You are on page 1of 33

(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR )

TAJUK 1

PENGERTIAN DAN KONSEP KURIKULUM PSV SERTA KONSEP SUKATAN PELAJARAN PSV KBSR

SINOPSIS

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif, dan produktif menerusi pemupukan Asas Seni Visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu guru meningkatkan rasa kesedaran serta tanggungjawab terhadap keperluan bidang seni yang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, guru itu sendiri perlu memahami perkembangan serta kronologi perkembangan kurikulum yang berlaku sebelum dan selepas Merdeka agar dapat mentafsir pengertian dan konsep kurikulum Pendidikan Seni di negara serta kesannya yang dicorakkan menerusi struktur dan keperluan muridmurid di sekolah. HASIL PEMBELAJARAN Menerangkan perkembangan kurikulum Pendidikan Seni Visual (PSV), Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran(HSP) PSV KBSR Mengaplikasikan konsep 5P, KBSR Mengaitkan kepentingan perkembangan Kurikulum Merancang dan mereka bentuk aktiviti seni visual dalam pengajaran dan pembelajaran Mengintegrasikan aktiviti PSV dalam mata pelajaran lain

(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR )

1.0

Perkembangan Kurikulum Pendidikan Seni Visual di Malaysia

Sebelum Merdeka

Awal Merdeka

Sekarang

Jadual 1 : Kronologi Perkembangan Kurikulum Pendidikan Seni Visual

Transisi merentasi kurikulum PSV erentasi kurikulum

Pendidikan

Institusi

Penerbitan

Penubuhan kelab seni

Jadual 2 : Transisi merentasi Pendidikan Seni Visual

(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR )

a)

Perkembangan Kurikulum Pendidikan Di Malaysia

1.1

Laporan Winstedt- Zaman British Tujuan sekolah Melayu menurut Penyata Pelajaran tahunan Negernegeri Selat 1885 adalah; Cukup untuk kehendak-kehendak biasa budak-budak Melayu, yang kelak akan menjadi pemandu kereta lembu, penanam padi dan nelayan. Tujuan kerajaan bukanlah yang berpendidikan baik. untuk mewujudkan segelintir pemuda hanya akan menimbulkan kesulitan nanti

Pelajaran untuk orang Melayu tidak boleh melewati batasan, kerana ia 1.2 1916 Laporan Winstedt memperkemas sistem pendidikan rendah di Tanah Melayu-Sekolah Melayu dan maktab mengajar mata pelajaran lukisan. sains pertanian 1.3 Laporan Winstedt (Penolong Pengarah Pelajaran Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu) mencadangkan:untuk Latihan yang amat baik dapat Lukisan adalah mustahak Anyaman diletakkan di bawah mata pelajaran

memerhati alam yang didapati darinya, dan ia

menimbulkan minat dan kecerdasan murid-murid, dan melatih mereka ketepatan dan kecermatan. Dan ia menyesuaikan mereka dengan kerja- kerja mandur. Ia patut dimestikan dalam darjah 3 dan 4. Menyediakan matapelajaran Kerjatangan seperti membuat bakul. 1.4 Pada tahun 1930 sistem persekolahan berjalan 4 jam sehari, dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tgh Mata pelajaran :-Karangan, Ilmu Kira-kira, Ilmu Alam, Sejarah Melayu, Kesihatan, Lukisan, Menganyam dan berkebun, Kesihatan, Senaman, Anyaman dan berkebun adalah untuk menjadikan sistem Persekolahan Melayu lebih mirip kepada kampung-anjuran R.O.Winstedt 1.5 Penyata Rahman Talib Pada tahun 1960 satu jawatankuasa bagi mengkaji semula implementasi dasar pendidikan di bawah ordinan pendidikan 1957 yang dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib Antara syor yang dikemukakan:

(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR )

Menyediakan pendidikan universal selama 9 tahun dan menaikkan had umur berhenti sekolah dari 9-15 tahun. Memberi pelajaran percuma kepada kanak-kanak di semua aliran sekolah mulai 1962. Memperbanyakkan kemudahan pendidikan teknik dan vokesional. Mengadakan pendidikan agama Islam. Bahasa Melayu dijadikan bahasa teras seiring dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan. 1.6 Akta Pelajaran 1961 telah dijadikan dasar kepada sistem pendidikan di negara ini. Justeru itu Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) telah diperkenalkan. Mata pelajaran yang diajar oleh guru-guru antaranya ialah dana dipelajari oleh murid-murid dalam KLSR

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Tawarikh, Ilmu Alam, Hal Ehwal Tempatan, Tata Rakyat, Jawi,Pendidikan Agama Islam, Lukisan dan lain-lain. 1.7 Persekolahan peringkat rendah di negara ini berterusan mengikut kehendak KLSR sehinggalah kajian dibuat pada tahun 1974 hingga 1979 oleh jawatankuasa diketuai Dr.Mahathir Mohamad bagi melihat kesesuaian KLSR ini. 1.8 bahawa kurikulum pengenalan 1.9 Laporan kajian yang dikeluarkan pada tahun 1979 mendapati KLSR sudah tidak relevan lagi dan perlu diganti dengan yang baru. Implikasi daripada laporan ini ialah kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada Pertukangan Tangan, Pendidikan Jasmani dan

tahun 1982. Pada tahun 1988 KBSR telah disemak semula bagi mengenal pasti kelemahan dan kekuatannya. Lanjutan itu, KBSR yang dikenali Baru Sekolah Rendah ditukar segi pada asasnya sebagai Kurikulum

menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Dari mengalami 1.10

kurikulum, mata pelajaran-mata pelajaran yang telah sedia ada perubahan bagi membantu murid menghadapi cabaran masa depan termasuklah Pendidikan Seni Visual. Kementerian Pendidikan Malaysia telah memainkan peranan yang positif dalam membangunkan dan memperkembangkan kurikulum Pendidikan Seni Visual. Hal ini dapat dilihat berdasarkan semakan terhadap Kurikulum Pendidikan Seni Visual itu sendiri yang telah beberapa kali melalui proses perubahan. Perubahan-perubahan tersebut meliputi aspek falsafah, matlamat, objektif, pendekatan,

(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR )

kaedah dan isi kandungan mata pelajaran tersebut. Perkembangan kurikulum ini dapat dilihat seawal pertengahan abad ke-19 apabila kurikulum seni mula diperkenalkan di Penang Free School dengan memberikan penekanan kepada penglahiran pelajar yang mahir dalam kraf (Carline, (1968) dalam Ibrahim Hassan melalui karya Md Nasir bin Hj. Ibrahim-Isu dan Permasalahan Kurikulum Pendidikan Seni Visual). 1.11 Selepas merdeka, bermula dari tahun 1965 Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal dasar baru pendidikan. Melalui dasar baru ini, murid-murid daripada darjah 1 hingga tingkatan 3 akan belajar dua kumpulan mata pelajaran yang dikenali sebagai mata pelajaran wajib dan mata pelajaran elektif. 1.12 Kini, sekali lagi kurikulum Pendidikan Seni berubah dengan penekanan kepada melengkapkan perkembangan diri seseorang individu melalui nilai peribadi individu dan pemupukan kesedaran terhadap seni dalam kehidupan sehari-hari serta sikap dalam menghargai hasilan seni sebagai sumbangan kepada warisan budaya dan identiti bangsa. Perubahan-perubahan ini melibatkan falsafah, matlamat, objektif, pendekatan, kaedah dan isi kandungan yang lebih mantap dan akan dapat menarik minat lebih ramai pelajar. 1.13 Dalam KBSR, Pendidikan Seni Visual merupakan mata pelajaran wajib yang mesti dipelajari oleh semua murid. Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual digubal selaras dengan perkembangan terkini ke arah mencapai hasrat FPK. Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah sebagaimana yang digariskan oleh PPK pada tahun 2000 adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membnatu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan Negara, selaras dengan hasrat FPK.Terdapat empat bidang yang terkandung di dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual seperti berikut : (a) (b) Melukis dan membuat gambar Membuat corak dan rekaan

(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR )

(c) (d) 1.14

Membentuk dan membuat binaan Mengenal kraf tradisional

Fokus yang diberikan kepada setiap bidang pula ialah pemerhatian aktif, interaksi yang kreatif dengan alat dan bahan, serta aprisiasi aspek seni. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan sebagai pengimbang kepada mata pelajaran lain yang ditawarkan di sekolahsekolah kerajaan. Mata pelajaran ini menyumbangkan ke arah perkembangan murid-murid melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kraetiviti. Manakala aktiviti seni yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam konteks peranan seni sebagai media komunikasi, seni dalam kehidupan dan persekitaran, dan seni sebagai warisan budaya dan identiti bangsa. (Mazlan Mohamad.1996)

1.15

Perkembangan Sukatan Pelajaran Seni Visual peringkat menengah. Sukatan Pelajaran Seni Visual telah diperkenalkan di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada tahun 2002 bagi menggantikan Kertas Peperiksaan Lukisan yang digubal oleh University of Cambridge Local Examintin Syndicate tahun 1982.

1.16

Kertas Peperiksaan Lukisan tidak bercirikan kepada pembelajaran yang berteraskan kepada pengajaran dan pembelajaran. ianya lebih berorientasikan kepada peperiksaan semata-mata bagi menguji kemahiran calon dari aspek melukis dan pertukangan menerusi enam kertas peperiksaan yang ditawarkan tanpa sukatan pelajaran.

1.17

Kertas Peperiksaan Lukisan STPM juga telah tidak mengalami sebarang perubahan selama 20 tahun dan dilihat tidak cukup kuat bagi dijadikan syarat kemasukan ke universiti. Keadaan ini lebih tidak memberansangkan apabila persepsi yang direndah dan salah khususnya dikalangan pihak sekolah dan masyarakat yang melihat matapelajaran ini sebagai tidak relevan untuk dipelajari, tidak mempunyai prospek serta dipertikai dari aspek nilai komersialnya.

1.18

Melalui perbincangan Jawatankuasa yang diketuai Prof Madya Dr Mohd Mustafa Mohd Ghazali serta ahli-ahli jawatankuasa telah membahaskan dengan panjang lebar, di mana ahli jawatankuasa dan MPM bersetuju supaya Kertas Peperiksaan Lukisan di gantikan dengan Sukatan Pelajaran Seni Visual. Ianya merupakan satu kesinambungan dari Matapelajaran Pendidikan Seni Visual di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran

(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR )

Malaysia (SPM) dan juga menjadi jambatan ilmu ke program-program seni lukis dan seni reka serta yang berkaitan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Pemurniaan sukatan pelajaran sekali lagi mengalami perubahan apabila rombakan selepas tiga (3) tahun dilaksanakan. Maka pada tahun 2005 pemurniaan oleh jawatankuasa yang sama menggubal beberapa aspek utama. Iaitu apresiasi seni visual dan penghasilan seni visual. Sukatan ini terdiri daripada tiga komponen iaitu (a) Teori Seni Visual, (b) Lukisan, dan (c) Projek Penghasilan Karya

Latihan 1 Cuba buat perbandingan Kurikulum PSV sebelum Pendidikan Pendidikan Selepas Merdeka dan selepas Merdeka Sebelum berdasarkan aspek yang dikemukakan. Aspek Merdeka Merdeka

Matlamat dan Objektif

Isi kandungan

Pendekatan

(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR )

b)

Kelahiran Institusi Seni

1.1

1922 Penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris-Memberi latihan perguruan dan semua wajib mempelajari kesemua mata pelajaran termasuk lukisan, pertanian dan pertukangan. Melahirkan tokoh pelukisan yang mempunyai sudut pandangan Melayu Mengetengahkan hal benda tempatan. Anatara tokoh seperti Mohd. Said Hj. Hussain dan Idris Hj. Salam Antara matapelajaran :Pekerjaan tangan- kerja membuat raga dianggap paling sesuai kerana: Seni pertukangan asli Bahan-bahan mudah didapati. Perkakasan tidak banyak dan mudah, Bahan-bahan untuk kegiatan itu ditanam di sekitar maktab

1.2

Sukatan Pelajaran Tahun pertama * penuntut dikehendaki menggunakan mengkuang. Mereka juga dikehendaki mencipta corak-corak baru dengan menggunakan rotan dan buluh. Tahun Kedua, sambungan kerja tahun pertama. Tahun Ketiga, penggunaan rotan dan buluh dengan lebih meluas

1.3

1960-Maktab Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur Dibuka untuk membentuk guru-guru pakar dalam bidang masingmasing antaranya menawarkan kursus Pendidikan seni, Pendidikan jasmani. Selain itu, Pendidikan guru kelas buta dan cacat pendengaran, Kaunseling dan kerjaya, Teknologi pendidikan dan sebagainya Peter Harris mengendalikan kurikulum Jabatan Pendidikan Seni bagi latihan guru dan antara kakitangan awal MPIK adalah Syed Ahmad, Jamal, Yeoh Jin Leng, Anthony Lau, Lee Joo For, Cheong Lai Tong, Jolly Koh. Aspek-aspek kepakaran seni

halus, seni grafik dan kraftangan diberi penekanan. Sukatan mata pelajaran yang ditawarkan adalah seperti Catan, Seni halus, Seni arca, Seni

(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR )

seramik, Seni tekstil (batik), Seni anyaman/tenunan Kursus wajib lukisan, grafik, sejarah seni, pedagogi pendidikan Seni, Latihan praktikum. Antara guru dan pelukis keluaran MPIK adalah seperti Ahmad Khalid, Redza Piyadasa, Othman Mansur, Ismail Hashim Bagi guru yang cemerlang akan ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di luar negara (sekitar -60an). 1.4 1962 -Maktab PerguruanTeknik ditubuhkan melalui Laporan Rahman Talib. Sukatan pelajaran termasuk pertukangan kayu, logam, seni bina dan lukisan teknik dimasukkan ke dalam kursus seni 1.5 1967-Institut Teknologi Mara (Universiti Teknologi MARA) Kursus-kursus yang ditawarkan Seni halus, Seni grafik, Seni logam, Seni tekstil, Seni foto, Seni reka fesyen, Seni reka industri, Seni reka tembikar, Seni reka kasut. 1.6 Uitm juga menawarkan Diploma perguruan untuk guru pendidikan seni. Tenaga pengajar seperti Sulaiman Esa, Redza Piyadasa, Chong Kam Kau, Tan Keong Eng dan Joseph Tan. Kakitangan ini telah mengambil alih peranan kakitangan MPIK yang sebelum ini memainkan peranan penting dalam bidang seni lukis avant-garde negara. Mereka telah menanamkan semangat yang memberangsangkan di kalangan pelukis muda serta memupuk kewujudan masyarakat seni secara keseluruhannya pada tahun-tahun 1970-an.Antara pelukis yang mencipta nama ialah Syarifah Fatimah Syed Zubir, Zakaria Awang, Bayu Utomo, Dzulkifli Buyong dan ramai lagi. 1.7 1971-Universiti Sains Malaysia Di bawah pengajian Ilmu Kemanusiaan yanga menawarkan bidang Seni lakon, Seni Muzik dan Seni Halus. Menawarkan kursus grafik, arca, fotografi, sejarah seni, kritikan seni dan teori-teori seni. Melahirkan tokoh-tokoh seperti Ismail Hashim, Zakaria Ali, dan Reza Piyadasa.

Latihan 2 Berdasarkan kurikulum Pendidikan Seni yang dibuat ke atas institusi-institusi seni yang ditubuhkan pada masa itu, apakah peranan utama yang dimainkan oleh tenaga pengajar terhadap penguasaan kemahiran yang dikuasai oleh pelajar?

(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR )

c)

Kemunculan Pertubuhan Seni Lukis

1.1

1906-Chong Hua Confucius Pulau Pinang -Memperkenalkan mata pelajaran seni kaligrafi dan anyaman yang diajar dalam bahasa Cina

1.2 1.3

1949 : Pengerusi bagi Kesatuan kesenian Guru Pulau Pinang dan ahli Penang Impressionist 1951-Wednesday Art Group. Peter Harris seorang pengawas seni lukis di Kementerian Pelajaran. Berkelulusan sekolah seni dari United Kingdom. Beliau telah memperkenalkan konsep estetika dan teknik seni. Penglibatan guru sebagai pelukis banyak membantu perkembangan pendidikan seni di sekolah-sekolah tanah air.Terus berkembang dengan penubuhan sekolah kelab melukis antara perkara yang diajar :Antaranya Kelas potret Mohd. Hossein

10

(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR )

Enas, Kelas Arca Idris Salam, Kelas Grafik Zakaria Nor dan Kelas seni dalaman Habibah Baharudin 1.4 1954 Malay Teachers Union-Perkembangan seni visual Pulau Pinang mempengaruhi guru-guru seni. Pada 21.04.54 hingga 29.04.54 telah diadakan pameran oleh guru-guru Melayu telah diadakan di 23 Jalan Northam dan dirasmikan oleh J.N. Davies, Pengarah Pelajaran Pulau Pinang disertai 20 orang guru seni. 1.5 1956-Majlis Kesenian Malaya Pengasas : Tan Sri Mubin Sheppard dan Datuk Zainal Abidin Hj. Abbas. Tujuan penubuhan untuk memberi sokongan kepada aktiviti seni muzik, drama dan seni rupa demi menjaga kredibiliti seni di samping menambahkan pengetahuan, kefahaman dan amalan seni yang meluas Ahli-ahli terdiri daripada Nik Ahmad kamal, Puan P.G. Lim, Peter Harris 1.6 1957- Thursday Art Group Rentetan dari penubuhan WAG dengan impian yang sama. Pengerusi : Hoessin Enas. Aktiviti banyak berbentuk potret yang disesuaikan dengan budaya dan identiti kebangsaan melalui pakaian, adat resam, kebudayaan dan kerjaya. 1.7 1966-Penang Teachers Art Circle-Latihan pendidikan seni di luar negara. Terdiri daripada guru-guru seni tujuan : membetulkan kaedah dan tatacara pembelajaran pendidikan seni. d) Penerbitan 1.1 Buku Teks-1925-R.O.Winstedt -Menghasilkan buku Art and Crafts iaitu buku pertama mengenai sejarah seni dan seni pertukangan. 1.2 1.3 1928-Kitab Pedoman Guru Penggal Pertama - Memperihalkan kaedah-kaedah pengajaran Lukisan dan kerja tangan 1929-Kitab Pedoman Guru Penggal Kedua telah digunakan oleh guru-guru Melayu untuk mengajar pelbagai mata pelajaran termasuk Lukisan dan Pertukangan Tangan di sekolah-sekolah Melayu di seluruh tanah air pada masa itu. Kitab Pedoman Guru Penggal II disusun oleh O.T. Dussek dan

11

(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR )

Muhammad Hashim bin Haji Taib adalah buku pertama yang ditulis di negara ini mengenai kaedah mengajar mata pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan. Buku ini sangat penting digunakan oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini di sekolah-sekolah Melayu di Malaya etika itu. 1.4 1932-Buku Craft Work, Third Year Practical Work For Senior Schools-Ditulis oleh Taylor and Snell. Digunakan di sekolahsekolah di Malaya khusus di St. Xavier Institution, Pulau Pinang. Merupakan buku teks Lukisan dan Pertukangan Tangan. Bab-bab yang terkandung di didalam buku Craft Work antaranya ialah Corak pada kulit buku, Jenis-jenis tulisan / kaligrafi, Ilustrasi figura, Cetakan stensil, Cetakan lino, Caracara menjilid buku dan alat yang digunakan. 1.5 Kitab Rajah-Rajah Anyaman oleh guru anyaman Mr.W.Olaguera. Antaranya para penuntut boleh memilih kemahiran seperti berikut; pertukangan kayu: dilatih membuat perabot-perabot seperti meja kecil, almari buku, tongkat dan sebagainya. Mejilid buku: untuk penuntut tahun tiga. Menganyam jaring: membuat jaring untuk kegunaan permainan bola sepak, hoki dan volleyball, Pertukangan tanah liat: penuntut terpilih 1.6 1957- Buku Panduan Guru Kementerian Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu / DBP-Perincian mengenai Mengajar Lukisan dan Pekerjaan Tangan. Bertujuan untuk membangunkan sepenuhnya keupayaan rasa indah kanakkanak, menyuburkan kuasa-rasa, kuasa-gerak dan kecerdasan kanak-kanak serta membaiki budi pekerti mereka. Selain itu, objektifnya menjurus kepada pembinaan kebolehan menghargakan dan menciptakan keindahan, Penyuburan kuasa-rasa dan kuasa-gerak, Penyuburan kecerdasan dan Asuhan budi pekerti. Antara aktiviti yang terkandung dalam buku tersebut ialah tentang aktiviti lukisan biasa dan lukisan warna yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu pemandangan, ingatan, rekaan, Membuat gambar, Corak , Pekerjaan tangan dan Penghargaan. 1.7 1958- The Art Paper.Ditulis oleh Marjorie Clark (guru kanan seni lukis Sekolah Victoria, Singapura) dan W.T.Swinbanks

12

(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR )

(pensyarah seni di Teachers Training College, Singapura). Diterbitkan oleh Donald Moore, Singapura. Mengandungi siri teknik menghadapi peperiksaan lukisan untuk School Certificate. 1.8 1990-Geometrical Drawing Part 1. Diterbitkan oleh Cambridge Series for Schools and Training Colleges oleh Blythe yang menjelaskan konsep visual yang luas meliputi bentuk-bentuk geometrik dan buku ini digunakan di sekolah-sekolah seluruh Malaya.

Latihan 3 Berdasarkan perubahan kurikulum Pendidikan Seni zaman sebelum Merdeka dan selepas Merdeka, sila bincang bersama rakan anda tentang bagaimanakah corak kurikulum Pendidikan Seni Visual pada hari ini yang telah dibentuk? Sediakan esei tidak kurang 1000 patah perkataan secara individu.

2.0

Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual a) Matlamat Pendidikan Seni Visual Rancangan kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah di Malaysia telah disusun semula supaya selaras dengan perkembangan terkini agar dapat mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tujuannya untuk melengkapkan kamahiran murid ke aras pencapaian keilmuan yang tinggi dari aspek kesenian, reka bentuk, teknologi, dan alam kehidupan selepas persekolahan. Kandungan kurikulum digubal dengan memastikan keseimbangan penekanan kepada kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual, beberapa kemahiran generik, perkembangan potensi diri dan keupayaan diri sebagai seorang murid yang inovatif dan produktif dalam seni visual. Contoh modul yang dihasilkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia adalah menjadi rujukan kepada guru-guru di sekolah.

13

(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR )

Tiga aspek utama modul telah dikenalpasti iaitu; 1. 2. 3. Perkembangan nilai diri dan kesediaan menceburi alam pendidikan penghasilan dengan aktif. seni visual. Penguasaan kemahiran dan teknologi buatan serta Perkembangan daya cipta dan nilai seni dan budaya menerusi sejarah dan apresiasi seni visual. Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni visual Sekolah Rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan Asas Seni Visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, mayarakat, dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Celik Budaya/harmonis

Nilai estatik tinggi

Kreatif

Imaginatif

Inovatif

Kritis

Inventif/produktif

Rajah 2.1 : Matlamat Pendidikan Seni Visual

14

(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR )

Pengertian PSV - Proses penghasilan karya seni dengan melibatkan aspek pemahaman,penghayatan dan kritikan mengenai perasaan estetik dan daya kreativiti melalui imaginasi dan konsepsi murid.

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif, dan produktif menerusi pemupukan Asas Seni Visual.

Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat, dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid : Memupuk minat Memperkembang keperibadian Memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar.

b)

Objektif Pendidikan Seni Visual * Setelah mengikuti kurikulum Pendidikan Seni di kreatif dan menyeronokkan Menajamkan daya persepsi melalui pancaindera Mengenali asas seni reka dan olahannya serta dapat menggunakannya Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual

c)

Organisasi Kurikulum Pendidikan Seni Visual Organisasi kurikulum merangkumi 4 aspek utama seperti berikut a) pemerhatian secara aktif

15

(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR )

b) c) b)

interaksi yang kristis dan kreatif dengan alat dan bahan apresiasi Seni Visual secara mudah; dan menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

i.

Pemerhatian secara aktif Aspek ini melibatkan senitiviti deria . Semasa menyediakan aktiviti, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut ; Pengetahuan sedia ada murid Benda yang konkrit Minat, kecenderungan dan latar belakang murid Bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi; dan Mencetus idea dan imaginasi

ii.

Interaksi yang kristis dan kreatif dengan alat dan bahan Aspek yang melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan . Aktiviti penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Semasa menyediakan aktiviti, anda perlu beri perhatian kepada perkara berikut; penerokaan aktiviti kecil mudah ringkas; cuba mencuba, suaikenal dengan bahan; mencari alternatif, variasi dan kemungkinan lain; bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mmencuba; aktif melibatkan pelbagai kecerdasan; dan menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik

16

(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR )

penghasilan/membuat Penggunaan alat bahan dan teknik; Tatacara, langkah dan proses membuat; Amalan tertib kerja; Keselamatan semasa bekerja; dan Penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk hasil.

iii.

Apresiasi Seni Visual secara mudah; Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif, terdapat dua jenis utama aktiviti Apresiasi. Aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti mudah, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut ; Aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan, jalinan, warna, ton, rupabentuk dan bentuk; Aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik; Penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya; Perasaan, penghargaan dan refleksi diri; dan Penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan kandungan

iv.

Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

17

(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR )

Nilai, idea dan kandungan dikaitkan selanjutnya dengan perkara lain di dalam kegiatan;

Nilai, idea dan kandungan dikaitkan selanjutnya dengan perkara lain di luar kegiatan dalam kehidupan seharian;

Tindakan susulan; Mbut dihuraikan secara lebih terperinci dalam Huraian Sukatan Pelajaran; dan mencintai alam kehidupan;

Nilai patriotisme dan nilai murni lain; Kemahiran perlakuan, pengetahuan budaya dan perkembangan persepsi yang terkandung dalam 4 aspek dalam organisasi kandungan tersebut dihuraikan secara lebih terperinci dalam Huraian Sukatan Pelajaran; dan

Kritikan seni: huraian, analisis, interpretasi, dan penilaian

Organisasi Kurikulum

PENANG FREE SCHOO MenPENANG FREE SCHOOgajar mata pelajaran seni mengikut dunia pendidikan barat

18

(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR )

Carta 2.2 : Carta Organisasi Kurikulum

19

(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR )

Carta 2.3: Struktur Kandungan Organisasi Kurikulum PSV

20

(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR )

3.0

Kepentingan Terhadap Struktur Perubahan Dasar Perkembangan Kurikulum 3.1 3.2 3.3 3.4 Sosial Ekonomi Politik Teknologi

Aspek-aspek (Sosial) Senibina Peralatan rumah Pakaian Kebudayaan Kepercayaan/adat istiadat Muzium, galeri, bazar, pasar seni, komplek kraf dan lain-lain. (Ekonomi) Kraf tangan Pelancongan Ornamen Promosi edagang Dimensi baru (Politik) Propaganda Isu Tema Nilai sejagat Kemanusiaan (Teknologi) Perkongsian pintar Peragaan Pengiklanan Penyebaran maklumat Lalu lintas Jaringan keusahawanan

Latihan 3 Pakar-pakar pendidikan mengakui bahawa sains teknologi dan multimedia boleh merentasi kurikulum. Ertinya, sains teknologi dan multimedia boleh membicarakan bahasa, seni visual, sejarah, geografi, kajian tempatan, matematik, undangundang, ekonomi dan disiplin lain dari sudut grafiknya. Mohd Johari Ab.Hamid, 2006 Berdasarkan penyataan tersebut, bagaimanakah peranan Teknologi dalam Pendidikan Seni Visual mampu merealisasikan faktor-faktor yang dimaksudkan? Bincangkan hujah anda berdasarkan pengumpulan maklumat tersebut melalui inkuiri penemuan.

21

(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR )

4.0

Konsep 5P dalam PSV KBSR

Sinopsis Konsep 5P merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana melalui proses ini pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam rangsangan serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta mengelakkan kebosanan dalam kalangan murid. Konsep 5P terdiri daripada proses penggabungjalinan kemahiran, penyerapan pengetahuan, penerapan nilai murni dan pengayaan.

Hasil Pembelajaran i. Memahami perkembangan kurikulum Pendidikan Seni Visual(PSV), Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran(HSP) PSV KBSR. Memahami kepentingan perkembangan kurikulum Memahami konsep 5P dalam PSV KBSR

ii. iii.

Kerangka konsep pelaksanaan 5P dalam pengajaran

Rajah 4.1 : Kerangka Konsep 5P dalam Pendidikan Seni Visual


JALINAN KEMAHIR

a) Penggabungjalinan Kemahiran

22

(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR )

Satu proses yang menggabungkan pelbagai bidang kemahiran dalam satu pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan satu pelajaran yang intergratif dan menyeluruh

Penggabungjalinan ini bertujuan untuk membantu murid dalam penguasaan pelbagai kemahiran secara serentak dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Terdapat tiga bentuk penggabungjalinan iaitu: i. ii. iii. Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum

b) Penyerapan Pengetahuan

Penyerapan pengetahuan adalah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsure isi pengetahuan daripada suatu matapelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi satu mata pelajaran yang diajar Kelebihan penyerapan pengetahuan dalam Pendidikan Seni Visual ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik walaupun tajuk yang hendak dipelajari pada asalnya bersifat sebaliknya Kelebihan kedua ialah meningkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran psv lebih produktif dan efektif. Kelebihan seterusnya ialah pemilihan isi pengetahuan yang menarik daripada mata pelajaran lain, murid menjadi lebih ceria, bersemangat dan progresif Murid-murid menjadi lebih faham dengan sesuatu yang dipelajarinya dengan penyerapan, hubung kait dengan pengetahuan dari mata pelajaran lain Guru boleh menambahkan pengetahuan pelajar dengan menceritakan serba sedikit mengenai sejarah seni visual serta tokoh-tokoh terkenal dalam seni. Oleh itu, guru bukanlah semata-mata mengajar kemahirankemahiran melukis dan mewarna sahaja.

PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI PENDEKATAN IMPLISIT Pendekatan implicit seperti guru-guru secara tidak langsung menerapkan sesuatu nilai PENDEKATAN EKSPLISIT Mengadakan suatu peraturan, arahan dan sebagainya yang bertulis tentang sesuaru perkara PENGAYAAN

23

(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR )

Pengayaan adalah satu aktiviti yang lebih mencabar kebolehan pelajar di samping menambah minat dan pengalaman yang dapat membantu pelajar ke arah perkembangan dan bakat diri Pengayaan juga dapat membuatkan pelajar berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup serta melahirkan daya kreativiti menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja mereka sendiri Aktiviti pengayaan juga dapat membuka peluang kepada pelajar untuk mengembang minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, bakat kepimpinan serta dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri, kumpulan dan juga masyarakat. Aktiviti tersebut haruslah mencabar serta menguji kemahiran pelajar supaya pelajar dapat melahirkan daya kreativiti tersendiri

5.0

Konsep Integrasi dalam Pendidikan Seni Visual

Program intergrasi merupakan satu program yang amat popular di luar negara khususnya Amerika Syarikat yang mana telah dimulai pada tahun 1900 an. Pada ketika itu penekanan pada mata pelajaran sains telah mula diintegrasikan dengan mata pelajaran. Ini adalah disebabkan kerana dia telah mengganggap sains adalah asas dalam kehidupan seharian rakyatnya. Kemudian daripada itu terdapat juga perkara-perkara dan mata pelajaran lain diintegrasikan ke dalam kurikulum disekolah-sekolah. Dengan dapat dibuat secara kesimpulan bahawa konsep intergrasi dalam kurikulum adalah diamalkan dengan secara meluas dikebanyakan pelajar negara-negara maju. Bagi pendidik, kebanyakannya menggunakan konsep dan makna

pengintergrasian dari pelbagai sudut antaranya sudut psikologi, sosiologi dan pedagogi. Intergrasi dari sudut psikologi sentiasa berkait rapat dengan personaliti total dimana ini bermaksud bahawa individu itu adalah insan total dan segala unsur perkembangan pelajar yang mengandungi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan social sentiasa berkait rapat dan saling bergantung antara satu sama lain. Dari sudut sosiologi, intergrasi mempunyai lebih daripada satu makna. Pertama, ia boleh dilihat dari sudut perhubungan antara personaliti seperti antara seseorang pelajar dengan seseorang pelajar, dan antara pelajar dengan guru. Kedua, perlu ada rasa keinginan yang terjalin 24

(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR )

dalam perhubungan antara individu dengan pelbagai sagensi masyarakat dan akhir sekali harus ada pengiktirafan terhadap perhubungan antara pelbagai institusi masyarakat itu. Manakala dari sudut pedagogi, intergrasi melibatkan kaedah dan teknik mengajar yang meliputi pelbagai isi pelajaran dan kemahiran melalui unit pembelajaran dan bidang pelajaran yang khusus untuk tujuan membantu dalam pendekatan menyelesaikan masalah sebagai satu cara belajar.

a)

Empat jenis integrasi yang boleh dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)

Terdapat pelbagai cara intergrasi dijalankan dalam pengajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Dalam KBSR, penegasan yang berkesan sangat dititikberatkan bagi mempastikan kejayaan proses pembelajaran pelajar. Bagi mencapai hasrat dalam falsafah, matlamat dan objektif pendidikan kebangsaan beberapa kaedah perlu diguna pakai dalam proses pengajaran antaranya ialah konsep intergrasi. Dalam KBSR juga konsep integrasi lebih dikenali sebagai kesepaduan. Untuk itu konsep bersepadu dalam KBSR membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara intergrasi dan menyeluruh. Ini kerana dalam KBSR pendidikan adalah bagi pembangunan individu insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Untuk itu beberapa konsep perlu ditegaskan sebagai asas dalam proses P&P KBSR yang mengandungi aspek. Antara jenis-jenis intergrasi yang boleh dijalankan dalam P&P ialah : i) Penggabungjalinan

25

(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR )

Bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai kemahiran dalam mata pelajaran. Strategi penggabungjalinan kemahiran ini akan melahirkan aktiviti P&P yang menarik dan bermakna serta menimbulkan suasana proses P&P yang lebih berkesan. Penggunaan strategi ini membolehkan pelajar berpeluang menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan cara bersepadu. Teknik pengajaran yang digunakan seharusnya sesuai dengan perkembangan diri dan kebolehan murid-murid supaya pembelajaran itu adalah menarik, berkesan, dan bermakna. Dalam menggunakan teknik-teknik yang sedemikian, guru-guru digalakkan menjalankan pelbagai kegiatan dan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat murid-murid. Strategi penggabungjalinan ini memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses penggabungjalinan ini beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak dan cara ini juga dapat mengelakkan rasa bosan dalam proses pembelajaran. Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan sama ada kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam satu mata pelajaran atau kemahiran-kemahiran daripada satu mata pelajaran yang digabungjalinkan dengan lain-lain mata pelajaran. Jenis-jenis Penggabungjalinan : Penggabungjalinan sebagai yang berlangsung dalam aktiviti P&P boleh dilihat daripada tiga sudut seperti : sesuatu pelajaran disampaikan secara harmoni satu mata pelajaran atau beberapa dan bersepadu, sama ada dalam

26

(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR )

Penggunaan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain ke dalam sesuatu mata pelajaran Penggabungjalinan kemahiran secara merentas kurikulum

Contoh Aktiviti dalam P&P Mata Pelajaran Topik Kemahiran : : : Matematik (Tahun2) Nombor Bulat 0 Sehingga 100 Menolak sebarang nombor bulat 0 sehingga 100 Pengintegrasian Bidang Seni Dalam Pendidikan (Penggabungjalinan) Muzik : Nyanyian lagu Sepuluh Budak Hitam.

Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dan difahami, guru telah menggabungjalinkan seni dalam pendidikan yang merangkumi bidang seni muzik dalam tajuk mata pelajaran yang diajar. Dalam mata pelajaran Matematik, guru memilih untuk menggunakan cara penggabungjalinan bidang seni muzik dengan memilih lagu rakyat Sepuluh Budak Hitam untuk operasi menolak nombor bulat. Guru menyanyikan lagu tersebut sendirian dengan diiringi muzik dan meminta murid mendengar dengar teliti. Seterusnya meminta murid menyatakan operasi apakah yang digunakan dalam lirik lagu tersebut. Contohnya lirik : Sepuluh budak hitam main tepi kolam, seorang tergelincir tinggal lagi Sembilan. Aktiviti ini boleh dilakukan semasa set induksi sesuatu pengajaran. Antara contoh lagu kanak-kanak yang boleh dijadikan bahan adalah seperti berikut:

27

(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR )

Diamlah wahai adik Papaku pulang dari kota Telefon berbunyi Sepuluh botol kicap Silly billy Satu pagi saya ke sekolah ii) Penyerapan Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi pengajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Proses penyerapan lebih kepada unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran. Contohnya, daripada mata pelajaran sains guru akan mengambil petikan atau artikel sains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan ini pelajar akan memperolehi ilmu pengetahuan sains semasa mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu. Ciri-ciri Penyerapan : i. ii. iii. iv. Ia mengandungi beberapa unsur ilmu pengatahuan daripada berbagai-bagai pelajaran Unsur-unsur ilmu pengetahuan ini diserapkan secara bersepadu dalam satu mata pelajaran Bilangan mata pelajaran yang boleh digunakan dalam proses penyerapan adalah fleksibel. Organisasi unsur-unsur isi kandungan bergantung kepada unsur utama dan unsur sampingan. Walau bagaimanapun, unsur utama tetapt diberi penekanan yang lebih. v. Proses penyerapan berlaku secara serentak dengan proses penggabungjalinan. Unsur-unsur isi kandungan boleh diserapkan ke dalam aktiviti penggabungjalinan

28

(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR )

berbagai-bagai kemahiran seperti membaca, menulis dan mengira. Contoh Aktiviti dalam P&P Subject Topic Unit 1 Penyerapan Bahasa Inggeris : Kemahiran Membaca : : : Science Year 5 Investigating Living Thing Lesson 2- Friends or Foes

Daripada mata pelajaran sains guru akan mengambil petikan atau artikel sains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.Dengan ini pelajar akan memperolehi ilmu pengetahuan sains semasa mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa Inggeris Contoh petikan : Tapai is a popular food in Malaysia. It is made from glutinous rice or tapioca. Yeast is added to make tapai. Pengajaran ini dijalankan semasa langkah pertama iaitu menerangkan isi kandungan topic yang akan dijalankan. iii) Penerapan Konsep penerapan membawa maksud sebagai satu proses menerapkan nila-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nila-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai kemanusian, ketuhanan dan sebagainya. Penerapan nilai akan berlangsung melalui dua pendekatan iaitu : i. Pendekatan implisit Guru secara tidak langsung menerapkan sesuatu nilai. Segala perlakuan guru diperhatikan oleh kanak-kanak dan akan dihayati serta akan menjadi ikutan oleh kanakkanak. Tindakan menyokong dan memberi pujian ` kepada pelajar secara tidak langsung menyedarkan pelajar untuk menerima sesuatu itu. 29 nilai yang positif

(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR )

ii.

Pendekatan eksplisit Pendekatan ini bermaksud dengan mengadakan suatu peraturan, arahan, pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan dan tidak diharapkan. Oleh yang demikian, penerapan secara eksplisit adalah lebih terancang, bermatlamat, dan cara pelaksanaannya serta penilaiannya yang jelas.

Contoh Aktiviti Dalam P&P Mata Pelajaran Topik Sub Topik Penerapan Dalam mata pelajaran kajian tempatan, guru boleh menerapakan pendekatan implisit dan pendekatan eksplisit. Contohnya dalam topik pengurusan diri, cara menjaga kebersihan. Guru perlu bersedia terlebih dahulu dengan berpakaian kemas, berbau harum, dan sentiasa berada dalam keadaan segar. Ini menjadi contoh yang terbaik untuk para pelajar mengikut tingkah laku yang sihat terhadap gurunya. Selain itu, guru boleh menetapkan peraturan atau langkah-langkah yang perlu diikuti oleh pelajar untuk pengurusan diri di rumah. Contohnya, bangun pagi dengan gosok gigi,mandi,menyikat rambut dan berpakaian kemas. Segala pendekatan terkandung dalam aktiviti tersebut. : : : Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tahun 4 Pengurusan Diri Jaga Kebersihan Diri

iv)

Pemulihan Satu lagi aktiviti dalam jenis integrasi adalah aktiviti pemulihan. Pemulihan adalah satu aktiviti yang secara khusus bertujuan untuk membantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran yang 30

(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR )

tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M. Aktiviti ini memerlukan perancangan yang betul untuk membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran. Dalam merancangkan aktiviti pemulihan, beberapa perkara atau aspek harus diambil kira iaitu: i) Tumpuan kepada kelemahan murid yang telah dikesan contohnya melalui ujian diagnostik. Guru akan dapat mengenal pasti di mana kelemahan murid secara lebih tepat seperti kelemahan mengeja suku kata KVKKV. Maka guru seharusnya merancang untuk menambahbaikan masalah tersebut. ii) Pengajaran dan pembelajaran murid perlu diubahsuai dan dipelbagaikan mengikut keperluan kognisi murid. Bermaksud murid yang telah dikenalpasti memerlukan aktiviti pemulihan seharusnya diberikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih sesuai dengan tahap pemikiran mereka atau lebih mudah dikatakan aras yang lebih mudah supaya murid senang memahami apa yang murid tidak faham pada pelajaran lalu. iii) Penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar termasuk bahan bercetak dan bahan elektronik untuk membantu murid memahami dan menguasai hasil pembelajaran. Ini penting untuk memastikan aktiviti pemulihan yang dijalankan akan lebih berjaya dengan adanya lebih bahan Bantu mengajar yang sesuai dan dipastikan berkesan. Selepas aktiviti pemulihan, pascaujian dijalankan secar pemerhatian, lisan atau bertulis. Pascaujian ini haruslah menekankan penguasaan konsep atau kemahiran yang perlu dikuasai. Contoh Aktiviti Dalam P&P

31

(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR )

Mata Pelajaran Topik Sub Topik

: : :

Kajian Tempatan Tahun 5 Geografi Fizikal Tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar

Pemulihan Aktiviti pemulihan boleh dilaksanakan semasa langkah 3 pengajaran dan pembelajaran.Guru telah mengenal pasti pelajar yang lemah dan kemahiran yang tidak dapat dikuasai pelajar. Contohnya kemahiran membanding beza habitat haiwan yang tinggal di hutan hujan tropika dengan hutan paya, guru boleh mencipta animasi pergerakan binatang serta bunyi-bunyian. Pembelajaran yang menyeronokan menarik minat serta mengukuhkan pemahaman pelajar. Gerak kerja dilakukan secara individu sehingga pelajar tersebut memahami perbezaan habitat haiwan yang tinggal di tempat yang berbeza. Pengintegrasian akan tercipta dengan gabungan visual,muzik dan pergerakan binatang tersebut. Ini member kesan yang baik dalam aktviti pemulihan pelajar. Integrasi mempunyai banyak kelebihan yang ketara seperti ia mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk unit-unit kerja. Integrasi juga akan memberi ruang untuk menampung kepelbagaian akitiviti seni dalam pendidikan dan seterusnya integrasi mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas. Integrasi juga seharusnya dinilai supaya ia masih berada dalam landasan yang betul. Penilaian bagi pendekatan integrasi terbahagi kepada dua iaitu Penilaian Formatif dan Penilaian Sumatif. semasa pengajaran Penilaian Formatif berlaku secara berterusan

dan pembelajaran sedang berjalan. Penilaian Sumatif pula dijalankan setelah satu tempoh pembelajaran tertentu, contohnya setelah satu semester, satu penggal, setengah tahun atau satu tahun penilaian akan 32

(PSV 3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR )

dilakukan. Penilaian ini akan mengukur pencapaian terhadap objektif yang lebih luas meliputi keseluruhan tajuk yang diajar dalam satu jangka waktu tertentu yang lebih panjang.

Latihan 4

Pendekatan Pembelajaran Kajian Masa Depan dapat mencungkil potensi murid ke arah penciptaan yang lebih bersifat futuristik. Bincangkan RPH pembelajaran Kajian Masa Depan dengan menerapkan nilai-nilai intergrasi yang merentasi kurikulum bagi merealisasikan kereta hyro tanpa petrol dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan menerusi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual?
Buat satu Rancangan Pelajaran Harian Pendidikan Seni Visual Tahun 6.

33

You might also like