P. 1
kbsr semakan semula

kbsr semakan semula

|Views: 26|Likes:
Published by airies92

More info:

Published by: airies92 on Aug 14, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/18/2014

pdf

text

original

GURU - KINI BEBANAN YANG CUKUP MEMBEBANKAN Kini " pendidikan " sudah cukup celaru dengan berbagai perubahan yang

ingin di laksanakan, semuanya untuk penambahbaikan. Cuba kita perhatikan perubahan dasar yang dilaksankan dalam pendidikan. Sejak 1983 mula di laksanaka KBSR ( Kurikulum Baru Sekolah Rendah ) dan dasar ini bertahan hanya 10 tahun saja kerana mulai 1993 dari Kurikulum Baru ianya di tukarkan ke Kurikulum Bersepadu. Belum pun cukup " puas " dengan dasar ini semakan semula pada 2003 telah mengubah terus dari penggunaan Bahasa Melayu terus menggunakan Bahasa Inggeris, walaupun ianya hanya untuk 2 matapelajaran - Sains dan Matematik - PPSMI ( Pengejaran dan Pembelajaran Sains & Matemtik Bahasa Inggeris ). Keujudan PPSMI seolah-olah berjaya menenggelamkan KBSR itu sendiri - sedangkan perubahan dasar pada 2003 itu hanyalah satu semakan, tapi pelaksanaan PPSMI berjaya menidakkan kekuatan KBSR itu sendiri. Pelaksanaan PPSMI telah menambahkan bebenan kerja kepada guru itu sendiri. Kekurangan guru yang " petah " dalam bahasa Inggeris telah menyebabkan hampir 100% guru perlu mengahadiri kursus khusus untuk penguasaan bahasa Inggeris. Dari Sekolah rendah hinggah ke menengah.

Akhirnya kini di ubah lagi ke KSSR - kurikulum Standar Sekolah Rendah. Sedangkan pengisian dan pelaksanaannya seperti KLSR ( kurikulum Lama Sekolah Rendah ) zaman sebelum KBSR.

Setalah kurikulum sentiasa terumbang ambing dalam pengurusannya kini pihak kementerian yang sudah pun memahami keadaan sebenar bebanan tugas yang di pikul oleh kalangn guru sedang berusaha untuk mengubah masa kerja guru pula.

Memang tidak dinafikan " HAK " kerja kakitangan awam adalah 8 jam sehari dan ianya tidak terkecuali pada " kaum pendidik ". Atau apakah kakitangan awam lain rasa cemburu kaitan dengan masa kerja guru cuma " separuh hari " atau benarkan mereka ( guru ) hanya kerja separuh hari? Cuba lihat penjadual ini:

penyediaan soalan ujian ( bulanan. penyediaan lambaran kerja. dan semua kerja-kerja perkeranian di tugaskan kepada penjawat yang lain.30 . perkehmahan unit berunifom. sukatan matematik telah disemak semula. semester dan akhir tahun ) Satu ketika dulu pernah di sarankan agar di kaji beban tugas ini tapi ian. atau pun di berikan " pertolongan " kepada guru agar mereka melaksanakan kerja-kerja akademik sahaja.1. kemahirannya disusun dari mudah kepada susah secara hiraki. Tajuk. Bagi setiap tajuk.45 pg . PERKEMBANGAN KURIKULUM MATEMATIK DI MALAYSIA Sukatan Matematik Sekolah Rendah (1998) Berikutan pelancaran Sekolah Bestari (1995) dan memenuhi keperluan IT (Teknologi Maklumat) seperti yang terdapat dalam cabaran visi 2020. Selain dari memikirkan inisiatif untuk mereka. Semakan sukatan matematik pada tahun 1998 mempastikan pelajar menguasai kemahiran asas matematik dan dapat menggunakannya dalam situasi harian sepenuhnya.Kelas bermula 7. Juga terlibat cara langsung dengan kelas tambahan. Jawatankuasa yang berkenaan telah mengagihkan kemahiran belajar yang diperlukan kepada sembilan tajuk utama.50 ptg.15 ptg.semakan buku.tajuknya ialah nombor bulat dan . Apa rasionalnya. kelas masa cuti Selain itu kerja-kerja hakiki untuk menyediakan keperluan pengajaran . Cara ini kalangan guru dapat memberikan fokus secara maksima kepada pembangunan pendidikan pengarjaran itu sendiri.ya hilang bagitu sahaja sebaliknya kini masa yang ditetapkan untuk kakitangan awam dari 8 jam tapi bagi kalangan guru di jadikan 9 jam.5. Adalah disarankan agar pihak kerajaan boleh memikirkan kaeadah bagaimana untuk meringankan bebanan ini dengan penambahan kakitangan guru. Kokurikulum 3.

pecahan dan operasi asas. globalisasi dan pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). program KBSR disemak semula untuk melihat kekuatan dan kelemahannya. Pengubahsuaian Dalam Sukatan KBSR Program KBSR memulakan percubaannya dalam tahun 1982 sementara KBSM dilaksanakan berperingkat-peringkat mulai tahun 1988. perubahan ini bertujuan supaya pelajar dapat mengakses maklumat untuk tujuan pembelajaran dengan mudah. Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah mula dilaksanakan untuk pelajar Tingakatan 1.operasi asas. 4 dan 6 rendah. Akibatnya KBSR. Dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik. ukuran panjang dan berat. wang. Draf baru sukatan Tahun 1 disediakan pada November 1992 dan kemudian dilaksanakan pada Disember 1994. ruang. Selepas tahun 1988. purata. seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. Pada bulan Januari 2003. Pengubahsuaian dan perubahan yang berlaku dalam perkembangan kurikulum pendidikan matematik bukan hanya bertujuan untuk menambahbaik dan menyelesaikan kelemahan yang terdapat dalam kurikulum terdahulu malahan merupakan tuntutan untuk merealisasikan objektif dan aspirasi seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020. peratus dan graf. yang dikenali sebagai KurikulumBaru Sekolah Rendah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah untuk mencerminkan matlamat dan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020. Antara perubahan besar dalam KBSR ialah i) penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran ii) penguasaan dan aplikasi kemahiran asas dalam aktiviti harian iii) menyusun semula kemahiran belajar daripada yang paling atas kepada yang paling kompleks mengikut topik iv) mengulang kaji sukatan bagi setiap mata pelajaran v) mengintegrasikan penyelesaian masalah dan arithmetik perniagaan ke dalam topik . perpuluhan dan operasi asas.

Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah mulai Januari 2003 serta viii) pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains Semakan semula pada KBSR (1999) telah dibuat pada tahun 2002 implikasi daripada Dasar Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Dasar ini digubal berasaskan hakikat bahawa Sains dan Matematik adalah bidang ilmu yang sangat dinamik dengan pelbagai penemuan baru dan sebahagian besar maklumat yang berkaitan dengannya terdapat dalam Bahasa Inggeris. Secara umumnya. perubahan besar penggunaan KBSR dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah.berkaitan seperti wang. . Sains dan semua matapelajaran teknikal bagi Tahun 1 sekolah rendah. Matlamat akhir dasar ini adalah membolehkan murid mengakses maklumat yang berkaitan melalui pelbagai media supaya mereka mampu menguasai ilmu Sains dan Matematik dan lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa di samping melahirkan generasi yang kukuh dalam penggunaan bahasa Inggeris (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 11/2002). ukuran panjang dan berat vi) mata pelajaran Alam dan Manusia dibahagikan kepada dua matapelajaran iaitu Sains dan Kajian Tempatan vii) pengunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik.

ukuran panjang dan berat (e) mata pelajaran Alam dan Manusia dibahagikan kepada dua matapelajaran iaitu Sains dan Kajian Tempatan (f) pengunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik. Sains dan semua matapelajaran teknikal bagi Tahun 1 sekolah rendah. penambahbaikan dalam KBSR telah dilakukan dalam sistem pendidikan negara dengan . (g) pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains.(a) penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran (b) penguasaan dan aplikasi kemahiran asas dalam aktiviti harian (c) menyusun semula kemahiran belajar daripada yang paling atas kepada yang paling kompleks mengikut topik mengulang kaji sukatan bagi setiap mata pelajaran (d) mengintegrasikan penyelesaian masalah dan arithmetik perniagaan ke dalam topik berkaitan seperti wang. Sehubungan dengan itu. RUMUSAN Perubahan dalam arus globalisasi memerlukan perubahan yang seimbang dengan kurikulum pendidikan di negara ini. Bertujuan agar murid-murid yang menjadi pelapis generasi akan datang tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dunia.

Dapatan kajian ini membuktikan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan sepertimana yang dihasratkan. KENYATAAN AKHBAR YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA DAN MENTERI PELAJARAN MENGENAI PELAKSANAAN SOFT-LANDING PPSMI KEKURANGAN Kajian Kementerian Pelajaran ke atas semua sekolah di bawah Kementerian menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Malaysia. kurang 9 peratus daripada jumlah kelas di 2. kurang 5 peratus daripada jumlah kelas di 7. pengalaman guru dan amalan di bilik darjah serta temubual murid-murid mendapati murid sukar memahami matapelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris.192 buah sekolah menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains. kebanyakan murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Malaysia. Manakala di peringkat sekolah menengah. Hasil kajian lapangan yang dijalankan oleh Kementerian dengan mengumpulkan maklumat melalui pemerhatian di dalam kelas. Murid mengambil masa yang lama untuk .mewujudkan KSSR secara berperingkat-peringkat dengan harapan dapat memenuhi aspirasi negara ke arah negara maju. Dapatan kajian menunjukkan.495 buah sekolah rendah menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains. Berdasarkan dapatan ini.

penambahbaikan kurikulum bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). . pengambilan penutur jati bagi meningkatkan kapasiti pensyarah dan guru Bahasa Inggeris. Oleh yang demikian.memahami konsep matematik dan sains kerana mereka tidak faham bahasa Inggeris. kelas berdasarkan Sistem Set. penyediaan guru. ilmu sains dan matematik di kalangan pelajar serta mendaulatkan bahasa kebangsaan. sebahagian besar murid di negara kita tidak akan dapat menguasai ilmu matematik dan sains dengan baik dan mereka akan terus ketinggalan. sekiranya PPSMI diteruskan. Ini memaksa guru-guru untuk mengajar dalam bahasa Malaysia supaya murid dapat memahami kedua-dua matapelajaran tersebut. Kerajaan berharap pemansuhan PPSMI dan pelaksanaan dasar MBMMBI dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Kementerian Pelajaran juga sedang mengkaji beberapa inisatif baru untuk dilaksanakan seperti program Oracy Skills (OPS-ENG) yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan lisan dalam kalangan murid. INISIATIF KERAJAAN Pemansuhan PPSMI tidak bermakna kerajaan mengabaikan kepentingan penguasaan bahasa Inggeris. tetapi juga di bandar. Di bawah dasar MBMMBI. Masalah seperti ini bukan sahaja dialami oleh sekolah-sekolah di luar bandar. Kementerian sedang melaksanakan pelbagai inisiatif baru yang lebih efektif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid. pembangunan profesionalisme guru dan kecekapan pengurusan panitia bahasa Inggeris di sekolah. Antara inisiatif tersebut ialah penambahan masa pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. penyediaan bahan sokongan yang berkualiti seperti bahan bacaan tambahan dan bahan digital bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. peningkatan kualiti dan kepelbagaian bahan pengajaran.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->