You are on page 1of 4

JABATAN PELAJARAN SABAH CAWANGAN KENINGAU / PEJABAT PELAJARAN GABUNGAN KENINGAU 2.2.

1 Pengenalan Jabatan Pelajaran Sabah Cawangan Keningau atau lebih dikenali sebagai Pejabat Pelajaran Gabungan Keningau adalah merupakan rangkuman daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Lokasi jabatan ini terletak bersebelahan dengan Tamu Ground dalam daerah Keningau.

Pejabat Pelajaran Gabungan Keningau adalah gabungan pendidikan bagi beberapa buah mukim yang terdapat dalam daerah Keningau iaitu Apin-apin, Bingkor, Bandar Keningau, Pegalan dan Sook. Pejabat Pelajaran Gabungan Keningau berperanan dalam mentadbir dan mengurus hal-hal berkaitan dengan pendidikan bagi kelima-lima mukim tersebut dan dikendalikan oleh 63 orang kakitangan yang ditadbir oleh Pegawai Pelajaran Daerah Keningau iaitu En. Masly Wahip dan dibantu oleh Pn. Jamilah Binti Talib.

Dalam pengendalian tugas pendidikan, Pejabat Pelajaran Gabungan Keningau berfalsafah bahawa pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

2.2.2 Sejarah Pejabat Pelajaran Gabungan Keningau

Pejabat Pelajaran Gabungan Keningau ditubuhkan setelah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah bersetuju untuk memilih Daerah Keningau untuk dijadikan pusat pentadbiran Pelajaran Gabungan bagi mengawasi pentadbiran Pelajaran bagi lima mukim iaitu Apin-apin, Bingkor, Bandar Keningau, Pegalan dan Sook.

Pejabat Pelajaran Gabungan Keningau yang dahulunya dikenali sebagai Pejabat Pendidikan Bahagian Keningau yang pada awalnya mentadbir kawasan Bahagian Pedalaman Sabah termasuklah Tenom, Nabawan, Pensiangan, Beaufort, Sipitang, Membakut dan Papar. Memandangkan skop tugas pentadbiran kawasan Pedalaman Sabah adalah luas maka dengan persetujuan Jabatan Pendidikan Sabah dan oleh semua pihak, Bahagian Pedalaman dipecahkan kepada dua bahagian iaitu Bahagian Keningau, Bahagian Beaufort, Bahagian Nabawan dan Bahagian Tenom.

Pejabat Pelajaran Gabungan Keningau yang dulunya dikenali sebagai Pejabat Pendidikan Bahagian Keningau telah ditubuhkan pada awal tahun 1968. Menurut sejarah penubuhannya, Pejabat Pendidikan Bahagian Keningau dianggotai oleh 8 orang dan diketuai oleh En. Yahya Hussin sebagai Penyelia Sekolah. Pada masa itu,

Pada tahun 1999, jawatan Pegawai Pelajaran Daerah Keningau telah dinaik taraf kepada DG41 bagi menggantikan nama jawatan Penyelia Sekolah. Melalui penstrukturan semula yang dibuat pada tahun 2003 oleh Jabatan Pendidikan Sabah, jawatan PenPejabat Pendidikan Bahagian Keningau ditukar kepada Pejabat Pelajaran Gabungan Keningau dan ditadbir oleh Pegawai DG41; En. Kaipin Rosmin.

2.2.3 Visi Dan Misi Jabatan Pejabat Pelajaran Daerah Keningau menjadikan visi Pendidikan Berkualiti Penjana Modal Insan sebagai sumber inspirasi bagi setiap anggota kakitangan menggerakkan pembangunan pendidikan dalam misinya untuk: 1. Membangun kepimpinan dan pengurusan pendidkan untuk mewujudkan organisasi terbilang. 2. Menyediakan perkhidmatan pendidikan berkualiti untuk melahirkan modan insan seimbang yang mampu menbangunkan diri, keluarga, masyarakat dan Negara Pejabat Pelajaran Daerah Keningau melaungkan slogan PPD Keningau melangkah kehadapan menuju puncak untuk mengangkat daerah Keningau ini menjadi 3 terbaik di Negeri

Sabah Pengurusan Pendidikan, Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid melalui Budaya Kerja Prestasi Tinggi berasaskan prinsip kerja X-PLUS.

Untuk itu terdapat 9 fokus keutamaan Pejabat Pelajaran Daerah Keningau dalam melaksanakan tugas mereka iaitu: 1. Melonjakkan prestasi peperiksaan awam UPSR, PMR, SPM dan STPM 2. Pencapaian 4 Sub - NKRA KPM:a. Meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak berumur 4 dan 5 tahun dan peningkatan kualiti pendidikan sekolah b. Meningkatkan penguasaan literasi dan numerasi murid tahap 1 c. Menghasilkan Berfrestasi Tinggi (SBT) d. Meningkatkan bilangan sekolah yang mendapa Tawaran Baru 3. Kepimpinan Pendidikan-Memperkasa SK dan SMK. 4. Pemantapan pelaksanaan KSSR dan PBS. 5. Pemantapan Pengurusan Murid a. Peningkatan sahsiah murid b. Pengurangan kadar ponteng dalam kalangan murid sekolah c. Pembangunan sukan dan kokurikulum d. Pengurusan kebajikan murid e. Pembangunan Pusat Kokurikulum 6. Perkhidmatan psikologi, kaunselling, konsultasi, bimbingan dan intervensi kepada pegawai / warga pendidik yang memerlukan. 7. Pemantapan sistem pengurusan kualiti dari segi: a. Pemantapan sistem perkhidmatan pendidikan. b. Pemantapan Pengurusan kewangan dan akaun dalam semua. 8. Pemantapan dalam pengurusan pentadbiran dan pengendalian peperiksaan awam dan PBS. 9. Pembangunan infrustruktur dan kemudahan di sekolah dalam memastikan dasar-dasar Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan 2.2.5 Carta Organisasi

Rajah 2.2 berikut adalah merupakan struktur carta organisasi Jabatan Pejabat Pelajaran Daerah Keningau bagi jawatan teratas.

Rajah 2.2: Struktur Carta Organisasi Jabatan Pejabat Pelajaran Daerah Keningau Bagi Jawatan Teratas.

You might also like