You are on page 1of 27

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA AL IRSHAD POKOK SENA,13220 KEPALA BATAS

FOLIO KOMSAS NOVEL JULIA

TINGKATAN LIMA
SESI 2008/2009

Nama Tingkatan Tajuk No K/P Nama Guru Tarikh Hantar

: :5 Al - Razi :Folio Komsas Novel Julia :920309-07-5775 : :5 Januari 2009

SENARAI KANDUNGAN

Bil

Tajuk

Muka surat

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

Pengenalan Biodata penulis Sinopsis penuh Sinopsis (bab)


Tema dan persoalan Watak dan perwatakan

Latar Plot Teknik Plot Nilai Pengajaran Sudut pandangan Gaya bahasa
Perbandingan Aspek

Kesimpulan

PENGENALAN
2

Novel Julia mengisahkan Julia seorang gadis remaja yang berusia 19 tahun yang dihantar oleh ibu bapanya untuk belajar ilmu agama dan perniagaan di Hidayah Islamic College,Perth,Australia.Ibu bapa Julia mengambil keputusan tersebut memandangkan Julia semakin suka bergaul dengan rakan rakannya yang tidak bermoral.Julia juga suka menghabiskan masanya dengan berfoya foya dan melakukan perkara perkara yang tidak berfaedah.Kehidupan di Hidayah Islamic College banyak mengubah corak hidup Julia.Julia menjadi remaja yang berilmu dan bermoral.Ketika Julia di Perth,ibu bapanya terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia.Julia pulang ke tanah air untuk menguruskan adik adiknya dan syarikat arwah bapanya BMPRO Holding Sdn Bhd.Pelbagai cabran yang ditempuhi oleh Julia.Namun,dengan semangat dan kegigihannya,Julia berjaya mengatasi semua itu.Julia dibantu oleh seorang pemuda Cina,yang dikenalinya semasa dalam perjalanan ke Australia.Jun banyak membantu Julia.Syarikat Julia dan syarikat Jun telah bekerjasama menjalankan perniagaan usaha sama homestay di Kedah.Akhirnya perniagaan Julia semakin kukuh dan Julia berkahwin dengan Jun yang telah lama memeluk agama Islam.

BIODATA PENULIS
Abu Hassan Morad dilahirkan di Chenok,Kedah pada 10 Mei 1957 dan dibesarkan di Felda Guar Napai,Jitra.Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Jitra sehingga tingkatan tiga sebelum menyambung pelajaran ke Sekolah Tuanku Abdul Rahman,Alor Setar dan Kolej Sultan Abdul Hamid.Pada tahun 1978,Abu Hassan melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Persekutuan,Pulau Pinang dalam bidang Matematik dan kemudiannya ke Universiti Putra Malaysia dalam bidang bimbingan dan kaunseling.Abu Hassan aktif menulis sejak 1979 dan sehingga kini telah menghasilkan lebih 18 buah novel kanak kanak dan remaja serta 42 buah cerpen selain rencana,skrip drama dan kritikan sastera.Sepanjang penglibatan dalam dunia penulisan,beliau memenangi banyak hadiah dan anugerah dalam pelbagai sayembara.Sejak 1995,Abu Hassan memimpin Galeri Ilmu Sdn Bhd sebagai ketua pengarang kumpulan.Beliau kini sedang menyempurnakan pengajiannya peringkat sarjana dalam bidang pengajian media di Universiti Malaya.

SINOPSIS KESELURAHAN CERITA


3

Novel Julia mengisahkan Julia seorang gadis remaja yang berusia 19 tahun yang dihantar oleh ibu bapanya untuk belajar ilmu agama dan perniagaan di Hidayah Islamic College,Perth,Australia.Julia patuh dengan kehendak kedua dua ibu bapanya.Julia dapat menyesuaikan diri di tempat baru dan rakan rakan baru yang dapat menerima kehadirannya. Ibu bapa Julia mengambil keputusan tersebut memandangkan Julia semakin suka bergaul dengan rakan rakannya yang tidak bermoral.Julia juga suka menghabiskan masanya dengan berfoya foya dan melakukan perkara perkara yang tidak berfaedah.Kehidupan di Hidayah Islamic College banyak mengubah corak hidup Julia.Julia menjadi remaja yang berilmu dan bermoral.Julia dipanggil pulang secara mengejut kerana ibu bapanya meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Julia terpaksa berhenti belajar untuk menguruskan perniagaan ayahnya dan menjaga adik adiknya.Pelbagai halangan dan cabaran yang dihadapi oleh Julia semasa mengambil alih perniagaan bapanya keerana keadaan ekonomi yang merosot dan masalah kewangan dan dalaman yang dihadapi oleh syarikat. Julia dibantu oleh seorang pemuda Cina,yang dikenalinya semasa dalam perjalanan ke Australia.Jun banyak membantu Julia.Syarikat Julia dan syarikat Jun telah bekerjasama menjalankan perniagaan usaha sama homestay di Kedah. Julia berkahwin dengan Jun yang telah lama memeluk agama Islam.Persandingan Julia dan Jun diadakan di Felda Guar Napai,Kedah.Perdana Menteri merenjiskan air mawar ke atas pasangan pengantin.Syarikat BMPRO Holding kembali pulih dan bertambah maju.Semua pekerja member komitmen.Julia hidup bahagia bersama Jun.

Bab Satu

Bab ini mengisahkan Julia Bakar,dihantar oleh ibu bapanya untuk menuntut ilmu di Hidayah Islamic College,Perth,Australia.Dia diiringi oleh ibunya sahaa maakala bapanya pula berada di Sabah kerana urursan perniagaan.Adiknya,Adi pergi ke rumah rakannya sementara adiknya yang dua orang lagi berada bersama neneknya di Kuantan,Pahang.Julia terasa agak berat hati untuk meninggalkan adiknya yang disayangi.Namun Julia tidak dapat membantah kehendak ibu dan bapanya.Dia terpaksa akur dengan keputusan mereka.Dalam bab ini juga diceritakan Julia secara tidak sengaja berkenalan dengan pemuda Cina,Jun di dalam kapal terbang semasa perjalanan ke Australia.

Bab Dua
Pada hari di rumah Pak Cik Khairil di kawasan perumahan Madison Garden,iaitu kawasan yang didiami ramai pesara.Julia keluar menghirup angin musim bunga yang segar.Dia masih terkenangkan tanah air.Dia belum dapat mengawal perasaan dan sedang mencari keyakinan diri bagi menghadapi iklim persekolahan baru di rantau orang.Julia banyak menerima nasihat daripada ibunya.Hari itu banyak masa dihabiskan berjalan jalan di bandar Perth bersama Pakcik Khairil,Makcik Nadia dan ibunya sambil membeli belah.Didapati masyarakat di kota itu suka membaca dan kehidupan warga tua sentiasa terpelihara.

Bab Tiga
Julia mendaftar di Hidayah Islamic College,di Hawksburn Road,Rivervale,iaitu kira kira 30 minit perjalanan dari rumah Pakcik Khairil di Stirling.Setelah segala urusan seleai,Julia sempat berkenalan dengan pengetua kolej berkenaan iaitu Brother Haroun.Julia menceritakan tentang tujuannya belajar di Australia.Julia masih terkenangkan kawan kawannya di Malaysia seperti Rashid,Muna,Han dan Jef tentang pergaulan mereka ketika itu yang sangat bebas dan tidak tahu menilai erti kebebasan yang diberi.Di Hidayah Islamic College,Julia berpeluang berkenalan dengan Safiyya dan Sakinah.Julia mula berasa seronok berada di sini.

Bab Empat
Bab ini mengisahkan hari pertama Julia di sekolah.Dia berasa gementar tetapi pengalaman hari pertama di sekolah amat menyeronokkan.Safiyya membawa Julia masuk ke kelas.Cikgunya,Doktor Noraini memperkenalkan Julia kepada rakan yang lain.Julia tampil ke hadapan dengan rasa gementar untuk menceritakan latar belakang diri,keluarga dan tanah air termasuk destinasi perancongan yang menarik di negaranya.Julia lega kerana melepasi dugaan pertama.Penggunaan Bahasa Inggerisnya juga boleh difahami oleh semua orang.Dia
5

duduk di baris kedua daripada dua belas orang pelajar dalam kelas yang semuanya terdiri daripada pelajar perempuan.Di rumah,ibunya sering mengingatkannya supaya sentiasa berkelakuan baik dan jangan mengganggu orang.Julia semakin diterima rakan rakannya.

Bab Lima
Dalam bab ini pengarang mengisahkan ibu Julia,Datin Maznah yang sedang membaca akhbar Utusan Malaysia dari Kuala Lumpur tentang laporan saham di Bursa Saham Kuala Lumpur.Harga saham yang tidak menentu sedikit sebanyak menjejaskan syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd yang bakal disenaraikan di papan kedua.Julia tidak berapa ambil kisah tentang aktiviti ibu dan bapanya dalam urusan perniagaan.Hal ini kerana dia belum berminat terhadap bidang berkenaan.Ibunya menasihatkan Julia agar bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan kerana lambat laun dia akan mewarisi perniagaan keluarganya itu.Julia mendapat panggilan telefon daripada bapanya di Malaysia.Perniagaan bapanya agak merosot kerana masalah jerebu yang menyebabkan kekurangan pelancong datang ke Malaysia serta masalah kegawatan ekonomi yang melanda dunia.Ibunya akan balik petang itu dan bapanya menasihatkan Julia diri baik baik.Julia menerima bungkusan hadiah daripada seseorang yang disampaikan oleh Makcik Nadia.

Bab Enam
Di dalam kelas,para pelajar membincangkan sebuah artikel yang dipetik daripada akhbar The West Australia berkaitan dengan tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak.Sister Fatimah gembira mendengar pendapat yang diberikan oleh pelajarnya seperti Palwasha dan Sumaiyyah.Safiyya,Julia dan Sakinah juga turut member pandangan masing masing.Siri perbincangan tiba tiba terganggu,Brother Haroun muncul di muka pintu bercakap sesuatu dengan Sister Fatimah dan sejurus kemudian dia memanggil Julia.Hati Julia berdebar debar lebih lebih lagi apabila terpandang Pakcik Khairil.Di pejabat pengetuam,Pakcik Khairil memberitahu Julia bahawa ibu dan bapanya terbabit dalam kemalangan.Badannya terasa lemah longlai dengan berita yang amat menyedihkan itu.Brother Haroun menyabarkan dan member nasihat kepada Julia agar bersabar.Ibu bapaanya terbabit dalam kemalangan semasa dalam perjalanan ke Kuala Terengganu untuk menziarahi pusara Allahyaarham Tan Sri Yahaya Ahamad.Julia dan Pakcik Khairil terus ke lapangan terbang Perth untuk pulang ke Kuala Lumpur.Malang sekali penerbangan hanya akan bertolak dua jam lagi.Dalam saat kesedihan itu Jun muncul,Dia juga hendak pulang ke tanah air.Pertemuan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa sedih Julia.

Bab Tujuh
Kini telah masuk hari ke sepuluh bapa dan ibunya meninggalkannya.Julia cuba belajar mengawal diri termasukmenerima kenyataan bahawa ibu dan ayah yang amat disayangi telah meninggal dunia.Oleh itu semua tanggungjawab keluarga dan perniagaan yang ditinggalkan bapanya terletak di bahunya.Dirumah, Julia banyak dibantu oleh nenek Maryamdan orang gajinya, KakMimi bagi mengurus rumah. Banglo Sri Idaman, di Taman Tun Dr. Ismail bertambah sunyi sepi. Julia teringat pesanan ibu bapanya supaya sedia untuk berubah atau melakukan perubahan.Julia sedikit gembira apabila Jun menelefonnya.Jun bertanya khabar dan member jaminan untuk menolongnya menjalin kerjasama dalam perniagaan.Julia terkenang perbualan telefon antara dirinya dengan sahabat lamanya,Rashid.Julia tidak senang hati dengan sikap Rashid yang mengajaknya untuk berfoya foya.Rashid memujuk rayu untuk mengajak Julia keluar berdisko tetapi Julia enggan.

Bab Lapan
Julia kini semakin matang dan yakin kepada diri sendiri.Gangguan daripada Rashid menyebabkan neneknya mengguhkan hasrat untuk pulang ke kampung di Kuantan,Pahang.JNulia membuka e-mel untuk melihat berita terbaru daripa kawan kawannya.Ramai sahabatnya yang masih mengucapkan takziah termasuk Jun.Dia juga membaca madah yang dikirim oleh sahabatnya Safiyya.Ibu tirinya Ummi Sarah datang ke rumah bersama adiknya.Julia mulai curiga dengan kedatangan Ummi Sarah keran dia khuatir ibu tirinya itu akan meminta sesuatu daripadanya.Tanggapan Julia melesit,sebenarnya ibu tirinya hanya ingin meminta izin mengembangkan perniagaan butik peninggalan bapanya sambil membayar hutang yang ditinggalkannya.Julia sedar kesilapannya dan meminta maaf atas kesilapannya itu.

Bab Sembilan
Julia menjalankan tugas bapanya di pejabat.Dengan bimbingan Encik Hashim,Julia memperkenalkan kepada semua kakitangan syarikat BMPRO yang terletak di Subang Jaya.Pada mulanya Julia agak kekok dan gementar untuk berhadapan dengan mereka.Julia memberi sedikit ucapan alu- aluan dan berjanji akan terus menjalankan tugasan sebaik mungkin seperti arwah bapanya.Julia dapat berkenalan dengan Pengurus Operasi BMPRO Travel and Tours,Encik Said,Pengurus kanan BMPRO Transport,Encik Baharom,Pengrus Kewangan,Puan Shamsiah manakala Syed Mustafa,Pengurus kanan butik BMPRO tidak hadir.Julia juga berkenalan dengan setiausaha bapanya iaitu Geena.Pada akhir abd ini Julia berkesempatan bertemu bual dengan wartawan.
7

Bab Sepuluh
Julia menerima panggilan telefon daripada Jun. Jun mengucapkan tahniah kepada Julia kerana berjaya menjadi iron lady pengurus kepada perniagaan bapanya.Mereka akan mengadakan kerjasama dalam bidang industri perlancongan.Julia menerima intercom daripada Geena,yang mengatakan Syed Mustaffa hendaka berjumpa dengan Julia. Julia mengizinkan dengan syarat ditemani Encik Hashim tetapi Syed Mustaffa enggan kerana dia mengatakan ini adalah urursan keluarga.Syed Mustaffa meminta Julia menyerahkan butik itu kepadanya.Julia enggan berbuat demikian,dan menyuruh dia rujuk kepada peguam syarikat. Di akhir bab ini,Encik hashim berjumpa Julia berkenaan syarikat menghadapi masalah kekurangan aliran wang tunai.Julia meminta diadakan mesyuarat Lembaga Pengarah bagi membincangkan hal berkenaan.

Bab Sebelas
Julia terkenang kembali saat manis bersama rakan rakan di Perth ,Australia.Kenangan mereka melawat keluarga Sadia di Katanning,350 km dari Perth.Selepas membaca Al Quran dan sembahyang Maghrib,Julia membuka emel.Ada tiga e-mel,satu dari Perth,satu daripada Rashid satu lagi daripada Brother Haroun yang betanya khabar dan memberi nasihat supaya Julia sentiasa bertenang dalam menghadapi cabaran.Dalam e-melnya Rashid mrminta maaf atas kekasarannya terhadap Julia beberapa hari yang lalu.Dia meminta Julia member peluang kepada dirinya untuk memperbaiki segala kesilapan yang dilakukannya.Sebelum tidur,Julia menelefon ibu tirinya,Ummi Sarah untuk bertanyakan khabar tentang perniagaan butiknya.

Bab Dua Belas


Tugasan Julia semakin hari semakin sibuk.Julia meneliti perkembangan yang berlaku dalam operasi operasi perniagaan BMPRO Transport.Julia kurang berpuas hati dengan laporan yang dikemukakan oleh Encik Baharom,Pengurus Kanan BMPRO Transport tentang kutipan sewamenyewa kenderaan di bawah kendaliannya.Menurut Encik Baharom,operasi syarikatnya mengalami kerugian dan dia mencadangkan supaya BMPRO Trasport dijual bagi mengurangkan bebanan syarikat.Juliatidak bersetuju dengan cadangan itu.Dia ingin menyiasat terlebih dahulu bagaimana syarikat mengalami kerugian.Julia semakin sibuk,banyak perkara perlu diselesaikan segera.Sesekali nasihat daripada Jun membantunya meningkatkan motivasi diri untuk terus mengurus syarikat dengan lebih baik dan berhati hati.

Bab Tiga Belas


Julia dikejutkan dengan perletakan jawatan pengurus besarnya,Encik Hashim.Hal ini diikuti pula dua pemandu bas pelancongan.Julia merasakan semangatnya semakin luntur dengan peristiwa itu,mujurlah pengurus kewangan dan pentadbirannya tidak berbuat demikian. Dia berasa lega apabila mendapat jaminan pengurus operasi BMPRO Catering dan BMPRO Travel and Tours,Encik Fadhil dan Encik Said yang berjanji akan tetap bekerja dengannya.Julia terkejut apabila diserang oleh Baharo yang meminta BMPRO Transport dijual kepada Datuk Khor iaitu pemilikan Syarikat BKL Transport.Demi marua dan agama Julia mempertahankan syarikat yang mendapat laluan KL-Banting untuk tidak dijual.Baharom keluar dari bilik Julia dengan perasaan yang amat marah dan hampa.

Bab Empat Belas


Julia yang mengadakan kerjasama dengan Cinta Sejati Travel and Tours yang dimiliki keluarga Jun mengadakan tinjauan projek pelancongan Homestay di Felda, Guar Napai, kedah. Mereka meninjau beberapa kawasan menarik termasuk di kawasan Kubang Pasu iaitu kawasan parlimen Perdana Menteri. Banyak masa Julia dihabiskan bersama Jun yang turut serta dalam tinjauan tersebut.

Bab Lima Belas


Minggu ini jadual harian Julia penuh dengan mesyuarat dan temujanji yang semuanya berkaitan denhan urusan perniagaan.Ketika Julia meneliti diarinya,tiba- tiba pembatu rumahnya Kak Mimi menghulurkan akhbar.Ada berita penting katanya.Rashid,bekas teman rapatnya ditahan polis kerana mengedarkan dadah.Dalam situasi yang lain.Perdana Menteri bersetuju merasmikan projek homestay yang akan dilancarkan di Kedah seperti yang ditetapkan .Bagi membantu memeriahkan program berkenaan,syarikat milik keluarga Jun sanggup menyediakan pelancong dari Jepun,Korea dan Australia.

Bab Enam Belas


Selepas selesai menunaikan sembahyang Subuh,Julia mendengar kuliah yang diberikan oleh neneknya.Selepas itu mereka ke pusara ibu dan bapanya di Bukit Kiara.Ramai orang berada di situ.Bunga kenanga bertaburan di atas pusara.Julia amat terkejut apabila Jun yang lengkap memakai baju Melayu datang mengunjungi pusara ibu dan bapanya.Jun memberitahu Julia yang dia telah lama memeluk
9

agama Islam dan bercadang melamar Julia untuk dijadikan isterinya.Julia amat gembira dengan peristiwa itu.

Bab Tujuh Belas


Kawasan Felda Guar Napai mula dibanjiri orang termasuk wartawan dri dalam dan luar negara.Mereka berkampung di Jitra sejak beberapa hari yang lalu.Perdana Menteri akan merasmikan program homestay di kampung ini.ia akan menjadi pemangkin kepada industri perlancongan di negara ini.Ramai kawan Julia dari Hidayah Islamic College berada di kampung itu.Program berjalan lancar dan dirasmikan sendiri oleh perdana menteri. Julia gembira kerana semuanya berjalan lancer dan pada masa yang sama,semua anak syarikat BMPRO kembali pulih.Semua stafnya bertambah komited setelah mengikuti kursus motivasi.Julia berharap agar Jun dapat membatunya mengurus syarikatnya engan lebih cemerlang.Kini Julia telah semakin dewasa.

Tema Dan Persoalan


Tema
10

Novel ini membawa tema hijrah.Hijrah ini bermaksud perubahan sikap daripada jahil kepada yang lebih baiik.Hal ini ditunjukkan oleh watak Julia yang dahulunya seorang gadis yang suka berpeleseran dan suka berfoya foya bersama rakan rakannya akhirnya menjadi seorang remaja yang baik budi pekerti berakhlak mulia dan mematuhi nasihat orang tua.Datin Maznah dan Datuk Bakar mengambil tindakan bijak apabila menyedari Julia hampir terbabas dalam pergaulan dengan teman sebaya seperti Rashid,Muna,Wei,Jef dan Han di Kuala Lumpur.Oleh sebab itulah mereka mengambil keputusan untuk membawa Julia belajar di Hidayah Islamic College di Perth,Australia atas alasan menyekatnya daripada terjebak dalam jurang maksiat.Ibu bapa yang insaf dan sedar atas keterlanjuran mereka mendidik anak anak,lalu cepat cepat mengambil tindakan memperbaikinya,tentulah merupakan suatu keputusan yang bijak demi masa depan anknya sendiri.tindakan menghantar anak mereka belajar ke sekolah agama di Australia dan tidak di negara sendiri atau di negara Arab,memang boleh dipertikaikan.Kerana itulah Julia berasa keputusan ibu memasukkannya ke Hidayah Islamic College,sebagai satu penyucian diri untuk mendapat keredhaan Allah.Sebagai anak sulung,dia ada tugas dan tanggungjawab terhadap keluarganya.Inilah amanah paling berat yang harus dipikul oleh Julia.Walaupun baru berusia dalam lingkungan dua puluh-an,Julia akhirnya mampu melaksanakan tugas berat itu setelah kematian ibu dan bapanya. Persoalan Pergaulan bebas muda mudi Pengarang menggambarkan melalui watak rakan rakan Julia yang suka mengamalkan kehidupan bebas dan suka berpeleseran tanpa mengenal batas susila.Rashid,Jef,Wei dan Muna adalah sebahagian warga kota yang hidup bebas.Kehidupan itu mungkin boleh diibaratkan sebagai cermin kehidupan anak muda di negara ini.Hal ini berlaku mungkin disebabkan kurangnya peerhatian ibu bapa terhadap anak anak.Mungkin juga sikap ibu bapa yang lebih memnetingkan wang ringgit daripada nilai moral dan kasih sayang anak anak.Sepatutnya mereka perlu mengawal pergerakan anak anak supaya tidak terjebak ke lembah maksiat. Semangat Kerjasama antara kaum Persoalan digambarkan melalui ikatan persefahaman antara BMPRO Travel and Tours dengan cinta sejati Travel and Tours iaitu sebuah agensi perlancongan milik keluarga Jun yang mengendalikan pakej perlancongan homestay yang diadakan di negeri Kedah.Program yang dirasmikan oleh Perdana Menteri ini telah berjaya menarik ramai pelancong ke negara ini.
11

Perpaduan yang wujud daripada perkahwinan campur Julia berkahwin dengan Jun,iaitu seorang lelaki kaum Cina.Perkahwinan mereka walaupun berlainan kaum,namun jika mendapat restu kedua- dua belah pihak akan bahagia dan mampu meningkatkan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelabagai kaum.

Usaha gigih pasti akan menghasilkan kejayaan Datuk Abu Bakar dan Datin Maznah tidak tahu akan erti penat atau mengaku kalah dalam menjalankan perniagaannya.Dengan dugaan yang dialami mereka tetap tabah menghadapi ombak dan onak dalam persaingan perniagaan.Akhirnya mereka berjaya menjadikan BMPRO Holding Sdn Bhd sebagai syarikat bumiputera yang unggul di negara ini.

Jerebu akibat kecuaian manusia Berlakunya jerebu yang berpanjangan di rantau timur khususnya Asia Tenggara menggambarkan manusia masih gagal meengurus alam sekitar dengan cekap dan sempurna.Jerebu yang ketelaluan akan membawa banyak musibah kepada penghuni alam.Ia bukan sahaja mengurangkan bilangan pelancong asing,malah jerebu menggugat ekonomi negara serta kesihatan manusia.

Watak dan perwatakan


Julia Seorang yang menghormati ibu bapa Julia amat menghormati ibu bapa.Ini terbukti apabila dia mengikut kehendak bapanya untuk belajar di Hidayah Islamic College di Perth,Australia.Dia akur dengan keputusan yang dilakukan oleh kedua ibu bapanya dem masa depan mereka.Datuk Bakar dan Datin Maznah sedar akan perubahan sikap yang dialami anak gadis mereka yang semakin liar.Mereka mengambil keputusan untuk memisahkaan mereka dengan harapan berlaku perubahan dalam diri Julia.Walaupun berat hati namun Julia menghormati keeputusan dan kehendak ibu bapanya. Seorang yang rajin

12

Julia ialah seorang yang rajin bekerja.Tugasnya bukan sahaja mengurus perniagaan yang ditinggalkan bapanya tetapi juga mengurus adik adiknya yang semuanya masih bersekolah.Di pejabat,Julia dibantu stafnya manakala di rumah dia dibantu oleh nenknya dan orang gajinya.Melihat jadual hariannya,Julia terpaksa menunaikan janji perniagaan yang harus dilakukan bagi memastikan perniagaan berkembang maju.Komitmen ini menunjukkan Julia seorang yang rajin bekerja. Berani Sebaik sahaja menjalankan tugas di pejabat BMPRO Holding,Julia menempuh pelbagai dugaan,antaranya ialah tuntutan Syed Mustafa terhadap butik BMPRO.Malah peristiwa Encik Baharom untuk menjual BMPRO Transport kepada Datuk Khor juga menjadikan dia bertindak tegas dan berani.Julia terpaksa berhadapan dengan pegawai pegawainya yang lebih tua dan berpengalaman.Namun Julia berani berhujah bagi mempertahankan syarikatnya daripada terlepas kepada orang lain.Tanpa keberanian yang ditunjukkan itu,kewibawaan Julia mungkin tercabar. Penyayang Julia amat saying kepada ibu bapa dan adik adiknya.Dia sering membantu adik adiknya dalam pelajaran.Dia selalu terkenang akan adik adiknya terutama ketika dalam kesunyian.Hubungan Julia dengan adik adiknya amt rapat sekali. Berprinsip dan berpendirian Walaupun Julia Nampak liar,tetapi dia tidak sanggup menggadaikan tubuh kepada orang lain.Dia sekadar bersuka suka sahaja.Berbanding dengan remaja lain,nereka tidak segan silu melakukan perbuatan bermoral rendah.Bagi Julia hubungannya dengan Rashid hanya rakan sahaja.Walaupun Rashid cuba menggodanya tetapi Julia berjaya mempertahankan kesucian dirinya. Datin Maznah

Taat dan patuh kepada suami Sentiasa menurut perintah suaminya, Datuk Bakar . Datin Maznah tidak pernah membantah atau marah apabila suaminya berkahwin lagi dengan

13

Ummi Sarah. Datin Maznah reda suaminya berkahwin asalkan berlaku adil dan tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap dirinya. Aktif berniaga Menjalankan perniagaan bersama sama suaminya.Mempunyai pegangan saham dalam BMPRO Holding.Turut membantu merancang dan member idea untuk memajukan perniagaan.Buktinya Datin Maznah sentiasa mengikuti keadaan ekonomi negara walaupun berada d luar negeri. Berpandangan jauh Datin Maznah nampak anaknya Julia menunjukkan cirri cirri yang kurang baik. Pergaulan yang terlalu bebas dengan sahabatnya mencurigakan Datin Maznah.Secara diplomasi,Datin Maznah berbincang dengan suaminya untuk menghantar Julia belajar di Australia. Jun Bersopan santun Jun juga digambarkan sebagai pemuda yang bersopan santun,sesuai dengan taraf keluarganya yang jadi ahli perniagaan dan dihormati.Dia sebenarnya adalah cerminan generasi baru Malaysia yang bersahsiah tinggi dan menjadi aspirasi pengarang ini untuk melahirkan waraganegara yang berhemah tinggi. Perahsia Tentu ada sebab tertentu,kenapa Jun merahsiakan yang dirinya sudah lama menganut Islam daripada pengetahuan Julia. Datuk Bakar Kuat bekerja Kegigihan Datuk Bakar bekerja membolehkan syarikatnya terus berkembang dan akan disenaraikan di papan kedua,Bursa Saham Kuala Lumpur.Ketokohan dan kecekapan dalam perniagaan membolehkan Datuk Bakar sentiasa dihormati bukan sahaja oleh anak anaknya tetapi juga isteri isterinya.Datuk Bakar tidak sempat melihat syarikatnya disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur kerana terlebih dahulu meninggal dunia akibat kemalangan.
14

Latar
Latar Tempat Hidayah Islamic College Sebuah kolej swasta yang terletak di Perth,Australia menyediakan pendidikan agama kepada semua pelajar dari seluruh dunia.Julia dihantar oleh ibu bapanya untuk belajar agama dan perniagaan di kolej itu.Semua pelajar di kolej itu ialah perempuan.

Rumah Banglo di Taman Tun Dr Ismail Banglo Sri Idaman yang terletak di pinggir Taman Tun Dr Ismail,Kuala Lumpur ialah tempat tinggal Julia dan keluarganya.Setelah kematian kedua ibu bapanya,banglo yang amat meriah menjadi sunyi sepi.Julia menjadi ketua keluarga dalam usia yang terlalu muda.Kini Julia terpaksa menjaga tiga orang adiknya dan syarikat BMPRO Holding kepunyaan bapanya.

Felda Guar Napai,Kubang Pasu,Kedah Perdana Menteri telah merasmikan program perlancongan homestay yang dianjurkan oleh BMPRO Travel and Tours dan Cinta Sejati Travel and Tours.Seramai 55 orang pelancong dari luar negara iaitu dari Jepun,Korea dan Australia turut meriahkan majlis.Antara acara menarik ialah merenjis air mawar ke atas pengantin iatu Julia dan Jun.Acara lain ialah pertandingan menoreh getah.

Pejabat BMPRO Holding Julia menjaalankan semua kerja di pejabatnya yang terletaak di Subang Jaya,Selangor.Ini ialah pejabat peninggalan ayahnya Datuk Bakar.Di sinilah Juliammelaksankan segala tugas dan mengalami pelbagai pengalaman yang pahit termasuklah peristiwa perselisihan pendapat dengan Syed Mustaffa dan Encik Baharom tentang syarikat yang diurusnya.BMPRO Holding adalah sebuah syarikat milik bumiputera yang bakal disenaraikan di papan kedua Bursa Saham Kula Lumpur.

Perth,Australia

15

Sebaik sampai di Bandar Perrth,Julia dan ibunya bersiar siar di sekitar Bandar Perth.Mereka melawat pusat pusat menarik dan menikmati keindahan bandar itu.Di Perth,Julia tinggal di rumah Pakcik Khairil. Latar Masa Siang Banyak kejadian atau peristiwa yang digunakan oleh pengarang dalam novel ini berlaku pada waktu siang hari.Misalnya Julia bersiar siar di halaman rumah Pakcik Khairil di Perth Australia.Walaupun baru pukul enam lima minit pagi tetapi cuaca sudah cerah.Hal ini kerana Australia sedang mengalami musim bunga.Begitu juga dengan kunjungan Julia ke pusara ibu dan bapanya di kawasan perkuburan Bukit Kiara.Kunjungan ini dibuat selepas Julia melakukan sembahyang Subuh dan mendengar kuliah yang dusampaikan neneknya di rumah mereka.Di tanah perkuburan itu juga dengan disaksikan batu nisan,Jun melafazkan kata kata untuk melamarkannya. Era teknologi maklumat Berdasarkan novel ini,dunia berada dalam era teknologi maklumat.Ini bermakna semua urusan yang dilakukan manusia ada hubungan dengan penggunaan teknologi,khususnya urusan perniagaan dan sebagainya.Dalam zaman ini,hubungan antara satu tempat dengan tempat yang lain semakin dekat kerana dunia yang tiada sempadan.Kecanggihan menjadikan perhubungan sesame manusia menjadi cepat dan mudah.Dengan penggunaan komputer semua pekerjaan menjadi mudah.Banyak tenaga yang dapat dijimatkan Zaman Jerebu Kebetulan sewaktu Julia menguruskan syarikatnya,keadaan negara masih diselubungi Jerebu.Di Sarawak pengisytiharaan darurat baru sahaja ditarik balik apabila indeks pencemaran udara turun kepada 85.Masalah jerebu yang melanda negara adalah masalh serius kerana ia menggangu pasaran saham.Hal ini kerana pelabur asing mengambil tindakan menunggu dan melihat apakah peristiwa yang akan menimpa negara.Jika paras udara tidak menunjukkan penurunan,kerajaan terpaksa mengumumkan darurat.Ini bagi memudahkan pihak berkuasa mengatasi masalah tersebut.Lagipun jerebu boleh menyebabkan kesan sampingan terhadap orang ramai. Latar Masyarakat
16

Masyarakat remaja atau belia Julia dan rakan rakannya adalah remaja yang berumur antara 19 dan 20 tahun.Mereka masih muda dan perlu dibimbing untuk menjadi manusia apabila dewasa kelak.Bagi mereka yang sanggup berhijrah untuk mengubah sikap kepada yang baik.Inilah masa yang terbaik untuk melakukan .Julia sanggup berkorban untuk menjadi lebih baik.

Masyarakat keluarga Latar kekeluargaan digambarkan oleh keluarga Datuk Bakar.Keluarga ini dimeriahkan lagi oleh anak anak mereka,nenek dan Kak Mimi.Keluarga Datuk Bakar terus berkembang setelah diberkahwin dengan Ummi Sarah.

Masyarakat Korporat Masyarakat ushawan jelas ditunjukkan dengan watak Datuk Bakar.Golongan korporat yang terbabit secara langsung dalam bidang perniagaan lazimnya dikaitkan dengan saham dan indeks komposit.

Pelajar IPT Golongan pelajar institusi pengajian tinggi diwakili oleh pelajar Hidayah Islamic College.Semua pelajar di kolej berkenaan terdiri daripada perempuan sahaja seperti Safiyya dan Julia

Masyarakat moden Masyarakat moden di dalam novel ini dirujuk kepada masyarakat kota yang tinggal di bandar.Misalnya Datu Bakar tinggal di Taman Tun Dr Ismail.Mereka terbabit dalam bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan dan menghantar anak mereka mnuntut pelajaran ke luar negara.Hal ini tidak berlaku kepada masyarakat tradisional Melayu.

Plot
Permulaan Cerita
17

Novel Julia mengisahkan Julia seorang gadis remaja yang berusia 19 tahun yang dihantar oleh ibu bapanya untuk belajar ilmu agama dan perniagaan di Hidayah Islamic College,Perth,Australia.Julia patuh dengan kehendak kedua dua ibu bapanya.Julia dapat menyesuaikan diri di tempat baru dan rakan rakan baru yang dapat menerima kehadirannya. Perkembangan cerita Ibu bapa Julia mengambil keputusan tersebut memandangkan Julia semakin suka bergaul dengan rakan rakannya yang tidak bermoral.Julia juga suka menghabiskan masanya dengan berfoya foya dan melakukan perkara perkara yang tidak berfaedah.Kehidupan di Hidayah Islamic College banyak mengubah corak hidup Julia.Julia menjadi remaja yang berilmu dan bermoral.Julia dipanggil pulang secara mengejut kerana ibu bapanya meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Perumitan Cerita Julia terpaksa berhenti belajar untuk menguruskan perniagaan ayahnya dan menjaga adik adiknya.Pelbagai halangan dan cabaran yang dihadapi oleh Julia semasa mengambil alih perniagaan bapanya keerana keadaan ekonomi yang merosot dan masalah kewangan dan dalaman yang dihadapi oleh syarikat. Puncak Cerita Julia dibantu oleh seorang pemuda Cina,yang dikenalinya semasa dalam perjalanan ke Australia.Jun banyak membantu Julia.Syarikat Julia dan syarikat Jun telah bekerjasama menjalankan perniagaan usaha sama homestay di Kedah. Julia berkahwin dengan Jun yang telah lama memeluk agama Islam.Persandingan Julia dan Jun diadakan di Felda Guar Napai,Kedah.Perdana Menteri merenjiskan air mawar ke atas pasangan pengantin. Peleraian Cerita Syarikat BMPRO Holding kembali pulih dan bertambah maju.Semua pekerja member komitmen.Julia hidup bahagia bersama Jun.

Teknik Plot
18

Dialog Hello Julia,ini Jun .Bagaimana dengan adik adikmu? Alhamdulillah.Jun apa khabar? Saya baik seperti selalu.

Monolog Terima kasih Jun atas ingatanmu dan hadiah sebuah buku yang sangat berharga bagiku pada saat begini.Aku membisikkan kata kata itu setelah hampir semalaman membaca buku tersebut.

Monolog Dalaman Ya Allah ! mahu saja aku memeluk Jun.Mahu saja aku melaungkan takbir Allahuakbar sekuat hati,tetapi aku kelu.Mahu saja aku menjerit memberitahu berita gembira ini tetapi aku tidak berdaya.Aku terharu sekali.Hanya derai air mata syukur mengiringi detik ituAku tidak dapat membayangkan kegembiraanku.

Imbas Kembali Julia teringat kembali akan peristiwa pertemuan dengan Jun ketika dalam pesawat menuju ke Australia.Ketika itu Jun melihat Julia seperti seorang pelajar sekolah.Jun juga menceritakan bahawa dia juga terkejut pada ketika itu nama Julia sama dengan nama kakaknya yang meninggal dunia akibat kanser.

Imbas Muka Mungkin ada kaitan dengan sekolah.Tentu ada berita terbaru tentang kedudukan sekolah ini.Kata Safiyya kawasan itu akan dibangunkan semula.Sekolah ini bakal berpindah ke tempat lain.

Pemerian Hari ini sudah masuk hari ke-sepuluh abah dan mama pulan menemui Illahi.Itulah hakikat yang harus aku terima.Kemalangan jalan raya menjadi penyebab mereka meninggalkan aku dan adik adik dalam keadaan yatim piatu.Tiada siapa yang menjangka yang semua boleh berlaku.Tetapi itulah ketentuan Illahi.

19

Nilai
Kasih sayang Kasih sayang yang ditunjukkan melalui novel Julia ialah bagaimana emak dan ayah menyayangi anak anak mereka.Datin Maznah dan Datuk Bakar amat sayang kepada anak mereka.Sebagai tanda sayang kepada anaknya,Datin Maznah sanggup mengeluarkan belanja besar menghantar anaknya itu ke Australia untuk menuntut ilmu.Tujuan sebenar ialah mengelakkan anaknya itu daripada bergaul bebas dengan kawan kawannya yang agk liar. Taat Setia Ia merupakan taat setia anak kepada ibu dan bapanya dimana Julia akur dan taat kepada keputusan ibu dan bapanya yang mahu menhantarnya keluar negara demi masa depan.Julia sanggup berpisah dengan adik- adik yang dikasihi dan teman teman yang disayangi demi sifat taat kepada kedua orang tuanya.Taat setia seorang isteri dapat digambarkan oleh Datin Maznah.Walaupun Datuk Bakar berkahwin dengan Ummi Sarah namun kesetiaan terhadap suaminya tidak berbelah bagi. Bekerjasama Nilai ini dapat dilihat apabila wujudnya kerjasama antara beberapa agensi kerajaan dan sector swasta dalam menjayakan projek perlancongan homestay.Kerjasama itu membabitkan kementerian kebudayaan,kesenian dan perlancongan.

Bersatu padu Bersatu padu dalam novel Julia merujuk antara perhubungan antara keluarga Julia dan keluarga Jun.Mereka yang berlainan bangsa dan agama akhirnya mampu mencentuskann perpaduan di negara ini.Lagipun perkahwinan mereka direstui oleh kedua dua pihak.Konsep bersatu padu
20

itu turut dijalin dalam bidang perniagaan ini ditunjukkan melalui perkongsian syarikat Jun dan Julia. Berani dan yakin diri sendiri Nilai ini dimiliki oleh watak utama iaitu Julia.Julia yakin pada diri sendiri dalam mengurus syarikatnya yang besar dan megah itu.Tanpa sifat ini mungkin Julia tidak mampu melakukannya walaupun pada mulanya Julia dibantu oleh pegawai kananya.Tetapi setelah pengurus besar itu berhenti,Julia terpaksa mengurus syarikat itu seorang diri.Julia yakin bahawa dia mampu melaksanakan tugas tersebut.

Pengajaran
Kita mestilah bekerjasama dalam melakukan sesuatu tugas Kerjasama yang baik dan yang member manfaat kepada orang lain harus diteruskan.Hal itu seperti projek homestay yang dijalankan di Guar Napai ternyata member peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Kita mestilah sentiasa menghormati ibu bapa Sebagai anak,kita wajib menghormati ibu bapa.Banyak generasi muda yang mudah lupa jasa dan pengorbanan ibu bapa mereka.Cara yang mereka lakukan seperti mengingkari larangan ibu bapa dianggap tidak menghormati ibu bapa.Julia tidak membantah keputusan ibu bapa mereka untuk belajar di negara asing.Walaupun hatinya berasa marah tetapi Julia tidak menunjukkan sikap marah itu di hadapan ibu dan bapanya. Kita hendaklah meninggalkan sifat tamak Sifat tamak dalam novel Julia digambarkan melalui watak Syed Mustaffa dan Encik Baharom.Syed Mustaffa yang juga peengurus kanan butik BMPRO menuntut balik butik itu diserahkan kepadanya.Manakala Encik Baharom pula mendesak Julia agar BMPRO Transport dijual kepada oraang pilihannya iaitu Datuk Khor.Kedua- dua mereka mengharapkan keuntungan.

Kita hendaklah meninggalkan sikap berprasangka buruk

21

Sifat berprasangka atau menuduh seorang tanpa usul periksa adalah tidak bermoral.Misalnya tindakan Julia berprasangka buruk dengan menuduh ibu tirinya Ummi Sarah ingin merampas harta peninggalan arwah bapanya.Kita terlebih dahulu harus menyelidik dan menyoal siasat kedudukan sesuatu perkara sebelum mengeluarkan kenyataan atau tuduhan. Kita mestilah menggunakan masa muda untuk menuntut ilmu Menuntut ilmu perlu dilakukan sepanjang hayat.Kita tidak perlu menunggu hari tua untuk menuntut ilmu asalkan kita rajin mencarinya melalui novel ini.Watak Julia sanggup pergi ke Australia untuk mencari ilmu agama.

Sudut Pandangan
Sudut pandangan orang yang pertama
Aku masih mendiamkan diri.Perasaanku telah dapat kukawal.Aku idak mahu abah dan mama kecewa .Aku tahu mereka sedang berusaha yang terbaik untukku.Cuma barangkali aku belum bersedia.Aku belum bersedia berpisah dengan adik adikku Aku belum bersedia meninggalkan kawan -kawanku.Aku belum bersedia menerima perubahan yang mendadak begini.Ya,bagiku keputusan ini memang berat.Tetapi abah dan mama suadah membuat keputusan untuk diriku.

Gaya Bahasa
Personifikasi Matahari seakan menghilaangkan diri. Kata pinjaman Bahasa Inggeris : escapism,brother,shopping,sister,transport,business,enjoy,homestay dan catering Bahasa Arab: al Quran,Astaghfirullah,insya-Allah,Illahi,Alhamdulillah

Istilah perniagaan : Bursa Saham Kuala Lumpur,Indeks Komposit,zon merah,BMPRO Holding


22

Singkaatan : UPEN(Unit Perancang Ekonomi Negeri) : TDC(Pusat Pembangunan Perlancongan) : IPU (Indeks Pencemaran Udara) Istilah Sains Dan Teknologi : era siber,era teknologi. Perulangan Aku belum bersedia berpisah dengan adik adikku. Aku belum bersedia meninggalkan kawan kawanku.Aku belum bersedia menerima perubahan yang mendadak ini. Metafora Aku hanya duduk kaku ,membiarkan jalur fikiranku merayap entah ke mana. Kenangan itu sekadar menghimpun segumpal rindu di dada dan kemudian hilang begitu sahaja. Namun,apa pun,aku perlu bersedia untuk mendayung perahu hidup sendiri. Simile Hidup ini seperti roda Kita seperti musafir yang perlu meneruskan pengembaraan. Akrab kita bagaikan isi dengan kuku. Inversi Berdebar debar dadaku Aku sekali lagi terkedu di situ. Lambang Permata dan berlian yang dahulunya tidak pandai kunilai mutunya dan sering bertentangan pendapat denganku sudah tiada lagi. (Permata- ayah,berlian-ibu)

Perbandingan Aspek
23

Peranan Watak Utama


Watak bermaksud pelaku atau orang yang memainkan peranan dalam sesebuah karya.Dengan kata lain eatak ialah tokoh tokoh dalam cerita.Watak utama mendapat perhatian yang menyeluruh oleh pengarang dan memaninkan peranannya dari mula cerita sehingga kesudahan cerita.Watak inilah yang menghidupkan cerita atau menggerkkan plot cerita.Malah memberi penghuraian yang terperinci tentang gerak laku dan sifat sifat watak ini.Dalam menyampaikan mesej,watak utama mempunyai tugas yang tersendiri yang harus dipikulnya kepada para pembaca.Dalam novel ini,watak utama ialah Julia.Julia berperanan sebagai gadis remaja kontemporari yang tahu harga diri,mempunyai jati diri yang mantap selepas mendapat banyak ilmu dan pengalaman di negeri asing.Julia berperanan untuk mengetuai BMPRO Holding dengan rangkaian perniagaan yang meningkat selepas kematian ibu bapanya.Julia juga berperanan sebagai nak sulung kepada adik adiknya untuk memberikan kasih saying kepada mereka.

Peranan Watak Sampingan


Watak sampingan berperanan membantu watak utama dalam pengembangan plot mereka.Watak ini tidak muncul dalam keseluruhan cerita tetapi ditimbulkan sekali- sekala oleh pengarang. Datin Maznah beperanan sebagai pemegang terbesar BMPRO Holding iaitu sebuah syarikat yang sedang berkembang maju dan disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur.Datin Maznah memainkan peranan yang penting dalam menghantar Julia ke Australia untuk belajar agama.Syed Mustaffa pula berperanan sebagai pengurus kanan Butik BMPRO Sdn Bhd.Dia berperanan sebagai pihak yang meminta Julia untuk menyerahkan Butik BMPRO Holding kepadanya. Datuk Bakar pula berperanan sebagai seorang usahawan yang berjaya.Beliau berperanan mewujudkan syarikat BMPRO Holding serta menghantar Julia ke Australia.Jun juga memainkan peranan yang penting dalam novel ini.Dia banyak membantu Julia ketika syarikat Julia menghadapi pelbagai masalah.Rashid pula berperanan sebagai watak yang jahat yang cuba menggoda Julia ke lembah yang hina.

Latar Tempat
Hidayah Islamic College Sebuah kolej swasta yang terletak di Perth,Australia menyediakan pendidikan agama kepada semua pelajar dari seluruh dunia.Julia dihantar oleh ibu bapanya untuk belajar agama dan perniagaan di kolej itu.Semua pelajar di kolej itu ialah perempuan.
24

Rumah Banglo di Taman Tun Dr Ismail Banglo Sri Idaman yang terletak di pinggir Taman Tun Dr Ismail,Kuala Lumpur ialah tempat tinggal Julia dan keluarganya.Setelah kematian kedua ibu bapanya,banglo yang amat meriah menjadi sunyi sepi.Julia menjadi ketua keluarga dalam usia yang terlalu muda.Kini Julia terpaksa menjaga tiga orang adiknya dan syarikat BMPRO Holding kepunyaan bapanya.

Felda Guar Napai,Kubang Pasu,Kedah Perdana Menteri telah merasmikan program perlancongan homestay yang dianjurkan oleh BMPRO Travel and Tours dan Cinta Sejati Travel and Tours.Seramai 55 orang pelancong dari luar negara iaitu dari Jepun,Korea dan Australia turut meriahkan majlis.Antara acara menarik ialah merenjis air mawar ke atas pengantin iatu Julia dan Jun.Acara lain ialah pertandingan menoreh getah.

Pejabat BMPRO Holding Julia menjaalankan semua kerja di pejabatnya yang terletaak di Subang Jaya,Selangor.Ini ialah pejabat peninggalan ayahnya Datuk Bakar.Di sinilah Juliammelaksankan segala tugas dan mengalami pelbagai pengalaman yang pahit termasuklah peristiwa perselisihan pendapat dengan Syed Mustaffa dan Encik Baharom tentang syarikat yang diurusnya.BMPRO Holding adalah sebuah syarikat milik bumiputera yang bakal disenaraikan di papan kedua Bursa Saham Kula Lumpur.

Perth,Australia Sebaik sampai di Bandar Perrth,Julia dan ibunya bersiar siar di sekitar Bandar Perth.Mereka melawat pusat pusat menarik dan menikmati keindahan bandar itu.Di Perth,Julia tinggal di rumah Pakcik Khairil.

Latar Masa
Siang Banyak kejadian atau peristiwa yang digunakan oleh pengarang dalam novel ini berlaku pada waktu siang hari.Misalnya Julia bersiar siar di halaman
25

rumah Pakcik Khairil di Perth Australia.Walaupun baru pukul enam lima minit pagi tetapi cuaca sudah cerah.Hal ini kerana Australia sedang mengalami musim bunga.Begitu juga dengan kunjungan Julia ke pusara ibu dan bapanya di kawasan perkuburan Bukit Kiara.Kunjungan ini dibuat selepas Julia melakukan sembahyang Subuh dan mendengar kuliah yang dusampaikan neneknya di rumah mereka.Di tanah perkuburan itu juga dengan disaksikan batu nisan,Jun melafazkan kata kata untuk melamarkannya. Era teknologi maklumat Berdasarkan novel ini,dunia berada dalam era teknologi maklumat.Ini bermakna semua urusan yang dilakukan manusia ada hubungan dengan penggunaan teknologi,khususnya urusan perniagaan dan sebagainya.Dalam zaman ini,hubungan antara satu tempat dengan tempat yang lain semakin dekat kerana dunia yang tiada sempadan.Kecanggihan menjadikan perhubungan sesame manusia menjadi cepat dan mudah.Dengan penggunaan komputer semua pekerjaan menjadi mudah.Banyak tenaga yang dapat dijimatkan Zaman Jerebu Kebetulan sewaktu Julia menguruskan syarikatnya,keadaan negara masih diselubungi Jerebu.Di Sarawak pengisytiharaan darurat baru sahaja ditarik balik apabila indeks pencemaran udara turun kepada 85.Masalah jerebu yang melanda negara adalah masalh serius kerana ia menggangu pasaran saham.Hal ini kerana pelabur asing mengambil tindakan menunggu dan melihat apakah peristiwa yang akan menimpa negara.Jika paras udara tidak menunjukkan penurunan,kerajaan terpaksa mengumumkan darurat.Ini bagi memudahkan pihak berkuasa mengatasi masalah tersebut.Lagipun jerebu boleh menyebabkan kesan sampingan terhadap orang ramai. Latar Masyarakat Masyarakat remaja atau belia Julia dan rakan rakannya adalah remaja yang berumur antara 19 dan 20 tahun.Mereka masih muda dan perlu dibimbing untuk menjadi manusia apabila dewasa kelak.Bagi mereka yang sanggup berhijrah untuk mengubah sikap kepada yang baik.Inilah masa yang terbaik untuk melakukan .Julia sanggup berkorban untuk menjadi lebih baik. Masyarakat keluarga
26

Latar kekeluargaan digambarkan oleh keluarga Datuk Bakar.Keluarga ini dimeriahkan lagi oleh anak anak mereka,nenek dan Kak Mimi.Keluarga Datuk Bakar terus berkembang setelah diberkahwin dengan Ummi Sarah.

Masyarakat Korporat Masyarakat ushawan jelas ditunjukkan dengan watak Datuk Bakar.Golongan korporat yang terbabit secara langsung dalam bidang perniagaan lazimnya dikaitkan dengan saham dan indeks komposit.

Pelajar IPT Golongan pelajar institusi pengajian tinggi diwakili oleh pelajar Hidayah Islamic College.Semua pelajar di kolej berkenaan terdiri daripada perempuan sahaja seperti Safiyya dan Julia

Masyarakat moden Masyarakat moden di dalam novel ini dirujuk kepada masyarakat kota yang tinggal di bandar.Misalnya Datu Bakar tinggal di Taman Tun Dr Ismail.Mereka terbabit dalam bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan dan menghantar anak mereka mnuntut pelajaran ke luar negara.Hal ini tidak berlaku kepada masyarakat tradisional Melayu.

Kesimpulan
Saya berpendapat bahawa novel ini amat bagus kepada para pelajar.Novel ini mempunyai banyak erti buat saya.Ia amat berfaedah kepada saya untuk membacanya.Membaca novel ini dapat mengisi masa lapang saya pada cuti penghujung tahun.Perwatakan yang ditonjolkan oleh Julia harus dicontohi oleh semua pelajar agar kita mempunyai semangat cinta akan negara.Kisah perjuangan Julia mengatasi masalah syarikatnya harus kita contohi.Banyak pengajaran yang saya dapat setelah selesai membaca novel ini.Oleh itu,saya suka membaca novel ini.Membaca novel ini dapat menyedarkan saya bahawa pentingnya ilmu pengetahuan untuk mengurus sesuatu syarikat.

27

You might also like