PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

TAJUK 1
1.1 Sinopsis

PERANAN GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL

Tajuk ini meliputi peranan guru Pendidikan Seni Visual sebagai pengurus, pembimbing, pemudah cara, motivator dan inisiator. Pada peringkat ini, anda juga akan diperkenalkan dengan peranan guru dalam bidang kepanitiaan dan Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi melengkapkan diri anda sebagai guru mata pelajaran PSV, anda seharusnya boleh menjelaskan, menghayati, mengaplikasi, melaksanakan dan membuat refleksi tentang peranan guru PSV dengan merujuk kepada buku-buku, Surat Pekeliling KPM dan pengalaman tokoh-tokoh guru.

1.2 Hasil Pembelajaran 1.2.1 1.2.2 Menjelaskan aspek-aspek yang terkandung dalam peranan guru PSV. Menganalisis peranan guru PSV sebagai pengurus, pembimbing, pemudahcara, motivator dan inisiator. 1.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

1.4 Kandungan 1

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

PEMUDAHCARA MOTIVATOR PEMBIMBING PENGURUS INISIATOR PERANAN GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL

2

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Mengapakah guru Pendidikan Seni Visual perlu memainkan peranan mereka dengan berkesan ?

3

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

1.5 Situasi Sejak seminggu yang lalu, kelihatan Saci asyik tidur sahaja ketika Cikgu Lim mengajar Pendidikan Seni Visual di kelas Lima Perdana. Hari ini, Devi, salah seorang rakan sekelas menyiku Saci yang sedang tidur sambil berdengkur. Saci terjaga dalam keadaan terkejut, lalu memarahi Devi. Belum sempat Cikgu Lim mengambil sebarang tindakan, Saci spontan keluar dari bilik darjah. Rakan-rakan sekelas pula bersorak sambil menepuk tangan lalu ketawa.

Pernahkah anda mengalami situasi seperti di atas semasa mengajar di sekolah? Siapakah yang bersalah dalam situasi ini? Devikah yang bersalah? Sacikah yang bersalah? Atau Salah Cikgu Lim? Adakah Cikgu Lim seorang yang kurang berkesan kerana tidak berupaya menjadi pengurus yang baik? Apakah yang sepatutnya dilakukan oleh Cikgu Lim bagi memastikan situasi seperti itu tidak berlaku? Sila catatkan refleksi anda :Aktiviti 1

4

Selain itu. Menurut Mc Ewan (2001). dan intelektual. meneroka sesuatu. anda bertanggungjawab untuk mewujudkan satu persekitaran bilik darjah yang positif dan selesa melalui persekitaran fizikal (perabot. Ciri-ciri ini boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan besar: peribadi. mentelaah. dan cekap mengajar. Manakala Goh (2005) menggunakan akronim 3P bagi mewakili ciri-ciri guru yang berkesan. sama ada di dalam ataupun di luar bilik darjah. merancang strategi yang sesuai bagi mengurus pembelajaran dan tingkahlaku mereka. Termasuk cirri-ciri seperti dedikasi terhadap pengajaran. Oleh demikian.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Apakah tugas dan tanggungjawab anda sebagai pengurus? Tugas pengurusan terbahagi kepada dua tahap berikut: • Mengurus proses pengajaran dan pembelajaran bagi lebih kurang 45 orang murid termasuk menggariskan matlamat pembelajaran. mentaksir serta menilai hasil pembelajaran. kebolehan memotivasi murid.bersemangat untuk mengajar. budaya dan subbudaya. dan mempunyai kesihatan mental yang tinggi (Choong. Berunsurkan pengajaran. iklim psiko-sosial dan hubungan interpersonal (interaksi antara guru-murid. 5 . Proaktif dan Bersifat Pencegahan. Choong 2009. • Positif. Intelektual. tingkahlaku dan masa. Merangkumi ciri-ciri berikut: keupayaan mengurus bilik darjah. dan prihatin terhadap kebajikan murid. ibu bapa. guru tersebut akan berusaha dengan sedaya upaya untuk membantu mereka belajar. Dengan kata lain. guru yang bersikap positif biasanya menunjukkan minat terhadap murid-murid dalam semua aspek. 2009). rakan sejawat. iaitu: Positif. dan murid-murid). ruang dinding dan lantai). Meliputi cirri-ciri seperti gemar membaca. • • • Peribadi. • Mengurus persekitaran pembelajaran bagi memastikan berlakunya pembelajaran dalam kalangan murid. Sikap sedemikian menyeai keyakinan dalam diri murid bahawa mereka boleh berjaya. serasi dengan norma masyarakat. terdapat 10 ciri-ciri guru yang efektif. berunsurkan pengajaran. Guru yang mempunyai sikap yang positif percaya murid-murid akan belajar.

rasa rendah diri. dan sebagainya. menegakkan prinsip dan keadilan sosial. bersemangat. Seperti mana yang dijelaskan di atas perubahan kepada persekitaran pembelajaran baru-baru ini mengubah matlamat pengajaran menjadi pemindahan ilmu kepada situasi kehidupan seharian. Ciri-ciri guru yang efektif boleh dilihat dari segi kualiti peribadi. guru • . guru disyorkan agar menggunakan penyoalan berbentuk Socratik di mana murid-murid belajar membina ilmu tersendiri. bermotivasi. anda akan fikirkan cara yang paling sesuai untuk menyusun tempat duduk murid-murid. sifat keterbukaan terhadap maklum balas. mempunyai kesedaran.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR • • Proaktif. dan melayan murid-murid sebagai individu. Biasakah anda dengar bahawa guru masa kini bukan lagi seorang bijaksana atas pentas tetapi pembimbing di sisi murid? Ya. ketabahan hati untuk terus berusaha sehingga mencapai kejayaan. luwes. dan (iii) penghayatan dan amalan nilai. mungkin anda akan tentukan peraturan-peraturan bilik darjah bersama murid-murid serta sediakan garis panduan tertentu. Tiga aspek ciri-ciri guru efektif menurut Choong (2009) ialah (i) kualiti peribadi. iaitu sama ada mengikut kumpulan yang mempunyai tahap kebolehan yang sama. Bermaksud guru akan berusaha untuk mencegah agar tidak timbul tingkahlaku bermasalah dalam bilik darjah. berilmu. guru perlu memberi pertimbangan kepada isu seperti. Sumber bahan yang berlainan mengandungi perkataan yang berbeza berhubung dengan kualiti peribadi guru. komitmen untuk mengilhamkan murid ke arah pencapaian yang cemerlang. sederhana. bersikap positif. Mencegah lebih baik daripada merawat. Jika pada kali pertama anda masuk ke dalam bilik darjah sudah ada satu set peraturan. “Adakah murid-murid saya pembelajar yang pintar. adil. sejak kebelakangan ini guru diminta menyahut seruan orang awam agar “mengajar demi pembelajaran yang berkualiti”. ceria. ini menunjukkan anda seorang guru yang proaktif dan bersifat mencegah (Choong. Berani menghadapi cabaran. guru perlu menyemak semula gaya dan strategi pengajaran yang digunakan sehingga bertujuan memaksimumkan kebolehan murid-murid menimba ilmu baru. guru tidak boleh hanya masuk ke dalam bilik darjah lalu mula mengajar apa yang dirancang. Dengan 6 berpandukan pengalaman lalu. Kompetensi Pengajaran dan Pembelajaran. boleh disimpulkan bahawa guru yang bersifat proaktif akan menyediakan satu pelan tindakan secara mental sebelum masuk ke dalam bilik darjah. berempati. Pencegahan. Untuk itu. Antaranya termasuk: berkemahiran komunikasi. 2009). terurus. bersifat kecindan. • Kualiti Peribadi. tegas. fasih. peka. Perekabentuk kebolehan murid-murid. mengikut jantina yang sama. dan keazaman untuk mengatasi masalah pembelajaran dalam kalangan murid. Selaras dengan peranan guru hari ini iaitu Fasilitator berbanding penyampai maklumat. mudah didampingi. Sebaliknya. jelas. (ii) kompetensi pengajaran dan pembelajaran. ataupun campuran ketiga-tiga jenis tersebut?” “Adakah wujud perbezaan dari segi jantina?” Berpandukan maklumat yang diperoleh. lemah. Merujuk contoh tadi. Untuk tujuan itu. bersistematik. kepercayaan bahawa anda boleh membawa perubahan kepada kehidupan murid. berupaya menyesuaikan diri. Untuk tujuan itu. Bagi membolehkan sesi pengajaran berjalan dengan lancar.

melaksana. • Penghayatan Dan Amalan Nilai. Tonggak Dua Belas. fasilitator dan kaunselor. pemindahan pembelajaran. pemikiran reflektif. persepsi. rakan dan jurulatih. (ii) Bincangkan peranan guru Pendidikan Seni Visual dalam meningkatkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Keterampilan. Dengan kata lain. kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.5 Latihan A (i) Berikan pendapat anda tentang ciri-ciri seorang guru Pendidikan Seni Visual yang cemerlang. kewibawaan dan komitmen guru merancang. ia dikaitkan dengan peranan guru sebagai muaddib iaitu pendidik putera dan puteri 7 . mengurus. dan sebagainya. Di samping itu. Antaranya termasuk termasuk Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam dan pengiringnya.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR berupaya merancang peluang dan pengalaman pendidikan yang wajar bagi memupuk aras pemikiran yang tinggi. penerapan nilai-nilai yang murni bukan sahaja diberi penekanan dalam urusan peribadi guru malahan juga dalam tugas-tugas professional mereka. penghayatan nilai-nilai murni dapat membimbing mereka membentuk akhlak yang mulia untuk meningkatkan keupayaan dan kualiti pengurusan murid. motivasi dan personaliti seseorang (INTAN. (iii) Mentor dan pementoran dikaitkan dengan hubungan orang dewasa ataupun senior dalam sesuatu bidang dan boleh dipercayai bagi membimbing seperti guru. juga boleh menentukan pelaksanaan dasar dan program sekolah berjalan dengan sempurna. Memang tidak dapat dinafikan bahawa nilai merupakan asas kepada pembentukan sikap. Dalam konteks guru-guru di negara ini. Bagi memudahkan penghayatan. Atas hakikat ini. amalan dan penerapan nilainilai tersebut maka kini terdapat panduan yang telah disediakan sebagai rujukan penting.1993). menilai dan membuat penambaikan dalam keberkesanan pengajaran dan 2. nilai-nilai murni merupakan tenaga asas yang menggerakkan guru melaksanakan tugasan dengan cemerlang. Dalam konteks pendidikan Islam. Rumusan: Peranan guru Pendidikan Seni Visual amat penting dalam menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah.

apakah hujah anda terhadap sifat guru yang menjalankan peranan sebagai seorang pembimbing? • Kemukakan pandangan anda dalam ruangan forum OLL. Berdasarkan petikan di atas. (iv) Analisis peranan guru Pendidikan Seni Visual dan berikan contoh berdasarkan pengalaman anda di sekolah: Peranan Guru Pengurus Contoh berdasarkan pengalaman anda di sekolah Pembimbing Pemudahcara Motivator Inisiator 8 .PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR pemerintah dalam membentuk adab (Syed Naquib. 1978) yang bererti budi pekerti dan akhlak yang baik.

sikap dan tabiat belajar pelajar-pelajar.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR (v) Baca petikan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Seterusnya. Dengan demikian. saling membantu dan berkongsi fikiran. Dengan wujudnya badan iktisas seumpama ini. bahkan juga masalah yang berhubung dengan motivasi.” Anda dikehendaki mendapatkan salinan penuh Surat Pekeliling Iktisas tersebut. Menyedari hakikat ini. 4/1986 di bawah dan sempurnakan tugasan yang diberikan. mari kita selesaikan masalah ini. ”Kejayaan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan rapat dengan kebolehan dan kekesanan guru mengajar. guru-guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran berpeluang untuk bekerjasama dan menyelaraskan usaha mereka dengan lebih terkelola dan bersepadu. 9 . Dapatkan maklumat berkaitan sejarah dan perkembangan Panitia Pendidikan Seni Visual di sekolah anda dari mula hingga tahun semasa. maka adalah wajar bagi guru-guru yang terlibat atau mengajar sesuatu mata pelajaran yang sama mengemblengkan tenaga mereka dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan/atau tugas-tugas mengajar sebagai pendidik. Carta Organisasi Panitia Pendidikan Seni Visual pada tahun semasa perlu disertakan. guru-guru yang menganggotainya juga berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah bukan sahaja dalam bidang pengajaran. Guru tidak ragu-ragu lagi mempunyai peranan yang penting dalam menentukan sama ada matlamat pencapaian akademik para pelajar di sekolah tercapai atau tidak. Mereka juga harus mempunyai semangat bekerjasama. pengalaman serta kepakaran untuk memperbaiki lagi kecekapan dan kekesanan mereka. Anda boleh berbincang dengan rakan anda dan menggunakan pengalaman anda di sekolah dalam menyelesaikan permasalahan berikut.

hujahan. jadi masalahnya sekarang ialah adakah anda pada masa ini ada mempunyai kawalan yang cukup untuk atasi masalah isi pengajaran yang dijalankan dalam bilik darjah. Akhir sekali adakah faktor-faktor berikut merupakan penghalang kepada anda untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses menjayakan kurikulum Pendidikan Seni Visual. kritikan dan idea anda kepada pensyarah dalam tempoh dua minggu selepas anda menerima modul ini.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Sebagai seorang guru Pendidikan Seni Visual anda terlibat secara langsung dalam proses menjayakan kurikulum Pendidikan Seni Visual. a) masa yang terhad ( mengikut jadual waktu kelas ) b) Bilangan murid yang besar dalam sebuah kelas c) Alat dan bahan yang terhad d) Tanggungjawab yang berbagai di sekolah • E-melkan dapatan. Sejauhmanakah pengetahuan amali dan kemahiran amali guru Pendidikan Seni Visual digunakan sebagai input kepada proses menjayakan kurikulum Pendidikan Seni Visual. 10 . Adakah anda mempunyai kawalan yang cukup ke atas teknik pengajaran yang dijalankan di dalam kelas ? Bagaimanakah kuasa yang sepatutnya perlu ada pada seseorang guru Pendidikan Seni Visual dalam menentukan isi pelajaran dan bentuk pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah serta bagaimana pula Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual memainkan peranannya dalam penyelesaian masalah ini? Seterusnya. pandangan.

11 . 2.2Menghasilkan bahan bantú yang sesuai dengan objektif dan isi kandungan pelajaran mengikut tahap secara kolaboratif dan koperatif.3Membuat pertimbangan tentang prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan bantú serta rekod stok. pembinaan dan penggunaan bahan bantu untuk menghasilkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.2. Anda hendaklah membuat pertimbangan yang asas dalam pemilihan.2 Hasil Pembelajaran 2. prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan.2. membina dan mengaplikasi bahan sumber bantu pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif dan koperatif.2. 2.1 Sinopsis Tajuk ini meliputi rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran. 2.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR TAJUK 2 PENGURUSAN SUMBER DAN BAHAN BANTU MENGAJAR 2.2. Tajuk ini juga adalah untuk membantu anda mengenalpasti.4Mengurus panduan keselamatan penggunaan dan penyimpanan alat dan bahan bantú secara beretika dan bertanggungjawab.1Mengurus dan mengguna bahan sumber seni visual dalam pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. panduan keselamatan serta etika dan tanggungjawab. 2. penyimpanan dan rekod stok.

4 KANDUNGAN 12 .3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini 2.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 2.

http://images.ask. cuba anda senaraikan alat dan bahan bantu yang ada didalamnya. b) Bahan bantu belajar – semua bahan yang digunakan oleh murid secara kumpulan ataupun individu untuk tujuan pembelajaran. a) Bahan bantu mengajar – semua bahan yang digunakan oleh guru dalam menyampaikan maklumat/ilmu kepada murid. Kemudian cuba anda fikirkan hal yang menarik minat anda tentang alat dan bahan bantu tersebut dan apakah perkara yang boleh anda tambah baikkan. 13 .com/fr?q=art+studio&desturi Alat : Bahan Bantu: Cuba anda senaraikan beberapa alat dan bahan bantu yang anda tahu.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran Berdasarkan gambar di bawah.

melibatkan murid secara aktif – Menggerakkan murid untuk berfikir.ask.com/pictures Berikut adalah antara tujuan bahan bantu. membina suasana belajar. menyediakan environment belajar. meluaskan pengalaman – Menarik minat dan perhatian. merangsangkan pelbagai deria – Menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pemgetahuan baru – Menjana idea. menghilangkan kebosanan.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR A B C http://images. menjimatkan masa – Menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal – Mendorong keinginan untuk menjalankan aktiviti lanjutan Apakah fungsi pelbagai bahan bantu secara bersesuaian di langkah pelajaran yang berlainan seperti di bawah: Cuba anda bincangkan dan huraikan hal ini bersama rakan-rakan anda. Set induksi: Input utama: Pengayaan: Pemulihan: 14 . Mari kita amati dan membuat penaakulan kepada butiran di bawah. – Menjelaskan konsep.memudahkan pemahaman.

dilekatkan. MARI KITA LIHAT HURAIAN BERIKUT. Mengambil pertimbangan yang diperlukan sekiranya bahan sumber perlu digantung. Persembahan menarik dan kemas. Setelah anda memahami dan menghayati prosedur penyediaan bahan bantu dan penggunaan bahan bantu. 15 . Ciri-ciri bahan bantu yang berkualiti ialah mukataip. disandarkan atau diedarkan. Kekukuhan dan boleh diguna selalu.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR BAGI MENJELASKAN PENGURUSAN SUMBER DAN BAHAN BANTU MENGAJAR. Cuba lakukan latihan ini. – Menghasilkan bahan bantu. – Kemasan i) – Penggunaan bahan bantu. – Memastikan kesesuaian dengan tajuk dan hasil pembelajaran – Jumlah yang diperlukan mengikut keutamaan – Membuat lakaran visual bahan sumber yang hendak dihasilkan – Menentukan bahan dan teknik – Menentukan maklumat dan ilustrasi/gambar yang hendak dipaparkan. ilustrasi/gambar dan maklumat yang jelas.Dapat menjelaskan konsep dengan tepat. relevan serta mudah difahami. i) Prosedur penyediaan bahan bantu. Mudah dikendalikan dan mesra pengguna. – Mengambil langkah-langkah keselamatan – Mengambil kira bilangan yang mencukupi – Perlu menjimatkan masa dan tenaga untuk mengedarkan dan mengutip.

Jenis pertama adalah alat dan bahan yang digunakan untuk penghasilan. 1 2 3 4 5 6 Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual. berbagai jenis alat dan bahan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Cuba anda fikirkan dan catatkan aspek-aspek yang perlu dititikberatkan semasa membuat pemilihan bahan bantu.. Bahan: warna air atau warna poster. kertas kartrij……. Keduadua jenis itu pula boleh dibahagi kepada beberapa subkategori seperti berikut: A) Alat dan bahan untuk penghasilan Contoh: alat dan bahan untuk menghasilkan gambar catan: Alat: berus atau alat ganti untuk mengecat……. Jenis kedua adalah alat dan bahan bantu untuk tujuan diatas untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. 16 .

Bincang bersama rakan anda.daun.kad perkataan dan kad ayat.almari raket.kek harijadi. Contohnya : Bola. papan flannel.rambutan.botol.sikat.gula-gula.….kotak ubat gigi. jam.rumpu. Anda boleh rujuk daripada buku atau layari website. (iv) Alat dan bahan media teknologi dan lain-lain jenis yang seumpama dengannya 17 .kad separuh bulatan.batu. Sila anda senaraikan alat dan bahan selengkapnya untuk menghasilkan kraf tradisional Batik.baju.cermin.kacang.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Peralatan lain: palet.kasut..beg.senarai.tiang.petikan rencana………….papan tulis. bekas air.papan gulung. kertas surat khabar sebagai alas meja…….bakul sampah.penyusunan grafik. kain lap.kerusi.penyapu.carta.bata.kotak tisu. Contohnya: Jadual.meja.cawan. gambar rajah. B) Alat dan bahan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran: (ii) Alat dan bahan bantu yang ada dalam kehidupan seharian murid dan pengalaman sedia ada murid.kad sisipan.tiket.bunga. (iii) Alat dan bahan bantu yang direka khas untuk menjelaskan konsep dan secara langsungnya tidak ada dalam kehidupan seharian murid.kad huruf dan angka.roda.

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Sila senaraikan di sini : Koleksi Khas Cuba anda perhatikan gambar di bawah dan perkaitannya dengan koleksi-koleksi yang boleh dipilih sebagai koleksi khas. 18 .

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR A http://images.ask. berdasarkan gambar di atas.ask.com/pictures B C http://images. cuba anda membuat kapsyen sebagai langkah mengkatelogkan bahan bantu sebelum disimpan. Nama Pengkarya : Tajuk Media Teknik Tahun : : : : 19 .com/pictures D Bolehkah anda kategorikan koleksi-koleksi tersebut kepada dua jenis ? 2 Dimensi 3 Dimensi Seterusnya.

2. 7. Koleksi lutsinar OHP / Power Point boleh diusahakan oleh ahli panitia PSV bag memudahkan penyampaian pelajaran mereka. 6. Bahan tersebut boleh disimpan di dalam folio. 4. Hasil kerja murid yang baik boleh dijadikan koleksi contoh untuk Asas Seni Reka. Pemain kaset / CD / DVD perlu disediakan. 20 . Keratan-keratan dari akhbar dan majalah boleh dijadikan bahan buku skrap dan carta untuk digunakan dalam perbincangan dan kajian. Hasil kutipan benda maujud yang terdapat di persekitaran seperti kulit kerang dan kayu hanyut boleh dijadikan kajian dan analisis Asas Seni Reka. 5. 3. Berikut adalah gambar-gambar contoh bahan bantu boleh disimpan. Koleksi gambar slaid yang meliputi pelbagai aspek Pendidikan Seni Visual termasuk salinan karya pelukis-pelukis terkenal temapatan dan antarabangsa boleh digunakan bagi tujuan meransang dan menimbulkan perasaan ingintahu murid. Organisasi rekaan dan pemahaman dan penghargaan. Buku-buku rujukan dan risalah berkenaan PSV boleh diperolehi dari pembekal untuk dijadikan rujukan dan panduan murid dalam pengajaran dan pembelajaran dan disimpan samada di Bilik Seni Visual atau Pusat Sumber Sekolah.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Koleksi bahan bantu boleh dikumpul melalui beberapa pendekatan antaranya ialah seperti berikut:1. Koleksi muzik perlu disediakan bagi menghidupkan suasana semasa aktiviti P&P dijalankan.

Bincang bersama rakan-rakan anda kesesuaian bahan bantu itu disimpan di ruang yang dipilih dengan mengutamakan keberkesanan penyimpanannya dan keselamatannya.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Cuba anda senaraikan ruang-ruang khas untuk penyimpanan bahan bantu berdasarkan kenyataan di atas dan gambar di bawah.com/fr?q=art+studio&desturi 21 .ask. http://images.com/fr?q=art+studio&destur http://images.ask.

com/fr?q=art+studio&desturi http://images.ask.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR http://images. Penerangan yang betul dan mengikut tertib kepada murid tentang bagaimana menggunakan alat dan bahan bantu dengan cara yang betul dan seterusnya cara menyimpan alat dan bahan supaya tidak rosak. Butir-butir yang terdapat dalam ruang-ruang buku stok hendaklah diisi dengan lengkap dan kemaskini. pellet dan bekas air perlu dibasuh dan dikeringkan sebelum disimpan supaya tidak rosak. Sebagai contoh.ask. Berikut adalah antara prosedur yang perlu diambilkira dalam proses penyimpanan dan rekod stok.:– Menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan 22 . Penyimpanan dan rekod stok Semua alat dan bahan yang dibeli hendaklah dicatatkan di dalam Buku Stok rasmi sepertimana yang dikehendaki oleh pihak Audit. Cuba anda renungkan bagaimanakah langkah yang betul untuk mengurus mengguna dan menyimpan semula alat dan bahan dalam aktiviti membuat tembikar dengan tanah liat.com/fr?q=art+studio&desturi Prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan Pengendalian alat dan bahan merupakan aspek penting dalam pengurusan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan menjadi tanggungjawab guru Pendidikan Seni Visual untuk menguruskannya dengan sempurna. alat seperti berus.

23 2 13/09/2009 15/10/2010 . Peralatan kekal Contoh Borang untuk penyimpanan stok Borang stok untuk peralatan kekal Bil Item ( Peralatan Kekal ) Meja guru Bil. Dengan demikian. Semakan stok perlu dijalankan pada akhir setiap tahun. kertas lukisan (1 imperior) ingin ditambah dalam stok perlulah diisi ke dalam borang item kertas lukisan (1 imperior ) sahaja. menyemak dan mengesahkan – Membuat inventori dalam buku stok – Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan Dua buku stok boleh digunakan. Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan serta dokumen langkah keselamatan adalah penting.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR – Membuat perolehan alat dan bahan daripada pembekal / sekolah – Membuat penerimaan alat dan bahan. ianya memudahkan semakan stok pada akhir tahun yang berkenaan. Setiap satu item alat dan bahan samada peralatan kekal atau tidak kekal hendaklah dicatatkan dalam satu-satu borang sahaja. Umpamanya . Sebarang kerosakan. Unit Tarikh masuk Tarikh lupus 1. Beri komen anda dengan hujah yang relevan. kehilangan atau kecurian alat dan bahan yang bernilai hendaklah dilaporkan kepada pihak sekolah. Jika terdapat penambahan stok pada item berkenaan boleh diisi ke dalam borang berkenaan sahaja. Setiap jenis alat dan bahan yang diperolehi patut dicatatkan dalam halaman secara berasingan. Sebuah buku untuk mencatatkan butir-butir alat dan bahan kekal manakala sebuah buku lagi digunakan untuk alat dan bahan habis guna.

Sila lihat senarai nama alat dan bahan bantu di bawah dan cuba anda fikirkan 24 . Panduan Keselamatan Kita kadang kala bertemu dengan kes murid-murid mendapat keracunan atau kemalangan di dalam bilik seni visual atau kelas sewaktu pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung dan hal sebegini akan menjejaskan reputasi kita sebagai guru secara tidak langsung. Meja guru 2 13/09/2010 Jumlah Item Catatan Peralatan tidak kekal Contoh Borang untuk penyimpanan stok Borang stok untuk peralatan tidak kekal Bil Item ( Peralatan tidak Kekal) Kertas lukisan ( 1 imperior ) Kertas lukisan ( 1 imperior ) Bil. 2.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 2. Jelaskan. 200 dozen 22/09/2009 100 dozen 10/10/2010 Jumlah Item Catatan Tahukah anda perbezaan antara peralatan kekal dengan peralatan tidak kekal. Unit Tarikh masuk Tarikh lupus 1.

Minyak turpentine Cat air kertas lukisan pisau NT kain linen batik fabric dye kertas warna Carta PSV berus lukisan pisau ukir cecair tinner tanah liat Pemantauan tajam oleh guru semasa murid menjalankan aktiviti mampu mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR berdasarkan pengalaman anda atau pengalaman rakan dimanakah sepatutnya alat dan bahan berikut patut disimpan agar ianya selamat. Bil 1 Kenyataan Guru perlu membaca label bahan Huraian sebab dan akibat 2 Kenalpasti murid yang bermasalah kesihatan 3 Guru perlu sediakan panduan keselamatan 4 Murid menjalankan aktiviti menghasilkan ukiran kayu 25 . langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru bagi mengelakkan sebarang kemalangan daripada berlaku. Anda dan rakan-rakan anda cuba berbincang dan membuat analisis.

semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran diutamakan. Membincang dan menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan untuk dibeli oleh sekolah. Filem dan gambar slaid seni boleh membantu murid dalam dalam pengkajian pemahaman dan penghargaan perlu didedahkan pepada murid. alat dan bahan bantu untuk tujuan di atas untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. mengetahui dan memahami rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran. Adalah menjadi tanggungjawab guru matapelajaran Pendidikan Seni Visual untuk memastikan keselamatan dalam studio sebelum. Kedua-dua jenis itu pula 26 . Cuba anda membuat analisis. Terdapat berbagai jenis alat dan bahan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran umpamanya seperti alat dan bahan yang digunakan untuk penghasilan. prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan serta penyimpanan dan rekod stok. Dari masa ke semasa murid patut didedahkan kepada bahan rujukan mengenai bagaimana pelukis dan pakar seni dari pelbagai kebudayaan dan zaman menghasilkan karya-karya mereka.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 5 Memberi taklimat atau penerangan cara-cara menghasilkan batik lukis dan keselamatan fizikal Etika dan tanggungjawab Tugas Ahli Panitia Pendidikan Seni Visual adalah :Menentukan bekalan alat dan bahan bantu seni visual mencukupi dan seimbang untuk kedua-dua aktiviti 2D dan 3D berpandukan kepada aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam Rancangan Tahunan. Rumusan: Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual. etika dan tanggungjawab yang perlu diamalkan oleh guru Pendidikan Seni Visual selain huraian yang terdapat di atas dalam mempertabatkan profesion perguruan.

prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan dengan penyimpanan dan rekod stok.1 Huraikan tiga perkara yang membezakan antara rekabentuk dan proses menyediakan bahan. Aktiviti 2. Alat dan bahan bantu rekabentuk dan proses menyediakan bahan prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan penyimpanan dan rekod stok Carta organisasi panitia Pendidikan Seni Visual Salinan karya agung di dalam dan luar Negara Contoh-contoh kraf tradisional Kertas lukisan dan warna air Alat-alat membuat ukiran Mesin pembakar seramik 27 .PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR boleh dibahagi kepada beberapa subkategori seperti Pengendalian alat dan bahan merupakan aspek penting dalam pengurusan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan menjadi tanggungjawab Ketua Panitia dan ahli panitia Pendidikan Seni Visual untuk menguruskannya dengan sempurna.

Tajuk yang dipilih ialah corak terancang dengan menggunakan teknik kolaj dan capan.2 Hasilkan beberapa bahan bantu (sekurang-kurangnya 4 item) bertujuan sebagai membantu pengajaran dan pembelajaran.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Rak-rak kayu Aktiviti 2. Bidang yang hendak diajar adalah membuat corak dan rekaan. 28 .

3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini 29 . anda seharusnya boleh memahami dengan jelas aspek pengurusan bilik Pendidikan Seni Visual dan pengendalian berkaitan dengan hasil kerja murid.2 Hasil Pembelajaran 3. inventori dan penyimpanan. Bagi melengkapkan diri anda sebagai guru mata pelajaran PSV. panduan keselamatan. etika dan tanggungjawab.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR TAJUK 3 PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID 3. 3. panduan keselamatan.1 Menganalisis susun atur bilik PSV serta menyenarai dan menjelaskan pelan bilik PSV yang kondusif mengambilkira aspek susun atur.1 Sinopsis Tajuk ini meliputi Susun atur bilik Pendidikan Seni Visual.2. inventori dan penyimpanan.etika dan tanggungjawab. 3.

4 Kandungan PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID Susun Atur Bilik PSV 30 .PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 3.

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 31 .

Bilik seni visual merupakan tempat di mana sekumpulan manusia berkumpul dan di ajar.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Gambar 1: Susun atur perabot yang baik akan menjadikan suasana menarik Pengurusan bilik seni visual ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu pengajaran. Bilik seni visual merupakan lebih dari hanya sebuah ruang pembelajaran. mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik seni visual.penyelia prestasi murid serta pengenalpasti masalah potensi murid.mewujudkan suasana bilik yang kondusif.guru dan penggalak interaksi antara guru dan murid. Guru perlulah mengurus rutin harian bilik seni visual. Lemlech (1979) mendefinisikan pengurusan bilik sebagai koordinasi dalam bilik yang mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum. tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan. menghadapi tingkahlaku pembelajaran yang efektif. mengurus pergerakan pelajar didalam kelas.penyusun persekitaran kelas yang efisyen. 32 . mengurus bahan-bahan pengajaran untuk Pengajaran dan Pembelajaran yang lebih berkesan serta mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat bejalan dengan lancar.Secara ringkasnya konsep pengurusan bilik bermakna tindakan dan murid serta menarik perhatian murid strategi guru untuk mengekalkan bagi memastikan pengajaran dan peraturan bilik. pengorganisasi prosedur dan sumber.ia merupakan persekitaran murid.

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Alat Pemadam Pet Ka Da Su Si Sudut Meja Pintu Meja Ti LCD Papan Stor Sudut Papan 1 Info 2 3 4 6 5 Pameran Putih Zon / Bengkel Mencanting Batik Kebakaran dut bin nki pu i Guru Buku Pusat/ Hasil n Kraf skrin Tangan Rujukan Ke Pa Dekstop et r Akses g me Ga Be ce ka ran ma rpi s Sudut ntu san Ha p ICT Pe sil Ke ral ata rja M n uri PS V d 33 .

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Gambar 2 : Rajah di bawah adalah contoh pelan bilik seni visual 34 .

Ambil gambar-gambar berikut: 1.6 Carta-carta berkaitan dengan bilik seni Gambar 3 : Contoh hasil kerja murid yang boleh dipamerkan 35 .2 Sudut-sudut pameran berkaitan 1. Guru Pendidikan Seni hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Cuba anda kumpulkan maklumat tentang bilik atau studio seni dan buat presentasi dalam bentuk folio. Selain hasil kerja pelajar. Suasana dalam bilik seni visual ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. guru hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Berdasarkan pelan di atas. Pengurusan bilik seni visual merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni.1 Bilik atau studio seni dari pelbagai sudut 1.5 Ruang-ruang lain yang berkaitan 1. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berusaha bersama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai dalam bilik seni visual. cuba anda renungkan apakah perlu anda lakukan untuk menambahbaikkan lagi pengurusan bilik seni visual.3 Zon-zon kerja tertentu 1. Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya.4 Stor dan bilik-bilik khas yang berkaitan 1.

Persekitaran yang merangsang deria memberikan tenaga kepada minda untuk belajar (Koster. biasanya guru pendidikan seni juga dipertanggungjawabkan untuk menjaga bilik dan studio seni. Justeru. bahan pameran khas. Guru perlu buka tingkap dan pastikan seberapa banyak cahaya dari luar masuk ke dalam bilik seni. Pencahayaan juga memainkan peranan penting kerana pemilihan warna juga dipercayai turut mempengaruhi murid menyiapkan dan menghasilkan karya. 2001). Kebanyakan kelas dan studio seni telah disediakan dengan lampu fluoresant atau lampu kalimantang. guru seni digalakkan untuk memastikan murid menggunakan sinaran pencahayaan semula jadi dari luar. Karen Haigh (1997) menyarankan agar pemilihan warna bagi bilik seni hendaklah sehingga tidak menafikan dan menenggelamkan hasil karya pelajar yang akan dipamerkan. Oleh itu.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Pengetahuan asas bagaimana untuk menyusun dan merekaletak alatan dan bahan pameran perlu dimiliki oleh guru seni visual kerana selain daripada tanggungjawab mengajar. Antara perkaraperkara yang perlu diberi perhatian bagi guru dalam mengurus bilik seni dan studio seni di sekolah ialah warna dinding. papan bulletin. 36 . zon kerja dan stor penyimpanan. Marjorie Schiller (1995) menerangkan bahawa bilik dan studio seni melambangkan cara kita menilai seni dan bagaimana seni memberikan makna kepada kehidupan kita. kaedah penyusunan dan kebersihan bilik darjah dan studio perlu menitikberatkan unsur estetika untuk memberi pengalaman estetik yang bermakna. pencahayaan. Buletin sangat diperlukan untuk mempamerkan hasil karya pelajar selain sebagai tempat untuk menyampaikan maklumat. Papan notis hendaklah diwarnakan sama dengan warna dinding agar terdapat kesatuan dengan bilik selain mampu menarik minat terhadap apa yang pamerkan.

Gambar 5 : Ruang pameran hasil kerja murid 37 . Objek-objek hendaklah dipamerkan di lokasi yang mudah untuk dikunjungi oleh murid. Meja kerja perlu disediakan dan daripada jenis yang boleh dicantum sekiranya perlu bagi mendapatkan ruang yang lebih luas. Rak simpanan boleh digunakan untuk menyimpan bahan dan hasil karya pelajar seperti folio dan buku latihan.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Gambar 4 : adalah juga contoh hasil kerja murid yang boleh dipamerkan Selain mempamerkan hasil karya pelajar. Stor simpanan alatan perlu diwujudkan. Ruang yang mempamerkan objek ini akan merangsang deria murid di samping memberikan peluang kepada mereka untuk melihat dan menyentuh objek tersebut. Zon kerja merupakan lokasi murid menghasilkan karya dan menyiapkan kerja mereka. Kedudukan rak-rak simpanan ini perlu separas dengan ketinggian murid supaya alatan yang disimpan mudah untuk diambil. Di samping itu. guru-guru seni visual boleh memperuntukkan satu ruang pameran yang mempamerkan objek semula jadi yang boleh membangkitkan rasa ingin tahu. keperluan bahan seni seperti berus dan warna diletakkan berdekatan di antara satu sama lain selain singki yang digunakan bagi membersihkan alatan setelah selesai kelas. Guru juga perlu memastikan jarak di antara pelajar adalah sesuai bagi mengelakkan kesesakan semasa membuat kerja.

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID 38 .

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Bagaimanakah cara terbaik bagi seseorang guru PSV menguruskan bilik PSV dan hasil kerja murid? 39 .

Manakala kerjaya dalam bidang Seni Visual memperolehi tiga undi sahaja. Peta minda berserta contoh didapati paling popular menang dengan 30 undi.” Idea ketiga dikemukakan oleh Yatie.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 3.” Setelah murid-murid diberikan penjelasan lanjut oleh ketiga-tiga murid tadi. Hari ini. diikuti dengan carta proses dan contoh terbaik sebanyak 12 undi. saya fikir adalah menarik jika kita sediakan pelbagai jenis pekerjaan yang berkaitan dengan bidang Seni Visual. Cikgu Anand telah membentuk jawatankuasa papan pamer bagi kelas Pendidikan Seni Visual yang beliau ajar.5 Situasi Pada awal tahun. “Saya bercadang kita sediakan peta minda untuk keempat-empat kegiatan berserta contoh. 40 . Cikgu Anand mengingatkan murid-murid bahawa mereka dibenarkan mengundi sekali sahaja. Pernahkah anda fikirkan manfaat yang diperolehi dengan membaca bahanbahan yang dipamerkan? Apakah pandangan anda mengenai papan pamer? Apakah perkara yang anda fikirkan penting dalam mewujudkan papan pamer bagi mata pelajaran PSV? Bagaimanakah papan pamer menyumbangkan kepada persekitaran bilik darjah yang kondusif? Catatkan pandangan anda terhadap kepentingan papan pamer. satu undian pun berlangsung. “Saya syorkan kita sediakan carta proses bagi keempat-empat kegiatan dan contoh hasil kerja yang terbaik. jawatankuasa papan pamer mengadakan perjumpaan selepas tamat persekolahan pada hari tersebut untuk mengagihkan tugas berkaitan. Ekoran itu. Fong tampil ke depan kelas lalu berkata.” Jali bentangkan idea kedua. Jawatankuasa tersebut diberikan tanggungjawab menyediakan bahan-bahan untuk dipaparkan sepanjang tahun berdasarkan empat kegiatan bidang KBSR PSV. jawatankuasa papan pamer Tahun 6 Merdeka bersedia untuk membentangkan idea mereka dalam kelas.

di samping pelbagai bahan seperti bahan-bahan seni visual. Bilikdarjah merupakan satu tempat di mana murid-murid berpeluang untuk meneroka. keseronokan dan pertumbuhan serta perkembangan. cat dinding dengan warna yang dingin atau sejuk.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Menurut Steele (1973). penyempurnaan tugas. Merujuk kepada keadaan bangunan sekolah yang baik dan mampu melindungi guru dan murid-murid daripada cuaca buruk. dan latar belakang mereka. (ii) adakan kontek mata dengan murid-murid yang duduk di bahagian belakang dan di sisi. Merujuk kepada sejauh mana bilik darjah itu menarik bagi guru dan murid-murid. Pamerkan hasil kerja murid-murid di papan pamer. kebanyakan bilik darjah tidak bercorak personal. Namun. Seseorang guru Pendidikan Seni Visual hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. aktiviti mengikut stesen atau litar. Merujuk kepada pelbagai tugas dan aktiviti yang akan dikendalikan dalam bilik darjah seperti aktiviti secara individu atau kumpulan. puzzle. Kontek Sosial. Pertumbuhan dan perkembangan. Ia bukan sahaja menjadikan bilik darjah lebih menarik. pencapaian. Merujuk kepada susun atur meja yang menentukan sejauh mana murid-murid dapat dapat berinteraksi antara satu sama lain. Penyempurnaan tugas. kegemaran. identifikasi simbolik. • • • • • Rumusan: Pengurusan Bilik Pendidikan Seni Visual merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. dan (iv) tukar tempat duduk murid-murid agar setiap murid berpeluang untuk duduk di depan. • Keselamatan dan perlindungan. bahan manipulatif. 41 . Identifikasi simbolik. kamus dan buku istilah. Bagi memaksimunkan kontek sosial dengan murid-murid anda. persekitaran fizikal mempunyai enam fungsi iaitu keselamatan dan perlindungan. Oleh itu. interaktif dan sebagainya. Misalnya. Merangkumi maklumat mengenai guru dan muridmurid termasuk minat. kontek sosial. dan kebisingan yang keterlaluan. melayari internet atau alat multi-media yang lain. sediakan kawasan yang terbuka dan sudut yang kecil tetapi mesra. mengkaji. Guru Pendidikan Seni Visual hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama guru-guru PSV yang lain untuk mewujudkan suasana kondusif dalam bilik Pendidikan Seni Visual bagi menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran. sediakan buku-buku bacaan yang biasa. buku kerja. memerhati. ataupun aktiviti amali atau latihan bertulis. tetapi juga mengiktirafkan pencapaian murid-murid yang berkenaan. menguji dan menemui sesuatu yang baru. Guru mengajar mata pelajaran PSV (amali) juga hendaklah pastikan murid-murid dimaklumkan tentang langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan alat-alat tajam dan dapur (memasak lilin) di bilik PSV. Amat penting untuk anda ingat bahawa tiada satu susun atur yang paling berkesan sekali. Keseronokan. anda perlu mematuhi beberapa syor berikut: (i) elakkan daripada berdiri di satu tempat sepanjang sesi pengajaran.

anda dalam 42 . (ii) Bincangkan kepentingan panduan keselamatan dalam menguruskan bilik Pendidikan Seni Visual.6 Latihan B (i) Berikan pendapat anda tentang suasana kondusif bilik Pendidikan Seni Visual yang menyumbang ke arah pembelajaran yang bermakna. • Kemukakan pandangan ruangan forum OLL.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 3.

Sertakan gambar-gambar yang berkaitan.55 * Pur = purata (v) Buat penjelasan tentang suasana bilik Pendidikan Seni yang kondusif dengan menyediakan sebuah pelan lantai cadangan.66 0. Sekolah: Pernyataan standard.9 Pur 0.55 1.5 0 2. (iv) Berdasarkan analisa yang anda perolehi.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR (iii) Rujuk jadual di bawah. No.1 2 11. Jemaah Nazir Sekolah. 43 . Anda juga boleh kaitkan cadangan tersebut berpandukan senario di sekolah anda atau sekolah lain yang mempunyai bilik PSV. buat rumusan tentang kualiti pengurusan bilik seni dengan berpandukan buku Standard kualiti pendidikan Malaysia. Analisa dapatan pemantauan Jemaah Nazir (2006) terhadap pengurusan bilik seni di beberapa buah sekolah rendah terpilih. • E-melkan dapatan anda kepada pensyarah dalam tempoh tiga minggu selepas anda menerima modul ini. KL:Kementerian Pelajaran Malaysia.3 2 11.35 0.74 1.5 1 25.92 1.1 4 24. (2004). Item Item 109 110 111 112 113 114 Bilik Seni Kondusif Stor PSV diuruskan dengan baik Mempunyai prosedur senggara BBM Buku stok/inventori diuruskan dengan kemas kini Sudut Seni diwujudkan dan dimanfaatkan secara kreatif Penggunaan bengkel secara optimum 0 8 9 21 11 6 8 1 2 1 1 4 6 5 1 1 7 16 0 1 1 Skor 3 4 % 2 4 3 5 4 1 1 5.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful