You are on page 1of 20

BAKA-BAKA KAMBING

Baka-baka kambing yang boleh digunakan untuk keluaran daging biasanya mempunyai badan yang
padat jika dibandingkan dengan baka untuk pengeluaran susu. Ambing kambing-kambing jenis ini juga
tidak begitu besar seperti baka-baka kambing susu. Di antara baka-baka daging yang boleh digunakan
untuk pemeliharaan:

1. Kambing Kacang (Katjang)


2. Jamnapari/Ettawah
3. Anglo Nubian
4. Kacukan
5. Saanen

Industri ternakan kambing di Malaysia bertujuan untuk menghasilkan susu dan daging. Baka-baka
kambing yang dapat mengeluarkan susu dan daging yang baik diimport dari luar negeri seperti
Jamnapari, Saanen, Anglo Nubian dan Toggenburg, untuk disilangbiakkan dengan baka tempatan.
Hasilnya kita memperolehi anak kambing yang cepat membesar, tahan pada cuaca dan banyak
mengeluarkan susu.

Kambing Kacang (Katjang)

Jantina Berat Lahir Berat Dewasa


Jantan 1.6 kg 20 - 25 kg
Betina 1.8 kg 25 - 30 kg

Ciri-ciri:-
 Asal dari Malaysia dan Indonesia.
 Badan yang kecil dan pendek
 Tanduk melentur ke atas dan ke belakang.
 Telinga tegak ke sisi, janggut pada jantan dan jarang pada betina.
 Dari sisi, muka kelihatan lurus dan tirus.
 Leher pendek dan bahagian belakang lebih tinggi dari bahu purata ketinggiannya ialah 50-60
cm
 Kulit badan nipis, bulu yang kasar. Warna hitam, coklat kadangkala terdapat tompok-tompok
putih di kaki atau badan.
 Kelahiran kembar .
 Pengeluaran susu 0.3 kg sehari dalam masa 3 bulan pertama dan 0.2 kg dalam masa 4 - 6 bulan.

Kambing Jamnapari

Jantina Berat Lahir Berat Dewasa


Jantan 3 - 4 kg 68 - 91 kg
Betina 3 - 4 kg 36-63 kg

Ciri-ciri:-

 Badan lebih besar dan tinggi dari kambing kacang


 Tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang,
 Bulunya agak lebat di bahagian punggung dan daerah leher. Bulunya agak kusut dan bewarna
campuran hitam dan kekuningan.

Kambing Anglo Nubian

Jantina Berat Lahir Berat Dewasa


Jantan 3.5 kg 70 - 85 kg
Betina 3.9 kg 55 - 70 kg

Ciri-ciri:-

 Tahan lasak dan mudah sesuai dengan alam sekitar.


 Dwiguna-daging/pengeluaran susu .
 Berbadan besar, telinga panjang dan melampai ke bawah.
 Hidung melengkung ke bawah dan kaki yang panjang dengan purata ketinggian badannya 80
cm.
 Kebiasaannya tidak mempunyai tanduk, bulu badan yang pendek.
 Bulu coklat kemerahan tompok-tompok kemerahan seperti warna rusa, coklat putih, warna
gelap atau kombinasi warna-warna tersebut.

Kambing Kacukan
Jantina Berat Lahir Berat Dewasa
Jantan 2 - 2.5 kg -
Betina 2 - 2.5 kg -

Ciri-ciri:-

 Hasil dari kacukan kambing Kacang dan baka-baka luar negara seperti Anglo Nubian,
Jamnapari dan juga kacukan dengan baka-baka yang boleh mengeluarkan susu seperti Saanen,
Toggenburg dan British Alpine.
 Kebanyakan kambing yang dilihat di kampung-kampung adalah kambing kacukan, cuma 40%
dari jumlah kambing di negara ini ialah kambing kacang.
 Rupa bentuk mirip kedua induk dan baka, tidak mempunyai ciri-ciri sendiri.
 Berat badan 18 - 25 kg. dalam lingkungan umur setahun.
 Kambing kacukan dewasa juga mempunyai berat badan yang lebih tinggi dari kambing kacang.

Kambing Saanen

Jantina Berat Lahir Berat Dewasa


Jantan 3.0 kg 68-91 kg
Betina 3.3 kg 36-63 kg
Ciri-ciri:

 Berasal dari Lembah Saanen di Switzerland.


 Bulunya pendek berwarna putih atau krim dengan titik
 hitam di hidung, telinga dan di kelenjar susu.
 Hidungnya lurus ,muka berupa segitiga.
 Telinganya sederhana dan tegak ke sebelah dan ke depan.
 Ekornya tipis dan pendek.
 Tanduk pada kedua jantina
 Kekacang di leher
 Hasil Susu-500kg-1,200 kg dalam tempoh 250 hari

CARA-CARA PEMILIHAN BAKA YANG BAIK

Cara Pemilihan Baka dan Keturunan

Pemilihan cara baka dan keturunan ini memerlukan catatan rekod mengenai prestasi induk kambing
tersebut. Pemilihan cara begini adalah sukar kerana kebiasaan catatan tidak dibuat dengan sepenuhnya

Di antara butiran yang perlu di dalam pemilihan cara begitu adalah:


 Berat semasa dilahirkan adalah tinggi
 Kenaikan berat badan yang cepat
 Berat badan semasa 1 tahun
 Keluaran susu yang banyak
 Jarak kelahiran yang rapat
 Cara Pemilihan Konformasi Badan

Cara-cara Pengamatan

Sifat Jantan Betina


Warna Warna berbeza mengikut jenis Sama
baka.
Kulit dan bulu Lembut, pendek dan berkilat, tiada Lembut, pendek, licin dan berkilat
kulit berlebihan atau berlipat di tidak kusut.
bawah dagu dan tengkuk.
Saiz Besar dan berat badan tidak lebih Sedang atau besar tidak kurang 20
dari 25 kg. (had minimum berbeza kg (had minimum berbeza
mengikut baka) mengikut baka)
Kepala Sederhana, bertanduk atau tidak Panjang dan sederhana, bersih,
bertanduk; mata bersinar; dagu tiada ketul-ketul daging yang
sama rata. berlebihan.
Leher dan Tidak panjang; berdaging pejal Leher jinjang; bahu kecil dan
bahu sempit
Dada Bidang dan gempal menunjukkan Sederhana
kekuatan
Rangka Bulat dan sama besar; tulang Rangka dada lebar dan sama jarak
rangka sama jarak menunjukkan supaya badan narnpak bulat. Perut
paru-paru yang baik. jangan menonjol ke bahagian dada.
Badan Gempal, panjang besar Badan tegap menurun ke hadapan
dari perut ke bahu depan
Bahagian Lurus, tegap, lebar dan belakang Lurus, tegap dan lebar di bahagian
belakang berdaging penuh "rump" dan punggung. "Rump"
menurun sedikit tidak terlalu
mencuram
Kaki Hadapan Lurus, tegap, dan teguh; keduanya Lurus, kuat, tulangnya baik dan
selari teguh. Keduanya selari.
Kaki belakang Tegap dan kukuh. Keduanya selari Lurus, tegap dan mengadap ke
apabila berdiri tegak. Bila berjalan hadapan selari jika dilihat dari
tidak mengarah keluar (meraut). belakang; "Hock" pendek sedikit;
Pastern tidak jatuh dan jari "Pastern" pendek dan tidak
mengadap ke hadapan. Peha lebar terjatuh.
dan besar.
Tapak Kaki Rata di bawah memboleh kambing Rata di bawah memboleh kaki
berdiri tegap dan melangkah kambing berdiri tegap dan
dengan baik.Kuku pendek dan melangkah dengan baik. Kuku
menghala ke hadapan pendek dan sama rata
Buah Zakar Zakarnya baik dan boleh
dan zakar dikeluarkan dan masuk dengan
baik; dua buah zakar yang sama
besar tergantung dengan baik dan.
tidak terlalu labuh.
Ambing dan Ambingnya besar dan tergantung
puting susu dengan baik dan susu tidak meleret.
Kulitnya lembut dan licin.
Pembuluh susu nyata tetapi tidak
berketul-ketul. Dua puting yang
sederhana dan menghala ke
hadapan dan terletak dengan baik.
Tabiat Cergas, garang serta gagah Cergas
Kesihatan Sihat Sihat

Cara Perabaan

Cara perabaan adalah perlu apabila kambing yang bakal dipilih itu adalah dari jenis yang mempunyai
bulu yang panjang. Ini adalah untuk menentukan kepadatan isi yang mungkin diselubungi oleh bulu atau
memastikan tiada sebarang kecacatan.

Teknik berdasarkan penilaian

Penggunaan cara ini belum begitu meluas di negara kita. Nilaian gred diberikan kepada setiap bahagian
fizikal badan.

PENGURUSAN TERNAKAN

 Bermula dari kelahiran sehingga bunting dan beranak kembali. Pengurusan ternakan dibahagikan
kepada

o Lahir hingga cerai susu (3 atau 4 bulan)


o Cerai susu hingga bunting
o Pengurusan Kambing dewasa
o Pengurusan kambing bunting hingga lahir
o Pengurusan baka jantan
o Pengurusan semasa penggemukan untuk dijual
o Lahir hingga 3 bulan

Lahir hingga cerai susu (3 atau 4 bulan)

 Anak kambing diberi susu permulaan (kolostrum) dalam masa 6 jam selepas dilahirkan

 Susu kolostrum dikeluarkan oleh ibunya untuk beberapa hari selepas beranak.

 Kebiasaanya anak kambing menghisap sendiri, jika gagal hendaklah diperah dan diberikan melalui
botol.

 Pengambilan susu kolostrum paling penting untuk antibodi bagi melawan penyakit juga mernbantu
merangsang sistern cernaan supaya berfungsi dengan sempurna.
 Pusat anak-anak kambing disapu dengan 'iodine' supaya cepat kering, juga menghindar dari jangkitan
kuman. Jika basah ianya membiak kuman dan anak-anak kambing senang dijangkiti penyakit.

 Anak-anak kambing bergantung kepada susu ibu selarna 3 hingga 4 bulan. Selepas 2 bulan atau lebih
pengambilan susu akan berkurangan dan anak kambing mula meragut sedikit-sedikit. Selepas 3 atau 4
bulan, anak-anak kambing boleh dicerai susu dan di mana ianya akan memakan rurnput sepenuhnya

 Penceraian susu dilakukan secara beransur-ansur, bilamana makanan tambahan, rurnput dan juga susu
di peringkat peralihan diberi. Anak dan ibu di kurung dalam kandang, Selepas 4 atau 6 minggu
dilepas meragut di kawasan berdekatan supaya pengawasan senang dijalankan.

 Kandang ternpat menernpatkan ibu yang beranak dan anak yang baru lahir hendaklah sentiasa kering
dan bersih. Ternpat yang lembab boleh membawa kesejukan. Anak-anak kambing adalah peka
terhadap kesejukan dan mudah terkena demam paru-paru.

 Jika tidak dapat memberi susu awal, satu campuran susu dengan sedikit minyak sayur dan putih boleh
digunakan untuk merangsang pergerakan usus.

 Anak-anak kambing ini bolehlah diberi susu dari yang lain dengan memerah dan menyusu melalui
botol atau terus dari ambing jika ianya mahu. tepung juga boleh dibancuh dan diberikan. lembu yang
dicampurkan dengan I - 2 titik minyak ikan setiap kali hendak menyusu. Susu diberi sebanyak 170 gm
(lebih kurang I cawan) setiap 4 jam sekali. Jumlah ini bolehlah ditingkat mengikut umur.

Selepas Cerai Susu Hingga Dewasa

Selepas cerai susu dalam lingkungan 3 - 4 bulan anak-anak dipisahkan dari ibu. Mereka diasingkan
kandang dan tempat ragutan yang berlainan. Pemakanan hendaklah dijaga baik kerana berat badan
biasanya mudah turun. adalah kerana tekanan (stress) akibat penceraian ibu dan juga susu.

Kumpulan anak-anak jantan eloklah diasing daripada betina, ini adalah kerana apabila meningkat umur 9
bulan anak-anak kambing ini sudah sampai umur untuk membiak. Anak-anak yang tidak sesuai dijadikan
baka bolehlah dijual.

Pengurusan Kambing Dewasa

Penjagaan terhadap kambing-kambing dewasa adalah sama dengan anak dari 4 bulan hingga I tahun

Ibu Bunting dan Selepas Kelahiran

Ibu-ibu yang telah bunting dan baru melahirkan hendaklah diasingkan untuk menjauhkan anak dari
terpijak oleh yang dewasa. Ini juga menyenangkan program pengurusan. Ibu-ibu bunting memerlukan
pengurusan rapi sebulan atau 2 minggu sebelum dan selepas beranak, makanan yang bermutu diberikan
kepada mereka. Ini adalah untuk menentukan kesihatan ibu dan anakanak. Guni yang bersih boleh
digunakan untuk mengalas bahagian lantai atau dinding untuk melindungi anak dari kesejukan.

Baka Jantan
Baka-baka jantan biasanya dikandangkan berasingan daripada yang betina. Mereka dicampurkan hanya
bila hendak dibiakkan. Setiap ekor kambing jantan baka biasanya disimpan dalam kandang berasingan
supaya pergaduhan dan kecederaan dapat dielakkan.

Setiap ekor jantan bolehlah digunakan untuk 20 ekor betina.

Anak-anak jantan untuk dijadikan baka hendaklah dijaga dengan baik dari segi makanan dan juga
kesihatan. Ternakan ini memerlukan banyak senaman dan pergerakan. Jika ini tidak mencukupi ianya
boleh menjadi malas dan ticlak cergas. Ternakan berkenaan hendaklah mempunyai kaki yang baik dan
juga kuku hendaklah sentiasa dipotong supaya ianya tidak terlalu panjang dan tidak mengganggu semasa
mengawan dan menjejaskan kesihatan.

Anak-anak jantan boleh mengawan dan membiak dalam lingkungan umur 9 bulan, tetapi dinasihatkan
tidak digunakan sebelum umur setahun.

Pengurusan Penggemukan

Jika kambing-kambing dipelihara hanya untuk digemukkan dan dijual untuk daging, penjagaan
kambing-kambing ini adalah mudah. Faktor penting di dalam pemeliharaan cara begini adalah makanan.
Makanan diberi mestilah yang mempunyai zat yang tinggi dan baik.

Anak-anak kambing boleh digunakan untuk penggemukan apabila umur telah meningkat enam bulan.
la mernerlukan masa di antara enam bulan hingga setahun di mana berat badan mencapai 20 - 25 kg.
Ini. bergantung kepada jenis makanan dan keupayaan kenaikan berat badan kambing tersebut. Dalam
masa satu atau dua bulan sebelum dijual, adalah lebih baik, jika diberikan makanan berkualiti dan
mempunyai nilaian protein yang tinggi.

Pengurusan Kambing Sakit/Cedera

Kambing yang sakit atau cedera perlu diasingkan dari. kumpulannya dan diberi rawatan segera.hubungi
Pejabat Perkhidmatan Haiwan untuk mendapatkan rawatan atau nasihat selanjutnya,

PENGURUSAN AM

Merupakan satu aspek yang perlu diutamakan juga, ia meliputi pengurusan:

Pengurusan Keterangan
Kawasan Kebersihan kawasan kandang dan persekitaran perlu diutamakan. Perparitan di
sekeliling kandang dan kawasan mesti berfungsi dengan sempurna. Najis
dibuang jauh dari kandang. Kawasan pastura untuk ragutan atau potong perlu
dipagar, memudahkan pengurusan meragut dan mengelakkan percampuran
yang menyebabkan perkahwinan tidak diingini.
Buruh Kerja-kerja mesti teratur dan mudah, sementara menunggu kambing dilepaskan
meragut, bersihkan dahulu palung makanan dan memotong rumput. Apabila
kambing dilepaskan kandang pula dibersihkan.
Jadual Penyelarasan bagi kerja-kerja jangkamasa panjang dan tugas harian perlu diatur
Pengurusan dari semasa ke semasa. Jadual pengurusan untuk jangka masa panjang seperti
mengkacuk, beranak, mematikan tanduk, mengkasi, memotong kuku, kawalan
kutu dan pemberian ubat cacing perlu diatur dengan sistematik. Jadual lain
seperti jangkamasa meragut di sesuatu petak, membaja, meracun rumpai
mestilah diatur agar pembahagian jentera, buruh dan alat-alat lain dapat dibuat
dengan tertib.
Pengenalan Rekod ternakan perlu disediakan apabila seekor anak dilahirkan. Pengenalan-
Ternakan memasang tag plastik ataupun ditattoo di telinganya..

Pengasian Pengasian anak kambing jantan yang tidak dijadikan baka dilakukan pada
umur 4-5 minggu- mempercepatkan kadar tumbesaran, paling sesuai jika
digemukkan untuk penjualan, juga dapat mempertinggikan kecekapan
pengurusan pembiakbaik.
Mematikan Dilakukan di peringkat anak untuk mengurangkan kecederaan antara
Tanduk sesamanya, disebabkan perkelahian atau kemalangan. Tanduk yang telah
tumbuh, ianya perlu dipotong.
Memotong Kambing yang dikurung jangkamasa yang panjang menyebabkan kukunya
Kuku menjadi panjang, menyusahkan ia berjalan dan menyebabkan jangkitan
penyakit .
Menggunting Kambing kacukan mempunyai bulu yang agak panjang dan perlu dibersihkan.
Bulu Bulu yang kotor menjadi sumber penyakit dan tempat pembiakkan kutu. Bulu
di sekitar ambing digunting untuk memudahkan pemerahan dan mengelakkan
bulu bercampur dengan susu.
Kawalan Sembur ubat kutu atau dimandikan di dalam kolam mandi kutu, bagi
Kutu membunuh kutu pada badan kambing.

Sistem Berkurung (intensif)

 Memerlukan perumahan yang sempurna, kerana kambing tidak dilepaskan meragut


 Makanan dan minuman diberi setiap hari - konsentrat, rumput dan garam jilat.
 Kebiasaannya diamalkan oleh penternak-penternak yang tidak mempunyai kawasan ragut atau
untuk ibu-ibu kambing yang akan beranak dan selepas beranak dan juga bagi kambing jantan
baka
 Kemungkinan jangkitan penyakit adalah tinggi
 Kandang hendaklah sentiasa bersih dan kering. Selain daripada itu, kambing senang diawasi
untuk tujuan rawatan dan pengesanan penyakit.

Ciri-ciri Sistem Ragut Lepas

 Kawasan ragutan yang luas.


 Kambing meragut sepanjang masa
 Kos yang tinggi
 Pengurusan rumit-ternakan merayau

Sistem Separuh Berkurung (separa-intensif)


 Kambing dilepaskan pada siang hari dan dikurung di dalam kandang pada waktu malam.
 Faedah perlindungan pada malarn hari dan dari cuaca yang buruk, ianya juga memberi
kebebasan untuk meragut rumput dan herba-herba yang lebih baik.
 Cara ini juga memberi kesempatan kepada anak kambing untuk bersenam dan mendapatkan
cahaya matahari yang secukupnya.
 Permeriksaan terhadap penyakit boleh dijalankan apabila kambing-kambing ini masuk ke
kandang pada petang hari.

PEMILIHAN KAWASAN

 Pemilihan kawasan untuk menjalankan pemeliharaan adalah penting. Kawasan-kawasan yang


dipilih sepatutnya:

 Mempunyai tempat teduh dan redup seperti pokok-pokok besar dan juga pokok yang boleh
dijadikan pemecah angin.

 Kawasan tanah yang tinggi dan dataran serta mempunyai sistem pengaliran air dan udara yang
baik.

 Jauh dari jalan raya yang sibuk.

Perumahan

Perlu untuk pemeliharaan kambing di Malaysia, kerana keadaan cuaca hujan dan panas terik
menyebabkan ternakan perlukan perlindungan.

Kedudukan rumah/kandang-kandang ini boleh dibuat supaya:

 Mengurangkan keperluan bergerak terutama dalam memberi makanan. Contohnya, kawasan


ragut/sumber makanan (stor) mestilah dekat dengan kandang.
 Jika hendak membina lebih dari satu kandang, jarakdi antara dua kandang hendaklah sekurang
kurangnya sama dengan lebar kandang tersebut. Ini adalah untuk menjauhkan jangkitan
penyakit.

Contoh Pelan Kandang:

1. Pandangan Sisi
2.Pandangan Serong
3.Pelan Ringkas
4.Pelan Ringkas- Pandangan hadapan
5.Pelan ringkas-80 100 ekor Kambing
6.Kandang Kambing Berlantai bawah
7.Pelan Kandang-15-20 ekor
8.Pelan Bangsal kambing

Keperluan-keperluan penting untuk pembinaan kandang

 Sistem pengudaraan yang baik bagi menyejukkan udara di dalam kandang


 Membenarkan cahaya matahari yang cukup untuk masuk ke dalam kandang terutama matahari
pagi. Kedudukan kandang arah Utara-Selatan
 Tidak mudah menjadi lembab. Sistem perparitan yang baik di sekeliling kandang
 Tidak terkena angin yang kencang
 Terpelihara dari hujan dan panas
 Kotoran/najis dapat dikumpulkan dan diangkut keluar
 Ruang makan dan minum mencukupi
 Lantai adalah sesuai dan ticlak membahayakan ternakan, seperti terseliuh atau patah
tulang.ketara membawa kesan buruk kepada karnbing contohnya sebaran penyakit

Pembinaan Kandang

Kandang boleh dibuat di atas tanah ataupun secara berlantai. Pembinaan kandang yang berlantai tinggi
dari tanah adalah disyorkan kerana mempunyai sistem pengedaran udara yang baik dan juga senang
dicuci.

Lantai

Lantai hendaklah -

 tahan lama
 misalnya tahan dari semburan bahan kimia dan air kencing
 mudah dicuci
 tidak licin
 tidak mencederakan
 tidak mudah lembab
 Lantai hendaklah dibuat dari bahan yang sesuai seperti beroti yang berukuran 1.5 s.m. (tebal)
dan 3.5 s.m. (lebar), buluh atau batang pinang yang dibelah, anak-anak kayu dan juga papan
biasa. Supaya kencing dan najis senang jatuh ke bawah, kayu atau papan lantai diatur dengan j
arak 1.2 - 1.8 s.m. tiap-tiap satu. (Jika terlampau luas berkemungkinan kaki anak kambing akan
tersepit).
 Luas kawasan lantai untuk satu ekor kambing dewasa ialah di antara 0.7 - 1.4 meter persegi (8 -
15 kaki persegi).

Dinding

 Dinding hendaklah dibuat dari bahan yang tahan lasak. Ini adalah kerana kambing mempunyai
tabiat suka menanduk, menggigit dan menggeser dinding. Bahan-bahan yang boleh digunakan
ialah buluh, kayu bulat (kayu hutan) dan papan.
 Dinding boleh dibahagikan kepada dua bahagian:
 Dari lantai sehingga kira-kira 1 m keatas boleh dibuat daripada papan, dengan jarak yang lebih
rapat antara 1.5-2.0 s.m. yang memerlukan ruang yang agak tertutup untuk mengelakkan
kesejukan.
 Di atasnya bolehlah digunakan kayu beroti,buluh atau nipah dan anak-anak kayu. Jaraknya di
antara satu dengan yang lain 9 - 12 s.m.

Bumbung

Bahan-bahan yang boleh dibuat burnbung termasuklah:


 Nipah - bagus untuk sistern pengedaran udara dan lebih menyejukkan. (Pada umumnya
terdapat kejadian kambing memakan serpihan nipah)
 Zink - mudah dipasang tetapi boleh menyebabkan suhu kandang terlalu panas, terutarnanya
jika tidak ada pokok-pokok pelindung sekitarnya. Jika menggunakan atap zink, ruang di antara
lantai dan burnbung hendaklah ditinggikan untuk pengedaran udara yang baik
 Asbestos - bahan yang paling baik untuk dijadikan burnbung tetapi ianya mahal sedikit. la tidak
saja menyejukkan tetapi juga tidak mudah terbakar
 Aluminium - dapat mengurangkan kesan haba tetapi harga agak mahal

Palung Makanan

Palung makanan boleh dibuat sama ada di bahagian luar ataupun bahagian dalam iaitu di sepanjang jalan
tengah. Lebar palung bahagian bawah ialah 0.3 m dan 0.45 m di bahagian atas. Bagi kandang yang tiada
palung makanan, rumput diikat pada 0.5 cm dari paras lantai. Air Yang secukupnya hendaklah disediana
dalam baldi atau besen.

MAKANAN DAN MINUMAN

Diperlukan untuk pembesaran, pembiakan, kesihatan dan akan menentukan untung ruginya sesuatu
perusahaan ternakan. Makanan hijauan mempunyai kandungan air yang tinggi, ia merupakan sumber
tenaga, vitamin dan mineral. Konsentrat mempunyai kandungan bahan kering yang tinggi, ia kaya
dengan protein, lemak, mineral dan menjadi sumber tenaga. Jika tidak mencukupi dan tidak seimbang
ianya boleh menyebabkan penyakit kepada ternakan.

Makanan yang seimbang mengandungi zat-zat berikut:

Zat Makanan Keterangan


protein membina otot-otot yang kuat dan juga untuk proses pemulihan

karbohidrat pembesaran.
(kanji)
vitamin Diperlukan sedikit sahaja tetapi penting. Jika tidak seimbang boleh
membawa gejala-gejala penyakit yang ketara dan menyebabkan
ternakan lebih peka kepada sesuatu jenis penyakit.

Mineral Garam galian diperlukan untuk pertumbuhan tulang, gigi dan


kesihatan. Ini termasuklah garam galian seperti kalsium, phosphorus,
natrium dan sebagainya. contoh.
- garam biasa
- garam jilat
- dicalsium fosfat
- tepung tulang
- tepung ikan

Air juga adalah penting dalam pemakanan, ia bukan sahaja perlu untuk
kawalan suhu badan, tetapi juga perjalanan zat dan membantu di
dalam pengambilan zat oleh badan.
Rumput dan Kekacang

Rumput dan kekacang adalah bahan hijauan yang penting . Rumput dan kekacang pada umur yang
sesuai, bukan sahaja mempunyai nilai pernakanan dan zat yang penting, tetapi juga mempunyai bahan
gentian yang penting bagi mengeluarkan susu yang berlemak.Kuantiti yang banyak di samping adanya.
gentian kasar dapat merangsang perut besar supaya menjadi lebih cekap dalarn penghadaman.Bagi
bahan hijauan seperti rumput atau kekacang, seekor kambing dewasa mernerlukan di antara 4.5 kg
bahan basah sehari. Di antara jenis-jenis rumput dan kekacang yang baik yang boleh digunakan
sebagai bahan makanan kambing adalah:

i Rumput Guinea (Panicum)


ii. Rumput Gajah (Panisetum purpureurn)
iii. Rumput Setaria
iv. Kekacang: lpil-ipil/Petai Belalang (Leucaenia leucocephala).

Rumput-rumput natif dan tanaman tempatan boleh juga digunakan sebagai sumber makanan untuk
kambing di antaranya adalah:

i. Daun ubi-hendaklah dilayukan dahulu sebelum diberi makan untuk mengurangkan kandungan
racun 'cyanide' yang terdapat pada daun tersebut.

ii.Daun nangka-disukai oleh kambing sesuai untuk penggernukan.

iii. Rumput nyonya (akar ruas-ruas)-tidak boleh diberikan terlalu banyak kerana boleh
menyebabkan kernbung.

iv. Daun turi

iv.Glyricidia maculata

vi. Daun mengkudu (Merinda citriplia)

vii. Daun pisang - disukai terutama yang muda

Makanan Tambahan (Konsentrat)

Makanan tambahan ini penting terutama sekali semasa bunting, sedang menyusu dan anak kambing
Yang mengikut induknya. lbu bunting atau Yang mengeluarkan susu diberi sebanyak 1/2 - 3/4 kg. sehari
manakala ibu Yang kering dan anak-anak membesar diberikan sebanyak 1/4 kg. sehari.

semasa cerai susu di mana tekanan akibat penceraian susu dan penyesuaian makanan mungkin berlaku.
Anak kambing boleh diberi makanan tambahan beransur-ansur mulai umur I - 1.5 bulan.

Makanan penguat diperolehi dari dedak halus, jagung, bungkil kelapa, bungkil kacang tanah, hampas
tauhu clan sebagainya. Sebagai panduan makanan tambahan ini boleh dibuat dengan campuran dedak
dan bahan-bahan sampingan pertanian, seperti:

. 2 bahagian jagung
I bahagian sekam atau dedak

I bahagian hampas kelapa kering

ii. 40 kg. dedak halus

39 kg. tepung jagung

18 kg. bungkil kelapa


3 kg. campuran mineral (garam galian)

Garam Galian (mineral)

Garam galian yang dibeli, bolehlah diikat pada dinding atau diletak di dalam bekas tertentu. Ini
hendaklah sentiasa disediakan supaya kambing boleh mengambilnya bila-bila .masa sahaja terutamanya
pada induk kambing bunting.Keadaan cuaca yang panas akan menggalakkan pengambilan air yang lebih
terutamanya kepada kambing baka susu. Banyaknya air yang diminum bergantung kepada beberapa
faktor seperti pengambilan bahan kering (dry matter intake), cuaca sekeliling, jenis makanan, suhu air
dan keadaan fisiologi kambing sendiri. Kebiasaannya nisbah bahan kering dan air ialah I : 4.

KESIHATAN DAN KAWALAN PENYAKIT

Mengenal pasti kambing sakit atau sihat adalah penting.

Sakit Sihat
monyok dan kelihatan tidak bermaya kelihatan segak dan cergas
tidak mahu makan berselera makan
mengasingkan diri sentiasa berada dalam kumpulan
membuat bising
tahi tidak bulat tahi keras dan bulat
bulu kering dan meremang kulit licin dan bulu berkilat
kurus kering tidak kurus

Penyakit dan gejala-gejala yang biasa ditemui dalam permeliharaan kambing adalah:
Penyakit Tanda-Tanda Pencegahan Ubat/Rawatan
Puru (Contagious anak-anak kambing vaksinasi sernasa Mengasingkan anak-
Ecthyma) disebakan menjadi kurus dan berurnur di antara 3 anak karnbing yang
oleh virus, menyerang lemah kerana susah minggu - 1 bulan dan berpenyakit untuk
anak-anak kambing hendak makan. sekali lagi 3 atau 4 menjauhi jangkitan
yang masih menyusu terdapat gelembung- bulan selepas dari gelernbung yang
gelembung yang vaksinasi pertama. telah pecah.
mengandungi air pada Mernbersih dan
bahagian kulit lembut, mengubat luka-luka
mulut, gusi dan juga akibat dari gelembung
bibir. Bila gelembung- yang pecah dengan
gelembung ini pecah, menggunakan iodine
ianya akan menjadi atau 'gentian violet'
keruping dan (ubat biru).
kadangkala merekah
dan berdarah.

Kembung i. Mengeluarkan air i. mengurangkan i. Memberi makan


liur memberi kekacang dan minyak kacang.
bahan-bahan yang
mernpunyai
kandungan nitrogen
yang tinggi
Kembung terjadi ii. Perut buncit ii. Memelihara
apabila terdapat terutarna di sebelah padang ragut supaya
banyak gas (angin) di kiri tidak lebib dari 50%
dalarn perut. Keadaan kekacang
ini adalah disebabkan
oleh bahan-bahan yang
banyak mengandungi
bahan nitrogen seperti iii. Bunyi dentuman
kekacang. yang kuat apabila
diketuk
iv. Pernafasan yang ii. Minyak
susah sayur/minyak jagung.
v. Keadaan gelisah,
bising, mengernbik
dan kerap buang air
kecil
Paru- i. Kelihatan moyok i. Asingkan supaya
paru/Selsema/Sejuk dan mengasingkan diri tidak berjangkit
(Pneumonia)
Batuk basah - ii. Lemah dan tidak ii. Menjaga
disebabkan serangan terdaya kebersihan kandang
bakteria yang supaya tidak lembab
menyerang kambing,
ketika berada dalam
keadaan tenat seperti
kesejukan, perudaraan
yang kurang baik dan
kesesakan dadanya.
iii. Menjadi kurus iii. Elakkan ia
berhujan
iv. Pernafasan cepat
v. Kadangkala
terbunyi batuk dan
terdapat bendalir
keluar dari hidung
seperti hingus.
Tekanan yang
berlebihan boleh
menyebabkan
kematian
Cirit-birit i. Najis cair dan i. Memberi ubat i. Memberi banyak
(Diarrhoea) tidak berbentuk bulat cacing untuk air terutarna yang
seperti biasa mengurangkan beban mengandungi
cacing glukos(gula)
ii. Kotor dan basah ii. Menjaga keadaan ii. Memberi ubat
di sekeliling pangkal kandang supaya bersih yang bolch
ekor dan tidak dijangkiti mengurangkan berak
kuman merbahaya seperti 'kaolin' yang
boleh mengalas kulit
perut
i. Cacing iii. Kambing akan iii. Mernberi iii. Ubat pembunuh
kelihatan moyok dan makanan yang betul. kuman ataupun cacing
mengasingkan diri Jika hendak menukar
makanan hendaklah
dibuat secara beransur-
ansur
ii. Protozoa (koksidia) iv. Kadangkala najis
berbau busuk
iii. Kuman
iv. Salah makan.
Kurang Darah i. Muka pucat i. Memberi makanan
(Anaemia) yang cukup dan berzat
bibir, gusi dan ii. Menambahkan
lidah yang pucat zat besi
Kekurangan darah lapisan dalam iii. Memberikan
adalah satu keadaan di kelopak mata juga vitamin untuk selera
mana bilangan sel-sel keputihan makan
darah merah kurang
daripada biasa.
ii. Lemah iv. Ubat cacing
iii. Bulu meremang v. Pembasmian kutu
iv. Badan kurus
Kancing Gigi i. Keseluruhan i. Suntikan toxoid i. Tetanus antitoxin
badan menggigil dan semasa 3 bulan dan toxoid
menggeletar yang
tiadak boleh dikawal.
Keempat-empat kaki
akan menjadi lurus,
tegang dan keras

disebabkan oleh racun ii. Mulut akan ii. Mengubat luka- ii. Ubat pelali
sejenis kuman yang terkancing (kancing luka terutarna
boleh merosakan saraf. gigi) dan 'puncture wound'
Ini biasa terjadi kepalabiasanya
apabila terdapat luka- mendongak ke atas.
luka kecil badan/kulit Kalau terjadi semasa
ternakan itu. Kemung berdiri, ianya akan
kinan termasuk tumbang
kotoran di mana iii. Tanda-tanda ini
kuman ini dapat menjadi lebih teruk
membiak apabila terdapat
rangsangan bunyi yang
kuat dan juga cahaya
yang terang

Luka-luka i. sekeliling kudis


dicukur dan dicuci
bersih dengan ubat
kuning (iodine) supaya
tiada terdapat
kekotoran dan habuk

Luka boleh disebabkan ii. Sapukan ubat


oleh benda-benda yang 'lorexane' pada luka
tajam. Walaupun ianya iii. Semburkan ubat
dianggap ringan tetapi penjauh lalat seperti
jika tidak diberi 'gusanex' ataupun
perhatian akan menjadi 'negasunt'
busuk dan berulat.
Kurap Keguguran bulu pada Kurap yang
beberapa bahagian disebabkan oleh kulat
tubuh dan kadangkala boleh disapu dengan
disertai dengan kudis- iodine
kudis yang bernanah
kerana parasit ini
menggali lapisan kulit
menyebabkan gatal
dan kerosakan akar
rambut.
Kurap boleh terjadi kurap yang
disebabkqn oleh kulat disebabkan oleh
atau ektoparasit 'mange' pula
(mange dikehendaki untuk
dirawat dengan ubat
serangga seperti I%
larutan malathion yang
membunuh parasit
dewasa.
Rawatan hendaklah
diulangi tiap-tiap 10 -
14 hari selarna 3 kali.
Buruk Kuku i. Kambing Kuku yang buruk
kelihatan tempang dipotong dan kaki
dibasuh bersih. Kuku
tersebut direndam di
dalam 5% formalin
atau 10% Kuprum
Sulfat (CuSO4) sekali
sehari selama 3 hari.

Keadaan tempat yang ii. Celah tapak kaki


lembab membawa diperantaraan kukunya
penyakit ini. la bengkak dan berbau
disebabkan serangan busuk
bakteria pada kuku.

Pembiakan

Kaedah Pembiakan dilakukan dengan dua cara iaitu:

i. menggunakan baka jantan

ii.melalui permanian beradas

Kebaikan dan kesulitan permanian beradas adalah:

Kebaikan Kesulitan
dapat mengawal penyakit kelamin pada penentuan biang dan waktu permanian
ternakan
kegunaan sepenuhnya baka-baka terpilih menentukan teknik-teknik semasa menyuntik
airmani adalah betul
air mani dari baka yang baik boleh disimpan boleh menyebabkan kerosakan pada alat
dan digunakan walaupun baka tersebut telah peranakan jika teknik dilakukan tidak betul atau
mati kasar
mengurangkan perbelanjaan yang terpaksa
ditanggung dalam pemeliharaan baka-baka
jantan
Umur dan Berat Badan Untuk Mula Membiak

 mula membiak apabila mencapai umur sembilan bulan

 pada umur ini, perkahwinan adalah tidak disyorkan kerana terlalu muda.-tidak akan
menghasilkan anak yang baik

 1 - 1 1/2 tahun - berat badan adalah 20 - 25 kg

Pengenalan Berahi

Berahi menunjukkan betina sudah matang dan boleh dlikahwinkan.

Tanda-tanda berahi:

 tidak tenang (gelisah)


 mengibas-ngibaskan ekor dan menggosok-gosok badan ke kandang
 mengembek terus menerus
 sering kencing
 kemaluan membengkak/keluar lendir kemerahan

Lama masa berahi 12 - 48 jam dengan siklus (edaran) berahi 18 - 24 hari, puratanya 20 hari

Jangka Masa Bunting

Tempoh kebuntingan selama 145 - 155 hari atau puratanya 151 hari. :

Jarak Kelahiran

Jarak kelahiran yang biasa didapati pada kambing-kambing di Malaysia adalah selama di antara 207 -
259 hari. Dengan kadar kelahiran kembar sebanyak 50% adalah dijangka purata anak yang boleh
diperolehi dalam setahun ialah 1.3 atau 1.5 ekor untuk seekor ibu.

You might also like