You are on page 1of 6

Prinsip Kejuruteraan Elektronik EEN105

KOMPONEN SEPARUH PENGALIR

Komponen Separuh Pengalir

Pengenalan
Separuh pengalir adalah unsur semula jadi yang

mempunyai empat elektron valensi (empat elektron pada orbit paling luar). Contoh bahan separuh pengalir ialah silikon (14) dan germanium (32). Struktur konfigurasi atom silikon dan germanium adalah seperti rajah di bawah.

Bahan N dan Bahan P


Silikon dan germanium ialah bahan asas yang digunakan

untuk membuat komponen elektronik seperti diod dan transistor. Untuk membolehkan bahan-bahan ini digunakan bagi tujuan tersebut, ia perlu diproses menjadi bahan yang dinamakan bahan P dan bahan N yang dinamakan pengedopan. Pengedopan ialah proses menambahkan bahan asing kepada silikon atau germanium untuk mengubah ciri keelektrikannya. Apabila silikon (atau germanium) didopkan dengan unsur yang mempunyai lima elektron valensi, ia menjadi bahan N. Apabila didopkan dengan unsur yang mempunyai tiga elektron valensi, ia menjadi bahan P.

Bahan N dan Bahan P

Perbezaan Antara Bahan P dan Bahan N


Bahan P Bahan N

Silikon didopkan dengan unsur yang Silikon didopkan dengan unsur yang mempunyai tiga elektron valensi seperti mempunyai lima elektron valensi indium dan galium seperti arsenik dan antimoni

Mempunyai lebih lubang berbanding elektron

Mempunyai lebih elektron berbanding lubang

Mempunyai ciri kekutuban positif

Mempunyai ciri kekutuban negatif

You might also like