahan elektronik yang dicetak dan didokumenkan boleh dijadikan rujukan pada bila-bila masa manakala persembahan yang disimpan dalam bentuk perisian mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya ialah, isi kandungan di dalam persembahan elektronik tersebut boleh disunting pada bila-bila masa mengikut keperluan murid dan keperluan semasa. Selain itu, persembahan elektronik yang disimpan dalam bentuk perisian juga dapat disalin ke dalam alat-alat teknologi maklumat yang lain seperti cakera padat, thumb-drive, external hard disc, dan lain-lain.

14

3. KEMAHIRAN-KEMAHIRAN MIKRO 3.1. Kemahiran Set Induksi Set induksi adalah bahagian permulaan sesuatu proses pengajaran. Tujuan utama mengadakan set induksi ini ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka akan menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran yang hendak disampaikan.

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menyampaikan set induksi atau permulaan pelajaran ini. Antaranya ialah penggunaan bahan bantu mengajar, motivasi, teknik menyoal, mengulangkaji topik yang berkaitan, membimbing murid mengingat kembali pelajaran yang telah dipelajari, dan sebagainya.

Bagaimanapun, oleh sebab itu tujuan set induksi hanya digunakan untuk membina aliran fikiran murid sahaja dan bukan merupakan salah satu isi pelajaran yang hendak disampaikan, masa peruntukan dalam pelaksanaan set induksi ini haruslah ringkas dan singkat, biasanya tidak melebihi lima minit dalam sesuatu waktu pelajaran.

3.1.1. Prinsip-Prinsip Panduan Kemahiran Set Induksi Bagi mencapai tujuan set induksi ini, seorang guru harus memahami dan mematuhi beberapa prinsip berikut: 1. Aktiviti set induksi hendaklah sesuai dengan pengalaman, kebolehan, dan umur murid. 2. Aktiviti set induksi ini hendaklah dikaitkan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. 3. Aktivisi set induksi ini hendaklah dikaitkan juga dengan pengetahuan sedia ada murid. 15

4. Aktiviti set induksi hendaklah dapat menarik minat dan perhatian murid. 5. Aktiviti set induksi hendaklah disampaikan dengan cara berkesan, demi mencapai tujuannya dalam tempoh masa yang singkat.

3.1.2. Objektif-Objektif Set Induksi Penggunaan set induksi dalam P&P mempunyai beberapa objektif berikut: 1. Menarik perhatian murid terhadap aktiviti pengajaran yang akan dijalankan. 2. Membina aliran fikiran murid supaya mereka bersedia mempelajari sesuatu yang berkaitan. 3. Memotivasikan murid-murid supaya bersedia untuk belajar. 4. Mengaitkan pengalaman atau pengetahuan lepas murid dengan isi pelajaran baru yang hendak disampaikan. 5. Menadangkan cara-cara melaksanakan sesuatu aktiviti, tugas, atau projek. 6. Menyatakan had tugas yang akan dijalankan dalam aktiviti pembelajaran murid. 7. Membantu murid mengikuti pelajaran dengan lebih mudah dan bermakna.

3.1.3. Kesan Kemahiran Set Induksi ke Atas Pengajaran-Pembelajaran Jika objektif-objektif set induksi boleh dicapai, kesan penggunaan kemahirannya dapat diperhatikan seperti berikut:

16

1. Motivasi murid terhadap pelajaran yang akan disampaikan adalah tinggi. Mereka akan menunjukkan tanda persediaan untuk mengikuti aktiviti pengajaran guru selanjutnya. 2. Semua murid akan menumpukan perhatian terhadap pelajaran yang akan disampaikan. Kesan ini membolehkan guru menjalankan aktiviti pengajaran dengan lebih lancar tanpa sebarang gangguan yang tidak diingini. 3. Murid-murid boleh menggunakan pengetahuan lepasnya untuk membina konsep yang baru dengan lebih mudah dan bermakna. 4. Murid-murid akan bersedia dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalankan tugas dan aktiviti yang diberikan oleh guru. 5. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat ditimbulkan dengan suasana yang aktif dan seronok. 6. Masalah disiplin dapat dikurangkan kerana aktiviti set induksi ini dapat menarik minat murid menumpukan perhatian sepenuhnya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang selanjutnya.

3.1.4. Komponen-Komponen Kemahiran Set Induksi Kemahiran set induksi lazimnya dibahagikan kepada empat jenis komponen, iaitu menarik perhatian, mewujudkan motivasi, membuat berkaitan, dan menstruktur. Jadual dibawah menghuraikan secara ringkas cara-cara yang digunakan untuk melaksanakan setiap komponen kemahirannya.

KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN SET INDUKSI Menarik Perhatian 1. 2. 3. 4.

CARA PELAKSANAAN

Menggunakan nada suara. Menggunakan bahan bantu mengajar. Menggunakan gerakan, isyarat, dan kontak mata. Menunjukkan suatu aktiviti yang luar biasa.

17

Mewujudkan Motivasi

1. 2. 3. 4.

Membangkitkan rasa ingin tahu. Menggunakan teknik bercerita. Menunjukkan suatu aktiviti yang berguna. Menggunakan soalan yang mencabar. Menyatakan had tugas yang akan dijalankan. Menggunakan satu siri soalan yang berkaitan. Menyatakan cara-cara melaksanakan tugas. Menyatakan aktiviti, tugas, atau projek. Mengaitkan pengetahuan lepas murid. Mengaitkan isi pelajaran baru. Mengaitkan peristiwa semasa. Mengaitkan minat dan pengalaman murid.

Membuat Perkaitan

1. 2. 3. 4.

Menstruktur

1. 2. 3. 4.

Jadual 2 Semasa sesi pengajaran mikro, boring bimbingan kemahiran-kemahiran set induksi digunakan untuk membuat penilaian terhadap kesan penyampaiannya. Contoh boring bimbingan kemahiran set induksi adalah seperti berikut:
KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN SET INDUKSI DAN CARA PELAKSANAANNYA Menarik Perhatian 1. Menggunakan suara. 2. Menggunakan bantu mengajar. 3. Menggunakan gerakan, isyarat, mata. 4. Menunjukkan suatu dan kontak bahan nada ADA (SESUAI) ADA (TIDAK SESUAI) TIDAK KELIHATAN

aktiviti yang luar biasa. Mewujudkan Motivasi 1. Membangkitkan ingin tahu. 2. Menggunakan bercerita. 3. Menunjukkan suatu teknik rasa

aktiviti yang berguna. 4. Menggunakan yang mencabar. soalan

18

Membuat Perkaitan 1. Menyatakan had tugas yang akan dijalankan. 2. Menggunakan satu siri soalan yang berkaitan. 3. Menyatakan cara-cara

melaksanakan tugas. 4. Menyatakan aktiviti,

tugas, atau projek. Menstruktur 1. Mengaitkan pengetahuan murid. 2. Mengaitkan pelajaran baru. 3. Mengaitkan semasa. 4. Mengaitkan minat dan pengalaman murid. Tandakan () pada ruang yang berkenaan. peristiwa isi lepas

Jadual 3

3.2. Kemahiran Varisai Rangsangan Variasi rangsangan merupakan teknik mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian guru dengan tujuan menarik perhatian dan minat pelajar terhadap aktiviti pengajarannya. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, masa tumpuan perhatian pelajar adalah singkat. Mereka biasanya cepat hilang minat jika aktiviti pengajaran guru tidak dipelbagaikan.

Kemahiran variasi rangsangan meliputi kemahiran mengubah-ubah tingkah laku guru, mempelbagaikan aktiviti pengalihan saluran deria pelajar, menukar corak interaksi di antara guru dengan pelajar, serta mempelbagaikan kaedah dan teknik mengajar. 19

3.2.1. Prinsip Variasi Rangsangan Bagi menggunakan kamahiran variasi rangsangan dengan berkesan, guru hendaklah memahami dan mematuhi beberapa prinsip berikut : 1. Perubahan kaedah dan teknik penyampaian guru hendaklah dikaitkan dengan tujuan dan isi pelajaran. 2. Perubahan aktiviti pengajaran haruslah lancar dan dikaitkan dengan langkahlangkah penyampaian di antara satu sama lain. 3. Penggunaan alat bantu mengajar untuk mempelbagaikan pengalihan saluran deria haruslah dirancang dan disampaikan dengan teknik yang berkesan. 4. Setiap langkah penyampaian haruslah mengandungi aktiviti pengajaran yang berbeza dengan langkah penyampaian yang lain. Sekiranya masa penyampaian sesuatu langkah mengajar melebihi lima minit, corak aktiviti pengajaran haruslah dipelbagaikan. 5. Guru harus mengubah rangsangan berdasarkan maklum balas yang didapati daripada pelajarnya.

3.2.2. Objektif Penggunaan Variasi Ransangan 1. Memusatkan perhatian pelajar & mengekalkan perhatian mereka terhadap pengajaran guru. 2. Melibatkan pelajar secara aktif dalam berbagai pengalaman baru dalam pembelajaran. 3. Memberi peluang kepada pelajar menggunakan berbagai saluran deria untuk memperoleh ilmu. 4. Memotivasi dan membangkitkan naluri ingin tahu melalui pelbagai aktiviti pengajaran guru. 5. Memberi peluang kepada pelajar menikmati pelbagai aktiviti yang dijalankan. 6. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang positif dan seronok.

20

3.2.3. Kesan Penggunaan Variasi Ransangan Ke Atas Pengajaran Dan Pembelajaran Apabila kemahiran variasi rangsangan digunakan dengan betul, kesan-kesan positif berikut dapat dilahirkan. 1. Aktiviti P&P akan menjadi lebih seronok & menarik. Kanak-kanak lebih ceria dan seronok untuk belajar. P&P menjadi lebih bermakna dan berjaya meninggalkan kesan yang mendalam. 2. Minat & perhatian mereka akan ditumpukan sepenuhnya terhadap aktiviti pengajaran guru. Mereka akan dapat memahami bahan konsep pengajaran guru dengan lebih baik lagi. 3. Naluri ingin tahu pelajar akan dibangkitkan dan mereka berusaha melibatkan diri secara aktif. Contohnya melukis, melabel, memain peranan dan sebagainya. 4. Murid berpeluang menggunakan pelbagai saluran deria untuk mempelajari sesuatu. Guru akan melakukan pergerakkan badan dan ini akan meneguhkan P&P. Dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang positif. Dengan bantuan BBM yang sesuai dapat merangsangkan P&P kanak-kanak. 5. Masalah disiplin dapat dikawal apabila pelajar menumpukan sepenuh perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru.

3.2.4. Komponen Kemahiran Variasi Ransangan 1. Komponen perubahan pergerakan langkah guru. Guru bergerak ke kiri dan kanan, belakang dan depan semasa mengajar. Pergerakan langkah guru perlu dilakukan secara perlahan supaya tidak mengganggu P&P dan tumpuan kanak-kanak.

2. Komponen perubahan pergerakan anggota guru. Guru juga boleh menggunakan bahagian anggota badan yang baru contohnya tangan untuk menegaskan penerangan dan penyampaian.

21

3. Komponen perubahan nada suara guru. Guru tidak hanya menggunakan suara yang mendatar tetapi perlu mengubah nada suara mengikut kepentingan bahan pengajaran.

4. Komponen perubahan fokus deria murid. Perhatian kanak-kanak akan berubah apabila guru mengubah cara mengajar dengan menggunakan BBM.

5. Komponen perubahan bentuk lisan murid. Kanak-kanak boleh dilibatkan secara lisan contohnya penggunaan bahasa.

6. Komponen perubahan bentuk fizikal murid. Perubahan bentuk fizikal murid seperti lakonan, menulis, dan simulasi.

3.2.5. Cara Mengendalikan Pengajaran Mikro Guru pelatih yang memilih kemahiran variasi rangsangan untuk melatih diri dalam sesi pengajaran mikro harus merancang aktiviti pengajaran dengan berbagai-bagai aktiviti rangsangan. Semasa menjalani aktiviti pengajaran dalam sesi pengajaran mikro, tumpuan harus diberikan kepada tiga komponen yang berasaskan kepada perubahan tingkah laku guru dan tiga komponen yang berasaskan kepada perubahan tingkah laku pelajar.

Sebagai aktiviti penilaian, pensyarah dan guru-guru pelatih yang terlibat boleh menggunakan boring bimbingan kemahiran variasi rangsangan berikut:
KOMPONEN 1 KEMAHIRAN Pergerakan langkah guru yang sesuai Pergerakan anggota guru yang berpatutan Perubahan pertuturan nada guru dalam 2 3 4 30 SAAT BAGI TIAP-TIAP RUANG 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

22

Perubahan fokus deria pelajar Perubahan bentuk lisan pelajar Perubahan bentuk fizikal pelajar Tandakan () dalam ruang yang berkenaan apabila perubahan tingkah laku guru dan murid dapat diperhatikan.

Jadual 4

3.3. Kemahiran Penyoalan Teknik menyoal merupakan teknik yang penting dalam aktiviti pengajaran guru. Hampir semua proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan penggunaan teknik menyoal. Misalnya, dalam set induksi , iaitu peringkat permulaan sesuatu pelajaran, kemahiran penyoalan digunakan untuk menolong murid mengingat kembali ilmu pengetahuan lepas yang berkaitan. Pada peringkat perkembangan, kemahiran penyoalan digunakan untuk mencungkil fikiran murid untuk membantu mereka mengikuti pelajaran dengan lebih berkesan. Pada peringkat penutup, kemahiran penyoalan digunakan untuk menilai pencapaian objektif pelajaran. Kaedah Socrates adalah satu kaedah yang menggunakan satu siri soalan untuk membimbing murid menemui sesuatu kesimpulan.

Justeru itu, guru pelatih harus menguasai kemahiran penyoalan ini untuk mencapai kejayaan dalam aktiiti pengajarannya.

3.3.1. Perinsip-Prinsip Panduan Penggunaan Kemahiran Penyoalan Bagi menggunakan kemahiran penyoalan dengan berkesan dalam aktiviti pengajaran, guru haruslah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip berikut: 1. Pembentukan Soalan 23

a) Aras soalan hendaklah sesuai dengan murid mengikut umur, kebolehan, dan pengalaman masing-masing. b) Sebelum aktiviti pengajaran dimulakan, guru haruslah merancangkan jenis-jenis soalan yang berkaitan. c) Bagi memastikan soalan mudah difahami oleh murid-murid, perkataan dan istlilah yang digunakan harus mudah dan telah dipelajari oleh mereka. d) Bagi menarik perhatian murid, bentuk soalan hendaklah diubah daripada semasa ke semasa. e) Soalan yang dibentuk harus mendorong murid berfikir. Elakkan soalan yang mengandungi jawapan sendiri seperti Bumi kita adalah suatu sfera yang besar, betulkan? f) Bentuk soalan haruslah ringkas, tepat, dan jelas. 2. Teknik Mengemukakan Soalan a) Bagi mengelakkan setiap murid dalam bilik darjah memikirkan jawapan, guru haruslah mengemukakan soalan terlebih dahulu, berhenti sekejap untuk memberi masa murid-murid berfikir, kemudian menyebut namanya supaya menjawab soalan itu. b) Soalan-soalan yang dikemukakan haruslah ditujukan kepada seluruh kelas dan bukan hanya murid cerdas sahaja diberi peluang menjawab soalansoalan guru. Guru juga harus mengelakkan daripada emberi soalan-soalan mengikut susunan tempat duduk murid dalam kelas. c) Bagi memastikan semua murid mengambil perhatian terhadap jawapan yang diberi oleh seseorang murid, guru kadangkala boleh memanggil seorang murid yang lain mengulang jawapan murid itu. d) Bagi menarik perhatian murid, guru hanya menyebutkan soalan sekali sahaja, dengan syarat sebutan guru cukup lantang dan jelas didengar oleh semua murid. Pastikan semua murid telah bersedia mendengar soalan guru.

24

3. Penerimaan Jawapan Murid a) Bagi menggalakkan murid berusaha memberi jawapan dengan baik, pujian hendaklah diberikan kepada murid yang telah memberi jawapan yang betul. b) Guru hendaklah mengelakkan amalan mengulangi jawapan murid kerana cara ini secara tidak langsung akan menggalakkan murid-murid yang lain tidak mempedulikan jawapan yang diberi oleh murid, dan hanya menunggu guru mengulangi jawapan itu. c) Jika jawapan yang diberikan adalah baik dan penting, guru boleh meminta murid yang lain mengulangi jawapan itu. d) Jika jawapan yang diberikan kurang lengkap, guru boleh meminta murid yang lain melengkapkannya atau guru sendiri boleh menambahkan maklumat-maklumat kepada jawapannya. e) Jika murid tidak boleh menjawab, guru hendaklah membantunya menjawab dengan mengubah aras soalan ke peringkat yang lebih rendah atau memberi petua-petua yang berkaitan. f) Melarang murid-murid memberi jawapan secara beramai-ramai. Memberi jawapan secara beramai-ramai bukanlah tujuan menyoal. g) Bagi mendorong murid supaya sentiasa berusaha dan cuba menjawab soalan guru, guru hendaklah mengelakkan diri daripada mengejek murid yang memberi jawapan yang salah atau jawapan yang bersifat bodoh.

3.3.2. Objektif-Objektif Penyoalan Penggunaan penyoalan dalam aktiviti pengajaran mempunyai beberapa objektif yang tertentu. Antaranya ialah: 1. Menguji pengetahuan dan kefahaman murid.

25

2. Merangsang dan mencungkil fikiran murid. 3. Membimbing murid menggunakan kaedah inkuiri-penemuan untuk membuat kesimpulan atau menyelesaikan sesuatu masalah yang kompleks. 4. Menarik perhatian murid supaya menumpukan perhatian mereka kepada aktiviti pengajaran guru atau kepada sesuatu penegasan. 5. Menilai keberkesanan pengajaran guru dan pencapaian objektif pelajaran. 6. Membantu murid mengulangkaji pelajaran untuk menyediakan diri dalam ujian yang akan datang. 7. Menjalin perhubungan yang baik diantara guru dengan murid melalui aktiviti soal jawab. 8. Membantu murid mengukuhkan konsep dan kefahaman yang baru dipelajari pada peringkat akhir pelajaran. 9. Menimbulkan minat dan rasa ingin tahu murid dengan mengemukakan soalan yang menarik atau mencabar. 10. Mengembangkan daya pemikiran murid melalui satu siri soalan yang terancang. 11. Melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 12. Memberi contoh serta mengalakkan murid supaya berani menyoal apabila mereka ada keraguan atau kurang faham sesuatu.

3.3.3. Kesan Kemahiran Penyoalan ke Atas Pengajaran dan Pembelajaran 1. Melalui aktiviti soal jawab, murid-murid akan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. 2. Minat murid terhadap pelajaran akan ditambah dan mendorong mereka memberi perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru. Kesannya ialah murid dapat belajar sesuatu dengan lebih menyeluruh dan berkesan. 26

3. Daya pemikiran murid dapat dikembangkan kepada tahap yang lebih tinggi. 4. Melalui soalan menguji pengetahuan lepas murid, guru boleh merancang aktiviti pengajaran yang sesuai berdasarkan jawapan murid. Kesannya ialah muriddapat mengikuti pelajaran dengan lebih bermakna dan mudah difahami. 5. Soalan yang digunakan sebagai aktiviti penilaian akan membolehkan guru mengenal pasti masalah yang dihadapai oleh murid. Kesannya ialah membolehkan guru merancang aktiviti pengayaan, pemulihan, atau aktiviti pengajaran yang selanjutnya dengan lebih berkesan. 6. Melalui aktiviti soal jawab, perhubungan guru dan murid dapat dijalin dengan baik. Murid akan menyukai pengajaran guru dan tidak merasa segan atau malu untuk bertanya kepada guru apabila mereka menghadapi masalah dalam pembelajaran. 7. Menggunakan soalan-soalan untuk menolong murid mengulangkaji pelajaran akan menambahkan prestasi mereka dalam peperiksaan yang akan datang. 8. Penyoalan dalam membantu murid mengukuhkan konsep-konsep yang baru dipelajari.

3.3.4. Komponen-Komponen Kemahiran Penyoalan


KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN PENYOALAN Penbentukan Soalan 1. 2. 3. Fokus (Tunggal) 1. 2. Fokus (Pelbagai) 1. 2. Sebaran Hentian 1. 1. Jelas Tepat Ringkas Soalan yang ditumpukan kepada satu idea. Soalan konvergen. Soalan ditumpukan lebih kepada satu idea. Soalan divergen. Soalan disebarkan kepada seluruh kelas. Memberi masa kepada murid memikirkan KRITERIA-KRITERIA TEKNIK MENYOAL

27

jawapannya. Melayani Jawapan 1. 2. 3. Memberi petunjuk Menjawab 1. Memberi pujian. Melengkapkan jawapan. Membaiki jawapan. Memberi petua atau petunjuk untuk

membantu murid, Mencungkil Fikiran 1. Mengemukakan satu siri soalan untuk mencungkil fikiran.

Jadual 5

3.3.5. Penyoalan Mencungkil Fikiran Kemahiran ini digunakan untuk mencungkil fikiran murid sehingga mereka memberi satu jawapan yan tepat dan sempurna. Tujuan menggunakan kemahiran ini ialah untuk menolong murid-murid berfikir secaa mendalam supaya memahami sesuatu fakta, konsep, hukum atau teorem dengan lebih jelas lagi.

Kemahiran menggunakan soalan mencungkil fikiran murid boleh dijalankan dengan menyediakan beberapa soalan yang berkenaan serta berkaitan, kemudian mengemukakan soalan-soalan itu mengikut susunan yang sesuai.

3.3.6. Aras-Aras Penyoalan Selain teknik menyoal, kemahiran mempelbagaikan jenis soalan mengikut arasarasnya juga boleh dikuasai melalui pengajaan mikro.

Aras kemahiran soalan boleh dikelaskan kepada enam peringkat seperti yang dinyatakan oleh Bloom dalam bukunya Taxonamy of Education Objectives. Peringkat28

peringkat itu ialah pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Lihat rajah dibawah.

Rajah 2

3.3.7. Cara Pengendalikan Pengajaran Mikro Semasa merancang aktiviti pengajaran mikro berasaskan kepada kemahiran penyoalan, guru pelatih hendaklah menyediakan berbagai-bagai jenis soalan seperti soalan konvergen dan soalan divergen mengikut beberapa aras kemahiran penyoalan yang boleh mencungkil fikiran murid.

Semasa menjalankan aktiviti pengajaran mikro, guru pelatih yang terlibat harus cuba menggunakan teknik menyoal mengikut prinsip-prinsip panduan dan merujuk komponen-komponen kemahiran penyoalan yang disarankan dalam Jadual 6.
KOMPONEN KEMAHIRAN (TEKNIK MENYOAL) Pembentukan Soalan: Jelas, ringkas, dan tepat Fokus kepada satu idea 1 2 3 4 5 6 NOMBOR SOALAN 7 8 9 10 11 12 13 14 15

29

Fokus kepada lebih daripada satu idea Sebaran ke seluruh kelas Hentian yang sepatut Melayan baik Memberi petunjuk atau petua Mencungkil fikiran ARAS-ARAS KEMAHIRAN Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Tandakan () pada ruang yang berkaitan dengan ciri-ciri yang dapat dilihat bagi tiap-tiap soalan yang dikemukakan dalam sesi pengajaran mikro. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 jawapan dengan

Jadual 6

3.4. Kemahiran Penutup Penutup pelajaran dalah bahagian terakhir sesuatu pelajaran. Aktiviti-aktiviti rumusan, pengukuhan dan penilaian biasanya dilakukan dalam bahagian penutup ini. Oleh itu guru-guru menggunakan bahagian ini untuk membantu murid-murid mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru sahaja dipelajari dengan merumuskan semua isi penting atau memberikan aktiviti susulan kepada mereka. Disamping itu, guru juga boleh menggunakan bahagian penutup ini untuk menilai objektif dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. Hasil penilaian akan digunakan untuk melakukan perubahan pada pengajaran yang seterusnya. Terdapat dua jenis penutup yang biasanya digunakan oleh guru didalam pengajaran, iaitu penutup kognitif dan penutup Penutup kognitif adalah penutup yang bertujuan untuk memberikan peneguhan kepada isi pelajaran atau kemahiran yang baru dipelajari oleh murid. Penutup kognitif boleh 30

dilakukan melalui aktiviti rumusan, pengukuhan dan susulan. Antara cara-cara melakukan penutup kognitif adalah: 1. Guru boleh merumuskan isi-isi penting sesuatu pelajaran dengan tujuan mengukuhkan lagi apa yang telah dipelajari oleh murid-murid. 2. Dilakukan di akhir satu sesi pelajaran, selepas sesuatu perbincangan atau sesi latihan dan diakhir satu pembelajaran. a) Contohnya, guru mengajar huruf hijaiah kepada murid, guru mungkin berkata Sekarang kita berhenti sekejap dan kamu cuba sebutkan huruf-huruf hijaiah yang kita belajar tadi. 3. Guru boleh memberikan kerja bertulis didalam buku atau lembaran kerja kepada murid. 4. Memberi aktiviti pengayaan kepada murid. 5. Menyoal murid mengenai isi penting yang telah dipelajari Penutup sosial bertujuan memberikan sesuatu perasaan pencapaian kepada muridmurid yang telah diajar tentang sesuatu topik. Contohnya, guru memberikan pujian dan galakan kepada pelajar yang berjaya menjawab soalan dengan betul. Misalnya: Muridmurid berjaya menjawab semua soalan ustaz mengenai solat hari raya dengan betul dan tepat, dalam pelajaran akan dating, ustaz akan mengajar mengenai zakat.

3.4.1. Prinsip Penggunaan Kemahiran Penutup Untuk menggunakan kemahiran penutup dengan berkesan, guru haruslah memahami dan mematuhi beberapa prinsip berikut: 1. Penutup hendaklah bermakna kepada murid-murid dari segi minat, kebolehan dan umur mereka. 2. Penutup hendaklah berkaitan dengan isi dan objektif P&P. 3. Penutup hendaklah ada kaitan dengan pengetahuan sedia ada, pengalaman murid dan konsep baru yang telah dipelajari. 31

4. Penutup harus berkaitan dengan aspek satu-satu pelajaran yang telah dipelajari. 5. Penutup sepatutnya dapat menilai keberkesanan satu-satu pelajaran. 6. Perlu mengandungi aktiviti-aktiviti susulan untuk murid-murid.

3.4.2. Objektif-Objektif Kemahiran Penutup 1. Membuat satu rumusan tentang pelajaran yang telah disampaikan. 2. Membuat perkaitan antara pengetahuan sedia ada dan pengalaman murid dengan topik yang baru. 3. Meneguhkan satu-satu pelajaran yang baru dipelajari. 4. Menggunakan prosedur yang sesuai untuk menilai objektif P&P murid. 5. Mengemukakan aktiviti susulan. 6. Menimbulkan motivasi melalui kemesraan, menghairankan dan aktiviti susulan.

3.4.3. Kesan Kemahiran Penutup Kepada Proses Pengajaran Dan Pembelajaran 1. Pembelajaran menjadi lebih bermakna kerana murid-murid dapat penyelesaian kepada suatu pembelajaran. 2. Membantu murid mengingati pelajaran yang baru dipelajari. 3. Dapat meneguhkan suatu konsep yang baru dipelajari. 4. Murid terdorong untuk belajar dengan tekun turutan daripada penggunaan penutup sosial. 5. Guru dapat mengetahui sejauh manakah objektif P&P telah dicapai.

3.4.4.

Komponen-Komponen Kemahiran Penutup

32

Kemahiran penutup mempunyai dua kemahiran yang utama iaitu kemahiran penutup kognitif dan penutup social. Rajah dibawah menerangkan mengenai aktiviti penutup yang terkandung dalam kedua-dua komponen tersebut.

KOMPONENKOMPONEN KEMAHIRAN PENUTUP

Perkaitan Sosial

Perkaitan Kognitif

Guru menggunakan pelbagai jenis pujian apabila murid dapat menjawab soalan di peringkat penutup. Dengan ini, murid dapat merasa dan menikmati perasaan mencapai kejayaan.

Guru membuat rumusan yang berkaitan dengan pengalaman murid. Penutup ada hubungan dengan bahagian penting pelajaran. Guru mencadangkan beberapa aktiviti susulan.

Rajah 3

4. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 33

: : -: : :

: : :

: : . . : . . : . . : . . . . :
34

. . : . . : . . . . : . . : . . ..
. . . . . . .
35

/ /

: . . : . . . : . . . . . . . . . . . . . .. . . . .
36

. . . . . . .

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
37

. . . . . . . . . . . . . . - . . . . . . . .
38

. .
Jadual 7

39

5. PELAKSANAAN MICRO TEACHING 5.1. DOKUMENTASI MICRO TEACHING 5.1.1. Foto

Foto 1

Foto 2

Foto 3

5.1.2. Video Sila rujuk video yang dilampirkan. 40

5.2 REFLEKSI MICRO TEACHING Sebelum membuat micro teaching, saya telah membuat perancangan terlebih dahulu iaitu dengan menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Namun, oleh sebab micro teaching saya hanya membuat bahagian set induksi sahaja. Saya melakukan set induksi tersebut selama lima minit sahaja iaitu masa yang maksimum dicadangkan untuk membuat set induksi. Kemudian saya telah menyenaraikan pengetahuan sedia ada murid untuk membuat soalan-soalan yang hendak dikemukakan pada langkah ini. Saya juga menyediakan gambar sebagai rangsangan dan motivasi kepada murid untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran.

Semasa melaksanakan micro teaching, saya memaparkan gambar dan bahanbahan yang telah saya sediakan. Begitu juga dengan menyoal murid-murid berdasarkan soalan-soalan yang telah disediakan. Selain itu, saya juga telah memberikan peneguhan dan membantu mereka ketika mereka menjawab soalan. Seterusnya saya mengaitkan jawapan mereka dengan tajuk yang akan dipelajar.

Selepas melakukan micro teaching, saya mendapati bahawa soalan yang saya kemukakan kepada murid tidak sesuai kerana saya mengungkapkan ayat dan menggunakan istilah yang tinggi yang tidak sesuai dengan tahap umur mereka seperti perkataan fungsi. Selain itu, terdapat juga murid tidak menumpukan perhatian terhadap bahan yang saya sediakan. Ini mungkin disebabkan saya tidak begitu tegas dalam memberikan arahan. Justeru, saya hendaklah meminta perhatian mereka terlebih dahulu dengan menggunakan nada suara yang berbeza, meminta murid mengosongkan meja, dan duduk di tempat masing-masing.

6. REFLEKSI PELAKSANAAN KERJA PROJEK

41

Sebelum melaksanakan tuasan ini, saya terlebih dahulu mengumpul maklumat daripada nota kuliah, perpustakaan, internet, dan sebagainya. Setelah memperoleh maklumat yang diperlukan, saya telah berkolaborasi dengan rakan-rakan mengenai maklumat yang sebenar diperlukan selain bertukar-tukar bahan dengan mereka. Kemudian, saya menyusun maklumat dan bahan-bahan tersebut mengikut soalan yang dikemukakan.

Semasa membuat tugasan ini, saya telah cuba menkonstruk idea yang diperoleh daripada buku rujukan dan mengambil ayat-ayat yang diperlukan. Selain itu, saya turut menukarkan contoh-contoh yang tidak berkaitan dengan Pendidikan Islam kepada yang berkaitan dengannya.

Melalui tugasan ini, terdapat beberapa kebaikkan yang saya peroleh antaranya adalah saya lebih jelas mengenai maksud pengajaran mikro yang sebenarnya iaitu pengajaran yang hanya menumpukan kepada sesuatu langkah dalam pengajaran seperti pendahuluan set induksi, dan penutup. Selain itu, saya turut memahami kehendak yang dikehendaki pada setiap langkah dalam pengajaran mikro seperti kemahiran menyoal yang perlu mempunyai soalan yang berfokus kepada satu idea dan lebih daripada satu idea. Malah saya juga dapat praktikkan apa yang saya pelajari semasa menjalani praktikum di sekolah.

Ironinya terdapat juga beberapa kelemahan yang terdapat daripada tugasan ini antaranya sumber dan maklumat yang terhad terutama maklumat mengenai ciri-ciri sumber pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, saya keliru di antara Sumber Pengajaran dan Pembelajaran dengan Media Pengajaran. Kekeliruan ini timbul kerana maklumat yang terdapat dalam Sumber Pengajaran dan Pembelajaran terdapat dalam sub-topik Media Pengajaran.

Konklusinya

dapatlah

saya

fahami

bahawa

Sumber

Pengajaran

dan

Pembelajaran adalah sebahagian daripada Media Pengajaran. Jadi tidaklah menjadi masalah yang besar terhadap saya untuk memahami dengan lebih mendalam terhadap tajuk ini. 42

7. PENUTUP Sebagai seorang bakal guru, seharusnya kita dapat memilih dan menggunakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang disediakan selain membuat bahan bantu mengajar sendiri. Guru Pendidikan Islam boleh menggunakan bahan bantu mengajar yang dibekalkan

43

oleh kementerian kepada guru-guru j-QAF kerana bahan tersebut sesuai digunakan semasa aktiviti pengajaran. Antara bahan bantu yang dibekalkan oleh kementerian adalah kad perkataan, carta, cakera padat, dan sebagainya.

Selain itu, guru juga boleh membina bahan mereka sendiri mengikut kebolehan dan tahap keupayaan murid sesuatu kelas. Adapun bahan yang paling berkesan adalah bahan maujud yang boleh dilihat, dipegang, dan dirasa oleh murid. Sebagai contoh model dan diorama. Matapelajaran Pendidikan Islam juga boleh menggunakan diorama seperti ketika hendak mengajar tajuk Rukun Haji, guru boleh menjadikan diorama kaabah sebagai bahan bantu mengajar.

Tuntasnya, guru perlu kreatif dan bijak memilih bahan bantu mengajar yang sesuai untuk digunakan. Ini kerana tujuan bahan bantu mengajar ialah memudahkan pencapaian fakta terutama fakta yang abstrak seperti untuk menerangkan tentang Mukjizat al Quran. Penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan dapat mencapai hasil pembelajaran yang diingini selain murid ceria dan gembira untuk belajar.

BIBLIOGRAFI Hiang, P. S. (1999). Pedagodi Sains 4 PENGURUSAN MAKMAL DAN SUMBER SAINS. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Khairi, M. (2008). PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Retrieved April 16, 2011, from Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran: http://www.freewebs.com/ptk2/ptkkhusus2.htm 44

Salleh, A. B. (n.d.). Perkembangan Seni dan Kanak-Kanak. Retrieved April 17, 2011, from Scribd: http://www.scribd.com/doc/2688621/Perkembangan-Seni-dan-Kanak-kanak Salleh, M. R. (2011, Mac 13). Sumber Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pengajian Sosial. Retrieved April 16, 2011, from KUMPULAN PGSR BAHASA MELAYU IPGM KKB: http://kumpulansiswazahguru.blogspot.com/2011/03/sumber-pengajaran-danpembelajaran.html Sang, M. S. (1992). Pedagogi 2 Strategi Pengajaran-Pembelajaran, Pengajaran mikro, dan Persediaan Untuk Pengajaran Praktik. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Sang, M. S. (2003). PEDAGOGI UNTUK KURSUS DIPLOMA PERGURUAN SEMESTER 2. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

LAMPIRAN

45

ULASAN PENSYARAH

46

You might also like