KRM3023 ASAS UKURAN - MISKONSEPSI DAN PENYELESAIANNYA

PENDAHLULUAN Setelah sekian lama Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah KBSM dilaksanakan, prestasi dan minat pelajar terhadap Matematik masih kurang memuaskan (Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan 1996). Malah, beberapa kajian terdahulu telah menemui beberapa bentuk kesilapan konsep yang dialami pelajar dalam topiktopik penting, seperti pecahan, perpuluhan dan peratusan (Aida Suraya, Syarifah & Habsah 1992; Asiah 1994; Abd. Aziz 2002; Mohd Johan 2002). Dapatan kajian lepas juga menunjukkkan amalan pengajaran masih berpusatkan kepada guru dan terikat dengan kaedah tradisional (Abd. Razak; Abd. Rashid; Abdullah & Puteh 1996; Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan 1996; Voo 1996; Wan Mohd Rani 1999). Dari sudut pedagogi, amalan guru masih sama dengan dasar kurikulum lama yang menekankan kaedah hafalan (Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan 1996).

Kelemahan dan kepincangan yang berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran antaranya berpunca daripada kepercayaan (Von Glasersfeld, 1994) dan tahap penguasaan pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) yang lemah dalam kalangan guru (Bromme 1994; Howey 1999; Wang, Guo, Chiang & Cheng 1999). Beberapa kajian lepas mendapati bahawa kebanyakan guru masih lemah PPIK (Lampert 1986; Even 1993; Wilson 1994; Swafford, Jones & Thornton 1997; Ma 1999). Di samping itu juga, terdapat perbezaan yang ketara antara guru baru dengan guru berpengalaman dari segi tahap PPIK dan pengajaran mereka dalam bilik darjah (Marks 1990; Schempp, Manross, Tan & Fincher 1998). Di Malaysia, kajian tentang PPIK dalam kalangan guru sekolah, sama ada rendah atau menengah, masih terlalu sedikit, khususnya dalam pendidikan Matematik (Tengku Zawawi et al, 2009).

DEFINISI MISKONSEPSI Miskonsepsi adalah satu daripada masalah yang sering dihadapi oleh murid dalam pembelajaran matematik dan sering menjadi penghalang kepada mereka untuk memahami konsep-konsep matematik yang berkaitan dengan konsep yang disalah tafsirkan oleh mereka. Sebahagian murid tergolong dalam lemah matematik mungkin disebabkan oleh kurang mahir

membaca, menulis, melakukan latihan pengiraan dan bercakap. Dalam matematik, masalah ini akan lebih ketara dengan adanya istilah matematik yang mana sebahagiannya daripada mereka yang belum pernah mendengar dan lupa istilah yang diberikan. Konsep matematik murid perlu diperkenalkan dengan pelbagai bentuk, kaedah dan pendekatan. Murid perlu diperkenalkan dengan beberapa contoh yang konkrit. Robert Gagne iaitu seorang professor dan ahli psikologi mengatakan bahawa, pembelajaran konsep matematik yang berkesan memerlukan beberapa teknik penyampaian iaitu :

i. ii. iii.

Memberi berbagai-bagai contoh konkrit untuk membuat generalisasi. Memberi contoh yang berbeza tetapi berkaitan supaya dapat membuat perbezaan. Memberi contoh-contoh yang tidak ada kaitan dengan konsep yang diajarkan untuk

membuat perbezaan dan generalisasi. iv. yang tepat. Begitulah antara pendekatan yang perlu kita gunakan bagi mengatasi masalah miskonsepsi, sama ada ia disebabkan oleh kecuaian mahupun kesukaran murid memahami sesuatu konsep, guru masing-masing perlu memikirkan pendekatan yang sesuai untuk murid yang mempunyai pelbagai aras pembelajaran. Guru yang prihatin adalah mereka yang berusaha membimbing murid mengikut perbezaan aras kecerdasan. Beberapa kajian yang telah dijalankan oleh ahli psikologi, pakar matematik dan guru matematik menunjukkan ada pelbagai sebab murid melakukan kesilapan dalam pengiraan bahagi. Sesuatu kemahiran yang hendak diajar kepada murid perlulah diterangkan konsep disebaliknya. Antara miskonsepsi yang sering berlaku di kalangan murid ialah Memberi pelbagai jenis contoh matematik untuk memperolehi konsep matematikk

1. Terlalu menggeneralisasikan (overgeneralization) 2. Terlalu memudahkan (oversimplification) 3. Pandangan/idea pengetahuan sedia ada (pre-conceive notion). 4. Salah mengenalpasti (misidentifying) 5. Salah faham (misunderstanding) 6. Salah maklumat (misinformation) 7. Kepercayaan bukan saintifik (nonscientific beliefs) 8. Salah faham konsep (conceptual misunderstands) 9. Kepercayaan kepada yang lebih terkenal (popular beliefs)

10. Penerangan yang salah mengenai definisi dan kaedah (definition and method incorrectly explained)

KESUKARAN DAN PENYELESAIAN

Pengajaran dan pembelajaran tajuk-tajuk bagi bidang asas ukuran merupakan aplikasi kepada konsep-konsep yang dipelajari terdahulu seperti nombor bulat, pecahan, perpuluhan, dan peratus. Tidak dinafikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seringkali terdapat masalah di mana murid tidak dapat mengikuti rentak dan kaedah pengajaran guru. Secara puratanya, terdapat persamaan antara masalah-masalah yang dihadapi. Oleh itu penguasaan isi kandungan pedagogi perlu diutamakan oleh guru bagi memastikan matlamat pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. Kesukaran dan miskonsepsi murid-murid perlu diambil kira oleh guru agar pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan berkesan.

Pengajaran dan pembelajaran asas ukuran melibatkan beberapa tajuk iaitu masa dan waktu, ukuran panjang, timbangan berat, dan isipadu cecair. Konsep-konsep yang perlu dikuasai dalam tajuk-tajuk asas ukuran memerlukan murid menguasai konsep-konsep yang terdapat dalam asas nombor. Penguasaan yang lemah dalam tajuk nombor bulat, pecahan, perpuluhan dan peratus boleh menghalang murid daripada menguasai kemahiran asas ukuran disamping faktor penguasaan rumus matematik, sifir dan sebagainya.

1.1.

Tidak Memahami Bahasa Dalam Soalan Penyelesaian Masalah

Kemahiran penyelesaian masalah adalan antara komponen penting yang diberi tumpuan dalam mata pelajaran matematik di sekolah seperti yang tertulis dalam Sukatan Pelajaran Matematik (KPM 2000, 2002). Begitu juga dengan, dalam Principles and Standards for School Mathemeatics, National Council of Teacher of Mathematics (NCTM 2000), telah menyarankan supaya kemahiran penyelesaian masalah diberi fokus utama dalam mendidik murid-murid. Miskonsepsi dalam tajuk-tajuk dalam ukuran panjang juga melibatkan kemahiran penyelesaian masalah. Menurut Meor (2001), bahasa memainkan peranan penting dalam pembelajaran

namun ia bukanlah jawapan yang sebenar bagi soalan yang diberikan. Kesukaran yang dikenalpasti sehingga menimbulkan miskonsepsi ialah murid tidak dapat memahami bahasa dalam soalan penyelesaian masalah. daripada panjang lorong itu ditanam dengan pokok bunga ros. Masalah kesukaran bahasa untuk memahami sesuatu simbol atau tatatanda matematik akan menyebabkan berlakunya salah konsep.matematik. Memberi gambaran yang sebenar seperti memperlihatkan dalam bentuk garis nombor atau gambar. Murid perlu kembali semula melihat soalan dengan mencari maklumat yang diberikan. yang melibatkan empat langkah utama sebagaimana dijelaskan dalam model Polya iaitu memahami masalah. Penyelesaian masalah merupakan suatu proses. merancang penyelesaian.325 km Penyelesaian : Walaupun jalan kerja yang ditunjukkan oleh murid betul. 5 8 = x 520 m = 5 x 520 m 8 = = 325 m ÷ 1000 0. Penggunaan pelengkap bagi pecahan ditekankan kepada murid . lorong itu yang ditanam dengan pokok bunga matahari. Hitung panjang dalam km. Murid perlu mencari bunga matahari dan bukannya bunga ros. Contohnya : Beberapa pokok bunga ros dan pokok bunga matahari ditanam disuatu lorong sepanjang 520 m supaya tempat itu kelihatan lebih menarik. Selain itu juga gambaran yang jelas boleh digunakan oleh guru bagi membantu murid memahami bahasa yang digunakan dalam soalan penyelesaian masalah. melaksanakan penyelesaian dan menyemak kemnali. Murid-murid tidak dapat memahami kehendak soalan dan sukar untuk mereka menterjemah soalan penyelesaian masalah kepada ayat matematik.

Memahami masalah Merancang penyelesaian 3 8 5 8 Melaksanakan penyelesaian 8 = 8 3 8 5 8 x 520 m = = = Meninjau kembali.195 km x 520 m = 5 x 520 m 8 = 325 m . = 5 8 195 m ÷ 1 000 0.KAEDAH .

senggatan yang diwakili ialah 10. Penyelesaian : Murid perlu dijelaskan bagaimana membaca senggatan. 0 = 1 1 000 = 2 1 000 . maka 1000 dibahagi dengan 10 bersamaan 100 g setiap senggatan. Nilai yang diwakili bagi nombor yang pertama hendaklah dibahagikan dengan bilangan senggatan yang diwakili.195 km 1 0 1 1 0 0 0 0 0 1. Kesukaran yang kedua adalah berkait dengan menulis nilai pada rajah. Kesukaran ini berpunca daripada kegagalan murid dalam memahami konsep senggatan dalam tajuk-tajuk ukuran. ini keranan apabila murid tidak dapat menulis nilai pada rajah yang diberi tentunya mereka juga tidak dapat menyatakan nilai pada rajah tersebut.325 m 195 m ÷ 1 000 0. ml . Kesukaran ini berkait dengan diantara satu dengan yang lain.2 Kesukaran Menyatakan Dan Menulis Nilai Rajah Kesukaran kedua yang berpunca dari miskonsepsi pada rajah berlaku dalam dua bentuk. jarak.= = = 520 m . Contohnya dalam 1kg bersamaan 1000g. dan alat penyukat. Guru perlu senggatan yang diwakili ialah 5. Begitu juga 1 l bersamaan 1000 ml . maka 1000 dibahagi dengan 5 bersamaan 200 menegaskan kepada murid agar mengira senggatan bagi setiap bacaan. Pertama iaitu kesukaran membaca nilai pada rajah alat penimbang.

0 0 . dan pembahagian unitunit ukuran seperti isipadu. Oleh itu kesilapan miskonsepsi berlaku dikalangan murid kerana mereka tidak dapat mengambil kira konsep sedia ada murid. 0 0 . digunakan sebagai faktor untuk menyatakan kuantiti bagi sesuatu sifat. Contoh : Kira hasil tambah 2 jam 35 minit dengan 5 jam 45 minit. 1 1 1. .- 1 . 0 0 . timbangan dan masa kerana kesilapan konsep. dan pengetahuan sedia ada (current knowledge) tidak diperlukan dalam pembelajaran. Mengikut teori behaviourisme.3 Salah 0 2 0 0 5 1 0 0 0 . Kesukaran yang dialami oleh murid-murid ialah tidak dapat menyelesaikan operasi penambahan.1 0 . 0 0 . 2 jam 5 5 + 5 jam 4 5 minit minit = 1 1 000 = 2 1 000 Faham Konsep Unit-unit ukuran adalah kuantiti piawai bagi ciri–ciri fizikal. Murid tidak dapat mencantumkan setiap pengalaman baru ke dalam skema pengetahuan sedia ada mereka. penolakan. Teori Behaviourisme berpandangan bahawa pengetahuan diperolehi dari pengalaman. ukuran panjang. . 0 . murid belajar apa yang diajar atau sekurang-kurangnya sebahagian daripada apa yang dipelajari. pendaraban. Selain itu juga ada proses asas pembelajaran iaitu asimilasi dan akomodasi.

Rumus yang perlu dihafal 8 jam 40 minit Jelaskan kepada murid agar tolak jika lebih dari rumus di atas Jelaskan kepada murid agar tambah 1 jika membuat penolakan 1 JAM + + 2 5 7 1 8 = 60 MINIT 1 5 4 1 10 6 4 5 5 0 0 0 1. guru boleh menggunakan papan unit bagi membantu murid-murid menyelesaikan masalah dalam unit-unit ukuran.4 Tidak Menghafal Rumus . Walaupun jawapan yang diberikan oleh murid betul. Murid perlu dibimbing memahami konsep dengan cara yang betul dan mudah difahami. isi padu cecair dan timbangan berat. ukuran panjang. Guru perlu menjelaskan kepada murid bagaimana dan kenapa murid-murid melakukan kesilapan ini dan membantu mereka menyelesaikan dan memperbetulkan miskonsepsi tersebut. Penyelesaian : Pengalaman sebagai guru akan membantu guru-guru mengesan masalahmasalah seperti di atas terutamanya menyelesaikan operasi yang melibatkan masa dan waktu. Sebagai cadangan. perpuluhan dan wang.8 jam 0 0 minit Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh murid dapat dijelaskan bahawa. namun penyelesaian seperti ini hanya sesuai untuk tajuk nombor bulat. murid beranggapan penambahan tajuk masa dan waktu mempunyai konsep yang sama dengan penambahan nombor bulat.

Hal ini berlaku kerana. ukuran panjang dan masa dan waktu. matematik merupakan mata pelajaran yang melibatkan proses menghafal berbagai-bagai jenis rumus sama ada melibatkan tajuk-tajuk tertentu dalam bidang asas ukuran mahupun asas nombor. walhal rumus yang sebenar ialah dengan membahagi nilai dengan 1000. 9 6 kg 3 0 . 9 6 kg 2 1 . 6 2 kg + 8 . Penyelesaian yang melibatkan penukaran akan lebih mudah diselsaikan oleh murid sekiranya mereka menghafal rumus-rumus dalam matematik. 5 8 kg Bagi soalan ini kesilapan yang ditunjukkan oleh murid ialah menggunakan nilai 100 bagi menukar g kepada kg. Penyelesaian : Bagi membantu murid-murid mengatasi miskonsepsi ini.Kesukaran tidak menghafal rumus tentunya akan menghalang murid-murid daripada melakukan proses kerja matematik dengan baik. Kesilapan ini juga berlaku sekiranya murid gagal menguasai rumus bagi tajuk-tajuk ukuran yang lain seperti isipadu cecair. Bagi kesukaran ini murid keliru dalam menggunakan rumus.62 kg + 896 g = _________ kg Rumus 1kg = 1000 g dan bukannya 100 = 8 9 6 g ÷ 1 0 0 = 8 . Kesilapan seperti ini akhirnya membawa kepada miskonsepsi murid kepada konsep timbangan berat. pendekatan yang berbentuk menghiburkan boleh digunakan agar murid dapat mengingati konsep-konsep dalam tajuk-tajuk ukuran dengan lebih tepat. Sebagai contoh : ÷ mm 10 = mee maggi cm 100 m mari 1000 km kita makan cepat masak X ÷ ÷ . Contoh : 21. dan menggunakan rumus bukan pada soalan yang dikehendaki.

Kesilapan Murid : Tidak menolak 325 daripada 3. dalam kg.5 kg 325 g kurang daripada R 1.ml 1000 l g 1000 kg X = mira lari bahaya (bahagi) lori = Gee X balik (bahagi) kampung 1.5 kg dari nilai R 3 .5 Keliru Dengan Istilah Matematik Merujuk kepada kesukaran di atas. Tahap pertama ialah memahami tanda atau simbol dan istilah-istilah yang digunakan dalam masalah matematik. S dan T. 5 0 0 kg . kekeliruan sering berlaku apabila murid tidak dapat menyatakan nilai apabila adanya istilah matematik dalam soalan-soalan yang diberikan. Penggunaan istilah terutamanya kurang/lebih daripada selalu mengelirukan murid-murid. Kotak R S T Berat 3.25 kg lebih daripada S Jadual 3 Kira jumlah berat ketiga-tiga kotak. Gdarisk Poland terdapat tiga perkara asas dalam memahami masalah matematik. Ahli matematik perlu mempunyai pengetahuan berkaitan maksud setiap setiap simbol dan istilah-istilah yang diberikan Contoh : Jadual 3 menunjukkan berat 3 buah kotak R. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Jaroslaw Mrozek (2000) di University of Gdrasisk.

Sebagai contoh : nilai ditolak (kurang) daripada sesuatu nilai (huruf/ bentuk/dll) 3 . manakala bagi lebih daripada pastikan murid menambah nilai diberi daripada sesuatu nilai. Bagi kurang daripada pastikan murid menolak nilai yang diberi daripada sesuatu nilai. bunga dan sebagainya. 8 2 5 kg + 1 . 0 7 5 kg Penyelesaian : Dalam hal ini. Penegasan dan penjelasan mengenai istilah-istilah ini dapat membantu murid menyelesaikan soalan-soalan matematik dengan lebih mudah. bilangan orang. kaedah yang boleh digunapakai bagi membantu murid-murid ialah dengan menekankan perkataan kurang daripada dan lebih daripada. 3 2 5 kg 3 . 3 2 5 kg 3 .+ 0 . 2 5 0 kg Kesila pan Murid : Tidak mena mbah 1. 1 7 5 kg Daripada nilai R Nilai yang kurang daripada R nilai ditambah (lebih) daripada sesuatu nilai (huruf/ bentuk/dll) Nilai yang perlu lebih daripada S Daripada .0 . bentuk-bentuk. 5 0 0 kg . Sesuatu nilai ini boleh mewakili huruf.25 kg daripa da nilai S 5 .

1 7 5 kg + 1 . Masalah miskonsepsi yang dihadapi oleh pelajar berkait rapat dengan miskonsepsi mereka . 1 7 5 kg 6 . 2008). Jamil Ahmad. Murid-murid mempunyai kefahaman konseptual yang sangat rendah dalam bahasa yang digunakan dalam soalan yang diberi. Bahasa matematik merupakan perkara yang sering membatasi pemahaman murid mengenai konsep-konsep matematik. Pengetahuan murid yang terbatas dalam mempelajari matematik hendaklah diubah dan diperbaiki. 1 0 0 kg KESIMPULAN Miskonsepsi – miskonsepi yang dibincangkan di atas adalah perkara yang serius dan perlu diatasi. 4 2 5 kg 1 1 . Kelemahan ini mungkin berasal daripada kelemahan pelajar itu sendiri dan pendekatan pengajaran guru yang kurang menekankan pembinaan konsep (Dr. 5 0 0 kg S + 3 . 2 5 0 kg 4 . 6 7 5 kg T + 4 . 4 2 5 kg 3 .nilai S 3 .

Oleh itu pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan perlu bekerjasama dalam memastikan pelajar dapat menguasai matematik dengan baik supaya hasrat negara untuk menjadi sebuah negara yang maju dan bersaing di peringkat global tercapai. 2008). Institut Aminuddin Baki. Jamil Ahmad. Rashid Johar. penggunaan bahasa dalam matapelajaran matematik menjadi lebih kompleks dan berbeza daripada penggunaannya dalam matapelajaran bahasa Melayu. terutamanya dalam aspek pemahaman semasa pembelajaran dan penyelesaian masalah matematik. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. RUJUKAN Abd. Pelaksanaan KBSM dalam mata pelajaran Matematik. Guru yang berjaya memulihkan pelajar daripada berlakunya miskonsepsi secara berterusan bukan sahaja membantu pelajar dalam pembelajaran tetapi mereka juga memudahkan urusan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Abdullah Mohd Noor & Puteh Mohamad. Ini menyebabkan penggunaan sesuatu perkataan atau istilah dalam mata pelajaran matematik kadangkala berbeza daripada pengggunaanya dalam matapelajaran bahasa Melayu.Z. Penggunaan sesuatu istilah atau perkataan dalam matematik adalah mengikut terminologi matematik. perpuluhan dan peratus dan tidak dapat dibetulkan dengan cara latih tubi atau drill tetapi ia perlu diselidiki secara mendalam bagaimana miskonsepsi ini berlaku.terhadap pengajaran asas nombor iaitu. Nurdalina D). Menurut Mohd Dahlan (1992). Guru seharusnya berhenti seketika dan reflek tentang apa yang berlaku dalam sesi pengajaran mereka. Razak Habib. Matematik merupakan jentera atau penggerak kepada pembangunan dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. 9-11 Disember. (1996). . Oleh yang demikian. Abd. Pengunaan bahan bantu mengajar juga turut memudahkan guru dalam penyampaian konsep kepada pelajar (Noor Azlan A. Sains dan Sains Sosial disekolah. penggunaan pelbagai alat bantu mengajar mengikut cara yang bersesuaian dapat meningkatkan mutu atau tumpuan murid– murid terhadap pembelajaran. pecahan. nombor bulat. Keadaan ini seringkali mendatangkan masalah kepada pelajar. Setiap miskonsepsi atau apa kesilapan pelajar akan dapat diperbetulkan besama guru dan pelajar (Dr.

Aida Suraya Mad Yunus.L. ISSN : 0128-7702 : Universiti Putra Malaysia Baharin Shamsudin (1990). Maktab Perguruan Batu Lintang : Jabatan Matematik Meor Ibrahim Kamaruddin (2001). Sukatan Pelajaran Matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Noor Shah Saad . Kuala Lumpur : DBP. Tanjung Malim : Universiti Perguruan Sultan Idris Mok Soon Sang (1993). Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. Khaw A. Fakulti Pendidikan.(2012). (11-12 Oktober 2008). Sharifah Mohd Nor & Habsah Ismail. Analisis kesilapan masalahmasalah berkaitan nombor perpuluhan dan pecahan bagi pelajar Tahun Lima sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Matematik Sains BPG 1:10-13. Kepercayaan Matematik Pelajar Berhubung Penyelesaian Masalah Matematik. Algoritma Pendaraban Nombor Perpuluhan Dari Persepsi Pelajar Tingkatan Satu. Yunus. satu Kajian Mengenai Bahan Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Pembelajaran Di Sekolah Rendah. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.K. Seminar Pendidikan Sains dan Matematik : Miskonsepsi Matematik – Satu Refleksi. Roslina Radzali. Jurnal Pendidik dan Pendidikan 12: 15-33. Siri Pendidikan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Untuk Sekolah Rendah Buku . 1994.H. Open Universiti Malaysia Lim K.Aida Suraya Md. (Tidak diterbitkan) Mohd Uzi Dollah. Jabatan Matematik . Universiti Teknologi Malaysia. Modul KRM3013 Asas Nombor. Asiah Ismail. Seah A. Modul Pembelajaran Sains dan Matematik. Pusat Perkembangan Kurikulum (2000). Siri Pendidikan Perguruan : Pengajian Matematik. Norlia G. KPM Jamil A. Beberapa pola kesilapan dalam kefahaman konsep nombor perpuluhan dalam kalangan murid tingkatan satu. Norhashimah S. (1992).

Bahasa matematik yang khusus melibatkan penjelasan pola-pola. Mengikut Bruner. Matematik merupakan satu cabang ilmu pengetahuan yang timbul daripada proses ketaakulan terhadap kejadian-kejadian alam sekeliling dan cakerawala. kemungkinan tanpa disedari oleh guru. bahasa matematik harus diperkenalkan daripada mudah kepada kompleks. terdapat beberapa kesukaran yang sering dihadapi oleh murid . guru berdepan dengan pelajar yang membawa ilmu dan pengalaman yang dipelajari dari luar yang kemungkinan bercanggah dengan apa yang guru sampaikan semasa sesi pengajaran. Sekiranya ilmu yang bercanggah ini tidak diperbetulkan maka ia akan membentuk miskonsepsi dalam ilmu yang ingin disampaikan. peratus dan wang. hala dan benda-benda di bumi dan alam cakerawala melalui cara yang sistematik. Jamil Ahmad dan rakan-rakan melalui Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik (2008). mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak. algoritma dan teorem-teorem yang kerap digunakan (Short & Spanos. Oleh yang demikian. Dalam mempelajari asas nombor yang merangkumi tajuk nombor bulat. Selain itu juga matematik dianggap sebagai suatu alat rekreasi dengan adanya aktiviti-aktiviti yang menarik dan unit. McDermott 1984. Resnick 1983). Menurut Dr. bahasa memainkan peranan yang penting dalam memindahkan maklumat yang diperolehi oleh guru kepada pelajar (MacGregor & Moore 1991). laju. Klopfer & Gunstone 1982. 1989). peraturan-peraturan langkah kerja. Matematik mengandungi dua unsur yang utama dan melaluinya manusia mengetahui kuantiti dan nilai seperti saiz. Miskonsepsi boleh juga terjadi apabila guru mengajar sesuatu perkara yang tidak betul. hubungan. hukumhukum dan rumus-rumus yang perlu diingati.0 PENGENALAN Matematik adalah pelajaran yang abstrak yang melibatkan penggunaan rumus. pecahan perpuluhan.KRM3013 ASAS NOMBOR . Miskonsepsi adalah sesuatu kepercayaan atau pegangan yang terbentuk apabila pelajar mempelajari sesuatu perkara yang tidak betul (Champagne.MISKONSEPSI DAN PENYELESAIAN 1. untuk mempelajari konsep matematik dengan berkesan.

sehingga menimbulkan miskonsepsi dalam mempelajari kemahiran tersebut.0 MISKONSEPSI 2. murid boleh menjawab dengan melakukan pendaraban dalam bentuk lazim. Miskonsepsimiskonsepsi ini juga saling berkait dari satu konsep ke konsep lain dalam tajuk yang berbeza. Umumnya operasi kira darab adalah merupakan cara mudah bagi mencari jumlah bagi beberapa nombor bulat yang serupa. PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 2. Mereka meletakkan hasil darab digit kedua pada kedudukan seperti contoh yang diberikan dibawah. Apabila nombor bulat didarab dengan nombor 1 digit.1 Nombor Bulat Antara salah satu miskonsepsi bagi tajuk nombor bulat ialah yang sering menjadi masalah bagi murid-murid ialah mendarab dengan nombor 2 digit. 3 4 1 5 2 x 4 = 3 x 1 3 4 5 4 8 0 Miskonsepsi : Kebanyakan miskonsepsi murid-murid tentang masalah pendaraban nombor ialah mendarab nombor bulat dengan nombor 2 digit. 3 4 5 1 1 1 2 x 3 4 = 3 4 5 x 1 3 4 . Miskonsepsi yang dihadapi oleh muridmurid ialah apabila mendarab digit yang kedua dalam bentuk lazim.

Melalui pengalaman. Selain itu. pelajar juga melakukan kesilapan dalam operasi penambahan pecahan. Penambahan akan dilakukan mengikut kecondongan garis yang telah dibina. Langkah kedua ialah dengan membimbing murid mengisi kotak yang telah dibina dengan nombor hasil darab satu digit. Selain itu juga kesilapan dihadapi ketika melakukan penyusunan pecahan yakni murid tidak dapat membezakan antara nombor bulat dengan nombor pecahan. kaedah ini amat sesuai bagi membantu murid yang sering mengalami masalah pendaraban. Miskonsepsi : Aktiviti pengajaran selalunya bermula dan berakhir dengan himpunan pelbagai simbol dan istilah matematik yang abstrak disamping petua dan peraturan-peraturan jalan kerja .+ 1 1 3 0 8 3 0 5 2 4 1 5 Penyelesaian : Antara penyelesaian yang dilakukan bagi membantu murid memahami konsep mendarab nombor bulat dengan nombor dua digit ialah dengan menggunakan kaedah kotak kekisi atau lattice.2 Pecahan Kajian yang telah dilakukan oleh Maznah Mahmood (2000). tanpa kefahaman konsep yang sebenar. Guru hendaklah membantu murid membina kotak terlebih dahulu. Akibatnya terdapat pelajar yang menyusun pecahan secara menaik sama ada berdasarkan nilai pengangka ataupun nilai penyebut. 2. Amalan pengajaran yang berasaskan kepada kaedah hafalan dan latih tubi boleh menghalang murid daripada mempunyai kefahaman yang jelas mengenai konsep pecahan itu sendiri. mendapati kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar dalam tajuk pecahan ialah tidak memudahkan pecahan dalam bentuk pecahan wajar. Pemahaman terhadap konsep pecahan yang terhad ini juga mungkin dipengaruhi oleh amalan pengajaran yang terlalu menekankan penguasaan kemahiran. Antara punca yang dikenalpasti ialah konsep pecahan setara tidak difahami dan dikuasai sepenuhnya oleh pelajar. Beberapa bentuk dan kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid berkaitan nombor pecahan ialah melalui aktiviti perbandingan pecahan.

Sebagai contoh. Kesukaran murid pada kemahiran tersebut menyebabkan kesilapan pada jawapan terakhir walapun jalan penyelesaian yang ditunjukkan adalah betul. = 2 4 5 (2 + 3) 7 5 + 4 + 5 3 3 3 5 = = 5 5 1 7 -5 = 5 1 2 2 = 5 + 1 2 5 1 2 = 10 Penyelesaian : Sebagai jalan penyelesaian bagi membantu murid mengatasi kesukaran ini ialah dengan menunjukkan kaedah dan pendekatan yang sesuai. baki daripada hasil bahagi diletakkan di atas . Nombor bulat hendaklah berada di hadapan nombor pecahan. Nik Azis 1992. Sebaliknya amalan ini akan mengakibatkan kesilapan konsep dikalangan pelajar. Miskonsepsi pecahan yang kerap diambil mudah ialah menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. Guru akan membimbing dan menjelaskan kepada mereka dengan terperinci peranan setiap nombor. Amin 1993). berikut merupakan penambahan pecahan yang diselesaikan oleh murid.yang perlu dihafal oleh murid. Pendekatan sebegini tidak memberi sebarang makna kepada proses pengajaran pelajar (Peterson 1988.

04 atau . 7 5 2 = 1 2 5 dalam Bahasa Inggeris ialah perkataan latin „ decem‟ yang Perkaitan pecahan dengan nombor perpuluhan amat ketara sekali. Nombor perpuluhan boleh diwakilkan dengan nombor pecahan yang penyebutnya 10.sebagai pengangka dan pembahagi sebagai penyebut.046 . Miskonsepsi : Terdapat beberapa kesukaran dan kesilapan yang sering dilakukan oleh murid yang akhirnya membawa kepada miskonsepsi kepada kemahiran dalam tajuk perpuluhan. murid beri nombor 35. Guru perlu menegaskan kepada murid agar mengingati rumus ini dalam menyelesaikan soalan-soalan yang mempunyai hasil jawapan ialah pecahan tak wajar hendaklah ditukar kepada nombor bercampur. Sebagai contoh. Murid seharusnya perlu menguasai kemahiran ini kerana ia adalah kemahiran asas dalam tajuk nombor perpuluhan. Murid tidak dapat membezakan nilai tempat bagi nombor bulat dan nombor perpuluhan. Begitu juga apabila diminta menyatakan nilai digitbagi nombor tersebut tentunya murid menjawab „40‟ dan bukannya 0.3 Perpuluhan Perkataan „decimal‟ bermaksud perpuluhan berasal atau daripada „sepuluh‟. Antaranya ialah kesilapan menyatakan nilai tempat bagi nombor perpuluhan. 100. Bagi murid yang mempunyai masalah menguasai kemahiran perpuluhan tentunya murid akan menjawab “puluh” walaupun jawapan yang tepat ialah “per sepuluh”. dan 1000.046 dan nyatakan nilai tempat bagi digit 4 dalam nombor tersebut. 1 5 2. nilai tempat bagi 4 dalam nombor 35.

Perlu diingatkan juga kepada murid perbezaan nombor bulat dan nombor perpuluhan.2 = 0.006 = menyatakan nilai tempat bagi setiap nombor murid akan menyelesaikan soalan yang melibatkan nombor perpuluhan dengan mudah. Stelah murid dapat memahami konsep dan kemahiran ini jadual ini akan diabaikan dan dijadikan bahan rujukan. Nombor bulat Kedudukan nilai sebelum titik perpuluhan Titik perpuluhan Nombor perpuluhan selepas titik perpuluhan 2 Persepuluh (. .04 = 30 5 . Pada peringkat awal guru boleh menyediakan rumus dalam bentuk jadual bagi membantu murid menyelesaikan nilai tempat nombor perpuluhan. 4 Perseratus Puluh Perseribu 0.nilai digit / nilai tempat Persepuluh ribu (1000) ratus (100) Perseratus puluh (10) puluh ribu (10 000) Tens / puluh Penyelesaian : Bimbingan yang boleh dilakukan dalam mengatasi masalah miskonsepsi bagi kemahiran di atas ialah dengan menunjukkan jadual nilai tempat bagi nombor perpuluha. 0.) 3 Apabila murid telah mahir dalam Nilai digit Nilai tempat 5 Sa . 0 4 6 (. Murid akan dibimbing melihat perbezaan antara nilai tempat bagi nombor bulat dan nombor perpuluhan.) 6 . Perseribu sa (0-9 ) 3 5 .

Murid dibimbing meletakkan nilai sen pada wang ringgit dengan melekatkkan 2 sifar selepas titik pemisah. Dalam pengajaran dan pembelajaran wang. RM 3 4 5 + RM - 9 0 sen 2 14 = 5 0 sen 3 4 9 RM 2 5 5 sen Penyelesaian : Berikut merupakan penyelesaian yang boleh membantu murid-murid menghadapi masalah miskonsepsi tajuk wang melibatkan sen dan ringgit. symbol. darab dan bahagi melibatkan wang. miskonsepsi muridmurid dapat dikesan. Melalui pengalaman mengajar. Setiap negara mempunyai nilai mata wang yang tersendiri dan berbeza dengan negara yang lain. Kemudian adalah dengan membimbing murid meletakkan 1 sifar sebelum . nilai wang dan pertukaran ringgit dan sen disamping operasi-operasi tambah.4 Wang Wang merupakan objek yang diterima pakai sebagai alat pertukaran dalam urusan jual beli oleh masyarakat di sesebuah negara. Murid tidak menukar salah satu unit sama ada ringgit mahupun sen. murid dibimbing mengenal rupa bentuk wang. Oleh itu miskonsepsi yang berlaku dalam tajuk wang berkait dengan tajuk perpuluhan dan nombor bulat. Miskonsepsi : Kesukaran murid mempelajari tajuk wang berkait secara langsung dengan pengetahuan nombor lain iaitu nombor bulat dan perpuluhan. namun apabila diminta menyelesaikan soalan dalam bentuk lazim.NOMBOR SOALAN . didapati murid dapat melakukan penyelesaian wang dengan hanya mencongak sahaja. 2. Berikut merupakan contoh miskonsepsi yang dilakukan oleh murid. Menambah dan menolak wang melibatkan sen antara kesilapan yang dilakukan oleh murid. ringgit dan sen. tolak.

murid dapat menjawab menggunakan kefahaman yang ada.56. terdapat beberapa kesukaran yang sering dihadapi oleh murid dan akhirnya membawa kepada miskonsepsi. murid diminta menyelesaikan operasi yang ditunjukkan pada soalan. Berikut merupakan contoh miskonsepsi murid dalam tajuk peratus (%). hanya 15 orang murid lulus dalam ujian tersebut. Antara miskonsepsi tersebut ialah semasa memahami soalan penyelesaian masalah. Sebagai contoh. Setelah murid memahami langkah ini. Simbol yang mewakili peratus. 0 9 0 0 RM 3 4 4 . ialah (%). 1 0 2.5 Peratus Peratusan ialah cara menyatakan nombor sebagai sebuah pecahan daripada 100 (peratus bermaksud per seratus). RM 3 4 5 + 9 0 sen 4 = SEN 10 RINGGIT RM RM 3 4 5 0 . Walaubagaimanapun adapun kesilapan yang dilakukan hanya kecuaian dalam melakukan pengiraan. 56% (dibaca sebagai "lima puluh enam peratus") sama dengan 56 / 100 atau 0. Berapa ramaikah murid yang menduduki ujian tersebut? = 75 1 0 0 x 15 orang . Bagi penyelesaian yang tidak melibatkan penyelesaian masalah.nombor 9 dan diikuti titik pemisah. Contoh soalan : Dalam satu ujian Matematik. Miskonsepsi : Dalam mempelajari tajuk peratus. 75% orang murid telah gagal. .

Oleh yang demikian beberapa pendekatan perlu dilakukan bagi membimbing mereka memahami konsep sebenar peratus. Murid dibimbing memahami konsep pelengkap dalam peratus. Sedangkan soalan inginkan jumlah murid yang menduduki ujian tersebut. 15 orang murid lulus Apa yang dikehendaki : Jumlah murid menduduki ujian Operasi : = 1 0 0 1 0 0 25 1 0 0 - 75 1 0 0 = . Apa yang diberi : 75% orang murid gagal. Murid dibimbing meneroka kehendak soalan.25 orang murid lulus 30 orang Penyelesaian : Berdasarkan masalah yang ditunjukkan di atas murid tidak dapat memahami kehendak soalan yang sebenar.= 2 5 1 0 0 5 0 = 1125 1 0 0 15 orang = = 11. Kesilapan yang dilakukan oleh murid ialah hanya mendarab 75 % dengan 15 orang murid.

Maka 75% bersamaan dengan 45 orang murid gagal dan 15 orang murid lulus bersamaan dengan 25% Oleh yang demikian murid perlu ditekankan tentang konsep pelengkap dalam pecahan dan peratus. Perkaitan antara pecahan dan peratus perlu ditekankan kepada murid. 25% yang ketiga bersamaan dengan 45 orang murid dan 25% yang keempat iaitu 100% bersamaan dengan 60 jumlah orang murid. Jika 75% murid gagal. manakala pecahan mempunyai penyebut yang tidak tetap bergantung kepada kehendak soalan 3.0 PENUTUP Matematik merupakan jentera atau penggerak kepada pembangunan dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi.1 0 0 7 5 1 0 0 1 0 0 1 0 0 = 45 orang = 60 orang Oleh itu pelengkap dalam 75% ialah 25%. Bezanya peratus mewakili penyebut 100. Oleh tiu pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan perlu bekerjasa dalam memastikan murid-murid dapat menguasai matematik dengan baik supaya . 25% yang kedua iaitu 50% bersamaan dengan 30 orang murid. maka murid diperingatkan 25% bersamaan dengan 15 orang yang lulus.

Norhashimah S. Open Universiti Malaysia .dan peratus. Ini mengakibatkan sesetengah pelajar khususnya pelajar yang lemah menghadapi kesukaran semasa guru memberikan penerangan tentang sesuatu konsep matematik. Norlia G.hasrat dengan untuk menjadi sebuah negara yang maju dan bersaing di peringkat global tercapai. Seterusnya mereka akan membuat pelbagai andaian dan pemikiran yang tidak betul tentang matematik. perpuluhan. Sikap terhadap matematik juga memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan fokus murid terhadap perkara yang disampaikan oleh guru Selain itu murid-murid perlu menguasai sesuatu tajuk dalam matematik sebelum mempelajari tajuk yang seterusnya supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah matematik dalam pelbagai situasi terutamanya asas nombor iaitu nombor bulat. Liew dan Wan Muhamad Saridan (1991) menyatakan pengajaran matematik disekolah jarang mengambil kira perbezaan individu di kalangan pelajar-pelajar. 4. Siri Pendidikan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Untuk Sekolah Rendah Buku .0 RUJUKAN Aida Suraya Mad Yunus. Sekiranya kaedah penyampaian guru tidak dapat diterima oleh murid maka proses pembelajaran tidak akan berjaya. Kuala Lumpur : DBP. KPM Jamil A. ISSN : 0128-7702 : Universiti Putra Malaysia Baharin Shamsudin (1990). Seminar Pendidikan Sains dan Matematik : Miskonsepsi Matematik – Satu Refleksi. (11-12 Oktober 2008). Kesedaran perlu ada untuk memastikan murid-murid ini menguasai konsep asas matematik dengan baik agar mereka menjadi generasi yang dapat merealisasikan wawasan negara di masa akan datang. pecahan. Oleh itu pemahaman konsep dan kemahiran matematik adalah amat penting dalam proses pembelajaran murid-murid. Kelemahan dalam penguasaan konsep dan kemahiran matematik di peringkat sekolah rendah tentunya memberi kesan pula apabila mereka berada di sekolah menengah. Algoritma Pendaraban Nombor Perpuluhan Dari Persepsi Pelajar Tingkatan Satu. Masalah kelemahan pelajar dalam penguasaan konsep dan kemahiran matematik pada peringkat sekolah rendah ini adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh oleh pihak-pihak terlibat dalam sektor pendidikan terutama sekali guru-guru.

Fakulti Pendidikan. Rashidi Bin Mat Jalil. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia .Sekolah Rendah. Kepercayaan Matematik Pelajar Berhubung Penyelesaian Masalah Matematik. Pusat Perkembangan Kurikulum (2000). Ramlee Mustapha. Sukatan Pelajaran Matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. ____. Abdul Razak Habib . Universiti Teknologi Malaysia.). Jabatan Matematik See Kin Hai (Dr.______. Tanjung Malim : Universiti Perguruan Sultan Idris Mok Soon Sang (1993).153 Wong Leon Kit. Analisis Kesilapan Umum Dalam Matematik di Sekolah.K. Universiti Brunei Darussalam Tengku Zawawi Tengku Zainal. Roslina Radzali. Siri Pendidikan Perguruan : Pengajian Matematik. Noor Shah Saad .H. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.(2012). satu Kajian Mengenai Bahan Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Pembelajaran Di Sekolah Rendah. Maktab Perguruan Batu Lintang : Jabatan Matematik Meor Ibrahim Kamaruddin (2001). Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Berasaskan Moodle Bertajuk Nombor Perpuluhan. (Tidak diterbitkan) Mohd Uzi Dollah. Modul KRM3013 Asas Nombor.Lim K. Mohd. Khaw A. Universiti Teknologi Malaysia Zainudin Bin Abu Bakar. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Modul Pembelajaran Sains dan Matematik. Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan Guru Matematik bagi Tajuk Pecahan: Kajian Kes di Sekolah Rendah .L. Keberkesanan Kaedah Petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 4: Satu Kajian Di Sekolah Kebangsaan Mersing Johor._____. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 131 . Seah A.

Keliru dengan perkataan „lebih besar‟ dan „lebih kecil  Tidak memahami rajah yang diberikan     Murid-murid hanya membandingkan 2 bentuk apabila ia bercantum. (a) Ukuran panjang  Jika murid-murid diberikan petak berukuran 1sm2 murid dikehendaki melukis satu garisan. murid-murid tidak mengikut petak yang disediakan dan tidak menggunakan alat pembaris. Mengukur garisan yang diberikan dengan menggunakan pembaris yang disertakan. Murid-murid akan melakukan kesilapan apabila mereka hanya melihat penghujung garisan sahaja tanpa melihat permulaan garisan.MISKONSEPSI DALAM ASAS UKURAN Ada beberapa jenis miskonsepsi yang dapat dikesan berlaku semasa murid menjawab soalan yang bersangkutan dengan pembelajaran ukuran. Murid-murid kurang memahami kehendak soalan.     (b) Ukuran luas dan isipadu    Kurang kefahaman tentang konsep luas dan isipadu. (c) Ukuran Berat .

  Meletakkan perkataan “lebih berat daripada” dan “lebih ringan daripada”. jarum tidak kelihatan dengan jelas dan kesalahan dalam perkataan) dan sebagainya.   Menggunakan simbol dalam jawapan.   Murid-murid akan menyemakan mengukur timbangan sama dengan mengukur jam.   Keliru dengan maksud perkataan lebih berat dan lebih ringan. Contoh.   Murid-murid juga tidak menghiraukan nombor sifar yang sama juga digunakan seperti nombor-nombor.  Kesalahan guru dari segi soalan (pilih jawapan) dan rajah (terlalu kecil. CARA MENGATASI MASALAH MISKONSEPSI DALAM ASAS UKURAN .   Murid-murid tidak melihat dengan teliti digit yang ada pada timbangan tersebut dan tidak melihat simbol kg dan g.   Kurang kefahaman atau mengetahui serta tidak dapat membezakan di antara kilogram (kg) dan gram (g).   Murid-murid kurang memahami kehendak soalan.

Berkongsi kaedah dan keputusan (jawapan) dan merangsang konflik untuk perbincangan. 3. Dengan mengarahkan murid mengulang tugasan tersebut menggunakan satu atau lebih kaedah alternatif. hanya dengan memberikan beberapa soalan yang kritis atau ujian yang lebih mencabar. Tidak ada pengajaran baru dilakukan dan guru juga tidak menunjukkan kesilapan dan miskonsepsi murid. Sebelum mengajar. Ini bermaksud supaya murid menyedari tentang interpretasi intuitif dan kaedah penyelesaian mereka dan mendedahkan kesilapan yang sering dilakukan dan miskonsepsi mereka jika ada. . Ini tidak memakan masa yang panjang. tawarkan murid satu tugasan yang terdapat adanya kemungkinan murid melakukan kesilapan kerana miskonsepsi. Prinsip-prinsip pengajaran ini ialah: 1.Salah satu dari kaedah pengajaran yang membantu murid mengatasi miskonsepsi mereka ialah dengan menggalakkan mereka berkongsi berbincang dan memperkembangkan interpretasi konsep matematik mereka. Guru akan membincangkan pemikiran murid yang mungkin menyebabkan jawapan yang mereka berikan. 2. uji nilai kerangka konsep murid yang sedia ada. Maklum balas akan diberikan kepada murid dengan cara sekurang-kurangnya satu daripada tiga cara ini iaitu:   Dengan memberi arahan murid membandingkan jawapan mereka dengan rakanrakan yang lain. Murid dikehendaki melakukan tugasan tersebut secara individu tanpa bantuan dari guru. Di sini kita cuba untuk menilai interpretasi intuitif dan kaedah murid sebelum mengajar. Jadikan konsep dan kaedah penyelesaian yang sedia ada jelas dalam bilik darjah Pada permulaan pengajaran. Selalunya guru menggunakan ujian untuk menilai pencapaian murid.

 Menggalakkan murid membuat analisa tugasan yang mereka selesaikan dan membuat diagnosis sebab-sebab kesilapan yang dilakukan. Selesaikan konflik melalui perbincangan dan pembentukan konsep dan kaedah yang baru.  Memberi penekanan kepada pertuturan (oral) daripada penerangan berbentuk teks.  Menggalakkan murid mencipta dan menyelesaikan masalah mereka sendiri yang serupa. Guru bolehlah memandu murid untuk memahami konsep itu secara baru. Dengan menggunakan tugasan yang mengandungi cara penyemakan yang dimasukkan dalam tugasan. 4. maklum balas yang diperolehi akan menghasilkan konflik kognitif bila murid mulai menyedari dan berdepan dengan interpretasi dan kaedah mereka yang tidak konsisten. Jika tugasan ini dirancang dengan betul. Murid digalakkan untuk memberi pendapat mereka mengapa miskonsepsi dan konflik ini berlaku. Pembelajaran baru dapat diperkukuhkan dengan cara:  Memberi masalah baru untuk diselesaikan. Murid disoal dan disuruh menerangkan mengenai tak konsistennya kognitif dan kaedah mereka dan mencari sebab mengapa ia berlaku. . Kukuhkan pembelajaran dengan menggunakan konsep dan kaedah yang baru melalui penyelesaian masalah. Guru perlu mengambil masa untuk membuat refleksi dan perbincangan dengan murid secara berkumpulan atau sekelas mengenai konflik ini. Perbincangan secara kelas diadakan untuk ini. 5. Kemungkinan mengapa prinsip di atas berjaya mengikut penyelidikan yang diadakan ialah kerana faktor-faktor berikut:     Kanak-kanak mengenal pasti dan dapat memberikan focus kepada halangan konseptual yang spesifik.

setiap miskonsepsi adalah betul bagi sesetengah pembelajaran yang terdahulu sebagaimana yang digariskan dalam kurikulum. menukar skema-skema yang sudah tersimpan dalam minda mereka. Skema yang telah pun terbina dalam minda kanak-kanak akan terus kukuh dan sukar untuk berubah. miskonsepsi lahir dari apa yang telah diajarkan. dapatkah kita mengatasi atau memperbaiki masalah miskonsepsi ini? Jawapannya ya dan tidak. contohnya. tetapi dari segi perspektif kanak-kanak. Kanak-kanak tidak mudah untuk menerima idea baru dengan mudah.                Tahap cabaran yang meningkat diberikan kepada murid. tetapi sebaliknya mereka akan cuba mencernakan idea baru tersebut kepada skema yg sedia ada. Majoriti dari punca miskonsepsi adalah kerana generalisasi melampau dalam pengetahuan sedia ada yang hanya tepat untuk pembelajaran awal. Kesimpulannya.  Menerangkan bagaimana dan mengapa kanak-kanak melakukan kesalahan-kesalahan tersebut. maka tiada perubahan yang akan berlaku. Perbincangan dan penglibatan murid yang dihasilkan. Teori ini juga membolehkan guru:  Meramalkan jenis-jenis kesalahan yang selalu dilakukan. Ya kerana pembelajaran yang akan diterima kemudian mungkin boleh membantu murid untuk mengintegrasikan pelajaran lampau dengan . Maka. Walaupun pelajaran yg diturunkan oleh mereka tersebut tidak logik dan salah.  Memberi keutamaan pada kaedah intuitif dan mengenali halangan konsep murid.  Membantu kanak-kanak memperbetulkan miskonsepsi mereka. Bagi kita matematik adalah subjek „kumulatif‟ ataupun bertambah-tambah.  Teori pembelajaran Matematik dapat dijadikan asas untuk memahami sebahagian dari miskonsepsi tersebut. Persoalannya ialah. dan kita mempelajari sesuatu yang baru dengan berpandukan pembelajaran lampau. ia sangat sesuai dan benar.

pelajaran baru sekaligus membantunya untuk mengatasi masalah miskonsepsinya. . seandainya pelajaran yang baru nanti akan menitikberatkan isu-isu miskonsepsi yang dialaminya.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful