You are on page 1of 4

Bincangkan kepentingan menguasai kandungan bidang kajian ilmu sintaksis dalam kalangan guru bahasa Melayu.

Perbincangan mestilah dibuktikan dengan hujahhujah yang konkrit. (50 markah) MUHAMMAD FAKHRI BIN RAMLI PISMP BM/PJ/PSV

Dalam bahasa Melayu terdapat pelbagai pecahan bidang mengkaji bahasa, antaranya bidang Fonetik dn Fonologi, Morfologi dan Sintaksis. Setiap bidang mempunyai tugas yang tersendiri, seperti bidang sintaksis yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Selain itu, bidang sintaksis juga berkaitan dengan rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan. Penelitian terhadap korpus sesuatu bahasa tidak lengkap jika kita tidak meneliti sintaksis. Jadi sebagai seorang guru bahasa, kepentingan dalam menguasai ilmu sintaksis perlu dititikberatkan. Seorang guru bahasa merupakan mentor, idola, fasilitator, pengajar, pembimbing dan pendidik bahasa kepada muridmurid / anak didiknya. Oleh itu, seseorang guru bahasa perlu mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang mendalam terhadap bahasa yang diajarkannya. Rasionalnya, apabila seseorang guru bahasa itu dapat menguasai selok belok bahasa yang diajar, guru tersebut tidak mempunyai masalah dalam menghuraikan sebarang yang diutarakan semasa proses pembelajaran berlaku. Antara

pengetahuan dan penguasaan yang penting dalam bahasa ialah kefahaman tentang sintaksis, hal ini kerana bahasa terdiri daripada ayat-ayat, tetapi sintaksis pula berhubung dengan bagaimana hendak membentuk ayat seperti mengkaji dan mengetahui struktur binaan ayat yang terbentuk daripada susunan beberapa unit kecil rangkai kata. Tanpa pengetahuan yang mantap tentang sintaksis, bagaimana guru-guru bahasa dapat mengajar sesuatu bahasa? Sedikit petikan menurut Robert Lado (1980:12) menegaskan "kalau hendak menjadi guru bahasa, maka kebolehan bercakap dalam bahasa itu sahaja tidak mencukupi. Penutur bahasa ibu itu sekalipun tidak dapat memandu pelajar melainkan dia dapat mengasing-asingkan dan menunjukkan pelbagai-bagai unsur dalam bahasa tersebut. Dia mestilah mengetahui deskripsi bahasa tersebut."

Sehubungan dengan itu, ilmu sintaksis banyak memberi manfaat dalam pengajaran bahasa. Sintaksis adalah bidang yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Oleh itu, penguasaan guru dalam bidang ini amat penting supaya murid dapat menguasai sesuatu pembelajaran, bukan sekadar belajar untuk peperiksaan tetapi kefahaman terhadap bagaimana sesuatu bahasa terbentuk dan digunakan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, murid dapat mengenalpasti dan mengetahui pembahagian subjek dan predikat, dapat membezakan sesuatu perkataan boleh tergolong dalam subjek dan predikat. Selain itu, ilmu sintaksis banyak memberi manfaat dalam pengajaran bahasa. Bidang sintaksis yang digunakan dalam pengajaran bahasa banyak menerangkan bahawa sesuatu bahasa mempunyai pelbagai variasi ayat. Hal ini dapat dilihat seperti adanya ayat aktif, ayat pasif dan sebagainya. Selain itu, sesuatu teori dan prinsip dalam ilmu sintaksis bukan semata-mata bergantung kepada teknik, tetapi dapat dilihat kepada situasi dan perkara yang ingin disampaikan. Secara terangnya, teori dalam ilmu sintaksis dapat membantu menerangkan fenomena atau aktiviti secara praktikal mahupun tulisan. Dengan penguasaan ilmu sintaksis ini, guru dapat mengenal pasti kesalahan dan penggunaan ayat dalam bahasa dan membetulkan kesalahan yang dilakukan, sebagai contoh, ayat-ayat atau percakapan yang digunakan dalam kehidupan harian dapat dibetulkan. Kurikulum Bahasa Melayu digubal untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu melatih murid menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan tatabahasa secara gramatis. Bagi membantu guru melaksanakan pengajaran yang berkesan, Huraian Sukatan Pelajaran disediakan bagi setiap tahun pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran mengandungi objektif khusus pembelajaran sebagai rujukan guru bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajarannya. Di samping itu, ia juga mengandungi organisasi kandungan yang merangkumi kemahiran bahasa, hasil pembelajaran, sistem bahasa, dan pengisian kurikulum. Hal ini dapat dicapai apabila seseorang mempunyai ilmu, penguasaan dan menghayati dalam bidang yang diceburinya. Oleh itu, penguasaan terhadap bidang sintaksis juga

membolehkan guru lebih memahami isi pelajaran yang ingin disampaikan. Sebagai contoh dalam aktiviti penulisan, komponen-komponen menulis yang meliputi aspek

isi (penglahiran idea-idea). bentuk (organisasi isi). tatabahasa (penggunaan bentukbentuk gramatikal dan pola-pola sintaksis). gaya (pemilihan struktur -struktur dan butiran leksikal yang bertujuan memberi kesan kepada penulisan). dan mekanis (penggunaan tanda-tanda tertentu dalam penulisan). Oleh itu, kepentingan guru bahasa Melayu menguasai ilmu sintaksis perlu dititikberatkan kerana aspek sintaksis merupakan satu bahagian penting dalam menentukan tahap kebolehan dan kemahiran pelajar menghasilkan sesebuah karangan yang baik dan bermutu (Khatijah Abdul Hamid. 1997). Faktor penting untuk menjayakan program pengajaran bahasa ialah bahan. Bahan-bahan boleh menggerakkan pembelajaran, menimbulkan rangsangan dan keinginan murid untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik. Ini akan

mengakibatkan pembelajaran yang lebih berkesan. Tugas guru bahasa adalah menghasilkan bahan pengajaran yang bermutu tinggi, sesuai untuk situasi matlamatnya, membolehkan murid belajar dengan mudah dan cepat dan

menjadikan tugas-tugas guru menarik serta bermanfaat. Bagi menghasilkan bahanbahan seperti ini, pereka bentuk pengajaran bahasa perlulah memahami setiap individu yang berada di dalam kelas, mengetahui kelemahan dan kelebihan seseorang. Dengan menguasai secara mendalam ilmu sintaksis, guru boleh membuat aktiviti yang bersesuaian dengan tahap murid-murid. Sebagai contoh dalam penulisan karangan, menurut Abdul Jalil Othman (1997), kelemahan pelajar dalam penulisan karangan disebabkan mereka tidak tahu teknik menulis karangan dan kurang diberi pendedahan bagaimana menghasilkan karangan yang benarbenar mantap. Kelemahan mereka bukan sahaja dari segi gaya penulisan yang tidak teratur dan tidak menepati ciri-ciri penulisan yang sebenarnya malah mereka juga lemah dari segi penggunaan bahasa terutama dari segi tatabahasa yang melibatkan bentuk-bentuk gramatikal dan pola-pola sintaksis. Oleh itu, dengan menggabungkan bahan ransangan dan kemahiran yang ada, guru boleh membaiki dan menampung segala kelemahan murid dengan memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada muridmurid. Kepentingan terhadap penguasaan bahasa lebih ketara dalam bidang pendidikan kerana bahasa menjadi medium utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahasa digunakan dalam interaksi lisan antara guru dengan murid. Hal ini jelas dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia (Melayu) sekolah

rendah dan juga sekolah menengah. Banyak aktiviti dan kemahiran yang menekankan aspek-aspek kemahiran bahasa dalam sukatan pelajaran. Perkara ini diberi tumpuan utama bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran bahasa Melayu iaitu membolehkan murid-murid mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Oleh itu, guru bahasa Melayu memainkan peranan yang penting dalam penguasaan bahasa Melayu, sebagai contoh menguasai bidang kajian dalam ilmu sintaksis untuk menentukan kejayaan murid-murid mereka dalam penguasaan bahasa Melayu. Selain itu, guru perlu melengkapkan dirinya untuk menjadi guru bahasa yang berkesan jika ia mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam ilmu sintaksis kerana ia akan berupaya mengajar struktur-struktur bahasa dengan betul dan dapat mendeskripsikan bahasa dengan tepat selaras dengan matlamat Pendidikan Bahasa Melayu bertujuan membimbing pelajaar-pelajar menguasai kecekapan berbahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan bagi melahirkan fikiran dan perasaan tentang ilmu pengetahuan, melalui lisan dan penulisan.

You might also like