You are on page 1of 7

Kaedah Membentuk dan Membuat Binaan

Pendahuluan - Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.

Kaedah Membentuk dan Membuat Binaan


Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti: - Alat dan Bahan Penggunaan alat dan bahan yang sesuai seperti tanah liat, plastersin, kertas tumbuk, serbuk papan, kertas yang sesuai untuk origami, kayu, tanah liat, sabun dan sebagainya - Teknik-Teknik Membentuk dan Membuat Binaan. Antaranya ialah melalui teknik picitan, lipatan, potongan, cantuman, pembungkusan, guntingan, luakan dan sebagainya.

Kaedah Membentuk dan Membuat Binaan : Arca Mobail


- Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. - Bahagian-bahagian dicantum untuk membentuk satu kesatuan. - Digantung untuk menjadikan objek bergerak, berputar atau berombak.

- Teknik yang biasa digunakan untuk menghasilkan arca mobail adalah kimpalan, gam, skru dan lipatan. - Mobail biasanya digantung di atas siling. - Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar atau berombak. Ianya boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

Kaedah Membentuk dan Membuat Binaan : Diorama


Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Bahan-bahan yang selalunya digunakan untuk menhasilkan diorama adalah seperti kotak kosong, gam, pengokot , pita pelekat, plastisin, kertas warna, plastik lutsinar, benang dan bahan hiasan yang sesuai Gubahan himpunan objek konkrit yang bertemakan sesuatu cerita, maklumat, fenomena atau peristiwa.

Teknik yang lazimnya digunakan dalam penghasilan diorama adalah cantuman, gam dan kimpalan. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yang ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi. Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut.

Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . Bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.

You might also like