P. 1
Sumbangan Tamadun Islam Kepada Dunia

Sumbangan Tamadun Islam Kepada Dunia

|Views: 107|Likes:
Published by aidamohdhafiz

More info:

Published by: aidamohdhafiz on Aug 13, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/03/2014

pdf

text

original

Sumbangan Tamadun Islam kepada Dunia SUMBANGAN TAMADUN ISLAM

1. Perkembangan Kelahiran Islam di kota Makkah dan kemunculan kerajaan Islam pertama di Madinah merupakan detik bersejarah kelahiran satu tamadun baru yang telah merubah sejarah dunia. Tamadun ini bukan sahaja telah berjaya merubah corak dan budaya hidup masyarakat Arab Pra-Islam yang bertuankan nafsu dan kejahiliyahan kepada cara hidup baru yang bertunjangkan akhlak dan peradaban tinggi malah ia juga turut merubah geo-politik dunia.

Dengan asuhan dan bimbingan Rasulullah s.a.w. dan kemudiannya diteruskan oleh para sahabat (r.a), penduduk Tanah Arab yang terdiri daripada berbagai bangsa dan keturunan berjaya disatukan dengan ikatan akidah dan ukhuwwah Islamiyah. Mereka muncul sebagai satu umat yang berakhlak, berketerampilan dan sedia berkorban demi Islam. Dalam tempoh waktu yang singkat, kuasa besar Rom dan Parsi yang dulunya memandang remeh terhadap bangsa Arab kini terpaksa tunduk kepada kekuasaan Islam. Oleh itu dari abad ke 7 hingga ke 18 Masihi, dunia telah didominasi dan dicorak oleh tamadun Islam. Dalam jangka masa tersebut khususnya pada abad ke 9 hingga ke 13 Masihi, sejarah telah merakamkan bagaimana tamadun Islam telah melahirkan ramai sarjana ulung dalam berbagai ilmu pengetahuan.

Pada waktu itu kemajuan ilmu sains dan teknologi serta ilmu-ilmu yang lain yang dimiliki oleh dunia Islam tiada dapat ditandingi oleh mana-mana bangsa atau negara. Di setiap ibu kota pemerintahan Islam khususnya Baghdad (di Asia), Cordova (di Eropah) dan Iskandariah (di Afrika), kegiatan keilmuan dan kebudayaan berlaku dengan bersemarak serta disertai segenap lapisan masyarakat. Ramai sarjana dan pelajar dari negara luar khususnya daripada negara-negara Kristian Eropah datang untuk mempelajari serta mendalami berbagai bidang dan cabang ilmu pengetahuan.

Di sepanjang sejarah kegemilangan tamadun Islam, para sarjana Muslim dan sarjana non-Muslim yang bernaung di bawah pemerintahan Islam telah berjaya membuat kemajuan dan pencapaian dalam bidang ilmu pengetahuan serta sains dan teknologi.

Mereka telah menempa satu sejarah tamadun kemanusiaan yang amat mengkagumkan meliputi aspek politik, sosial dan ekonomi.

1.1 Zaman Rasulullah s.a.w. Sejarah pertumbuhan dan perkembangan tamadun Islam adalah bermula pada zaman Rasulullah s.a.w. Zaman Rasulullah terbahagi kepada dua period iaitu period Makkah dan period Madinah. Kedua-dua zaman ini mempunyai perbezaan yang amat ketara dari aspek pertumbuhannya. Period Makkah merupakan zaman asas dalam pembentukan tamadun Islam yang memberi penekanan kepada aspek spiritual, mental dan akhlak masyarakat. Period Madinah pula adalah zaman untuk membina komuniti dan negara yang baik serta mendapat keampunan Tuhan.

a. Makkah Penumpuan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. di Makkah adalah lebih bersifat penyediaan kader-kader yang mantap dan kuat dalam menghadapi kejahatan puakpuak ekstrimis kuffar dan musyrikin (kerana tidak membenarkan kebebasan melaksanakan ajaran Islam atau dakwah yang diperintahkan oleh Allah). Malah mereka bertindak kejam ke atas kaum Muslimin yang ketika itu sangat sedikit bilangannya. 13 tahun adalah masa-masa kritikal dan menyiksakan bagi orang Islam. Penghijraan yang berlaku ke Habsyah dan Taif tidak banyak memberi ruang dan kejayaan kepada orang Islam. Mereka menderita dengan pelbagai bentuk siksaan dan ancaman tetapi tetap tabah dan yakin dengan akidah yang baru dianuti. Mereka adalah generasi awal yang kental dan unggul yang dididik oleh Rasulullah s.a.w.

b. Madinah Penghijrahan ke Madinah mencanangkan beberapa perubahan kepada orang Islam ke arah yang lebih maju dan berjaya dalam segala bidang kehidupan berasaskan prinsip keimanan. Hijrah turut menandakan bermulanya era pelaksanaan syariat samawi secara menyeluruh mencakupi sosial, politik, agama dan lain-lain. Setelah menjejaki bumi Madinah, Rasulullah s.a.w. telah melaksanakan langkah-langkah berikut:

i. Sosial

Sebagai seorang Rasul dan pemimpin kepada bangsa Arab, Nabi Muhammad s.a.w. berjaya menyusun dan mengatur stratifikasi sosial masyarakat Arab dari negatif kepada positif. Penyatuan yang selama ini tidak pernah wujud dalam kamus kehidupan bangsa Arab telah menjadi kenyataan dengan kedatangan Rasulullah s.a.w. Malah kehidupan mereka menjadi lebih aman dan tenteram. Contohnya, usaha mempersaudarakan di antara golongan Ansar dan Muhajirin sehingga masing-masing sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentingan bersama. Taraf wanita juga dimartabatkan apabila mereka dibolehkan menerima harta pesaka kerana sebelum ini mereka tidak punya apa-apa hak.

Rasulullah s.a.w. telah memberi fungsi kepada institusi masjid sebagai pusat ibadat khusus sekaligus sebagai markaz, madrasah dan parlimen. Rasulullah menyusun segala aktiviti harian yang berbentuk sebaran, maklumat, arahan dan sebagainya melalui masjid. Ia juga berperanan sebagai tempat menerima tetamu, tempat musafir bermalam dan menyelesaikan masalah ketenteraan serta kehakiman.

ii. Politik Menurut catitan Ibnu Hisyam, “Sahifah al-Madinah” atau Piagam Madinah diasaskan selepas terbinanya Masjid Nabawi. Piagam ini mengandungi perjanjian di antara orangorang Muhajirin dan Ansar serta seluruh penduduk Madinah yang berbilang kaum seperti Aus, Khazraj serta kaum Yahudi, Bani Quraizah, Bani Qainuqa dan Bani alNadir.

Termetrainya perjanjian ini bermakna Rasulullah s.a.w. berjaya mengasas dan memantapkan kedudukan politik umat Islam di Madinah. Dalam masa yang sama baginda telah berjaya mewujudkan satu masyarakat baru dikenali sebagai “Ummah”, serta merubah sama sekali prinsip suku bangsa yang selama ini melahirkan ketegangan kaum yang berpanjangan. Kejayaan Rasulullah dalam bidang ini telah membawa keharmonian kepada penduduk kota Madinah. Sebarang aktiviti yang tidak sihat, kebangkitan Yahudi dan munafik di Madinah dapat dibendung. Sebarang pihak yang melanggar perjanjian akan dihukum.

iii. Ekonomi

Tamadun Islam yang dibina oleh Nabi s.a.w.a. Umar Bin al-Khattab.w. Sesungguhnya kesabaran. Baginda juga berpesan kepada lelaki supaya menjaga amanah khususnya mengenai wanita.w. beliau terpaksa berdepan dengan golongan yang enggan mengeluarkan zakat dan nabi-nabi palsu. fai‟ dan kharaj. dan telah menerima pandangan Saidina Umar al-Khattab supaya mengumpulkan alQuran setelah ramai penghafaz al-Quran mati syahid dalam perang (Perang Yamamah).w. telah mengemaskinikan pungutan zakat. Beliau juga menghantar tentera diketuai Khalid bin Al-Walid untuk melindungi orang Islam dari ancaman Rom dan Parsi. Ringkasnya. Uthman Bin Affan dan Ali Bin Abu Talib yang dilantik sebagai khalifah. Golongan Yahudi adalah kapitalis yang menguasai ekonomi Madinah ketika itu.Rasulullah s. pembentukan kerajaan Islam di Madinah melambangkan Islam dapat dipraktikkan dalam kehidupan harian secara menyeluruh.2 Zaman Khulafa‟ al-Rasyidin (632-661 M) Tugas membina dan memperkuatkan lagi umat Islam telah diteruskan oleh generasi pelapis sahabat-sahabat terpilih seperti Abu Bakar al-Siddiq. 1. juga memberi perhatian kepada bidang penternakan dan pertanian.a. kebijaksanaan dan kemurniaan akhlak yang dimiliki oleh Nabi merupakan kunci kejayaan pembentukan tamadun Islam. di Madinah menjadi titik tolak kepada kejayaan pemerintah Islam seterusnya. Dengan cara ini masyarakat Islam dapat memecah jaringan kewangan golongan Yahudi yang memerangkap orang-orang miskin dengan memberi pinjaman atas kadar faedah yang tinggi.a. Nabi dalam khutbah haji terakhir baginda berpesan kepada umat Islam bahawa baginda telah meninggalkan pesaka yang tidak akan menjadikan mereka sesat iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Rasulullah s. Mereka mengaut keuntungan tanpa perhitungan moral. cukai ghanimah. Sebagai satu peringatan dan panduan hidup dalam kehidupan. Dalam masa pemerintahannya. Khalifah bererti pengganti yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran yang sebelumnya dilakukan oleh Nabi s. . Perlantikan Abu Bakar al-Siddiq (632-634 M / 11-13 H) sebagai khalifah di bai‟ah oleh kira-kira 3000 orang yang berada di Masjid Nabawii. Justeru itu Rasulullah memberi galakan kepada orang Islam untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan bagi memecah monopoli yang selama ini dilakukan oleh orang Yahudi.

menghafal al-Quran. Jabatan Cukai dan Jabatan Polis. Dari penjelasan di atas. Jabatan Ganjaran dan Pengagihan. gaji. Ali Bin Abi Talib k. penekanan kepada membaca. · Sosial. Beliau telah memberi perhatian serius kepada jabatan tentera seperti rumah-rumah untuk tentera. Menubuhkan kuttab. Beliau juga telah meneruskan pentadbiran seperti khalifah sebelumnya. Di antara kemajuan yang telah dibuat oleh beliau ialah. dapat dilihat tamadun yang dibangunkan oleh Rasulullah dan diteruskan oleh Khulafa‟ al-Rasyidin merupakan tamadun terunggul dengan model dan praktikalnya adalah yang terbaik. Dalam masa pemerintahannya . praktikal amalan ibadat dan latihan fizikal. menulis.3 Kerajaan Bani Umaiyah (661-743M) .w. · Pendidikan.a. Sebanyak 6 salinan dibuat. (656-661M/35-40H).Umar al-Khattab (634-644M/13-23H) dilantik menjadi khalifah dengan persetujuan seluruh kaum muslimin dengan gelaran Amir al-Mukminin. Dalam masa 10 tahun pemerintahannya beliau berjaya mencapai kejayaan cemerlang dalam semua dasar-dasarnya. Ini adalah sumbangan paling berharga dari beliau yang kekal hingga kini. Pungutan cukai yang sistematik dapat membantu beliau menyediakan pelbagai kemudahan asas kepada rakyat seperti jalan raya dan sebagainya. Melantik gabenor pada wilayah-wilayah yang ditadbir.a (644-656M/23-35H) mentadbir hampir kesemua mengikut apa yang ditinggalkan oleh khalifah terdahulu. Perluasan wilayah meliputi Afrika Utara. Asia Minor dan · Menubuhkan dewan iaitu Jabatan. Khurasan. Uthman Bin Affan r.beliau telah berdepan dengan pemberontak yang menuntut beliau menghukum mereka yang terlibat dengan pembunuhan Uthman Bin Affan r.Aktiviti yang paling menonjol dapat dilihat ialah penulisan al-Quran yang lebih sistematik. elaun dan lain-lain. 1. · Politik. Antaranya Jabatan Tentera.

ilmu pengetahuan semakin bertambah maju dan Kota Basrah dikenali sebagai pusat pengajaran dan penyebaran ilmu. Beberapa orang pegawai utama dilantik bagi mengumpulkan rekod. melaksanakan pembaharuan dan menyelaraskan pentadbiran kerajaannya. · sistem hijabah (penyekatan). Seseorang pegawai ditugaskan memeriksa orang yang mahu menemui khalifah. Pada masa ini bahasa Arab mencapai kemuncaknya apabila dijadikan sebagai bahasa rasmi negara. Terdapat empat aspek utama dalam sistem pentadbiran Bani Umaiyah. khalifah telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat di samping mengabaikan ajaran Islam. Kegiatan keilmuan ini melahirkan ilmuan seperti Khalil Bin Ahmad (pakar bahasa dan filsologi Arab) dan sibawaiyh (ahli nahu Arab). Dalam bidang sosial. mengawal keselamatan khalifah dan pemegang amanah. · Sistem Khalifah iaitu perlantikan khalifah sebagai ketua pemerintah.4 Kerajaan Bani Abbasiyah (750-1258M) . Pada masa yang sama. Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam politik dapat dilihat dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran. · Sistem urussetia. · Sistem Wazarah iaitu perlantikan menteri untuk mengetuai sistem pentadbiran negara bagi kerajaan pusat sementara gabenor dilantik untuk mengetuai pentadbiran wilayah. Akan tetapi pada peringkat akhir pemerintahan Bani Umaiyah. 1. Hospital penyakit kusta telah dibina oleh Khalifah Umar Bin Abdul Aziz. Kejayaan dalam pelbagai bidang itu telah menunjukkan kebijaksanaan pihak pemerintahan Bani Umaiyah dalam merancang. penentangan berlaku dari dalam dan luar negara. menguruskan surat-menyurat dan sebagainya. Pemilihan khalifah mengikut sistem warisan yang diamalkan itu juga ditentang oleh sebilangan orang Islam khasnya golongan Syiah dan Khawarij. Faktor-faktor di atas telah menyumbang kepada kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah.Pemerintahan Bani Umaiyah yang diasaskan oleh Muawiyah Bin Abu Sufian berikutan penyerahan kuasa oleh Hassan Bin Ali kepada Muawiyah. Taraf kesihatan turut diberi perhatian dengan pembinaan hospital pertama di Damsyik oleh Khalifah al-Walid Bin Abdul Malik. Pemerintahan ini berpusat di Damsyik.

Imam Abu Hanifah. Mereka telah memelihara warisan ilmu daripada lenyap kerana mereka telah menerima hasil penulisan itu pada masa Eropah dilanda oleh Zaman Kegelapan iaitu pada ketika masyarakat mereka kurang menghargai ilmu pengetahuan.5 Kerajaan Islam di Afrika Umat Islam dan tamadunnya menguasai dunia selama lebih satu alaf. Pada akhir pemerintahan kerajaan Abbasiyah. Fez dan Tangiers di Morocco lahir sebagai pusat perkembangan tamadun Islam di dalam jangka masa tertentu khususnya pada zaman pemerintahan kerajaan Fatimiyah. sejarah dan lainlain. tafsir. Pada masa ini orang Islam memainkan per anan besar kepada peradaban dunia. 1. pemerintahan khalifah menjadi lemah dan kemudiannya membawa kepada kemunculan kerajaan-kerajaan kecil di kawasan Parsi dan Turki. Afrika Utara mengalami proses Islamisasi dan menjadi sebahagian dunia Islam sehingga kini. Selama tempoh masa itu tamadun Islam telah mewarnai tamadun dunia dan elemen tamadun Islam tersebar luas ke serata dunia khususnya ke utara benua Afrika dan ke Eropah. Beberapa bandar penting di Afrika Utara seperti Kaherah dan Iskandariah di Mesir. Perkembangan keilmuan itu telah berlaku melalui penulisan dan penterjemahan karya asing ke dalam bahasa Arab. Ringkasnya.Zaman kegemilangan kerajaan ini adalah pada abad ke-9 Masihi semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid (786-809M) dan puteranya al-Makmun (813833M). Kerajaan ini berakhir pada tahun 1258M apabila ibu kotanya ditawan oleh tentera Monggol di bawah pimpinan Hulagu Khan. Penyebaran tamadun Islam itu khususnya khazanah ilmu pengetahuannya terjadi di dalam berbagai bentuk dan cara. Pada masa itu kota Baghdad (pusat pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah) telah memainkan peranan sebagai pusat intelektual dan penyebaran ilmu. Di Baghdad telah dibina Baitul Hikmah iaitu sebuah institusi keilmuan yang diasaskan oleh Khalifah Harun al-Rasyid dan hanya berkembang luas pada zaman pemerintahan al-Makmun. Di antara ulama terkenal pada era ini ialah Imam Malik. Imam Syafi‟i dan Imam Ahmad bin Hanbal. Islam telah mengurniakan kepada dunia satu pengertian sebenar kepada apa yang disebut sebagai tamadun. Umat Islam dari Tamadun Islam yang diterima . Para ulama juga turut menghasilkan tulisan dalam bidang fiqh.

Malah tidak dapat dinafikan dalam zaman-zaman kegemilangan ilmu pengetahuan.mereka telah mencipta dan mewujudkan tamadunnya sendiri iaitu satu tamadun yang teragung dengan segala kepelbagaian pencapaian dan kegemilangannya yang lahir dalam kesatuan.1. lebih-lebih lagi dipinggirkan ketika pembangunan manusia sedang rancak berjalan. Seterusnya pada kurun pertama Masihi datang pula orang Romawi dan diikuti oleh suku kaum Visigoth yang menerajui politik Andalusia sehingga tahun 92H/711M. Sekalipun dikatakan bahawa kegemilangan Tamadun Islam berada di puncak pada zaman pemerintahan Abbasiyah di Baghdad terutama dalam aspek ilmu pengetahuan sehingga berjaya menggarap segala sumber kekayaan untuk kepentingan duniawi. Sebenarnya asal-usul nama Andalusia tidak diketahui secara tepat tetapi mungkin diambil daripada perkataan „Vandalusia‟ yang bererti „Tanah Vandal‟ iaitu satu suku bangsa Eropah yang mendiami rantau tersebut sekitar abad ke 5 Masihi. Pembukaan Andalusia Andalusia atau dikenali juga sebagai al-Andalus atau Sepanyol adalah istilah yang diberikan oleh ahli geografi Islam abad pertengahan. (Chejne 1974: 3-4). Model dan praktikalnya masih tidak dapat ditandingi hingga ke hari ini. Ia merujuk kepada wilayah pemerintahan Islam di Semenanjung Iberia yang meliputi negeri Portugal dan Sepanyol moden. masyarakat Islam menghadapi krisis demi krisis sehingga berlaku perpecahan hingga akhirnya saat keruntuhan tidak dapat dielakkan lagi. Suku kaum Eropah dan Barbar telah mendiami negeri itu sejak dari zaman awal lagi menurut catatan sejarah. (Encylopedia Brittanica 1969: 889). Sumbangan Tamadun Islam Andalusia/Sepanyol Kepada Eropah 2. . Manakala Orang Phonecia dicatatkan telah menubuhkan sebuah kerajaan mereka di Andalusia pada awal kurun ke-10 sebelum Masihi. Sejarah perkembangan tamadun Islam yang bermula pada zaman Rasulullah dan mencapai tahap yang paling ideal di zaman khulafa al-Rasyidin. namun Islam melihat kekayaan dan kemewahan duniawi sebagai sebab kepada berlakunya keruntuhan tamadun sekiranya aspek kerohanian yang mengingatkan manusia kepada alam akhirat kian terhakis. 2.

Mereka tidak dipaksa memeluk agama Islam tetapi hanya perlu membayar cukai jizyah mengikut kadar kemampuan mereka. Kesan daripada pentadbiran yang tidak teratur. Di samping itu. Cordova menjadi tumpuan utama mereka kerana ia merupakan pusat kegiatan ekonomi. kehadiran Islam telah mengubah corak dan sistem masyarakat Andalusia sekaligus melemahkan penguasaan bahasa Latin di kalangan masyarakat tempatan sehingga memaksa ahli agama Kristian menterjemahkan buku-buku agama Kristian ke bahasa Arab.Keadaan social. . Gabenor Islam di Utara Afrika yang telah mengutuskan Tarif Bin Malik dan telah berjaya menawan Algeciras. Sikap toleransi pemerintah Islam serta interaksi di antara orang Islam dengan orang Kristian mengakibatkan berlakunya asimilasi penganut Kristian Andalusia dengan budaya Arab/Islam. sosial dan yang paling ketara dalam aspek ilmu pengetahuan. bentuk pakaian dan sebagainya. Setelah Islam bertapak di Andalus. orang Yahudi dari Timur mulai mencurah masuk. perasaan tidak puas hati daripada rakyat golongan bawahan dan keadaan yang mengecewakan telah meletakkan negara dalam keadaan porak peranda. ekonomi dan politik Andalusia terutamanya ketika di bawah pemerintahan Visigoth amat buruk. Andalus melalui zaman keruntuhan yang tidak mungkin dapat lagi dibendung oleh pemerintahpemerintah Visigoth. meniru cara hidup lahiriah orang Islam seperti berkhatan. penggunaan istilahistilah Arab telah menjadi kebiasaan kepada mereka dan pengajian bahasa Arab mengambilalih pengajian bahasa Latin.000 orang dengan mudah pada 92H/711M. Ringkasnya. Dalam jangka waktu yang singkat sahaja agama Islam telah tersebar luas di kalangan penduduk tempatan Andalus. meniru resipi masakan. Berikutnya beliau mengutuskan Tariq Bin Ziyad yang telah berjaya menawan keseluruhan bumi Andalus. Ini mungkin disebabkan sikap toleransi Islam sendiri terhadap penganut Kristian. Misi kejayaan ini dibawa oleh Musa Bin Nusair. Contohnya ramai orang Kristian menukar nama mereka mengikut nama orang Arab. Kesemua ini merupakan faktor kepada keruntuhan kerajaan Visigoth di Andalus. politik. (Arnold 1913: 136). Ini terbukti apabila kerajaan Visigoth dikalahkan oleh tenteratentera Islam yang hanya berjumlah 12.

Kehadiran Islam di Andalus telah mencetuskan suasana keilmuan. Terdapat beberapa faktor yang membantu suasana perkembangan keilmuan di Andalus. Melalui al-Quran dan al-Sunnah. Ramai kalangan umat Islam yang berhijrah ke Andalus memainkan peranan penting dalam bidang perkembangan intelektual. Malah umat Islam dan masyarakat Andalus sama-sama bergabung tenaga dan terus mengorak langkah ke arah kemajuan hidup yang lebih menyeluruh mencakupi seluruh dimensi spritual. Galakan Pemerintah Pemerintah-pemerintah Islam di Andalus mengambil berat dalam perkembangan dan kemajuan kegiatan intelektual dalam berbagai bidang. Umat Islam wajib mempelajari semua bidang ilmu yang berkait dengan keperluan dan kepentingan mesyarakat Islam. masyarakat dan negara. umat Islam digesa supaya berusaha menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada dengan menggunakan akal fikiran yang telah dikurniakan oleh Allah. Tanpa penguasaan yang sewajarnya terhadap ilmu-ilmu tersebut tidak akan memungkinkan umat Islam mencapai kestabilan dan keselesaan dalam kehidupan sebagai individu. fizikal dan intelektual. Mereka berusaha menjemput dan mengumpulkan para cendikiawan dari seluruh dunia untuk menampung keperluan . Sejarah mencatatkan bahawa di bawah pemerintahan dan pentadbiran Islam hampir tidak ada rakyat Andalus yang buta huruf. Gesaan Agama Islam Islam menegaskan umatnya untuk mengambil berat terhadap kemajuan ilmu pengetahuan. di antara yang dapat dikenal pasti adalah seperti berikut: i. ii. Pada waktu yang sama masyarakat Kristian Eropah yang berjiran dengan Andalusia masih lagi berada di Zaman Kegelapan (Dark Ages). Andalus berjaya menghasilkan ramai cendikiawan dan muncul sebagai sebuah obor yang menyinari Eropah yang berada dalam kegelapan itu.2.2 Faktor-faktor Perkembangan Keilmuan di Andalusia Andalusia sering juga disebut Andalus pada suatu ketika dahulu (awal abad ke 8 Masihi sehingga penghujung abad ke 5 Masihi) telah berjaya meletakkan taraf umum kebudayaan masyarakatnya pada tahap yang paling tinggi sehingga hampir kesemua penduduknya mengenal huruf.

(S. (Irving 1973: 166). Berikutnya Khalifah al-Hakam II (961-976 M) telah menumpukan sepanjang lima belas tahun kekuasaannya menggalakkan perkembangan kegiatan keilmuan di Andalus. hampir semua penduduk Andalus tanpa mengira lapisan masyarakat boleh menulis dan membaca dengan baik. Menurut yang dilaporkan oleh Dozy di dalam bukunya “Spanish Islam”. Kebudayaan masyarakat Andalus mencapai tahap tertingginya di bawah pemerintahan al-Hakam II.H. Di bawah pemerintahan beliau Andalus mencapai puncak kemakmuran ekonomi. (Ahmad Amin 1969: 15). Pada zaman kekuasaannya Universiti Cordova diperbesarkan dan dipertingkatkan peranannya hingga muncul sebagai sebuah universiti terbaik dan terbesar di dunia. banyak perubahan dan kemajuan telah dilakukan dan beliau dianggap sebagai penaung dan pengembang kegiatan kesenian dan kebudayaan di Andalus. (Irving 1973: 140). Beliau juga telah mendirikan banyak institusi pengajian di setiap kota di Andalus dengan tujuan menyebarkan ilmu pengetahuan di kalangan masyarakat umum. Beliau juga berjaya menyatukan masyarakat Andalus yang terdiri daripada berbagai bangsa dan suku kaum menjadi satu umat yang menghasilkan pencapaian tinggi. Kesungguhan Ulama . mereka begitu berminat dan cintakan ilmu sehingga masjid dan istana turut dijadikan tempat pembelajaran. Mahmud 1960: 71).institusi keilmuan yang didirikan dihampir setiap bandar di Andalus. (Dozy 1972: 455)( Irving 1973: 114). Pada zaman pemerintahan Abdul Rahman II (822-852 M). Begitulah peranan yang dimainkan oleh pemerintah-pemerintah Islam di Andalus. Pada zaman pemerintahan Abdul Rahman III (912-961 M) Andalus mula mencapai ke puncak keagungan dan kecemerlangannya dalam berbagai aspek kehidupan seperti pentadbiran. iii. sosio-ekonomi dan perkembangan ilmu pengetahuan. Sarjana-sarjana daripada luar dibawa masuk untuk mengajar di institusi-institusi tersebut dan kesan daripada usaha beliau itu pendidikan Arab telah berkembang pesat di seluruh Andalus.

Setiap lapisan masyarakat Andalus bermula daripada para pemerintah sehingga masyarakat awam tidak kira lelaki dan wanita. Kemudian mereka turut menyebarkan ilmu pengetahuan dan memberikan galakan kepada masyarakat untuk mendapatkan ilmu. Malah terdapat ramai lagi ulama dan cendikiawan Islam yang turut memberi sumbangan besar dalam proses perkembangan ilmu pengetahuan ini seperti Ibn Firnas (888M . Contohnya Ibn Hazm (994-1064 M) yang merupakan ilmuan Islam yang agong di Andalus. Semasa pembukaan Andalus para cendikiawan dan ulama Islam telah sama-sama datang sebagai tentera. falsafah dan ilmu logik mereka yang kukuh terpaksa ditangani dengan hujah-hujah yang lebih mantap. sasterawan dan juga hakim. Minat mereka dalam mencari dan mendalami berbagai bidang ilmu pengetahuan amat dikagumi. Masyarakat Andalus juga amat berminat dalam pengumpulan buku-buku ilmiah daripada pelbagai bidang. Kepesatan kegiatan intelektual ini juga disebabkan ulama dan ilmuan Islam terpaksa menghadapi cabaran ilmiah daripada pemeluk Islam yang baru. mereka juga tidak melepaskan peluang untuk melibatkan diri dalam bidang keilmuan dengan bekerja sebagai penyalin kitab suci al-Quran dan buku-buku ilmiah lain. Beliau juga seorang ahli fikir. Minat mengumpulkan buku ini dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat di Andalus termasuk wanita dan golongan hamba. Ternyata faktor-faktor yang disebutkan di atas iaitu gesaan ajaran Islam kepada mencari ilmu gandingan mantap para ulama dan pemerintah dalam menyemarakkan . Mereka membawa bersama ilmu dan pengalaman untuk dikembangkan dan dicurahkan kepada penduduk Andalus. ulama berperanan menerangkan akidah dan menyelesaikan soal-soal asas yang dihadapi seperti ilmu syariat dan bahasa. Beliau mampu menguasai pelbagai bidang ilmu. Sikap Masyarakat Masyarakat Islam Andalus menaruh perhatian besar terhadap kegiatan keilmuan. Minat mereka terhadap pelajaran tidak terbatas atau cukup di dalam negara mereka sahaja.mati) dan Yahya al-Ghazal. Hujah-hujah. sama-sama berlumba-lumba untuk mempelajari dan mendalami pelbagai cabang ilmu pengetahuan. (865 mati). Bagi golongan wanita yang miskin. tetapi mereka sanggup merantau dan mengembara semata-mata untuk mencari dan menambah ilmu pengetahuan. iv.Faktor yang mempercepatkan perkembangan ilmu pengetahuan di Andalus ialah kesungguhan para ulama. Pada peringkat awal.

Hasil daripada banyaknya institusi pendidikan ini. sementara bandarbandar kecil mempunyai sekolah-sekolah. Cordova yang menjadi ibu kota pemerintahan Islam di Andalus pada zaman kemuncaknya telah muncul sebagai sebuah kota ilmu pengetahuan yang ulung. Cordova yang juga merupakan ibukota pemerintahan Islam di Andalus pada waktu itu muncul sebagai pusat pengajian dan kebudayaan yang terulung di Eropah bagi orang-orang Islam. . malah kepada seluruh masyarakat Barat dan dunia. (Abdul Aziz Salim 1962: 296). Khususnya dalam bidang pertumbuhan dan perkembangan intelektual. Hanya Universiti al-Azhar di Mesir dan Universiti Nizamiyyah yang setanding dengannya. (Imamuddin 1965: 184). Boleh dikatakan semua bandar utama mempunyai universitinya yang tersendiri. Para pelajarnya terdiri daripada dalam dan luar negeri. Universiti Cordova muncul sebagai salah sebuah institusi pengajian tinggi yang paling terkenal di zamannya. Institusi pendidikan tumbuh dengan banyaknya di seluruh Andalus. 2. Ia menjadi tumpuan para sarjana dan pelajar dari segenap pelusok dunia. Kristian dan Yahudi.lagi kegiatan intelektual dalam masyarakat dan sikap masyarakat yang cintakan ilmu terbukti menjadi suatu prasarana dalam menyemarakkan lagi kegiatan intelektual di dunia Islam khususnya di Andalus.3 Cordova Sebagai Pusat Kegiatan Keilmuan Kedatangan Islam ke Andalus bukan sahaja telah membawa perubahan kepada struktur politiknya. di seluruh Andalus terdapat sebanyak seribu buah universiti yang dilengkapi dengan perpustakaan yang baik. malah telah memandu Andalus ke mercu kejayaan cemerlang yang tidak boleh ditandingi didalam segala bidang kehidupan. Dicatatkan juga bahawa pada zaman pemerintahan al-Hakam II. Mereka boleh mempelajari berbagai-bagai bidang ilmu dan di mana-mana institusi yang terdapat dengan banyaknya di kota Cordova. Masjid-masjid juga turut berfungsi sebagai pusat pembelajaran. (Kabir Ahmad Khan 1982: 312). Penguasaan Islam di Andalus selama hampir lapan abad sebenarnya telah memberikan pengertian yang amat besar kepada perkembangan kegiatan intelektual dalam berbagai bidang bukan sahaja kepada masyarakat Andalus.

Melalui kontrak perdagangan ini sistem nilai dan keilmuan masyarakat Islam Andalus berjaya dikuasai oleh masyarakat Kristian Eropah. pada tahun 1049 M. bangsa yang menguasai perdagangan akan mempengaruhi bangsa-bangsa lain yang mempunyai kontrak perdagangan dengannya. John of Seville terpaksa mengusahakan terjemahan Bible ke bahasa Arab untuk digunakan oleh penganut-penganut Kristian Andalus. Perkembangan ini telah menimbulkan kebimbangan dan bantahan dari Bishop Alwaro. (Azam 1991: 87). ii. Dengan penguasaan yang meluas terhadap karyakarya Islam golongan ini telah menjadi sebahagian daripada agen perantara memindahkan elemen-elemen tamadun Islam Andalus kepada masyarakat Kristian Eropah.4 Cara Penyebaran Tamadun Islam Ke Eropah Penyebaran Tamadun Islam ke Eropah melalui berbagai cara. Orang Mozarab Mozarab ialah panggilan kepada masyarakat Kristian. i. Sebagai bukti. Pelajar Kristian Eropah . Orang Mozarab telah membelanjakan wang yang banyak untuk membina perpustakaan-perpustakaan besar bagi menyimpan buku-buku Arab. Barang dagangan dari Andalus menguasai pasaran di setiap bandar besar Eropah. Ia diambil dari bahasa Arab “musta‟ribun” (orang-orang yang diarabkan) iaitu orang Kristian yang tertarik dan mengamalkan beberapa aspek kebudayaan Arab dan tamadun Islam. iii. golongan pedagang dan para pelajar Kristian Eropah yang belajar di unversiti-universiti Andalus. Penumpuan dan pemerhatian mereka terhadap karya-karya Islam menyebabkan mereka lebih menguasai bahasa Arab berbanding dengan bahasa Latin. Cara terpenting berlakunya proses pemindahan khazanah ilmu pengetahuan dan teknologi Islam ke Eropah ialah melalui aktiviti penterjemahan. Pedagang Pedagang-pedagang Islam Andalus telah membuat hubungan dagang dengan negara Kristian sama ada melalui perdagangan darat dan juga laut. Ini kerana sudah menjadi lumrah dunia.2. Tiga golongan utama yang berperanan besar menyebarkan nilai-nilai tamadun Islam ini ke Barat ialah masyarakat Kristian Andalus yang dikenali dengan sebutan Mozarab. (Imamuddin 1965: 186). Cara terpenting berlakunya penyebaran tersebut ialah melalui Andalus iaitu dari 92-897H bersamaan 711-1492 M.

Perancis dan Jerman ke Andalus untuk menuntut ilmu seperti sains. tetapi juga pelajarpelajar Kristian dan Yahudi dari seluruh pelusuk dunia sama ada Eropah. raja-raja mereka memberikan galakan supaya membuat pengajian dan penelitian terhadap buku-buku dan manuskrip-manuskrip Islam yang berjaya mereka perolehi. Menurut Petter antara rombongan yang tiba ke Andalus ialah Elizabeth iaitu sepupu kepada Louis IV dari Perancis dan Putera Dubant dari England sementara Jerman pula menghantar perutusan diketuai oleh menterinya yang bernama William. (Azam 1991: 88). Ia bukan sahaja menerangi dunia Islam tetapi turut membawa nafas baru kepada Eropah yang masih dalam kegelapan. Mereka juga menghantar pembesar-pembesar dan puteraputera mereka untuk melanjutkan pelajaran di Andalus serta mendalami dan mempelajari setiap aspek kemajuan yang dimiliki oleh orang-orang Islam. Secara tidak langsung ilmu-ilmu Islam telah tersebar dengan begitu cepat dan pesat. Malah setiap kali mereka berjaya menawan wilayah-wilayah Islam. Pada masa pemerintahan Hisham I. Dilaporkan bahawa Constantin . Sekolah Arab-Latin di Toledo dan Seville telah memainkan peranan penting di dalam pengaliran ilmu pengetahuan Islam ke Eropah. kesenian. Mereka juga turut mengasaskan sekolah dan universiti khusus untuk menterjemah buku-buku Arab ke bahasa Latin dan juga memberikan pendidikan Arab-Latin kepada penganut-penganut Kristian. Sekolah perubatan pertama telah ditubuhkan oleh Constantin yang mendapat bantuan dari guru-guru Arab. Putera Philip telah menghantar pelajar-pelajarnya untuk mempelajari teknik-teknik dan metodologi pembelajaran setiap disiplin ilmu. Afrika dan juga Asia. iv. pertukangan dan lain-lain. Pengajian ilmu perubatan di Eropah bermula di Salerno.Para pelajar Kristian Eropah ini dihantar oleh negara-negara Eropah seperti England. Dengan lahir banyaknya aktiviti penterjemahan ini maka ilmu pengetahuan serta sains dan teknologi Islam mulai tersebar luas ke seluruh Eropah. Aktiviti Penterjemahan Pemusuhan politik dan agama di antara raja-raja Kristian dengan Islam tidak pula memberikan kesan negatif kepada hubungan kebudayaan. Ketika ini Universiti Cordova yang diasaskan oleh Abdul Rahman III merupakan universiti terbaik ketika itu. Ia bukan sahaja menampung pelajar-pelajar Muslim.

Negara-negara Eropah mula sedar dan mula mengejar kemajuan dalam berbagai bidang seperti politik.telah mengembara selama 36 tahun ke seluruh negara Islam untuk mendalami pengetahuan di dalam berbagai bidang. Mereka telah belajar daripada orang Islam dalam membantu proses pemodenan masyarakat Kristian Eropah yang jauh tertinggal. pembukaan tanah untuk kegiatan pertanian. Venice di Itali muncul sebagai pusat perdagangan penting di Eropah Selatan. Abad ke 11M menyaksikan perubahan positif dalam bidang ekonomi di negara-negara Kristian Eropah. muncul sebagai pusat pengajian ilmu perubatan yang terkenal di Eropah. Mereka mula mengkaji faktor-faktor yang telah membawa kepada kejayaan Islam. (Chejne 1974: 358). Hasil-hasil karya sarjana agung Islam dalam berbagai bidang seperti al-Razi. Narbonne. Ibn Sina. terutamanya di Toledo. Beliau juga turut menterjemah karya-karya Arab ke bahasa Latin. ekonomi dan sosial dan akhirnya berjaya menewaskan orang Islam di Andalus pada abad ke 15 M. iaitu setelah sarjana-sarjana Barat seperti Copernicus. Penghujung abad ke 16 dan 17M barulah pengaruh bahasa Arab kelihatan berkurangan dalam bidang falsafah dan sains tabii. Gallileo dan lain-lain lagi membawa arah baru dalam bidang tersebut. (Imamuddin 1965: 190). kemunculan golongan pedagang yang bergantung kehidupan mereka pada perdagangan dua jalinan semula hubungan Eropah Barat dengan Laut Mediterranean yang tertutup pada Zaman Kegelapan (Dark Ages). 2. Mereka berbaik-baik dengan orang Islam Andalus dan bergantung kepada jasa-jasa mereka untuk memindahkan khazanah-khazanah ilmu Islam ke Eropah. Kebangkitan Eropah Kebangkitan Eropah bermula ketika orang Islam mulai melalui zaman kemerosotan dan kemundurannya. Mereka mewujudkan hubungan dagang dengan pedagang Islam di . Michael Servatus. Bologna dan Paris. Naples. Bahasa Arab yang telah menjadi bahasa ilmu pengetahuan telah diajar di beberapa buah unversiti di Eropah dan juga di sekolah-sekolah. Vesalius. Montpellier dan diikuti oleh Paris. Tanda-tanda pemulihan ekonomi ini adalah dalam pertambahan penduduk.5 Peranan Andalus Kepada Kebangkitan Eropah i. Ibn Zuhr dan Ibn Rushd yang telah diterjemahkan ke bahasa Latin telah dijadikan sebagai teks utama di universiti-universiti mereka sehinggalah ke abad 16 Masihi.

Ini kerana kebanyakan mereka adalah penulis anti-Islam yang amat fanatik. Seterusnya di London ditubuhkan pula Royal Society of London pada tahun 1662M dan di Perancis dibangunkan French Academy of Science pada tahun 1666M. Pada abad ke 12 dan ke 13M.Timur. (Sivachandralingam 1996: 108). Aktiviti ini berkembang ke Lambardy dan Tuscany tempat berkembangnya bandar-bandar terkenal saperti Milan. Namun begitu ada juga segelintir sarjana mereka yang mengaku secara jujur dan menghargai sumbangan sarjana Muslim. Universiti Oxford dibangunkan pada tahun 1167M. (Azam 1990: 3). Meskipun sarjana Kristian Eropah banyak bergantung kepada kepakaran sarjana muslim dalam merintis jalan kebangkitan Eropah. . Selain unversiti-universiti ini. namun tidak ramai penulis sejarah sains Barat yang menonjolkan sumbangan sarjana-sarjana Muslim dalam penulisan mereka. Mereka menafikan segala sumbangan besar saintis Muslim dan beranggapan bahawa mereka (saintis Muslim) itu hanyalah sebagai penterjemah karya-karya yang telah dihasilkan oleh saintis dan ahli falsafah Yunani. Pada penghujung abad ke 12M terdapat enam buah universiti di Eropah dan menjelang tahun 1500M jumlahnya meningkat kepada 76 buah. Universiti Cambridge pada tahun 1207M dan Universiti Pradua pada tahun 1222M. Institusi kewangan dan perbankan mula berkembang khususnya di Genoa dan Tuscany di Italy. (Azam 1990: 3). Pedagang Kristian mula menguasai perdagangan dan berusaha menyingkirkan kapal-kapal dagang Islam di bahagian barat Mediterranean. Florence dan Siena. Sesungguhnya sumbangan yang diberikan oleh sarjana-sarjana Muslim terhadap khazanah ilmu pengetahuan dunia tidak terhitung banyaknya dan tidak ternilai harganya. (Sivachandralingam 1996: 99109). Sementara kegiatan penulisan ilmiah pula mulai giat dilakukan di Eropah pada tahun 1647M iaitu setelah tertubuhnya Academy Experiment di Itali. Kebanyakan sarjana Kristian Eropah yang menjadi pelopor pengembangan ilmu di negara mereka pernah berguru dengan sarjana Islam khususnya di Andalus. beberapa buah universiti mula didirikan di Eropah. kebanyakan unversiti lain di Eropah didirikan selepas tahun 1250M. Pemulihan ekonomi juga berlaku di bahagian utara dan hampir di semua kawasan di Eropah Barat.

intelektual dan senibina. sosial dan pendidikan. Firman Allah yang bermaksud: . Di bandar-bandar ini terdapat institusi-institusi agama dan pendidikan dan di sini juga tumbuh dan berkembangnya peradaban orang Islam. Firman Allah bermaksud: “Dan di bandar (tempat tinggal kaum Thamud) itu ada sembilan orang yang semata mata melakukan kerosakan di bumi (dengan berbagai-bagai maksiat) dan tidak melakukan kebaikan sedikit pun”. Kerana itu Allah mengingatkan tentang keburukan penduduk bandar yang sering melakukan kerosakan di bumi. Masjid merupakan institusi pertama yang mencerminkan seni ukir dan seni bina Islam. Seville dan Granada mencerminkan kegemilangan tamadun Islam di Sepanyol. Kegiatan senibina berkembang pesat di Sepanyol. Usaha membina dan memajukan bandar-bandar Sepanyol merupakan suatu taktik dan strategi penting bagi mengukuhkan pengaruh Islam dari segi politik. Peradaban Islam adalah berasaskan akidah. Aspek perbandaran merupakan ciri terpenting dalam kehidupan orang Islam di Sepanyol. Namun terdapat juga aspek-aspek negatif dari kehidupan di bandar. ekonomi. global dan integral. Masjid yang teragung di Sepanyol ialah Masjid Cordova. Pembinaan kota Cordova. Akidah Islam adalah berbentuk universal.ii) Iktibar Dari Sejarah Orang Islam Andalus (Sepanyol) telah berjaya mencipta sejarah dari segi politik dan peradaban yang tinggi dalam bidang keagamaan. Tegasnya dari bandar orang Islam mula berkuasa dan mengambil alih pemerintahan dan diperluaskan ke desa-desa. Terdapat banyak bandar orang Islam yang baru dibina atau sudah sedia ada tetapi diperbaharui di Sepanyol seperti bandar Cordova. Di bandar terdapat ramai penduduk dan kemudahan-kemudahan yang diperlukan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti untuk keperluan masyarakat dan negara. Istana khalifah juga mencerminkan seni ukir dan seni bina Islam. Granada dan Seville. Istana yang paling indah dan agung ialah Istana al-Hamra‟ (Alhambra) yang terletak di bandar Granada (Gharnatah). Ciri-ciri kebudayaan dan kemewahan yang terdapat di bandar boleh membawa keruntuhan akhlak penduduknya. (Surah al-Naml ayat 48) Mereka yang tinggal di bandar termasuklah kaum elit dan raja.

Perbalahan dan peperangan sesama sendiri mengakibatkan kerugian besar dari segi nyawa dan harta benda.“Sesungguhnya raja-raja apabila mereka memasuki sesebuah kampong mereka membinasakannya dan penduduknya yang mulia dijadikan hina. Ramai dikalangan pemimpin Islam yang terjerumus ke lembah kehinaan. Beberapa disiplin ilmu baru telah dikembangkan dan beberapa penemuan baru telah ditemui hasil . Navarre dan Aragon telah bersatu tenaga untuk menyerang kerajaan al-Muwahhidun dan wilayah-wilayah lain yang diperintahkan oleh orang Islam. Mereka mampu menghasilkan karya-karya sendiri dan mampu menyumbang dan menyebarkan ilmuilmu itu kepada masyarakat di seluruh pelusuk dunia. mereka lebih mementingkan hiburan. Perancangan ini telah dilaksanakan. Orang Kristian yang dilihat pada lahirnya baik dan jujur. Leon. sedang dilaksanakan dan terus dilaksanakan pada masa-masa akan datang. Tentera Salib telah meraih kemenangan besar dalam peperangan di Los Navas de Tolosa. tamak dan mementingkan diri sendiri. (Mahayuddin 1990: 222). keseronokan dan kebendaan daripada menjalankan tugas dan tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. Mereka sentiasa mencari peluang untuk memusnahkan orang Islam. Dalam keadaan berpecah ini umat Islam telah kehilangan kekuatan politik dan menjadi semakin lemah. Pada bulan Julai 1212M tentera Salib (Kristian) dari Castile. 3. mempunyai perancangan dan niat jahat terhadap Islam. Selama beberapa abad umat Islam menjuarai dunia menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan. dan demikian pulalah yang akan mereka lakukan”. Orang Kristian telah mengambil kesempatan daripada perpecahan yang berlaku ini. (Surah al Naml ayat 34) Pengaruh budaya Barat yang tersebar luas di kawasan bandar Sepanyol telah memberi kesan negatif terhadap kehidupan penduduknya. Justeru itu timbul perbalahan dan akhirnya berpecah sesama sendiri. Kemenangan tentera Salib ini merupakan titik tolak kejatuhan pemerintahan Islam di Andalusia (Sepanyol) kerana selepas itu satu demi satu wilayah Islam jatuh ke tangan mereka. Keadaan ini telah menimbulkan sifat-sifat angkuh. Pengaruh Tamadun Islam Dalam Ilmu Pengetahuan Ajaran Islam yang menekankan betapa pentingnya ilmu pengetahuan telah menjadikan umatnya mampu menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan.

Sehingga kini penemuan sarjana Islam masih dikaji.1 Sumber. Sumber Sumber ilmu pengetahuan adalah. Prinsip dan Matlamat Keilmuan Islam a.t. Al-Quran ii Al-Sunnah iii Al-Ijtihad Al-Quran: Terdapat banyak ayat-ayat yang menyuruh manusia menyingkap tanda-tanda kebesaran Allah s. Kewujudan dan perkembangan pelbagai disiplin ilmu ini telah mempengaruhi dunia. Kimia. al-Anbiya: 23. al-Ra‟d: 3 dan lain-lain. Luqman: 20. iii. al-Rahmah: 7-9. Terdapat ayat-ayat khusus yang membabitkan disiplin tertentu seperti: i. Matematik.Biologi. al-Alaq: 2 dan lain-lain. al-Nisa‟: 11-12. alHajj: 5. Pada waktu itu dunia khususnya di Eropah berada di Zaman Kegelapan. iv. diakui atau dinafikan.daripada penyelidikan yang dilaksanakan secara berterusan dalam bidang-bidang sains dan teknologi. menggesa manusia mempelajari dan mengembangkannya. 3. Al-Sunnah: . Yasin: 38-40 dan lain-lain. Fizik. Astronomi. ii. al-A‟la: 1-3. v.w. sains kemanusiaan dan sosial dan lain-lain. al-An‟am: 97. i. Ada dalam bentuk umum dan ada dalam bentuk khusus. dipelajari dan dihayati sama ada secara langsung atau tidak.

Sebaliknya kesepaduan ilmu akan berkesinambungan dan seterusnya mencapai kedudukan yang paling tinggi iaitu keredhaan Allah s. Matlamat Ilmu Dalam Islam . c. menggesa dan menganjurkan pencarian ilmu serta melakukan segala urusan dengan cara yang sesuai dengan kepakaran yang dimiliki seperti sabda Nabi s. Ilmu-ilmu fardhu kifayah pula merupakan ilmu-ilmu yang lebih bersandarkan akal.Hadith-hadith Nabi juga ada menerangkan. tuntutan mencari ilmu adalah kewajipan keagamaan yang dibahagikan kepada fardhu „ain dan fardhu kifayah. ilmu-ilmu wahyu yang merupakan ilmu teras atau dasar yang merupakan ilmu yang tinggi kedudukannya. Menurut Imam al-Ghazali. Berasaskan hiraki ilmu Dari sudut hiraki ilmu. yang bermaksud.t. Akidah tauhid harus menjadi paksi atau tunjang kepada ilmu-ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. iii. “Kamu lebih tahu tentang urusan dunia kamu”. Prinsip Keilmuan Ia mempunyai tiga prinsip: i. Kesepaduan ilmu Idea dualisme hanya akan memberi kekeliruan dan mampu sekadar mencapai matlamat jangka pendek sahaja. Tauhid Segala disiplin ilmu mestilah terikat dengan ilmu tauhid iaitu dengan menjadikan maklumat dan ilmu itu dirujukkan kepada al-Quran. Al-Ijtihad: Penggunaan akal yang bijak telah menghasilkan ilmu-ilmu baru. ii. b.w.w. al-Sunnah dan sumber-sumber muktabar yang lain.a. Oleh itu ia di tempat kedua dari segi hirakinya. Ini sesuai dengan tuntutan mencari ilmu dalam Islam.

Untuk menguruskan dan mentadbir alam sebagai khalifah Allah. Untuk mengenali Yang Maha Pencipta iaitu Allah.Matlamat ilmu dalam Islam harus berlegar kepada beberapa tujuan tertentu iaitu: i. Sejak mereka mengenali kecemerlangan Tamadun Islam sekitar abad ke 11 Masehi. ii. Dengan sebab itu. Ini merupakan tonggak matlamat segala ilmu yang ada di atas muka bumi ini. 4. Hal ini boleh diperhatikan beberapa kesan pengaruh tamadun Islam terhadap dunia Eropah dan Barat dan dunia seluruhnya. maka semakin tinggi keinginan mereka untuk menyerap tamadun dalam kehidupan mereka . Untuk mengetahui bagaimana kehidupan sebenar yang merupakan ibadat kepada Allah. ii. Kewujudan Institusi Penterjemahan Orang-orang Eropah yang menetap di negeri-negeri Islam mengambil unsur-unsur Tamadun Islam kemudian mereka bawa pulang ke negeri masing-masing. Di samping ketekunan beribadat. Ia menjadi rebutan oleh pencinta-pencinta ilmu terutama dari blok Eropah dan Barat. Kesemua ini bertujuan bagi kepentingan umat manusia. Penubuhan Pusat Pengajian Tinggi Islam Kaum muslimin amat tekun mengkaji isi kandungan al-Quran dan al-Hadith sejak dari permulaan Islam lagi. Berbagai lapisan masyarakat datang ke tempat itu sama ada dari dalam atau luar negara seperti pelajar-pelajar dari Eropah untuk menimba pelbagai ilmu pengetahuan dari tokoh-tokoh terkenal. iv. Pemimpin Islam telah mengambil inisiatif untuk mengumpul para ilmuan di suatu tempat dan diberi upah bagi mereka yang mengajar dan membuat penyelidikan dari semasa ke semasa. antara lain: i. Untuk mengatur kehidupan beribadah menurut kepercayaan akidah yang sebenar. lahir para ilmuan dalam pelbagai bidang tersebar di seluruh pelosok dunia Islam. Akhirnya tempat itu menjadi Pusat Pengajian Tinggi Islam. iii. baik untuk keselesaan hidup di dunia mahupun mencari kebahagian di akhirat. mereka juga tidak ketinggalan dalam usaha penemuan ilmu-ilmu umum baru yang lain. Pengaruh Tamadun Islam Kepada Ilmu Pengetahuan Seperti yang ditegaskan bahawa bukti-bukti pencapaian Tamadun Islam dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan yang menyerikan zaman kegemilangan Islam adalah lahir dari ajaran Islam itu sendiri yang telah diolah oleh pemikir-pemikir Islam.

iv. Contohnya ialah istilah Sifrsifar. Buku-buku hasil karya ilmuan Islam itu dijadikan rujukan di pusat-pusat pengajian mereka di Eropah. Penubuhan universiti tersebut juga ada kaitan dengan Perang Salib kerana berlaku pemindahan ilmu pengetahuan dan kebudayaan Islam serta bahanbahan ilmiah lain yang dibawa oleh tentera-tentera salib pulang ke negara mereka. iii.w. Di antara cara-cara yang biasa dilaksanakan oleh Rasulullah s. Pada mulanya mereka hanya menterjemah ilmu-ilmu falsafah sahaja kemudian kegiatan ini diteruskan ke bidangbidang sains.a. Zero. mereka kekalkan sebagai istilah-istilah saintifik Barat sehingga dewasa ini. 4.w. Tokoh Dan Sumbangannya Rasulullah s.1 Disiplin Ilmu. Penubuhan Universiti Pertama di Eropah Penubuhan universiti yang pertama di Eropah merupakan inisiatif daripada pelajarpelajar Kristian Eropah yang telah tamat pengajian mereka di Timur (Baghdad) dan di Barat (Sepanyol). Mereka berfikir bagaimana cara supaya ilmu pengetahuan yang amat berguna itu masuk lebih cepat ke Eropah. Penggunaan Istilah Arab/Islam dalam istilah saintifik di Barat Para ilmuan Barat banyak menggunakan istilah-istilah Arab dan Islam di pusat pengajian mereka di Barat. Usaha penterjemahan buku berjalan dengan pesat kerana mereka berkemampuan menterjemahkan bukubuku bahasa Arab ke bahasa Latin dan Eropah. Akhirnya golongan ilmuan di kalangan mereka sependapat bahawa cara yang terbaik ialah penterjemahan.a.sehari-hari. Almanac-al-munakh (cuaca). untuk merealisasikan perkara di atas antaranya pada malam hari baginda banyak . Alcohol-al-kuhul dan Arsenic-al-zirnikh. Model universiti-universiti yang dibangunkan di negara mereka adalah merupakan tiruan daripada institusi-institusi pengajian tinggi Islam di Sepanyol. Kebanyakan istilah-istilah Arab dan Islam yang dikemukakan oleh ilmuan Islam pada masa dahulu. Sebahagian besar usaha penterjemahan dilakukan oleh ilmuan di Universiti Islam di Sepanyol. Sicily dan ilmuan Islam di Universiti Islam di Timur. adalah tokoh yang mengintegrasikan ilmu pengetahuan yang berbentuk duniawi dan ukhrawi tanpa wujud sebarang pemisahan di antara satu sama lain. Ini kerana mereka pernah belajar dari sarjana-sarjana Islam dan mempelajari buku-buku yang ditulis oleh mereka.

jirim antara bintang. galaksi. Oleh itu lahir tokoh-tokoh intelektual yang terbilang dalam pelbagai bidang. Baginda juga mendidik para sahabat secara langsung dengan ilmu-ilmu yang dapat mendisiplinkan mereka sehingga tidak sanggup melakukan sebarang penyelewengan dalam kehidupan bermasyarakat disebabkan mereka menguasai ilmu dunia dan akhirat dengan seimbang. Antara tokoh astronomi Islam ialah Abd al-Rahman al-Sufi (903-986M). Berikut akan dijelaskan ilmu-ilmu yang telah diterokai oleh para ilmuan Islam itu dan sumbangan yang telah mereka berikan. Para sarjana astronomi Islam Andalusia telah mencipta pelbagai alat astronomi yang belum diketahui oleh dunia sebelum itu. akhirnya melahirkan ramai tokoh ilmuan dalam pelbagai bidang. 1992. Ianya dikagumi dunia sehingga kini. Astronomi Merupakan satu cabang ilmu yang berkaitan dengan kajian bulan. Sains dan Teknologi i. Sumbangan beliau di dalam astronomi ialah mengkatalog bintang sehingga lebih dari 1000 jenis. Matematik .Andalusia tetap berjaya melahirkan ramai ahli astronomi terkenal. Contohnya Astrolab yang digunakan oleh orang Eropah sehingga kurun ke-12 Masehi untuk menentukan saiz bumi dengan lebih tepat daripada cara yang dilakukan oleh orang Greek sebelumnya.mengerjakan amal ibadah dan pada siang hari baginda bertanggungjawab dalam pentadbiran dan pengurusan negara. Ini kerana mereka mendapat galakan daripada pemerintah dalam menjalankan kajian dan pencerapan astronomi. nova dan pulsar dan apa jua bahan dan jasad yang terdapat di angkasa lepas (Baharuddin Yatim. bintang. planet. Seterusnya sebuah balai cerap yang dikenali sebagai Giralda telah dibina berhampiran dengan Masjid Seville pada tahun 1190M. Kecemerlangan keilmuan dalam Tamadun Islam di zaman silam itu. Nama bintang yang diperkenalkan oleh beliau tetap terus digunakan hingga hari ini oleh ahli sains Barat. Namun demikian nama dalam bahasa Arab telah diubahsuai dengan sebutan Eropah seperti algharab diubah jadi algorab (Mustafa Daud 1991: 262). ii. 20) Walaupun ilmu astronomi turut dicurigai oleh masyarakat umum. a. Salah satu tempat yang digunakan sebagai kajian pencerapan angkasa lepas ialah di menara masjid.

Contohnya pada zaman pemerintahan khalifah Bani Umaiyah terdapat lebih kurang 40 buah hospital di Cordova. Orang Yahudi mempelajari ilmu daripada sarjana Islam Andalusia dan mereka menjadi terkenal di merata tempat. patologi dan terapuitik. Merekalah orang pertama menggunakan Algebra dalam bidang Geometri. Mereka sentiasa berhati-hati dalam semua operasi yang dilakukan khususnya dalam bidang aetiologi. . Selain daripada itu. Beliau memberikan sumbangan dalam perkembangan ilmu matematik apabila mengemukakan asal usul angka. Perubatan Sarjana Islam Andalusia telah berjaya menghasilkan kemajuan yang amat membanggakan dalam bidang ini dan kejayaan mereka mengatasi pencapaian ahli-ahli perubatan Timur. Kitab ini dikatakan ditulis oleh beliau berdasarkan kepada matematik yang berasal dari India. iaitu kitab al-Jami‟ wa al-Tafiq bi Hisab alHind. Inilah sumbangan terbesar oleh sarjana perubatan Islam dan dunia perubatan moden terhutang budi kepadanya. Karya-karya beliau telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Prince Boniopagni. perangkaan dan matematik gunaan telah dipelopori dan diketengahkan oleh para sarjana Muslim. iii. Seseorang itu tidak dibenarkan untuk mengajar atau memperaktiskan ilmu kedoktoran tanpa diploma atau ijazah yang berkenaan. Di antara tokoh ilmu matematik Islam ialah al-Khawarizmi (780-850M). para sarjana perubatan menjadi tenaga pengajar di universiti-universiti di seluruh Andalusia. Banyak hospital awam didirikan di semua bandar penting di Andalusia. ahli-ahli perubatan Islam Andalusia telah berjaya melakukan eksperimen-eksperimen yang sukar. (Mustafa Daud 1991: 261). Algebra. Mereka bertanggungjawab mengurniakan diploma atau ijazah kepada para pelajar yang telah tamat pengajian kedoktoran. Berdasarkan teori-teori baru. Perkara ini dirakamkan di dalam kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa alMuqabalah. Al-Khawarizmi telah memperkenalkan satu teorem baru dalam matematik iaitu Algebra.Orang Islam telah mempersembahkan kepada dunia ilmu Algebra dalam bentuknya yang asli. Dengan itu Andalusia berjaya melahirkan ramai sarjana yang mempunyai kepakaran yang mendalam dalam berbagai cabang ilmu kedoktoran dan mereka telah menghasilkan karya-karya perubatan yang dilengkapi dengan ilustrasi alat-alat pembedahan. Beliau merupakan seorang ahli matematik Islam termasyhur.

kemajuan teknologi. Percubaan beliau ini menghasilkan satu kejayaan gemilang. Kegemilangan ini adalah berpunca daripada kejayaannya mengadun ajaran-ajaran al-Quran dengan ilmu sosiologi moden yang dipelajarinya di Perancis sehingga mendapat ijazah doktor falsafah (Ph. Mendefinisikan manusia dengan mengambil kira unsur biologinya sahaja merupakan satu jenayah dan penafian tentang hakikat kemanusiaan itu sendiri kerana manusia tidak dapat hidup berdasarkan kepada jasad sahaja. kemajuan komunikasi. Beliau telah meninggalkan karya yang amat dihargai oleh Barat iaitu kitab al-Taysir yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dalam tahun 1289M oleh Paravicius dengan nama Theisir. Beliau juga merupakan pakar perubatan yang termasyhur di Andalusia. Ali Syari‟ati menemukan teori perubahan sosialnya dengan meni tikberatkan tentang umat manusia itu sendiri. Istilah yang digunakan oleh beliau ialah al-nas. Di Barat beliau dikenali sebagai Avensoon. b. Ali Syari‟ati (1933 -1977M). Hal ini berpandukan kepada ayat al-Quran yang ber maksud: “Tuhan tidak akan mengubah nasib satu-satu kaum itu (kaum manusia) jika mereka sendiri tidak mahu mengubahnya. Antropologi dan Sosiologi Di kalangan ahli antropologi Barat tidak wujud keseragaman dalam memahami manusia ini kerana mengikut fahaman “humanisme” yang berkembang di Barat melalui abad ke15 hingga abad ke18 unsur kerohanian atau keagamaan tidak wujud dalam kehidupan manusia. Dengan bimbingan al-Quran. Ia dikenali sebagai Facilitation of Treatment dalam bahasa Inggeris.Di antara tokoh ilmu perubatan Islam ialah Ibn Zuhr (meninggal dunia pada 525H/1131M). Beliau berasal dari Iran dan merupakan di antara pakar sosiologi Islam mutakhir yang cuba menganalisis sosiologi dari perspektif Islam. Di antara tokoh ilmu sosiologi Islam ialah Dr. Tanpa roh manusia tidak dapat hidup. . Dr.D). Sains Kemanusiaan dan Sosial i. Menurut Islam definisi manusia yang diberikan ini adalah amat tidak lengkap.” (Surah al-Ra‟d: 11). faktor alam sekitar seperti gempa bumi dan sebagainya. Barat menyenaraikan beberapa faktor yang membawa perubahan sosial seperti penjajahan. (Mustafa Daud 1991: 203). Malah ia memerlukan roh. Keunggulan teori Dr. Ali Syari‟ati hanya dapat dilihat setelah dibandingkan dengan teori perubahan sosial Barat.

Di samping itu ada daya yang berupa intelek yang praktis yang digerakkan oleh intelek yang berbentuk teori yang kedua-duanya dapat mencetuskan daya berfikir. Islam telah memberikan sumbangan yang amat besar didalam perkembangan psikologi ini. Semua istilah ini terdapat dalam al-Quran. rohdan aql (akal) adalah empat istilah yang paling popular dalam psikologi Islam. Di Barat beliau dikenali sebagai Alpharabius. bukan secara tepat tetapi dalam bentuk kata kerja. kebaikan dan . Ia dikira sebagai era bermulanya psikologi yang bersifat saintifik. merupakan ilmu yang paling tua usianya bermula di zaman primitif lagi. iaitu „aqala yang memberi erti sebagai berfikir. Ia mempunyai berbagai-bagai makna. Ia maju setapak pada zaman Yunani kuno. Akal dikatakan oleh beliau sebagai satu gejala yang mempunyai daya kekuatan yang dapat memancarkan roh. Al-Imam Abu Mansur Al-Tahlabi telah berjaya mengumpulkan 50 istilah yang pernah digunakan oleh ahli-ahli psikologi Islam pada zaman kegemilangan Islam dahulu sepertijanin. dan daya kekuatan untuk mencari sesuatu yang dapat memberi faedah. Gelen dan sebagainya merupakan tokoh psikologi Yunani yang tidak asing lagi kepada kita. (Mustafa Daud 1991: 210). Ia membawa erti sebagai kemanusiaan pada keseluruhannya tanpa terkhusus kepada pemikiran sahaja. Terdapat juga daya perasaan dan imaginasi yang terkandung di dalam daya mengenal. Psikologi Ia adalah ilmu yang mengkaji tentang jiwa. „Aql pula diulang sebanyak 49 kali. Perkataan qalb pula diulang sebanyak 144 kali. walid. Nafs (jiwa). Beliau meninggalkan Farab (Uzbekistan. Tokoh Psikologi Islam yang utama ialah al-Farabi (meninggal pada 350/961M). Aristotles.ii. Al-Farabi ketika membicarakan masalah roh bermula dengan menghuraikan akal. rad‟i. Tokoh-tokoh seperti Plato. qalb (hati). seperti pemberian hidup. Perkataannafs diulang oleh al-Quran sebanyak 367 kali. wahyu malaikat yang membawanya dan sebagainya. iaitu dapat berfikir sesuatu yang berbentuk abstrak yang terpisah daripada kebendaan yang dapat diinderai. Rusia) untuk menuntut ilmu di Baghdad sejak kecil lagi. Dalam daya kekuatan itu terangkum di dalamnya beberapa daya yang lain seperti daya keinginan untuk hidup. Akal juga mempunyai dua bahagian kekuatan lain. baligh dan sebagainya.

dengan hancurnya jasad ditelan bumi. Sebelum Islam. Sasterawan Islam hendaklah yakin bahawa hanya nilai yang ditentukan oleh Allah sahaja yang mutlak dan terbaik. Beliau juga menghasilkan kitab akhlak yang bermutu iaitu Mulk alSabil (Tertinggal Jalan) yang mengandungi kata-kata hikmat dan ajaran akhlak. Malangnya sebahagian besar masyarakat Islam tidak menyedari bahawa dari segi prinsip dan konsepnya. semua maklumat dan ilmu adalah milik Allah. Oleh itu sumber maklumat utama yang tidak boleh diketepikan ialah al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber primer manakala sumber maklumat selainnya adalah sumber sekunder. c. Sifat asas seni sastera Islam adalah tauhid. Kesusasteraan dan Kesenian Sejak dahulu lagi manusia bersastera dengan menghasilkan berbagai bentuk puisi seperti nyanyian. Pengurusan Sumber Maklumat Dalam Islam. iii. Karya prosanya yang terkenal ialah Risalah al-Ghufran(Bingkisan Pengampunan). Al-Farabi berpendapat bahawa daya kekuatan yang kedua ini akan hancur. atau dengan sebutan lain sumber naqli (wahyu) dan sumber aqli (ijtihad). Kemudian dengan kedatangan Barat telah mengubah sama sekali dunia sastera orang Islam. di samping bentuk prosa seperti cerita-cerita penglipur lara. (Mustafa Daud 1991: 323). Sumber primer ialah sumber asal maklumat dalam Islam dan bersesuaian dengan setiap zaman.kesempurnaan jasmani seperti bagaimana mencari makan dan tempat perlindungan. Ilmu Pentadbiran dan Pengurusan i. sastera mereka dipenuhi unsur-unsur animisme terutama dalam puisi mistik. manakala sumber sekunder (alternatif) adalah sumber-sumber maklumat yang dikembangkan . Beliau adalah seorang sasterawan yang menguasai kedua-dua bidang prosa dan puisi. Sedangkan daya kekuatan yang pertama tetap kekal bersama roh dan daya kekuatan inilah juga yang akan dibangkitkan bersama roh pada hari kiamat. Ia mengandungi unsur simbolik dan sindiran yang merupakan pengalaman pengembaraan penulis di alam akhirat. seni Barat yang umumnya bersifat sekular itu tidak selaras dengan Islam. dongeng dan sebagainya. sajak dan jampi mentera. Di antara tokoh seni sastera Islam ialah al-Ma‟ari (973-1057M). Beberapa pembaharuan dapat dilihat selepas kedatangan Islam. Seni sastera Islam pula tidak diberikan tempat dalam dunia yang sekular ini.

Beliau mengkelaskan disiplin ilmu berasaskan kepada empat aspek iaitu: i. iv. Sejarah memperlihatkan betapa ramai tokoh-tokoh intelektual Islam yang terkenal menjadikan sains pengurusan maklumat dan ilmu sebagai asas kejayaan mereka dalam menguasai pelbagai bidang keilmuan. mahir dalam bidang muzik. Berhijrah lagi ke Damsyik. Berhijrah ke Nisabur dan berguru dengan Imam al-Haramain iaitu Imam al-Juwaini. .oleh pemikiran manusia hasil analisis dan sentesis daripada prinsip-prinsip al-Quran dan al-Sunnah. Bait al-Maqdis. Kemudian berhijrah ke Baghdad dan dilantik sebagai professor di Universiti Nizamiyah ketika berusia 33 tahun. Beliau dicatatkan sebagai bapa falsafah moden. Makkah. Telah menghasilkan lebih daripada 400 buah buku pelbagai bidang dan disiplin. juga diawasi oleh hati nurani yang terbina di atas kepercayaan akan adanya Allah dan perhitungan hari akhirat. Beliau adalah Abu Hamid Muhammad alGhazali. metafizik. Di antara tokoh ilmu pengurusan sumber maklumat Islam ialah al-Ghazali (1111M). Kegiatan ekonomi Islam juga selain diawasi oleh syariat. Lahir di daerah Tus di kawasan perkampungan Ghazalah. sosiologi.Kegiatannya bersifat pengabdian dan bercita-cita luhur iaitu memakmurkan bumi dan mempersiapkannya untuk kehidupan insan sebagai satu bentuk kepatuhan terhadap perintah Allah. ii. Madinah dan berkhidmat di Universiti Nizamiyah sehingga beliau meninggal dunia. matematik dan sebagainya. logik. iii. Sistem ekonomi Islam adalah sebahagian dari syariat dan erat hubungannya dengan akidah selaku dasar. Pengurusan Ekonomi Ekonomi Islam adalah suatu ilmu sains kemasyarakatan yang mengkaji tingkah laku manusia dalam soal mengguna dan mengurus sumber-sumber alam untuk kepentingan diri dan juga masyarakat bagi mendapat keredaan Allah. Ilmu Teoritikal dan Praktikal Ilmu Huduri dan Husuli Ilmu Keagamaan dan Keintelektualan Ilmu Fardhu Ain (Individu) dan Fardhu Kifayah (Kemasyarakatan) ii. Ekonomi Islam mempunyai ciri-ciri khusus yang membezakannya dari ekonomi hasil penemuan manusia.

Di antara tokoh ekonomi Islam yang terkenal ialah Ibn Taimiyah (1262-1328M). (Muhammad Nejatullah Siddiqi 1989: 106). Lebih utama lagi mereka juga merupakan ulama yang menguasai ilmu-ilmu fardhu ain seperti ilmu kalam. Di antara tulisannya ialah berhubung dengan institusi hisbah yang berperanan untuk menjaga persaingan secara saksama dan berurusan dengan jujur. pedagang dan orang tengah. Islam mesti digunakan dalam pendekatan terhadap disiplin ilmu khususnya sains kemanusiaan dan sosial seperti psikologi. Demikian juga halnya dengan Ibn Khaldun yang terkenal sebagai ahli falsafah sejarah dan ahli sosiologi. fiqh dan tasawuf. Berhubung dengan pemilikan oleh individu. Jelas sekali bahawa Islam merupakan alternatif tunggal yang dapat menyelesaikan segala permasalahan hidup manusia di dunia ini. Kelebihan ahli-ahli sains Islam ialah mereka bukan sahaja mahir sesuatu bidang malah menguasai pelbagai disiplin. Rujukan . Ibn Taimiyah membenarkan pihak berkuasa untuk memendekkan tempoh atau menarik balik pemilikan tersebut. Hal ini boleh dilakukan dengan cara penguatkuasaan peraturan-peraturan terhadap pengeluar. beliau juga menekankan supaya pihak kerajaan memenuhi keperluan asas rakyat. Ibn Rusyd contohnya bukan sahaja menguasai ilmu perubatan atau disiplin sains. tetapi beliau juga merupakan seorang ahli kimia yang termasyhur. Ibn Taimiyah membenarkan campur tangan kerajaan dalam pasaran dengan sebab menopoli. Ahli-ahli sains Islam pada zaman keemasannya dahulu telah mencapai satu tahap yang sungguh mengkagumkan dunia. Mereka telah meninggalkan warisan yang amat berharga kepada tamadun dan generasi kini. penyorokan dan spekulasi. Justeru itu. malah beliau juga menguasai falsafah yang tidak ada kaitannya dengan sains. sosiologi dan sebagainya.

.. Aidit bin Hj.Klang: Fontarz Enterprise .. Tarikh al-Muslimin wa Atharuhum fi al-Andalus. Beirut: Dar al-Kitab al-„Arabi. Shahri Abdul Rahman.. Said Ramadan. Sejarah dan Tamadun Islam di Andalus (711-1492M).. Bhd.. Azam Hamzah. Ibrahim & Mohd.. “Sejarah Commercial Press Sdn.. Shah Alam: Penerbitan Hizbi …………………1991. Fiqh al-Sirah. Tamadun Islam di Andalus (711-1492)”. Terjemahan Mohd Darus Sanawi Ali. Al-Buti.. Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar. Sumbangan Islam kepada Tamadun Dunia.. Thomas. Beirut: Dar alMa‟arif.. The Azam Bin Hamzah. Arnold. 1969... 1913..Al-Quran al-Karim Abdul Aziz Salim.. “Sumbangan Islam Kepada Tamadun Dunia dalam Ilmu dan Kecemerlangan dari Perspektif Islam”.Penyunting Ismail Hj.. 1962. Tamadun Pencapaiannya.... 1991... London: Constable and Company Ltd. Zulekha Yussof. Zuhr al-Islam.. 1987.. The Preaching of Islam. Ahmad Amin. 1990. 1988. Shah Alam: Penerbitan Hizbi. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Ghazali... Islam Konsep dan .. 1994.

UKM Chejne. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. . Pengenalan Tamadun Islam di Andalus.B. Bangi. Muslim Spain: The University of Minnesota Press. Muhammmad Ashraf. 1986.Azhar Hj. S. Encyclopedia Britanica. 1974. Tarikh al-Hukama‟. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. T. 1965. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Abdullah. 1969. Brill. Anwar G. Its History and Culture. Kaherah: Matbaah Misr Sharikat Muhasamah Misriyyah.1903.M. Ibn al-Qifti. 2002. Inan. Imamuddin. Leiden: E. Chicago: William Benton Publisher.J. Pusat Pengajian Umum. Sulaimana Noordin. Leipzig. Lahore: SH. Ali bin Yusof. Baharuddin Yatim. Sains Menurut Perspektif Islam. 1973. Nihayat al-Andalus. Md Aros. 1992. Some Aspects of the Sosio-economic and Cultural History of Muslim Spain. Azizan Baharudin. Reinhart. Irving.London: Frank Cass. 1959.Minneapolis: Dozy. 1972. Spanish Islam: A History of Moslems in Spain. Falcon of Spain.

Terj. Dra. Shah Alam: Pusat Pendidikan Lanjutan. 1960. (editor).Mahyudin Hj. 1989. . Sejarah dan Tamadun Islam. 1992. 2001. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. 1997. Mahmood. 1991. Abdullah Bin Hj. Yahaya. Mahmud. Bhd. Kuala Pustaka.Tamadun Islam dan Tamadun Alam Melayu Serta Sumbangannya Kepada Dunia. Dr. 1997. Mohd Asri Abdullah dll. 1990. The Story of Islam. Shah Alam: UPENA. Kecemerlangan Tamadun Islam Dalam Menghadapi Cabaran Abad ke 15H/21M.H. Selangor: Global Printers Sdn. UiTM. Islam di Sepanyol dan Sicily. Prosiding Seminar Tamadun Islam Peringkat Asia Tenggara. Tamadun Islam. W. Wan Kamariah Leman. Mazlah Yaacob. S. Pemikiran Lumpur: Ekonomi Dewan Islam. Daud. UiTM. Mohd Bahasa dan Mustafa Hj. Bhd. Universiti Malaya. Karachi: Oxford UniversityPress. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. W. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Nejatullah Siddiqi. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Amin Abdullah. Wista Ahmad.

ia mulai menulis karyanya yang pertama yang berjudul "Al-Majmu" yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap. Terdapat empat musim dan 12 bulan dalam setahun. dimuat dan di himpun dalam satu buku besar yang berjudul "Essai de Bibliographie Avicenna" yang dihasilkan oleh Pater Dominican di Kairo. .Kemudian ia melanjutkan menulis buku-buku lain. Antara yang terkandung dalam buku tersebut adalah buku karangan yang amat terkenal iaitu Al-Qanun Fit – Tibb. Teori-teori anatomi dan fisiologi dalam buku-buku beliau adalah menggambarkan analogi manusia terhadap negara dan mikrokosmos (dunia kecil) terhadap alam semester sebagai makrokosmos (dunia besar).KESAN DAN SUMBANGAN IBN SINA TERHADAP TAMADUN DUNIA ~ Pada usia 21 tahun.Misalnya digambarkan bahawa syurga kayangan adalah bulat dan bumi adalah persegi dan dengan demikian kepala itu bulat dan kaki itu empat persegi. ketika berada di Kawarazm.Nama-nama buku yang pernah dikarang Ibnu Sina. termasuk yang berbentuk risalah ukuran kecil.

diagnosis dan pembedahan.dengan itu manusia memiliki empat tangkai dan lengan (anggota badan) mempunyai 12 tulang sendi. Namun ini belum dapat dianggap sebagai suatu penemuan tentang srikulasi darah. ilmu perubatan berkembang maju hingga ke hari ini. Pengaruh Ibnu Sina sebagai seorang failasuf dan doktor perubatan dalam kebudayaan Eropah adalah luas. Buku karangannya al-Qanun Fit. Buku ini menjadi buku rujukan utama di universiti-universiti Eropah hingga 1500 M. Phillip K. Sementara itu "Canon of Medicine" memuatkan pernyataan yang tegas bahawa "darah mengalir secara terus-menerus dalam suatu lingkaran dan tak pernah berhenti" . Sementara itu Prof. Ilmu perubatan moden banyak mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina. Beliau melakukan method pemerhatian (observation) dan analisis. buku ini dicetak 21 kali. Pada abad ke 16 M . Penyelidikan dan penulisan ibnu sina berjaya menggilap kembali bidang perubatan yang kian malap pada masa itu.Disamping itu buku tersebut turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Misalnya di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin telah menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. manakala kandung empedu sebagai „markas pusat‟-nya. Analogi tersebut hanyalah analogi yang digambarkan antara gerakan darah dan siklus alam semesta. Perancis . sementera paru-paru adalah „menteri‟-nya. kerana bangsa cina tidak membezakan antara urat-urat darah halus (Veins) dengan pembuluh nadi (arferies). telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di berbagai universiti di Perancis. Pada abad ke 12 M Gerard Cremona yang berpindah ke Toledo. Penulis. Bukunya telah disalin (cetak ) sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew).Tibb (Peraturan Perubatan) terdiri daripada 14 jilid. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai "Ensiklopedia Kedoktoran". Hati (heart) adalah „pangeran‟-nya tubuh manusia. pergantian musim dan gerakan-gerakan tubuh tanpa peragaan secara empirik pada keadaan yang sebenarnya. Sepanyol dan Itali .Berdasarkan cara ini. Sepanyol telah menterjemahkan buku Ibnu Sina ke bahasa Latin.penulis Barat telah . dari segi pengunaan ubat. Limpa dan perut sebagai „bumbung‟ sedangkan usus merupakan sistem komunikasi dan sistem pembuangan. Leher merupakan „jendela‟-nya sang badan.

geologi. Menurut A. Ibnu Sina pernah di beri gelaran sebagai "Medicorum Principal" atau "Raja Diraja Doktor" oleh kaum Latin Skolastik. Ibnu Sina dikenali sebagai seorang saintis yang banyak memberikan saham terhadap dunia ilmu pengetahuan melalui penemuan-penemuan barunya. Antara gelaran lain yang pernah diberikan kepadanya adalah sebagai "Raja Ubat".M.Ibnu Sina merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan bagaimana sungai-sungai berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan lembah-lembah. Malahan ia mampu mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada waktu itu di mana gagal dilakukan oleh ahli Yunani dan Romani sejak dari Heredotus." Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi . Antara sumbangan beliau adalah di dalam bidang geografi. Pada waktu itu penyakit sultan dalam keadaan parah dan tidak ada doktor lain yang berjaya mengubati baginda. maka apabila ia diterajang lalu berganti rupa dikarenkan oleh sungai-sungai yang meruntuhkan pinggiran-pinggirannya.menganggap Ibnu Sina sebagai „Bapa Doktor‟ kerana Ibn u Sina telah menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen dan pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi dan pengalaman beliau sendiri. kimia serta kosmologi memang tidak dapat di sangsikan lagi. Menurut Ibnu Sina " gunung-ganang yang memang letaknya tinggi iaitu lingkungan mahupun lapisannya dari kulit bumi. Ibnu Sina menjadi "Doktor Di Raja" iaitu doktor kepada Sultan Nuh 11 bin Mansur di Bukhara pada tahun 378 H/ 997 M iaitu ketika beliau berusia 18 tahun. Buku tersebut juga telah mengajar mengenai cara-cara pembedahan dimana telah menekankan keperluan pembersihan luka. Sehinggalah berkat pertolongan yang telah di berikan oleh Ibnu Sina baginda (Sultan Nuh 11 bin Mansur) telah kembali pulih sepenuhnya. Al. puncak tertinggi dalam ilmu kedoktoran . kimia dan kosmologi. Malahan di dalam buku-buku tersebut juga dinyatakan keterangan –keterangan dengan lebih jelas di samping hiasan gambargambar dan sketsa-sketsa yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang luas. Akibat proses seperti ini. Malahan dalam dunia Islam.Qanun Fit-Tibb telah membincangkan serta mengenegahkan mengenai penyakit saraf. ia dianggap sebagai "Zenith". karangan Ibnu Sina mengenai ilmu . Aristoteles sehinggalah Protolemaious.A shushtery. maka terjadilah apa yang disebut sebagai lembah-lembah.

seimbangan humor yang berkenaan . Bapa Kimia Muslim. Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang hakim mungkin mengetahui dengan tepat penyakit yang dihinggapi di dalam tubuh si pesakit. Dalam bidang kimia . Seorang doktor tabii dari Amerika (1981) melapurkan bahawa para hakim di Afghanistan. menurut peraturan syariah maka buatlah". China.(Terjemahan). ia juga meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanafaat . nama jalan . Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Dengan cara yang sedemikan . Menurut Reuben Levy. Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (plumonary tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh menjangkit (contagious) dan dia menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalah yang timbul darinya. rumah dan keluarga disebutkan. kata Ibnu Sina "Jika anda tidak dapat mengubat penyakitnya maka temukanlah si pesakit dengan kekasihnya . India dan Parsi sanggat berkebolehan dalam denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang pelbagai . kedua ialah masa antara denyutan dan terakhir adalah kandungannya lembap diparas kulit dekat denyutan itu dsb. Setiap logam terdiri dari berbagai jenis. beliau boleh mendapati nama dan alamat kekasihnya itu melalui cara iaitu untuk menyebut banyak nama dan mengulanginya dan semasa itu jarinya diletakkan atas denyutan (pulse) apabila denyutan itu terjadi tidak teratur atau hampir-hampir berhenti . seseorang itu hendaklah mengulang proses tersebut. Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat beberapa perjumpaan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatics "psychosomatic medicine".pertambangan (mineral) menjadi sumber geologi di Eropah. Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa detik sahaja ketidak . Ibnu Sina telah menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain. Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipratikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan. Penerangan tersebut telah memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabbir Ibnu Hayyan . Selepas itu . .Ini merangkumi kuat atau denyutan yang lemah. Apabila pesakit mempunyai sakit jiwa disebabkan oleh pemisahan daripada kekasihnya . Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind) atas jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi.Ibnu Sina menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan.

.Beliau telah menghasilkan 250 buah karya dan masih kekal hingga ke hari ini dan termasuklah 116 buah karyanya dalam bidang "Ilmu Perubatan. Karya Qanun itu telah mempunyai pengaruh yang asas dalam ilmu perubatan di Eropah pada zaman Renaissance dan telah menjadi buku rujukan yang utama di universitiuniversiti Eropah hingga ke abad 17 M. Banyak karyanya ditulis dalam bahasa Arab dan juga beberapa dalam bahasa Parsi. paling selalu dicetak di Eropah pada zaman "Renaissance". "Qanun Fitt Tibb" adalah karyanya yang termasyur .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->