P. 1
Jantung - Struktur Dan Fungsi

Jantung - Struktur Dan Fungsi

|Views: 41|Likes:

More info:

Published by: Nuraishah Kamaruddin on Aug 14, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/04/2014

pdf

text

original

Jantung adalah salah satu organ yang penting dalam badan manusia.

Jantung merupakan pam yang mengedarkan darah ke seluruh badan. Darah diedarkan ke seluruh badan agar badan mendapat oksigen yang secukupnya.

Kedudukan Jantung Dalam Badan
Jantung adalah organ yang mempunyai ruang kosong, berbentuk kon, terletak diantara peparu dan di belakang tulang rusuk. Terdapat beberapa bahagian penting seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah 1.

Gambarajah 1
[Nota - Gambarajah menunjukkan gambar pesakit ini menghadap anda, jadi tanda kanan dan kiri nampak terbalik]

Bucu jantung menghala ke bawah dan ke sebelah kiri. Biasanya berukuran 5 inci (12 cm) panjang, 3.5 inci lebar (8-9 cm) dan 2.5 inci (6 cm) tebal atau secara ringkasnya sebesar tangan anda yang digenggam. Beratnya dalam 30-35 gram iaitu merangkumi 0.5% berat anda. Jantung mempunyai 3 lapisan. Lapisan paling dalam adalah endocardium. Lapisan tengah pula dikenali sebagai myocardium dan lapisan yang paling luar adalah pericardium.

Injap dan Ruang Dalam Jantung
Jantung terbahagi kepada 4 bahagian (lihat gambarajah 2): 1. Atrium Kanan (AK) 2. Ventrikel Kanan (VK) 3. Atrium Kiri (AR)

atrium kanan dan kiri mengecut dengan serentak lantas mengisi darah ke dalam ventrikel kiri dan kanan. Jantung mengecut dalam dua peringkat. darah akan mengisi semula ruang dalam jantung. 5. Apabila jantung mengecut. 7. Mitral valve . ia mengepam darah keluar dari jantung. Kemudian.Injap Trikuspid. .Injap Aorta. injap akan tertutup untuk menghalang darah dari mengalir ke arah yang bertentangan. Ventrikel Kiri (VR) Gambarajah 2 Setiap satu ruang mempunyai injap sehala yang menghalang aliran balik darah. Tricuspid valve . Denyutan Jantung Apabila jantung mengecut (sistol). Apabila jantung berehat (diastol).4. kedua-dua ventrikel mengecut untuk mengepam darah keluar dari jantung. 6. Pulmonary valve . 4. Peringkat pertama. Aortic valve .Injap Pulmonari.Injap Mitral (Bikuspid). injap aka terbuka dan apabila jantung selesai mengembang.

Bahagian kiri pula mengambil darah beroksigen dari peparu dan mengepamnya ke seluruh badan untuk sel mendapat oksigen secukupnya agar badan dapat berfungsi dengan sempurna. Pengaliran Darah Darah mengalir masuk ke jantung melalui bahagian kanan jantung menerusi dua vena iaitu: Vena Kava Superior (VKS) dan Vena Kava Inferior (VKI) (lihat gambarajah 3). VKS mengambil darah dari bahagian atas badan. Bahagian kanan mengumpul darah ternyahoksigen dari badan dan mengepamnya ke jantung untuk memungut oksigen dan membuang karbon dioksida.Bahagian kanan dan kiri jantung mempunyai fungsi yang berlainan. Gambarajah 3 . Ventrikel kanan mengecut dan darah dipam ke injap pulmonari (6) terus ke arteri pulmonari (7) dan masuk ke dalam peparu untuk mengambil oksigen. VKI mengambil darah dari bahagian bawah badan. darah akan melalui injap trikuspid (4) dan masuk ke ventrikel kanan (5). Darah yang melalui dua vena ini akan masuk ke atrium kanan. Apabila atrium kanan mengecut.

Apabila atrium kiri mengecut.Injap trikuspid .Injap bulan sabit . Nod Sinoarteri (SA node) ini menghasilkan degup jantung secara normal. Ini menghasilkan impuls elektrik lalu menyebabkan jantung mengecut.Injap aorta aorta .Peparu Darah menyerap oksigen dari peparu. Ventrikel kiri adalah ruang yang paling penting kerana mengepam darah ke injap aorta (12) dan terus ke aorta (13).Injap bikuspid .Atrium kanan . kemudian mengalir: • Vena pulmonari . . tiap-tiap jam dan tiap-tiap hari? Jawapan adalah kerana terdapat satu sel khas yang mempunyai keupayaan untuk menghasilkan elektrik secara sendiri. Ia terletak di atrium kanan.Arteri Pulmonari . peredaran darah adalah seperti berikut: • Vena kava . darah mengalir melalui injap bikuspid (10) dan ke ventrikel kiri(11). Sel ini memisahkan partikel yang mempunyai cas.Darah kemudiannya kembali ke jantung dari peparu melalui vena pulmonari (8) dan masuk ke atrium kiri (9).Atrium kiri . sel ini secara spontan melepaskan cas ini ke sel-sel yang berdekatan.Ventrikel kanan . jantung juga mempunyai gentian khas yang membawa arus elektrik dari nod sinoarteri ke seluruh jantung (lihat gambarajah 4). Secara ringkasnya. Kemudian.badan Sistem Elektrik Pernahkah anda terfikir bagaimana jantung anda boleh berdegup? Macamana degupan itu boleh berlaku secara automatik. Sel ini bekerja secara berterusan untuk menghasilkan degupan yang biasanya 72 kali seminit. Ventrikel kiri mempunyai otot yang lebih tebal kerana perlu mengepam darah ke seluruh badan dan mempunyai tekanan yang lebih tinggi dalam keseluruhan sistem peredaran darah.Ventrikel kiri .

ia boleh berdegup sebanyak 2.Gambarajah 4 Impul elektrik ini bergerak dari nod sinoarteri (1) ke atrium kiri dan kanan.04 saat. Bunyi yang kedua (dub) adalah disebabkan oleh pergerakan darah akibat penutupan injap sabit dan injap pulmonik. ia boleh berdegup sebanyak 100. bunyi lub-dub akan kedengaran. Proses ini mengambil masa 0. Dalam setahun. Selepas itu. Kemudian ia terbahagi kepada cabang kiri dan kanan (4) dimana ia bergerak dengan pantas menuju ke gentian Purkinje (5) lalu menyebabkan ventrikel kanan dan kiri mengecut.5 billion kali. impuls elektrik ini bergerak ke Nod Atrioventrikular (AV node) (2) dan terus ke Bundle of His (3). Pada satu-satu hari. dan apabila umur anda mencapai 70 tahun. Berapakah degupan jantung anda seminit? Degupan jantung yang normal adalah 72 kali seminit. Maklumat Menarik Mengenai Jantung Apa yang menyebabkan degupan jantung anda mempunyai bunyi? Apabila doktor mengesan degupan jantung anda.000 kali. Bunyi yang pertama (lub) adalah akibat pergerakan darah apabila melalui injap trikuspid dan injap bikuspid semasa injap ini tertutup. menyebabkan kedua-dua atrium ini mengecut. . ia berdegup sebanyak 38 juta kali.

Ini adalah carta untuk degupan jantung pada umur yang berlainan: Umur 3 bulan 6 bulan 1 tahun 2 tahun 3 tahun 4 tahun 6 tahun 8 tahun 12 tahun dewasa Degupan 140 130 120 115 100 100 100 90 85 60 .100 Baru lahir 130 .Adakah degupan jantung anda akan berubah apabila anda semakin tua? Degupan jantung memang berubah apabila anda meningkat tua.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->