You are on page 1of 13

Pencemaran

PENCEMARAN UDARA Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Ini sebabkan bahan-bahan ini akan masuk ke tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah. Ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit kekejangangan, barah, asma, kekejangan dan anemia. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata merupakan pelbagai bentuk pencemaran udara. Jenis-jenis Bahan Pencemar Antara jenis-jenis bahan pencemar adalah seperti berikut : Sulfur dioksida Karbon monoksida Nitrogen dioksida dan ozon Alergen Plumbum dan logam-logam lain

Punca Pencemaran Pencemaran udara boleh berpunca daripada : Pelepasan asap kenderaan Proses industri - penghasilan bahan pencemaran oleh kilang-kilang asbestos/ simen/ bateri kereata Pembakaran di tempat pelupusan - pembakaran terbuka di bandar Pembakaran hutan Pelepasan habuk - pembakaran sisa kayu/ sekam padi Bahan-bahan sisa bandaran - sampah-sarap , sisa-sisa makanan Aktiviti Masyarakat - membakar sampah, memasak menggunakan arang/ kayu, merokok

Kesan Pencemaran Kesan-kesan pencemaran udara : Kesihatan terjejas Pertanian yang tidak produktif

Kemalangan mudah berlaku - akibat penglihatan yang kabur Mengotorkan persekitaran - habuk

PENCEMARAN AIR Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Pencemaran air bukan hannya berlaku di sungai tetapi juga di laut dan ianya boleh berlaku secara sengaja atau tidak. Pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang. Punca Pencemaran Kumuhan kilang - kebanyakan kumuhan kilang seperti sisa toksid dibuang ke sungai atau laut. Sikap individu - pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis. Aktiviti Pertanian - penerokaan tanah untuk dijadikan kawasan pertanian menyebabkan hakisan tanah yang seterusnya mengakibatkan mendekan berlaku. Mendekan in akan mencetekkan sungai dan menjadikan air sungai menjadi keruh.

Kesan Pencemaran Kesihatan manusia - bakteria. virus, parasit dan bahan kimia yang lain. Haiwan - Hidupan air seperti ikan, siput, udang atau ketam akan mati dengan tumpahan minyak, pembuangan sampah dan sisa toksid.

PENCEMARAN TANAH Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ianya disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk air atau pepejal. Bahan pencemar terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik. Seriusnya pencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah. Pencemaran menunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang. Tanah akan bertukar warna menjadi kehitaman dan tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut akan menjadi layu. Punca Pencemaran Bahan buangan kilang - minyak, sisa toksik dan sisa-sisa kilang ( dibiarkan begitu sahaja atau ditanam dalam tanah ). Masyarakat - pembuangan sampah merata-rata tempat dan pelupusan yang tidak sistematik.

Kesan Pencemaran Kesuburan tanah - tercemar dan tidak sesuai untuk tujuan pertanian.

Penyakit berbahaya
Penyakit adalah keadaan tidak normal pada badan atau minda yang menyebabkan ketidakselesaan, disfungsi, atau tekanan/stres kepada orang yang terbabit atau berhubung rapat dengannya. Kadang kala istilah ini digunakan secara umum untuk menerangkan kecederaan, kecacatan, sindrom,
2

simptom, keserongan tingkah laku, dan variasi biasa sesuatu struktur atau fungsi, sementara dalam konteks lain boleh dianggap sebagai kategori yang boleh dibezakan. Terdapat pelbagai jenis penyakit yang mengancam manusia. Penyakit ini boleh disebabkan oleh kuman, bakteria, virus, racun, kegagalan organ berfungsi, dan juga oleh penyakit baka/keturunan. Patologi merupakan ilmu kajian penyakit. Pengelasan penyakit secara saintifik pula dirujuk sebagai nosologi. Pengetahuan umum mengenai penyakit dan rawatan penyakit dikenali sebagai perubatan. Sesuatu keadaan boleh disahkan secara objektif, tetapi anggapan bahawa sesuatu "gejala"ialah penyakit bergantung pada pertimbangan nilai masyarakat. Sebagai contoh, pada masa kini, dalam kalangan masyarakat Amerika Utara, jumlah mereka yang menganggap masalah kebantutan dan obesiti sebagai penyakit telah meningkat sepanjang tempoh 40 tahun lalu, sebaliknya jumlah mereka yang menganggap homoseksual sebagai penyakit semakin berkurangan. Sesuatu gejala dianggap sebagai penyakit oleh sesuatu kebudayaan atau dalam satu julat masa, tetapi bukan dalam semua kebudayaan atau era. Masalah kecenderungan menentang, masalah sukar menumpukan perhatian, dan masalah personaliti merupakan antara contoh gejala yang dianggap sebagai penyakit dalam masyarakat Amerika Utara kini tetapi tidak pernah dianggap sedemikian dalam kebudayaan Amerika abad lalu atau bagi masyarakat lain pada masa kini.

Influenza
Influenza, biasanya dikenali sebagai flu, merupakan penyakit berjangkit burung dan mamalia yang disebabkan oleh virus RNA dari famili Orthomyxoviridae (virus influenza). Pada manusia, antara gejala umum termasuklah demam, sakit tekak, sakit otot, sakit kepala teruk, hidung berhingus serta tersumbat, batuk, kelesuan dan rasa tidak sedap badan. Dalam kes yang lebih teruk, influenza juga boleh menyebabkan pneumonia, yang boleh menyebabkan maut terutamanya terhadap kanak-kanak dan orang tua. Walaupun kadang-kadang ia dikelirukan dengan selsema biasa, influenza adalah lebih terus dan disebabkan oleh virus yang berbeza.

Golongan berisiko

Pesakit diabetis mellitus Mereka yang mengalami masalah pernafasan dan lelah Pesakit kardiovaskular Pesakit buah pinggang Pesakit dengan masalah sistem imun seperti pemyakit HIV Mereka yang menerima rawatan barah atau yang menjalani pemindahan organ Kanak-kanak dan mereka yang berusia 65 tahun ke atas

Vaksin

Jenis suntikan yang disuntik di lengan. Ia diluluskan penggunaanya untuk mereka yang berusia 6 bulan ke atas termasuk mereka yang menghidap penyakit kronik. Jenis semburan yang diperbuat daripada virus influenza yang dilemahkan dan tidak akan menyebabkan influenza.

Penyakit kencing manis

Penyakit kencing manis ataupun diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hyperglyceamia (ketinggian kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya. Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:

Diabetes jenis pertama juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis pertama dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin untuk pengawalan tahap glukosa darah. Diabetes jenis kedua boleh disebabkan oleh kerintangan tisu badan terhadap insulin dan penghasilan insulin yang berkurangan. Diebetes jenis kedua boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan ( suntikan insulin diperlukan sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesa sampingan kepada pesakit).

Pengawalan Diabetes
Diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat ini belum ada ubat yang dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan cara berikut:

Penjagaan pemakanan dan berat badan Kerap bersenam Pengubatan


4

Pemakanan pesakit Diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.

Pesakit diabetes boleh menjalani kehidupan yang normal dengan syarat pesakit itu dikawal dengan betul. Lebih kurang 40% pesakit diabetes mampu mengawal keadaan penyakit mereka dengan menjaga pemakanan dan bersenam. Manakala selebihnya adalah dengan mengambil sama ada ubat (pil) atau suntikan insulin di samping pemakanan yang sihat dan bersenam. Walau apa pun ubat yang diambil, perkara-perkara berikut perlu diketahui dan dipatuhi :

Bila hendak mengambil/makan ubat dan berapa banyak ubat yang perlu diambil Jenis rawatan yang diterima Dimana hendak mendapat ubat

Gaya Hidup Sihat

Masalah Sosial
Masalah sosial adalah masalah yang kompleks muncul di kehidupan sosial kemasyarakatan. Dalam hal ini tentunya perlu mencermati cara menganalisa masalah sosial. Salah satunya perlu di bedakan dari dua perspektif analisis masalah sosial khususnya sosiologi yaitu perspektif kultural dan perspektif struktural. Tulisan awal ini akan lebih melihat dari aspek kultural salah satunya dengan mencermati analisa 'modal sosial'...simak..ya..

Secara umum, pandangan para pakar dalam mendefinisikan konsep modal sosial dapat dikategorikan dalam dua kelompok yaitu[1] : a. menekankan pada jaringan hubungan sosial (social network) diwakili tokoh Brehm&Rahn(1997,p.999) berpendapat bahwa modal sosial adalah: jaringan kerjasama di antara warga masyarakat yang memfasilitasi pencarian solusi dari permasalahan yang dihadapi mereka. Definisi lain dari Pennar (1997,p.154) the web of social relationships that influences individual behavior and thereby affects economic growth (jaringan hubungan sosial yang mempengaruhi perilaku individual yang mempengaruhi pertumbuhan ekonomi). Woolcock(1998,p.153) mendefinisikan modal sosial sebagai the information,trust, and norms of reciprocity inhering in ones social networks. Cohen dan Prusak (2001,p.3) berpendapat bahwa social capital consists of the stock of active connections among people:the trust, mutual understanding and shared values and behaviours that bind the members of human networks and communities and make cooperative action possible.(Modal sosial adalah kumpulan dari hubungan yang aktif di antara manusia:rasa percaya, saling pengertian dan kesamaan nilai dan perilaku yang mengikat anggota dalam sebuah jaringan kerja dan komunitas yang memungkinkan adanya kerjasama). Dengan demikian, kelompok pertama ini menekankan pada aspek jaringan hubungan sosial yang diikat oleh kepemilikan informasi, rasa percaya, saling memahami, dan kesamaan nilai, dan saling mendukung. Modal sosial akan semakin kuat apabila sebuah komunitas/organisasi memiliki jaringan hubungan kerjasama, baik secara internal komunitas/organisasi, atau hubungan kerjasama yang bersifat antar komunitas/organisasi. Jaringan kerjasama yang sinergistik yang merupakan modal sosial akan memberikan banyak manfaat bagi kehidupan bersama. menekankan pada karakteristik (traits) yang melekat (embedded) pada diri individu manusia yang terlibat dalam sebuah interaksi sosial diwakili oleh Fukuyama (1995) mendefinisikan modal sosial sebagai berikut : social capital : the ability of people to work together for common purposes in groups and organizations (p.10). Dengan bahasa yang lain, Fukuyama (1997) menjelaskan bahwaSocial capital can be defined simply as the existence of a certain set of informal values or norms shared among members of a group that permit cooperation among them. (Modal sosial adalah serangkaian nilai-nilai atau norma-norma informal yang dimiliki bersama di antara para anggota suatu kelompok masyarakat yang memungkinkan terjalinnya kerjasama di antara mereka). [ 1] Dalam Pidato Djamaludin Ancok.2003.Modal Sosial dan Kualitas Masyarakat,hal.16-18 Adapun lingkup modal sosial sebagaimana yang dipaparkan oleh Carrier R Leana dan Van Burren, terdiri dari tiga komponen utama yaitu associability, shared trust, dan shared responsibility

Jenayah dan kemalangan


Jenayah merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang kerajaan sesuatu tempat. Orang yang melakukan perbuatan jenayah ini dinamakan penjenayah.

[ [ 6

Idea asas apa yang dikatakan jenayah ialah apa-apa yang boleh memberikan masalah atau kesusahan kepada orang lain. Sebagai contoh, semua orang bersetuju bahawa mencuri dan mencederakan/membunuh orang lain adalah perbuatan jenayah. Namun demikian, ada juga perkara-perkara yang dianggap jenayah di sesuatu negara mungkin tidak dianggap jenayah di negara yang lain. Sebagai contoh, bercium di khalayak ramai merupakan satu jenayah dari sisi undang-undang Malaysia dan boleh didenda, tetapi tidak di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Banyak undang-undang berkenaan jenayah diambil daripada undang-undang agama. Selalunya, tugas mencegah jenayah dan menangkap penjenayah adalah di bawah tanggungjawab pihak polis. Mereka berhak menahan sesiapa yang disyaki untuk dibicarakan oleh mahkamah/hakim. Sekiranya sabit kesalahan, pesalah tersebut boleh didenda atau dipenjarakan. Sesetengah negara juga mempunyai hukuman mati untuk kesalahan tertentu seperti membunuh dan mengedar dadah. Bagi sesetengah kesalahan kecil seperti memandu melebihi had laju, pihak polis boleh mendenda pemandu tersebut dengan terus, tanpa perlu mendakwanya di mahkamah.

Jenis Jenayah
Jenayah boleh dibahagikan kepada beberapa kategori (yang bertindan):

Jenayah berat Jenayah komputer dan jenayah siber Jenayah terhadap manusia Jenayah ke atas harta benda Jenayah terhadap keselamatan negara Jenayah hakcipta dan paten Jenayah dadah Jenayah seksual Jenayah senjata Jenayah perang Jenayah juvana

Perangkaan Kematian Jalan Raya Kategori 2006 JanSept'06 JanSept'07

Pemandu/Penumpang Kereta 1,215 Penunggang/Pembonceng Motosikal Pejalan Kaki Penunggang/Pembonceng Basikal Pemandu/Penumpang Bas Pemandu/Kelindan Lori Pemandu/Kelindan Van Pemandu/Kelindan Pacuan 4 Roda Lain-lain JUMLAH

920 2,736 438 183 26 174 73 73 48 4,671

1113 2,476 482 141 64 145 101 65 59 4,646

3,693 595 242 39 229 103 110 61 6,287

Sumber :

Menurut statistik terkini jumlah kematian untuk tahun 2007 ialah 6282 orang. Bagaimanakah jumlah kemalangan dan kematian ini boleh dikurangkan dimasa akan datang? Apakah punca kemalangan jalan raya ini boleh berlaku? Pihak berkuasa boleh mengadakan undang-undang dan menguatkuasakannya, di mana mereka yang tertangkap akan dihukum. Berbagai kempen dan program boleh diatur untuk memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya. Didikan di sekolah dan di rumah juga perlu seiring dalam usaha untuk menjadikan jalan raya lebih selamat. Pihak kerajaan telah menubuhkan Jabatan Keselamatan Jalan Raya dengan misi menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai tahap keselamatan jalanraya setaraf dengan negara maju menjelang 2010 iaitu 10 kematian setiap 100,000 penduduk, 2 kematian setiap 10,000 kenderaan berdaftar dan 10 kematian setiap satu billion kilometer perjalanan kenderaan. Objektif jabatan ini diwujudkan adalah sebagai "One Stop Agency" bagi memantau dan menyelaras program keselamatan jalanraya dari aspek Pendidikan, Penguatkuasaan,

Kejuruteraan

dan

Persekitaran.

Perlancongan
FAKTOR-FAKTOR PERLANCONGAN Bentuk muka bumi: Bergunung ganang; Aktiviti mendaki gunung / tracking+cth gunung. Udara yang nyaman dengan suhu yang rendah dan tumbuhan semulajadi yang menghijau. Jeram dan air terjun untuk mandi manda + cth lokasi. Gizar / kawah gunung berapi + cth gunung berapi.

KEPENTINGAN PERLANCONGAN
Pendapatan Negara Memajukan bandar-bandar pelancongan spt Melaka, Kuala Kangsar Mangkin kepada pembangnuan kawasan pelancongan spt infrastruktur / kemudahan asas.

KESAN ALAM SEKITAR


Penebangan hutan untuk membuka kawasan pelancongan spt membina hotel, jalan raya, taman rekreasi padang golf telah mengakibatkan. Kepupusan pokok berharga Peningkatan kadar suhu kerana kurangnya proses fotosintesis yang menyebabkan bertambahnya kandungan karbon dioksida, kurangnya proses sejat peluhan; muka bumi terdedah kepada sinaran matahari

USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI PERLANCONGAN


Memperbanyakkan kawasan pelancongan spt pulau-pulau yang airnya jernih dan berbatu karang Membina banyak hotel yang bertaraf lima bintang, padang golf Pemuliharaan kawasan-kawasan brrsejarah, kawasan pelancongan sedia 9

Membuka kawasan tasik untuk aktiviti mancing / bermain bot

Kitar Semula
Setiap hari kita membuang sampah dan sampah ini akan dilupuskan oleh pihak yang berkuasa untuk memastikan kebersihan terus terjaga. Kos untuk melupuskan sampah ini pula mencecah berjuta-juta ringgit Setiap tahun jumlah sampah yang dibuang oleh orangramai akan terus meningkat dan kawasan pelupusan sampah pula semakin penuh. Dalam sehari kita menghasilkan lebih daripada 16,000 tan sampah setiap hari. Kita boleh membantu mengurangkan jumlah sampah yang dibuang dengan melakukan kitar semula. Sebelum boleh melakukan kitar semula, kita perlu tahu jenis sampah yang boleh dikitar semula. Sampah kitar semula boleh dibahagikan kepada 4 jenis iaitu kaca, plastik, kertas dan aluminium. Setelah diasingkan sampah ini boleh di hantar ke pusat kitar semula atau ke pusat pungutan atau dimasukkan ke dalam tong sampah khas kitar semula. Semua bekas kaca yang berwarna atau jernih termasuk botol minuman, bekas makanan, botol vitamin, bekas alat solek dan seumpamanya boleh dikitar semula. Barangan kaca perlu dimasukkan ke dalam tong kitar semula berwarna coklat. Manakala semua jenis tin aluminium dan besi seperti tin minuman dan tin makanan juga boleh dikitar semula. Barangan berasaskan kaca ini perlu dimasukkan ke dalam tong kitar semula berwarna oren. Semua kertas yang berwarna dan tidak berwarna seperti suratkhabar, majalah, buku, panduan telefon, katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat, kotak dan seumpamanya boleh dikitar semula. Tong kitar semula berwarna biru hendaklah digunakan untuk semua jenis kertas. Begitu juga semua plastik yang berwarna atau tidak berwarna seperti beg membeli-belah, beg pasaraya, botol minuman, botol air mineral, bekas makanan, bekas sabun, bekas vitamin dan seumpamanya boleh dikitar semula. Barangan berasaskan plastik perlu dimasukkan ke tong kitar semula berwarna oren. Kitar semula akan mengurangkan jumlah barangan buangan dan ini akan mengurangkan keperluan serta jangka hayat tapak pelupusan sampah. Pencemaran juga dapat dikurangkan dan menyelamatkan penggunaan tenaga yang berlebihan. Dari segi jangkamasa panjang kitar semula lebih murah daripada penyelenggaraan tapak atau sistem pelupusan sampah yang lain. Paling penting kitar semula meningkatkan kebersihan dan kualiti hidup kita.

Ict dan Telekomunikasi

10

Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Komponen Teknologi Maklumat Teknologi Maklumat boleh dipecah kepada komponen atau bahagian untuk memudahkan kajian dalam bidang ini. Komponen tersebut adalah Teknologi, Organisasi dan Pengguna. Selain daripada itu terdapat juga tafsiran di mana komponen utama teknologi maklumat ialah komputer(perisian,maklumat,tatacara,manusia), rangkaian komunikasi dan tahu-guna( knowhow ). Ia boleh digambarkan seperti berikut: Teknologi Teknologi merujuk kepada Perkakasan, Perisian dan Sistem Telekomunikasi yang digunakan di dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Perkakasan komputer seperti unit pemproses pusat (CPU), ingatan (RAM), cakera keras (HDD), papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse) dan sebagainya amat penting dalam proses kemasukan, pemprosesan dan penyimpanan maklumat. Perisian komputer seperti sistem operasi (OS) yang popular termasuk Linux, UNIX, Mac OS dan Windows dan aplikasi produktiviti pejabat seperti OpenOffice atau Microsoft Office serta perisian Internet seperti pelayar web (Mozilla, Netscape Navigator, Safari dan Internet Explorer) memainkan peranan besar dalam teknologi maklumat. Ini kerana ia merupakan perisian yang paling banyak digunakan oleh pengguna komputer setiap hari. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengkelasannya sila rujuk tajuk Perisian. Dari segi komersial dan pembangunan sistem, perisian komputer boleh dibahagian kepada dua iaitu:

Perisian Bebas / Sumber Terbuka - Secara amnya, boleh didapati secara PERCUMA atau dibeli berserta kod sumber seperti Linux, FreeBSD, dan OpenOffice. Perisian Komersial / Sumber Tertutup - Secara amnya, lesen menggunakan perisian perlu dibeli manakala kod sumber tidak diberikan seperti Microsoft Windows dan Miscrosoft Office. Namun begitu , untuk mengimbang kebangkitan penggunaan perisian sumber terbuka, syarikat Microsoft telah melancarkan kempen yang dipanggil kongsi sumber (share source). Dengan konsep ini, pengguna komersial dan pihak kerajaan boleh 'melihat' kod sumber perisian Miscrosoft. Namun begitu, pengguna tidak dibenarkan untuk mengguna, menyunting atau mengubah kod sumber tersebut. Pengguna juga perlu menandatangani satu perjanjian untuk membolehkan mereka melihat kod sumber tersebut.

11

Sistem Telekomunikasi merupakan komponen yang amat penting selepas perkakasan dan perisian. Ia merupakan rangkaian dan jambatan yang menyambungkan semua sistem komputer dan sistem telekomunikasi di seluruh dunia seperti Internet, satelit, dan sistem telefon. Ia merupakan kombinasi beberapa teknologi seperti:

Protokol / Senibina Telekomunikasi - TCP/IP, OSI dan SNA, dsb Teknologi Telekomunikasi/ Rangkaian - ATM, X.25, Frame Relay, 3G, SMS, MMS, Bluetooth, dsb Teknologi Media Penghantaran - Wayar tembaga, Gentian Optik, Gelombang Mikro, Radio dan Satelit

Organisasi Merupakan tempat dimana teknologi maklumat digunakan, ia mempengaruhi pengurusan dan pemprosesan maklumat tersebut. Ia mungkin boleh dilihat dari sudut pentadbiran organisasi yang membahagikan organisasi kepada tiga bahagian iaitu peringkat operasi, taktikal dan strategik dimana setiap peringkat memerlukan sistem yang berbeza. Pengguna Merupakan pengguna teknologi maklumat yang boleh dipecahkan kepada pengguna yang mengguna dan pengguna yang mentadbir maklumat tersebut. Pengguna teknologi maklumat: Pengguna sistem yang tidak mentadbir sistem tersebut seperti kerani, jururuwang, pengurus, dsb Pentadbir teknologi maklumat: Juruteknik komputer, pengurus teknologi maklumat, juru analisa sistem , pengaturcara program , dsb Sejarah teknologi maklumat Istilah "teknologi maklumat" muncul pada sekitar dekad 1970-an. Bagaimanapun, konsepnya yang asas boleh dikesani jauh lebih lama lagi. Pada sepanjang abad ke-20, pihak tentera telah berikat dengan berbagai-bagai industri untuk membangunkan elektronik, komputer, dan teori maklumat. Secara sejarah, pihak tentera telah mendorong penyelidikan-penyelidikan tersebut dengan memotivasi dan membiayai inovasi dalam bidang penjenteraan dan pengkomputan. Komputer komersil yang pertama ialah UNIVAC I yang direka bentuk oleh J. Presper Eckert dan John Mauchly untuk Biro Banci Amerika Syarikat. Akhir dekad 1970-an memperlihatkan kebangkitan mikrokomputer, diikuti dengan rapat oleh komputer peribadi IBM pada tahun 1981. Sejak dari masa itu, empat generasi komputer telah berkembang, dengan setiap generasi melambangkan satu langkah yang dicirikan oleh perkakasan yang semakin kecil dan berupaya. Generasi pertama menggunakan tiub vakum, dengan generasi-generasi kedua dan ketiga masingmasing menggunakan transistor dan litar bersepadu. Generasi keempat, iaitu generasi terkini, menggunakan sistem-sistem yang lebih rumit seperti penyepaduan skala sangat besar (VLSI).
12

Teknologi maklumat pada hari ini Pada hari ini, istilah teknologi maklumat telah diperluas untuk merangkumi banyak aspek pengkomputan dan teknologi, dengan istilah ini lebih dapat dikenal, berbanding dengan dahulu. Payung teknologi maklumat adalah amat besar, dan meliputi banyak bidang. Ahli-ahi profesional melakukan berbagai-bagai tugas yang berbeza-beza dari pemasangan perisian penggunaan sehingga perekaan bentuk rangkaian komputer dan pangkalan data maklumat. Sebilangan tugas yang dilakukan oleh mereka adalah seperti yang berikut:

Pengurusan data Pengurusan sistem Perangkaian komputer Perekaan bentuk perisian Perekaan bentuk sistem pangkalan data Sistem maklumat pengurusan (MIS)

13

You might also like