You are on page 1of 7

KERTAS KONSEP GAYA PENGAJARAN MOSSTON AND ASHWORTH

Pengenalan

Tiada definisi khusus mengenai Kaedah Pengajaran yang di terima pakai, akan tetapi
secara meluasnya ia dirujuk sebagai satu set kaedah pengajaran (Galton, 1980) atau
format pengajaran (Siedentop, 1991). Di dalam istilah Pendidikan Jasmani, definisinya
adalah sebagai kaedah am yang diwujudkan melalui strategi-strategi yang tertentu .

Selama lebih 30 tahun, penulis-penulis di United Kingdom telah mengenal pasti


beberapa cara atau kaedah mengajar dan menghubungkaitkannya dgn falsafah
pengajaran dan pembelajaran (Bennett, 1978). Bermula dari sini dan hasil penulisan
beberapa penulis lain khususnya dlm bidang Pendidikan Jasmani (Kane, 1974) terdapat
dua penemuan penting telah dibuat. Pertama, integrasi dalam cara pengajaran adalah
berkait rapat dengan penglibatan pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran. Kedua,
walaupun diketahui umum setiap guru mempunyai kaedah dan cara tersendiri dalam
menyampaikan pengajarannya, tetapi ini tidak akan menghasilkan asas yang stabil atau
cekap pengajaran dan pembelajarannya. Pilihan cara atau kaedah pengajaran mestilah
berasaskan logik dan saintifik.

Sehingga kini, analisa lengkap berkenaan kaedah pengajaran dan tingkah laku telah
dihasilkan oleh Mosston (1966) dari Amerika Syarikat. Idea beliau berkenaan interaksi
antara pelajar dan guru telah dikembangkan semenjak hasil penulisan pertama beliau
dan telah memberi satu kerangka kerja dalam konteks pengajaran pendidikan jasmani
di seluruh dunia. Penulisan beliau begitu berpengaruh sehingga di katakan sebagai
“teori yang paling terulung dan terkini dalam bidang pedagogi Pendidikan Jasmani
dalam sejarah” (Nixon & Locke, 1973). Kenapa ia berjaya? Jawapannya terdapat
didalam kerangka kerja pengajaran yang beliau kenalkan sebagai “Spektra Gaya
Pengajaran” (Spectrum of Teaching Styles).

Gaya Pengajaran

“Spektra” mengenengahkan kerangka pilihan atau opsyen dalam hubungan guru dan
pelajar. (Mosston & Ashworth, 1986) dan ini berdasarkan kepada pemilihan penting
dalam mengambil keputusan. Beliau bahagikan ini kepada tiga kategori yang perlu
digunanakan dalam semua pengajaran iaitu sebelum pengajaran, semasa pengajaran
dan selepas pengajaran.

• Sebelum pengajaran
keputusan yang perlu dibuat sebelum pengajaran; persediaan dan pemilihan
topik, objektif, organisasi dan penyampaian.

• Semasa pengajaran
keputusan mengenai pencapaian dan perlaksanaan.
• Selepas pengajaran
penilaian dan maklumbalas daripada pelajar.

Spektra menggabungkan 10 kaedah umum di mana guru dan pelajar masing-


masing memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam pengajaran dan
pembelajaran. Setiap tingkah laku yang disengajakan ialah hasil daripada keputusan
yang telah dibuat sebelumnya. Gaya atau kaedah pengajaran boleh dibahagikan
kepada dua aspek iaitu :
1. Berpusatkan Guru
2. Berpusatkan Pelajar
Gaya Pengajaran

Berpusatkan Guru Berpusatkan Pelajar


Arahan Pembelajaran kendiri
Latihan Daya usaha
Timbal balik Perlaksanaan individu
Semak kendiri Penghasilan mencapah
Inklusif Penemuan terbimbing

Gaya A: Arahan

Dalam gaya ini ,guru mengawal APA yang akan dipelajari, BAGAIMANA ia dilakukan
serta MULA dan AKHIR sesuatu aktiviti itu dijalankan.

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH


• Guru mengawal keseluruhan • Sesuai untuk aktiviti Fizikal- Kemahiran
kelas aras tinggi dan Motor
• Guru membuat semua mengutamakan
keputusan dalam P&P keselamatan Terjun Papan Anjal:
• Guru memberi arahan satu • Sesuai untuk masa • Melakukan
persatu P&P yang terhad aksi pusingan
• Guru melakukan • Sesuai untuk hadapan
pembelajaran menggunakan
demonstrasi
peringkat awal papan anjal.
• Guru memberi komen /
ulasan tentang prestasi • Tanggungjawab
pelajar berpusat kepada
• Pelajar perlu beri perhatian guru
kepada arahan guru • Masa latihan pelajar
• Pelajar melakukan perlakuan adalah terhad.
guru

Gaya B: Latihan
Gaya pengajaran latihan ini adalah kesinambungan daripada gaya pengajaran arahan
dimana semua keputusan adalah di bawah tanggungjawab guru. Dalam P&P guru
memberi tunjuk ajar dan pelajar berpeluang melakukan latihan secara ansur maju dan
berperingkat.

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH


• Guru memberi penerangan • Sesuai untuk masa Fizikal-Pembentukan
aktiviti atau melakukan P&P yang terhad Kemahiran Motor:
demonstrasi • Sesuai untuk
• Guru menetukan setiap apa pembelajaran Hoki:
yang ingin diajar peringkat awal • Melakukan
• Guru melakukan • Pelajar mempunyai kemahiran
pemerhatian terhadap lebih masa untuk menggelecek
pelajar semasa P&P dan latihan. menggunakan
memberi maklumbalas, skitel.
tunjuk ajar dan soal jawab.
• Pelajar melakukan latihan
yang telah ditetapkan oleh
guru.

Gaya C: Timbal balik

Gaya pengajaran ini boleh menjadi satu kaedah yang afektif dalam perubahan terhadap
kaedah mengajar di dalam kelas. Perbezaan dalam kaedah ini adalah, setiap pelajar
melakukan latihan secara berpasangan.

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH


• Guru menentukan apa yang • Guru Sosial- Kerjasama
akan dipelajari bertanggungjawab Kognitif –
• Guru memberi penerangan pada awal P&P Pemerhatian,
sebelum memulakan aktiviti • Aktiviti dilakukan menganalisis
• Guru melakukan secara berpasangan
• Pelajar menilai Bola sepak:
demonstrasi lanjut untuk
• Melakukan
menguji perlakuan pelajar sendiri perlakuan
yang telah dipelajari kemahiran
• Guru memerhati dan fokus
menanduk
kepada pelajar melalui • Guru menyediakan
bola ke arah
pemerhatian senarai semak dan gol secara
• Aktiviti dilakukan secara lampiran gambar berpasangan.
berpasangan oleh pelajar kepada pelajar
• Seorang pelajar menjadi • Fokus kepada
pemerhati dan seorang lagi perhubungan sosial
akan melakukan aktiviti. di samping
• Pelajar dinilai berdasarkan mempelajari aktiviti.
kriteria perlakuan yang telah
disediakan
Gaya D: Semak kendiri

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH


• Guru menentukan apa yang • Sesuai bagi Sosial- Menilai
akan dipelajari perlakuan yang kemampuan kendiri.
• Guru menentukan kriteria mudah dikenalpasti
pembelajaran • Pelajar bertanggung- Bola Baling:
• Guru memberi penerangan jawab di atas • Melakukan
sebelum memulakan P&P pembelajaran kemahiran
• Pelajar bertanggungjawab • Menghadkan menjaring
dalam menilai perlakuan diri perhubungan sosial berdasarkan
di antara guru kad
dengan pelajar bergambar.

Gaya E: Inklusif

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH


• Guru menentukan apa yang • Memberi peluang Sosial-
akan dipelajari kepada pelajar untuk Memaksimumkan
• Guru menentukan kriteria merasai kejayaan kemahiran kendiri
pembelajaran • Semua pelajar
• Guru memberi peluang berupaya melakukan Lompat tinggi:
aktiviti walaupun • Melakukan
kepada pelajar untuk memilih
tahap pembelajaran berbeza kebolehan aksi
mengikut kemampuan diri diri lompatan
• Pelajar boleh pada jarak
• Pelajar memilih sendiri tahap
membuat keputusan ketinggian
prestasi sebelum melakukan yang
aktiviti sendiri.
berbeza-
• Pelajar membuat keputusan beza.
untuk melakukan aktiviti
pada tahap tinggi.

Gaya F: Pembelajaran Kendiri

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH


• Guru sebagai pemerhati • Semua perkara Kognitif-
kepada pelajar berkaitan dengan Pemahaman
• Pelajar menetapkan apa pembelajaran
yang akan dipelajari ditetapkan sendiri Hoki:
• Pelajar menetapkan oleh pelajar • Melakukan
pendekatan sendiri • Pelajar boleh kemahiran
membuat keputusan menolak
sendiri. dalam
• Tiada bantuan guru pelbagai
posisi badan.
Gaya G: Penghasilan Mencapah

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH


• Guru menetapkan tugasan • Tugasan disediakan Kognitif-
yang mempunyai pelbagai oleh guru Kemahiran berfikir
jawapan • Tugasan Sosial-
• Guru mendorong pelajar mempunyai banyak Keyakinan
untuk menilai setiap cara penyelesaian
jawapan dan membuat • Sesuai untuk aktiviti Gimnastik:
perbandingan • Melakukan
pembangunan
• Pelajar cuba mencari pasukan aksi guling dari
perbandingan jawapan titik A ke titik B
• Menggalakkan
tanpa
• Pelajar menilai jawapan pelajar berfikir menggunakan
untuk menetapkan secara kreatif kaki.
keberkesanannya. • Memupuk sikap
kerjasama di antara
pelajar

Gaya H: Pembelajaran Individu


Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan masa yang panjang,untuk
memahami masalah dan berfikir secara logik dan sistematik. Pelajar menetapkan
sendiri tugasan dan menyelesaikan tugasan mengikut kebolehan individu.
OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
• Guru hanya membantu • Tugasan dan Kognitif-
pelajar sebagai penasihat masalah ditetapkan Merancang
• Guru memantau proses oleh pelajar
pembelajaran Gimrama:
• Merancang
• Pelajar merancang program
atau aktiviti pembelajaran satu rutin
tarian
• Pelajar menetapkan tugasan
dalam
serta penyelesaian persembah
an
menggunak
an
belantan.

Gaya I: Penemuan terbimbing


Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah limitassi. Ia memberi pelajar banyak peluang
untuk meluahkan perasaan,mencuba dan menjadi kreatif tetapi perlakuan dihadkan
dengan tugas yang diberi oleh guru. Kelebihan gaya pengajaran ini ialah membenarkan
penglihatan yang lebih oleh pelajar dalam proses pembelajaran dan mengambil kira
perbezaan di kalangan pelajar serta mempunyai peluang belajar mengikut tahapnya
sendiri.
OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
• Guru menetapkan tugasan • Guru merancang Kognitif- pelbagai
dan mempunyai pelbagai P&P dan guru konsep
soalan yang hanya menjurus menyediakan
pada satu jawapan sahaja tugasan. Kajian:
• Guru memberi ruang masa • Membuat
kepada pelajar untuk berfikir perbincang
dan bertindak an dengan
• Guru mengubah soalan jika guru
pelajar gagal mencari tentang
jawapan kajian yang
• Pelajar melakukan tugasan dijalankan.
berdasarkan soalan yang
diberkan guru.
• Pelajar memberi jawapan.

Gaya J: Daya usaha

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH


• Guru memantau proses • Tugasan ditetapkan Kognitif- Aplikasi
pembelajaran sendiri oleh pelajar Sosial-
• Pelajar merancang program • Gaya pembelajaran Bertanggungjawab
atau aktiviti pembelajaran ditetapkan oleh
• Pelajar berusaha sendiri individu Mengajar:
• Mengaplikasi
untuk menetapkan tugasan
kan
• Pelajar memilih gaya
kemahiran
pembelajaran kendiri mengajar PJ
di sekolah.

Kesimpulan

Dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani, guru bertanggungjawab


dalam menyesuaikan dan meneliti tugasan berdasarkan kepada kemampuan dan
kebolehan serta penerimaan pelajar. Dengan menggunakan pelbagai kaedah
pengajaran yang terdapat dalam kerangka kerja Mosston, guru akandapat mewujudkan
suasana kerja yang optima dan mengekalkan disiplin serta menetapkan satu tahap
pencapaian yang tinggi. Melalui kaedah ini juga, guru dapat memudahkan pemikiran
pelajar dan akan berjaya mencapai pelbagai objektif pembelajaran dalam pendidikan
jasmani.

Rujukan

Wee Eng Hoe (2009). Siri Pendidikan Guru: Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan. Karisman Publications Sdn Bhd. Shah Alam.

Mosston, M., & Ashworth, S. (1994). Teaching physical education (4th ed.).
Columbus, OH: Merrill Publishing Company.

Physical Education Resources: http://physicaleducationresources.com/


teachingstylesmosstonpe. aspx

Sports-media : http://www.sports-media.org/sportapolisnewsletter23newlook.htm

Snowbird : http://www.snowbird.com/imagelib/mtnschool/mspdf/ms_tstyles.pdf

You might also like