You are on page 1of 7

SEJARAH QASIDAH

Burdah (Imam al-Bushiri) tentang Sayyidul Muddah iaitu Penghulu para pemuji Rasulullah saw dan juga puisi cintanya Burdah.

Beliau ialah Imam al-Bushiri. Nama penuhnya Muhammad bin Said bin Hamad al-Shonhaji al-Bushiri. Lahir di Bahtim, Mesir pada 608H (1212M). Beliau wafat di Iskandariyah Mesir pada 696H (1296M).

Berikut dipetik tulisan Ustaz Fahmi Zamzam al-Nadawi: Adalah disebutkan dalam sejarah bahawa Imam al-Bushiri pengarang qasidah Burdah ini telah ditimpa penyakit lumpuh sebelah badan. Bermacam-macam usaha telahpun dilakukan dalam membuat rawatan, namun penyakit lumpuh itu tetap juga tidak sembuh. Akhirnya para doktor yang mengubatinya sudah berputus asa dari kesembuhannya.

Maka dalam keadaan badan yang sangat teruk ini timbullah satu ilham di hati beliau untuk mengarang sebuah qasidah puji-pujian terhadap Rasulullah saw. Rupanya badan yang lemah longlai ini masih lagi memiliki hati yang sangat cergas dan ingatan yang sangat tajam dan keazaman yang kuat.

Maka dengan hati yang dipenuhi dengan kasih sayang dan kerinduan terhadap Baginda, Imam al-Bushiri melakarkan qasidahnya. Satu bait demi satu bait, satu rangkap demi satu rangkap sehingga qasidah dapatlah diselesaikan dengan jumlah bait syair sebanyak 161 bait.

Apa yang dirasakan dalam jiwa beliau semasa menggoreskan penanya ialah semoga

dengan berkat memuji Baginda saw, penyakitnya akan disembuhkan oleh Allah swt. Maka sebaik sahaja beliau selesai dari qasidahnya terus beliau tertidur dan beliau bermimpi melihat Rasulullah saw dalam tidurnya.

Baginda datang menziarahi beliau yang sedang sakit, lalu Baginda menyapukan tangannya yang mulia itu di atas badan Imam al-Bushiri yang sedang sakit itu dan setelah itu Baginda menyelimuti badan Imam al-Bushiri dengan sehelai selendang (Burdah).

Sebaik sahaja badan Imam al-Bushiri selesai diselimuti oleh Rasulullah saw lantas beliau terjaga dari tidurnya dan beliau mendapati bahawa penyakit lumpuhnya telah hilang.

Badan beliau sihat seakan-akan tidak pernah ditimpa penyakit lumpuh itu. Dan oleh kerana kesembuhan badan beliau adalah menerusi keberkatan Burdah atau selendang yang telah diselimutkan oleh Rasulullah saw ke badan beliau, maka Imam al-Bushiri menamakan qasidah yang baru sahaja diselesaikannya itu dengan Burdah ertinya selendang. Menurut riwayat lain ada menyebutkan bahawa Imam al-Bushiri mendapati Burdah atau selendang tersebut ada di atas badannya apabila beliau terjaga dari tidurnya.

Kita tidak boleh beriktiqad Qasidah Burdah yang menyembuhkan penyakit, tapi dengan memuji-muji Baginda saw, menyebut akhlak-akhlak Baginda yang terpuji, pasakkan rasa cinta yang mendalam terhadap Baginda. Dengan barakah Baginda saw Kekasih Allah, maka insya Allah akan disembuhkan segala macam penyakit.

Amalan Burdah - Luahan Cinta kepada Nabi SAW http://burdah.wordpress.com/2008/07/

BURDOH ialah bait-bait syair indah yang memuji Rasulullah SAW dan perjuangan Baginda, keluarga dan para sahabat. Ia adalah terjemahan perasaan cinta dan kasih sayang yang mendalam terhadap Rasulullah SAW.

Menurut sejarah, ianya dikarang oleh Imam al-Bushiri atau nama penuhnya Muhammad bin Said bin Hamad bin As-Shonhaji al-Bushiri. Lahir di Bahtim, Mesir pada 608H (1212M) dan meninggal di Iskandariyah, Mesir pada 696H (1296M). Beliau digelar Sayyidul Muddah ertinya Penghulu para pemuji Rasulullah SAW. Bait bait Burdoh yang dikarangnya (sebanyak 161 bait) begitu indah dan menggunakan gaya bahasa yang menarik, mampu menyentuh jiwa dan mengalirkan air mata orang yang membacanya. Lebih utama, kecintaan kepada Rasulullah SAW semakin mendalam, seiring dengan semangat untuk mengikut sunnah dan perjuangan Baginda SAW.

Semuanya bermula apabila Imam al-Bushiri ditimpa penyakit lumpuh sebelah badan. Berbagai cara rawatan diusahakan namun penyakit lumpuhnya tidak juga sembuh. Para doktor yang merawatnya pun telah berputus asa untuk mengubatinya. Maka dalam keadaan keuzuran itu, datanglah ilham dalam hatinya untuk mengarang sebuah qasidah puji-pujian terhadap Rasulullah SAW. Rupanya badan yang lemah longlai itu masih lagi memiliki hati yang sangat cergas dan ingatan yang sangat tajam dan keazaman yang kuat.

Maka dengan hati yang dipenuhi kasih sayang dan kecintaan kepada Baginda SAW, alImam melakarkan satu demi satu qasidahnya. Satu bait demi satu bait, satu rangkap demi satu rangkap sehingga qasidah diselesaikan dengan jumlah 161 bait. Beliau berharap dengan berkat memuji Baginda, penyakitnya akan disembuhkan Allah SWT.

Diriwayatkan selepas selesai menulis, beliau tertidur dan bermimpi berjumpa Rasulullah SAW. Baginda datang menziarahi beliau yang sedang sakit, lalu Baginda menyapu tangannya yang mulia itu di atas badan Imam al-Bushiri dan menyelimutkannya dengan sehelai selendang (burdoh).

Sebaik terjaga, didapati penyakit lumpuhnya sembuh. Badan beliau seolah-olah tidak pernah ditimpa penyakit lumpuh. Maka bersabit dengan peristiwa ini beliau menamakan qasidah dikarangnya Burdoh. Ada juga riwayat lain yang menyebutkan bahawa Imam al-Bushiri mendapati Burdoh atau selendang tersebut ada di atas badannya apabila beliau terjaga dari tidurnya.

Amalan ini masyhur suatu ketika dulu namun kini ia makin dilupakan. Ada pula sesetengah pihak menganggapnya bidaah sedangkan ianya satu amalan mulia berdasarkan nas-nas yang sahih.

Para ulama sepakat bahawa puji-pujian ke atas Rasulullah SAW adalah amalan terpuji, asalkan ia tidak melampaui batas seperti orang Kristian memuji Nabi Isa a.s sehingga menyatakannya sebagai Tuhan. Allah SWT juga telah memuji Baginda, firman-Nya: Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) berada di atas akhlak yang sangat agung. (al-Qalam: 4) Maka Burdoh adalah satu kaedah memuji Rasulullah SAW bagi menanam kecintaan dan semangat untuk mencontohi Baginda dalam semua aspek kehidupan. http://www.scribd.com/doc/4808017/SYAIR AM-BUSHIRI

Al-Imam Busyiri Rahmatullah mempunyai banyak kumpulan syair yang dicetak, diantaranya yang sangat terkenal Qasidah Burdah. Banyak pengarang terkenal mengarang syair-syair yang mengikuti jejak beliau dan banyak ulama menulis penjelasan dan uraian Qasidah Burdah tersebut.

Burdah tersebut terdiri dari sepuluh pasal. Dibagian pasal yang pertama syairnya berisi tentang kecintaan kepada Rasulullah SAW yang dimulai kalimat syairnya: Amintadzakkurijii raanimmbidzii salami. Sampai kalimat Innittahamtu nashii

hasysyaibi..

Pasal yang kedua tentang peringatan dari godaan hawa nafsu yang dimulai kalimatnya syairnya: Faainna ammaratii bissuimaattaadzot. Sampai kalimat Walatazawwadtu qoblalmautinaa filatann..

Pasal yang ketiga tentang pujian-pujian kepada Nabi Muhammad SAW yang dimulai kalimat syairnya: Dzollamtu sunnataman ahyaadzdzolamaila. Sampai kalimat Laatibayadilu turbandhomma adzumahu..

Pasal yang keempat tentang kelahiran Rasulullah SAW yang dimulai kalimat syairnya: Abaana mauliduhu antiibiunshurihi. Sampai kalimat Nabzaambihi badatasbiihim bibatnihima.. Pasal yang kelima tentang mujizat Rasulullah SAW yang dimulai kalimat syairnya: Jaatlidawatihil Asyjaaru saajidatan. Sampai kalimat Biaridhin jaadaau khiltalbibatnihimaa.. Pasal yang keenam tentang kemuliyaan kitab suci Al-Quran dan pujian atasnya yang dimulai kalimat syairnya: Daniwawasfiyaaa yaatillahu dzoharot. Sampai kalimat Qadtunkirul aynudhow asysyamsiminramadin.. Pasal yang ketujuh tentang isranya (dijalankan Rasulullah SAW) dan mirajnya

Rasulullah SAW yang dimulai kalimat syairnya: Yaakhoiromay yammamal afuunasaahatahu.. Sampai kalimat Lammada Allahhuda iinalithoatihi..

Pasal yang kedelapan tentang beberapa kejadian peperangan Nabi Muhammad SAW yang dimulai kalimat syairnya: Raaat qulubulidaa anbaaubitsatihi. Sampai kalimat kafakabililmi filummiyyi mujizatan..

Pasal yang kesembilan tentang mushonnaf bertawwasul dengan kemuliayaan qasidahqasidah yang disusun kepada Rasulullah SAW yang dimulai kalimat syairnya: Khodamtuhu bimadihin astaqilubuhi. Sampai kalimat walamyurid zahratad dunyallatiqtathafat..

Pasal yang kesepuluh tentang munajat dan menghadapkan segala hajat yang dimulai kalimat syairnya: Yaa akromalkholqima liimanaluzubihii.. sampai akhir.

Qasidah Burdah terdiri dari seratus enam puluh bait, hampir menjadi qasidah yang paling penting dalam pujian kepada Rasulullah SAW. Sebab itu para ulama di seluruh dunia Islam menyambutnya dengan haramah, sehingga Al-Allamah Ibnu Khuldun pernah menghadiahkan burdah tersebut kepada Timur Lanak. Pangeran Abdul Qadar Al-Jazairi menulis dibenderanya satu bait burdah disaat berperang melawan Perancis. Ini bacaannya baitnya:

Wamantakun birasulillahi nusratuhu intalqahul usdufi ajamihaatajimi

Artinya: Barangsiapa dengan Rasulullah pertolongonnya jika bertemu dengan harimau di hutan tidak akan menerkamnya.

Hal ini menunjukan bahwa kaum muslimin di berbagai lapisan menerima qasidah burdah tersebut. Disaksikan adanya majlis-majlis khusus untuk pembacaan burdah dan penjelasan bait-baitnya yang diadakan disebagian besar negara-negara Islam Arab dan Ajam, bahkan disemua negara-negara di dunia sampai ke Amerika.

Di Hadramaut dan banyak daerah Yaman diadakan pembacaan qasidah burdah pada waktu Subuh hari Jumat atau Ashar hari Selasa. Dan ulama Al-Azhar di kota Mesir banyak mengkhususkan hari Kamis untuk pembacaan burdah dan mengadakan kajian serta penjelasan burdah, dan sampai hari ini masih diadakan pembacaan burdah di masjid-masjid besar di kota Mesir seperti Masjid Al-Husein, Masjid As-Sayyidatu Zainab dan lain-lain. Di negara Syam majlis-majlis qasidah burdah juga diadakan di rumah dan di masjid-masjid yang dihadiri ulama-ulama besar. Adapun di Maroko (Magrib) luar biasa di adakan majlis-majlis besar untuk pembacaan qasidah burdah dengan lagu-lagu yang merdu dan indah yang ditentukan secara kelompok setiap pasal lagu khusus. Juga di India, Pakistan dan lainnya.

You might also like