You are on page 1of 72

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

TAJUK 1

Sintaksis

SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara yang berikut: Struktur binaan ayat Pembahagian subjek dan predikat; Ayat dasar dan ayat terbitan ; Susunan dalam ayat Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Binaan sintaksis pula merujuk kepada binaan yang dibentuk oleh perkataan yang berfungsi sebagai binaan ataupun konstituen dalam ayat, iaitu klausa dan frasa. Selain itu, perkataan daripada sudut binaan sintaksis ialah bentuk bebas yang minimum yang menjadi unsur setiap binaan sintaksis, iaitu ayat, klausa dan frasa. Ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). Hasil dari binaan perkataan, frasa. klausa, ialah satu ayat.

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

1.

Menjelaskan definisi ayat, ayat dasar, ayat terbitan, struktur binaan ayat, binaan subjek dan predikat

2.

Menganalisis binaan ayat, binaan ayat dasar, binaan ayat terbitan dan struktur subjek dan predikat dalam ayat.

KERANGKA TAJUK-TAJUK => => Ayat merupakan unit binaan yang terdiri daripada subjek dan predikat Ayat dasar : ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Ayat dasar juga disebut sebagai ayat inti , iaitu ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan ayat-ayat yang lain. => Ayat terbitan : ayat yang terhasil daripada proses penerbitan sesuatu ayat dengan mematuhi hukum tatabahasa atau rumus transformasi. => Proses penerbitan ayat berlaku sama ada secara pengguguran, penyusunan semula dan peluasan. Struktur binaan ayat : subjek dan predikat boleh berubah-ubah kedudukan mengikut kesesuaian dalam proses penerbitan ayat.

1.0

KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep ayat dan binaannya. Seterusnya, perbincangan difokuskan kepada struktur binaan ayat serta struktur binaan subjek dan predikat dalam ayat.

1.1 Definisi Ayat (Sintaksis) Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna (Nik Safiah Karim et.al, 2006). Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,struktur dan binaan atau konstruksi ayat (Siti Hajar Abdul Aziz . 2008). Contoh binaan ayat: Subjek (1). Ali (FN) (2). Pemburu itu (FN) (3). Bajunya (FN) (4). Rumah itu (FN) Predikat peniaga (FN) melontar lembing (FK) cantik sekali (FA) di tepi sawah (FS)

1.2 Struktur Binaan Subjek dan Predikat Subjek Konstituen yang terdiri daripada sama ada satu perkataan atau beberapa perkataan, yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan. Predikat Kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.

Contoh: Subjek (5). Amin (6). Abang kandungku (7). Pegawai kastam itu Predikat guru besar di sekolah baru itu. sedang berehat di bilik sebelah. amat cekap.

Ayat di atas boleh juga disongsangkan dengan melakukan pendepanan predikat dan meletakkan subjek di belakang. Subjek (8). Guru besar di sekolah baru itu (9). Sedang berehat di bilik sebelah (10). Amat cekap Predikat Amin. abang kandungku. pegawai kastam itu.

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 1.3 Ayat Dasar dan Ayat Terbitan Ayat dasar : ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Ayat dasar juga disebut sebagai ayat inti , iaitu ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan ayat-ayat lain (Raminah Hj.Sabran, Rahim Syam ,1987). Ayat terbitan : ayat yang terhasil daripada proses penerbitan sesuatu ayat dengan mematuhi hukum atau rumus transformasi. Proses penerbitan ayat berlaku sama ada secara pengguguran, penyusunan semula atau peluasan. Contoh : Ayat Dasar -------- Ayat terbitan (perluasan)

(11) Faridah guru (FN+FN) (12) Ah Meng berlari (FN+FK)

=> Faridah guru yang sabar. => Ah Meng berlari dengan pantas.

(13) Pak Cik membaca(FN+FK) => Pak Cik membaca surat khabar. (14) Kucing comel (FN+FA) => Kucing comel itu kesayangan Mama.

(15) Mak Limah ke sawah (FN+FS) => Mak Limah ke sawah untuk menuai padi.

AKTIVITI

(i).

Bina 5 ayat tunggal dan 5 ayat terbitan.

LATIHAN

(i). Nyatakan kepentingan membuat analisis sintaksis dalam kalangan guru bahasa. (ii). Bincangkan pola-pola ayat dasar dalam bahasa Melayu 4

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

BAHAN BACAAN

Siti Hajar Abdul Aziz Sdn.Bhd.

(2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar

Nik Safiah Karim et.al (2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raminah Hj.Sabran,Rahim Syam (1987). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

TAJUK 2 Sintaksis:
Urutan Kata, Perpindahan Ayat Ragam Ayat, Jenis Ayat

SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: Konsep kata dan perpindahan ayat dalam Bahasa Melayu; Ragam ayat , jenis ayat Sintaksis dan aspek tatabahasa bahasa Melayu Kata ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna, yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan dimulai dan diakhiri oleh sempadan perkataan. (Marzukhi Nyak Abdullah,1997). Perpindahan ayat merupakan satu proses pembentukan ayat

berdasarkan binaan subjek dan predikat sama ada secara susunan biasa atau susunan songsang. Selain itu, konsep ragam ayat, jenis ayat serta aspek tatabahasa bahasa Melayu akan disentuh dalam bab ini.

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan jenis-jenis ayat, ragam ayat serta aspek tatabahasa dalam binaan ayat. 2. Menyatakan konsep ayat berdasarkan jenis dan ragam ayat.

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU KERANGKA TAJUK

Sintaksis

Konsep kata dan perpindahan ayat

Ragam Ayat, Jenis Ayat

Aspek Tatabahasa

2.0

KANDUNGAN ISI

Untuk pengetahuan anda, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep sintaksis yang merangkumi konsep kata dan perpindahan ayat, ragam ayat, jenis ayat serta aspek tatabahasa yang lain. Aspek-aspek tatabahasa yang menjurus kepada bidang sintaksis merupakan aspek penting dalam melengkapi kajian bahasa.

2.1 Konsep kata dan Perpindahan Ayat Perkataan atau kata merupakan unsur yang terdapat dalam salah satu binaan ayat. Frasa pula boleh terbina daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sama ada kata nama, kata kerja,adjektif atau kata sendi nama. (Lutfi Abas ,1975). Terdapat unsur lain seperti kata bantu atau kata penguat dalam sesuatu ayat. Sebagai contoh, terdapat ayat yang mempunyai kata adjektif seperti berikut: (1). Ramli sangat pandai bermain skuasy. (2). Maniam itu baik sungguh. (3). Kek lapis itu enak sekali. 7

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Konsep perpindahan ayat pula adalah berasaskan pola ayat dasar yang jelas terdapat perbezaan urutan dalam pelbagai bahasa. Kedudukan sesuatu perkataan atau kelompok perkataan dan kebolehan berubah tempat dalam sesuatu binaan ayat juga memperlihatkan ciri perbezaan (Nik Safiah Karim et.al 2008). Sebagai contoh, perbandingan antara bahasa-bahasa di bawah:

a)

Paulus Mariam Vidit (bahasa Latin) Paulus = Paul Mariam =Mary vidit = melihat Dalam hubungan tersebut, akhiran us dan am menentukan kata nama

subjek dan kata nama objek. Oleh itu, kedudukan kata kerja tidak menjadi persoalan dan tidak menjejaskan makna ayat bahasa Latin tersebut. Sebaliknya, dalam bahasa Melayu, ayat Melihat Paul, Mary akan mengubah makna asal daripada bahasa Latin tersebut.

b)

Min aina anta ? (bahasa Arab) Min = daripada / dari aina = mana anta = kamu (lelaki)

Maksud terjemahan langsung [daripada mana kamu] kurang memberikan makna yang tepat dan gramatis dalam bahasa Melayu. Ayat bahasa Melayu yang lebih sesuai bagi bahasa Arab tersebut ialah kamu datang dari mana? Oleh itu ,perbezaan urutan dalam pelbagai bahasa serta sistem bahasa yang berbeza-beza menjadikan bahasa itu sesuatu yang unik untuk dikaji dan digunakan.

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 2.2 Ragam Ayat

Konsep ayat telah pun diperkenalkan dalam penerangan sebelum ini. Dengan perkataan lain, ayat boleh terdiri daripada pelbagai bentuk variasi mengikut polapola yang tertentu. Seterusnya, kita akan bincangkan tentang ragam ayat yang menjadi salah satu unsur dalam ayat. Terdapat dua jenis ragam dalam ayat. Ragam ayat

terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asas sebagai judul. subjek terbitan sebagai judul. Hubungan antara ayat aktif dengan ayat pasif ialah perpindahan tempat frasa nama yang menjadi subjek dan objek ayat berkaitan. Ayat pasif pula mengutamakan

Contoh: (4) Amar menendang bola itu. (ayat aktif) (5) Bola itu ditendang oleh Amar. (ayat pasif) (6) Saya menendang bola itu. (ayat aktif) (7) Bola itu saya tendang. (ayat pasif) (8) Saya tendang bola itu. (ayat pasif yang mengalami pendepanan predikat)

2.2.1 Ayat aktif Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif

transitif dan ayat aktif tak transitif. Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang diikuti oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambut. Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang tak transitif iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut.

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Contoh : a) Ayat Aktif Transitif Subjek Kata Kerja Transitif (9). Pekerja (10). Budin (11). Air mata b) Ayat Aktif Tak Transitif Subjek Predikat Kata Kerja Tak Transitif (12). Kanak-kanak (13). Ombak (14). Diana sedang mandi memutih menangis Objek di kolam itu. di pantai Damai. sepanjang malam. membaiki membeli membasahi Predikat Objek jalan itu. buah durian. pipinya.

2.2.2 Ayat Pasif Ayat pasif ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif iaitu yang

mengandungi kata kerja tetapi mengutamakan objek asal sebagai unsur yang diterangkan. Ayat pasif dalam bahasa Melayu digolongkan kepada tiga jenis iaitu: a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua c) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja. i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif Subjek Kata Kerja Pasif (15). Kereta itu (16).Semak samun sudah dibeli dibersihkan Oleh + Frasa Nama oleh Amin oleh pekerja minggu lepas setiap bulan. Keterangan

10

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU ii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua Subjek Frasa Kerja Pasif dengan Ganti Nama Diri Pertama atau kedua sudah saya bersihkan belum awak makan Keterangan

(17). Kereta itu (18). Kuih itu

pagi tadi. lagi.

iii) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja Subjek Kena Kata Kerja Dasar Oleh+Frasa Nama (19). Rusa itu (20). Budak itu kena kena tembak kejar oleh pemburu. oleh anjing.

3. Jenis Ayat Ayat dapat dibahagikan kepada empat jenis; i) Ayat penyata ii) Ayat tanya iii) Ayat perintah iv) Ayat seruan

a) Ayat Penyata Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat keterangan. Contoh: (21). Saya sudah memiliki kereta baru. (22). Dunia ini penuh dengan dugaan. (23). Dia pandai mengawal emosinya.

11

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU b) Ayat Tanya Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu. Ayat tanya boleh wujud dengan kata tanya atau tanpa kata tanya.

c) Ayat Perintah Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, anda, engkau dan sebagainya.

d) Ayat Seruan Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan dengan tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti

marah,takut,gembira,sedih dan sebagainya. Contoh kata seru ialah oh, amboi, wah, cis, aduh dan sebagainya. Menurut Abdullah Hassan (2005), ayat seruan lazimnya tidak sempurna dan menyatakan perasaan sedih, suka, gembira, duka , terkejut, marah, hairan dan lain-lain.

AKTIVITI

1.

Nyatakan 4 jenis ayat dalam bahasa Melayu dengan memberikan contoh-

contoh yang sesuai.

LATIHAN

1. 2. Bincangkan pola-pola ayat pasif dalam bahasa Melayu

12

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

BAHAN BACAAN

Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Marzukhi Nyak Abdullah. (1997)Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Nik Safiah Karim et.al (2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raminah Hj.Sabran,Rahim Syam (1987). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

13

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

TAJUK 3 Frasa Nama Bahasa Melayu

SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:

Konsep Frasa Nama; Binaan Frasa Nama bahasa Melayu; Tahukah anda bahawa dalam bahasa Melayu, terdapat unsur frasa nama

yang menjadi salah satu binaan dalam satu-satu ayat. Tanpa unsur frasa, maka sesuatu ayat itu tidak akan dapat wujud dengan sempurna.

Frasa nama juga menjadi tonggak dalam binaan sintaksis. Binaan sintaksis pula didasari oleh pola-pola ayat yang mengandungi pola-pola frasa yang menjadi tunjang dalam ayat sama ada sebagai subjek atau predikat. Malah, ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).

14

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 1. menjelaskan definisi frasa nama dan; 2. menjelaskan binaan frasa nama.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Frasa Nama

inti
3.0 KANDUNGAN ISI

+ inti

inti + penerang

Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa nama berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa. Seterusnya, perbincangan ditumpukan kepada ciri-ciri dan jenis-jenis frasa nama bahasa Melayu.

15

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 3.1 Konsep Frasa Nama Bahasa Melayu

Frasa Nama menurut Nik Safiah Karim et.al. (2008) ialah konstituen atau unsur yang menjadi pengisi frasa nama yang terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya. Unsur inti boleh wujud secara sendiri atau dengan sederetan penerang yang hadir sebelum frasa nama atau sesudahnya, atau sebelum dan sesudah frasa nama. Frasa nama ialah frasa yang boleh berdiri pada subjek dan objek ayat dan predikat nama, disamping boleh menggantikan kata nama (Asmah Hj.Omar, 1986) Contoh : Subjek Frasa Nama (1). Emak (2). Emak Wan Seng (3). Putrajaya (4). Bandar Putrajaya Predikat Frasa Nama peniaga. peniaga sayur. bandar selamat. bandar selamat.

Struktur Frasa Nama (inti + inti) Frasa Nama Inti (5). Ibu (6). Keluar Inti bapa masuk Predikat saling bantu-membantu. untuk pekerja sahaja.

Struktur Frasa Nama (inti + penerang) Frasa Nama Inti (7). Atlet (8). Pelajar (9). Pegawai (10). Anak (11). Kucing Penerang paralimpik semester akhir Jabatan Haiwan yang soleh itu jinak itu 16 Predikat meraih pingat emas. menduduki ujian. memberi ceramah. baik akhlaknya. menggigit makanan.

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 3.2 Binaan Frasa Nama Dalam Bahasa Melayu Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan atau lebih (Abdullah Hassan et.al, 2006). Frasa ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis. Frasa digunakan bagi membina ayat. Dalam struktur binaan ayat, frasa didapati merupakan unsur yang terletak di bawah klausa. Binaan frasa dapat dibentuk daripada satu kata atau lebih. Walaupun terdapat beberapa pendapat tentang binaan frasa nama bahasa Melayu, namun perbincangan dalam topik 3 ini frasa nama. (Abdullah

menjurus kepada dua struktur frasa dan binaan Hassan,1983). Binaan frasa nama dapat digambarkan seperti berikut: Binaan Nama Penerang keturunan Suku bangsa Penerang Inti + Penerang Nama jenis bunga nama kucing nama askar Frasa Penerang Inti

Penerang

British. Jawa. parsi. mawar.

Penerang kegunaan

nama serbuk minyak

kari pelincir skru pintu lelaki. wanita. pantai

Penerang penyambut

nama pemutar penjaga

Penerang kelamin Penerang tempat

nama pelakon guru nama pinggiran

17

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Penerang (Penentu Binaan Frasa Nama Hadapan)

Inti

Penerang

(Bilangan+penjodoh (Inti) bilangan) tiga orang lima buah tujuh dulang guru kereta nasi minyak. Penerang

Penerang (Penentu belakang)

Inti

orang rumah Penerang kata kerja Penerang kata adjektif Penerang frasa sendi nama Penerang bilangan ordinal Inti + inti dengan maksud Inti + inti sama erti Inti + inti dengan maksud berlawanan tuan atas hidup mesin bilik pengemis kereta baju banglo tempat tingkat tubuh bukit

itu ini kira menunggu muda antik di jemuran di desa. kedua ketiga badan bukau

puan bawah mati

18

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

AKTIVITI

1. Tulis 10 contoh frasa nama bagi binaan inti + penerang nama.

LATIHAN 1. Senaraikan 20 binaan frasa nama berdasarkan sebuah cerpen atau rencana yang terdapat dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, atau akhbar tempatan. 2. Apakah ciri-ciri yang dapat membezakan frasa daripada ayat?

BAHAN BACAAN

Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Asmah Hj.Omar (1986) Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim et.al (2008). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

19

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

TAJUK 4

Susunan Konstituen Frasa Nama Bahasa Melayu Peraturan D-M Kekecualian Hukum D-M Bilangan dan Panggilan

4.0

Konstituen Frasa Nama

Konstituen Frasa Nama dalam tatabahasa Bahasa Melayu mengandungi aspekaspek yang telah disusun secara sistematik berdasarkan rumus-rumus tatabahasa bahasa Melayu : Peraturan D-M (Hukum D-M) Kekecualian Hukum D-M Bilangan dan panggilan Peraturan D M (Hukum D - M)

4.1

Dalam tatabahasa bahasa Melayu, D-M membawa maksud diterangkan (D) dan menerangkan (M). Dalam peraturan ini, unsur yang diterangkan merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua. Contoh : Frasa Nama Diterangkan (Inti) Askar Budak Pemain Penarik Penghantar Pensyarah Pakar Doktor Menerangkan (Penerang) Melayu lelaki boling beca surat wanita psikologi veterinar

20

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Contoh-contoh lain: - sos cili (bukan cili sos) - Restoran Ali ( bukan Ali Restoran) - Kedai Makanan Rahim ( bukan Rahim Kedai Makan / Kedai Makan Rahim) - pisang goreng (bukan goreng pisang) - kentang goreng ( bukan goreng kentang) - cakera padat (bukan padat cakera/compact disc) - sup kambing ( bukan kambing sup) - nasi goreng (bukan goreng nasi)

4.2

Kekecualian Hukum D - M

Konsep kekecualian wujud dalam kebanyakan bahasa di dunia bagai merasionalkan penggunaan sistem bahasa yang sudah lazim dipakai secara mantap dalam masyarakat pengguna bahasa. Hal yang demikian berlaku disebabkan oleh kecenderungan pengguna bahasa menggunakan sistem bahasa lain bagi bahasa sendiri , seperti sesetengan penguna bahasa Melayu yang gemar menggunakan sistem bahasa Inggeris sebagai kayu ukur berbahasa. Lama-kelamaan, keadan itu menjadi perkara lazim dan terhasillah satu fenomena bahasa yang menyimpang dari rumus tatabahasa dalam konteks hukum D - M.

Selain itu, kekecualian hukum D - M juga wujud akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutama sekali yang melibatkan pada nama-nama jawatan. Kebiasaan ini mewujudkan kelaziman yang semakin diterima penggunaannya dalam masyarakat pengguna bahasa.

21

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Contoh: Penerang (M) Perdana Ibu Naib Ketua Timbalan Naib Pembantu Menteri Pejabat Presiden Hakim Perdana Menteri Presiden Penyelaras Diterangkan (D)

Namun, hal ini tidak berlaku pada frasa menteri besar, menteri kanan, menteri pengangkutan, imam besar, dan seumpamanya. Contoh penggunaan dalam ayat: (12). Perdana Menteri Malaysia yang pertama ialah YTM Tunku Abdul Rahman. (13). Ibu pejabat Kastam daerah Johor Bahru dipindahkan ke Jalan Aman. (14). Ketua Hakim Negara telah bercuti selama dua hari. (15). Timbalan Perdana Menteri membuat lawatan kerja ke Syria. (16). Jawatan Naib Presiden disandang oleh Dato Hj. Mohd.Ali. (17). Naib presiden yang baharu telah berucap dalam majlis perasmian. (18). Pembantu penyeldik sedang membuat penganalisisan data kajian.

22

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 4.3 Bilangan dan Panggilan Kata bilangan yang berfungsi sebagai penerang dalam frasa nama boleh wujud di hadapan katan nama inti. (Abdullah Hassan, 2006) Dalam konteks ini, bilangan yang digunakan merujuk kepada unsur numerik yang menjadi penanda kepada jumlah yang difokuskan dalam frasa.

Contoh

lima ekor kuda segolongan kecil peneroka kelima-lima pendekar silat sekumpulan penyelidik segelintir pengundi sejumlah wang sebilangan besar pekerja Contoh ayat: (19) Lima ekor kuda telah dibeli oleh Haji Tahir. (20). Segolongan kecil peneroka sudah menanam pokok gaharu. (21). Kelima-lima pendekar silat itu menunjukkan gaya kepahlawanan. (22). Sekumpulan penyelidik sudah mendapat elaun khas. (23). Segelinitr pengundi pilihanraya dilihat berlegar-legar di situ. (24). Sejumlah wang yang besar diperlukan untuk kos perubatan. (25). Sebilangan besar pekerja sudah pulang ke kampung.

Secara lebih khusus, kata bilangan boleh dibahagikan kepada enam kumpulan berdasarkan makna (Hashim Hj.Musa, 1993); i. Kata bilangan tentu ii.Kata bilangan tak tentu iii.Kata bilangan himpunan iv.Kata bilangan pisahan v.Kata bilangan pecahan; dan vi.Kata bilangan tingkatan 23

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Kata Bilangan Tentu Kata bilangan yang mendukung makna tentu yang menjurus kepada bilangan khusus terdiri daripada angka yang boleh dilambangkan dengan simbol atau huruf abjad. Contoh: satu = 1 dua = 2 Contoh ayat: (26). Konvokesyen ke-2 telah dilaksanakan pada hari semalam. (27). Sukan Asia ke-XIV telah mencatat satu sejarah kegemilangan atlet Malaysia. (28). Dollah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan nyanyian. (29). Shakira mempunyai empat ekor anak kucing. (30) Hang Tuah memiliki dua ekor kuda putih . empat = IV sepuluh = X

Kata Bilangan Tak Tentu

Kata bilangan yang merujuk kepada jumlah bilangan yang tidak khusus . Contoh: Segala, semua , banyak ,sedikit, beberapa, sekalian, sekelompok. Contoh ayat: (31). Beberapa orang guru telah ditukarkan ke sekolah pedalaman. (32). Kegiatan gotong-royong itu disertai oleh semua penduduk kampung. (33). Segala bantuan yang diberikan oleh pihak sekolah amat dihargai.

Kata Bilangan Himpunan Kata bilangan yang merujuk kepada jumlah bilangan yang terhimpun atau terkumpul. Contoh: berpuluh-puluh, berbelas-belas, beratus-ratus, beribu-ribu, kedua-dua, kelimalima, kesemua. 24

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Contoh ayat: (34). Berpuluh-puluh kenderaan tentera telah bergerak ke sempadan negara. (35). Kedua- dua peninju itu telah diberi penghargaan oleh pihak persatuan. (36). Kesemua mangsa banjir telah dipindahkan ke tempat yang selamat. Kata Bilangan Pisahan Kata bilangan jenis pisahan merujuk kepada unsur pemisahan dalam proses memerihalkan bilangan yang menjadi dasar pokok pernyataan. Kata jenis ini juga adalah sejumlah perkataan yang menyokong makna bilangan yang terasing. Contoh: masing-masing, setiap, tiap-tiap Contoh ayat: (37). Masing-masing ada pendapat yang tersendiri dalam isu pembangunan sukan. (38). Setiap hari dilalui oleh Pak Malau dengan hati yang tabah. (39). Tiap-tiap pasukan mempunyai ketua yang dilantik oleh pihak pengurusan. Kata Bilangan Pecahan Kata bilangan jenis pisahan merujuk kepada unsur pecahan atau pembahagian daripada jumlah keseluruhannya. Contoh: setengah, separuh, sepertiga, segelintir, sebahagian Contoh ayat: (40). Setengah daripada kawasan ini adalah milik Tuan Haji Ali. (41). Sabar itu adalah separuh daripada iman. (42). Sebahagian daripada ahli-ahli persatuan tidak hadir. Kata Bilangan Tingkatan Kata bilangan tingkatan merujuk kepada sejumlah perkataan yang mendukung makna taraf tingkatan bilangan. contoh: pertama, kedua, ketiga , keseribu. 25

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

contoh ayat: (43). Gerai pertama menjadi perhatian pembeli. (44). Dia mampu meraih tempat kedua sahaja dalam pertandingan tersebut. (45). Pengunjung keseribu akan diberi hadiah cepu emas.

4.4 Panggilan / Kata Panggilan Sementara itu, konsep panggilan ( kata panggilan) merupakan unsur frasa nama yang hadir sebelum kata nama inti ( Abdullah Hassan, 2008). Jenis-jenis kata panggilan seperti Tuan, Puan , Tunku, Tun, Haji, Datuk dan seumpamanya lazim digunakan sebelum kata nama inti. Kata panggilan merupakan satu sistem yang digunakan dalam bahasa Melayu bagi tujuan penghormatan, pengiktirafan ataupun penentuan identiti secara lebih khusus. Contoh: Datuk Maharaja Lela Datuk Sagor Haji Abdul Rahman Limbong Tuan Adam Puan Mastura Chong Contoh ayat : (46). Datuk Maharaja Lela ialah seorang pejuang yang menentang Inggeris di Perak. (47).Profesor Ungku Aziz merupakan seorang pencetus idea penubuhan tabung pengurusan haji di Malaysia. (48). Datuk Sagor harus diingati sebagai seorang pahlawan. Profesor Ungku Aziz Tunku Kamalia Syed Zain Barakbah Sharifah Mona Alsagoff Tan Sri Malik Kamal

26

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

AKTIVITI

1. Bina carta atau pengurusan grafik untuk menunjukkan peraturan D M.

LATIHAN

1. Apakah maksud hukum D-M? 2. Tulis semula ayat- ayat di bawah dengan ayat-ayat yang sesuai berdasarkan Hukum D- M. a) Ahmad punya kedai terletak di sebelah bas terminal. b) Cili sos jenama lada dijual di Aminah Mini Market. c) Kenderaan mini bas sudah semakin dilupakan. d) Lain-lain hal boleh dibincangkan pada lain hari. e) Itu hari kita sudah bercadang melawat mini zoo. f) Lain masa, anda boleh bayar bil awal. g) Sport rim kereta itu milik Romli.

BAHAN BACAAN

Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Hashim Hj.Musa ( 1993) Binaan dan Fungsi Perkataan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.Bhd. Nik Safiah Karim et.al (2008). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

27

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

TAJUK 5 Frasa Kerja Bahasa Melayu


Binaan Frasa Kerja Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek Binaan Frasa Kerja Dengan Objek

SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: Menjelaskan definisi frasa kerja dan binaan frasa kerja Menganalisis binaan frasa kerja, binaan frasa kerja tanpa objek dan dengan objek

Tahukah anda bahawa dalam bahasa Melayu, terdapat unsur frasa kerja yang menjadi salah satu binaan dalam satu-satu ayat. Frasa kerja juga menjadi salah satu tonggak dalam binaan sintaksis. Frasa kerja binaan sintaksis pula didasari oleh pola-pola ayat yang mengandungi pola-pola frasa yang menjadi tunjang dalam ayat sama ada sebagai subjek atau predikat. Malah, ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: Menjelaskan definisi frasa kerja dan binaan frasa kerja (1.1) Menganalisis binaan frasa kerja, binaan frasa kerja tanpa objek dan dengan objek (1.6)

28

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU KERANGKA TAJUK-TAJUK

Frasa Kerja(Predikat)

Frasa kerja (tanpa objek)

Frasa Kerja (dengan objek)

5.0

KANDUNGAN ISI

Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa kerja berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa. Frasa kerja dalam bahasa Melayu terdiri daripada kata kerja sebagai dasarnya. Dalam

susunan ayat biasa, frasa kerja berfungsi sebagai predikat.

5.1

Konsep Frasa Kerja Bahasa Melayu menurut Siti Hajar Abdul Aziz. (2008) ialah frasa yang terdiri

Frasa Kerja

daripada kata kerja sebagai unsur intinya. Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. Menurut Abdullah Hassan et.al (2006), frasa kerja terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja berfungsi sebagai fungsinya. Frasa kerja wujud dalam sesuatu ayat dalam binaan predikat.

29

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Contoh : Ayat Subjek (1). Emak (2). Emak Ahmad (3). Pemuzik itu (4). P.Ramlee Predikat Frasa Kerja menjemur kain. menjual sayur di pasar. meniup saksofon. mencipta lagu itu.

5.2

Binaan Frasa Kerja

Binaan kata kerja terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek sebagai penyambut. Kata kerja tak transitif juga dikatakan sebagai kata kerja yang tidak memerlukan frasa nama sebagai objek (penyambut) untuk melengkapkannya.

5.2.1 Frasa Kerja Tanpa Objek Frasa kerja tanpa objek merupakan jenis frasa yang tidak memerlukan penyambut (objek) dan boleh berdiri sendiri dalam sesuatu binaan predikat. Contoh : (5). Faisal tidur lena. (6). Budak nakal itu terjatuh lagi. (7). Dia selalu bergaduh. Berdasarkan contoh ayat di atas, ayat (91) , (92) dan (93) menunjukkan kata kerja tidur, terjatuh dan bergaduh. Kata kerja tersebut tidak memerlukan atau tidak tidak diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut. Namun kata kerja ini boleh diikuti oleh unsur pelengkap dan penerang. Contoh: (8). Faisal tidur lena di bilik tidur. (9). Budak nakal itu terjatuh lagi setelah terpijak kulit pisang. (10). Dia selalu bergaduh sesama rakan sekolah.

30

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Dalam ayat (94), (95), dan (96), kata kerja telah diberi unsur pelengkap dan penerang. Biarpun begitu, ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak transitif (tanpa objek) Pelengkap ialah perkataan yang hadir selepas kata kerja transitif dan berfungsi untuk melengkapkan kata kerja tersebut.

5.3

Frasa Kerja Dengan Objek

Frasa kerja dengan objek dikenali juga sebagai frasa kerja transitif. Frasa kerja transitif mempunyai dasar kata kerja transitif. Kata kerja transitif pula ialah kata kerja yang memerlukan objek, Kata kerja jenis ini mesti diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut untuk melengkapkan kata kerja tersebut. Contoh: Frasa Kerja Kata Kerja Transitif Menaikkan menganyam membaiki Penyambut bendera tikar radio

Contoh ayat lengkap: (11). Pelajar itu menaikkan bendera semasa perhimpunan. (12). Ibu menganyam tikar setiap hari. (13). Mahmud membaiki radio yang telah rosak. Frasa kerja juga boleh menerima unsur keterangan. Dalam ayat (11), (12) dan (13), frasa yang bergaris ialah unsur keterangan yang mengikuti objek. Unsur keterangan juga boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Dalam konteks ini , kadang-kala terdapat kekeliruan dalam kalangan pengguna bahasa menggunakan frasa kerja sebagai predikat. Hal yang demikian berlaku dalam proses membina sesuatu ayat.

31

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Contoh kesilapan dapat dilihat dalam ayat (15) hingga ayat (19). (15). Zamani akan melaporkan kepada warden asrama tentang kejadian itu. (16).Halijah menggenggam erat tangan suaminya. (17).Datuk Amran menghasilkan banyak produk berasaskan herba. (18). Lee Chong Wei menghantar dengan tenang bulu tangkis ke jaring. (19). Tuan Pengarah sedang membincangkan tentang isu pendidikan. Semua ayat di atas tidak menepati sistem penggunaan kata/frasa kerja transitif. Ayat-ayat yang tersebut di atas harus ditulis begini: (rujuk ayat 20 24) (20). Zamani akan melaporkan kejadian itu kepada warden asrama (21). Halijah menggenggam tangan suaminya dengan erat. (22). Datuk Aman menghasilkan produk berasaskan herba. (23). Lee Chong Wei menghantar bulu tangkis ke jaring dengan tenang. (24). Tuan Pengarah sedang membincangkan isu pendidikan. Catatan: kejadian, tangan, produk , bulu tangkis dan isu pendidikan ialah objek yang mesti hadir selepas kata kerja transitif.

32

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

AKTIVITI

1. Tulis 10 contoh frasa kerja tanpa objek

LATIHAN

1. Buat analisis

binaan frasa kerja berdasarkan sebuah cerpen atau

rencana yang terdapat dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, atau akhbar tempatan.

BAHAN BACAAN

Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Siti Hajar Abdul Aziz Sdn.Bhd. (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar

33

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

TAJUK 6

Frasa Kerja Bahasa Melayu Frasa Kerja dengan Kata Bantu Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja

SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: frasa kerja dengan kata bantu, frasa kerja dengan ayat komplemen dan unsur keterangan dalam frasa kerja.

Frasa kerja dalam bahasa Melayu mempunyai elemen kata bantu dalam predikat. Hal yang demikian membuktikan bahawa kepelbagaian elemen kata dalam sesuatu frasa bahasa Melayu menghasilkan satu sistem yang komprehensif. Kata bantu boleh hadir di hadapan predikat kata kerja. Terdapat dua jenis kata bantu iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam. Dalam perbincangan ini, kita akan melihat pola-pola frasa kerja yang menggunakan kata bantu dalam predikat. Selain itu, aspek penggunaan ayat komplemen dan unsur keterangan akan dibincangkan juga dalam tajuk frasa kerja bahasa Melayu.

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: Menghurai frasa kerja dengan kata bantu, frasa kerja dengan ayat komplemen dan unsur keterangan dalam frasa kerja(1.1)

34

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU KERANGKA TAJUK-TAJUK

Frasa Kerja (Predikat)

Frasa kerja (didahului kata bantu aspek, dan kata bantu ragam)

Frasa kerja (dengan ayat komplemen)

6.0

Kandungan Isi

Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa kerja berdasarkan pendapat-pendapat ahli bahasa. Frasa kerja dalam bahasa Melayu terdiri daripada kata kerja sebagai dasarnya. Dalam susunan ayat biasa, frasa kerja berfungsi sebagai predikat.

6.1

Frasa Kerja Dengan Kata Bantu Aspek Menurut Siti Hajar Abdul Aziz. (2008) Frasa kerja terdiri daripada kata

kerja sebagai unsur intinya. Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. Dalam hal ini, frasa kerja yang melibatkan kata bantu aspek merupakan keperihalan tentang aspek masa lampau, ini atau masa hadapan. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu aspek. Bagi menjelaskan fungsi kata bantu dalam frasa, diberikan contoh ayat berkaitan. Contoh (fungsi menunjukkan masa yang telah berlaku: sudah , telah ,pernah) (1). Amirul sudah mencapai kejayaan dalam peperiksaan yang lepas. (2). Dia telah menulis puisi sejak di bangku sekolah. 35

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3). Michael pernah mendapat pengiktirafan sebagai guru cemerlang. Contoh (fungsi menunjukkan perbuatan yang belum dilakukan: akan dan belum) (4). Wan Malini akan memetik bunga di taman. (5). Adi Kencana belum lagi berminat untuk merantau ke kota. Kata Bantu Kata Bantu Aspek Memerihalkan masa lampau, kini, atau masa hadapan. Contoh : telah, sudah, sedang, masih, akan, belum 6.2 Kata Bantu Ragam Memerihalkan perasaan ketika melakukan perbuatan. Contoh: hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dan dapat

Frasa Kerja Dengan Kata Bantu Ragam

Frasa kerja yang melibatkan kata bantu ragam merupakan keperihalan tentang aspek perasaan. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu aspek yang memerihalkan perasaan ketika melakukan perbuatan. Contoh ayat: (6). Dia hendak bekerja di Kuala Lumpur. (7). Maslina mahu membuktikan bahawa dia juga mampu menjadi juara. (8). Dia harus pulang ke kampung segera. (9). Anda mesti belajar untuk menguasai kemahiran mengajar. (10). Yatim boleh berjaya jika dia berusaha bersungguh-sungguh. (11). Daud dapat menyertai program sukan berkuda di Johor Bahru.

6.3 Frasa Kerja Dengan Ayat Komplemen

Frasa kerja dengan ayat komplemen

merupakan jenis frasa yang boleh

menerima pelengkap atau sebaliknya yang dipancangkan ke dalam klausa utama bagi binaan sesuatu ayat. Menurut Nik Safiah Karim et.al (2008), frasa kerja sama ada jenis transitif atau tak transitif, boleh menerima ayat komplemen. 36

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Dalam binaan predikat, frasa kerja jenis ini ditandai dengan penggunaan kata kata hubung bahawa, demi, supaya, semoga dan untuk. Apabila keadaan sedemikian berlaku, maka ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk Contoh : (i) Frasa kerja transitif dengan ayat komplemen (12). Cikgu Normah menegaskan bahawa tidur yang berkualiti adalah perlu untuk kesihatan minda. (13). Pak Mat mengakui bahawa dia pernah berkhidmat dalam pasukan komando. (14). Pemandu bas itu memaklumkan bahawa semua penumpang selamat sampai ke destinasi. Berdasarkan contoh ayat di atas, ayat (12) , (13) dan (14) menunjukkan kata kerja tidur, terjatuh dan bergaduh. Kata kerja tersebut menerima ayat komplemen yang akhirnya membentuk ayat majmuk. (ii) Frasa kerja tak transitif dengan ayat komplemen (15). Haji Amin percaya bahawa mangsa kebakaran itu boleh diselamatkan. (16). Kim Seng faham bahawa jirannya terpaksa berpindah ke kampung. (17). Jasmin berpendapat bahawa kerjaya guru sangat mencabar. Dalam ayat (15), (16), dan (17), frasa kerja tak transitif telah menerima ayat komplemen. Biarpun begitu, ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak transitif dan akhirnya membentuk ayat majmuk.

6.4

Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja

Unsur keterangan dalam frasa kerja diwakili oleh unsur-unsur penerang yang memerihalkan atau menerangkan kata kerja tersebut dengan lebih lanjut. Unsur unsur biasanya hadir selepas kata kerja. Bagi kata kerja transitif, unsur keterangan hadir selepas objek (penyambut). Unsur-unsur keterangan boleh terdiri daripada binaan frasa sendi nama, frasa adjektif, dan frasa nama. Yang pasti, unsur keterangan ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas

37

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU tentang maksud dan sasaran makna dalam sesuatu frasa yang menjadi struktur binaan dalam satu-satu frasa. Berdasarkan aspek makna yang hadir dalam frasa kerja, unsur keterangan

dapat dibahagikan kepada lapan jenis: (i) Keterangan tempat atau arah (ii) Keterangan waktu (iii) Keterangan cara (iv) Keterangan tujuan atau harapan (v) Keterangan alat (vi) Keterangan penyertaan (vii) Keterangan hal (viii) Keterangan bagai Huraian: (i) Keterangan tempat atau arah Unsur keterangan tempat atau arah membincangkan tempat berlakunya peristiwa. Penggunaan kata sendi nama di,ke,dari,daripada,kepada ,pada jelas terdapat dalam unsur keterangan ini. Contoh: (18) Dia belajar di universiti. (19) Abang Malik memanjat ke atas bumbung rumah. (20) Swee Ling berasal dari Negeri Sembilan. (21) Emak Shafik menerima hadiah cenderamata daripada guru besar. (ii) Keterangan waktu Dua bentuk keterangan waktu wujud dalam frasa kerja iaitu Contoh : (22) Pensyarah itu menamatkan kuliah pada jam 9 malam. (23) Pameran kesenian itu bermula sejak semalam. (24) Aiman menunggu kepulangan ayahnya hingga pukul 12 malam. 38 bentuk frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama iaitu pada, dalam , sejak dan hingga bentuk frasa nama seperti semalam, tahun lepas,

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU (iii) Keterangan cara Keterangan cara boleh bersumberkan daripada kata adjektif. Keterangan cara boleh terbina daripada frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama dengan diikuti kata adjektif yang menerima kata pembenda nya. Contoh : (25) Air sungai mengalir deras.

(25) (a) Air sungai mengalir dengan derasnya. (26) Azman berlari pantas.

(26) (a) Azman berlari dengan pantasnya. (27) Menteri berjalan megah.

(27) (a) Menteri berjalan dengan megahnya.

(iv) Keterangan tujuan atau harapan Keterangan tujuan atau harapan ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian. Keterangan tujuan menggunakan kata sendi nama : demi, untuk dan bagi.

Contoh : (28) (29) (30) Muhamad belajar bersungguh-sungguh demi masa depan. Mereka berkahwin untuk mencapai kebahagiaan hidup. Penghulu berucap di perhimpunan itu bagi menjelaskan isu sebenar.

(v) Keterangan alat Unsur yang menerangkan peralatan, perkakas atau benda yang digunakan dalam sesuatu proses atau peristiwa. Kata sendi nama yang digunakan ialah dengan. Contoh: (31) Guru pelatih itu datang dengan menaiki kereta api (32) Encik Ahmad memotong kek dengan pisau. (33) Harjit Singh memukul bola dengan kayu hoki.

39

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU (vi) Keterangan penyertaan Unsur yang menerangkan maksud ikut serta, ikut bersama-sama atau melibatkan diri. Kata sendi nama yang digunakan ialah dengan.

Contoh: (34) Aminah datang ke masjid dengan suaminya.

(35) Pegawai kebajikan melawat kampung contoh dengan ahli jawatankuasa surau. (36) Muniandy masuk ke pejabat dengan pembantunya.

(vii) Keterangan hal keterangan hal berfungsi menerangkan keadaan kata sendi nama yang digunakan ialah tentang, mengenai, terhadap.

Contoh: (37) Tuan pengurus sedang memikirkan tentang masalah itu.

(38) Panel disiplin membuat teguran terhadap kes itu. (39) Jurutera perunding membuat penilaian semula tentang projek tersebut.

(viii) Keterangan bagai Unsur yang menerangkan keserupaan,kesamaan atau hampir sama. Kata sendi nama yang digunakan ialah seperti, bagai, sebagai, bak.

Contoh : (40) Amran berlagak seperti pegawai tinggi .

(41) Kepantasan lelaki itu bertindak bagai lipas kudung . (42) Diana berlakon sebagai Puteri Gunung Ledang. (43) Hidungnya mancung bak seludang. 6.5 Kesimpulan

Frasa kerja merupakan satu bentuk frasa yang kompleks dan mampu menerima unsur-unsur perkataan yang menjadi struktur asas dalam binaan predikatnya. Hal yang demikian bergantung kepada situasi dan rumus yang menjadi dasar dalam pembentukan frasa yang akhirnya menghasilkan satu ayat yang lengkap. 40

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

AKTIVITI

1. Bincangkan fungsi kata bantu ragam dan kata bantu aspek dalam frasa kerja.

LATIHAN

1. Berdasarkan perkataan di bawah, bina ayat yang menggunakan predikat frasa kerja dengan kata bantu ragam atau kata bantu aspek. i. melagukan v. mengalami ix. memikirkan ii. bertolak iii. memancing iv. berupaya

vi. bersedia vii. memutuskan viii. berjumpa x. mendirikan

BAHAN BACAAN

Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Hashim Hj.Musa (1993), Binaan Dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim et.al (2008) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

41

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

TAJUK 7 Frasa Adjektif Bahasa Melayu


- Binaan Frasa Adjektif: Unsur Pengisi Frasa Adjektif - Penguat - Kata Bantu dalam Frasa Adjektif

SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: Binaan frasa adjektif : unsur pengisi frasa adjektif Penguat Kata bantu dalam frasa adjektif

Frasa adjektif dalam bahasa Melayu mempunyai elemen kata yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya. Hal yang demikian membuktikan bahawa

kepelbagaian elemen kata sifat atau kata adjektif memberikan impak dalam pembentukan frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat dan juga unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. Harus dijelaskan bahawa kata adjektif yang hadir selepas kata kerja disebut sebagai keterangan. Sementara, kata adjektif yang hadir selepas kata nama disebut sebagai penerang. Dalam perbincangan ini, kita akan melihat pola-pola frasa adjektif yang berkaitan dengan binaan frasa, kata penguat dan kata bantu dalam frasa. Selain itu, unsur pengisi yang wujud dalam frasa adjektif akan dibincangkan juga dalam tajuk frasa adjektif bahasa Melayu ini.

42

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: Menjelaskan definisi frasa adjektif. (1.1) Menghuraikan binaan frasa adjektif dengan unsur pengisi, penguat dan kata bantu. (1.2)

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Frasa Adjektif

Binaan Frasa Adjektif : Unsur Pengisi Frasa Adjektif

Penguat

Kata Bantu dalam Frasa Adjektif

7.0

Kandungan Isi

Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa adjektif berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa. Frasa

adjektif dalam bahasa Melayu terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya. Dalam susunan ayat biasa, frasa adjektif berfungsi sebagai predikat.

43

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 7.1 Binaan Frasa Adjektif : Unsur Pengisi Frasa Adjektif ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif sebagai unsur

Frasa adjektif

intinya. Frasa adjektif bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. Dalam hal ini, frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa kata yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat sama ada dihadapan atau di belakangnya. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan dan unsur pengisian dalam frasa adjektif. Contoh : (1) . Wak Samad sudah terlalu tua Dalam ayat (1) [Wak Samad] merupakan subjek frasa nama yang diikuti oleh predikat frasa adjektif. Dalam binaan predikat, [sudah + terlalu + tua] merupakan predikat yang terbina daripada unsur-unsur berikut : [kata bantu + penguat + kata adjektif] Unsur pengisi dalam frasa adjektif juga dapat dilihat dalam contoh-contoh di bawah: Kata Bantu sudah belum masih Penguat terlalu sangat terlalu amat Kata Adjektif tua prihatin masak awal baik Penguat benar -

Dalam contoh-contoh di atas, kata bantu boleh hadir bersama-sama penguat hadapan mendahului kata adjektif. Namun, penguat juga boleh hadir sama ada di belakang atau di belakang kata adjektif. Bentuk sedemikian boleh berubahubah berdasarkan rumus tatabahasa dan pola dalam ayat berkaitan.

44

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 7.1.1 Binaan Kata Adjektif Satu Perkataan Binaan jenis ini merupakan asas kepada pembentukan frasa adjektif yang menggunakan satu kata adjektif dalam ayat. Contoh: (2) . Salim sangat rajin. (3) . Guru pelatih itu cergas (4) . Dia kelihatan ceria. (5) . Penglihatannya kabur. (6) . Tanamannya subur.

7.1.2 Binaan Kata Adjektif Dua Perkataan Binaan dua perkataan adjektif merupakan asas kepada pembentukan frasa adjektif yang menggunakan dua kata adjektif dalam ayat Pola binaannya boleh terdiri daripada yang berikut: (i) kata adjektif + kata adjektif (unsur keserasian makna) contoh : letih lesu cantik molek lemak manis penat lelah (i) kata adjektif + kata adjektif (makna berlawanan) contoh: jatuh bangun hidup mati baik buruk susah senang pahit maung

45

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

7.2 Penguat Kata penguat boleh hadir dalam frasa adjektif berdasarkan jenis-jenisnya. Terdapat tiga jenis penguat: (i) Penguat hadapan (ii) Penguat belakang (iii) Penguat bebas Penguat hadapan merupakan kata yang terletak di hadapan kata adjektif.

Penguat hadapan terdiri daripada kata terlalu dan paling. Contoh: (7) . Rumahnya terlalu besar. (8) . Lukisan itu paling cantik. Penguat belakang pula merupakan kata yang terletak di belakang kata adjektif seperti sekali, benar, nian (9) . Pakaian puteri itu cantik sekali. (10) . Kereta lembu itu lambat benar. (11) . Taman Bunga di istana itu indah nian. Penguat bebas ialah perkataan yang kedudukannya bebas, iaitu boleh hadir di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh: amat dan sungguh. (12) . Kubah masjid itu amat besar. (13) . Gerakan dan gaya pesilat Malaysia tangkas sungguh. Unsur penguat yang hadir berderetan sebelum kata adjektif juga wujud dalam binaan frasa adjektif. Contoh : sungguh amat, terlalu amat, seperti dalam ayatayat berikut: (14). Percakapan orang tua itu sungguh amat kasar . (15). Perangai anaknya terlalu amat sopan.

46

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

7.3 Kata Bantu Dalam Frasa Adjektif Kata bantu merupakan unsur yang boleh hadir dalam frasa adjektif. Ada kata bantu tertentu yang boleh hadir sebelum atau sesudah penguat. Frasa adjektif jelasnya boleh disertai oleh kata bantu sudah, belum, masih, harus berdasarkan kesesuaian konteks ayat. Contoh: (16). Anaknya sudah besar. (17). Sayur-sayuran dikebun itu masih belum subur. (18). Pekerja yang berkualiti harus cekap. Terdapat juga kata bantu yang boleh hadir sebelum atau selepas penguat, misalnya: masih amat jauh, belum terlalu lewat, belum sangat cekap, sungguh masih muda, sungguh telah pandai Contoh: (19). Kedudukan khemah itu masih amat jauh. (20). Kehadiran pelajar itu belum terlalu lewat. (21). Pekerja baru itu belum sangat cekap. (22). Anak sulungnya itu sungguh masih muda. (23). Pelajar kelas peralihan itu sungguh telah pandai.

AKTIVITI

1. Bincangkan fungsi kata bantu dalam frasa adjektif.

47

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

LATIHAN

1. Senaraikan frasa adjektif dalam petikan sajak di bawah. SAJAK : SEBUAH PERSOALAN Mengapa harus kau pijak kaki anak kecil itu? yang hanya semalam belajar bertatih dan jatuh kembali, di bumi Gaza ini, jatuh bangunnya, letih lesunya, penat lelahnya dihiasi air matanya berderai tangisnya mohon belas kasihan sedu-sedannya tanda kesedihan wajahnya pucat, hatinya cemas langkahnya kian tidak cergas. Barangkali kau sudah lupa wahai rejim zionis, bahawa kau juga pernah jadi anak kecil hidupmu sangat sederhana kautidur berselimutkan langit gelap impianmu sangat suram. Mungkin rasa ihsan sudah terhakis dari dalam dirimu hingga kau mudah keliru antara langkah, injak, sepak, dan pijak lantaran amarah yang membakar hati lantas kau tegar menyusun langkah pantas, untuk memijak sesiapa jua dengan mata yang merah menyinga, menampar muka mendabik dada langkahmu pantas sungguh, hingga akhirnya kau terpijak kakimu sendiri dan jatuh tersungkur menyembah bumi. Oleh: ESA ALHAJ Johor Bahru. 48

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

BAHAN BACAAN

Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Hashim Hj.Musa (1993), Binaan Dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim et.al (2008) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

49

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

TAJUK 8 Frasa Adjektif Bahasa Melayu


Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen

SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: Frasa Adjektif Bahasa Melayu Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen

Frasa adjektif dalam bahasa Melayu seterusnya mempunyai peranan yang besar dalam mengungkapkan kata sifat secara luaran dan dalaman berdasarkan konteks kata-kata adjektif tertentu demikian membuktikan bahawa dalam binaan frasa dan ayat. Hal yang

kepelbagaian elemen kata sifat atau kata

adjektif memberikan impak dalam pembentukan frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat dan juga unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. Harus dijelaskan bahawa frasa adjektif mempunyai ketentuan sama ada boleh hadir selepas subjek sebagai predikat, boleh hadir selepas kata kerja sebagai keterangan dan, boleh hadir selepas frasa nama sebagai penerang. Dalam perbincangan ini, kita akan melihat pola-pola frasa adjektif yang berkaitan dengan susunan frasa dalam ayat serta frasa adjektif dan ayat komplemen. Selain itu, unsur predikat yang terdapat dalam frasa objektif dapat diikuti oleh ayat komplemen yang mewujudkan ayat majmuk.

50

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: Menghuraikan binaan frasa adjektif dengan unsur pengisi, penguat dan kata bantu.(1.2) Menghuraikan ayat komplemen.(1.2)

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Frasa Adjektif

Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat

Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen

8.0

Kandungan Isi

Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa adjektif dan elemen berkaitan dengan susunan frasa

serta ayat komplemen. Frasa adjektif dalam bahasa Melayu terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya. Dalam susunan ayat biasa, frasa adjektif berfungsi sebagai predikat.

51

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

8.1

Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif sebagai unsur adjektif merupakan komponen penting dalam proses

Frasa adjektif intinya. Frasa

melengkapkan sesuatu ayat. Dalam hal ini, frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa kata yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat sama ada di hadapan atau di belakangnya. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan dan unsur pengisian dalam frasa adjektif. Contoh : 8.1.1 Frasa Adjektif Sebagai Predikat Predikat dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa adjektif. Dalam hal ini, frasa adjektif juga boleh hadir selepas subjek sebagai predikat. Contoh: (1) . Stadium itu sudah usang. Dalam ayat (1) [stadium itu ] merupakan subjek frasa nama yang diikuti oleh predikat frasa adjektif. Dalam binaan predikat, [sudah + usang] merupakan predikat yang terbina

daripada unsur-unsur berikut : [kata bantu + kata adjektif]

Ayat (1) boleh disongsangkan menjadi seperti berikut: (1) (a) Sudah usang stadium itu. [predikat + subjek] Frasa predikat yang mendepani subjek sudah berpindah tempat melalui proses penyongsangan. Contoh-contoh lain: (2). Kulitnya putih bersih. (susunan biasa)

(2) (a) Putih bersih kulitnya (susunan songsang) [predikat + subjek] (3). Warna bola itu merah tua. (susunan biasa )

(3) (a) Merah tua warna bola itu. (susunan songsang) [predikat + subjek] 52

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

8.1.2 Frasa Adjektif

Sebagai Keterangan

Frasa adjektif yang hadir selepas frasa kerja akan berfungsi sebagai keterangan. Hal yang demikian merupakan fungsi asas kata adjektif yang memerihalkan sifat dan adjektif bagi keterangan kata kerja. Contoh: Subjek Predikat Frasa Kerja Keterangan (Frasa Adjektif) (4). Amira (5). Pelajar itu (6). Air sungai itu (7). Pemuzik (8). Kucing itu berenang berpidato mengalir beraksi berlari sangat pantas. lancar sekali. deras sekali. hebat sekali. laju.

8.1.3 Frasa Adjektif Sebagai Penerang Kata Nama Frasa adjektif boleh hadir selepas kata nama dan frasa nama. Fungsinya ialah sebagai penerang kepada kata nama. Frasa Nama Kata Nama kereta warna baju madu pangkat kain benang kelapa pinang besar merah kelabu asli tinggi licin kasar muda masak 53 Kata Adjektif

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU kitab tebal

8.2

Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen Frasa adjektif yang berperanan sebagai predikat dalam ayat boleh diikuti oleh ayat komplemen. Kesannya, ayat komplemen. Contoh: tersebut akan menjadi ayat

(9).

Ketua kampung itu percaya bahawa anak buahnya memberikan sokongan padu.

(10). Zulmazran Zulkifli yakin bahawa pasukan Malaysia akan meraih pingat emas dalam acara boling. (11). Peserta kursus sedar bahawa mereka harus tidur di khemah sementara. (12). Dia insaf bahawa dia perlu meningkatkan kualiti ibadahnya.

AKTIVITI

1. Bincangkan fungsi susunan frasa adjektif dalam sesuatu ayat.

LATIHAN

1. Bina 10 ayat berdasarkan pola binaan ayat di bawah ini. Predikat Subjek Frasa Kerja Keterangan (Frasa Adjektif)

54

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

BAHAN BACAAN

Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Nik Safiah Karim et.al (2008) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

55

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

TAJUK 9

Frasa Sendi Nama Bahasa Melayu Binaan Frasa Sendi Nama Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat Penggunaan Kata Sendi Nama Secara Umum

SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: Frasa Sendi Nama Binaan Frasa Sendi Nama Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat Penggunaan Kata Sendi Nama Secara Umum

Frasa sendi nama dalam bahasa Melayu seterusnya mempunyai peranan yang utama dalam melengkapkan satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama dalam ayat. Ini membuktikan bahawa kepentingan elemen kata sendi nama menjadikan fungsi frasa sendi nama

sebagai asas pembentukan predikat yang mempunyai pola FN+ FSN ( Frasa Nama + Frasa Sendi Nama). Frasa sendi nama mempunyai mempunyai potensi untuk hadir sebelum frasa nama atau sebelum kata nama arah diikuti oleh frasa nama. Dalam perbincangan ini, kita akan melihat pola-pola frasa sendi nama yang berkaitan dengan susunan frasa dalam ayat . Selain itu, unsur predikat frasa sendi nama juga akan dibincangkan dalam bab ini.

56

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

Menjelaskan definisi dan binaan frasa sendi nama(1.1) Menganalisis binaan dan kedudukan frasa sendi nama dalam ayat.(1.6)

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Frasa Sendi Nama

Binaan Frasa Sendi Nama

Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat

Penggunaan Kata Sendi Nama

9.0

Kandungan Isi

Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa sendi nama dan elemen berkaitan dengan binaan frasa sendi nama dalam ayat. Frasa sendi nama dalam bahasa Melayu daripada terdiri

beberapa perkataan yang mewakili kata sendi atau kata adjektif

sebagai unsur binaan frasanya.

57

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

9.1

Binaan Frasa Sendi Nama ialah frasa yang terdiri daripada kata sendi nama yang

Frasa sendi nama

boleh bergabung dengan kata nama dalam membentuk kesatuan frasa. Frasa sendi nama terbina daripada ayat yang mempunyai satu kata sendi nama dan satu frasa nama yag menjadi pelengkap dalam binaan frasa sendi nama itu. (Nik Safiah Karim et.al,2008) Frasa sendi nama pada asasnya terbina apabila sesuatu kata sendi diikuti oleh kata nama. (Abdullah Hassan et.al 2006). Antara kata sendi nama yang sering digunakan ayat ialah di, ke, dari, daripada ,kepada , pada, untuk, akan bagi, hingga,oleh, dengan, tentang, sampai, dan sebagainya. Frasa sendi nama juga boleh didahului oleh kata bantu sama ada kata bantu ragam atau kata bantu aspek. Contoh : 9.1.1 Kata Sendi Nama + Frasa Nama Frasa dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa sendi nama

dengan pola kata sendi nama + frasa nama ( KN+ FN). Dalam hal ini, kata sendi nama hadir sebagai satu perkataan di hadapan suatu frasa nama. Contoh: Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama di ke dari daripada kepada untuk dengan sejak tentang Frasa Nama gimnasium sekolah pusat tuisyen aluminium Tuan Jana Khatib ibu kemewahan semalam klorofil 58

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU sampai bagi siang ayah

9.1.2 Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama Frasa sendi nama boleh wujud di hadapan frasa nama (didahului satu unsur kata nama arah). Selain itu, frasa sendi nama juga berpotensi untuk hadir tanpa kata nama arah. Frasa Sendi Nama Frasa Nama Kata Sendi Nama Kata Nama Arah Frasa Nama

(i) di (i) di (ii) ke (ii) ke (iii) dari (iii) dari

dalam dalam belakang -

takungan takungan kolam kolam pentas pentas

9.1.3 Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama + (Keterangan) Binaan frasa nama boleh juga terdiri daripada kata sendi nama diikuti oleh frasa nama dan keterangan. Kata nama arah dan keterangan boleh hadir dan boleh digugurkan mengikut kesesuaian ayat. Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama Frasa Nama Kata Nama Arah (i) di di (ii) ke ke (iii) dari dari atas luar bawah 59 Frasa Nama pentas pentas garisan garisan rumah rumah Keterangan pada saat itu. dengan bergaya dengan kayu -

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

9.2

Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat

Frasa sendi nama mempunyai fungsi dalam predikat sesuatu ayat. Dalam sesetengah ayat lain, frasa sendi nama berfungsi sebagai unsur keterangan. 9.2.1 Predikat Frasa sendi Nama Dalam susunan ayat biasa, frasa sendi nama hadir selepas subjek. Contoh: (1). Ahmad ke sekolah setiap hari. (2). Kolam ikan di tepi taman. (3). Yushiro dari bandar raya Tokyo. (4). Kerusi itu daripada kayu jati. (5). Hadiah ini untuk ibu Zarina. (6). Bahaman daripada keluarga seni. 9.2.2 Frasa Sendi Nama sebagai Keterangan Unsur keterangan dalam sesuatu ayat boleh diwakili oleh frasa sendi nama. Unsur keterangan ini pada asasnya bertindak menerangkan keperihalan maksud predikat frasa kerja, frasa adjektif dan frasa nama. Namun, unsur keterangan ini boleh hadir secara pilihan mengikut kesesuaian konteks ayat berdasarkan rumus tatabahasa. Contoh: (i) Keterangan bagi frasa kerja Contoh: (7) Budin meniup saksofon seperti pemuzik profesional. (keterangan bandingan) (8) Dahlan memasak pada waktu petang. (keterangan masa) (9) Marini berehat di tepi pantai.(keterangan tempat) (10).Ayah berbincang tentang hal pertunangan.(keterangan hal) (11).Sultan Mansur Syah hadir dengan permaisurinya.(keterangan penyertaan) (12) Anda wajar mengawal emosi demi kesejahteraan diri.(keterangan tujuan) (13).Hang Tuah menikam lanun dengan keris.(keterangan cara) 60

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

(ii) Keterangan bagi frasa adjektif Contoh : (14) John segak seperti model. (keterangan bandingan) (15) Profesor itu cekap dalam bidang bioteknologi. (keterangan hal) (16) Dia rabun pada waktu malam. (keterangan masa) (17) Kita harus pantas supaya tidak ketinggalan. (keterangan tujuan) (iii) Keterangan bagi frasa nama Contoh: (18) Bangunan di Kuala Lumpur sungguh tinggi. (keterangan tempat) (19) Batu permata itu adalah dari zaman Dinasti Ming (keterangan asal) (20) Ridwan sudah membeli songkok untuk majlis tersebut.(keterangan tujuan) (21) Keris itu diperbuat daripada besi. (keterangan sumber) (22) Lagu oleh Dato Mokhzani telah menarik perhatiannya. (keterangan pembuat)

9.3

Penggunaan Kata Sendi Nama Dalam penggunaan kata sendi nama dalam ayat, terdapat dua unsur

kata sendi nama yang serupa boleh digabungkan dalam bentuk setara dengan menggunakan kata hubung dan, atau, tetapi. Contoh: (23) Dia mundar-mandir di dalam dan di luar bangunan itu. (24) Zulfadli makan dengan adiknya atau dengan abangnya? (25) Pak Cik Ali bekerja bukan di kebun tetapi bekerja di pejabat peguam. (26) Nadia Chin Abdullah bukan ke Australia tetapi ke Austria. Dalam ayat (23), frasa sendi nama dengan kata hubung dari boleh digugurkan secara pilihan unsur kedua. Ayat baharu setelah pengguguran kata sendi nama pada unsur kedua ialah: (27) Dia mundar- mandir di dalam dan luar bangunan. (28) Zulfadli makan dengan adiknya atau abangnya? 61

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU (29) Tuan Haji Ali bekerja bukan di kebun tetapi di pejabat peguam. (30) Nadia Chin Abdullah bukan ke Australia tetapi Austria. Namun dalam beberapa keadaan, terdapat kata sendi yang boleh berfungsi sebagai kata bantu aspek. Ini berlaku pada perkataan akan. Contoh : (31) Diana akan ke Kuala Lumpur. (akan sebagai kata bantu aspek) (32) Diana sayang akan kucingnya. (akan sebagai kata sendi) Namun, dalam perbincangan ini, perkara tersebut ditunjukkan sebagai contoh penggunaan kata sendi yang boleh hadir dalam keadan lebih daripada satu situasi. Keadaan ini dapat dipermudahkan dengan melihat kedudukan dan

fungsinya dalam ayat. Pada asasnya, frasa sendi boleh berfungsi sebagai predikat dan keterangan dalam ayat.

AKTIVITI

(Aktiviti kumpulan) 1. Bincangkan unsur-unsur yang terdapat dalam frasa sendi nama.

62

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

LATIHAN (Aktiviti individu) 1. Bina 10 frasa dengan pola binaan frasa sendi nama berdasarkan jadual di bawah. Frasa Sendi Nama Frasa Nama Kata Sendi Nama Kata Nama Arah Frasa Nama Keterangan

63

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

BAHAN BACAAN

Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Nik Safiah Karim et.al (2008) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

64

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Ayat Bahasa Melayu Ayat, Klausa, Frasa, Perkataan Ayat Dasar Ayat Tunggal

TAJUK 10

SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: Ayat, Klausa, Frasa, Perkataan Ayat Dasar Ayat Tunggal

Ayat Bahasa Melayu

Ayat

dalam bahasa Melayu boleh terbentuk daripada satu perkataan atau

beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna. (Nik Safiah Karim et.al. 2008). Ayat terdiri daripada binaan klausa, frasa ,dan perkataan. Kajian tentang ayat membuktikan bahawa kepentingan klausa, frasa dan

perkataan mempunyai fungsi yang utama dalam pembentukan ayat. Selain itu, ayat dasar atau ayat inti merupakan ayat yang terdiri daripada ayat penyata. Ini berbeza dengan ayat tunggal yang terdiri daripada ayat tanya, perintah dan seruan dan sebagainya. Dalam perbincangan ini, kita akan melihat pola-pola ayat dasar, ayat tunggal dan tidak ketinggalan unsur yang berkaitan dengan susunan klausa, frasa, dan perkataan dalam ayat .

65

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: Menjelaskan definisi klausa, frasa, ayat dasar dan ayat tunggal (1.1) Menganalisis binaan ayat dasar dan ayat tunggal.(1.6)

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Ayat Bahasa Melayu

Ayat, Klausa, Frasa, Perkataan

Ayat Dasar

Ayat Tunggal

10.0 Kandungan Isi

Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep ayat, klausa, frasa dan perkataan. Perbincangan juga akan berkisar pada aspek ayat dasar (ayat inti) dan juga ayat tunggal.

10.1

Ayat

Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta

mengandungi intonasi yang sempurna. (Nik Safiah Karim et.al. 2008). 66

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Menurut Abdullah Hassan et.al (2006), ayat terdiri daripada perkataaanperkataan yang disusun dalam susunan dan kelompok-kelompok tertentu. Setiap kelompok perkataan disusun dengan lengkap. Susunan yang lengkap mempunyai makna yang lengkap. Setiap satu kelompok tersebut mengandungi sekurang-kurangnya dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Subjek menyebut sesuatu perkara, seperti rumah, baju, kereta dan seumpamanya. Predikat pula menerangkan tentang perkara yang telah disebutkan dalam predikat iaitu menerangkan tentang rumah, baju, kereta dan seumpamanya. Contoh : (1). Sekolah di tepi laut. Dalam ayat (1) sekolah terdiri daripada kelompok perkataan yang menjadi pokok perbincangan. Malah sebenarnya, sekolah ialah komponen subjek ayat. Dalam kumpulan perkataan kedua, di tepi laut,menceritakan tentang subjek ayat.Maksud ayat tersebut ialah hal sebuah sekolah yang terletak di tepi laut. (2) Rumah langsir biru. Dalam ayat (2) rumah ialah kelompok perkataan yang menjadi subjek dalam ayat tersebut. Sementara, langsir biru yang tergolong dalam kelompok kedua ialah predikat bagi ayat tersebut yang menerangkan tentang keadaan rumah besar tersebut.

10.2

Klausa

Klausa ialah satu rangkaian perkataaan yang mengandungi subjek dan predikat , yang menjadi konstituen dalam ayat. (Nik Safiah Karim et.al. 2008) Klausa tergolong kepada dua jenis iaitu: (i) Klausa bebas (ii) Klausa tak bebas

Klausa bebas ialah klausa yang terdiri daripada sekumpulan perkataan yang maknanya boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat lengkap apabila diujarkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa boleh diumpamakan ayat dalam ayat (Abdullah Hassan et.al 2006). 67

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Contoh : klausa 1 : Majid kaya (klausa bebas) klausa 2 : kerana cekap menguruskan perniagaan (klausa tak bebas) Ayat sempurna: klausa 1 + klausa 2 = Majid kaya kerana cekap menguruskan perniagaan. Klausa bebas juga disebut sebagai klausa utama. Berdasarkan contoh : Majid kaya [klausa bebas] [klausa utama] Oleh itu, pembentukan klausa bebas adalah berdasarkan ciri klausa yang mampu mendokong makna lengkap serta mendokong ciri ciri ayat yang sempurna. kerana cekap menguruskan perniagaan. [ klausa tak bebas]

10.3

Frasa Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang

mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. (Nik Safiah karim, et.al 2008) Frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan atau lebih (Abdullah Hassan et.al, (2006). Frasa ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis. Frasa digunakan bagi membina ayat. Dalam struktur binaan ayat, frasa didapati merupakan unsur yang terletak di bawah klausa. Contoh ayat : sehelai baju kurung di dalam almari. Ayat ini akan dipenggal sebahagiannya untuk melihat rumus struktur frasa. Frasa baju sehelai baju baju kurung sehelai baju kurung

68

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Frasa di atas berasaskan satu binaan ayat (FN+FS) : Sehelai baju kurung di dalam almari. Bentuk frasa satu perkataan ialah baju. Bentuk tersebut diperluas menjadi sehelai baju, baju kurung, sehelai baju kurung, dan sebagainya.

Jadi, frasa yang asas iaitu baju kurung telah diperluaskan melalui pancangan ke dalam sebuah frasa yang lain hingga terbentuknya frasa sehelai baju kurung.

10.4 Perkataan Perkataan ialah konstituen kepada frasa. Perkataan adalah bentuk bahasa yang mengandungi makna atau fungsi nahu (Abdullah Hassan et.al , 2008) Bentuk-bentuk perkataan seperti sekolah, baju, orang, kereta adalah perkataan yang mendokong makna tertentu. Perkataan mempunyai beberapa golongan tertentu seperti kata nama, kata kerja, hubung, kata tugas dan sebagainya. Contoh: kata nama: pelajar, ayah, Seremban, taman kata kerja : makan, tidur, melukis, menendang Kata adjektif : kurus, pucat, gempal, tampan kata sendi nama : di rumah, ke kedai, dari Johor, daripada besi kata adjektif, kata sendi nama, kata

10.5 Ayat Dasar Ayat dasar ialah ayat yang menjadi sumber atau dasar bagi pembentukan ayatayat lain berdasarkan rumus-rumus tatabahasa. Semua ayat yang terbina secara lengkap sebenarnya dapat dikesan dasar atau inti ayat yang menjadi landasan dalam sesuatu binaan ayat. Ayat dasar mempunyai empat pola asas iaitu: Pola 1 : FN + FN Pola 2 : FN + FK Pola 3 : FN + FA Pola 4 : FN + FS 69

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Pola Pola 1 (FN + FN) Pola 2 (FN + FK) Pola 3 (FN + FA) Pola 4 ( FN + FS) Subjek Harun Jurulatih Marlina Muzium Predikat pesilat amatur. sedang berehat. sungguh pandai di Pusat Islam.

Komponen frasa boleh mengandungi satu perkataan atau lebih. Namun, binaanbinaan tersebut harus masih tergolong dalam bentuk frasa. Contoh: Pola Pola 1 (FN + FN) Pola 2 (FN + FK) Pola 3 (FN + FA) Pola 4 ( FN + FS) Subjek Harun Jurulatih Adik Marlina Muzium warisan Predikat pesilat amatur negara. sedang berehat di bilik sungguh pandai di Pusat Islam Kuala

Lumpur. 10.6 Ayat Tunggal Ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat. Ayat tunggal juga sebenarnya mempunyai satu klausa yang hadir mewakili satu subjek dan satu predikat tersebut. Ayat tunggal terbina daripada ayat dasar. Malah binaan ayat tunggal mempunyai persamaan dengan ayat dasar. Namun, yang membezakan ayat tunggal dengan ayat dasar ialah ayat tunggal terdiri daripada ayat tanya, ayat perintah ayat seruan dan sebagainya. Sementara, ayat dasar terdiri daripada ayat penyata. Jelas bahawa ayat tunggal terbina secara mudah dengan hanya mempunyai konstituen satu subjek dan satu predikat. Contoh: Subjek (1). (2) (3) (4) Bapa saudara Ali Peninju itu Darwis Wahab pensyarah. sangat tangkas. membaca kitab jawi. ke kedai runcit. 70 Predikat

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Dalam proses binaan ayat tunggal ini , terdapat juga proses penyongsangan seperti predikat mendahului subjek seperti dalam ayat songsang. Contoh: (5) (a) Mariam ke pasar raya hari ini. (b) Ke pasar raya Mariam hari ini.

(6) (a) Baju itu di dalam almari. (b) Di dalam almari baju itu. (7) (a) Kuih itu dimakannya. (b) Dimakannya kuih itu. (8) (a) Pokok kayu itu ditebangnya. (b) Ditebangnya pokok kayu itu.

Berdasarkan contoh-contoh ayat tersebut, jelas didapati bahawa subjek dan predikat dalam ayat dasar boleh bertukar ganti mengikut keperluan dan keutamaan penutur bahasa. Jelas, proses sedemikian menggambarkan sifat bahasa Melayu yang dinamik dalam pelbagai aspek bahasa dan rumus tatabahasa.

AKTIVITI

1.

Bina lima ayat aktif dan tukarkan ayat tersebut menjadi ayat pasif

LATIHAN

1. Nyatakan perbezaan antara ayat dasar dan ayat tunggal. 2. Nyatakan unsur-unsur klausa dalam ayat bahasa Melayu dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.

71

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

BAHAN BACAAN

Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Nik Safiah Karim et.al (2008) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

72

You might also like