You are on page 1of 21

PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI

Definisi Fonetik

Kamus Dewan: fonetik ialah ilmu bahasa (llinguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Merriam Websters Collengiate Dictionary: fonetik dikatakan sebagai the system of speech sounds of a language or group of languages. Kamus Oxford Advanced Learners Dictionanry of current English: fonetik merupakan the study of speech sounds and their production. Kamus The World Book of Dictionanry: an fonetik sebagai the science dealing with sounds made in speech and the art of pronunciation.concerned with the production of these speech sounds by the articulating organs of the speaker, the sound waves in which they result, and the auditory effect they produce on the hearer.

Kamus Collins Shorter English Dictionary: fonetik sebagai the science that deals with pronunciation and the representation of the sounds of speech. Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana, 1984:51) memberikan definisi fonetik sebagai ilmu yang menyelidiki penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa. Encyclopedia Americana: fonetik sebagai the science that investigates the sounds made by the speech organs, seeking to describe them, account for their production, and classify them. Kamus Collins Shorter English Dictionary: fonetik sebagai the science that deals with pronunciation and the representation of the sounds of speech.

Definisi Fonologi

Kamus Dewan: Fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa.( Merriam Websters Collegaite Dictionanry : the science of speech sounds including, especially the history and theory of sound changes in a language or in two or more related languages. Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51) memberikan definisi fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyibunyi bahasa mengikut fungsinya. Kamus oxford Advanced Learners Dictionanry of Current English (1992:671) memberi pengertian fonologi sebagai the study of the systems of speech sounds,especially in a particular language.

Kamus Chamber Family Dictionary (1990:572) menghuraikan fonologi sebagai the study of system of sounds in language and of the history of their changes
Abdullah Hassan pula dalam bukunya Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia menyatakan bahawa fonologi mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu.

Bunyi-bunyi Bahasa Melayu

Bunyi vokal Bunyi konsonan

Bunyi-bunyi Vokal Melayu

Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal dalam bahasa Melayu. Ini diterapkan dalam rajah berikut. Vokal Melayu

Ada empat vokal depan dalam bahasa Melayu.[i],[e], [] dan [a]; tiga vokal belakang,[u],[o] dan[ ]dan satu vokal tengah, iaitu []. vokal-vokal ini tidak betul-betul menyerupai vokal kardinal sepenuhnya.Walau bagaimanapun, vokal Melayu ini dapat dijelaskan menurut persamaannya dengan vokal-vokal kardinal.

Bunyi-bunyi vokal

Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Dengan kata lain, bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti bersuara, udara keluar dari paruparu berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran.

Penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu iaitu

keadaan bibir > sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat > sama ada depan lidah atau belakang lidah, turun naik lidah > sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut,>

Selain vokal terdapat juga separuh vokal, diftong dan vokal rangkap.

keadaan glotis > glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari pru-paru pita suara bergetar.

sama ada dinaikkan dan udara dari paru-paru keluar melaui rongga mulut sahaja (menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-paru keluar melaui rongga mulut dan juga rongga hidung (menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengauan) dan

Separuh vokal

Bunyi separuh vokal mempunyai ciri-ciri bunyi vokal , tetapi tidak merupakan vokal sepenuhnya. Sewaktu menghasilkan bunyi-bunyi separuh vokal, alat-alat artikulasi, iaitu lidah dan bibir, berada pada suatu kedudukan, kemudian dengan segera beubah kepada kedudukan vokal lain yang berlaku secara geluncuran. Separuh vokal tidak digolongkan ke dalam golongan vokal tetapi sebagai konsonan. Contoh separuh vokal ialah /w/ dan /y/.

Diftong

Diftong ialah urutan yang salah satunya terdiri daripada vokal penuh dan lainya geluncuran. Penghasilan urutan vokal ini merupakan satu hembusan nafas sahaja dan mempunyai satu puncak kelantangan. Bunyi diftong dilambangkan dengan dua lambang vokal misalnya /ai/, /oi/ dan /au/. Vokal pertama menunjukkan keadaan lidah pasa masa mula-mula hendak menyebut diftong Vokal kedua menunjukkan keadaan lidah pada akhir sebutan diftong.

Diftong Melayu

Diftong sebenarnya terbentuk daripada bunyi vokal yang menggeluncur. Maksudya, sebutan sebuah vokal itu digabungkan dengan sebuah vokal lain. Contoh diftong [ai].Bunyi vokal itu bermula dengan vokal [a] dan sebutannya diteruskan menggeluncurkan kepada vokal [i], menyebabkan vokal [a] dan [i] bergabung menjadi [ai] sebagai satu bunyi. Dalam bahasa Melayu ada tiga buah diftong, iaitu [ai],[au] dan [oi]. Diftong ini adalah berbeza daripada rentetan vokal (vokal rangkap). Diftong membentuk satu suku kata seperti dalam perkataan pandai [pan-dai], tetapi rentetan vokal membentuk suku kata yang berlainan seperti dalam perkataan sukai [su-ka-i] [da-un]

Vokal Rangkap

Vokal rangkap ialah urutan dua vokal penuh, dan tiap-tiap vokal merupakan vokal penuh yang tersendiri.

Misalnya daun dan lain. Dalam daun, misalnya a dan u ialah dua vokal penuh dan perkataan ini terdiri daripada dua suku kata iaitu da dan un.

Dalam perkataan lain 2 vokal berturut-turut dalam satu perkataan

Depan

Tengah

Belakang

sempit

i o

Separuh sempit

e
Separuh luas

Luas

Cara menghasilkan bunyi-bunyi vokal


Vokal [i](depan sempit)

Untuk menghasilkannya, hujung lidah diletakkan paling tinggi di hadapan mulut tetapi tidak menyekat arus udara dari paruparu. Bibir dihamparkan/leper. Glotis dirapatkan, lelangit lembut dinaikkan, udara ditekan keluar dari paru-paru pada pita suara bergetar. Contoh kehadiran dalam perkataan:

pelita ikan tidur

jahitan hasil pahit

Vokal [e](depan separuh sempit)


Untuk menghasilkannya, hujung lidah diturunkan kira-kira 1/3 daripada kedudukannya semasa menghasikan vokal depan sempit [i] lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. 2 Bibir dihamparkan/leperkan dan glotis dirapatkan. Lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar, Contoh kehadiran dalam perkataan: /eko/ /tauge/ /peta?/ /geser/ /mereka/ /selesa/

Vokal [](depan separuh luas/lapang)


Untuk menghasikannya, hujung lidah diturunkn kira-kira 1/3 dari kedudukan depan separuh sempit (e) dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dihamparkan/leper, glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. Vokal ini hadir dalam beberapa dialek. Dalam bahasa baku, vokal ini merupakan kelainan bagi vokal [e], misalnya: []

untuk

[elo?]

Vokal [a](vokal depan luas)


Untuk menghasilkannya, depan lidah diturunkan serendah-rendahnya dalam rongga mulut dan udara dari paru-paru lalu tanpa sekatan. Bibir dihamparkan/leper, glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari pru-paru dn pita suara bergetar. Contoh kehadiran dalam perkataan: /atur/ /dia/ /pagi/ /usang/ /pelangi/ /peluang/

Vokal [u](belakang sempit)


Untuk menghasilkannya, belakang lidah dinaikan setinggi-tinggi mungkin, tetapi tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dibundarkan/bulat , glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dai paru-paru dan pita suara bergetar. Contoh penggunaan dalam perkataan: /ular/ /haru/ /gunti / /tikus/ /beruwa /

Vokal [o](belakang separuh sempit)


Untuk menghasilkanya, belakang lidah diturunkan kira-kira satu pertiga daripada kedudukan semasa menghasilkan bunyi vokal belakang sempit [u], dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dibundarkan/bulat , glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan . Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. Contoh kehadiran dalam perkataan: oleh pidato boleh kuno celoteh pleno

Vokal [] belakang separuh luas


Untuk menghasilkannya, belakang lidah diturunkan dua pertiga daripada kedudukannya semasa menghasilkan vokal [u], dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dibundarkan/bulat, glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. Seperti vokal [], vokal [ ]hadir dalam dialek-dialek dan dalam bahasa baku merupakan kelainan bagi vokal [o], misalnya [leh] untuk [oleh].

You might also like