P. 1
PENGERTIAN TAYAMMUM

PENGERTIAN TAYAMMUM

|Views: 13|Likes:

More info:

Published by: Siti Rodiah Abdul Aziz on Aug 15, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/09/2014

pdf

text

original

PENGERTIAN TAYAMMUM Tayammum ialah menyampaikan atau menyapu debu tanah ke muka dan kedua-dua tangan dengan

syarat yang tertentu. Tayammum dilakukan bagi menggantikan wudhu‟ atau mandi wajib (junub, haidh dan nifas), ketika ketiadaan air atau uzur menggunakan air, dan ia adalah suatu rukhsah atau keringanan yang diberikan oleh syara„ kepada manusia. ·Disyari„atkan tayammum berdasarkan firman Allah subhanahu wata„ala:

005.006

َ ِ‫نوا إ‬ ُ ‫د َي‬ ُ‫ه‬ ُ‫م‬ ُ‫م‬ ْ ‫ف‬ َ ‫ة‬ ْ ُ ‫ذا ق‬ ‫م‬ ِ ‫وأَ ْي‬ ِ ‫م إِلَى الصَّال‬ َ ‫م‬ َ ‫اغسِ لُوا وُ جُو‬ َ ‫ِين آ‬ َ ‫ها الَّذ‬ َ ‫َيا أَ ُّي‬ ْ‫ك‬ ْ‫ك‬ ْ‫ت‬ ْ ‫لى‬ ْ ‫لى‬ ُ‫ج‬ ُ ‫ك ْن‬ ُ ْ‫وإِن‬ ُ‫ل‬ ُ ِ‫رءُوس‬ َ ِ‫م إ‬ َ‫ج‬ َ ِ‫إ‬ َ ‫ال‬ ْ ‫وا‬ ‫نبًا‬ ُ ‫م‬ ُ ْ‫وأَر‬ ُ‫ب‬ َ ‫ْن‬ َ ‫م‬ َ ‫م‬ َ ‫ِق‬ َ‫م‬ َ ‫ال‬ ْ‫ت‬ ْ‫ك‬ ْ‫ك‬ ِ ‫كعْ َبي‬ ِ ‫سحُوا‬ ِ ‫ر اف‬

َّ ‫ف‬ ْ ‫ِن‬ ُ ‫م ْن‬ ُ ‫ك ْن‬ ُ ْ‫وإِن‬ َ‫س‬ َ ٌ‫ح‬ َ ‫ال‬ ‫غائِطِ أَ ْو‬ َّ ‫اط‬ ِ ‫د‬ َ ‫مم‬ َ َ‫ء أ‬ َ ‫جا‬ َ ‫ر أَ ْو‬ َ ‫علَى‬ َ ‫ضى أَ ْو‬ َ ْ‫مر‬ َ ‫م‬ َ ‫هرُوا‬ ْ‫ك‬ ْ‫ت‬ ٍ‫ف‬ َ ‫دا‬ ُ ‫وأَ ْيدِي‬ ُ‫ه‬ ِّ ‫م ال‬ ُ ْ‫مس‬ َ ‫ط ِّيبًا‬ َ ‫ء‬ َ ‫ء‬ ً ‫صعِي‬ ُ‫ج‬ ً ‫ما‬ ْ ‫فا‬ ‫م‬ َّ ‫ف َت َي‬ ِ ‫بوُ جُو‬ َ ‫م‬ َ ‫م‬ َ ‫ممُوا‬ َ ‫دوا‬ َ ‫سا‬ َ ‫ن‬ َ ‫ال‬ ْ‫ك‬ ْ‫ك‬ ْ َ‫فل‬ ُ‫ت‬ ِ ‫م َت‬ ِ ‫سحُوا‬ َّ ‫د‬ َ ‫ي‬ ُ ‫ِّر‬ ُ ‫علَ ْي‬ ُ ‫ُري‬ ُ ‫ُري‬ ‫ه‬ ُ ‫م َت‬ ُ ِ‫ول‬ ُ ِ‫د ل‬ ُ ‫م ْن‬ ِ‫ي‬ ِ َ ْ‫م نِع‬ َ ‫م‬ َ ‫طه‬ َ ‫ج‬ َ‫ح‬ َ ْ‫م مِن‬ َ ‫ل‬ َ ‫ع‬ َ ْ‫َّللا ُ ِل َيج‬ َ ‫ه‬ ْ‫ك‬ ْ‫ك‬ َّ ‫ت‬ ِ ‫ولَكِنْ ي‬ ِ ‫ما ي‬ ٍ ‫ر‬ ْ ‫م َت‬ ُ‫ش‬ ُ َّ‫عل‬ ُ ‫علَ ْي‬ ‫ُون‬ َ ‫كر‬ َ َ‫م ل‬ َ ْ‫ك‬ ْ‫ك‬

Maksudnya: “Dan jika kamu junub (berhadath besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam musafir, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwudhu‟ dan mandi), maka hendaklah kamu bertayammum dengan tanah – debu yang bersih.” (Surah Al-Ma‟idah, 5:6) Semua ibadah atau amalan ta„at yang perlu kepada bersuci (taharah) seperti sembahyang, menyentuh mushaf, membaca Al-Qur‟an, sujud tilawah dan beri„tikaf di dalam masjid adalah boleh bersuci dengan tayammum sebagai ganti wudhu‟ dan mandi, kerana amalan yang diharuskan taharah dengan air adalah diharuskan juga dengan tayammum.

Ketiadaan air yang mencukupi untuk wudhu‟ atau mandi.SEBAB YANG MEMBOLEHKAN TAYAMMUM 1. tidak bercampur benda lain. 3. 4. Niat tayammum adalah seperti berikut: Maksudnya: “Sahaja aku bertayammum bagi mengharuskan solat kerana Allah Ta`ala. sekalipun keperluan itu pada masa akan datang. SYARAT TAYAMMUM 1.” . 6. Ada keuzuran seperti sakit atau ketiadaan air. ANGGOTA TAYAMMUM 1. 2. Sakit yang jika terkena air boleh mengancam nyawa atau anggota badan atau melambatkan sembuh. Menggunakan debu tanah yang suci. Bertayammum bagi setiap ibadat fardhu. 2. Air yang ada hanya mencukupi untuk keperluan minuman binatang yang dihalalkan. Masuk waktu sembahyang. 5. RUKUN TAYAMMUM 1. Dua belah tangan hingga siku. 2. Berniat ketika menyapu debu tanah ke muka. Hilang najis terlebih dahulu. 3. Muka. Menyapu muka dan dua tangan dengan dua kali pindah. tidak musta„mal.

. Membaca basmalah iaitu lafaz 2.2. Berturut-turut di antara menyapu muka dan menyapu tangan. Menyapu muka. 4. Mendahulukan menyapu tangan kanan dari yang kiri dan memulakan bahagian atas dari bahagian bawah ketika menyapu muka. SUNAT TAYAMMUM 1. 3. Melihat air atau mendapat air sekiranya bertayammum kerana ketiadaan air. Murtad iaitu keluar dari agama Islam. 3. 3. PERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMMUM 1. Berlaku sesuatu daripada perkara-perkara yang membatalkan wudhu‟. Menyapu kedua-dua belah tangan. 2. Tertib.

air kencing dan tahi. Oleh yang demikian. syara` memberi kemaafan terhadap kadar benda najis yang sedikit yang sulit untuk dielakkan. darah bisul. NAJIS YANG DIMAAFKAN Tiada sebarang najis yang dimaafkan. khinzir dan yang lahir daripada kedua-duanya atau salah satunya. begitu juga untuk memudahkan dan bertolak ansur kepada umatnya. . iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang tidak makan selain menyusu dan belum mencapai umur dua tahun. iaitu anjing. Walaupun begitu. najis bermaksud segala kekotoran yang menghalang sahnya solat. Kulit bangkai binatang menjadi suci apabila disamak kecuali kulit khinzir. darah kudis atau kurap dan nanah. tahi dan sebagainya. anjing dan yang lahir daripada kedua-duanya atau salah satunya. nanah. Ia terbahagi kepada tiga: i. ii. Dari segi syara`. Mutawassitah (pertengahan). 2. Mukhaffafah (ringan). 2.PENGERTIAN NAJIS Dari segi bahasa. Najis hukmiyy. najis-najis berikut adalah dimaafkan: 1. Darah jerawat. PEMBAHAGIAN NAJIS Najis dari segi „ainnya terbahagi kepada dua: 1. iaitu kekotoran yang ada pada bahagian tubuh badan iaitu hadath kecil yang dapat dihilangkan dengan berwudhu‟ dan hadath besar (janabah) yang dapat dihilangkan dengan mandi. Najis haqiqiyy. Mughallazah (berat). Najis yang tidak dapat dilihat oleh pandangan sederhana seperti darah yang sedikit dan percikan air kencing. iaitu selain dari dua jenis di atas seperti darah. Semua bangkai binatang adalah najis kecuali ikan dan belalang. atau tayammum apabila ketiadaan air atau uzur daripada menggunakan air. iaitu benda kotor sama ada beku atau cair dan sama ada dapat dilihat atau tidak. najis bererti benda kotor seperti darah. iii.

Najis mukhaffafah (ringan) Hendaklah dihilangkan `ain najis itu terlebih dahulu. kencing tidak lawas. kemudian barulah dibasuh tempat kena najis dengan air sehingga hilang sifatnya (warna. bau dan rasa). agas dan pijat. CARA MENYUCI NAJIS Cara menghilangkan najis ialah dengan beristinja‟. najis lalat. Darah binatang yang tidak mengalir darahnya seperti kutu. 3. Najis mutawassitah (pertengahan) Hendaklah dihilangkan „ain najis itu terlebih dahulu. air kurap atau kudis. 2.3. Tempat berbekam. darah istihadhah. kemudian barulah dibasuh dengan air sebanyak tujuh kali. nyamuk. kemudian cukup sekadar direnjiskan atau dialirkan air ke atasnya. Cara menyucikan najis haqiqiyy pula adalah seperti berikut: 1. bau dan rasa). . Najis mughallazah (berat) Hendaklah dihilangkan „ain najis itu terlebih dahulu. bau dan rasa ialah dengan mengalirkan air ke atas tempat yang terkena najis tersebut. 4. · Untuk menyucikan najis hukmiyy iaitu yang tiada warna. salah satu daripadanya bercampur dengan tanah sehingga hilang sifatnya (warna. membasuh dan menyamak.

Kemudian bertakbir untuk kali keempat dan berdoa selepasnya. Mayat diletak sebelah qiblat mereka yang menyembahyangkannya kecuali jika sembahyang dilakukan di atas kubur (sembahyang ghaib). suci badan. Mayat sudah dimandikan dan dikafankan. Sembahyang jenazah sama halnya dengan sembahyang yang lain.htm . Seterusnya membaca salawat dengan mana-mana lafaz salawat dan yang paling afdhal ialah salawat Ibrahimiyyah. 6. sujud. pakaian dan tempat serta menghadap ke arah qiblat. 3. Kemudian bertakbir untuk kali ketiga dan berdoa untuk si mati selepas takbir tersebut.hafizfirdaus. Kemudian memberi salam ke sebelah kanan dan kiri. 3. suci dari hadath besar dan kecil. Bertakbir dengan takbiratul ihram dalam keadaan berniat sembahyang ke atas mayat. Rukun-rukun dan cara menunaikannya adalah seperti berikut: 1. Sebe lum dilakukannya juga tidak disertai dengan azan dan iqamah. 2. dibaca Surah Al-Fatihah. 2.Sembahyang Jenazah Syarat-syarat sah sembahyang jenazah ialah seperti berikut: 1. iaitu harus menutup „aurat. 5. Cara melakukan sembahyang jenazah ialah dengan keadaan berdiri sahaja dengan tidak ruku„. 4. http://www.com/ebook/Solat%20sunat/8. Bertakbir untuk kali kedua. Selepas bertakbir. tasyahhud dan duduk.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->