P. 1
Dasar Langit Terbuka

Dasar Langit Terbuka

|Views: 16|Likes:

More info:

Published by: Niraindera Shanmugam on Aug 13, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/22/2013

pdf

text

original

Dasar langit terbuka dan dunia tanpa sempadan memberi kesan yang negatif kepada remaja.

Remaja kini semakin hilang ketahanan jiwa. Mereka mudah terpengaruh dan terjebak dengan segala macam kerosakan, maksiat dan budaya kuning. Mereka mudah hanyut mengikut arus. Mereka tidak ada pegangan dan pendirian. Mereka tidak mampu menangkis pengaruh yang jahat dan merosakkan. Mereka sukar membezakan yang batil dengan yang hak. Sebenarnya, banyak lagi punca yang menyebabkan remaja bertindak liar sekali gus mengamalkan gaya hidup yang negatif. Tanpa menyalahkan sesiapa, kita perlu memikirkan secara mendalam untuk mencari formula terbaik bagi mengatasi masalah ini. Hal ini dinyatakan dalam bidalan yang berbunyi, buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakat. Oleh itu, semua anggota masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing untuk menangani kemelut sosial yang kian berleluasa dalam kalangan remaja kita kerana masyarakat merupakan lokomotif

utama untuk menggerakkan kekuatan dalam menghadapi kepincangan yang ditimbulkan oleh golongan remaja.

segala

Isi 1 - mereka perlu memasang mata dan telinga terhadap gelagat anak-anak muda kita perlu lebih proaktif dan prihatin akan hal-hal yang berlaku di sekeliling mereka - sebagai contoh, anak muda kita pada awalnya akan menghisap rokok, kemudian akan terlibat dalam gejala menagih dadah - jika terlihat remaja berkumpul dengan rakan sebaya dalam keadaan mencurigakan, segera laporkan kepada pihak polis ataupun paling tidak kepada ibu bapa mereka.- menjadi masyarakat prihatin, proaktif dan penyayang Isi 2 - aktiviti yang dapat merapatkan hubungan kemasyarakatan hendaklah diadakan contoh, diadakan hari keluarga ataupun gotong-royong - apabila aktiviti berfaedah seperti itu dapat dijalankan, hubungan silaturahim semakin padu menyebabkan anak-anak muda berasa bersalah untuk melakukan perkara negatif seperti mencuri di dalam taman perumahan mereka Isi 3 - orang dewasa dalam kelompok masyarakat perlu menjadi model untuk dicontohi oleh anak-anak muda - andainya orang dewasa mahu melakukan perbuatan yang tidak senonoh, janganlah di depan anak-anak muda, kelak dituduh seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul - sebagai contoh, orang dewasa tidak boleh menegur anak muda yang menghisap rokok sekiranya diri sendiri menghisap rokok.

Isi 4 - menegur atau membantu remaja yang sedang menghadapi cabaran dalam kehidupan mereka - berani untuk menegur kelakuan sumbang remaja - menjalankan tanggung jawab mereka untuk memberikan nasihat kepada remaja kita supaya remaja tidak tersesat jalan – tidak terbabit dalam pelbagai fenomena sosial yang menjejaskan imej rakyat negara ini juga - samasama membantu remaja dengan memberi teguran dan sokongan kepada remaja dalam menyelesaikan pelbagai cabaran kehidupan yang melanda jiwa muda mereka itu. Konklusinya, untuk memastikan remaja kita terselamat daripada terjebak dalam kancah sosial, pelbagai langkah dapat diambil oleh semua pihak. Semua strategi yang dirancang harus dilaksanakan dengan segera tanpa banyak alasan lagi. Kerjasama semua pihak terutama pihak ibu bapa dan sekolah amat diperlukan dalam menyelesaikan masalah yang bakal menentukan hala tuju negara kerana remajalah harapan pemimpin masa depan kelak. Kegagalan untuk

Semuanya ini akan menjadi kenyataan sekiranya setiap rakyat bekerjasama bagi memastikan modal insan yang berakhlak mulia dapat dilahirkan. Mahukah kita semua melihat remaja kita terus dibelenggupelbagai masalah hidup tanpa kita melakukan apa-apa tindakan? Sudah tentu jawapannya tidak.menyelesaikan polemik ini secara rasional dan efektif akan menjadikan masyarakat kita pada masa hadapan satu masyarakat yang lemah dan tidak mampu untuk bersaing dalam arus persana globalisasi kini. .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->