You are on page 1of 4

STEP LADDER ADDITION SEBAGAI KAEDAH ALTERNATIF BAGI PENAMBAHAN MELIBATKAN PENGUMPULAN SEMULA NOMBOR EMPAT DIGIT Oleh:

Aniza Binti Nordin1& Mazlan Bin Ibrahim2 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi mengkaji keberkesanan kaedah Step-Ladder Addition dalam meningkatkan kemahiran murid dalam penambahan sebarang nombor empat digit dengan nombor empat digit melibatkan pengumpulan semula dalam kalangan murid Tahun 4 Firdaus Sekolah Kebangsaan Kebor Ayer, Terengganu.Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran, semakan buku latihan dan lembaran kerja, pemeriksaan kertas jawapan Ujian OTI 1 2012 serta ujian diagnostik. Hasilnya, segelintir murid dikenalpasti menghadapi kesukaran dalam menulis algoritma penambahan dengan betul melibatkan pengumpulan semula disamping melakukan kesalahan dalam menulis fakta asas tambah. Justeru, kaedah ini diperkenalkan sebagai satu usaha improvisasi atau pengubahsuaian terhadap kaedah yang biasa digunakan oleh kebanyakan murid iaitu penambahan bentuk lazim bagi disesuaikan kepada kumpulan murid lemah. Responden terdiri daripada 4 orang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Kaedah pengumpulan data bagi kajian ini ialah melalui ujian pra dan pasca, soal selidik dan temubual. Dapatan kajian mendapati bahawa kaedah Step-Ladder Addition ini telah berjaya meningkatkan tahap pencapaian murid dengan peningkatan sebanyak 60% hasil perbezaan min markah antara kedua-dua ujian pra dan pasca. Kata kunci: Step-Ladder Addition, penambahan, pengumpulan semula. PENGENALAN
1Pelajar

PISMP Matematik Pendidikan Rendah 2Pensyarah Jabatan Matematik

Menurut Braten (1998), operasi tambah adalah konsep penting dalam Matematik kerana ia merupakan algoritma pertama yang dipelajari oleh kanak-kanak yang juga akan menjadi asas kepada pembelajaran mereka pada masa akan datang. Tanpa kefahaman yang jelas terhadap konsep dan kemahiran asas yang telah dipelajari pada peringkat awal ini akan mengakibatkan proses pembelajaran seterusnya menjadi lebih sukar. Sepanjang tempoh menjalani praktikum 3 di Sekolah Kebangsaan Kebor Ayer, pengkaji mendapati bahawa terdapat sebilangan kecil murid mengalami kesukaran untuk memahami konsep pengumpulan semula secara menyeluruh disamping lemah dalam mencongak fakta asas tambah.Hasil analisis terhadap markah ujian OTI 1 2012 menunjukkan bahawa murid Tahun 4 Firdaus sangat lemah dalam subjek Matematik kerana rata-rata mereka memperoleh Gred D dan Gred E. Tinjauan awal melalui semakan buku latihan murid serta penandaan pada kertas ujian diagnostik turut dijalankan dan hasilnya, pelbagai kesilapan yang dilakukan oleh murid telah berjaya dikenalpasti khususnya dalam menyelesaikan masalah penambahan bagi kemahiran mengumpul semula melibatkan penambahan nombor bulat empat digit dengan empat digit. Antaranya ialahtidak meletakkan nilai 1 bagi mewakili 10 sebagai pengumpulan semula pada rumah berikutnya, memulakan pengiraan dari kiri ke kanan, nilai 1 dibawa sebagai pengumpulan semula kepada nilai tempat yang lebih kecil dan menganggap

nilai tempat puluh ribu tidak mempunyai sebarang kepentingan. Merujuk kepada misconception circular yang dikeluarkan oleh National Centre for Excellence in the Teaching of Mathematics (NCETM) bagi membincangkan kesalahan serta salah tanggapan yang berlaku bagi setiap topik Matematik, kebergantungan terhadap peraturan, kecuaian serta kelemahan berkaitan nilai tempat adalah antara punca berlakunya miskonsepsi dalam topik tambah. Justeru, pengkaji mengambil keputusan untuk memperkenalkan kaedah yang dinamakan Step-Ladder Addition bagi membantu sampel kajian dalam menyelesaikan operasi tambah dengan mengumpul semula.Ia adalah satu usaha pengubahsuaian terhadap kaedah yang biasa digunakan oleh kebanyakan murid iaitu penambahan bentuk lazim. METADOLOGI Objektif Kajian 1. Mengenal pasti pola-pola kesilapan yang dilakukan murid ketika menyelesaikan soalan tambah nombor empat digit dengan nombor empat digit. 2. Membantu meningkatkan kemahiran murid menyelesaikan soalan tambah nombor empat digit dengan nombor empat digit secara lebih berkesan dan mudah serta sistematik menggunakan kaedah Step-Ladder Addition. 3. Mengetahui persepsi murid terhadap penggunaan kaedah Step-Ladder Additiondalam menyelesaikan soalan penambahan. Kumpulan Sasaran Kumpulan sasaran kajian ini ialah seramai 5 orang iaitu 4 lelaki dan seorang perempuan. Pemilihan murid ini dilakukan selepas pengkaji membuat analisis terhadap markah Ujian TOV serta OTI 1 2012. Kelima-lima mereka telah dikenalpasti gagal dalam kedua-dua kertas ujian ini kerana masing-masing hanya memperoleh gred E semasa ujian TOV, manakala untuk ujian OTI 1, hanya seorang sahaja murid meningkat ke gred D. Dalam ujian diagnostik pula pengkaji mendapati skala yang diperolehi mereka adalah dibawah skala 6. Justeru, kelima-lima murid ini telah diklasifikasikan sebagai murid berpencapaian rendah, seterusnya dijadikan sampel kajian bagi menguji keberkesanan kaedah Step-Ladder Addition yang ingin dilaksanakan. Tindakan Pengkaji telah mengaplikasikan model Kemmis dan Mc Taggart (1988) dalam kajian tindakan ini. Model ini mempunyai 4 tahap kajian iaitu merefleks, merancang, bertindak dan memerhati.Dalam kajian ini, pengkaji telah membuat refleksi berkaitan permasalahan murid semasa menyelesaikan operasi tambah bagi kemahiran menambah dengan mengumpul semula. Seterusnya, perancangan dibentuk bagi menyelesaikan masalah yang timbul ini dengan menggunakan kaedah Step-Ladder Addition iaitu pengubahsuaian kepada penyelesaian bentuk lazim biasa. Sebanyak empat sesi rawatan dengan mengaplikasikan kaedah Step-Ladder Addition telah dijalankan khusus untuk topik penambahan berfokuskan pengumpulan semula. Pengkaji telah menganalisa pencapaian murid melalui ujian pasca yang dijalankan selepas sesi rawatan dilaksanakan sepenuhnya. Langkah ini diperlukan bagi memerhati kemajuan tindakan yang telah dijalankan, seterusnya, melihat sejauh mana keberkesanan kaedah Step-Ladder Addition yang diperkenalkan dapat meningkatkan kemahiran murid untuk menambah sebarang nombor empat digit dengan nombor empat digit melibatkan proses pengumpulan semula. Perbandingan markah sampel untuk ujian pra dan ujian pasca dilakukan bagi melihat keberkesanan kaedah ini. Selain itu, sesi temubual juga dijalankan bagi mendapatkan reaksi serta pendapat sampel kajian terhadap intervensi yang dijalankan.

Kaedah Step-Ladder Addition 2 1 6 7 + 8 1 0 0 8 1 7 0 8 9 7 9 0 H a s il t a m b a h r u m a h s a H a s il t a H a s il t a m b a h r u m a h r a t u s H a s il t a m b a h p u l u h r u m a h 4 m b a h 9 6 p L a d d e r A d d it i o n D A P A T A N K A J I A N M e n g e n a l p a s t i p o l a p o l a k e s i l a p a n y a n g d i l a k u k a n m u r i d k e t i k a m e n y e l e s aikan soalan tambah nombor empat digit dengan nombor empat digit.

r u m a h r i b u R a j a h 1 : C o n t o h p e l a k s a n a a n k a e d a h S t e

Berpandukan analisis pada ujian pra dan pasca, terdapat enam jenis kesilapan yang berlaku dalam kalangan responden yang terlibat. Kekerapan kesilapan yang dilakukan oleh responden direkodkan dalam jadual berikut: Kesilapan Kekerapan Jadual 1: Kekerapan kesilapan mengikut kod Kod Ujian Pra Ujian Pasca A Kesalahan menulis 21 0 fakta asas tambah B Menganggap nilai 8 0 tempat puluh ribu tidak mempunyai sebarang kepentingan C Kecuaian semasa 4 9 melakukan pengiraan D Tidak memahami 3 0 konsep pengumpulan semula E Gabungan 5 0 kesalahan A dan D F Kesilapan menulis 0 2 semula soalan Jumlah 41 11 Jumlah Keseluruhan 52

You might also like