You are on page 1of 2

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.k dan salam sejahtera..

Yang saya hormati Pn. Wan Azima Pengetua Tadika Anis

Yang saya hormati Dif-dif jemputan, guru-guru tadika, para ibu bapa yang hadir, anak-anak dan hadirin dan hadirat sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita berkumpul di dalam majlis iniyang serba meriah dan mengujakansekalung tahniah saya ucapkan kepada tadika anis kerana dapat mengadakan majlis ini sekali lagi.sebenarnya ini tahun ini adalah kali kedua saya berpeluang menghadiri majlis konsert tadika anispengalaman tahun lepas begitu menarik minat saya untuk hadir sekali lagi untuk kali ini.

Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak tadika kerana member peluang kepada untuk berucap di majlis inisebenarnya saya pun terkejut apabila diminta untuk berucapmaklumlah ini pengalaman pertama untuk memberi ucapan di khalayak ramai seperti ini.rasa gugup sedikit..

Para hadirin dan hadirat sekalian. Pendidikan anak memang sangat penting. Pendidikan dari sekolah akan membantu seorang anak bukan hanya mengerti teori dari mata pelajaran yang diajarkan, namun yang terpenting iaitu cara belajar yang terstruktur dan baik.usaha berterusan ini adalah ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis

dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani Dengan pendidikan yang baik, maka masa depan seorang anak akan lebih terencana dan terjamin.

Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak tadika anis kerana menyediakan wahana atau saluran untuk anak-anak mempelajari semua itudengan pimpinan pengetuanya yang begitu berwawasan dan guru-guru yang berdedikasi dalam menjalankan tugas sehingga dapat melahirkan anak-anak yang seimbang dari segi ilmu dunia dan akhirat.

Oleh itu.sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada guru-guru tadika anis yang mengajar dan mendidik anak sayaMuhammad Danish Akram dengan sabar dan tekun selama ini.terutama Ustazah kesayangannya Ustazah Norliza dan guru kelas tulipteacher Sharonterima kasih, terima kasih, terima kasihsemoga tadika anis terus berjaya dan diberi keberkatan oleh Allah s.w.t

Akhirkata saya sudahi dengan serangkap pantun. Seia sekata, gigih berusaha, Merapat barisan depani rintangan, Cemerlang tadika anis berjaya negara, Mencapai wawasan penuh keyakinan

Sekian Wabillahhitaufik walhidayah Assalammualaikum wbh Terima Kasih..

You might also like